| PUCHONG, 11 Sept : Ketika PAS berusaha mendekati orang bukan Islam, DAP pula mencipta sejarah baru-baru ini apabila membuka sebuah cawangan yang ahlinya adalah majoriti Melayu di samping mempunyai ketua dari kalangan orang Melayu. Cawangan itu dibuka di Kampung Lembah Kinrara dalam Parlimen Puchong yang diwakili oleh Teresa Kok. Setiausaha Publisiti DAP Pusat, Tony Phua ketika bercakap dalam majlis itu berkata, "Jangan fikir DAP akan meminggirkan Melayu dalam parti ini. "Kalau ada yang layak, kita akan lantik Setiausaha Agung di kalangan orang Melayu," kata Tony yang merupakan anggota Parlimen Petaling Jaya Utara. Beliau memberikan contoh Tunku Abdul Aziz yang menyertai DAP. "Sebaik sahaja dia menyertai DAP, dia telah dilantik sebagai Naib Pengerusi Kebangsaan," katanya.
|
When injustice becomes law, resistance becomes duty"...."Many will call me an adventurer - and that I am, only one of a different sort: one of those who risks his skin to prove his platitudes."— Che Guevara (1928-1967) International Revolutionary
Friday, September 11, 2009
Tahniah DAP buka cawangan Melayu
sebat anak Mahathir macam Kartika..... ??
Rupanya perkara ini menjadi 'panas' semula kerana artikel terbitan MalaysiaInsider bertarikh 10 September yang menyiarkan fakta yang telahpun lama didedahkan oleh dalam blog ini.
Inilah 'retoriknya pemimpin Umno konon anti arak dan sebagainya...Ketua Pemuda Umno secara peribadi telefon Ketua Pas Pusat menyatakan betapa dia benci arak dan ajak Ketua Pemuda Pas demo dalam isu arak di Selangor..... betulkah isunya arak..... jika isunya Umno benci arak apa jadi di Negeri Sembilan, Johor....dan negeri lain dibawah Bn arak dijual terbuka malah bulan puasa masih ada orang Melayu beli dan minum arak secara terbuka....
Jika isunya arak bagaimana dengan VIP yang sangat rapat dengan Umno yang menjadi kaya - raya kerana memiliki saham arak.... sebenarnya isunya cuma kuasa poilitik....demi kuasa politik arak dijadikan isu untuk membakar sentimen agama dan kaum secara melampau.......
sila klik sini untuk mengikuti berita tvAntara mengenai lantikan Mirzan anak Mahathir dalam syarikat arak.
Kesian orang Umno bahawan yang ditunggang dengan sentimen... pemimpin mereka sedawa mentedarah duit arak yang dibawah melalak tak tentu arah..... Hukuman...? Nak hukum apa anak Mahathir ni nak sebat ? tak mungkin sebab menurut Menteri Dalam negeri yang juga sepupu Najib Malaysia tak ada pakar sebat...hahahaha
Ulang cadangan Din Binjai elok pemimpin Umno ni beli kacang belanja budak tadika kemas dan pi bohong budak tadika ....hahahahahaha
Thursday, September 10, 2009
Majlis Buka Puasa bersama Zunar, Gedung Kartun dan Anak Yatim


Pusat Khidmat DUN Paroi dengan sokongan Pusat Khidmat Rakyat (PKR) Rembau menjemput semua untuk bersama dalam Majlis Buka Puasa meraikan anak - anak yatim. Majlis ini akan dimeriahkan lagi dengan kehadiran kartunis terkenal Zunar dan 'team' kartunis Gedung Kartun.
Majlis yang akan diadakan pada 11 September 2009 bermula dari jam 5.45 petang itu akan diadakan di Restoran Ulam Raja, Dataran Senawang.
Promosi khas dan demonstrasi dari Zunar dan kartunis lain akan diadakan. Bersama meriahkan.
Tuesday, September 08, 2009
Koleksi gambar telefon bimbit
Nota berita bergambar : Aktiviti Ramadhan
antara barangan untuk program Jejak Fakir Ramadhan / Syawal yang telah disiapkandi Pusat Khidmat Rakyat Rembau
seorang warga emas yang tinggal bersama suaminya yang diserang strok teruk antara penerima sumbangan yang diziarahi dalam Parlimen Rembau
Sdr. Adi, Naib Ketua AMK Rembau mengedarkan risalah 'Jejak Kebenaran' yang menjelaskan isu siapa pengkhianat sebenar ?.... pengedaran risalah ini mendapat respon positif kerana penuh fakta pengkianatan Umno terhadap bangsa Melayu
.jpg)
Selepas solat sempat bersama teman - teman untuk meneili beberapa isu termasuk pengurusan parti, ketika bermesyuarat didatangi oleh Cik Yusof yang dahulunya dikenali sebagai orang kuat Umno di Senawang.....
Umno tidak pernah berubah.... Sdr. Muru 'dihina' dan dihalau oleh kumpulan yang diketuai oleh Ketua Umno cawangan kerana terlibat mengedar risalah jejak kebenaran yang menerangkan 'siapa pengkhianat Melayu..." Kata Ketua Cawangan Umno (di senawang) itu kamu india pergi raya deepavalilah jangan campur urusan Melayu....namun gelagat kumpulan Umno petang itu tidak dipedulikan malah pengunjung baazar ramadhan yang menjadi sasaran edaran risalah turut menyatakan rasa kurang senang dengan kumpulan Umno itu.KEADILAN sedia tanding di Bagan Pinang - AMK Teluk Kemang
5 September 2009
Dalam amalam demokrasi kematian arwah tidak dapat dielakan dari keperluanmengadakan pilihanraya. Satu pilihanraya yang bersih, telus dan adil amat diharapkan dari pengendali pilihanraya (SPR).
Sehubungan dengan itu AMK Teluk Kemang telah bermula hari ini mula menggerakkan jentera di perbagai peringkat ke arah pilihanraya.Meneliti beberapa perkembangan peringkat nasional mahupun setempat, dilihat jika kerusi tersebut ditandingi calon dari KEADILAN kali ini maka peluang untuk menang mungkin lebih cerah. AMK Teluk Kemang akan menghantar permohonan\ rasmi kepada parti untuk KEADILAN meletakan calon di N31 bagan Pinang dalam Pilihanraya Kecil kali ini.
Namun walaubagaimana pun atas semangat setiakawan dan disiplin gabungan AMK Teluk Kemang akur dengan apa juga keputusan pucuk pimpinan dan berjanji akan berusaha bersungguh sungguh bagi memerdekan kerusi dan pengundi Bagan Pinang dari cengkaman Umno - Bn.
*Amirudin Abdul Wahab*
*Ketua Angkatan Muda KEADILAN
Cabang Teluk Kemang*
*0123589872*
Laporan SPRM terhadap Kerajaan Bn Johor
Tarikh : Isnin 7 September 2009
Terdapat dua isu yang mahu dilaporkan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia(SPRM) Cawangan Negeri Johor iaitu :
A. Isu Pertama :
37,000 hektar Hutan Simpanan Kekal Terosot Negeri Johor telah diluluskan untuk tujuan Program Ladang Hutan Getah atau Latex Timber Clone (LTC) pada September 2007. Jangkaan nilai Kayu balak ini adalah RM 3 hingga 5 billion. Projek ini telah dibahagikan kepada dua bahagian iaitu 10,010.25 hektar Hutan Simpanan Kekal Terosot, diperuntukkan kepada 6 buah syarikat swasta seperti dibawah :
1. Serece Track Sdn. Bhd. - 1,296.09 hektar
2. Makmurplus Industry Sdb Bhd - 1,304.00 hektar
3. Groplus Industries Sdn. Bhd - 1,738.16 hektar
4. Jasa Wibawa Sdn. Bhd - 1,624.00 hektar
5. Setindan Sdn. Bhd
- 2,024.00 hektar 6. Hamid Sawmill Sdn. Bhd - 2,024.00 hektar
Baki 27,871.31 hektar diperuntukkan kepada 3 buah Badan Berkanun seperti dibawah
1. Perbadanan Islam Johor. - 12,340.75 hektar
2. Yayasan Pelajaran Johor - 6,316.87 hektar
3. Perbadanan Johor Bioteknologi & Biodiversiti - 9,213.68 hektar
Kawasan Hutan Simpanan Kekal Terosot terbabit adalah merupakan Hutan Sambungan atau “Central Forest Spine” (CFS) , di mana binatang-binatang liar merentasi kawasan ini dalam perjalanan berimigrasi ke Utara waktu musim monsun. CFS diklasifikasikan sebagai Hutan Simpanan Kekal yang mesti dikekalkan dalam Rancangan Fizikal Nasional (2005). Program LTC adalah melibatkan Hutan Simpanan Kekal Endau-Kahang dan Sungai Mas di Hutan Simpanan Endau-Kota Tinggi.
Hutan Simpanan Labis diwartakan pada tahun 1929. Hutan Perlindungan Hidupan Liar Segamat, Hutan Perlindungan Hidupan Liar Endau-Kluang dan Hutan Perlindungan Hidupan Liar Endau-Kota Tinggi diwartakan pada tahun 1933 untuk tujuan memperlindungi habitat hidupan liar di bawah Seksyen 6(i)(b) Enakmen Perlindungan Mergastua dan Burung 1923.
Walaupun Enakmen-enakmen negeri tentang Hutan Perlindungan Hidupan Liar telah digantikan dengan Akta Perlindungan Hidupan Liar 1972 (Akta 76), sebarang Hutan Simpanan Perlindungan Hidupan Liar diwartakan sebelum wujudnya Akta tersebut adalah masih berkuat kuasa di bawah peruntukan Seksyen 2(2) kecuali enakmen terbabit dimansuhkan secara sahih.
Seksyen 10 (3) Akta Perhutanan Negara menghendaki Pengarah Jabatan Perhutanan, dengan kelulusan Kerajaan Negeri, melalui pemberitahuan dalam Warta, menukar pengelasan hutan simpanan kekal dan hutan perlindungan hidupan liar kepada tujuan lain. Selain itu, Seksyen 12 Akta tersebut juga menghendaki Kerajaan Negeri mengambil kira keperluan pemuliharaan tanah dan air, kepelbagaian hayat, kesan kepada alam sekitar serta dapat menggantikan suatu kawasan tanah yang lebih kurang sama luasnya sebagai suatu hutan simpanan kekal.
Ekoran pembalakan besar-besaran sedemikian banjir besar-besaran musim tengkujuh akan mendatangkan pemusnahan 50 perkampungan Orang Asli dan Kampung Tradisi Melayu di sepanjang Sungai Mas di Hutan Simpanan Endau-Kluang dan Endau-Kota Tinggi. Di samping itu, kekurangan bekalan air seperti berlaku pada pertengahan tahun 2005 akan berlaku semula sebab hutan simpanan terbabit adalah juga kawasan tadahan air dan asal sungai-sungai di seluruh Nageri Johor.
Masalah alam sekitar termasuk banjir lumpur dan permasalahan binatang-binatang liar termasuk gajah-gajah akan kehilangan habitat semulajadi mereka dan terpaksa merayau-rayau di ladang-ladang serta memusnahkan tanaman tani di persekitaran Sungai Mas di Hutan Simpanan Kekal tersosot di sepanjang persempadanan Hutan Simpanan Mersing, Labis, Kluang dan Kota Tinggi.
Pemuda Pakatan Rakyat beranggapan baawa terdapatnya kecuaian dalam pelaksanaan Projek LTC Negeri Johor seperti berikut :
- Tiadanya laporan DEIA (Detailed Environmental Impact Assessment). Sedangkan sebarang penebangan hutan lebih daripada 500 hektar perlu mendapat laporan berkenaan. Oleh itu pembalakan melibatkan beribu-ribu hektar di bawah Perjek LTC telah dilakukan tanpa DEIA. Ia juga telah melanggar piawaian yang ditentukan oleh Majlis Pensijilan Kayu Malaysia.
- Tiadanya perbincangan dengan jabatan dan badan berkaitan untuk melaksanakan projek LTC. Jabatan dan badan berkiatan adalah seperti Jabatan Perhutanan, Jabatan Perhilitan, Jabatan Alam Sekitar, Jabatan Pengairan dan Saliran, UPEN(Unit Perancangan Ekonomi Negeri), Penasihat Undang-undang Negeri dan Pertubuhan-pertubuhan Bukan Kerajaan seperti Malaysian Nature Society dan Majlis Peguam.
- Terdapat kawasan projek LTC yang ditanam dengan kelapa sawit bukannya pokok getah. Amalan ini adalah bercanggah projek yang sebenar
B. Isu Kedua:
Dalam soalan bertulis bernombor B 26 semasa persidangan Dewan Undangan Negeri Johor pada bulan November 2009, Y.B Dr. Boo Cheng Hau ADUN Skudai telah mengutarakan soalan berkaitan Penanaman Pokok Getah dan Akasia. Berikut adalah jawapan yang telah diberikan:
d. .... Kelulusan yang telah diberikan oleh Kerajaan Negeri ke atas Projek Ladang Hutan Getah ini adalah seperti berikut :
§ Serece Track Sdn. Bhd. - 1,296.09 hektar
§ Makmurplus Industry Sdb Bhd - 1,304.00 hektar
§ Groplus Industries Sdn. Bhd - 1,738.16 hektar
§ Jasa Wibawa Sdn. Bhd - 1,624.00 hektar
§ Setindan Sdn. Bhd
- 2,024.00 hektar § Hamid Sawmill Sdn. Bhd - 2,024.00 hektar
Dalam soalan bertulis bernombor B 163 semasa persidangan Dewan Undangan Negeri Johor pada bulan November 2009, Y.B Dr. Boo Cheng Hau ADUN Skudai telah mengutarakan soalan berkaitan Konsesi Pembalakan. Dalam jawapan yang telah diberikan telah dinyatakan seperti berikut :
- Konsesi pembalakan yang telah dikurniakan di antara tahun 2000 hingga 2008 di Seluruh Negeri Johor ialah sebanyak 8 syarikat iaitu :
i. Syarikat kilang papan Hamid Sawmill Sdn. Bhd
........
Berdasarkan kepada dua jawapan sidang Dewan Undangan Negeri Johor ini maka telah didapati Syarikat kilang papan Hamid Sawmill Sdn Bhd telah dikurniakan konsesi balak di antara tahun 2000 hingga 2008. Pemilik syarikat ini adalah seperti berikut :
- Suhailah Binti Abd Malek, Datin (540915-01-5794)
- Abdul Hamid Bin Abdul Rahman, Datuk (530720-02-5731)
Y.B Abdul Hamid Bin Abdul Rahman adalah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Machap telah dilantik oleh Dewan Undangan Negeri Johor sebagai Pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Raya Negeri Johor, pada tahun 2008. Malangnya semasa perlantikan itu ahli-ahli Dewan Undangan Negeri Johor tidak dimaklumkan berkaitan penglibatannya secara terus dalam projek LTC.
Salah satu tugas yang telah diberikan kepada Jawatankuasa Kira-kira Raya Negeri Johor adalah untuk menyiasat kecuaian Kerajaan Negeri Johor berhubung dengan projek LTC.
C. Tindakan SPRM :
Oleh itu, Suruhanjaya Pencegarahan Rasuah Malaysia(SPRM) seharusnya menyiasat perkara-perkara berikut :
- Adakah kawasan pemusnahan hutan-hutan simpanan terbabit dalam projek LTC telah dikeluarkan daripada pewartaan Hutan Simpanan Johor?
- Adakah projek LTC dilaksanakan secara halal menurut Undang-undang Persekutuan dan Enakmen Negeri?
- Adakah telah disediakan Hutan Simpanan gantian kepada projak LTC?
- Apakah sistem ekologi tidak terjejas selepas penebangan hutan simpanan?
- Adakah kecuaian berlaku dipihak Kerajaan Negeri Johor semasa perlaksanaan projek LTC?
Adalah perlantikan Y.B Abdul Hamid Bin Abdul Rahman sebagai Pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Raya Negeri Johor tidak bertentangan dengan tugas Jawatankuasa ini yang bertujuan sebagai check & balance Kerajaan Negeri Johor.
Monday, September 07, 2009
eMail terbuka buat YB Zulkifli Nordin
Kagum juga membaca tulisan Sdr kita Zulkifli Nordin membuat pembelaan kepada YB Lunas yang memilih keluar parti dan menyokong Najib.maklumlah Peguambela & Peguamcara, kerjanya mencari sudut yang sesuai untuk membuat pembelaan. Saya tak salahkan Sdr Zul kerana itulah sudut yang dia nampak, atau sudut yang dibentangkan kepadanya oleh YB Lunas, dan diadun dengan pengalamannya sendiri menjadi MP Kulim.Saya nampak mereka mempunyai persamaan iaitu kedua-duanya mendapat
komplen dan rungutan yang banyak kerana tidak menjengok kawasan. YB Lunas tinggal di Jitra, Sdr Zul tinggal di Kuala Lumpur. Sejak akhir-akhir ini, memang YB Lunas kerap melawat kawasan, iaitu sejak dihebohkan dia membuat tuntutan perjalanan yang banyak, mencecah RM18 ribu sebulan, tetapi hanya lima kali membuat perjalanan ke kawasannya di Lunas. Mungkin juga dia ke sana tapi tak claim apa-apa. Adun-adun di sebelah kawasannya kerap komplen terpaksa cover Lunas kalau terjadi apa-apa bencana dan program masyarakat.
Sdr Zul pernah membuka pusat khidmat di Kulim, tetapi dilaporkan tutup sejak beberapa bulan dulu, signboard pun dah turun. Beliau lebih banyak di Kuala Lumpur, maklumlah Ahli Parlimen! Seingat saya, belum ada function negeri, majlis-majlis MB, Tuanku Sultan dan acara-acara besar yang disertai saudara Zul. Maaflah kalau saya silap dan tak nampak beliau hadir. Program terakhir kepimpinan PKR dan Wakil Rakyat PKR negeri bertemu MB pun beliau tak hadir.
Sdr Zul membangkitkan tiada peruntukan untuk berkhidmat kepada masyarakat, hanya mengharapkan elaun Adun dan MP. MP lain pun sama juga, tapi mereka menjaga kawasan dengan baik. Ala kadar! Bukan semua kerja MP meninjau kawasan kena duit! Ziarah, berjumpa, berdialog, membuat surat itu ini tak makan kos banyak, elaun MP 7-10 ribu sebulan tak habis untuk buat itu semua. Ada Wakil rakyat yang berkhidmat sebagai pembangkang zaman sebelum 2008, lagi dhaif, tapi khidmat mereka cemerlang. Tanyalah Adun dan MP PAS, bagaimana mereka survive.
Nak kata tak ada peruntukan langsung, itu mustahil! Adun ada peruntukan kecil tahunan RM100 ribu untuk bagi khemah, pinggan mangkuk, dan apa saja yang dalam kategori projek kecil (bukan insfrastruktur). Adun yang jadi Exco pula peruntukannya RM150 ribu setahun. YB Lunas dapat RM250 ribu kerana dia juga jadi Adun angkat Bukit Kayu Hitam. Peruntukan Kecil DUN Lunas tahun 2008 setelah dilanyak BN untuk pilihanraya berbaki RM30 ribu , dilonggokkan di pejabatnya sahaja, begitu juga di Bkt Kayu Hitam. Dah kira baik tu.... Musim raya, ada peruntukan khas, bulan puasa ada peruntukan untuk buat moreh di surau dan masjid. YB Lunas baru ambil peruntukan khas moreh RM10 ribu pada hari khamis lepas. YB Zul pun dapat RM7 ribu.
Saya bukan nak londehkan kawan-kawan, tapi kawan-kawan menulis kena tengok juga 'derita' yang dicipta YB Lunas sebelum dan selepas dia 'pergi' menyokong Najib. Bila sudah menyatakan sokongan terbuka kepada Najib dalam majlis membubarkan diri dari parti, apa lagi tanggapan yang boleh kita buat selain daripada dia sudah memusuhi kita? Apa yang direncana sepanjang menjadi Adun PKR, kenapa sering bertemu bekas MB (MK) di sini dan di KL. Kenapa tak dilapor kepada partinya, kerana pertemuan itu sangat besar ertinya bagi organisasi parti?
Kenapa melobi sehingga saat akhir untuk menarik 4 lagi menyeberang jambatan. Apa susah payah kawan-kawan lain mengepung dan menahan 'onar' yang dibawanya. Kenapa berkawan baik, berbincang hingga tengah malam dengan 'musuh-musuh' yang saban hari mencipta berita memburukkan kerajaan negeri? Bagi saya, sudah lama dia menari raggae dalam irama zapin, cuma Sdr Zul tidak sedar atau tidak ambil tahu. Maklumlah, Ahli Parlimen!
Jika Zul katakan dia berjiwa besar untuk melihat penyatuan melayu, duduk berbincang untuk kepentingan ummat, kena dia sahaja seorang diri membuat pertemuan tertutup di Kelab Cinta Sayang, dan di Kuala Lumpur? Kenapa diajak pula adun-adun PKR untuk berjumpa MK secara senyap-senyap? Kenapa tidak aturkan sahaja pertemuan atas nama parti, atau sekurang-kurangnya dua tida orang yang ada kuasa membuat perubahan atas nama perpaduan?
Nak dikatakan pejuang melayu tulen, jauh sekali. Sewaktu kes babi tempoh hari, orang cina marahkan kerajaan, terutama DAP, hingga ditimbulkan isu perkauman... dia diam sahaja, tiba-tiba dia pula memilih untuk melobi Adun PKR menyertai BN atas 'power blog' yang cuba dikepalainya... menyokong siapa yang mereka suka, hijau atau biru...
Teruk juga PKR hingga DSAI memanggil pertemuan khas di Yayasan Aman, Pananti. Hinggakan YB Sidam yang mempertahankan tindakan kerajaan PR dipanggil Mohamad Tan Chau Kang bin Abdullah.! Bersungguh-sungguh benar dia bekerja untuk menjayakan rencana ini. Zul mana tahu...dia di Kuala Lumpur makan nasi Lamb Mandy di Rausha, Ampang. Zul tak payah mintak dia menoleh sejenak kepada PAS, kerana PAS baginya lebih teruk dari Yahudi...ini ungkapannya dalam 'kekalutan' kes Arumugam melepaskan jawatan tempoh hari ... YB MP Kuala Kedah boleh sahkan. saya tak akan lupakan kalimah itu! Dalam kes Arumugam, dia katakan kepada saya petualang yang merosakkan melayu di Kedah sudah berambus ... sekarang siapa petualang? Aru masih berkerja kuat untuk PKR dengan macam-macam program. Melepaskan jawatan Adun dan Exco dengan segala kemudahannya, bukan perkara kecil..kini dia menganggur! YB Lunas pulak pelik, keluar parti tapi nak jadi Exco lagi... takkan nak kata dia lebih baik daripada Aru?
Bagi kawan-kawan yang diamanahkan menjaga kestabilan kerajaan, derita yang dihadapi untuk menghadapi karenah YB Lunas terlalu pedih untuk diubati dengan hal-hal yang ditimbulkan oleh Sdr Zul dalam 'afidavit' pembelaan kes YB Lunas keluar PKR sokong Najib! Irrelevent!!!...... kata hakim coklat hacks..
Muhammad Sanusi Md Nor
setpol MB Kedah.
Dari Pilihanraya Umum hingga Pilihanraya kampus regim ini menipu!
Pelbagai stategi dan persiapan telah diatur bagi memastikan kemenangan masing-masing dalam PRK kali ini.
Namun terdapat sedikit kelainan yang akan berlaku di UM ialah penggunaan sistem e-voting yang telah diaplikasiakn di IPTA yang lain. Kenapa UM perlu mencedok dan meniru cara dan teknik universiti lain sedangkan kita boleh sahaja untuk meneruskan sistem manual?
Mana istilah ” The Leader in Reasearch and Innovation ” yang dibanggakan sebelum ini kalau hanya kita meniru pakai sesuatu yang telah dilaksanakan ditempat lain?
Ada beberapa persoalan yang timbul dengan pelaksanaan sistem e-undi.
1. Adakah undi anda rahsia?
2. Sejauh manakah keselamatan data yang bergerak dalam rangkaian?
3. Apakah yang perlu diambil kira dalam pelaksanaan sistem e-undi?
Adakah undi anda rahsia?
Sekiranya sistem tersebut boleh mengenal pasti sama ada anda telah mengundi atau tidak, maka sistem tersebut juga mesti berupaya untuk mengesan siapa yang telah anda undi.
Jadi, rahsiakah undi anda? Mungkin pihak yang bertanggungjawab membangunkan sistem itu tidak ke arah itu, tetapi ini tidak bermaksud perkara itu (track the votes) mustahil.
Bagi pendapat saya, selagi ada cara untuk mengesan siapa yang telah anda undi, selagi itu undi anda tidak rahsia. Tidak kira pengundian secara manual ataupun e-undi.
Sejauh manakah keselamatan data yang bergerak dalam rangkaian?
e-undi bermaksud data akan bergerak dalam rangkaian sebelum di simpan dalam pangkalan data. Dengan kecanggihan teknologi sekarang, terdapat banyak cara untuk memperolehi(capture) data dalam rangkaian dengan mudah.
Jadi, ada kemungkinan data undi anda yang bergerak dalam rangkaian dicuri dan diubah sebelum dihantar ke server untuk pemprosesan. Untuk itu, sesuatu sistem e-undi perlu ada fungsi cryptography dimana data yang dihantar oleh pengguna di-encrypt ke bentuk yang tidak boleh dibaca oleh orang luar.
Ini penting untuk menjaga data integrity supaya data yang pengguna hantar selamat disimpan tanpa diubahsuai.
3. Apakah yang perlu diambil kira dalam pelaksanaan sistem e-undi?
Selain aspek keselamatan data yang bergerak dalam rangkaian, perlu ada makanisme disaster recovery dimana sekiranya berlaku sebarang bencana (cth server down, database corrupt, black-out dsbg),tempoh masa yang diambil untuk recovery mestilah singkat.
Selain itu, segala data mestilah sama seperti dalam keadaan yang sebelum berlakunya bencana tersebut. Data availability dalam sistem e- undi adalah kritikal.
Selain itu, terdapat juga faktor-faktor lain yang perlu diambil kiradengan teliti dalam pelaksanaan sistem e-undi.
Mungkin perkara-perkara yang disentuh tidak kritikal untuk sistem e-undi pilihan raya kampus, tetapi untuk membangunkan sistem e-undi yang betul-betul selamat dan reliable, perkara-perkara tersebut perlu diambil serius oleh pihak yang terlibat dalam pembangunan sistem tersebut.
Ketelusan dan kerahsiaan sistem ini dipertikaikan kerana ada kelompangan dan kebocoran yang berlaku. Apa salahnya kita menggunapakai sistem manual yang lebih praktikal dan boleh menjadi suatu pratikal awal bagi mahasiswa sebelum terlibat dalam kancah Pilihanraya Umum diperingkat nasional.
E-voting hanya menguntung pihak Jawatankuasa Pemilihan MPP sahaja kerana ia menyenangkan urusan mereka, sedangkan mahasiswa tidak berpuas hati dengan sistem yang digunakan.
———
*Penulis ialah Ahli Majlis Tertinggi Majlis Perwakilan Mahasiswa Universiti Malaya. Segala pandangan mahasiswa jurusan ekonomi ini boleh dilayari di kasturi89.wordpress.com.
BANJIR BESAR DI KG BACANG MANTING PEMBANGUNAN MENYUSAHKAN RAKYAT
Sumber : http://adimul.blogspot.com/
Saturday, September 05, 2009
Bersama AMK N.Sembilan dalam kempen kesedaran
Acara yang diadakan selama dua jam ini diadakan di Bazaar Ramadhan Ampangan, Seremban.
Bersama Saufi, Sani (Timbalan AMK Rembau), Azizi Timbalan Ketua AMK Negeri juga Setiausaha Cabang Rembau dan Amiruddin, Ketua AMK Teluk Kemang.
Takziah buat keluarga bekas ADUN Bagan Pinang
Salam takziah buat keluarga dan teman - teman Arwahyarham Azman Mohd Noor, ADUN Bagan Pinang, Negeri Sembilan yang kembali ke rahmatullah semalam. Semoga roh arwah ditempatkan di sisi orang yang solleh sesuai dengan amalan beliau. cheGuBard dan teman - teman sempat menziarahi dan menghadiri upacara pengkebumian jam 8.00 malam semalam.Nampaknya 'nasihat' Pengerusi SPR agar wakil rakyat tidak mati gagal dituruti. SPR dengan jelas mutakahir ini bersungguh cuba mengelakan Bn dari berdepan dengan kuasa rakyat melalui pilihanraya dan yang terbaru di Kedah. SPR jelas mencabul kuasa Speaker DUN Kedah yang mengistiharkan DUN tersebut kosong kerana wakil rakyat Bn yang ponteng sidang dewan.
Namun kali ini di DUN Bagan Pinang pilihanraya kecil sudah tidak boleh di elakan.
Pilihanraya kali ini bukan mudah juga bagi Pakatan Rakyat. Kerusi ini milik Bn sebelum ini. Kekuatan mereka bukan kepada undi rakyat sebaliknya kepada lebih 5000 undi pos.
Di sinilah peranan SPR dituntut untuk memastikan pilihanraya yang adil, bersih dan telus. Mengikut maklumat dari anggota tentera yang menjadi pengundi di Bagan Pinang menyatakan mereka tidak mengundi sendiri sebaliknya seorang pegawai akan mengundi bagi pihak mereka.
Pilihanraya kecil kali ini merupakan pilihanraya penentu penting. 2 aras penentu tersebut ialah pertama jika Pakatan rakyat mampu mengalahkan Bn di kawasan majoriti Melayu yang di menangi Bn sebelum ini maknanya Bn tidak akan pulih dan PRU ke 13 kerajaan akan bertukar begitu juga sebaliknya.
Penanda yang kedua ialah jika SPR gagal pada kali ini menjamin Pilihanraya yang adil, bersih dan telus seperti memastikan proses undi pos yang terbuka maka harapan pada SPR seharusnya dibuang terus ke longkang dan SPR lah elemen penting yang harus dihumbankan jika mahu melihat kemerdekaan rakyat benar terialisasi.
Apa pun Selamat Datang semua ke Negeri Sembilan !
Bagi peringkat negeri pula keputusan amat penting kerana perbezaan kerusi yang amat sedikit menggambarkan mood sokongan dan penilaian prestasi wakil rakyat.
Rasuah himpit peniaga kecil di Kuala Lumpur
Peniaga kecil kebanyakannya yang meniaga makanan untung berlipat kali ganda kerana kebanjiran ramai yang membeli air dan makanan diseleweng fakta kononya rugi dan perlu dibela.
Namun lepas isu ini puas ditunggang oleh Umno ia senyap kembali. Umno hanya menunggang isu bukan membela peniaga kecil. Kini peniaga kecil yang mencari rezeki sempena kehadiran Ramadhan dan Sywal yang bakal menjelang di Kuala Lumpur dihimpit derita dizalimi kerana rasuah.
Klik sini untuk baca lanjut.
Pegawai Kerajaan Bn cadang hapus elaun Undang
Ini sememangnya sikap regim ini di depan mereka menuduh orang lain pengkhianat dan kalau Bn tumbang maka kononya kuasa 'adat istiadat' dan raja - raja Melayu akan musnah....sebaliknya jika Bn terus berkuasa maka pasti lama kelamaan semua itu akan lenyap....
sila klik sini untuk baca lanjut.
Thursday, September 03, 2009
Kapal Selam punca kematian Altantuya sudah sampai
Fakta isu Kuil Shah Alam
Sebelum PKNS mengambil alih tanah Shah Alam pada awal tahun 70an, Shah Alam merupakan kawasan ladang yang telahpun wujud lebih 100 tahun. Ia diduduki oleh pekerja ladang yang majoritinya kaum India dan penganut Hindu.
Ketika PKNS memulakan projek perumahan Shah Alam di bawah pentadbiran Barisan Nasional(BN) pada awal tahun 80an, kedudukan kuil Hindu yang telahpun wujud lebih 100 tahun tidak dimasukkan ke dalam pelan perancangan, malah dibiarkan kekal walaupun populasi penduduk Islam mencecah 80%.
Akibatnya, kedudukan Kuil Sri Maha Mariaman di Seksyen 19 hari ini betul-betul di depan rumah penduduk Islam, yang memisahkannya hanya jalan selebar 6 meter. Penduduk Seksyen 19 telah meminta agar kuil itu dipindahkan disebabkan oleh kesesakan lalu lintas.
Ketika pentadbiran BN dahulu, cadangan dibuat agar kuil dipindahkan ke Seksyen 22 atau Kompleks Kuil. Cadangan tersebut tidak diterima oleh Jawatankuasa Kuil kerana ia terletak lebih kurang 3 km dari tapak asal dan di tengah-tengah kawasan industri berat. Namun Jawatankuasa Kuil tidak diberi pilihan lain.
Isu yang timbul sekarang ialah isu perancangan komuniti yang merupakan sisa baki pentadbiran BN dahulu. Kerajaan negeri komited untuk menangani isu komuniti ini atas landasan keharmonian dan kesejahteraan penduduk pelbagai kaum.
2. Apakah tiada garis panduan pembinaan kuil?
Setelah Pakatan Rakyat mentadbir Selangor selepas 8 Mac 2008, kerajaan negeri menetapkan garis panduan berhubung rumah ibadat bukan Islam.
Antaranya tiada pembinaan baru dan operasi meroboh kuil tanpa kebenaran Exco, kuil-kuil sedia ada yang tidak terletak atas tanah yang diwarta sebagai tapak kuil atau terletak di lokasi yang tidak sesuai hendak dipindahkan; pemaju perlu menyediakan tapak ganti sebelum pelan pembangunan diluluskan atau membayar sejumlah wang untuk membeli tapak gantian dengan persetujuan jawatankuasa bangunan keagamaan terlibat.
Dalam isu pemindahan kuil Seksyen 19, PKNS sebagai pemaju telah mengesyorkan satu tapak di Seskyen 23 untuk pemindahan kuil. Persetujuan telah dicapai di antara Jawatankuasa Kuil, PKNS, Pejabat Daerah dan Tanah serta kerajaan negeri awal tahun 2009 untuk memindahkan kuil dari Seksyen 19 ke Seksyen 23, atas pertimbangan tapak tersebut terletak 300 meter dari kawasan perumahan, iaitu kawasan perindustrian dan tempat letak kereta dapat disediakan.
3. Apakah kerajaan negeri tidak pernah keluar notis?
Kerajaan negeri bertanggungjawab untuk memastikan segala syarat pemindahan kuil dipenuhi dari segi undang-undang dan dipersetujui Jawatankuasa Kuil, sebelum mengeluarkan notis kepada penduduk setempat untuk hadir ke pendengaran awam, jika tapak kuil yang dicadangkan berada dalam lingkungan jarak 50 meter dari rumah penduduk atau pemilik kilang, sepertimana terkandung dalam Garis Panduan dan Piawaian Perancangan Negeri Selangor yang diwujudkan oleh kerajaan BN dahulu.
Dalam erti kata lain, notis tidak perlu dikeluarkan jika tapak kuil terletak jaraknya lebih 50 meter dari bangunan sedia ada. Walau bagaimanapun, kerajaan negeri boleh mengadakan dialog dengan penduduk jika perlu bagi menjelaskan keputusan kerajaan.
4. Apakah bantahan bina kuil tidak dilayan?
Pada April 2009, suatu pendengaran awam telah diadakan ke atas cadangan tapak kuil yang pertama di Jalan Saham 23/3, Seksyen 23 untuk pemilik kilang. Setelah mendapat bantahan daripada pemilik kilang atas sebab bimbang kesesakan lalu lintas, kerajaan negeri bercadang untuk memindahkan tapak kuil ke Jalan Dividen 23/6 dan mengadakan pendengaran awam untuk pemilik kilang yang terletak dalam lingkungan jarak 50 meter berhubung dengan cadangan pemindahan kuil. Satu dialog dengan penduduk sekitar juga akan diadakan untuk menerangkan isu yang berkaitan.
Janji kosong dan Provakasi UMNO:
Ketika kerajaan BN mentadbir Selangor dahulu pernah berjanji untuk memindahkan kuil Seksyen 19 tetapi tidak melakukan apa-apa. Penduduk terpaksa bersabar selama 26 tahun, menagih janji dari PKNS dan kerajaan BN Selangor, sehinggalah naiknya kerajaan Pakatan Rakyat.
Namun BN tidak membenarkan kerajaan Pakatan Rakyat menangani masalah sisa baki pentadbiran BN dahulu dengan cara baik dan tersusun. Pelbagai provokasi terus dibuat oleh kumpulan PEWARIS yang didalangi UMNO untuk membakar sentimen perkauman di kalangan masyarakat Islam.
Antaranya ugutan ke atas Jawatankuasa Kuil dan penganut Hindu dengan mengganggu upacara sembahyang, mencerobohi kawasan kuil dan memakai t-shirt dengan perkataan “Unit Jihad”; merosakkan pagar tapak cadangan kuil di Seksyen 23 dan memasang kain rentang fitnah dengan perkataan “Rodziah & Khalid Petualang Bangsa Melayu Islam & Penduduk Sek.23”; dan baru-baru ini mengarak kepala seekor lembu dan melaungkan kata-kata provokatif di depan Bangunan SUK pada bulan (Ramadan) yang mulia ini.
Pimpinan BN Noh Omar menyatakan bagaimana kerajaan PR tidak peka terhadap sensitiviti umat Islam, sedangkan BN sendiri membiarkan kuil beroperasi di Seksyen 19 yang majoritinya penduduk Islam sepanjang pentadbiran BN di Selangor. Apakah UMNO-BN sendiri juga tidak peka terhadap sensitiviti umat Islam?
Jelasnya, tindakan provokatif ke atas agama lain seperti ini boleh mencetuskan reaksi dan ketegangan yang tidak perlu sama sekali dalam masyarakat Malaysia yang majmuk dan harmoni ini. Bukankah Islam itu merupakan agama pelindung dan rahmat untuk sekalian alam?
Kebebasan bersuara dan memberikan pandangan adalah suatu perlu diizinkan. Namun, apabila kita lupa kepada adab dan susila yang sewajibnya, ia jadi memalukan diri sendiri, menjatuhkan imej agama dan mencalar maruah umat.
“Dan janganlah kamu memaki sembahan-sembahan yang mereka sembah selain
Allah, karena mereka nanti akan memaki Allah dengan melampaui batas tanpa
pengetahuan.”(Al-An’am: 108).
MENOLAK POLITIK PERKAUMAN, MENEGAKKAN KEADILAN UNTUK SEMUA
Kuih Raya Samprit dan Kuih Putu Kacang serta kasut di Pulau Pinang


(dibuat dengan resepi dan cara tradisi rasa terjamin)
100 biji putu kacang didalam kontena hijau = RM25.00
Negara makin 'hancus'
antara pemimpin pemuda Umno yang disahkan terlibat mendalangi
Perancangan Umno ini ialah untuk membangkitkan kekecohan, mereka yang rata - rata bukan orang tempat tersebut cuba memancing sentimen agama orang India/ Hindu dengan menghina lambang suci kaum India iaitu lembu. Aksi terancang ini didalangi oleh Umno, Hishamuddin dan Polis sendiri.
Sehingga kini semua gambar yang terlibat sudah dikenal pasti tiada yang ditahan....malah Hishamuddin telah menyalahgunakan kuasa selaku menteri dalam negeri dengan mengadakan pertemuan dengan orang yang mengarak kepala lembu di IPD Shah Alam sebentar tadi.
Mungkin yang dibincangkan ialah 'kenapa mereka gagal dengan plan mereka....'

apa plan mereka ?
plan mereka ialah rusuhan kaum yang akan mengakibatkan campur tangan kerajaan pusat dan rampasan kuasa akan terhasil di Selangor....
Konsep 1 MaLAYSIA ialah satu konsep atau slogan retorik yang ditiru dari 1 Israel yang cukup pembohong....dalam pada masa yang sama Umno terus memainkan sentimen perkauman yang melampau...tengok gambar dibawah bagaimana Umno menaja aksi yang kononya membela Islam yang akhirnya memberikan gambaran buruk terhadap Islam.....
Azmin Ali : Politik kepala lembu !
“Dan janganlah kamu memaki sembahan-sembahan yang mereka sembah selain Allah, karena mereka nanti akan memaki Allah dengan melampaui batas tanpa pengetahuan.” ( Al-An’am: 108 )
Dengan kejadian ini, KEADILAN menuntut agar tindakan segera hendaklah diambil terhadap pihak yang bertanggungjawab mencetuskan provokasi ini. Undang-undang (penal code) yang sedia ada mempunyai ruang untuk maksud ini. Siasatan tegas perlu dibuat without fear or favor ; siapa sebenarnya mereka (khususnya kewujudan individu yang tidak dikenali bersama kepala lembu), siapa di belakang mereka dan apakah matlamat mereka sebenarnya ?
KEADILAN memohon kesabaran dan ketenangan semua pihak. Suasana dialog dan mesyuarah dalam menyelesai segala kemelut yang berlaku hendaklah disuburkan. Ini sudah pasti dapat meningkatkan persefahaman dan saling menghormati di antara satu sama lain.
Orang Umno 'gaduh' pasal Idris Jala....
Nota kaki di bawah artikel tersebut yang berbunyi
Nota : semalam tergelak lepas solat Isya terdengar perbualan orang Umno luar Masjid. Mereka kata "bagus Najib lantik lagi Menteri Melayu Islam nak imbang kuasa cina (Koh Tsu Koon)......." Inilah Umno terperangkap dengan hujah ciptaan 'Melayu' mereka sendiri.... Idris Jala Melayu kah dia...Islam kah dia...?
telah mengundang perbagai komen , email dan sms. Ingin che'GuBard perjelaskan di sini ia bukan nota peribadi che'GuBard yang bersifat perkauman sebaliknya merakamkan peristiwa benar yang dilihat/didengar sendiri mengenai perbualan dua orang yang dikenali penyokong tegar Umno.
Inilah sebenar mentaliti pemikiran orang Umno. Di bawah ini dirakamkan pertelingkahan melalui sms dua orang tokoh Umno.
sms 1 dari 012xxx5055 (seorang bekas Exco Pemuda Umno Malaysia)
Sejarah baru dalam Malaysia ialah apabila seorang dilantik sebagai menteri penuh terpaksa membuat laporan kepada seorang menteri lain yang kedudukan sama taraf sebagai menteri kabionet juga.PELIK TAPI BENAR.PM kata hari ini tak ada seorang pun dlm kabinet setanding Idris Jala, Kristian dari Sarawak. Menteri2 dan Timb.2 Menteri patut letak jawatan jika ada maruah...sms dari ahli Umno bertaraf Tan Sri.
sms ini telah che'GuBard panjangkan kepada beberapa teman pimpinan Umno tetapi satu pun tak berbalas kecuali seorang Ketua Bahagian Umno di NS membalas.
sms 2 dari 012xxxx304 (Ketua Bahagian Umno)
Ahli Umno yang bergelar Tan Sri itu tidak bercampur. SAebenarnya Idris Jala
dibuat begitu untuk menghilangkan kuasanya kerana beliau seorang KRISTIAN YANG TELAH MENEKAN PEKERJA-PEKERJA ISLAM DI MAS....Dato xxxxx xxxxx, Ketua Bahagian xxxxxxxx
sms tersebut saya fwdkan kembali kepada penghantar sms 1 dan beberapa teman pemimpin Umno yang dikenali tidak bersetuju dengan lantikan Idris Jala, che'GuBard kemudian mendapat dua jawapan
sms 3 (012397xxxx)
apa punya dangkal jawapan seorang pengampu dan pembodek. Masakan PM tak punya kuasa pecat mana - mana ceo di GLC hingga terpaksa diberi jawatan ganti ?
sms 4 (01xxx7xx55)
antara ciri orang munafik ialah takut dan dibelenggu kebaculan untuk bercakap
benar serta lebih mementingkan dan menjaga harta pangkat kuasa. Mereka semua telah dibutakan mata juga mata serta pandangandisamping jadi jumud lantaran baghalnya fikiran, menafikan harta pangkat kuasa adalah fitrah ilahi.










.jpg)








