Friday, February 23, 2007

Lawatan Ke Pasar Port Dickson

Angkatan Muda Negeri Sembilan telah mendapat aduan berkenaan keadaan Pasar Port Dickson yang tidak memuaskan. Aduan yang di perolehi dari beberapa orang penjaja di pasar tersebut berkenaan : -
  1. Keadaan tandas yang teruk ; Tandas pasar berada di dalam keadaan yang amat menyedihkan dan tidak diselia dengan baik. Keadaan kotor, pintu tandas rosak, kepala paip hilang
  1. Kebersihan Pasar ; Pihak Kontraktor yang dilantik membersihkan pasar gagal membersihkan pasar. Sampah bertimbun dan keadaan longkang tidak terjaga dan menimbulkan bau busuk.
  1. Lampu yang tidak mencukupi ; Lampu yang disediakan tidak mencukupi malah lampu tersebut juga banyak yang rosak dan hilang. Penjaja terpaksa memasang lampu sendiri dan ini mengakibatkan bil tambahan terpaksa dibayar.
  1. Keadaan keselamatan ; Kawalan keselamatan di pasar juga tidak diberikan tumpuan. Banyak terdapat rungutan barang hilang dan dirosakkan. Malah dinding tandas, lampu dan paip sekitar pasar juga rosak dan di curi kerana kawalan keselamatan yang lemah.

Ekoran dari aduan tersebut maka Angkatan Muda Negeri Sembilan telah membuat lawatan ke Pasar Port Dickson pada 15 Febuari 2007. Lawatan tersebut telah diketuai oleh Pengarah Pusat Aduan Rakyat Negeri Sembilan Badrul Hisham Shaharin (che’GuBard), Setiausaha Bahagian keADILan Teluk Kemang, NorAzizi Aziz, Ketua AMK Teluk Kemang, Amiruddin A.Wahab dan bersama beberapa Jawatankuasa Bahagian keADILan Teluk Kemang.

Dari tinjuan kami memang terdapat kebenaran mengenai aduan tersebut. Berdasarkan beberapa penjaja yang ditemui menyatakan rasa kesal terhadap pihak berkuasa tempatan yang gagal memperbaiki keadaan walaupun telah banyak kali aduan di buat. Penjaja – penjaja yang ditemui menyambut baik rombongan dari angkatan muda keadilan dan amat berharap agar keadilan dapat menyuarakan rintihan mereka.

Pusat Aduan Rakyat telah menghantar surat kepada Majlis Perbandaran Port Dickson meminta penjelasan dan tindakan segera untuk mengatasi masalah penjaja pasar tersebut pada 21 Febuari 2007.

Mengambil kesempatan lawatan tersebut dan bersempena dengan Tahun Baru Cina, Angkatan Muda Negeri Sembilan turut mengedarkan buah limau berlogo keADILan dan bertemu dengan pelanggan dan penjaja untuk mengucapkan selamat tahun baru cina.

Sambutan amat meriah dan ramai penjaja khususnya dari kaum tiong hua menyatakan sokongan terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menjadi Perdana Menteri kerana percaya hanya beliau mampu membawa rakyat keluar dari kesempitan ekonomi kini.

Seorang pelanggan yang hanya mahu dikenali sebagai lim menyatakan bahawa orang cina akan menyokong jika anwar mahu menjadi Perdana Menteri.

”Lu panggil Anwar jadi Perdana Menteri, kita orang cina akan sokong sama dia” katanya.

”Sekarang punya menteri talak pandai bussiness...ekonomi semua teruk orang banyak susah, corruption banyak.... Anwar boleh setle ini hal ” tambahnya dengan bahasa pasar.

Badrul selepas sesi lawatan ke pasar menyatakan bahawa amk akan terus berusaha turun untuk meningkatkan kesedaran rakyat.

”Hari ini contohnya kita cuma beri limau ucap Selamat Tahun Baru dan cuba menyuarakan masalah mereka tetapi mereka membalas dengan janji menyokong Anwar untuk menjadi Perdana Menteri”

oleh : Angkatan Muda Negeri Sembilan.

4 comments:

  1. salah satu contoh "Rasuah musuh nombor satu negara"..teruskan berjuang Chegu Bard..YOU are not alone...

    Selamat Pengantin Baru

    ReplyDelete
  2. You have been tagged. Now it's your turn.

    Black.

    ReplyDelete
  3. Kalau ada masa kunjungi blog saya

    siapanakjawab.blogspot.com

    ReplyDelete
  4. Anonymous12:04 AM

    yes! u r not alone. kalau benar berita yang mengatakan che gu bard akan bertanding dalam jawatan Ketua AMK!

    Saya ucapkan yang terbaik. Terus berjuang sehingga ke akhir nafas kita !!!

    ReplyDelete