Wednesday, April 23, 2008

Alfatihah - Bekas Ketua Penerangan KeADILan Meninggal Dunia Pagi Ini (23 April)

RUSTAM SANI (11 Ogos 1944 - 23 April 2008) meninggal dunia di rumahnya di Gombak pada jam 3 pagi ini kerana sakit jantung.

Alamat rumah adalah 7519 Batu 6 3/4, Bkt Lela Gombak. Pengembumian dijangka dijalankan selepas Zohor. Rustam Sani adalah anak kepada pengasas Angkatan Pemuda Insaf (API) dan Parti Rakyat, Ahmad Boestamam.

Allahyarham adalah antara penulis dan 'cendekiawan awam' yang penting di Malaysia. Pada tahun 1988/89, Allahyarham telah dianugerahkan 'Hadiah Sastera Negara' dalam kategori esei dan kritik sastera. Dalam bidang politik, Allahyarham pernah memegang jawatan Timbalan Presiden Parti Rakyat Malaysia (sebelum pergabungan Parti Rakyat Malaysia dan Parti Keadilan Nasional), Ketua Penerangan Parti Keadilan Rakyat dan Ketua Pengarang akhbar parti Suara Rakyat (nama asal Suara Keadilan).

Antara buku-buku karya beliau adalah: Melayu Baru: Beberapa Persoalan Sosio-Budaya (1992); Politik dan Polemik Bahasa Melayu (1993); Melayu Baru dan Bangsa Malaysia: Tradisi Cendekia dan Krisis Budaya (1993); Menjelang Reformasi (2004); Ke Mana Nasionalisme Melayu? (2004); dan Bercanda dengan Mahathir (2006).

Maklumat selanjutnya boleh didapati daripada laman blog Allahyarham: http://rustamsani-nuranirakyat.blogspot.com/

1 comment:

  1. Anonymous11:01 AM

    lagi satu

    www.karya-merdeka.blogspot.com

    ni yg official..

    Moga Moga Allah tempat beliau dikalangan orang - orang yang soleh..

    Amin Ya Robbala'lamin...

    ReplyDelete