Sunday, April 11, 2010

Tahniah skuad Rusa


Negeri Sembilan menjulang Piala FA edisi ke-21 setelah menewaskan Kedah 5-4 melalui sepakan penalti selepas terikat 1-1 setelah tamat masa tambahan pada perlawanan akhir yang berlangsung di Stadium Nasional, Bukit Jalil Sabtu malam.

Ia merupakan kemenangan kedua skuad 'Hobin Jang Hobin' yang kali terakhir memenanginya pada 2003.

Pada perlawanan itu, Kedah yang terlebih dahulu membuka jaringan awal pada minit ke-27 melalui penyerang berbisa mereka, Baddrol Bakhtiar yang menewaskan penjaga gol lawan, Sani Anuar Kamsani.

Penyerang bawah 23 tahun kebangsaan itu menerima hantaran rakan sepasukan, Mohd Safiq Rahim sebelum bijak melambungkan bola ke gawang gol setelah Sani terkeluar dari posisinya.

Gol itu nyata membakar semangat anak-anak buah jurulatih Ahmad Yusof yang mendapat sorakan kira-kira 35,000 penyokong untuk terus mengasak bertali-arus namun dinafikan kekentalan benteng pertahanan lawan yang dikemudi oleh Mohd Aidil Zafuan Abdul Radzak dan Mohd Syukor Adan.

Namun gol pendahuluan itu tidak bertahan lama apabila Negeri Sembilan mengemaskan rentak dan mengatur serangan seterusnya berjaya bangkit menyamakan kedudukan pada minit ke-38.

Mohd Shaffik Rahman licik memperdayakan tiga pertahanan Kedah yang diketuai oleh Mohd Fazliata Taib sebelum menolak bola menewaskan penjaga gol, Mohd Helmi Eliza Elias menceriakan 25,000 penyokong 'Hobin Jang Hobin'.


Bersambung babak kedua, Negeri Sembilan yang dibimbing jurulatih Wan Jamak Wan Hassan terus dihidangkan dua peluang melalui Mohd Zaquan Adha dan Mohd Aidil Zafuan namun dihampakan kecekapan Mohd Helmi.

Kedah turut mendapat beberapa peluang untuk menjaringkan gol terutamanya melalui Mohd Khril Muhyameen Zamri tetapi gagal diterjemahkannya untuk gol penyudah.

Berakhir 90 minit masa permainan, kedudukan masih terikat 1-1 memaksa perlawanan dilanjutkan masa tambahan 30 minit namun masih gagal mencari sebarang gol, memaksa penentuan menerusi sepakan penalti.

Tuah nyata milik Negeri Sembilan apabila berjaya memenangi sepakan penalti itu dengan keputusan 5-4 setelah penjaga golnya menyelamatkan tiga sepakan penalti lawan iaitu Mohd Fazliata, Mohd Helmi dan Mohd Sabre Mat Abu.


Kekecewaan Kedah sedikit terubat apabila penjaga golnya, Mohd Helmi dan Baddrol dipilih sebagai penjaga gol dan pemain terbaik perlawanan akhir.

6 comments:

  1. tahniah Negeri Sembilan, main bola tu jangan sampai cedera! Kecederaan/Kematian di Padang Bola Sepak

    ReplyDelete
  2. Born in Rembau as PKR Member6:46 PM

    Media Bernama silap lapor sebenarnya.Sinar Harian juga menggunakan berita drpd Bernama utk ruangan sukan mereka.Penyokong Negeri Sembilan yang lebih ramai drpd penyokong Kedah.Penyokong NS seramai 35 ribu & kedah hanya 20 ribu.Mungkin wartawan bernama yg dok dlm media box di grandstand tk keluar langsung dan check kiri kanan atas bawah lihat penyokong di stadium.Stadium bukit jalil ada ada 3 level.jika kita duduk di level paling bawah. kita tak kan dpt lihat pnyokong di level dua dan ketiga yg paling atas.

    malah kt level tiga yang paling atas sekali.pnykng kita melimpah&terduduk di sebelah pnykng kedah.dimana betul2 bwh mrk kt level satu.pnykng kedah dok.Smntara pnykng kedah kt level tiga skadar brtaburan jer.malah di level satu btl2 kt grandstand.mrk cuma dok barisan dpn jer barisan atas yg brdekatan dgn media box,kosong.

    Wlubagaimanapun laporan akhbar lain sprt b harian,the star dan NST adalah tepat mnggambarkan yg lautan kuning telah mnenggelamkan pnykng hijau kuning.cuma dr segi jumlah banner gergasi.kedah lbh byk dan lbh besar.trmasuk bendera pas begitu byk skali dan dimodified (background hijau mcm kaler pas,tp kaler bulan di tengah tu warna kuning).

    bab ni lah sy kecewa dgn pkr n9.mlepaskan peluang mempromosi parti dikalangan remaja dan anak muda.ni tanggungjawab pkr negeri.
    thn lps time final piala msia adalah satu bendera pkr dikalangan penyokong ns.dia dok jauh.lau tk sy sempat tanya dia dr mana dan amik foto dia.

    thn ni langsung tk de,cuma ada bendera umno sprt biasa.ada juga banner umno teluk kemang.
    tahniah pemuda pas NS atas banner di std bukit jalil dan sebanyak 6 banner di sekitar seremban,rahang dan ampangan.Umno pun tk buat mcm tu..

    ReplyDelete
  3. Born in Rembau as PKR Member6:46 PM

    Terima kasih byk kpd YB Taufek atas sponsor bas percuma satu buah kpd ahli pas dan pkr paroi..yg bkn ahli pas&pkr join sekali.

    Sy ingin merakamkan terima kasih pd Chegu Bard krn turut pasang banner pd final piala msia 2009.sekitar parlimen rembau termasuk senawang dan kg paroi.Utk thn ni sy fhm, kita kekurangan dana.kita memerlukan dana ini utk aktiviti lbh berguna dan genting sprt menolong rakyat msikin di parlimen rembau.No worries about that chegu bard.

    Chegu dah allocate space utk siarkan berita kejayaan negeri sembilan ini di blog chegu ni pun dah cukup.Kita boleh bilang dalam jari.brp ramai ahli politik yg dedicate berita dan tahniah seumpama ini yg berkaitan dgn sukan khususnya bolasepak.

    mrk ni tk selami dan tk nk selami jiwa dan perasaan atau kehendak anak2 muda.mungkin kepemimpinan pkr negeri merasakan sekadar sponsor bas dan pasang banner di stadium bkt jalil is nothing.tk do bondo lah katakan.jika ada sesiapa yg berfikiran mcm tu.anda silap.anda tk tahu perasaan dan jiwa anak muda.sy mungkin di penghujung usia muda sy..tp jiwa sy masih mcm anak muda 25 tahun.bak kata pepatah inggeris.age is number.yg penting jiwa.

    Tahukah anda diluar sana, bila penyokong bolasepak negeri sembilan yg golongan atas pagar ini lg ramai drpd golongan pro bn atau pro pr.bg mrk.tk kisah siapa yg sponsor bas.pasang banner sbg tanda skngan.asalkan demi kemajuan bolasepak negeri sembilan.

    Tahukah anda golongan atas pagar akan hormat pd sumbangan tk seberapa kita sprt sponsor bas dan pasang banner.Rata2 yg dtg stadium yg terdiri drpd golongan muda ni terutama sekali ahli kelab penyokong .terdiri drpd mrk yg berpendidikan juga.mrk pun tahu siapa ikhlas .mrk tahu umno byk duit.tp tk de sponsor bas dan pasang banner di sekitar seremban dan stadium.

    tp bile pkr atau pas yg tk do duit ni .sponsor walau sebiji bas.pasang banner walau beberapa kerat kt sekitar seremban dan stadium.mereka respect habis.mrk mempunyai persepsi positif terhadap kita(pkr/pas).Sayangnya dua tahun berturut2 pkr n9 melepaskan peluang keemasan ini utk mempromosi nama parti ketika kejohanan besar sprt ini dimana tunpuan org ramai tertunpu kt situ.

    malah ketika siaran langsung.kamera tv tk leh elak dr siarkan bendera pkr atau pas ketika mereka zoom kpd lautan penyokong.ketika mana2 perlawanan bola di stadium.zoom kpd lautan penyokong adalah satu kemestian.utk gambarkan mood penyokong sama ada bersemangat bersorak atau dim kerena pasukan mrk ketinggalan dgn perbezaan gol.

    maka suka atau tidak crew tv tu.confirm bendera kta akan masuk juga..satu msia tgk siaran langsung.bayangkan sebanyak seratus bendera pkr banjiri std bkt jalil tempohari.bayangkan impak dia.lau siapa yg pernah tgk siaran langsung NS lwn kltan thn lps.bendera PAS dr pnykng Kltan merata dikalangan pnykng kltn.jelas dlm siaran langsung di TV.Cuma bile mrk tu bertindak liar, maka nama PAS juga dibabitkan oleh media picisan sprt Utusan.Tp pnykng NS tidak begitu.rata2 berdisiplin tinggi.begitu jg pnykng kedah pd mlm tu.wlupun ramai yg bawa banner pas, disebabkan mrk tk wat hal mcm pnykng kltan, Utusan nk tembak mrk pun tk dpt.

    Tp sy kecewa apabila laman web kelab penyokong kami www.n9futbol.com telah dihack oleh penyokong Kedah yg tidak bertanggungjwb pd awal pagi slps kemenangan ns tewaskan kedah.Keluar pula logo dan nama negeri kedah.

    Sehingga mesej ni ditulis kami masih belum dpt pulihkan website kami.

    ReplyDelete
  4. Anonymous12:48 AM

    Tak bagi tahniah kat datuk mat ka cheguBard

    ReplyDelete
  5. Anonymous12:41 AM

    El Che,

    Tu eh.. den panggey ekau el che, macam orang panggey Che Guevara idola ekau tu.

    Den ni bukan suko kek parti ekau tu. Tapi den tak dapek nak sembunyi yang den ni suko caro ekau kojo. Ekau ni kojo kuek. Ngalahkan lombu tarik tenggalo. Macam-macam pojek ekau buek. Bagi ceramah la. Tampa posta la. Poyi umah orang susah la. Bab pasang sepanduk bola pun ekau campo. Insan berkebajikan la katakan.

    Tapi den nak tanyo. Buleh ko otak sosialis ekau tu di terima di Rombau. Kek Sanun , kek Rombau la, togak satu icon kapitalis tersohor, di Malaysia. Sapo layi, lawan ekau tu la. Susah . Tak dapek ekau lawan hanyo dengan kato kato yo.

    Den raso la.. ekau ni patut jadi calon kek Hulu Selangor. Kek sanun, laluan lebih mudah. Ekau mintak la kek boss ekau. Rugi la orang kuek kojo macam ekau ni tak jadi MP.

    Ekau jangan teraso ati yo.. Den ni cakap yo.

    ReplyDelete