Oleh Multaqa Asatizah & Du’at (MURSHID)
Kami, selaku pendakwah dan asatizah telah dan kerap ditanya berkenaan
isu mengadakan pilihanraya sewaktu musim haji. Justeru itu, sebagai
respon kepada pertanyaan tersebut, pihak Multaqa Asatizah & Duat
(MURSHID) dalam mesyuarat yang lalu berpendapat seperti berikut :- Di
dalam system demokrasi, pilihanraya dan proses pengundian adalah ibarat
suatu mahkamah besar bagi memilih siapa yang lebih layak diberikan
amanah memerintah, maka sewaktu sistem demokrasi dijadikan panduan dan
diterima oleh majoriti rakyat, tugas terbesar kerajaan melalui
Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) adalah memastikan semaksima mungkin
penyertaan rakyat dalam pilihanraya, justeru kempen untuk pendaftaran
pengundi mestilah dipertingkatkan kecanggihannya dan dipermudah di
seluruh tanahair. Rakyat Malaysia selaku pengundi layak yang berada di
luar negara perlu di jamin hak mereka agar boleh mengundi melalui kaedah
yang berkesan lagi dipercayai. Kami juga bersepakat bahawa Pilihanraya
dan proses pengundian TIDAK BOLEH atau HARAM dilaksanakan sewaktu musim
perayaan dan ibadah umat Islam khususnya musim haji yang mana berpuluh
ribu pengundi dan petugas haji sedang berada di luar Negara.
Sekiranya pilihanraya tetap dilakukan di musim haji, itu merupakan suatu
pengkhianatan terhadap amanah dan sistem pemilihan. Ini adalah kerana
proses pengundi adalah suatu proses KESAKSIAN. Firman Allah : وأشهدوا
ذوى عدل منكم ..(الطلاق: 2) Mafhum : “Bersaksilah dengan mereka yang adil
dari kalangan kamu”( At-Talaq: 2) Juga Firman Allah : وَلاَ يَأْبَ
الشُّهَدَاء إِذَا مَا دُعُوا Ertinya : Janganlah saksi-saksi itu enggan
(memberi keterangan) apabila mereka dipanggil ( Al-Baqarah : 282)
Dalil-dalil di atas menunjukkan, apabila kita berada di dalam suatu
situasi atau keadaan sistem yang memerlukan mereka yang bermaklumat
memberi kesaksian demi memberikan keputusan demi keadilan, mereka adalah
dikira sebagai saksi yang diharamkan untuk menolak dari memberikan
keterangan dan kesaksian.
Dalam konteks pilihanraya, rakyat sebenarnya bertindak sebagai SAKSI
sama ada untuk menyokong atau menolak mana-mana calon yang bertanding.
Justeru, SEKIRANYA pihak berkuasa memutuskan pilihanraya akan dijalankan
pada musim haji, ia adalah suatu tindakan yang akan menghalang rakyat
dari keluar menunaikan tanggungjawab mengundi. Jika seorang saksi TIDAK
DIBENARKAN untuk menolak tanggungjawab memberi kesaksian, maka tentunya
DIHARAMKAN juga bagi pihak ketiga untuk menghalang saksi dari memberikan
kesaksian seperti sengaja mengadakan sesi perbicaraan ketika saksi
berada di luar negara. Justeru, setiap individu yang mempunyai hak dan
berkelayakan memberikan kesaksian samada di mahkamah, termasuk kesaksian
dalam bentuk mengundi sewaktu pilihanraya, tidak dibolehkan untuk
sengaja menyembunyikan kesaksian atau dinafikan hak dan ruang memberi
kesaksian termasuk oleh pihak berkuasa sekalipun. Firman Allah Ta'ala
:
وَلَا تَكْتُمُوا الشَّهَادَةَ وَمَنْ يَكْتُمْهَا فَإِنَّهُ آثِمٌ قَلْبُهُ وَاللَّهُ بِمَا تَعْمَلُونَ عَلِيمٌ
"Maka janganlah kamu (wahai orang-orang yang menjadi saksi)
menyembunyikan perkara yang dipersaksikan itu dan sesiapa yang
menyembunyikannya, maka sesungguhnya dia adalah orang yang berdosa
hatinya dan (ingatlah), Allah sentiasa Mengetahui akan apa yang kamu
kerjakan." (Al-Baqarah :283) Akhirnya, kami menyeru pihak berkuasa
agar teguh menjalankan amanah yang terbaik buat rakyat bagi mereka
menjalankan tugas dan amanah selaku pengundi yang perlu memberi
penyaksian parti dan calon yang dipercayainya. Kami yakin, pihak
berkuasa tentunya bijak dalam memutuskan keputusan dalam hal ini.
Dah pandai jatuh hukum lak kau bad, apo hukumnya yang kau selalu sebar fitnah???????
ReplyDelete