Monday, August 14, 2006

BERTUDUNG TAPI DIPAKSA JUAL ARAK

Minggu lepas che'GuBard pegi ke Giant Kelana Jaya untuk membeli beberapa keperluan pejabat GERAK. Suasana di Giant di hias sebegitu rupa dengan bendera dan lagu - lagu patriotik juga berkumandang sebagai tanda mengajak seluruh rakyat bangga dengan hari ulang tahun pengisytiharaan kemerdekaan 31 Ogos nanti.

Selepas mengambil benda - benda yang diperlukan che'GuBard telah menolak troli menuju ke kaunter. Semua kaunter ada hiasan bendera, ramai anak gadis melayu menjadi juruwang manis - manis bertudung. Tetapi tiba - tiba che'GuBard terpandang satu aksi yang tak berada menyedapkan hati. Rasa hati ini seperti seolah tercabar apabila melihat satu pasangan (bangsa cina) membeli begitu banyak arak dan gadis bertudung itu terpaksa menjualnya.

Sampai 'turn' che'GuBard membayar, che'GuBard bertanya kepada gadis itu "erm, kesian i tengok u walaupun bertudung terpaksa 'tolong' jualkan arak"

Gadis itu jawab " Biasa la bang dah keje....terpaksalah...saya cari makan yang halal"

erm ....pelik mungkin ini senario biasa dalam negara Islam Hadhari...

5 comments:

  1. Anonymous10:29 AM

    nasib lah..xmo jual arak ke cina tuh, jgn kerje.duk umah sampai mati lapar.

    ReplyDelete
  2. Anonymous8:30 PM

    awak ni asyik cari salah je..wat pa tanya gadis tu, dia kuli aje..pilah jumpa manager bagi cadangan supaya sediakan kauter khas jual barang haram..depa mana paham halal haram sebab orang Islam asyik lalai menyalahkan orang lain. Kata orang cakap berdegar-degar taik sangkut atas gelegas..haa..itulah orang melayu Islam, tak malu mengaku memperjuangkan Islam tetapi sebenarnya tak megikut cara yang sebenarnya..jangan pi supermarket orang kafir.TITIK!!!

    ReplyDelete
  3. Anonymous1:12 PM

    salam ;
    apa yg saya rasa cuba disampaikan bukan salah gadis itu sebagai penjaga kaunter tetapi bagaimana dalam sebuah negara islam hdhari ini ada gadis melayu islam yang dipaksa oleh majikan utk jual benda haram....

    ReplyDelete
  4. fikir...? apa tindakan yang harus kita buat. bukan siapa harus kita salahkan.

    ReplyDelete
  5. Anonymous4:40 PM

    susah nak cakap..

    ReplyDelete