Thursday, April 15, 2010

BN’s tango with Apco: PKR, PAS lodge police reports in Negri

By Zefry Dahalan

SEREMBAN: A group of PKR and PAS leaders lodged three police reports at the Seremban 2 police station over the Umno-BN government's involvement with Apco Worldwide and Asia Soft.
About 30 of them, led by PKR supreme council member Badrul Hisham Shaharin, lodged two separate police reports, urging the police to investigate the matter.

Negeri Sembilan PAS Youth chief Khairil Anuar Wafa also lodged a separate police report over the government's connection with Apco Worldwide.

Badrul Hisham, who is popularly known as Chegu Bard, explained that PKR supremo Anwar Ibrahim raised the issue in Parliament and the government did not deny it.

"It doesn't matter for what reason the government engaged Apco. It's a company which is pro-Zionist and several of its directors are Israelis involved directly with Israel's intelligence department," said Badrul.

"Malaysia does not have any diplomatic ties with the Israeli government. Why then is government tied up with a consultancy company with strong ties with Israeli government?"
Badrul also raised the issue of Asia Soft being awarded a contract to set up an infomation system for the Royal Malaysian Police.

"Several days after Anwar raised the matter in Parliament, the Home Minister and the police chief admitted the existence of the company but said that their contract had been terminated.
"This means the allegations are true and the Home Minister and IGP blundered by letting a company with Israeli connections to have access to the Malaysian police's infomation system."I'm urging both Hishammuddin Hussein and Musa Hasan to make a public apology and if they have any self-respect, they must stepdown from their posta immediately,"said Badrul.

Umno-BN traitors to Muslim

Meanwhile Negrei Sembilan PKR Youth deputy chief, Norazizi Abdul Aziz, said that Apco's background is unsavoury and highly suspicious.

"Its been proven that the international advisor for Apco is Doron Bergerbest-Eilon, a former major general in the Israeli army who was involved in the killing of Muslims in Palestine.
"Apco may jeorpardise our national security, and we in PKR, are urging all Malaysians to fight against neo-colonialism sponsored by Zionist-Israel," said Norazizi.

Khairil Anuar described the BN government as not only traitors to the nation but also to Muslims for its involvement with an Israeli-linked company.

"Israel is the No 1 enemy of Muslims, but here our government is involved in a company that has connections to it, as our consultants," said Khairil Anuar.

Sayang pekan Kota bukan di Hulu Selangor

Sudah empat kali Pekan Kota banjir, sayangnya Kota ini di Rembau bukan di Hulu Selangor... kalau di Hulu Selangor tentu masalah mereka selesai dengan peruntukan RM 2.1 juta dari kerajaan Pusat... hahahaaaaa aku gelak sms orang Kota pagi ketika banjir ketiga dia marah-marah.... katanya " Banjir lagi mamposlah kami mcm ini, YB Umno dtg tunjuk muka bawa wartawan, masalah tak selesai juga...elok mati ADUn atau Ahli Parlimen baru selesai masalah ini agaknya...."

Banjir kilat jejas perniagaan penduduk
Sinar Harian 15 April 2010

KOTA, Rembau - Peniaga di Pekan Kota bosan dengan masalah dialami setiap kali hujan lebat kerana kedai mereka akan dimasuki air sehingga mengalami kerugian sejak beberapa tahun lalu.

Peniaga kedai makan, Isa Utoh, 41, berkata, pada tahun ini sahaja kedainya sudah empat kali dinaiki air.

Kejadian kali ini adalah paling buruk apabila kedainya dimasuki air sehingga paras lutut.

Menurutnya, hujan lebat sejak kebelakangan ini menyebabkan risiko kejadian banjir kilat di kawasan ini tinggi ditambah pula dengan masalah sistem perparitan dihadapi yang sehingga kini masih tiada tindakan dilakukan.


“Sebagai peniaga, keadaan ini sudah tentu mengundang kerugian kerana terpaksa berdepan masalah banjir kilat menyebabkan barang dan peralatan di dalam kedai mengalami kerosakan,” katanya.

Menurutnya, petang kelmarin dia dimaklumkan rakan bahawa kedai makannya ditenggelami air menyebabkan dia bergegas ke sana bagi menyelamatkan barang di dalam kedai.

“Ketika sampai, kedai dimasuki air hingga paras lutut. Saya cuba menyelamatkan barang tetapi kebanyakan sudah rosak dimasuki air. Sekarang ini, peniaga seperti kami terpaksa menanggung kerugian,” katanya yang hanya berniaga di sebelah pagi.

Pengusaha bengkel motosikal, Rafizan Ishak 34, berkata, dia sudah bosan dengan masalah dialami walaupun pernah diadukan kepada pihak berkaitan tetapi mereka masih berdepan dengan situasi sama.

“Sudah beberapa tahun meniaga di sini, tetapi kami perlu hadapi situasi banjir kilat ini sehingga mendatangkan kerugian kerana barang di dalam bengkel ini habis rosak. Sudah tidak terkira kerugian dialami,” katanya.

Menurutnya, walaupun terpaksa melalui situasi seperti ini, tetapi peniaga di sini masih mengharapkan perubahan supaya sistem perparitan di kawasan ini diatasi segera bagi mengelakkan masalah berterusan.

“Longkang di kawasan ini kebanyakan sudah tersumbat dan rosak. Air longkang tidak mengalir mengikut saluran betul menyebabkan kejadian banjir kilat sering kali berlaku,” katanya.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Kampung Kota Pekan, Jahaya Awang berkata, masalah dihadapi peniaga di Pekan Kota ini sudah dimaklumkan kepada pihak berkaitan bagi tindakan lanjut.

“Bagaimanapun, saya berharap jalan penyele-saian berkaitan masalah ini dapat dilakukan kerana masalah menghantui peniaga di sini bukannya baru, tetapi sudah bertahun sehingga mendatangkan kerugian,” katanya.

Masalah dihadapi peniaga di sini turut mendapat perhatian Ahli Dewan Undangan Negeri Kota, Datuk Dr Awaludin Said apabila diminta mengulas tindakan dilakukan bagi menyelesaikan kemelut dialami.

Menurutnya, sistem perparitan di kawasan ini pernah diatasi sebelum ini tetapi masalah sama berulang menyebabkan pihaknya melantik konsultan mengkaji dan menilai masalah dari peringkat akar umbi.

“Perkara ini penting supaya satu usaha komprehensif dapat dijalankan. Kita mahu penyelesaian secara keseluruhan supaya masalah banjir kilat dapat diatasi sepenuhnya bagi mengelakkan penduduk berdepan situasi berulang,” katanya.

Menurutnya, dalam masa terdekat ini pihaknya akan cuba memohon pihak Majlis Daerah Rembau membuang bongkah batu di dalam sistem perparitan kawasan ini kerana bahan itu menjadi penyebab kepada kejadian banjir kilat di sini.

“Saya juga berharap kenderaan berat seperti lori tidak meletakkan kenderaan di kawasan sistem pembetungan di hadapan kedai kerana menjadi penyebab jalan retak dan rosak sehingga mengundang kepada masalah keselamatan,” katanya.

http://www.sinarharian.com.my/mns/content/story7566773.asp

67 orang ahli MIC masuk PKR amaran buat BN !!!.. berhenti menipu rakyat..

67 ahli MIC di Bagan Pinang, Port Dickson istihar keluar MIC dan mohon masuk KEADILAN kerana kecewa dengan pembohongan berterusan Bn. Majlis tak buat di hotel atau dibayar tetapi ia terjadi kerana kesedaran dan kemarahan rakyat.
Makcik ini menangis kerana serik ditipu dan lebioh lagi mengenang nasib dia dan keluarga yang tertinggal susah.

Semasa PRK Bagan Pinang, macam2 janji yang masih belum ditunai.. Sekarang berjanji pula di PRK Hulu Selangor..Rakyat akan bangkit menagih janji..!!
Anggaran kos = 50 juta!!
Janji di PRK Bagan Pinang>
Sekolah Menengah Baru (RM 20 juta), MANO?
Kos membaiki 21 sekolah Cina & Tamil (RM 3.8 juta), MANO??
Pusat Permata Negara (RM 400,000), MANOOO??!!!
150 unit rumah awan di Ladang Siliau (RM 25 juta), MANO????
Peruntukan kepada 3 buah sekolah "Chinese Vernacular School" (RM 480,000), MANO!!??
Yang bertuah badan, ADUN Bagan Pinang yo, sobab dapek bini baru!! (Tapi tak beghapo baghu bona!!)

dikhabarkan juga sekolah yang Muhiyuddin buat upacara pecah tanah ialah program tipu kerana ia dibuat atas tanah yang disewa hanya untuk ceramah politik. Tuan tanah pun terkejut bagi sewa untuk ceramah tetapi siap buat pecah tanah nak buat sekolah.

klik sini untuk baca seterus nya Pesanan pengundi Bagan Pinang dan Rembau buat bakal pengundi Hulu Selangor.

Anak Muda Malaysia ingatkan Regim : Jangan benar Blair ke Malaysia

Anak Muda Malaysia memberikan amaran kepada Kerajaan BN agar tidak membenarkan penjenayah perang-Tony Blair menjejakkan kaki ke Malaysia jika tidak mahu berhadapan dengan bantahan terbuka rakyat.

Tony Blair yang juga mantan Perdana Menteri Britain adalah orang yang bertanggungjawab bersama Presiden Amerika, George W. Bush membawa bencana perang ke atas bumi umat Islam di Aghanistan (2001) dan Iraq (2003).

Sehingga ke hari ini beliau gagal membuktikan tuduhan beliau dan rakan sekutunya itu bahawa bangunan World Trade Centre diserang oleh pengganas Islam dan tuduhan bahawa Iraq mempunyai Senjata Nuklear-Pemusnah Besar-besaran (WMD) juga masih belum dapat dibuktikan.

Walaupun masih tiada bukti, tetapi dengan sewenang-wenangnya mereka mencetuskan perang hingga meragut jutaan nyawa dikedua-dua negara itu.

Hingga ke hari ini negara Afghanistan dan Iraq tidak pernah tenang, dan rakyatnya jadi pelarian dinegara sendiri.

Selain itu Blair juga mempunyai hubungan rapat dengan Pengarah Urusan APCO Worldwide, Darren Murphy yang pernah menjadi penasihatnya.

Blair yang disokong kuat oleh APCO merupakan ahli aktif dalam pertubuhan pelobi Pro-Israel, iaitu Labour Friends of Israel dan menyokong kuat kerja-kerja zionis Israel yang menindas umat Islam Palestine atas dasar perluasan wilayah.

Tangan Blair masih berlumuran darah dan air mata rakyat tertindas masih belum kering. Inilah dosa Blair yang tidak boleh dimaafkan.

Malaysia sebagai negara yang cintakan kedamaian dan menolak peperangan wajib menghalang Blair dari memasuki negara ini pada 24 April ini bagi memberikan ceramah dalam kongres perniagaan di Kuala Lumpur anjuran Success Resources Company.

Aank Muda Malaysia menuntut agar jemputan itu dibatalkan dan kita tidak memerlukan khidmat nasihat dari seorang pembohong dan pembunuh yang kini turut di tolak oleh Partinya sendiri (Parti Buruh) dan rakyat Brittain.

Telah mula..... akan ramai lagi akan keluar !!!

Adun Bakar Arang, bekas Exco kerajaan Negeri yang digugurkan baru - baru ini dalam rombakan Kerajaan negeri Kedah telah mengistiharkan keluar parti jam 3.30 petang tadi di Puteri Pan Pasific, Kuala Lumpur.

Alasan kerana diperguna kerana kepentingan individu..... hahahahaaa suruh le ApCo carikan alasan yang kukuh sikit.....

Ada lagi yang akan keluar menjelang PRK Hulu Selangor.... apa nak peduli ini 'show' wajib Bn menjelang tiap kali mengundi...... yang lemah dan mengharap habuan pasti akan terpancing.... ini proses pembersihan... biarkan .... biarkan...

Halliburton Yahudi-Zionis di Johor, Mahasiswa digesa peka!

petikan dari http://promahasiswausm.wordpress.com/2008/10/27/halliburton-yahudi-zionis-di-johor-mahasiswa-digesa-peka/

ProM USM meminta semua pihak dan pertubuhan Mahasiswa serta rakyat agar menghalusi dan mengambil tindakan progesif dalam isu kelulusan perdagangan oleh Kerajaan Persekutuan, Kementerian Perdagangan ke atas syarikat Yahudi Zionis – Halliburton Manufacturing & Technology (M) Sdn. Bhd. di Johor pada baru-baru ini; di sini.

Jika benar syarikat tersebut (Halliburton) adalah syarikat Yahudi Zionis, mahasiswa dan rakyat diminta peka dan melakukan sesuatu kerana Yahudi Zionis adalah kaum yang tidak pernah menghormati hak asasi manusia. Kita semua maklumi bagaimana kezaliman Yahudi Zionis dan negara haram Israel di Palestin,” tegas Pengerusi ProM USM, Sdr. Adi Syahid Mohd Ali.

Beliau juga menjelaskan bahawa mahasiswa seharusnya merencana ’sesuatu’ dan menjadi agent of change sebagaimana Demontrasi Kriket Yahudi-Israel pada tahun 1996 demi mengusir keluar Pasukan Kriket Israel dari Kejohanan Kriket Antarabangsa Malaysia suatu ketika dahulu; sekiraya perkara ini sahih.

Beliau juga memaklumkan bahawa Sukarelawannya telah diarahkan untuk menghantar surat peribadi kepada ProM Universiti Teknogi Malaysia (ProM UTM) di Skudai untuk mendapatkan maklumat lanjut berhubung isu ini.

USM juga dijadualkan bertemu dengan ProM Nasional pada Jumaat 31 Oktober ini di ibu negara untuk berbincang isu ini dan sekitar isu PRK Malaysia.

Menurut TKO, syarikat milik David King terlibat dalam pembekalan senjata, perindustrian minyak dalam pencerobohan militeri di negara umat Islam Iraq pada tahun 2003.

Tambahan lagi, syarikat kontroversi tersebut diasaskan oleh dua tokoh Yahudi Zionis – Vida dan Erie P. Halliburton.

Lebih dari itu, anak syarikat Halliburton – Brown and Root Service sebelum ini terlibat dalam (1)Desert Storm Operation, Kuwait 1991; (2)Konflik Balkan 1991 yang melibatkan cleansing ethnic Albania-Islam di Bosnia Herzegovinia melalui proksinya Kellog Brown-Root; (3)terlibat dalam Perang Teluk dan (3)Pencerobohan AS ke atas negara umat Islam Afghanistan dan Iraq.

ProM juga merakamkan perhargaan kepada Ahli Parlimen Jerlun, YB Dato’ Mukhriz Tun Mahathir kerana berani mempersoalkan isu penapakan Yahudi-Zionis di Malaysia ini kepada MPs UMNO/BN berwajib; di Parlimen Malaysia yang mulia baru-baru ini.

Tuesday, April 13, 2010

Pesanan dari Bagan Pinang dan Rembau buat pengundi Hulu Selangor

Bn memang biasa dengan penipuan.

Semasa PRU ke 12 (2008) masih ingatkah kita apabila Najib Razak selaku Pengarah Pilihanraya Bn semasa melancarkan Manifesto Bn dengan selamba mengumumkan 'Minyak tidak akan naik tahun ini'..... pengumuman ini menjadi berita utama di semua media arus perdana. Malangnya selepas menang pada tahun 2008 sah minyak dinaikkan dengan nilai paling ' mencekik darah'.... Sah Bn menipu....

Di Rembau Bn menang dengan perbagai janji manis tapi sampai sekarang ... ermmm 'hampeh' semua tinggal janji.... malah mimpi penduduk sendayan nak tengok ahli parlimen mereka yang janji banyak kali nak sampai pun 'kencing'.......(sendayan dalam Parlimen Rembau)

Pada 11 April yang lalu dibawah pimpinan Sdr. Azizi (Timbalan Ketua AMK NS) dan team Solidariti Anak Muda Malaysia (dibawah pimpinan Saufi) telah menziarahi satu perkampungan Inida yang mengundi Bn pada PRK Bagan Pinang yang lalu kerana terpadaya janji kosong Bn.

antara sebahagian penipuan yg telah berlaku ketika PRK bagan pinang yg lepas adalah janji BN utk memberi peruntukan sebanyak rm 25juta bagi pembinaan 150 unit rumah PPRT di ladang siliau yang hakikatnya projek ini sepatutnya berlaku pada 10 tahun yang lepas. ini bermakna mereka sentiasa mengulangi janji yang sama pada setiap pilihanraya yang berlaku. keduanya, mereka berjanji untuk memberi tanah seluas 1 hektar bagi pembinaan sekolah yang dijangka siap dalam tmpoh hanya 1 tahun bagi menggantikan sekolah SRJKT ladang sungai salak yang selama ini beroperasi dalam premis kedai 2 tingkat di ladang sungai salak. yang ketiganya adalah janji BN utk membantu semua penduduk miskin yg berpendapatan bawah rm700 layak mendapat bantuan dari JKM (jabatan kebajikan masyarakat) sebanyak rm 300 juga tidak terlaksana. ini hanya sebahagian dari janji-janji yg perlu diselesaikan dengan segera sebelum PRK hulu selangor bermula..

kemarahan yg selama ini disimpan diluahkan dengan kata-kata amaran daripada sebahagian penduduk-penduduk kawasan estet yg terlibat..
inilah kawasan yg sepatutnya didirikan rumah PPRT utk penduduk estet yang dijanjikan selama lebih 10 tahun. keseluruhan kawasan adalah 15 ekar. yang menjadi persoalan adalah, selama 10 tahun siapakah yg mengambil hasil keuntungan jualan buah sawit itu dan terdapat menara celcom juga didirikan di atas tanah tersebut yang mana siapa yang menerima sewaan tapak menara itu yang dianggarkan sekitar rm 2000..???
wakil kaum india estet ladang siliau sedang memberi penjelasan dan bukti penipuan kerajaan BN terhadap penduduk-penduduk keempat empat estet dalam jajahan dun bagan pinang..

Sunday, April 11, 2010

Tahniah skuad Rusa


Negeri Sembilan menjulang Piala FA edisi ke-21 setelah menewaskan Kedah 5-4 melalui sepakan penalti selepas terikat 1-1 setelah tamat masa tambahan pada perlawanan akhir yang berlangsung di Stadium Nasional, Bukit Jalil Sabtu malam.

Ia merupakan kemenangan kedua skuad 'Hobin Jang Hobin' yang kali terakhir memenanginya pada 2003.

Pada perlawanan itu, Kedah yang terlebih dahulu membuka jaringan awal pada minit ke-27 melalui penyerang berbisa mereka, Baddrol Bakhtiar yang menewaskan penjaga gol lawan, Sani Anuar Kamsani.

Penyerang bawah 23 tahun kebangsaan itu menerima hantaran rakan sepasukan, Mohd Safiq Rahim sebelum bijak melambungkan bola ke gawang gol setelah Sani terkeluar dari posisinya.

Gol itu nyata membakar semangat anak-anak buah jurulatih Ahmad Yusof yang mendapat sorakan kira-kira 35,000 penyokong untuk terus mengasak bertali-arus namun dinafikan kekentalan benteng pertahanan lawan yang dikemudi oleh Mohd Aidil Zafuan Abdul Radzak dan Mohd Syukor Adan.

Namun gol pendahuluan itu tidak bertahan lama apabila Negeri Sembilan mengemaskan rentak dan mengatur serangan seterusnya berjaya bangkit menyamakan kedudukan pada minit ke-38.

Mohd Shaffik Rahman licik memperdayakan tiga pertahanan Kedah yang diketuai oleh Mohd Fazliata Taib sebelum menolak bola menewaskan penjaga gol, Mohd Helmi Eliza Elias menceriakan 25,000 penyokong 'Hobin Jang Hobin'.


Bersambung babak kedua, Negeri Sembilan yang dibimbing jurulatih Wan Jamak Wan Hassan terus dihidangkan dua peluang melalui Mohd Zaquan Adha dan Mohd Aidil Zafuan namun dihampakan kecekapan Mohd Helmi.

Kedah turut mendapat beberapa peluang untuk menjaringkan gol terutamanya melalui Mohd Khril Muhyameen Zamri tetapi gagal diterjemahkannya untuk gol penyudah.

Berakhir 90 minit masa permainan, kedudukan masih terikat 1-1 memaksa perlawanan dilanjutkan masa tambahan 30 minit namun masih gagal mencari sebarang gol, memaksa penentuan menerusi sepakan penalti.

Tuah nyata milik Negeri Sembilan apabila berjaya memenangi sepakan penalti itu dengan keputusan 5-4 setelah penjaga golnya menyelamatkan tiga sepakan penalti lawan iaitu Mohd Fazliata, Mohd Helmi dan Mohd Sabre Mat Abu.


Kekecewaan Kedah sedikit terubat apabila penjaga golnya, Mohd Helmi dan Baddrol dipilih sebagai penjaga gol dan pemain terbaik perlawanan akhir.

Friday, April 09, 2010

Sibu pula pilihanraya

Anggota Parlimen Sibu, Sarawak yang juga Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Robert Lau meninggal dunia pagi ini akibat barah.

Robert Lau, 68, dari parti SUPP, salah satu komponen BN, memenangi kerusi tersebut dengan majoriti 3,235 undi menewaskan dua calon Pakatan Rakyat dalam pilihan raya lalu iaitu calon DAP Wong Ho Leng dan calon PKR Lim Chin Chuang.

Kematiannya akan membawa kepada satu lagi pilihan raya kecil iaitu yang kesebelas selepas pilihan raya umum 2008. Namun begitu besar juga kemungkinan ia akan diadakan serentak dengan pilihan raya negeri yang sedang disebut-sebut sekarang ini.

Sebelum ini, Sarawak menghadapi pilihan raya kecil pertama selepas pilihan raya umum 2008 iaitu DUN Batang Ai. BN menang kerusi itu mengalahkan calon PKR.

Sibu bukan satu kerusi mudah buat Pakatan Rakyat. Namun sibu boleh dijadikan kayu ukur Pakatan Rakyat di Sarawak.

Keputusan Sibu juga bakal menjadi penentu tarikh pilihanraya Sarawak atau Bn terpaksa menerima cadangan Pilihanraya Sarawak harus dilewatkan agar boleh diadakan serentak dengan Pilihanraya Umum yang dipercepatkan.

Fakta 'terkejut' mengenai PDRM

Mr. Izhak Naskar & Dr. Ido Schechter ketika pelancaran bursa saham syarikat TIS di Bursa Saham Tel Aviv
Tulisan di bawah ini diperolehi dari penghantar email / orang sumber yang sama yang telah mendedahkan maklumat mengenai PDRM dan agen Zionis. Diperturunkan di sini maklumat lanjut dari pendedahan awal tempoh hari.

Singapura
Republik ini walaupun kecil tetapi taringnya lebih besar dari Harimau Malaya. Maka tidak hairanlah jika ada orang mengatakan jika Malaysia berperang dengan Singapura maka Malaysia akan kalah.Sejauh manakah kebenaran kata-kata ini?

Ianya memang benar. Singapura yang kecil itu sebenarnya menguasai hampir keseluruhan sistem keselamatan Malaysia melalui tali barut-tali barut di Malaysia. Boleh dikatakan tiang seri ekonomi Malaysia hampir 60 % dimakan anai-anai Israel yang bersarang di Singapura.

Israel Menguasai Malaysia Melalui Singapura
Dalam menguruskan sistem keselamatan negara, salah satu aspek penting ialah sistem komunikasi dalaman iaitu antara pejabat persekutuan dengan ibu pejabat negeri. Kawalan ke atas sistem komunikasi amat penting kerana kebocoran maklumat akan menyebabkan pihak luar mudah meneroka strategi rahsia keselamatan negara.


Namun sekarang, ia bukan sekadar tidak selamat, malah dimiliki sepenuhnya oleh Israel melalui agen-agennya di Singapura. Sistem komunikasi PDRM dimonopoli terus oleh syarikat-syarikat Yahudi di Singapura. Perkara ini disahkan sendiri oleh akhbar The Star pada 5 Ogos 2008 (Selasa)

Agen Israel Dalam Sistem Komunikasi PDRM
Keseluruhan tender pembinaan sistem komunikasi yang akan ditukar dari analog kepada digital telah pun diserahkan secara rasmi kepada Asiasoft (M) Sdn. Bhd. (no. Syarikat : 150529-H). Syarikat ini adalah milik penuh kepada syarikat tunggalnya iaitu Asiasoft Pte. Ltd. yang berpengkalan di Singapura.

Nilai penuh tender yang diberikan kerajaan Malaysia ialah RM1 billion tetapi dikecilkan menjadi RM42 juta. Apa yang mencurigakan ramai penyelidik ialah 'individu' yang bertanggungjawab membina sistem itu. Individu tersebut dikenalpasti sebagai bekas tentera Israel yang berkhidmat sebagai programmer semasa di Israel.


Programmer yang bernama Izhak David Naskar yang memegang pasport Israel bernombor 10902695 itu masih lagi warganegara Israel. Jadi, bolehkah kita menganggap ini suatu kebetulan? Paling membimbangkan ialah Izhak bukanlah tentera atau programmer biasa, beliau adalah 'pakar' sistem komputer yang telah memenangi anugerah daripada Kementerian Pertahanan Israel. Malah beliau juga bertanggungjawab membina sistem risikan berteknologi tinggi untuk pasukan pertahanan Israel sekitar 1970 hingga 1987.


Seorang lagi rakan Izhak yang bertanggungjawab membina sistem komunikasi PDRM ialah Ido Sccheschter yang memegang pasport Israel bernombor 56626252. Ido pula lebih mencurigakan kerana selaku ahli pasukan yang bertanggungjawab membina sistem komunikasi untuk PDRM bersama-sama Izhak, hingga saat ini beliau masih lagi seorang tentera Israel yang sah bukannya tentera pencen. Apakah yang menyebabkan PDRM mengambil orang-orang Israel ini? Adakah kerana terdesak atau didesak? Bukankah lebih baik jika melantik programmer-programmer dari kementerian pertahanan Iran yang sememangnya lebih pakar dari Israel .

Penguasaan Singapura dan Israel di Malaysia
Seperti yang didedahkan sebelum ini bahawa Henry Kisingger telah pun berbincang sesuatu dengan mantan Perdana Menteri. Tetapi kita harus ingat perletakan jawatan Dr. Mahathir bukanlah titik noktah penguasaan Yahudi ke atas Malaysia.

Kerja-kerja penguasaan Israel ini disambung pula oleh Khairy Jamaludin apabila bertungkus lumus menjual saham Pantai Holding kepada Parkways Holding iaitu syarikat milik pelobi zionis terkenal iaitu Richard Blum.

Isu-Isu yang perlu diberi perhatian
Penjualan saham Pantai Holding oleh Khairy Jamaludin kepada Parkways Holding. Jumlah saham sebanyak 31 peratus. Penjualan saham Telekom sebanyak 5 % kepada syarikat Singapura iaitu Temasik Holding. Syarikat MITV milik Israel di Singapura berjaya memenangi lesen penyediaan 3G di Malaysia. Kemenangan mengalahkan syarikat lain yang lebih layak iaitu DiGi.

Penjualan air Malaysia kepada Singapura yang tidak masuk akal sebanyak 3 sen untuk 1000 gelen. Untuk menampung keperluan air rakyat Johor, kerajaan perlu membeli semula air kepada Singapura dengan nilai 50 sen untuk 1000 gelen. Ini seperti memberi air percuma kepada Singapura. Dikhabarkan sistem keselamatan komputer Kementerian Pertahanan (MINDEF) sentiasa diserang hacker dari luar negara

Kesimpulan
Sehingga kini Singapura amat bergantung hidup kepada Amerika dan Israel. Keseluruhan sistem keselamatan dan ketenteraan Singapura adalah kembar siam dengan ketenteraan Israel. Apabila keberkaitan ini berlaku maka harus bagi kita melihat akan tujuan tersembunyi Singapura yang cuba menguasai ekonomi Malaysia.


Kita harus sedar, negara Israel yang kecil itu sudah pun menguasai ekonomi kebanyakan negara-negara dunia berkuasa veto. Orang-orang Israel adalah pemilik-pemilik saham terbesar bagi syarikat-syarikat gergasi dunia. Saham adalah kunci pintu gerbang untuk memasuki ruang pembuat keputusan sesebuah negara.


Walaupun pemimpin dipilih rakyat dan pemimpin akan mengikut kehendak rakyat, namun putaran itu akan kembali semula kepada penentu kemajuan ekonomi negara iaitu pemilik-pemilik syarikat gergasi dalam negara.

Thursday, April 08, 2010

FAKTA YANG MENGEJUTKAN TENTANG OPCO

LAMAN web APCO sendiri menunjukkan siapa sebenarnya yang terlibat dengan syarikat ini yang dibayar RM 23 million duit rakyat oleh Perdana Menteri Najib Razak untuk mengendalikan “strategi komunikasi” dan “membina imej” negara.

Ahli lembaga APCO termasuk dua bekas duta Israel – Shimon Stein (bekas duta kepada Jerman), dan Itamar Rabinovich (bekas duta kepada Amerika Syarikat) – serta Doron Bergerbest-Eilon, bekas ketua keselamatan Agensi Keselamatan Israel (Israeli Security Agency, ISA) yang lebih dikenali sebagai Shabak atau Shin Bet. Jawatan ini adalah bersamaan dengan pangkat Mejar Jeneral dalam tentera Israel.

Shin Bet bertanggungjawab menjaga keselamatan dalam negeri Israel, termasuk menghadapi intifada Palestin. Semasa intifada al-Aqsa, Shin Bet memainkan peranan untuk mengenalpasti identiti dan lokasi pemimpin-pemimpin Palestin yang dijadikan mangsa pembunuhan oleh serangan udara tentera Israel.

Shin Bet turut terkenal dengan kaedah-kaedah menyeksa tahanan mereka semasa soal-siasat. Seorang wartawan Palestin, Mohammed Omer, mendakwa beliau ditahan oleh Shin Bet pada tahun 2008 dan dibogelkan, dibelasah oleh lapan pegawai Shin Bet yang bersenjata – mengakibatkan beliau terpaksa dirawat seminggu di hospital. Makhamah Tertinggi Israel sendiri memutuskan bahawa kaedah-kaedah soalsiasat Shin Bet berketerlaluan, melanggar hak asasi manusia, dan bersifat menyeksa.

Penglibatan Shin Bet dengan APCO tidak terhad kepada satu individu. ASERO merupakan sebuah syarikat adik-beradik kepada APCO yang berkait rapat secara terbuka dengan APCO dan mempunyai pengkhususan dalam hal-hal keselamatan dalaman negara. Selain Doron Bergerbest-Elion, tiga lagi pemimpin utama ASERO adalah bekas pegawai berpangkat tinggi Shin Bet – David Harel, Oded Raz, dan Gadi Kalai.

Selain itu, Naib Presiden ASERO Carl Truscott, dan penasihat ASERO, Don Riegle Jr, adalah bekas ahli kerajaan Amerika Syarikat yang didapati bersalah menyalahgunakan kuasa mereka semasa berkhidmat.

APCO dan ASERO seumpama satu keluarga, dengan pemimpin-pemimpin yang sama. Doron Bergerbest-Eilon adalah presiden ASERO, manakala Mara Hedgecoth – anak kepada Margery Kraus, Presiden APCO – merupakan Naib Presiden di kedua-dua APCO dan ASERO. Denise Teeling pula, adalah Ketua Kewangan (CFO) bagi kedua-dua APCO dan ASERO juga. Menurut laporan Suruhanjaya Syarikat Malaysia, Denise Teeling dan Margery Kraus adalah direktor APCO Worldwide Sdn Bhd, yang ditubuhkan di Malaysia.

Mengapakah sebuah syarikat dengan kaitan yang amat rapat dengan elemen-elemen Zionis dan dipimpin oleh individu yang terlibat dengan organisasi yang terkenal kerana menyeksa orang Palestin diberi peluang membentuk dasar-dasar sensitif Malaysia?

Dengan pengupahan APCO, pengaruh Zionis, penyeksa serta mereka yang handal menyalahgunakan kuasa kerajaan kini telah dibenarkan menentukan hala tuju negara, serta kini mempunyai akses kepada semua peringkat kerajaan – termasuk maklumat yang berpotensi menjejaskan keselamatan dan kepentingan negara. Tidak membimbangkan ke, Ketua Kewangan ASERO, Denise Teeling, yang bekerja untuk bekas pegawai Shin Bet, terlibat secara terus dengan operasi APCO di Malaysia?

Selain daripada Israel dan Amerika Syarikat, kepada pengaruh siapakah Malaysia kini dibukakan? Di antara pemimpin ASERO satu-satu individu yang bukan warganegara Amerika, UK atau Israel adalah Kelvin Tan Wee Peng – seorang bekas polis Singapura.

Apakah Perdana Menteri Najib sanggup menggadai masa depan dan kedaulatan negara hanya demi mereliasasikan cita-cita politiknya?

APCO tidak hanya terlibat dengan aktiviti Zionis dan pencabulan hak asasi sahaja, malah juga dengan aktivisme anti-Islam.

Jonathan Winer merupakan Naib Presiden APCO di Washington DC. Pada 2003, Winer memberi keterangan di Jawatankuasa Senat Amerika Syarikat di mana dia menuduh gerakan Ikhwan Muslimin (Muslim Brotherhood) serta beberapa badan kebajikan Islam sebagai pengganas, dan berusaha untuk menghentikan segala aktiviti kewangan badan-badan ini.

Marc Ginsberg pula, ahli lembaga APCO dan bekas duta Amerika Syarikat, memanggil tokoh pemikir Islam Sayyid Qutb (inspirasi kepada Ikhwan Muslimin dan penulis karya Ma’alim fil Tariq dan Fi Zilal al-Qur’an) seorang “musuh” dan membandingkan beliau dengan Adolf Hitler.

Siapa sebenarnya di merata dunia yang sanggup mengupah syarikat yang dipimpin oleh mereka yang berusaha menentang Islam dan menyemai kebencian?

Klien-klien dan bekas klien APCO termasuk beberapa ‘tokoh’ yang cukup terkenal. Di antaranya adalah Jeneral Sani Abacha, yang mencuri hampir RM 10 billion duit rakyatnya semasa presiden Nigeria. Jeneral Abacha turut dikenali kerana pencabulan hak asasi manusia yang cukup parah, termasuk penahanan dan pembunuhan aktivis-aktivis.

Nursultan Nazarbayev, diktator Kazakhstan yang didakwa bersama keluarganya terlibat dalam rasuah yang cukup besar serta beberapa pembunuhan, turut merupkan seorang klien APCO. Di antara strategi APCO adalah untuk “membeli” beberapa laporan dari institusi pengajian tinggi untuk mengharumkan nama Kazakhstan di Barat.

Narenda Modi pula, Ketua Menteri Gujarat di India yang dikatakan membiarkan rusuhan kaum berlaku antara rakyat Hindu dan Muslim, mengakibatkan hampir 2,000 kematian – kebanyakannya Muslim – juga pernah mengupah APCO untuk mengharumkan balik imejnya.

Beginilah senarai pemimpin yang kini disertai oleh Perdana Menteri Najib, yang seandainya tidak mengenal malu.

Adakah ini sebuah pengakuan diam bahawa Perdana Menteri mempunyai beberapa kesamaan dengan pemimpin-pemimpin yang dituduh berasuah dalam negara kaya dengan minyak, gagal menghentikan konflik perkauman, serta mengakibatkan kematian?

Keputusan Perdana Menteri untuk membuka Malaysia kepada pengaruh Zionis dan anti-Islam serta berganding bahu dengan para perasuah yang paling parah di dunia harus dipertikai oleh setiap rakyat yang cintakan Malaysia.

Sekiranya Perdana Menteri masih berdegil dengan mengekalkan kontrak APCO ini, maka tergadailah negara dan terjejas keselamatan serta maruah kita semua. Kita hanya boleh harap kita masih belum terlambat.

Dipetik dari http://zainulfaqar.wordpress.com/2010/04/07/bukti-apco-zionis-anti-islam/

Tuesday, April 06, 2010

Koleksi artikel wajib baca bab Umno = Zionis

Hari ini terbaca Malaysiakini kenyataan DSAI 'bongkar' kaitan PDRM dengan Zionis, sila klik sini untuk baca lanjut.

Kenyataan ini mendokong pendedahan cheGuBard mengenai perselingkuhan mungkar Umno dan Zionis dalam PDRM. Sila klik sini untuk baca artikel pendedahan cheGuBard.

Kaitan Regim Bn ini dengan Zionis telah semakin terang. Bermula dari tembakan tepat men genai One Malaysia = One Israel oleh DSAI tetapi cheGuBard sudah tulis ini lama dahulu. Sila klik sini untuk baca.

Bulan Julai 2009 cheGuBard telah menulis mengenai bagaimana Najib membayar RM 20 juta sekurang -kurangnya kepada agensi pro fahaman zionis untuk imej baik. Sila klik untuk baca.

Perjumpaan Zahid dengan Menteri Israel yang banyak meragut nyawa umat Islam telah mengiktiraf negara Israel. sila klik sini untuk baca.

Dibanyak negara Zionis mengeluarkan wang untuk memasuki negara tersebut tetapi berlainan dengan negara Malaysia. Adik Ipar Rosmah membayar kira - kira RM250 juta kepada agensi prozionis untuk terus bunuh nyawa anak Palestin. Sila klik sini.

Sebenarnya kewujudan Malaysia yang ketika semua parti diharamkan kecuali Umno dan kuncu oleh penjajah sebelum menyerahkan merdeka kepada Umno sebagai pewaris penjajah amat rapat dengan zionis. Sejarah Umno Bn dan negara ini cukup rapat dengan Zionis cuba baca sini dengan klik.

Kerana itu sehingga kini Malaysia takut untuk mengiktiraf perjuangan tulen pembebasan Palestin seperti Hamas. Sila klik sini.

Sebaliknya sila klik sini untuk membaca poengiktirafan orang yang sering dikaitkan sebagai agen Amerika kepada Hamas.

Semuanya perlu sedar kepura - puraan regim ini. Israel di dakap tetapi bersandiwara di depan. Sila baca sandiwara demonstrasi budak tangan patah di depan KLCC dengan klik sini.

Saturday, April 03, 2010

Ezam terlibat dalam perancangan fitnah 2 ?

Pernah cheGuBard tulis dalam blog ini bagaimana Ezam ketika mempengerusikan Mesyuarat GERAK yang terakhir selaku pengerusi GERAK sebelum GERAK di 'serahkan maruah' ke tangan pemuka Umno lama dulu telah memberi gambaran mengenai akan wujudnya tuduhan liwat kedua ke atas Anwar, ini dinyatakan sendiri oleh ahli mesyuarat yang hadir pada hari tersebut. Apakah Ezam terlibat merencana fitnah dua... ? apabila terbaca blog Nazree bekas pengerusi Gerak ..... rasanya Ezam perlu tampil menjawab. baca petikan blog Nazree di bawah.


Ezam tentu rimas diasak dengan asakan yang dia tidak sangka....Nazree Yunus, Mantan Pengerusi Gerak dalam blognya http://minda-pemuda.blogspot.com/ Anak didik Ezam Mohd Nor dalam tulisannya banyak menentang Ezam dalam isu khususnya mengenai tuduhan liwat ke atas Anwar Ibrahim dan isu Ezam mempersoalkan keislaman Nik Aziz. Malah Ezam telah mengarahkan Zahid Mat Arif (bekas Naib Ketua Pemuda Keadilan) dalam satu ceramah bersama untuk menyerang Nik Aziz secara melampau.

Dalam ceramah bersama dengan Ezam, Zahid menyebut "Nik Aziz bukan ulama tetapi puk_ mak".....

Orang Ezam ada menghubungi Nazree dengan memerahi beliau dengan menyatakan Nazree tak kenang budi.... apa budi Ezam pada Nazree.... ?

Utusan Ezam memberitahu bahawa Ezam kecewa dengan Nazree kerana menyerang secara peribadi tanpa kenal kawan... jawapanya muda Ezam pernah kenal kawan kah ? che'GuBard tidak mengusik Ezam kerana menghormatinya... diamnya cheGuBard terhadap Ezam mengundang rasa ragu teman KEADILAN pada cheGUBard namun Ezam dan juaknya tetap tak memahami mereka serang peribadi termasuk pukul nak bagi mati hingga ke periuk nasi cheGuBard......

Pertanyaan cheGuBard kepada Abang Ezam ..... siapa yang tak kenal kawan.... siapa yang serang peribadi....???? siapa yang berada di landasan ini kerana agenda peribadi....?