When injustice becomes law, resistance becomes duty"...."Many will call me an adventurer - and that I am, only one of a different sort: one of those who risks his skin to prove his platitudes."— Che Guevara (1928-1967) International Revolutionary
Thursday, June 05, 2014
Perbicaraan Chegubard Ditangguh Ogos
PETALING JAYA 5 Jun - Mahkamah Sesyen hari ini menetapkan tarikh sebutan semula kes Ketua Cabang PKR Rembau, Badrul Hisham Shaharin 4 Ogos depan di atas pertuduhan menganjurkan perhimpunan haram 25 Mei tahun lalu di Padang Dataran Armcorp Mall, di sini.
Hakim membuat keputusan bahawa perbicaraan Badrul atau Chegubard akan bergantung kepada keputusan kes seorang lagi ahli PKR, Nik Nazmi Nik Ahmad yang berhadapan pertuduhan sama.
Pada 25 April lalu, Mahkamah Rayuan membuat keputusan membatalkan pertuduhan terhadap Timbalan Speaker Selangor, Nik Nazmi Nik Ahmad yang didakwa di bawah Akta Perhimpunan Aman kerana tidak memberi polis notis 10 hari ketika menganjurkan Himpunan Blackout di Stadium Kelana Jaya, Mei tahun lepas.
Namun pihak pendakwaraya mengemukakan kes di hadapan tiga panel hakim di Mahkamah Persekutuan bagi membuka kembali kes dakwaan terhadap Nik Nazmi.
"Panel hakim bersetuju untuk membuka semula kes terbabit dan menetapkan pendengaran semula kes pada Julai ini, sebarang keputusan mahkamah terhadap Nik Nazmi akan menjadi rujukan buat pendakwaan terhadap kes Chegubard," kata peguam yang mewakili Badrul, Eric Paulsen.
Kes dibicarakan mengikut Seksyen 9(1) Akta Perhimpunan Aman (APA) 2012 kerana didakwa gagal memaklumkan pihak polis mengenai perhimpunan tersebut dan tertuduh boleh dihukum mengikut Seksyen 9(5) akta sama dan jika disabit kesalahan tertuduh boleh dikenakan denda sehingga RM10,000.
Sunday, May 25, 2014
Ada Petugas JPP Jadi Agen Azmin Ali - Chegubard
Oleh: Shaiful Nizam
PETALING JAYA: Ketua PKR Cabang Rembau, Badrul Hisham Shaharin atau dikenali sebagai Chegubard mendakwa ramai petugas Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) di Selangor khasnya membantu kempen penyandang Timbalan Presiden, Mohamed Azmin Ali untuk mengekalkan kuasa secara manipulasi undi.
“Semalam jelas kelihatan bagaimana pengawas JPP bersikap bias, berpihak dan berkempen sampai ke dalam tempat pengundian. Mereka membawa ‘cai’ pasukan Keadilan Raya dan menanda kertas undi pengundi lain.
“Malah di Sungai Besar dan Gombak, calon bertanding peringkat cabang membantu menanda kertas undi. Soalnya mengapa hanya Sungai Besar dibatalkan? Saya menggesa pemilihan Gombak juga dibatalkan kerana terdapat bukti yang sama termasuk rakaman video,” jelasnya ketika dihubungi Mysuara, selepas memfailkan bantahan bersertakan bukti bergambar di Ibu Pejabat PKR petang.
Menurutnya lagi, beberapa pembatalan pemilihan di Selangor seperti Hulu Selangor, Sepang, Subang dan Shah Alam dibuat oleh sabotaj penyokong dan petugas apabila sentimen pro Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengatasi Pengerusi PKR Selangor itu.
“Di Petaling Jaya Selatan (PJS), rekod rakaman video menunjukkan pengawas JPP mengumumkan penangguhan sebanyak dua kali dan pembatalanjuga sebanyak dua kali tetapi akhirnya keseluruhan pemilihan diterima oleh ibu pejabat. Peliknya semalam jumlah pemilih 508 dan sekarang di ibu pejabat gempar dengan undi pemilihan PJS bertambah kepada lebih 700 undi!”
Tambahnya lagi, pertikaian pengurusan dan pengendalian pemilihan PKR itu bukanlah perkara baru sebaliknya telah berlaku pada pemilihan 2010 yang menyaksikan calon Timbalan Presiden Datuk Zaid Ibrahim dan Mustafa Kamil Ayub mendesak pembatalan pemilihan.
“Pengerusi JPP Datuk Johari Abdul perlu segera membetulkan keadaan termasuk menapis agen Azmin yang menyusup masuk sebagai petugas JPP untuk tujuan memanipulasi undi. Inilah petugas yang sama memenangkan Azmin pada 2010,” tegasnya yang turut mengharapkan JPP dibaiki dari segi bilangan petugas yang terlatih, pengendalian, format dan sistem pengundiaan.
Dengan sinis, Badrul Hisham kemudian menjawab cadangan Azmin hari ini untuk merombak keanggotaan JPP, ”Mengapa baru sekarang? Tahun 2010 kamu menyatakan JPP sangat efisyen kerana kamu menang dan tahun ini pada minggu pertama dan kedua apabila kamu mendahului. Apabila minggu ini kamu telah kalah maka barulah mendakwa JPP gagal menguruskan pemilihan mengikut arahan kamu.”

sipetik dari http://www.mysuara.net/index.php/berita/6641-petugas-jpp-jadi-agen-azmin-ali-chegubard

Wednesday, May 14, 2014
Chegubard, dua aktivis dilepas tanpa bebas daripada PAA
Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini melepaskan tiga aktivis yang
menganjurkan perhimpunan aman pada malam tahun baru berikutan dakwaan
terhadap mereka tidak lagi wujud.
Hakim Ahmad Bache berkata, beliau terikat dengan keputusan Mahkamah Rayuan pada 25 April iaitu hukuman yang diperuntukkan di bawah Akta Perhimpunan Aman 2012 tidak mengikut perlembagaan.
“Oleh itu, dakwaan itu tidak berasas dan saya melepaskan tertuduh tetapi tidak dibebaskan,” katanya.
Pada 9 Mei, pihak pendakwaan memfailkan pertuduhan terhadap Mohd Bukhairy Sofian, Edy Noor Ridzuan dan Badrul Hisham atau juga dikenali sebagai Chegubard di bawah Akta Perhimpunan Aman (PAA) 2012 setelah gagal memberikan notis 10 hari sebelum perhimpunan kepada polis.
Bagaimanapun, peguambela Gobind Singh Deo dan Eric Paulsen membantah
pertuduhan yang dibaca kepada tertuduh kerana mahkamah tidak mempunyai
bidang kuasa mendengar kes tersebut.
Gobind berkata, mahkamah boleh mengambil keterangan atas kesalahan yang diisytiharkan tidak mengikut perlembagaan oleh Mahkamah Rayuan pada 25 April lalu.
Tiga tertuduh itu didakwa menganjurkan himpunan Turun di Dataran Merdeka pada 31 Disember untuk membantah kenaikan kos sara hidup.
Mereka sebelum ini dituduh pada 29 Januari tetapi dilepaskan oleh Mahkamah Sesyen pada 28 April.
Gobind berkata, peguam negara yang juga pendakwa raya tidak boleh menggunakan budi bicaranya untuk membuat tuduhan kerana ia dilihat menyalah gunakan kuasa dan menunjukkan rasa tidak hormat kepada mahkamah.
Paulsen berkata, tuduhan itu tidak berasas sambil menggesa mahkamah membebaskan kliennya.
Dalam perbicaraan hari ini, hakim berkata mahkamah perlu memastikan bidang kuasanya untuk mendengar kes tersebut.
Katanya, ini sekadar kes saman dan tiga tertuduh hanya diminta hadir ke mahkamah.
“Ini bermakna mereka perlu hadir ke mahkamah secara sukarela dan tidak ditahan polis,” katanya.
Hakim berkata, berdasarkan Akta Mahkamah Rendah 1948, beliau mempunyai bidang kuasa untuk mendengar kes saman.
Beliau kemudian meminta pertuduhan dibacakan dan ketiga-tiga mereka mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan.
Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya Suhaimi Ibrahim kemudian memberitahu Ahmad Mahkamah Persekutuan akan mendengar rayuan Putrajaya terhadap keputusan Mahkamah Rayuan pada 27 Mei ini.
Sementara itu, Gobind ketika ditemui di luar mahkamah hari ini mengalu-alukan keputusan Mahkamah Sesyen dan mengingatkan peguam negara agar jangan sesekali menyalahgunakan kuasanya.
"Kami mengalu-alukan keputusan Mahkamah Sesyen hari ini. Saya rasa sudah tiba masanya peguam negara mengambil kira perkara yang tidak berlandaskan Perlembagaan.
"Beliau perlu menghormati keputusan Mahkamah Rayuan dan berhenti mendakwa mereka yang tidak bersalah apabila bertentangan dengan Perlembagaan. Saya minta beliau menghentikan salah guna kuasa," katanya.
Badrul berkata, keputusan Mahkamah Sesyen hari ini sebagai membenarkan apa yang diputuskan oleh Mahkamah Rayuan pada bulan lalu.
Katanya, PAA merupakan satu undang-undang yang mahu menghalang suara rakyat dan tidak ada yang pernah disabitkan di kalangan mereka yang berada di pihak kerajaan.
"Ia mengulang semula keputusan lama. Saya nyatakan kepada hakim, ini jelas bertentangan dengan Perlembagaan. PAA disalah guna oleh kerajaan pemerintah.
"Ada banyak perhimpunan yang dibuat pro kepada Umno dan Barisan Nasional tetapi tiada yang kena dalam undang-undang ini. Undang-undang ini dibuat atas buku mungkin cantik tetapi ia alat rejim menekan suara rakyat yang bertentangan dengan kehendak mereka," katanya. – 14 Mei, 2014.

Thursday, May 01, 2014
Himpunan 1 Mei: NGO Serah Salinan Keputusan Mahkamah Nik Nazmi Kepada Polis
KUALA LUMPUR: Sekumpulan badan bukan kerajaan (NGO)
yang berkumpul di polis Bukit Aman pada Rabu menyerahkan salinan
keputusan Mahkamah Rayuan baru-baru ini, yang mengisytiharkan bahawa
adalah tidak mengikut perlembagaan untuk mendakwa penganjur perhimpunan
yang tidak memberi notis 10 hari lebih awal kepada polis, kepada Ketua
Polis Negara menjelang Himpunan Aman Membantah Pelaksanaan Cukai
Barangan dan Perkhidmatan (GST) pada 1 Mei.
Pada pukul 2 petang, sekumpulan kecil bersama wakil-wakil daripada pelbagai badan bukan kerajaan termasuk Lawyers for Liberty, Bersih, Suaram, Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) dan Amnesty International menyerahkan salinan penghakiman itu kepada wakil KPN, Penolong Urusetia Ketua Polis Negara Komunikasi Korporat ACP Datin Asmawati Ahmad.
"Kami berharap selepas Ketua Polis Negara melihat penghakiman itu, beliau tidak akan bertindak dalam tidak tahu atau berpura-pura tidak tahu bahawa wujud satu keputusan di Mahkamah Rayuan yang jelas mengatakan bahawa adalah salah untuk menetapkan perhimpunan aman sebagai jenayah dan supaya kamu tidak menghukum penganjur di bawah PAA (Akta Perhimpunan Aman)," kata Pengarah Eksekutif Lawyers for Liberty, Eric Paulsen.
"Kami berharap perhimpunan tersebut berjalan dengan lancar dan penganjur tidak akan diheret ke mahkamah disebabkan perkara itu," katanya.
Pada Jumaat, Mahkamah Rayuan membenarkan permohonan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Seri Setia, Nik Nazmi Nik Ahmad untuk menggugurkan pertuduhan terhadapnya di bawah S9 ( 1) Akta Perhimpunan Aman (PAA) untuk menganjurkan perhimpunan Black 505 di Stadium Kelana Jaya pada Mei 2013.
Mahkamah memutuskan bahawa kegagalan ketetapan jenayah itu untuk memberi notis 10 hari untuk menganjurkan perhimpunan di bawah S9 (5) PAA tidak mengikut perlembagaan.
Kesan kepada penghakiman itu, Paulsen menjelaskan, peruntukan PAA bersifat sebagai nasihat.

SAMM desak pembebasan Saiden Muslimin Ismail
Solidariti
Anak Muda Malaysia (SAMM) mengesahkan bahawa seorang aktivis kami telah
ditahan di bawah Seksyen 4(1), Akta Kesalahan Keselamatan
(Langkah-Langkah Khas 2012) atau SOSMA. Saudara Saiden Muslimin Ismail
telah ditahan dengan pertuduhan disyaki sebagai pengganas yang ingin
menjalankan misi jihad di beberapa negara yang sedang bergolak.
Saiden Muslimin Ismail adalah anggota SAMM Muar, juga berasal dari Muar, Johor. Beliau yang berumur 24 tahun, baru sahaja mendirikan rumahtangga pada akhir tahun 2013, ketika ini bergerak aktif dalam menjayakan banyak program anjuran SAMM.
Mengapa penahanan dengan tuduhan misi jihad ini dilakukan sebaik sahaja Presiden Amerika Syarikat, Barrack Obama selesai mengadakan lawatan beliau ke Malaysia? Timbul persoalan bahawa ini merupakan satu cubaan untuk membodek Amerika Syarikat agar Malaysia dilihat sebagai sebuah negara sekular yang bersekutu dengan Amerika Syarikat.
Apakah penahanan ini menuntut sokongan White House dalam isu kecelaruan demokrasi yang sedang berlaku Malaysia sepertimana yang telah dibangkitkan oleh Obama ketika lawatannya minggu lalu?
Mengikut laporan media, kesemua yang ditahan ini merupakan satu kumpulan yang kononnya akan berlepas ke negara bergolak untuk berjihad. Sekali lagi, akta drakonian ini digunakan untuk menahan orang awam diatas satu kesalahan yang belum berlaku.
Penahanan atas satu kesalahan yang berdasarkan kepada andaian dan risikan sedangkan PDRM mengakui ada di antara orang kena tahan ini tidak mempunyai rekod kesalahan lampau dengan Polis. Bagaimana pihak PDRM boleh membuat kesimpulan bahawa mereka ini sedang ingin berlepas ke negara bergolak untuk berjihad?
SAMM tidak menolak kemungkinan penahanan yang melibatkan anggota SAMM Johor adalah satu asakan politik untuk mengaitkan gerakan anak muda yang menentang dasar kerajaan dengan aktiviti militan.
SAMM menuntut perbicaraan segera dan SAMM juga ingin memperingatkan pihak PDRM agar tidak mengabaikan hak-hak Orang Kena Tahan ini sepanjang kes ini disiasat. SAMM akan terus memerhati dari dekat akan perjalanan kes ini dan mengambil tanggungjawab penuh dalam usaha membebaskan aktivis kami daripada pertuduhan ini serta kebajikan isteri dan waris beliau.
Sehubungan itu, SAMM berharap agar peguam-peguam rakyat dan juga gerakan masyarakat sivil yang lain dapat tampil bersama kami dalam membantu membebaskan aktivis kami daripada segala pertuduhan ini.
Aksi penahanan terhadap 'muslim yang memilih jalan berjihad' sempena kedatangan Obama ini juga mencerminkan betapa pemerintah negara ini 'barua' kepada zionis.
che'GuBard
Pengasas
Solidariti Anak Muda Malaysia

Nazree titik hitam sejarah perlawanan anak muda
Badrul berkata, anak muda di Malaysia beruntung kerana mempunyai seorang tokoh seperti Nik Nazmi dan sikap berani melawan beliau perlu dicontohi.
Katanya, anak muda sepatutnya perlu melawan dan tidak mencontohi apa yang dilakukan oleh seorang lagi calon Ketua AMK, Nazree Yunus yang mengaku bersalah atas tuduhan melibatkan PAA.
"Semenjak PAA diaplikasikan memang banyak kes pendakwaan berkaitan undang-undang ini. Namun SAMM merakamkan sedih terhadap beberapa pemimpin politik yang tersungkur di mahkamah kerana mengaku bersalah awal di depan hakim kerana undang-undang zalim ini.
"Sepatutnya semua perlu melawan. Nazree Yunus contohnya sudah tentu akan akan jadi titik hitam dalam sejarah perlawanan apabila dia mengaku bersalah,"katanya dalam satu kenyataan media hari ini.
Hanya kerana takut didenda lebih RM2000 dan hilang kelayakan bertanding Pilihanraya dia sanggup kianati perjuangan dengan mengaku bersalah terhadap undang - undang yang bertentangan dengan perlembagaan.
Katanya, keputusan mahkamah berhubung PAA merupakan satu petanda baik bagi perjuangan rakyat mempertahankan hak yang dijamin perlembagaan negara.
Badrul berkata keputusan mahkamah itu juga membawa maksud bukan semua undang-undang menjamin keadilan sebaliknya ia memerlukan perjuangan dan keberanian
Desak tindakan batal pencalonan yang menipu bukan sekadar pengawas yang hanya terima arahan
Note:
Kita menghormati dan menyambut baik kenyataan DSAI yang tegas menyebut
akan bertindak terhadap penipuan dalam pemilihan, maka memorandum di
bawah ini dibaca dan diserahkan kepada Datuk Tan Ee Kew (Timbalan
Pengarah JPP) mengikut saluran yang betul.
Dari
respon yang diterima, JPP juga sudah mula bertindak dan kita yakin JPP
sudah mengesan penipuan yang dimaksudkan. Kita secara serius akan
membantu JPP mengumpul dan menghantar bukti-bukti penipuan yang lain.
MEMORANDUM | 30 APRIL 2014
KEPADA: PENGARAH JPP
DARIPADA: AHLI PARTI KEADILAN RAKYAT
PERKARA: PENIPUAN PEMILIHAN 2014
1. Mewakili suara majoriti anggota Parti Keadilan Rakyat
yang prihatin dengan Pemilihan 2014 agar ia berlangsung dengan telus dan adil.
Tanpa berselindung, Pemilihan 2010 lalu terdapat banyak kepincangan, namun
langkah berani perturun demokrasi hingga ke akar umbi ini harus dipuji. Di atas
keberanian ini juga, method pemilihan turut ditiru oleh gerombolan Umno dalam usaha
melebar demokrasi.
2. Memang kita akui penambah-baikkan
Pemilihan 2014 adalah jauh tersusun dan cermat daripada pemilihan yang lalu.
Namun dalam masa yang sama ada manusia tamak kuasa yang tidak hormat demokrasi
maka penipuan dan manipulasi terus dilakukan. Ini satu pengkhianatan. Parti ini
parti reformasi, justeru itu roh demokrasi harus segar di kalangan ahli dan pimpinan
parti.
3. Penipuan ini harus
dilawan, pengkhianatan ini tidak boleh dibiarkan. Penipuan yang didedahkan
bersama bukti yang jelas berlaku di Batang Sadong dan beberapa kawasan lain wajib
ditangani dengan tegas.
4. Membongkarkan penipuan
cuba dikatakan memalukan parti, kita perlu sedar yang membuat penipuan itulah
sebenarnya penjahat sebenar. Kami sayangkan parti ini. Ia parti masa depan.
Membiarkan penipuan dan membunuh demokrasi dalam parti beerti membunuh masa depan
harapan bersama.
5. Kita menyambut baik
kenyataan Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa SPR dan JPP adalah berbeza kerana JPP
akan bertindak dan parti akan menghukum si pesalah/penipu tanpa mengira jawatan
yang sedang disandang.
6. Kita mendesak siasatan yang menyeluruh dan
tindakkan/hukuman harus dititik-berat kepada susuk yang membuat arahan dan individu/pihak
memperolehi keuntungan dari penipuan tersebut. Mengambil tindakan terhadap pengawas
semata, samalah diumpamakan ‘menahan dan membicarakan Azilah dan Sirul kerana
membunuh Altantuya’ tetapi mengenepikan siapa yang mengarahkan pembunuhan itu.
7. Ketika yang sama kita diasak oleh parti lawan,
harus dipertegas bahawa kita berani akui kepincangan ini dan membetulkannya. Gerobolan
Umno dan BN tidak layak berbunyi kerana sesungguhnya mereka jauh lebih bobrok.
8.
Akhir sekali, ayuh kita pastikan semangat keadilan itu terus subur mekar dalam
parti Keadilan, parti masa depan bersama.
Che’GuBard
Anggota
Biasa Parti Keadilan Rakyat
Tuesday, April 29, 2014
Saksi kekalutan proses pengundian (cerita ini tak habis dan ada yang berperanan)
Blogger Aduka Taruna melalui laman Facebook mendakwa pemilihan PKR yang dijalankan terlalu berkecamuk dan dilihat tidak telus serta berkemungkinan bakal berlaku sebotaj di antara kem calon yang bertanding.
Paling kelakar adalah calon yang bertanding boleh mendekati meja pengundi dan membantu pengundi untuk mengisi kertas undi tersebut.
Keputusan bebas dakwaan aksi malam tahun baru cetus semangat baru aksi 1 Mei
1. Pertama sekali syukur Alhamdulillah, Mahkamah Seksyen Jenayah 13, Kuala Lumpur semalam telah melepaskan saya Chegubard, 35, yang juga Pengerusi Solidariti Mahasiswa Malaysia, serta Pengerusi Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) Mohamed Bukhairy Mohamed Sofian, 23, dan Pengarah Propaganda SAMM Edy Nor Reduan, 33 dari tuduhan didakwa melakukan kesalahan itu di Dataran Merdeka, Jalan Raja di Kuala Lumpur antara 9 malam 31 Dis 2013 hingga 1 pagi 1 Jan lepas. Tuduhan di bawah Akta Perhimpunan Aman.
2. Hakim Mahkamah Sesyen Azman Mustapha membuat keputusan itu selepas membenarkan permohonan peguam Melissa Sasidaran berikutan keputusan Mahkamah Rayuan Jumaat lepas yang menyifatkan Seksyen 9 (5) Akta Perhimpunan Aman 2012 sebagai tidak berperlembagaan kerana peruntukan itu di luar batas kuasa Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan yang menjamin perhimpunan aman.
3. Keputusan ini dibuat dibuat berasaskan keputusan Mahkamah Rayuan Jumaat lepas yang menggugurkan tuduhan terhadap ADUN Seri Setia , YB Nik Nazmi Nik Ahmad.
4. Tahniah kepada Hakim yang berani membuat keputusan yang betul. Tahniah dan terima kasih juga kepada Peguam Melissa dan Eric Paulsan termasuk pasukan Lawyer For Liberty (LFL) yang banyak membantu kes - kes berkaitan perjuangan hak asasi dan melawan penindasan. Rakaman penghargaan juga kepada penyumbang yang menyumbang dalam perbagai bentuk kepada kami anak muda bagi meneruskan perjuangan ini khususnya dalam bentuk jaminan mahkamah.
5. Ini merupakan satu petanda baik bagi perjuangan rakyat mempertahankan hak yang dijamin perlembagaan negara. Ini juga membawa maksud bukan semua undang- undang menjamin keadilan ia memerlukan perjuangan dan keberanian. Semenjak APA diaplikasikan memang banyak kes pendakwaan berkaitan undang - undang ini. Namun SAMM merakamkan sedih terhadap beberapa pemimpin politik yang tersungkur di mahkamah kerana mengaku bersalah awal di depan hakim kerana undang - undang zalim ini. Sepatutnya semua perlu melawan. Nazree Yunus contohnya sudah tentu akan akan jadi titik hitam dalam sejarah perlawanan apabila dia mengaku bersalah dan sebaliknya beruntung ada anak muda seperti Nik Nazmi yang berani menawan sehingga membawa kes ke mahkamah rayuan dan berjaya mengenepikan kes yang akhirnya menjadi tanda segar buat perjuangan.
6. 1 Mei satu lagi himpunan penting dalam gerakan rakyat. Untuk itu Penyerahan Penghakiman kes Nik Nazmi Nik Ahmad mengenai Akta Perhimpunan Aman 2012 akan dihantar kepada IGP.
Masa: 2pm
Tempat: Bukit Aman
Tarikh: 30 April 2014 (esok)
Tujuan utama penyerahan penghakiman ini adalah untuk memperingati IGP bahawa Mahkamah Rayuan telah membuat keputusan bahawa Akta Himpunan Aman adalah tidak berperlembagaan dan Himpunan MayDay pada 1 Mei bukan HARAM.

7. Terima kasih kepada semua yang berjuang. Yakinlah rakyat yang bersatu tidak akan dapat dikalahkan. Ayuh bersama banjiri Kuala Lumpur 1 Mei ini.
Sekian dan terima kasih
che'GuBard
Solidariti Anak Muda Malaysia
Solidariti Anak Muda Malaysia
Membiarkan penipuan dan membunuh demokrasi dalam parti bererti membunuh masa depan harapan bersama.
1. Pendedahan mengenai penyelewengan , manipulasi dan penipuan dalam Pemilihan pantas dijawab oleh Ketua Propaganda Pasukan Keadilan Raya pimpinan Azmin Ali. Namun jawapan Ekmal Ahmud membuktikan dia tidak punya maklumat dan keliru.
2. Dia tidak menafikan sebarang penglibatan pasukan Keadilanraya dengan penipuan tersebut sebaliknya cuba menuding kepada Ketua Jawatankuasa Pemilihan Parti (JPP),Johari Abdul dan Setiausaha Agong, Saifuddin Nasution yang juga kebetulan merupakan salah seorang calon Timbalan Presiden.
3. Ekmal Ahmud menyatakan tidak perlu desak ? Selaku anggota parti apa masalahnya mendesak ? Adakah parti ini sudah tidak boleh ditegur ? SPR contohnya pengendali pemilihan di peringkat nasional maka apabila terdapat kepincangan bukankah rakyat perlu bangkit mendesak dikembalikan ketelusan dalam demokrasi negara.
4. Ekmal Ahmud mempertikaikan Saifuddin yang bertanding juga masih memainkan peranan sebagai Setiausaha Agong. Dia mempertikaikan bagaimana Saifuddin yang bertanding dan Saifuddin sendiri akan membentangkan laporan pemilihan dalam Kongres Nasional nanti. Dengan kenyataan yang disiarkan oleh Awani, sahih dia tidak punya maklumat lengkap atau tidak diberi maklumat lengkap oleh pasukan Keadilanraya atau dia sendiri keliru.
5. Setelah dicari maklumat sahih Ekmal tidak tahu bahawa 10 April lagi, Saifuddin telah menulis surat kepada Presiden untuk 'bercuti' dari semua tugasan selaku Setiausaha Agong. Semenjak mengumumkan pengesahan bertanding Saifuddin sudah tidak lagi membuat apa - apa peranan Setiausaha Agong malah tidak hadir sebarang mesyuarat termasuk Biro Politik. Ekmal juga keliru atau tidak paham kerana MATC / Kongres dan Pemilihan adalah dua perkara berbeza. MATC (Mesyuarat Agong Tahunan Cabang) / Kongres dibawah kelolaan Ibu Pejabat PKR dan itu yang akan dibentangkan oleh Setiausaha Agong bukan proses pemilihan (pencalonan dan pengundian). Semua urusan senarai pemilih, pencalonan, pengawas, tempat mengundi, pengundian sehingga mengira undi dan rayuan dibawah JPP. Maka dari aspek pemilihan dalam Kongres akan dibentangkan oleh Pengerusi JPP bukan Setiausaha Agong. Harap Ekmal fahami dengan elok perkara ini. Difahamkan Ekmal anak muda yang rajin membaca tetapi jangan hanya membaca saja tetapi tidak cerdik.
6. Dalam perkara ini jika semua yang bertanding harus meletakkan jawatan bagaimana yang lain yang bertanding. Jika yang dipertikaikan jawatan lantikan, tahu atau tidak Ekmal bahawa Dr. Xavier Jayakumar merupakan ahli biro politik lantikan dan bertanding selaku Naib Presiden dan kenapa Ekmal tidak mempertikaikan ? Adakah kerana ia dari pasukan Keadilanraya yang dimana Ekmal ketua propagandanya maka ia menjadi halal tidak meletak jawatan dan masih menghadiri mesyuarat Biro Politik dan memainkan peranan.
7. Bagi pihak Keadilanraya (Azmin Ali) Ekmal langsung tidak menafikan apa pun yang berlaku. Menang ada beberapa ciri penambah baikan dalam proses pemilihan tetapi masalahnya ialah Datuk Johari Abdul lemah dan masih bergantung dengan jentera yang terpalit penipuan Pemilihan 2010.
8. Penipuan bukan berlaku di Batang Sadong sahaja tetapi ia berlaku di banyak kawasan lagi khususnya kawasan pendalaman yang tidak berlaku pertandingan. Semua ini disusun oleh watak yang sama iaitu Pengurus penempatan pengawas dan tempat mengundi iaitu Sabarudin Yasin. Watak inilah juga yang berjaya menjadikan pemilihan 2010 begitu kontroversi (rujuk aduan panjang saya pada 2010). Di kawasan yang tidak diberikan tumpuan ini jumlah kehadiran rendah tetapi dengan penempatan pengawas yang boleh mengikut arahan maka kertas undi akan ditanda sendiri dan dimasukkan di dalam tong maka kehadiran meningkat tinggi. Sabarudin yang dikenali penyokong kuat Azmin inilah yang menyusun menghantar orang seperti Azrai yang mampu mengikut arahan ke kawasan seperti Batang Sadong untuk membuat operasi gelap mereka. Itu belum lag menyebut bagaimana Lawas yang mengundi awal sehari dari notis.
9. Kita punya data lengkap mengenai bagaimana modus operasi menggunakan pengawas berkempen seperti pengundi diambil salinan chai dan diserahkan salinan chai Keadilanraya. Pegawai JPP memberikan taklimat memburukkan calon lawan Azmin Ali. Banyak lagi cara penipuan , jika ada pengawas yang jujur diugut digugurkan dari senarai pengawas.
10. Dalam JPP pula semua aduan dan rayuan akan diproses oleh satu jawatankuasa yang dipengerusikan oleh Kamarul Bahrain seorang penyokong kuat Azmin yang sanggup keluar media elektronik menyerang Menteri Besar Selangor dan minta letak jawatan. Kamarul menyatakan Menteri Besar Selangor lemah tetapi tidak sedar Negeri Sembilan dibawah dia selaku Pengerusi MPN hancur pencapaian PRU kerana dia menukar calon yang berpotensi menang hanya kerana kemaruk sokongan untuk menjadi MB NS. Selepas PRU dia gagal membuat mensyuarat MPN pun dan akhirnya meletakkan jawatan kerana merajuk dengan Ketua Umum. Bayangkan orang seperti ini diberi tanggungjawab proses aduan dan rayuan. Sabaruddin ialah Setiausaha MPN NS dibawah Kamarul. Adakah PKR sudah kekurangan watak yang lebih kredibel ?
10. Saya selaku anggota Parti dengan ini mendesak agar JPP dirombak segera. Contohnya watak seperti Kamarul dan Sabaruddin harus ditukar dan diganti dengan lebih bebas sebelum bermula proses pengundian Sabtu ini. Mohon Dato Johari Abdul dan Datin Paduka Tan Yee Kew supaya sedar dari lena. Nama baik kamu sedang dipermainkan. Orang dalam JPP sedang bergembira melakukan perbagai tipuan dan manipulasi kamu tidak sedar maka akhirnya nanti nama baik kamu yang akan tercemar dan diingat dalam sejarah PKR setaraf dengan Pengerusi dan Timbalan Pengerusi SPR yang penipu.
11. Saya dengan ini menyatakan dokongan terhadap inisiatif kumpulan anggota biasa PKR yang akan berhimpun pada 30 April 3.30 petang di depan Ibu Pejabat PKR di Merchant Square, Tropicana, Petaling Jaya. Saya mohon JPP bersedia menerima deligasi dan deklarasi dari himpunan tersebut. Kami harap Johari dan Tan Yee Kew sendiri hadir untuk menyambutnya.
13. Menghukum hanya pengawas di Batang Sadong tidak akan menyelesaikan masalah. penipuan berlaku banyak tempat cuma tertangkap ketika melakukan di Batang Sadong. Penipuan ini semenjak 2010 lagi. Ingat kita sering pertikaikan kenapa hanya membicarakan dan menghukum pembunuh Altantuya tetapi melepaskan siapa yang arah bunuh Altantuya. Kita perlu menghukum siapa arah penipuan pemilihan yang mencemarkan parti.

12. Membongkarkan penipuan cuba dikatakan memalukan parti, kita perlu sedar yang membuat penipuan itulah sebenarnya penjahat sebenar. Kami sayangkan parti ini. Ia parti masa depan. Membiarkan penipuan dan membunuh demokrasi dalam parti beerti membunuh masa depan harapan bersama.
Sekian
che'GuBard
Anggota Biasa Parti Keadilan Rakyat.
Anggota Biasa Parti Keadilan Rakyat.
Siapa punca kekecohan pemilihan ?
1. Pertama sekali ditegaskan semua tindakan saya dalam mengikuti Pemilihan PKR 2014 ini ialah saya selaku anggota PKR dan tidak ada kena mengena dengan mana - mana organisasi lain yang saya sertai. Dengan ini tajuk berita dalam Berita Harian pada 28 April 2014 'SAMM Desak Batal Pencalonan Azmin' adalah tidak tepat kerana desakan itu dibuat oleh saya selaku anggota PKR dan tidak ada kena mengena dengan SAMM.
2. Pemilihan kali ini mengimbau kembali Pemilihan PKR 2010 yang penuh dengan perbagai kontroversi manipulasi dan penipuan.
antara yang setakat ini berjaya dirakam ialah
2. Pemilihan kali ini mengimbau kembali Pemilihan PKR 2010 yang penuh dengan perbagai kontroversi manipulasi dan penipuan.
antara yang setakat ini berjaya dirakam ialah
- Lihat saja pola kehadiran pengundian Sarawak Sibu 58,Konawit 54, Santubong 23, H.Rejang 42, Mukah 10, K.Samarahan 29, Lawas (tiba-tiba mengundi awal sehari) 195 dan Saratok 516 Sangat pelik.. tetapi bila terbongkar di Batang Sadong bagaimana pengawas tanda kertas sendiri baru tahu bagaimana pengundi datang tak seramai mana tetapi kertas undi bertanda banyak ... Ini mengingatkan bagaimana tahun lepas lebih seribu kertas undi muncul sejauh pendalaman Batu Sapi
- Pengawas tanpa segan silu berkempen termasuk membawa kertas 'chai' pro Azmin sehingga ke dalam tempat mengundi dan mengambil dari tangan pengundi kertas chai lain lalu ditukar ke kertas chai pro Azmin. Malah di Tangkak ketika taklimat Pengawas sukarelawan dari Cabang di Tangkak, Pegawai JPP dari Selangor yang dikenali sebagai Sdr. Lau tanpa segan silu menfitnah calon lawan Azmin Ali dan memuji Azmin Ali. Malah menegaskan semua harus berusaha memenangkan Azmin Ali. Malah punya bukti bukan pengawas biasa tetapi Koordinator (Ketua Pengawas) di peringkat Negeri turut terlibat secara agresif berkempen untuk Azmin Ali.
- Kes kekecohan sehingga mengakibatkan insiden pukul berlaku di Petrajaya juga melibatkan penyokong pro Azmin Ali. (belum ada laporan penuh)
- Penyalah gunaan pengawas JPP bukan sahaja di hari pengundian sahaja. Ia berlaku seawal pencalonan. Perbagai aduan diketepikan begitu sahaja. Antaranya ialah Pencalonan Wanita Cabang Jasin. Sah sehingga borang pencalonan ditutup dan pengumuman rasmi dibuat tidak ada nama dihantar untuk pencalonan Cabang Jasin tetapi tiba - tiba beberap hari selepas itu makluman bertulis menyatakan Cabang Jasin ada calon Ketua Wanita. (berlaku di banyak tempat lain)
- Tempat pengundian juga tidak sesuai tetapi bila bantahan dibuat semua tidak dipeduli. Contohnya di Cabang Miri, bayangkan pengundian dibuat di ruang atas yang sempit di Klinik milik salah seorang calon Ketua Cabang Pro Azmin Ali. (berlaku di banyak tempat lain)
- Ada pengawas yang tidak mahu bersengkongkol dengan penipuan. Dia bersikap tegas ...namun dia dihubungi oleh seorang calon jawatan utama parti peringkat pusat dan dimarahi. Tidak cukup dengan itu dia turut dimarahi oleh salah seorang jawatankuasa JPP
- Notis pengundian seluruh negara bermula pada Sabudan Ahad lepas tetapi secara tiba - tiba saatakhir JPP kononya memutuskan Lawas mengundi sehari sebelum (Jumaat) dan Azmin dapat jumlah undi besar ... apa muslihatnya ?
- selain dinyatakan ada puluhan lagi contoh penipuan berlaku.
3. Menjawab fitnah tindakan saya dan ramai anggota parti dalam mendedahkan penipuan memalukan parti ia adalah tuduhan dangkal yang sahih memalukan parti ialah penipu yang menipu , bukan setakat memalukan tetapi membunuh demokrasi dalam parti dan menghancurkan parti.
4. Persoalanya sekarang ini ialah adakah semua aduan yang mula dihantar sejak hari pertama pengundian akan membawa kesan apa bila semua rayuan atau aduan akan diproses oleh Jawatankuasa yang di Pengerusikan oleh Kamarul Bahrain, Pengerusi MPN Negeri Sembilan yang meletakkan jawatan kerana merajuk dengan Ketua Umum (menurut beliau sendiri). Watak ini jugalah yang keluar media elektronik melanjutkan 'nada' Azmin Ali mendesak Menteri Besar Selangor meletakkan jawatan. ???
5. Taktik penipuan amat licik sekali. Kita marah dengan SPR tetapi dalam parti sendiri perkara sebegini berlaku. JPP pula mula mencari alasan iaitu memperakui kononya berlaku 'blackout' menyebabkan peti undi dilarikan dan dibuka dalam bilik yang tertutup dan hanya dibuka selepas 10 minit bilik diketuk. Kertas undi didapati bertambah dan kebanyakan yang ditambah ialah undi Azmin Ali.
6. Menurut sumber JPP mungkin hanya akan memutuskan Azrai seorang petugas pengawas JPP akan diambil tindakan. Persoalanya Azrai bertindak atas arahan siapa dan siapa memperolehi keuntungan dengan penipuan itu ? Mengambil tindakan terhadap Azrai semata, samalah dengan menahan dan membicarakan Azilah dan Sirul kerana membunuh Altantuya tetapi mengenepikan siapa yang mengarahkan pembunuhan Altantuya itu ?
7. Saya selaku anggota biasa PKR dengan ini mendesak satu tindakan serius segera sebelum proses pengundian diteruskan Sabtu dan Ahad ini. Jika tidak tangguhkan saja dan rombak JPP segera. Satu demonstrasi aman mendesak pembersihan dalam proses pemilihan akan dibuat atas inisiatif anggota parti yang sayangkan demokrasi dalam parti ini pada 30 April 2014, 3 petang di depan Ibu Pejabat PKR. Semua anggota parti dijemput hadir.
8. Dalam keadaan regim sedang menzalimi rakyat. Dalam keadaan regim sedang dalam usaha akhir memenjarakan Ketua Umum ....kesal ada pihak yang sudahlah tak henti - henti sengaja membiarkan penyokongnya untuk cuba menonjolkan imej dia lebih layak menjadi Presiden, memfitnah Ketua Umum dan Keluarga dan kini sanggup meneruskan kegiatan jahat penipuan dalam Pemilihan PKR 2014. Adakah ini dendam kesumat dia kerana mengikutnya Ketua Umum tidak tunai janji untuk dia jadi Menteri Besar Selangor ?

Anggota Biasa PKR
Friday, April 25, 2014
BIARKAN AZMIN DAN KHALID BERBALAH DI LUAR, KITA ANGKAT SAIFUDDIN
JIKA TS Khalid berjanji di Kuantan bahawa sekiranya beliau menang Kerusi Timbalan Presiden PKR, beliau akan pastikan di dalam PRU 14 akan datang tiada lagi masalah calon "payung terjun". Ertikata lain, suara akar umbi akan didengar. Maknanya, sedikit betul apa yang aku selalu sebut bahawa isu calon "payung terjun" ini lah yang menjatuhkan markah Azmin sekarang.
Jika TS Khalid berjanji sedemikian, sebenarnya itulah yang lebih awal dijanjikan oleh Saifuddin Nasution salah seorang calon yang menawarkan diri merebut Kerusi Timbalan Presiden. Saifuddin teramat arif tentang isu calon "payung terjun" ini kerana beliau bertugas di Ibu Pejabat parti selaku Setiausaha Agung. Terbukti, dua calon yang menjadi saingan Azmin sekarang mengaku bahawa isu calon "payung terjun" membuatkan ramai yang marah, berkecil hati bahkan ada yang keluar dari parti.
Prestasi TS Khalid selaku MB Selangor memang baik, lebih baik dari Khir Toyo tentunya. Bagaimana pula dengan PKR di Selangor di era TS Khalid? Kita masih ingat kisah seawal pentadbiran TS Khalid di Selangor, ada pejabat Cabang yang hampir disita kerana tidak membayar sewa pejabat. Ada pejabat yang diputuskan bekalan api kerana tidak membayar bil. Pelik, PKR di negeri kaya ini boleh berlaku sedemikian.
Siapa boleh nafikan masih ada lagi kontraktor-kontraktor yang berjiwa Umno berlakun menyokong PR hanya kerana mahu kontrak di Selangor? Lemahnya TS Khalid adalah bacaan politiknya, terutama strategi politik dari musuh iaitu Umno. Beliau mula memasuki pejabat MB Selangor, kita dikejutkan dengan kisah kamera tersembunyi di dalam pejabat beliau. Mungkin TS Khalid tidak kisah semua ini kerana baginya tidak perlu takut kepada kamera tersembunyi kerana beliau tidak lakukan apa-apa yang tidak betul di dalam pejabatnya. Sehingga kini kes itu senyap. Ertinya, tiada kepekaan langsung. Bukan masalah beliau lakukan atau tidak perkara tidak baik di dalam pejabatnya, tetapi kita harus ingat bahawa sudah ada 'orang dalam' yang ingin sabotaj atau menjadi pengintip beliau. TS Khalid mungkin tidak membaca semua ini.
Kita ingat lagi kisah JAIS serbu Gereja kononnya ada aktiviti memurtadkan orang Islam di Selangor. Peliknya, MB Selangor tidak tahu ada serbuan dilakukan kecuali setelah ianya berlaku dan kecuh. Exco pun tiada yang tahu peristiwa serbuan itu, sedangkan JAIS adalah di bawah pentadbiran Negeri Selangor. Maka, peristiwa serbuan itu menjadi kontroversi yang hebat. Bukan sekali, berlaku lagi di mana sekali lagi JAIS serbu gereja untuk merampas Kitab Bibble yang dikatakan terkandung Kalimah Allah. Peliknya, kitab Bibble itu ada cop KDN yang meluluskan percetakannya. Pedulikan tentang cop itu, tapi jelas JAIS sekali lagi membelakangkan MB Selangor dan Kerajaan Negeri. Maka, kontroversi berlaku lagi. Lemahnya TS Khalid berdepan dengan JAIS ini.
Isu pemecatan Azmin di dalam kemelut PKNS. Pening sungguh memikirkannya. Pihak PKNS kata dapat kebenaran TS Khalid, manakala TS Khalid kata beliau tidak tandatangan pun surat pecat Azmin. Habis, mengapa dibiarkan saja jika sungguh beliau tidak pecat Azmin? Mengapa bila kumpulan Azmin sudah kecuh baru TS Khalid bersuara dan meng'kambing hitam'kan beberapa pegawai di dalam PKNS? Kemelut PKNS gagal ditangani oleh TS Khalid dengan bijak. Sebab apa gagal, sebabnya beliau dan Azmin tidak pernah tidak 'berkelahi'. Itu hakikat yang tidak boleh dinafikan.
MOu berkaitan air di Selangor ternyata sesuatu yang memalukan Ketua Umum PKR, DS Anwar Ibrahim. Bayangkan TS Khalid mengadakan MOu dengan Kerajaan Pusat tanpa memaklumkan sedikit pun kepada Anwar sebelum beliau tandatangan MOu berkenaan. Ini ditegur secara penuh hikmah oleh Anwar. Sebelum ini pun banyak kali Anwar tegur TS Khalid di dalam konvensyen atau kongres parti. Anwar ada menyatakan TS Khalid seorang yang setia mendengar tetapi lambat bertindak. Anwar mahu kepentingan parti diseimbangkan dengan kepentingan negeri kerana parti lah yang mengangkat TS Khalid di Kerusi MB Selangor itu. Jangan buat PKR di Selangor seperti peminta sedekah.
Mungkin ramai yang tidak setuju bila ada yang kata TS Khalid ini 'kedekut". Tambah pula selepas beberapa negeri mengadakan jamuan makan di hotel bersama beliau sepanjang kempen pemilihan ini. Jika kedekut, tidak merasa makan di hotel. Aku tidak tahu pasal kedekut ini, cuma yang aku tahu Selangor di bawah TS Khalid umpama sebuah syarikat. Satu sen di minta oleh parti, mesti mahu kertas kerja. Aku tidak pasti samada jamuan di hotel ini pun telah buat kertas kerja terlebih dahulu. Mungkin Faekah boleh jawab isu ini.
Mudah saja. Azmin dan TS Khalid memakan masa untuk berbaik samada salah seorang di antara mereka menang atau kalah. Jadi, usah pening kepala maka kita pilih yang tidak bercakaran iaitu Saifuddin Nasution sebagai Timbalan Presiden PKR yang baru. Biarkan Azmin dan TS Khalid berbalah di luar sana.
DICATAT OLEH WFAUZDIN NS
PARTI TIDAK BOLEH TERUS DENGAN PIMPINAN YANG TIDAK HENTI BERBALAH
MALAM tadi (23/4/14) Azmin datang ke Kuantan. Lokasinya sama jugalah dengan TS Khalid sebelum ini iaitu di tempat elit, sebuah hotel Tidak kisah lah di mana mahu berkempen dan di mana mahu menjamu selera sambil mendengar tokoh-tokoh menjual ubat.
Ertinya, Pahang telah pun dikunjungi oleh semua calon Timbalan Presiden, iaitu Azmin, TS Khalid dan Saifuddin. Paling awal adalah Saifuddin Nasution yang hadir sewaktu program Reformasi 2.0 Peringkat Negeri Pahang baru-baru ini. Cumanya Saifuddin agak sengkek, bertemu dengan ahli-ahli dan penyokongnya di Pejabat Adun Semambu dan minum teh saja.
![]() |
| Perjumpaan di Kuantan malam tadi |
Aku tidak pergi kesemua program perjumpaan dan kempen ketiga-tiga tokoh berkenaan. Bukan benci, tidak juga mahu boikot tetapi aku sengaja tidak mahu pergi kerana aku sudah tahu apa yang mereka mahu nyatakan. Kesemuanya pasti mahu parti ini bertambah baik lagi. Itu kompom.
Itulah juga janji Azmin sewaktu bertanding jawatan yang sama sewaktu dicabar oleh Zaid Ibrahim. Apakah tertunai janji Azmin untuk melihat parti bertambah baik? Dalam sejarah parti begitu kalut menjelang penamaan calon. Ada negeri yang masih tidak ada calon muktamad sehingga saat-saat akhir. Ada calon terpaksa bertanding Bebas, tetapi istihar tarik diri disaat akhir kerana kecelaruan calon manakah yang sebenarnya direstui.
Negeri Sembilan patutnya milik kita sekarang, tetapi terlepas peluang keemasan itu angkara calon. Campurtangan siapa sehingga terjadi sedemikian? Sekarang mahu bicara soal ingin reformasikan parti atau me/Raya'kan parti? TS Khalid tertekan pula dengan soal air di Selangor. Angkara MOu yang dibuat tergesa-gesa rupa-rupanya tidak menguntungkan rakyat. Bacaan politik terlalu lemah.
Malam tadi Azmin dikhabarkan diraikan sekitar 50-60 orang di Kuantan. Jauh bezanya dengan sambutan yang diberikan kepada TS Khalid. Kedua-duanya diadakan di hotel dengan dijamu makan. Jangan tanya berapa orang saja yang bersantai dengan Saifuddin. Apa pun, jumlah di hotel belum tentu ditafsirkan dengan undian.
Simpati terhadap Saifuddin boleh mengugat Azmin dan Khalid. Saifuddin benar-benar menunjukkan 'roh' reformasi yang tidak bermula di tempat selesa dan mewah. Saifuddin tiada ego, tiada musuh dan tidak ada rekod berbalah. Azmin dan Khalid? Sama-sama tahu jawapannya. Parti tidak lagi mahu diseret dengan perbalahan yang sudah bertahun di antara keduanya ini. Cukuplah....jangan bicara reformasi jika mahu reform diri sendiri pun gagal.
DICATAT OLEH WFAUZDIN NS
Pemilihan PKR 2014 bukan soal siapa MB Selangor semata - mata
25 April 2014
PEMILIHAN PKR 2014 IALAH PERSOALAN MEMBENTUK PASUKAN KE PUTRAJAYA BUKAN SIAPA MB SELANGOR SEMATA -MATA
tulisan oleh ; che'GuBard (anggota biasa Parti Keadilan Rakyat)
** artikel untuk bacaan umum tetapi Utusan dan TV3 dilarang petik.
sila klik sini untuk membaca juga Kartel :Azmin menepuk air di dulang
PEMILIHAN PKR 2014 IALAH PERSOALAN MEMBENTUK PASUKAN KE PUTRAJAYA BUKAN SIAPA MB SELANGOR SEMATA -MATA
![]() |
| bijak Azmin menggunakan akaun media sosial dia minta anak buahnya tanya dan dia menjawab dengan sindiran |
- Minggu ini akan bermulalah proses pengundian untuk Pemilihan PKR 2014 bagi negeri Sarawak, Pahang, Kelantan, Terengganu, Johor dan Melaka. Jumlah ini membawa kepada lebih 70 Cabang. Namun meneliti realiti walaupun ia mewakili jumlah keanggotaan yang besar namun semua hanya mensasarkan sekitar 5 ke 6 ribu sahaja anggota akan keluar mengundi.
- Kempen kali ini agak sedikit berbeza, media digunakan sepenuhnya termasuk media arus perdana ini mungkin kerana jumlah pemilih yang terlibat amat besar dan berterabur menyukarkan capaian dan hanya dengan media terbuka sahaja memungkinkan capaian maksima. Ada pro dan kontra dalam perihal ini. Ada yang melihat menggunakan kempen secara terbuka ini negatif dan mereka menyerang teman - teman yang keluar dalam media perdana. Contohnya pasukan (Keadilanraya) Azmin Ali menyerang Tan Sri Khalid Ibrahim kerana mendapat liputan termasuk TV3 tetapi serangan ini sedikit senyap apabila Azmin Ali sendiri mendapat liputan TV3 dengan kempennya disiarkan dalam Buliten Utama malah pasukan Reformasi Tulen (Khalid) membalas Keadilanraya dengan menyiarkan semula serangan yang memang sejak awal seperti muka depan Utusan dimana pasukan pro Azmin pernah mendapat liputan besar kerana isu menyerang Menteri Besar Selangor. Malah Datuk Kamarul Bahrain yang kini selaku Pengerusi Lembaga Rayuan dan Disiplin parti sendiri pernah keluar beberapa media termasuk media elektronik menggesa Menteri Besar letak jawatan kerana gagal walaupun dalam keadaan dia sendiri gagal selaku Pengerusi MPN PKR N.Sembilan.
![]() |
| serangan pasukan keadilanraya terhadap Khalid kerana mendapat tempat di media arus perdana sedikit kendur bila Azmin sendiri mendapat liputan agak selesa dalam Buliten Utama |
- Namun bagi che'GuBard kempen melibatkan media ini sudah tidak boleh dielakkan dan ia juga ada elemen positif kerana apa pun parti politik itu memerlukan rakyat. PKR khususnya merupakan parti yang punya jumlah keanggotaan agak kecil berbanding tapak sokongan yang besar. PKR ini jentera dan anggota kecil tetapi ia parti yang punya dokongan besar dikalangan rakyat. Maka seharusnya apa pun urusan dalam parti ia harus diketahui dan melibatkan rakyat. Kempen Pemilihan PKR 2014 juga harus terbuka dan harus dituju kepada rakyat juga. Biarlah nampak bergaduh sedikit tetapi kita telus bukan seperti ada pihak yang nampak utuh diluar tetapi mereput di dalam, nampak utuh kerana sama saling melindungi jenayah rompakan dana negara.
- Cuma kempen seperti menyerang terus Ketua Umum dan keluarga ia amat dikesali. Contohnya serangan mereka yang kini di dalam pasukan keadilanraya lah yang pertama sekali mencipta terma Istana Segambut bagi merujuk Anwar dan Azizah sehingga terma itu menjadi porpular digunakan oleh musuh untuk menyerang parti.
![]() |
| contoh akaun media sosial pendokong kartel Keadilanraya (calon exco wanita pusat) yang secara terang - terang menghina DSAI dan WAWI dengan mengangkat Azmin punya ciri Presiden lebih baik |
![]() |
| ini antara banyak contoh lagi pendokong Keadilanraya menyerang DSAI dan WAWI dengan cara musuh dengan menyebut mengenai Istana Segambut |
- Oleh kerana kempen terbuka maka garis kempen harus lebih luas dan ditujukan juga matlamat akhirnya apa yang rakyat dapat bukan sekadar berlegar dalam isu kecil semata - mata. Namun walau begitu ia juga harus dielak dari retorik semata mata sebaliknya praktikal dengan menyedari realiti keadaan parti dan semasa. Bukan sekadar slogan retorik tetapi ia harus menjawab persoalan permasalan dalam parti selama ini seperti isu calon PRU yang sehingga malam sebelum pencalonan bertukar kerana ia bukan kem tertentu. Isu PR satu logo sehinggalah kebajikan anggota bawah.
- Hasil dari pandangan orang ramai mereka agak sedikit gusar melihat pertembungan Pemilihan PKR 2014 kini di mana pada persepsi ramai ialah pertembungan merebut kedudukan MB Selangor. Tan Sri Khalid Ibrahim yang sebelum ini agak sedikit ditujah dengan imej kedekut dan berkira tiba - tiba keluar dari imej tersebut menjelajah dari hotel ke hotel mengadakan pertemuan dan jamuan bertemu anggota di bawah bagi mengikis imej sebelum ini. Namun ia tidak mudah mengikis imej itu dan pasukan Keadilanraya menggunakan garis kempen yang membuat ramai terfikir bagaimana anggota di negeri lain hendak mendapat manafaat dari jawatan Menteri Besar sedangkan di dalam Selangor sendiri orang PKR sukar dan orang Umno masih selesa kerana arahan MB yang berbunyi tidak ada rekemendasi politik diterjemahkan oleh pegawai kerajaan dengan abaikan semua orang PKR. Begitulah cekapnya Keadilanraya mematahkan kempen turun padang Khalid.
- Palinglemah dalam gerakan pertemuan di bawah ini kelihatan Saifuddin tertinggal ke belakang. Ketika dua pasukan lagi menjelajah dari hotel ke hotel, paling tidak restoran ke restoran sebaliknya Saifuddin menggunakan jaringan teman - teman hanya mampu memanafaatkan pejabat dan pusat khidmat parti sebagai medan dialog dan pertemuan. Namun sentuhan terus dalam kumpulan kecil tetapi kerap ini dilihat lebih telus dan berkesan.
![]() |
| adakah Azwan Ali juga digunakan untuk kempen Azmin untuk MB |
- Persepsi ramai pula melihat Pasukan Keadilanraya hanya berminat untuk penumpuanya merampas kerusi MB Selangor semata - mata. Ia dilihat berkisar dalam politik Selangor. Lihat kartel mereka Azmin Ali calon Timbalan Presiden (Gombak) , Zuraidah Kamaruddin, calon Ketua Wanita (Ampang), Amiruddin Shari, calon Ketua AMK (Gombak), Lee Chin Cheh, Calon Naib Presiden (Adun yang meletak jawatan di Kajang), Haniza Talha, Calon Timbalan Ketua Wanita (PJS) dan begitulah pasukan keadilanraya majoritinya dianggotai dan berkubu di Selangor. Ramai melihat ini kerana tumpuannya ialah merampas kerusi MB Selangor semata - mata dan disatu pihak hanya untuk mempertahankan kerusi MB Selangor pula. Jika ini benar maka ia amat tidak sihat.
- Soalnya sekarang sejak 2008 sehingga kini antara punca masalah dalam PKR ialah perebutan kerusi MB Selangor itu. Tanpa menafikan sewajarnya sedikit perubahan perlu segera di buat di Selangor. Ia perlu ditadbir secara berpasukan bukan hanya sekumpulan kecil lembaga pengarah. (klik sini Selangor harus ditadbir secara berpasukan) Ayat YB Yeo Bee Hin (ADUN DAP Damansara Utama) dalam sidang DUN yang lepas yang menyatakan rundingan air umpama dalam kotak hitam yang ADUN penyokong kerajaan pun tidak ketahui apa perlu diambil ikhtibar. Khalid juga harus sedar dia duduk disitu kerana PKR dan banyak perkara perlu diselaraskan semua bersama PKR dan PR itu sendiri.
- Sampai bila parti yang punya masa depan cerah, tapak sokongan besar dan agenda reformasi yang jelas untuk rakyat harus terperangkap dengan masalah perebutan di Selangor. Anggota parti seluruh negara harus putuskan untuk semua ini dihentikan segera. Parti ini seharusnya berkembang pantas selepas PRU 2008 tetapi percaturan di Selangor yang tidak kesudahan telah mengakibatkan banyak usaha baik teralih tumpuan. Ia bukan hanya persoalan Selangor semata. Adakah kita cukup berpuas hati dengan punya Selangor ? Sudah tentu tidak agenda perubahan perlu sampai ke Putrajaya.
- Selain itu parti ini bakal berdepan cabaran besar khususnya jika benar Anwar dipenjarakan regim penguasa. Seorang Timbalan garis tengah yang praktikal harus wujud. Pertembungan keras Khalid dan Azmin harus dikendurkan dengan agihan gerak kerja dan peranan selepas pemilihan. Penumpuan gerak kerja harus jelas. Timbalan Presiden juga harus punya rekod kerjasama baik dengan teman - teman pimpinan utama PR.
- Untuk itu saya selaku anggota biasa PKR tanpa ragu mengajak semua untuk mengundi Saifuddin Nasution Ismail untuk jawatan Timbalan Presiden.
Sekian.
tulisan oleh ; che'GuBard (anggota biasa Parti Keadilan Rakyat)
** artikel untuk bacaan umum tetapi Utusan dan TV3 dilarang petik.
sila klik sini untuk membaca juga Kartel :Azmin menepuk air di dulang
#501BantahGST - Pasukan Perubatan Sukarelawan diperlukan!!
#501反消费税示威 招募医药紧急救援义务团员
** MEDICAL TEAMMATE WANTED !!**
A new Battle of frontline "MEDICAL PERSONNEL" to battle & serve the Nation !!
( We need to recruit Doctors, Nurses, Paramedics, Emergency Responder, & Qualified First Aider as our Voluntary Teammate!!)
Event: May Day GST
Date: 1st MAY 2014 Time: 1000 - 1600 hours
Venue: Dataran Merdeka (will re-located)
If you're interest, kindly send your short introduction as below. Name, age, Qualification as (Doctor, Nurse, Paramedic), contact number, email address, & any "EXPERIENCE" on Rally Duties/Stand-by before??
Kindly email to: medic.kl112@gmail.com
Attn: Mr. Gengta ( MEDICAL TEAM COORDINATOR)

Tuesday, April 22, 2014
Organisers of anti-GST rally determined to converge at Dataran Merdeka
KUALA LUMPUR: Organisers of a May Day rally to protest the
implementation of the Goods and Services Tax (GST) are dead set on
converging at Dataran Merdeka.
Representatives from Pakatan Rakyat and the coalition of 89 non-governmental organisations planning the rally have, however, assured police that all stipulations would be adhered to.
The assurance was given following an hour-long meeting between PKR vice-president Tian Chua, PAS deputy president Mat Sabu and DAPSY (Democratic Action Party Socialist Youth) chief Teoh Kok Seong with Dang Wangi OCPD ACP Zainuddin Ahmad at the district headquarters here, Monday.
“The police did not have a problem with the rally as long as the suggestions they made are fulfilled to ensure there is no inconvenience and that public order is maintained,” Tian Chua told reporters.
Among the stipulations were for participants to obey all laws during the rally and for organisers to ensure that the notice to hold the rally be been given before the deadline.
Tian Chua said organisers would discuss the suggestion by police to use a different venue however, as of now, the rally would go on as planned at Dataran Merdeka.
Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) chief Badrul Hisham Shaharin, however, said organisers were determined to hold the rally at Dataran Merdeka.
“Every night in Dataran there are people gathering, so I do not see why there would be a problem if a group of people would like to gather there to protest against GST. We held the New Year’s Eve rally there as well when it was under renovation and there were no injuries or untoward incidents,” he told The Star.
Badrul Hisham, or Chegubard, however assured authorities that participants of the rally would obey any directive by the police or Kuala Lumpur City Hall (DBKL).
“We will not cross any line and are ready to cooperate to ensure the gathering is incident free,” he said.
The May 1 rally, which coincides with International Worker’s Day, is expected to see protesters gathering at several points in the city centre, namely KLCC, Masjid India, Sogo and Brickfields at 12pm before marching to Dataran Merdeka at 2pm.
The GST will be enforced at a rate of 6% and will replace the Sales and Services tax on April 1, 2015.
Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak said the 6% GST rate, which is expected to help the government tackle its budget deficit, was the lowest in Asean countries, with Indonesia, Vietnam, Cambodia, the Philipines and Laos capping theirs at 10% and Singapore at 7%.

Subscribe to:
Posts (Atom)