Monday, February 28, 2011

Najib letak bunga ke makam Kamal Artatuk


Najib kalung bunga di makam Bapa Sekular Dunia, dari arkib gambar dalam carian internet alFadhil Ust Zul Kulim juga pun ada ?

Fatwa Kebangsaan tidak terpakai kepada Najib?

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-39 yang bersidang pada 21 Sep 1995 telah membincangkan Istiadat Meletakkan Kalungan Bunga Di Tugu Negara Sempena Hari Pahlawan. Muzakarah telah memutuskan bahawa:

Meletakkan kalungan bunga di Tugu Peringatan Negara sempena sambutan Hari Pahlawan adalah sama dengan keputusan yang telah diambil dalam Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan yang bersidang pada 7 Oktober 1987 iaitu bercanggah dengan Islam dan boleh membawa kepada syirik. [E-Fatwa]


Nampaknya Fatwa pengharaman upacara seperti ini tidak diguna pakai untuk Perdana Menteri Najib Tun Razak kerana beliau lebih arif tentang Agama Islam berbanding Majlis Fatwa kebangsaan. Ini terbukti apabila beliau melakukan upacara meletakkan kalungan bunga di makam Mustafa Kemal Ataturk sebagai tanda penghormatan terhadap musuh Islam itu [Kalungan bunga].

Najib dan Isteri bertafakur di Taman Makam Pahlawan Anitkabir, Turki

Upacara penghormatan dengan meletakkan kalungan bunga di makam Mustafa Kemal Ataturk [Bernama]

Anda tak perlu pelik dan tak perlu hairan kerana sebelum ini seperti yang dilaporkan oleh National Review, Najib secara terang-terangan sudah menggelarkan ulama besar dunia Sheikh Yusuf Al-Qaradhawi sebagai membawa kesesatan di Timur Tengah [National Review].

Mungkin Najib ada fatwanya sendiri untuk menghalalkan apa yang sudah jelas diharamkan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan. Ulama Dunia yang menjadi rujukan dunia Islam sanggup digelar sebagai menyesatkan, apa lagi Majlis Fatwa Kebangsaan?

nak ketahuli siapa Kamal Artatuk sila klik sini.

22 comments:

  1. Mana dia ular masuk Umno? Mana Zul Bisul?

    Been Laden

    ReplyDelete
  2. Anonymous8:33 PM

    Perbelanjaan Pusat Khidmat Rakyat Bahagian Rembau menjangkau RM2000 sebulan termasuk bantuan, perbelanjaan mengurus dll. Sumbangan semua dirayu sila sumbang terus ke akaun Angkatan Muda keADILan Bahagian Rembau akaun Maybank no: 555126105482 .>>KAMU TAK MALU KE? >>MENGEMIS UNTUK MENTADBIR>>ALAHAI JANGAN TERTIPU

    ReplyDelete
  3. Anonymous10:35 PM

    aikk!!!alfadhill ustaz zul wal firaun besau pun ada!!!!!waa zul lu bukan main sekarang ni..buang aje kopiah tu yob ..buat malu jeee..kamal atartuk laknatullah tu kau pi hormat buat apa..

    ReplyDelete
  4. Anonymous11:27 AM

    Mengikut perkiraan saya tak" salah "kita ikut adat itu apabila kita melawat negara orang,kerana apabila kita menolak ianya akan menjadi suatu penghinaan pulak..bak agama letak tepi dulu,kita kena ikut protokol...sebab itulah Al fdhil Ust Hj YB Zul pakai kopiah kerana itu menunjukkan yg beliau masih lagi Islam walaupun mengadap makam tokoh sekular Turki itu dan sudah tentu panjang doanya kpd Allah agar Kamal Ataturk di ampuni olih yg maha esa.....maaf saya pun pening nak komen kes ini sekejap boleh sekejap tak boleh.Nak kata haram ke?..pluralisma ke? bidaah ke? atau tuntutan agama?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anonymous4:30 PM

      agama letak tepi |?|
      apakah protocol lebih penting or agama |?|

      Delete
    2. Anonymous8:18 PM

      keji...

      Delete
    3. Anonymous11:28 AM

      terlalu bodoh nk pegang pd adat,dlm kubo x di soal bab adat la bongok...islam letak tepi....sbb nk jage adat,ape punye bodoh org mcm ni

      Delete
  5. macam zul nordin pakai kopiah 2,,,

    ReplyDelete
  6. Anonymous1:38 AM

    isLam sederhana kot...

    ReplyDelete
  7. Anonymous1:07 PM

    Ulama besar yusuf qardawi dituduh sesat..
    bapa sekular yg menghancurkan islam diziarahi makamnya...
    Pemikiran Islam cara baru yang dibawa oleh DS Najib...ulama umno x berani bunyi..depa lagi takut kat Najib dari ALLAH..dunia akhir zaman.

    ReplyDelete
  8. Anonymous11:55 PM

    elok tengok yg ni juga. anwar sembah mayat Teoh? http://www.youtube.com/watch?v=TjeBRTe3UIo

    ReplyDelete
  9. Anonymous11:57 PM

    elok kau tengok yg ni juga. anwar sembah mayat Teoh? http://www.youtube.com/watch?v=TjeBRTe3UIo

    ReplyDelete
  10. Anonymous4:59 PM

    DS Najib dan big mama ada kekebalan syariah sbb itu mrk boleh buat apa sj pemerhatinya YB Zul kulim juga sebg penasihat PM

    ReplyDelete
  11. Sokong PARTI POLITIK tu SAMA lan dengan menyokong MUSTAFA KAMAL ATATURK juga...!!!!

    Tiada bezanya....

    UNMO,PAS,PKR,DAP,MCA,MIC & lain = Mustafa Kamal Ataturk..

    ReplyDelete
  12. Anonymous7:13 PM

    DIMANA BUMI DIPIJAK DISITU LANGIT DIJUNJUNG<,MASUK KANDANG HARIMAU TAK KAN NAK BUAT BUNYI KAMBING! SENDIRI MAU INGAT LA!!!!!....

    ReplyDelete
  13. hamba allah9:52 PM

    biar betol pm ni....xkan dia x bljr sjrh islam kot....tah2 sjrh kamal artatuk pun dia x bljr...xsukalah....

    ReplyDelete
  14. Anonymous2:35 PM

    xthla knapa boleh org ckp letak kalungan bunga tidak salah just ikut adat dan kalau x buat takut rasa terhina...abis tu yang diletakkan tu di makam org menghina Islam dan menghina Allah..kita kena tegas dlm soal bgini..jgn krn nk ambil hati akidah tergadai...

    ReplyDelete
  15. Anonymous3:26 PM

    PKR pun SOKONG MUSTAFA KAMAL ATARTURK juga kan..!!!

    ReplyDelete
  16. mampos la. fatwa kena buat main je sekarang ni. nak kena kembali kepada ulama, hadis sahih dengan al-quran je la lepas ni kalau nak tahu halal haram. fatwa tak boleh pakai dah.

    ReplyDelete
  17. Anonymous1:21 PM

    Kat makam tu mmg ada mayat Ataturk pun... pernah dengar pasal pelepah tamar? biar dia kejam pun kita doakan supaya dia diampunkan... itu lah sebaiknya..

    ReplyDelete
  18. Anonymous10:16 AM

    Afwan, saye jiran seberang ni...saya tengok PM ni buat malu agama Islam la..meskipun saye x kenal sangat dengan beliau,namun yang pasti musuh Islam Kemal tu x pantas kite do'a kan kebaikan tau...ingat Rosululloh Sallahu'alaihi wasallam pernah nak do'akan Bapak Ibu Beliau Sallahu'alaihi wasallam tapi Allah larang...biar mampus tu penyokong kemal fir'aun attaturk

    ReplyDelete
  19. Anonymous5:47 AM

    pemimpin sekular akan menghormati pemimpin sekular....kamal ataturk terbukti zalim dan kejam terhadap empayar islam.....tokoh firaun zaman moden.....illuminati menggunakan duit mengawal najib dan umno....mereka akan dibangkitkan di padang mahsyar dan dipukul oleh pengikut2 nya yang berasa yakin terhadap sekular....pintu neraka yang terlalu sempit manusia diatas muka bumi ini berlumba2 nak masuk tapi pintu syurga yang seluas2 nya xde manusia yang nak masuk....umno ahli neraka...kalau ahli umno xpercaya kata2 aku.... ko pegi mati tgok ap yang allah taala hidangkan untuk korang di dalam kubur.....umno ahli neraka

    ReplyDelete