Sunday, July 22, 2012

Regim terus bisu : PROJEK PEMBANGUNAN NETWORK CENTRIC OPERATIONS (NCO) ANGKATAN TENTERA MALAYSIA FASA 1A – NILAI RM 140 JUTA MELALUI TENDER TERUS KEPADA SAPURA – GAGAL TEPATI SPESIFIKASI DAN MASA?


Pada 13 Oktober 2011, YB Nurul IzzahAnwar telah membangkitkan isu projek pembangunan Network Centric Operations (NCO) yang telah dianugerahkan secara tender terus kepada Sapura Secured Technologies Sdn Bhd (SAPURA) untuk pembangunan secara berfasa dari RMK-10 hingga RMK-13 iaitu dalam tempoh 20 tahun.
Timbalan Menteri Pertahanan pada 23 November 2011 telah menjelaskan: “Sistem NCO merangkaikan bukan sahaja markas, pasukan ATM, malahan aset-aset yang bergerak – sistem NCO membantu ‘fully shared information.’”
Pun begitu, Menteri menjawab secara bertulis bahawa kos bagi Program Pembangunan NCO ATM Fasa 1A bagi tempoh 2 (DUA) tahun sahaja adalah sebanyak RM 140 juta; dan bagi pembangunan fasa-fasa seterusnya adalah bergantung kepada prestasi dan kejayaan di dalam pembangunan Fasa 1A ini.
Disebut juga pemilihan SAPURA sebagai Peneraju Utama Program Pembangunan NCO ATM adalah berdasarkan kepada beberapa faktor sebagai kepakaran dan pengalaman yang luas dalam bidang pertahanan, keselamatan dan teknologi maklumat.
Daripada maklumat terkini yang Nurul Izzah menyatakan, SAPURA telah lewat dalam menyiapkan kerja-kerja berkait dengan program NCO ATM Fasa 1A, khususnya:
· Timeline Detail User Requirements (DUR) yang sepatutnya bermula pada 22 Oktober hingga 21 Mac 2012, tertunda kerana SAPURA menggunakan alasan hanya boleh dilaksanakan selepas mereka mendapat bayaran advance payment, dan pada masa yang sama SAPURA lebih banyak meluang masa dalam persiapan LIMA ‘11, hingga menyebabkan aktiviti DUR kurang diberi perhatian.
· Enjin aplikasi yang didakwa telah dipunyai oleh SAPURA sebenarnya tiada dalam pegangan mereka. SAPURA gagal menunjukkan contoh aplikasi yang disimulasi menggunakan enjin aplikasi yang dikenal pasti.
· Perletakan jawatan oleh tiga bekas ketua jurutera perisian SAPURA dalam tempoh setahun, daripada Mei 2011 hingga Februari 2012 merumitkan keadaan.

Oleh itu, sehingga kini beberapa persoalan penting masih gagal dijawab regim Bn antaranya:
1. Adakah kerajaan akan menghormati saranan dan kritikan pihak Angkatan Tentera Malaysia seperti di atas?
2. Adakah kerajaan akan menamatkan kontrak dengan SAPURA kerana gagal menyiapkan kerja-kerja seperti yang dipersetujui dalam fasa 1A, dan membuat bidaan baru melalui tender terbuka untuk program NCO ini?
3. Adakah pemilihan dan pembelian aset pertahanan selari dengan Dasar Pertahanan Nasional agar aset yang dibeli dengan wang rakyat tidak menjadi ‘gajah putih’ seperti satu ketika dahulu apabila kereta kebal ringan dipasang sistem meriam yang tidak sesuai, kesediaan peperangan (combat readiness) pesawat pejuang yang pincang sistem senjata dan yang terbaru ini dengan sistem NCO yang tidak disiapkan mengikut jadual dengan peralatan enjin aplikasi yang tiada dalam pegangan kontraktor?
4. Adakah kerajaan bersedia membuat satu Audit Pertahanan dengan melibatkan pihak pembangkang sebagai wakil rakyat di mana maklumat audit boleh dirahsiakan?
5. Adakah kerajaan bersedia melaksanakan reformasi parlimen dengan memperkenalkan sebuah Jawatankuasa Tetap Parlimen untuk perolehan pertahanan Negara supaya segala kepincangan dan pemberian kontrak kepada syarikat yang sub-standard dielakkan?
6. Akhir sekali semua pihak berkepentingan (stakeholders) termasuk pembangkang dan rakyat secara amnya mahukan kerajaan mengambil serius dan melaksanakan tangungjawab secara telus di dalam perkara yang melibatkan keselamatan negara di mana segala pertanyaan dan maklumbalas mesti di ambil kira sebagai usaha bersama demi mempertahankan kedaulatan negara. Kita semua tidak mahu sebarang program yang bakal menelan lebih RM1 bilion tersadai dan menanggung perbelanjaan berlebihan akibat ketidakcekapan dan kerja-kerja sub-standard.

1 comment:

  1. Anonymous5:00 PM

    Progrem NCO progrem yang bekas PAT Azizan Ariffin konon nya merasa hebat dan berupaya untuk melaksanakan nya. WTF hypocrites!
    He should be called up to answer for his failure to deliver or else get him to tell what was wrong during his tenure or was he a mediocre and incompetence or only good for nothing even the missing F5e ENGINE STILL NOT KNOWN UNTIL TODAY.

    ReplyDelete