Saturday, March 07, 2009

Altantuya: Tuanku Mirzan bakal tolak perlantikan Najib??


Nampaknya isu Altantuya kembali mengantui bakal PM kita dikala beliau sedang bertungkus lumus mengharungi ‘Lap’ terakhir menanti ketibaan April 1 dengan halangan halangan pelbagai isu isu yg sedang merundung politik UMNO dan BN. Baru baru ini, Isu pendedahan wartawan Perancis Arnaud Dubus dalam surat khabar Liberation telah sekali lagi membuka kotak misteri kes Altantuya dengan dikaitkan kembali VIP VIP tertentu Negara dan menjadi perbualan hangat seterusnya.

Umum pasti tertanya kredibiliti serta kesahihan berita ini kerana mengenai kredibiliti dan kesahihan berita ini. Jawapan-nya, tanya sahaja rakan rakan yg pernah ke Europa mengenai kredibiliti surat khabar Liberation yg semestinya lebih mulia dari Utusan Malaysia atau Harian Metro yg main pakai tembak dan putar belit propaganda tak tentu pasal.

Pendedahan wartawan Liberation tersebut boleh dianggap sebagai satu tamparan hebat terhadap kredibiliti bakal Perdana Menteri kita, apa tah pulak berita ini luas tersebar di Europa dan seluruh dunia amnya. Harus juga diambil kira bahawa pendedahan sebegini rupa terhadap seorang bakal PM pasti berdasarkan fakta dan bukti yg kuat kerana perkara tersebut bakal membawa komplikasi perundangan dan saman menyaman. Persoalan nya sekarang, apakah kesan pendedahan terbaru ini mengelang April 1 kelak?

Saya disini ingin merujuk kepada transkrip Taklimat Isu Isu Semasa Dato Seri Dr Rais Yatim baru baru ini dimana beliau telah mengupas isu isu semasa seperti krisis demokrasi di Perak sampai terpaksa bergelut gelut dengan diri sendiri. Biarpun Rais Yatim dikenali sebagai ahli politik yg mempunyai reputasi jijik memutar belit dan menukar pendirian dan hujah akademik beliau mengikut saiz dompet dan kerusi jawatan tetapi dalam taklimat perbaru beliau, beliau telah memperjelaskan satu perkara yg mungkin boleh dikatakan menarik untuk peristiwa April 1 kelak.

Datuk Rais dalam taklimat tersebut telah berhujah bahawa Istana mempunyai siding kuasa khas atau istimewa dalam perlantikan seseorang Menteri Besar atau pemimpin tanpa perlu apa apa rujukan dan garis panduan. Beliau juga telah menjelaskan bahawa kuasa sultan boleh menjangkaui segala bidang kuasa lain dan Baginda Sultan boleh menolak atau menerima seorang pemimpin yang beta berkenan ikut budi bicara Sultan.

Dalam perkara ini Datuk Rais telah menyebut kejadian di Perlis, Perak dan Terengganu sebagai bukti kebangkitan bidang kuasa khas atau istimewa yg beliau nyatakan sebagai bukti penguna pakaian kuasa ini oleh pihak Istana di negeri negeri tersebut. Persoalan nya sekarang, mungkin kah YDP Agung Tuanku Mirzan akan sekali lagi menolak seorang pemimpin yg dikemukan kepada beliau oleh pihak eksekutif dan dalam hal ini Perdana Menteri Malaysia mengikut budi bicara beliau?

Mungkin pengikut Najib akan berhujah mengenai faktor demokrasi dan mandat rakyat dan dalam hal ini hujah bahawa beliau dipilih dan dinobatkan sebagai pemimpin oleh UMNO dan Barisan Nasional. Akan tetapi jika dilihat insiden terbaru di Perak, jelas sekali faktor mandat serta keperluan demokrasi serta keluhuran prosedur perlantikan yang diperakui rakyat jelata pun dah tak laku, ini kan pulak mandat serta persetujuan satu parti politik semata mata.

Jika kita meneliti pulak kejadian kejadian di Perlis dan Terengganu, umum pasti tertanya apa kah sebab disebalik penolakan YB Shahidan Kassim dan Idris Jusoh yg di pilih oleh Perdana Menteri sendiri. Adakah wujud faktor serta standard penilaian baru dan khas dalam penobatan seorang pemimpin menurut budi bicara pihak Istana. Adakah faktor serta penilaian tersebut menambil kira ‘track record’, kredibiliti serta keperibadian seseorang pemimpin tersebut untuk menduduki kerusi kepimpinan tertinggi Negeri? Persoalan ini mungkin dapat dijawab oleh rakyat sendiri dan bagi saya faktor penilaian kredibiliti jelas wujud dan telah diguna pakai oleh pihak istana termasuk Sultan Terengganu yg juga Yang Di Pertuan Agong yg bakal berdepan dengan penobatan Perdana Menteri Malaysia kelak.

Jadi, adakah April ini kita akan melihat YAB Abdullah Badawi meneruskan mandat sebagai Perdana Menteri ataupun adakah beliau akan digantikan oleh YB Najib Tun Razak ataupun kedua dua mereka akan digantikan dengan nama baru yg mungkin dipilih oleh Yang Dipertuan Agong?

Mungkin kah YDP Agong akan mengambil kira pandangan umum yg masih melihat YB Najib sebagai tercemar dengan darah seorang raykat Mongolia. Adakah YDP Agong akan mengambil kira kontroversi pendedahan surat khabar Liberation serta rangkaian tuduhan tuduhan lain seperti tuduhan SMS kontroversi peguam Shafiee, perakuan sumpah penyiasat bebas Bala dan affidavit Raja Petra yg masih belum terjawab sampai hari ini? Adakah YDP Agong akan mengambil kira notis peguambela kes Altantuya untuk pendengaran semula kes pembunuhan Altantuya yg jika dilihat dari kaca mata perkembangan terkini mungkin mengheret Bakal Perdana Menteri Negara ke mahkamah dan adakah juga YDP Agong meneliti memorandum YB Karpal Singh terhadap Ketua Hakim Negara yang turut dicemari dengan tuduhan rasuah serta keangotaan beliau di dalam UMNO sebelumnya.

YDP Agong juga bakal berdepan dengan persoalan masalah politik wang yg mencemari proses demokrasi pemilihan parti UMNO sebagai penentu utama perlantikan calon Perdana Mentari kelak? Jika di lihat kesemua persoalan persoalan ini serta persoalan persoalan lain dan yang mungkin akan dating, jelas YDP Agong bakal berdepan dengan satu persoalan baru. Adakah kebangkitan Institusi diraja ini bakal berakhir dengan hanya sekadar ‘rubber stamp’ ataupun kebangkitan ini bakal membentuk satu institusi ‘check and balance’ dan sebagai institusi amanat dan kepercayaan rakyat.

Mungkin kah YDP Agong akan membuat sejarah dengan menolak perlantikan YB Najib dan seperti yang ramai percaya dapat mengembalikan semula keagungan sistem Institusi Raja yang baru baru ini mengalami cabaran cabaran tertentu.

Biar apa pun, kita tidak boleh leka dengan fakta utama dimana YB Abdullah Badawi masih Ahli Parlimen yg mendapat mandat Dewan Rakyat sebagai Perdana Menteri dan beliau akan terus berada di Parlimen selepas pemilihan UMNO kelak. Yang jelas disini adalah proses pemilihan dan penentu mandat di Dewan Rakyat. Mungkin Pak Lah akan bertindak untuk membenarkan proses siding Dewan Rakyat untuk memilih penganti beliau dan dalam hal ini mungkin perebutan mandat Dewan Rakyat bakal melihat persaingan diantara YB Najib dan individu individu lain. Dalam hal pemilihan juga, adakah kita mungkin berdepan dengan satu phenomena baru dimana mandat Dewan Rakyat dalam perlantikan Perdana Menteri melibatkan undi dari pihak pembangkang atas sebab ketiadaan mandat 2/3 Barisan Nasional.

Biar apa pun, kita tunggu dan lihat apa yang akan terjadi April ini. Adakah tarikh 1 April akan menjanjikan kemenangan kepada YB Najib ataupun hanya sekadar April Fool semata mata. Tidak dapat dipertikaikan bahawa jawatan Perdana Menteri dari segi konvension politik, menekankan keperibadian bersih, kredibiliti serta kepercayaan umum dan rakyat jelata secara amnya.

Jika tanpa diduga kita melihat Yb Ahmad Said dan YB Isa Md Sabu yang tidak begitu terkenal menjadi Menteri Besar Terengganu dan Perlis. Persoalannya kini mungkinkah kita bakal melihat Tengku Razaleigh sebagai Perdana Menteri baru Malaysia kelak?

artikel ini ditulis oleh seorang teman, K.Shan.

Friday, March 06, 2009

Pusingan terakhir singkirkan Najib !!!

Mahkamah digunakan sewenang - wenangnya. Dalam kes Datuk Seri Anwar Ibrahim jelas Hakim Komathy menolak permohonan Peguam Negara yang memohon kes tersebut di pindah mahkamah, namun mereka gunakan kuasa tukar Hakim dan Hakim baru ini hanya untuk sekali bersidang dan benarkan tukar mahkamah. untuk baca lanjut sila klik sini.

Najib makin panik dan mahu semua dilakukan segera demi mengesahkan beliau naik sebagai PM dan menikmati kekebalan mutlak. Namun kini kuasa terpulang pada tangan rakyat.

Minggu ini ada dua program besar.
Himpunan membantah PPSMI - pertahankan Bahasa Ibunda
7 Mac 2009 - 2 Petang
berhimpun mula di Masjid Negara dan kemudian ke Istana Negara
Polis benarkan perhimpunan dan Istana akan sambut sebagai tetamu.
baca lanjut dengan klik sini

Sempena 1 tahun tsunami politik, kemenangan rakyat. Semua dijemput bersama menghadiri.
Pidato Kebangsaan ‘Ketuanan Rakyat’ oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim

Hari: Ahad 8hb Mac 2009 Masa: Jam 3.30 PM
Tempat: Wisma MBSA, Shah Alam, Selangor Darul Ehsan

Salinan Rakaman Kenyataan Beramaran Sirul







Di atas ialah salinan kenyataan beramaran Koperal Sirul mengenai malam kejadian bunuh Altantuya yang sampai ke meja saya oleh penghantar yang tidak dikenali. Sejauh mana kebenaranya tidak dapat dipastikan. Namun pendedahan akhbar Peranchis yang terbaru yang mengheret Najib dalam kes ini perlu dipandang serius. Jika benar Najib tidak terlibat saman saja akhbar dan wartawan tersebut.....

p/s : klik imej untuk membaca dengan jelas.

Akhbar Peranchis dedah disebalik kisah Altantuya (versi terjemahan)

adakah Pak Lah berani ??

(Diterbitkan pertama kali di akhbar Liberation French, 5hb Mac 2009)

Shaaribu Setev adalah seorang lelaki yang kecewa dan marah. Namun di sebalik wajah sedih lelaki Mongolia ini tersimpan semangat yang tinggi. Duduk di sebuah sofa di lobi sebuah hotel di Ulaan Battar sambil bergetar menahan angin beku yang bertiup, dia lelaki berumur 60 tahun itu bersiap sedia untuk melawan. Raut parasnya dibentuk dari segala penderitaan dan iklim yang melampau, dan renungannya yang dalam menceritakan semuanya. “Anak perempuan saya dibunuh oleh orang Malaysia di bumi Malaysia.

Namun mereka langsung tidak memohon maaf,” katanya yang juga seorang professor psikologi di Universiti Kebangsaan Mongolia. Pembunuhan anak perempuannya, Altantuya Shaaribu, berlaku pada bulan Oktober 2006. Ini adalah jenayah bunuh yang berbeza dari yang lain berlaku di sebuah rantau di mana konflik-konflik perniagaan atau pertelingkahan politik yang remeh diselesaikan dengan muncung pistol.

Segala yang berkaitan dengan kes ini, yang bermula pada tahun 2002 apabila syarikat Perancis-Sepanyol Armaris mencapai persetujuan untuk menjual tiga buah kapal selam kepada kerajaan Malaysia dengan harga satu bilion Euro, adalah luar dari kebiasaan. Kesan “kes Altantuya” ini di Perancis, Malaysia dan Mongolia belum lagi mencapai klimaknya. Pembunuhan gadis Mongolia berusia 28 tahun itu adalah akibat dari “komisen” berharga 114 juta daripada Armasi kepada rakan niaganya di Malaysia. “Komisyen” ini yang diakui oleh kerajaan Malaysia di dalam Parlimen di Kuala Lumpur, telah mencetus beberapa siri peristiwa yang membawa kepada pembunuhan Altantuya dan kehilangan beberapa orang saksi penting di dalam kes itu.

Sebuah laporan dari polis Malaysia, yang masih disimpan secara rahsia sehingga sekarang, mendedahkan secara terperinci bagaimana perempuan muda yang tergolong dalam golongan atasan Asia itu dibunuh. Di dalam dokumen tersebut, salah seorang pembunuhnya, seorang anggota polis dari Cawangan Khas bernama Sirul Omar, menjawab soalan-soalan yang ditanya oleh seorang pegawai di sebuah stesen polis yang berdekatan dengan tempat pembunuhan. “Apabila perempuan Cina itu melihat saya mengeluarkan sepucuk pistol, dia merayu supaya dilepaskannya kerana dia sedang mengandung.

Azilah (pegawai pemerintah kepada Sirul) menarik perempuan itu dan [menghumbannya] ke atas tanah. Saya segera menembak pada bahagian kiri mukanya. Kemudian Azilah menanggalkan pakaian perempuan itu dan memasukkan pakaian yang ditanggal itu ke dalam sebuah plastik hitam. Azilah mendapati tangan perempuan itu masih bergerak. Dia memerintahkan saya untuk menembak sekali lagi, dan saya melakukannya”, ujar Sirul. Ini adalah merupakan pengesahan yang pertama identiti pembunuh Altantuya. ” Kemudian kami mengusung mayatnya ke dalam hutan, Azilah membalut bahan letupan di sekeliling kaki, abdomen dan kepala perempuan itu dan kemudian kami meletupkannya.”

Pendedahan laporan tersebut di dalam akhbar Perancis Liberation adalah bab terbaru dalam kisah yang penuh warna-warni dan dramatik ini yang melibatkan penjual senjata Perancis, pawang Mongolia dan politikus-politikus Malaysia. Kes ini sangat sensitif kepada kerajaan Malaysia, kerana Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Najib Razak yang dijadualkan menjadi Perdana Menteri pada akhir bulan Mac nanti) disyaki terlibat di dalam kes ini, tetapi ini juga kerana kes ini boleh memalukan DCNS, sebuah syarikat Perancis yang mengkhusus dalam pembinaan kapal laut tentera. Syarikat Perancis-Sepanyol Armaris, yang menjual Scorpene dan satu kapal selam Agosta kepada Malaysia pada bulan Jun 2002, dibeli oleh DCNS pada tahun 2007.

Dengan kecantikan dan keanggunannya yang memukau, Altantuya mengingatkan pada imej kacau seorang perempuan dari Timur Jauh bernama Mata Hari. Altantuya membesar di Saint Petersburg (Russia), kemudian belajar di Institut Pengurusan Ekonomi di Beijing. Di samping bertutur di dalam bahasa Inggeris, dia juga fasih di dalam bahasa Russia, Cina dan Korea. Sebagaimana yang telah ditakdirkan, semasa di Hong Kong dia bertemu dengan Abdul Razak Baginda pada tahun 2004. Baginda adalah seorang pakar keselamatan dan pengarah Malaysian Strategic Reseach Centre, sebuah badan pemikir yang pro-kerajaan. Tidak berapa lama kemudian hubungan mereka menjadi percintaan. Altantuya, atau dipanggil Tuya oleh teman-temannya, membuktikan bahawa dia adalah seorang pembantu yang berguna, menolong Baginda menterjemah bahasa Rusia ke bahasa Inggeris.

Jika Altantuya muda dan cantik, Baginda yang kaya dan menarik adalah seorang yang terkenal di kalangan elit Kuala Lumpur, terutama sekali kerana dia rapat dengan Timbalan Perdana Menteri Malaysia dan menteri Pertahanan, Najib Razak (baginda juga penasihat urusan keselamatannya). Baginda selalu bertemu dengan lingkungan-lingkungan yang sangat eksklusif di Kuala Lumpur, kadangkala ditemani oleh isterinya yang sah.

Pada bulan Mac 2005, Altantuya dan Baginda berangkat ke Eropah, mengelilingi Perancis, Jerman, Itali dan Portugal dengan Ferrari merah Baginda, menginap di hotel-hotel mewah dan menjamu selera di restoran-restoran terbaik di benua itu. Bagaimanapun, lawatan itu bukan sekadar lawatan biasa: kontrak untuk menjual dua kapal selam itu telah ditandatangani pada tahun 2002, tetapi beberapa hal-hal penting yang berkaitan masih belum diselesaikan. “Kami mengetahui bahawa Baginda digunakan oleh Timbalan Perdana Menteri Najib Razak sebagai pengantara dalam urusan sistem persenjataan, terutama sekali di peringkat tertinggi,” kata seorang pakar urusan keselamatan serantau.

Pada hujung bulan Mac Altantuya dan Baginda berada di Paris, di mana mereka bertemu dengan Najib Razak. Sekeping gambar yang diambil pada akhir Mac 2005, menunjukkan bahawa ketiga mereka berada di sebuah kelab persendirian di Paris. “Tuya menunjukkan gambar itu. Katanya salah seorang lelaki itu, Abdul Razak Baginda adalah teman lelakinya, dan seorang lagi, Najib Razak, adalah “big boss”. Saya bertanya kepadanya adakah mereka bersaudara kerana nama mereka, tetapi katanya tidak, dan Najib Razak adalah “perdana menteri”, cerita Amy, teman rapat Altantuya (Najib Razak telah bersumpah dengan Quran mengatakan bahawa dia tidak pernah bertemu dengan Altantuya). Menurut seorang detektif persendirian, sekarang bersembunyi di India, si Tuya yang cantik itu juga adalah perempuan simpanan Timbalan Perdana Menteri, yang dikenalkan oleh Baginda kepadanya pada akhir tahun 2004.

Cerita ini menjadi dramatik apabila pada Oktober 2006, Altantuya dimaklumkan bahawa komisyen yang dibayar oleh syarikat Perancis-Sepanyol Armaris telah masuk ke dalam akaun bank di Kuala Lumpur. Komisyen itu telah dibayar kepada Perimekar, sebuah syarikat yang dimiliki oleh Baginda. Altantuya segera berangkat ke Kuala Lumpur dengan tujuan menuntut bahagiannya dari komisyen itu dari Baginda; dia berkata dia berhak untuk mendapat 500, 000 dolar. Baginda dan Altantuya putus hubungan tidak berapa lama sebelum itu lagi. Rosman Mansor, seorang ahli perniagaan yang digeruni dan isteri Najib Razak, cemburu lalu menghalang sebarang pembayaran kepada Altantuya. Altantuya tiba di Kuala Lumpur dengan dua orang wanita Mongolia, salah seorang darinya adalah pawang yang akan menjampi Baginda jika dia tidak membayar. Selama beberapa hari, Altantuya mengganggu bekas kekasihnya. Pada 18 Oktober, Baginda tidak dapat lagi tahan dengan Altantuya yang setiap hari berada di hadapan rumahnya. Dia menghubungi Pengarah Cawangan Khas, Musa Safrie, yang juga merupakan pegawai keselamatan Najib Razak.

Pada 19 Oktober 2006, jam mendekati 9 malam, dua orang pegawai polis Cawangan Khas, Azilah Hadridan dan Sirul Omar, dihantar ke hadapan rumah Baginda di mana Altantuya menjerit dan berteriak. Mereka mendapat arahan “meneutralkan perempuan Cina itu.” Mereka menculiknya dan membawanya sejauh sepuluh kilometer dan menembaknya beberapa kali. Kemudian, mereka memusnahkan tubuhnya dengan bahan letupan C4, jenis yang hanya boleh diperolehi dari Kementerian Pertahanan. Kemasukannya ke Malaysia telah dipadam dari rekod imigresen. Ini seolah menunjukkan bahawa Altantuya tidak pernah ke Malaysia kerana tidak ada rekod yang menunjukkan sebegitu.

Tidak ada jenayah yang sempurna. Pemandu teksi yang disewa oleh Altantuya pada hari tersebut tidak dapat menerima kenyataan bagaimana penumpangnya yang masih belum membayar tambang diculik di depan matanya. Dia mencatit nombor pendaftaran kereta penculik itu dan membuat repot di sebuah balai polis. Dalam beberapa hari, polis mendapat tahu indentiti kereta itu dan mendapati ia adalah kereta kerajaan. Beberapa peristiwa berlaku sehingga Najib Razak sendiri tidak dapat menghalangnya. Dia cuba untuk menutup kes ini. Beberapa jam sebelum penahanan Baginda, dia menghantar satu SMS: “Saya Akan bertemu dengan Ketua Polis Negara pada jam 11 pagi hari ini…masalah tersebut akan selesai. Sabarlah”. Beberapa jam kemudian, Baginda ditahan, begitu juga dengan dua orang pegawai dari Cawangan Khas, Azilah dan Sirul.

Selepas perbicaraan yang dianggap meragukan oleh ramai pemerhati, Baginda dilepaskan dari tuduhan telah memerintahkan pembunuhan itu dilakukan dan dibebaskan pada bulan November 2008. Azilah dan Sirul yang dituduh melakukan jenayah tersebut, tampil di hadapan Mahkamah bulan lepas. Jika disabit kesalahan, mereka akan dihukum mati. Mahkamah akan memutuskan pada 9 haribulan April.

Beribu batu dari Kuala Lumpur, di ibu Negara Mongolia, Ulaan Baataar, Shaaribuu Setev, bapa Altantuya berusaha mengawal perasaan marahnya. Untuk dia dan keluarganya, pembebasan Baginda adalah simbol kepada ketidakadilan di dalam proses perundangan Malaysia. “Kerajaan Malaysia langsung tidak membals surat-surat yang dihantar oleh Kementeria Luar Mongolia,” katanya. Ketika Shaaribu datang ke parlimen Malaysia untuk bertemu dengan Najib Razak, Timbalan Perdana Menteri itu terpaksa keluar mengikut pintu belakang untuk mengelakkan pertembungan yang memalukan. Kes Altantuya telah menjadi elemen penting di dalam permainan politik Malaysia di antara Najib Razak (yang dijangka akan menjadi Perdana Menteri selepas Perhimpunan Agong UMNO pada bulan Mac ini) dan Anwar Ibrahim. Sehingga kini, Najib Razak berjaya menghadapi rintangan ini, tetapi pembunuhan perempuan Mongolia itu akan menjadi pedang yang tergantung di atas kepalanya.

Salah satu aspek yang kabur di dalam kes Altantuya ini adalah peranan syarikat Armaris. Pada Oktober 2007, Timbalan Menteri Pertahanan, Zainal Abidin Zin, mengakui di hadapan Parlimen bahawa Armaris telah membayar sebanyak 114 juta Euro sebagai komisyen kepada Perimekar. Dia menegaskan bahawa bayaran itu bulan rasuah tetapi adalah untuk “perkhidmatan-perkhidmatan sokongan dan koordinasi.” Adakah terdapat korupsi di dalam kes kapal Taiwan di mana DCNS French dikaitkan juga? DCNS, adalah syarikat swasta dengan dana awam, telah menolak permintaan kami untuk mengadakan pertemuan. ‘Tiada siapa yang boleh memberi komen terhadap kes itu,” jawab pegawai perhubungan awam DCNS di Paris. Sebuah dokumen, yang boleh menghubungkan antara Altantuya dan syarikat Perancis itu adalah surat jaminan yang ditulis oleh Abdul Razak Baginda supaya perempuan simpanannya itu dapat memohon visa untuk memasuki zon Schengen (Perancis adalah negara ahli). Kedutaan Perancis tidak boleh menolak permintaan seorang lelaki yang telah dianugerahkan dengan Legion d’Honneaur itu. Tetapi peranan Altantuya di dalam perundingan kapal selam itu masih lagi belum jelas. Agensi-agensi perisikan mendapati latar belakangnya menarik dan FSB Rusia (ex-KGB) memantau secara dekat kes ini.

Di Ulaan Baatar, Mungunshagai, anak lelaki sulung Altantuya, yang berumur 12 tahun, mengalami trauma dengan kematian emaknya. Altanshagai, anak bongsu, yang berumur 5 tahun dan terencat akal, tidak dapat memahami bahawa dia tidak akan bertemu ibunya lagi. “Dia selalu bertanya tentang ibunya dan dia sepanjang hari meniarap di atas kerusinya. Setiap malam, saya akan memberinya gula-gula dan mengatakan bahawa ibunya memberikan kepada saya untuk diberikan kepadanya”, ujar Shaaribuu Setev, datuk kepada dua dua orang budak lelaki itu. Tentang baginda pula, dia sekarang menetap di United Kingdom dengan keluarganya. Dia tidak sekalipun pernah melafaz sepatah kata penyesalan terhadap kematian seseorang yang pernah berkongsi hidup dengannya selama dua tahun.

Arnaud Dubus (di Kuala Lumpur, Ulaan Baataar dan Paris)

Thursday, March 05, 2009

Demo anti - PSSMI diteruskan


Kepada semua di maklumkan Demo anti PSSMI yang dijadualkan 7 Mac 2009, 2 petang di depan Istana Negara akan tetap dijalankan seperti yang dijadualkan.

Berita baik, usaha penganjur untuk menyelamatkan Bahasa Melayu telah mendapat 'pengiktirafan istana' apabila Istana Negara memberikan reaksi positif bagi menerima memorandum membantah pelaksanaan dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI), Sabtu ini. sila klik sini untuk membaca lanjut.

cheGuBard menyeru semua tak kira latar politik, agama atau bangsa untuk hadir sama menyokong usaha ini. cheGuBard akan berada sebelum jam 2 di Masjid Negara untuk sama mengikuti perhimpunan ini. Di khabarkan ramai pemimpin kanan KEADILAN akan turut sama. Difahamkan permit kebenaran berhimpun sudah dipohon oleh penganjur. Namun seperti biasa polis menjalankan kerja ukut manual biasanya iaitu bagi amaran jangan hadir. Namun percayalah jika ramai hadir seperti BERSIH polis pun tak mampu buat apa.

PAKATAN sedia kerjasama tangani masalah rakyat tetapi Bn tidak....

surat jemputan yang ditarik balik

Masalah semakin bertimbun. Negara sedang diancam kemelesetan ekonomi global. Imej yang sering ditonjolkan di media perdana ialah Bn sentiasa berusaha memperbaiki keadaan ekonomi dan taraf hidup rakyat namun PAKATAN hanya tumpu politik sempit.

Namun hakikatnya amat berbeza sekali. Bn lah yang sering mengamalkan politik sempit. Cendiakawan dan ahli ekonomi Malaysia ramai yang bosan dan mula berkhidmat di luar negara kerana kengkangan sempit Bn. Dr. Ks Jomo contohnya pakar ekonomi yang dibuang dari UM kerana mempunyai idea ekonomi yang tidak secocok dengan Bn maka dia kini bosan dengan tekanan dalam negara dan berkhidmat dengan Setiausaha Agung PBB sebagai penasihat ekonomi.

Anwar ibrahim contohnya sendiri pernah terlibat dalam mendepani krisis kewangan global, malah dia kini diangkat sebagai penasihat ekonomi di banyak peringkat maka apa salahnya pengalaman beliau didengar dan mana yang baik boleh diguna pakai. Ramai lagi pakar ekonomi dalam PAKATAN cth. Dr. Rosli Yaakop (bekas Bank Negara) yang pernah menjadi Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan kini merupakan consultant yang berjaya menubuhkan Tabung Haji Bangladesh.

Namun Bn terus bersikap menindas, bagi mereka kepentingan politik perlu didahulukan dan rakyat terus akan diberikan maklumat salah.

Terbaru semalam dalam isu perbehentian pekerja yang semakin serius kebelakangan ini. Maka atas desakan ahli parlimen dari Bn mahupun PAKATAN maka satu taklimat mengenai isu pemberhentian kerja akan dibuat oleh Menteri Sumber Manusia. Semua Ahli Parlimen mendapat jemputan untuk hadir sambil memberikan buah fikiran. Namun semalam bentara parlimen mengumumkan bahawa jemputan kepada semua ahli parlimen PAKATAN dibatalkan dan jemputan hanya untuk ahli Parlimen Bn.

Pelik tapi inilah sikap Bn. sila klik sini untuk membaca lanjut.

Media Peranchis dedahkan 'kes Altantuya'

Fauzi Muda, dari ipoh telah membuat satu akuan bersumpah yang menyatakan Najib terlibat dalam menyogok menggunakan wang tunai untuk membeli wakil rakyat untuk menumbangkan kerajaan PAKATAN di Perak. Tawaran melibatkan wang melebihi RM50 juta. Kemudian terbaru dua lagi wakil rakyat PAKATAN di Perak telah muncul untuk membuat laporan polis kerana tawaran Najib kepada mereka jika bertukar parti. Najib menafikan dan menyatakan akan mengambil tindakan terhadap dakwaan ke atasnya.

Cabaran Najib disambut oleh Fauzi Muda dengan menyatakan 'seret dia ke mahakamh akan didedahkan semuanya berkaitan tawaran Najib tersebut', seperti biasa yang berlaku dana kes Bala sebelum ini pun Najib takut untuk berdepan secara anak jantan.

Terbaru pendedahan sebuah akhbar Peranchis mengenai kes Altantuya makin akan lebih menserabutkan 'isteri' Rosmah ini.

Sila klik sini untuk membaca lanjut.

Sah ! Kugam mati dibelasah dalam tahanan

Kugan yang mati - mati Polis serta puak puak Bn pertahankan kononya mati kerana sakit paru - paru berair dua hari lepas disahkan mati kerana kecederaan anggota dalaman yang amat teruk. Ini di sahkan melalui laporan bedah siasat yang dilakukan oleh seorang pakar patologi yang merupakan bedah siasat kedua selepas laporan bedah siasat yang pertama palsu.

sila klik sini untuk membaca lanjut.

Benarnya dakwaan cheGuBard dalam posting terdahulu jika Kugan mati 10 tahun dahulu mungkin kematiannya umpama mati katak tidak terbela. Tetapi nasib baik kini mood kebangkitan dan kesedaran rakyat tinggi. Kalaupun Kugan 'penjenayah' atau apa sahaja tuduhan bukan kuasa Polis untuk membunuh beliau dalam tahanan.

Sekarang dakwa polis terbabit, Ketua Polis Negara, Ketua Polis Negeri perlu mohon maaf terbuka. Dakwa juga mereka yang terbabit dalam bedah siasat palsu yang pertama.

Sidang Media Kadar Shah (yang disenyapkan)


ache'GuBard berani 'bertaruh' apa yang dilakukan oleh dua ahli Umno ini akan terhenti di sini sahaja. Bukan kerana apa yang mereka lakukan ini tidak betul dan tidak mendapat sokongan ahli Umno tetapi majoriti ahli Umno kini walaupun sedar apa yang salah namun penakut dan mendahulukan 'perut'... tabik buat mereka ini tetapi apa yang boleh dikatakan cheGuBard rasa simpati kepada mereka.

Hari ini juga Syed Hamid Albar menyatakan betapa Umno dan Bn perlu membentuk pasukan perang psikologi untuk membersihkan imej Umno dan Bn. sila klik sini untuk baca lanjut. Jawapanya ialah wahai Syed Hamid 'hoii' bawalah pasukan team kempen terhebat termasuk team yang memenangkan Obama pun takkan terbersih imej Umno itu.

Semalam apabila NTV 7 membuat survey 'sms' mengumpulkan pendapat mengenai adakah sidang DUN Perak di bawah Pokok sah lebih 90 % rakyat Malaysia menyatakan 'sah!'....

Umno makin panik oleh kerana itu mereka takutkan Pilihanraya, kini berdepan dengan 3 pilihanraya mereka paksa SPR lakukan serentak kerana takutkan banjiran jentera rakyat seperti yang berlaku di Permatang Pauh, Kuala Terengganu dimana Umno dimalukan.

Buat Syed Hamid kamu juga ada che'GuBard simpan dokumen korupsi kamu.

Untuk ahli Umno boleh klik sini untuk akses salah satu dokumen laporan rasuah yang libatkan

Mohon penjelasan Pekida ?

Pagi ini menerima terlalu banyak email dari mereka yang katanya ada hubungan dengan kumpulan yang menggelarkan diri mereka PEKIDA, ini berikutan posting sebelum ini yang menyebut penglibatan kumpulan ini dalam insiden kekecohan depan Bangunan SUK Negeri Perak. Malah ada antara ahli kumpulan tersebut juga membawa pistol.

Bukan menuduh sebarangan namun jelas penglibatan seorang pemimpin 'senior' kumpulan tersebut iaitu Ayahanda Lajin. Ketua Kumpulan 'Melayu Islam' di Ipoh. Gambar dibawah jelas beliau (yang bersongkok dan menunjukkan isyarat lucah terlibat dalam insiden tersebut.

Dalam insiden di depan bangunan SUK Perak tempoh hari tidak tahu apa puncanya mereka ini cuba mengganas dengan menjerit 'Islam!'..'Islam!'... sambil pada masa yang sama mencarut dan memaki hamun malah cuba membuat keganasan fizikal.Sila klik sini untuk membaca lanjut.

cheGuBard tidak mahu bermusuh dengan kumpulan ini. Setelah meniliti matlamat dan niat perjuangan kumpulan ini ternyata sama menuju ke arah kebaikan. Tidak dinafikan ada jumga ahli kumpulan ini yang terlibat membantu PAKATAN, namun sering kedengaran dari kumpulan mereka ini terpaksa sokong dalam senyap. Namun berbeza dengan beberapa penglibatan ahli kanan kumpulan ini yang jelas keterlaluan.

Jika ada ahli kumpulan ini membaca posting ini sila nyatakan kepada pimpinan utama kumpulan ini untuk menyatakan pendirian atau memberikan arahan terbuka kepada ahli mereka agar menjauhi keganasan dalam politik khususnya, jika tidak amat sayang kumpulan yang 'bermatlamat baik' ini akan musnah imejnya.

Wednesday, March 04, 2009

Bn yang sudah hampir lemas gunakan semua...

Era Najib bermula, zaman ini akan pasti mengingatkan kita mengenai sejarah jawa yang punya fasa masa yang dikenali sebagai zaman Edan. Najib amat lemah, dia bakal melangkah ke gerbang kerusi nombor satu dalam keadaan terpalit dengan penuh kekotoran. Orang yang lemah ini pasti akan menggunakan semua 'senjata' yang dipunyainya untuk memastikan dia berkuasa penuh. Dia akan lebih kejam dan zalim dari Mahathir.

Krisis masa kini belum lagi gila ia hanya bunga - bunga kegilaan Najib.

Contohnya Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia (SPR) yang seharusnya adil dan bebas telah kelihatan begitu seronok menjadi kuda Najib. Kejadian arahan speaker Perak yang menghantar arahan untuk diadakan pilihanraya di Perak jelas dikianati. SPR tidak punya kuasa pertikai arahan, tugas mereka ialah hanya mengadakan pilihanraya bila diarahkan. Ini diakui oleh bekas Pengerusi SPR yang paling teruk dihina oleh rakyat dalam sejarah kewujudan SPR. Tan Sri Rashid dalam kenyataanya yang disiarkan di TV3 menyatakan SPR tiada pilihan lain selain mengadakan pilihanraya kerana itu kehendak berdasarkan undang - undang. Namun nampaknya Tan Sri Abd Aziz ini lebih hina kerana bukan setakat terpaksa menjadi kuda tunggangan tetapi kelihatan bersungguh dan seronok menjadi kuda tunggangan.

Dia telah menetapkan tarikh pilihanraya kecil Bukit Gantang dan Bukit Selambang sebelum ini demi menyesuaikan dengan pemilihan Umno dan dilakukan serentak kerana takut dengan gelombang jentera PAKATAN yang bertumpu seperti di Permatang Pauh dan Kuala Terengganu yang menyaksikan Umno dimalukan. Dan hari ini sekali lagi mengumumkan Pilihanraya Kecil Batang Ai serentak kerana ketakutan bakal gagal menjamin kemenangan Bn kerana tumpuan jentera rakyat besar - besaran.

Apapun wahai semua mari kita istiharkan pilihanraya ini sebagai satu referendum untuk menolak Najib. Memang orang Umno pun ada ramai yang menolak Najib, juga anggota Bn namun mereka ini semua penakut. Hanya kuasa rakyat yang harus bangkit !!!

“Jika di atas pokok pun ia sah”,Prof Madya Dr Mohammad Agus Yusoff

sila klik imej atas untuk lebih jelas

(artikel saduran dari blog Black)

Itulah pandangan yang diberikan oleh penganalisis politik dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) ketika ditanya mengenai kesahihan persidangan tergempar yang diadakan di Perak semalam.

Persidangan tergempar itu, yang dipanggil oleh Speaker DUN Perak V. Sivakumar, berlangsung selama kira-kira 30 minit bermula 10.20 pagi, dihadiri semua 27 ADUN PAS, DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Mohammad Agus, seorang pensyarah Pusat Pengajian Sejarah, Politik dan Strategi Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) berpandangan bahawa tiga usul yang diluluskan itu juga sah dan tidak boleh dicabar di dalam mahkamah.

Usul-usul itu ialah menyatakan sokongan kepada Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin sebagai Menteri Besar; membubarkan Dewan bagi membolehkan pilihan raya negeri diadakan; dan mengesahkan keputusan Speaker Sivakumar melarang Menteri Besar Datuk Dr Zambry Abdul Kadir dan enam anggota exco kerajaan negeri daripada menghadiri persidangan dewan.

“Sebelum ini Dewan Undangan Negeri Perak hanya ditangguhkan dan tidak dihentikan. Jika ditangguhkan, maka Speaker mempunyai kuasa untuk mengadakan persidangan tergempar itu tanpa mendapat perkenan Sultan,”. Klik disini berita selanjutnya.

Jeng… jeng… jeng….

Makin gelabahlah Najib,

Menggelupurlah Rosmah,

Perak bukan Timah kata Mahathir,

Nizar masih MB kata Ku Li,

Apa kata Dollah?

Dulu Najib main sondol aja,

Tak guna otak,

Tak fikir habis,

Sekarang terberak.


Semalam TV3 fitnah lagi kononya siarkan gambar penyokong KEADILAN yang mengganas. TV3 penipu besar aku punya bukti dia datang dari kelompok polis / Umno....

Semalam polis yang bacul telah melindungi anggota gangster yang ramai juga ahli Kumpulan PEKIDA, ini berdasarkan pengakuan mereka sendiri. Ada ahli kumpulan songkok tinggi ini juga membawa pistol dan menunjukkan pistolnya di khalayak umum untuk menakutkan. Cabar PEKIDA nafi terlibat dan minta mereka arahkan ahli mereka jangan terlibat.

Tuesday, March 03, 2009

Hujung minggu lepas yang meletihkan (26 Feb - 1 Mac)



gambar atas dari program Sendayan

26 Feb, jam 4.30 petang meninggalkan dalam hujan lebat meninggalkan pejabat menuju ke Seremban untuk mengambil YB Taufek A.Ghani dan Yaser. Destinasi sebenarnya ialah Batu Pahat. Hujan lebat, maka kenderaan tidak boleh dipandu laju, memang tidak singgah ke rumah kerana semua telah siap di dalam kereta. Ada seorang teman beritahu Citra cheGuBard ini sudah umpama rumah cuma tak ada peti sejuk saja lagi. hahahaha... Mujur ikut cakap isteri minta beli Citra tempoh hari, pakai kereta luas sikit dan jalan jauh - jauh tak letih sangat. Cuma kereta yang dibeli dengan full loan agak memeritkan sikit bayaran bulananya. Citra sebuah kereta bagus dan selesa cuma minyak kuat sikit, kena pula dengan jadual perjalanan cheGuBard maka berdasarkan bil kredit kad untuk petrol sahaja tidak kurang RM1000.00 sebulan.

Sampai Seremban agak lewat. Yaser sedia menunggu di Shell berhampiran tol Senawang. Yaser, teman yang sekarang secara sukarela membantu che'GuBard membawa kereta untuk perjalanan jauh. Oleh kerana dia hanya bekerja 'part time' sebagai jurujual kasut untuk sebuah syarikat bumiputera maka dia punya banyak masa terluang. che'GuBard tak bayar cuma dia akan dapat komisyen hasil jualan vcd atau apa barang jualan yang dibawa ke tempat ceramah. Untuk 'maintain' perbelanjaan cheGuBard kena bawa beberapa barang jualan. Macam cheGuBard bagi tahu atas tadi mana nak tanggung tiap bulan RM 1000 lebih untuk minyak, RM 800 untuk kereta, RM 1500.00 untuk perbelanjaan bahagian, itu belum masuk tol (pun purata dalam RM600 lebih sebulan), makan minum dan seumpamanya. Itu cuma untuk perbelanjaan berkenaan dengan parti dan perjuangan ini. Mengenai keluarga nasib cheGuBard dikurniakan keluarga yang amat memahami, cuma kekadang isteri pun tidak paham kenapa cheGuBard kedekut sangat sampai nak beli barang sendiri kedekut tapi sanggup habiskan beribu untuk parti sebulan. Tapi semua itu jadi mudah dan indah kerana ramai teman tampil secara sukarela macam Yaser yang tak semena mena datang bantu bawa kereta dan bantu buat jualan di tempat ceramah.

Jam 6.30 petang, hujan masih lebat. YB Taufek masih bekerja di Pusat Khidmatnya di Paroi. Sementara menunggu Kudin (pegawai khas ADUN Paroi) YB Taufek membelek dan menyemak semua surat aduan yang diterimanya.

Sampai di lokasi Parit Haji Khadir, Batu Pahat sekitar jam 9.00 malam.Selesai jamak solat Maghrib dan Isya' tuan rumah menghidangkan ikan keli masak lemak, sayur kampung goreng. Dengan nasi panas berselera kami berempat makan. Inilah 'penyakit' penceramah nak bersenanm tak cukup masa tapi makan hahaha cukup mantap...mana - mana pergi ceramah pasti sajian bagus...

Walaupun hari hujan kira - kira tak kurang dari 600 orang memenuhi halaman Markas tempat ceramah. Ramai juga teman anak muda yang hadir, mungkin mereka datang untuk dapatkan pengakuan pasti datang untuk program mereka yang dah dijanjikan pada 14 dan 15 Mac nanti. Penceramah malam itu dimulakan oleh YB Taufek dan diakhiri dengan cheGuBard. Bekas ADUN Senggarang juga hadir meraikan.

Jam 12.30 malam bertolak pulang. Terus menuju ke Bangi nak ambil isteri dan anak, untuk destinasi akhirnya di Kedah untuk hadiri Konvensyen Wanita Kedah. Pemanduan perjalanan pulang dari batu Pahat pun tak boleh laju kerana menurut Yaser 'absober' belakang sebelah kanan 'habis' maka bila selekoh agak lari dan bahaya dalam jalan licin. (arghhhh!!! tension maknanya nak kena cari RM tukar absober pula lagi....). Berhenti di Pagoh untuk mencerahkan sikit mata...hahahaha makan lagi...

Singgah Seremban hantar YB Taufek dan Kudin, singgah rumah Yasir ambil pakaiannya. Sampai Bangi jam 4.30 petang. Kesian tengok che'Nur terpisat - pisat kena kejut. Setelah semua siap setengah jam kemudian bertolak ke Kedah.

Yaser memang 'kuat' memandu. cheGuBard sering tertidur hanya bangun sekejap - sekejap. Yaser hanya berhenti sekejap mengisi minyak di R & R Tapah. Sampai ke Kedah jam 9.00 pagi, terus ke Sham Homestay (banglo yang disewa wanita Kedah sehingga 12tgh untuk peserta Kongres Wanita siap-siap). Sementara Era dan che'Nur mandi dan bersiap, bersama Yaser keluar beli Nasi Lemak.

Setelah semua siap, makan nasi lemak kami meninggalkan Sham Homestay menuju ke Sri Mentaloon. Mungkin Yaser sikit kecewa kerana ikut janji asal dia akan dapat tempat tidur sesampai sahaja di Kedah. Hari ini 27 Febuari 2009, Wanita KEADILAN Kedah mengadakan Konvensyen Wanita Kedah di Kediaman Rasmi Menteri Besar Kedah. Sampai dewan telah ramai. 3/4 dewan penuh. Wanita KEADILAN dari seluruh Kedah dan ada juga muka - muka aktivis wanita yang dikenali dari perbagai tempat selain Kedah.

Sementara cheGuBard sekeluarga mengikuti Konvensyen Wanita, Yaser telah mencuri peluang tidur dalam kereta. hahaha... dia berjaya habiskan 1/4 minyak kereta dari tangki penuh kerana tidur tak sedar dari jam 11 pagi - 4petang dengan enjin dan aircond buka...kesian letih sangat !

Jam 3.00 petang che'GuBard telah menjadi panelis untuk Forum penutup konvensyen hai itu dengan tajuk Srikandi Peneraju Perubahan bersama Puan Norlaila (isteri kepada tahanan ISA yang telah 7 tahun ditahan), YB Fuziah Salleh dan YB Gan Pei Nei (ADUN Rawang). sila klik tajuk 1 dan tajuk 2 untuk baca lanjut

Selepas selesai, kami meninggalkan dewan jam 6.00 petang. Mencari di mana tempat menginap yang murah. Akhirnya kami jumpa Motel Pan Sutera berhampiran pejabat KEADILAN Kedah. RM50 satu malam. Maka ambil dua bilik. Bilik nya sempit maka Era dan che'Nur tidur sebilik, cheGuBard pula bersama Yaser. Selepas menurunkan barang dan mandi, sempat ke Pekan Rabu beli dodol dan kuih bangkit kegemaran mama dan mak mertua.

Selepas makan di gerai tepi stadium, terus ke Motel. Setelah rehat jam 9.00 malam turun ke bawah dimana Budi, setiausaha kerja KEADILAN Kedah sedia menunggu untuk menunjukkan jalan ke lokasi ceramah malam itu. Malam itu tapak ceramah memang besar nampak persediaan rapi, namun ceramah terpaksa di tukar kedalam madarasah kerana hujan lebat sangat. Penduduk sekitar cukup bersyukur kerana hujan lebat rupanya di situ telah lama kemarau dan itulah hujan kali pertama sejak sekian lama.

Malam itu ceramah bersama YB ir Amiruddin (exco negeri Kedah) dan YB Md Radzi Salleh (ADUN KEADILAN Lunas/ Exco negeri Kedah). PAKATAN Kedah sedang memperhebatkan penerangan kerana sedang diasak oleh Bn secara teruk. Bn memainkan 'psywar' kononya ADUN Lunas nak masuk Bn. Malam itu YB Radzi menjelaskan bagaimana dia menerima tawaran tetapi menolak, dia tak fikirkan diri sahaja tetapi orang ramai. Dia tak sanggup dicemuh rakyat yang bersemangat dan berkorban untuk melihat perubahan.

Malam itu selepas ceramah Nasi Kandar pokok ceri, Alor Setar menjadi belasahan.

28 Febuari, Awal pagi sudah meninggalkan Motel. Behenti sarapan di Hentian Gurun sambil isi minyak. Berhenti di Perak untuk berjumpa teman - teman anak muda bincang persiapan pilihanraya. Kemudian singgah di Tapah berjumpa dengan Din Binjai dan Zul Aloha yang juga dalam perjalanan ke K.Lumpur. Minyak tinggal setengah isi penuh semula di situ.

Jam 2.30 petang sampai di Quality Hotel, Shah Alam untuk sesi Amanat Harapan Rakyat. bersama Datuk Seri Anwar Ibrahim. Namun Yaser terus hantar isteri dan anak ke rumah Bangi dan patah balik ke Shah Alam. Dari Shah Alam jam hampir 6 petang bertolak ke Seremban, destinasi ialah Sendayan. Oleh kerana tak makan tengahari maka amat lapar lalu singgah makan di Seremban 2 sebelum ke Sendayan.

Memang rezeki orang Rembau. Ketika makan datang seorang dermawan, katanya dia nak beri sumbangan zakat dalam bentuk beras dan barang makanan untuk KEADILAN Rembau sampaikan kepada orang miskin di Rembau. Alhamdunillah sememangnya KEADILAN Rembau tanpa bantuan tetap tetapi terus tetap mengadakan program bantuan.

jam 7.00 malam sampai di Kawasan Banglo, Bandar Sendayan. Malam tersebut ada pesta Char Koew Tiau dan Ceramah Umum. YB Abdullah Sani mengakhirkan ceramah malam tersebut. Selain cheGuBard, YB Taufek, Peguam Sdr. Jason (bekas Penasihat Undang -undang MCA Negeri Sembilan) turut memberikan ceramah malam tersebut.

Terima kasih kepada penyumbang yang menyumbang perbagai perkara, terima kasih juga kepada tuan rumah, Fauzi dan isteri serta keluarga yang bertungkus lumus memastikan program lancar.

Malam itu Yaser dihantar kerumahnya sebelum memandu balik sendirian ke Bangi sekitar jam 2.00 pagi

Walaupun hujan lebat ramai yang hadir malam tersebut. Persiapan sudah dibuat dari pagi namun semuanya terganggu apabila penguatkuasa Majlis Perbandaran Nilai menyerang tapak program dan merosakkan beberapa persiapan. Banner, bendera dirampas tanpa dipulangkan. Menurut beberapa orang setempat mengatakan bahawa MPN dikerahkan turun selepas dari MB datang ke kawasan tersebut untuk pergi kenduri kahwin sakit mata melihat persiapan dibuat. Inilah busuknya Umno...lihat di Selangor, Kedah, Kelantan, Pulau Pinang dan sedikit masa dulu di Perak ....umno masih boleh buat aktiviti guna dewan tidak dihalang kerana PAKATAN hormati demokrasi. Sedangkan dalam masa yang sama Khairy jamaluddin juga ada program di kawasan perumahan berhampiran tidak pula diganggu bendera Bn nya....

1 Mac 2009, keluar rumah awal pagi juga kerana menghadiri Mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi KEADILAN di De Palma, Ampang. Mesyuarat yang di pengerusikan oleh Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail ini begitu banyak perkara penting dibincangkan sehingga hanya tamat hampir jam 3 petang. Selepas selesai makan tengahari terus bergegas ke Seremban. Jentera Rembau di hantar sepenuhnya ke Tampin untuk memastikan program kemuncak bersama Datuk Seri Anwar malam itu lancar.

Ambil Yaser di rumahnya sebelum singgah sebentar ziarah mama dan papa di Seremban. Selepas itu menanti rombongan DSAI di Tol Senawang. Jam 8.00 malam DSAI sampai di tol Senawang dalam hujan lebat bersama konvoi menunjukkan jalan untuk satu mesyuarat tertutup bersama pemimpin perbagai parti di Negeri Sembilan diadakan disebuah rumah kenalan lama DSAI di Senawang.

Jam 9.00 malam 'lead konvoi' DSAI ke Restoran Dragon di Seremban 2. Jam 9.30 mlm ketika DSAI berucap cheGuBard meninggalkan program untuk ke Tampin. sila klik untuk mendengar ucapan DSAI. Hujan lebat sangat dengan absober yang dah mula berbunyi tak mungkin untuk laju.

Sampai di Tampin jam 10.40 malam. Terus di iring ke pentas utama. Pengerusi Majlis terus mempersilakan untuk berucap. Walaupun hujan lebat cukup rasa terharu apabila masyarakat sekitar perbagai bangsa tidak kurang 2,000 orang (mungkin lebih) sanggup berbasah menanti DSAI.

Setlah semuanya selesai jam 1.00 pagi bersama sebahagian jentera Rembau yang terlibat membantu menjamu selera di Kedai Tomyam berhampiran Tol Senawang. Jam 2.30 pagi, tinggalkan Sani dan Azizi di kedai tersebut sebelum hantar Yaser pulang ke rumahnya.

Sampai rumah jam 3.30 pagi, 2 Mac 2009 terus terlelap...ada beberapa jam sebelum bangun untuk pergi kerja.

hujung minggu ini juga pasti sibuk, Jumaat ke Pahang...Sabtu ada Demo Bahasa dan malam perlu berada di Bkt Selambau. Ahad siang perlu berada di Shah Alam dan malam pula di Bkt Gantang. Isnin malam ada sambutan maulidur rasul di Rantau.

Kebencian terhadap Najib makin kuat


Nampaknya kebencian terhadap Najib makin memuncak. Banyak dilaporkan papan iklan yang ada wajah Najib dirosakkan. Kalau tanya Najib tentu dia akan kata 'pembangkang' tetapi kami aktivis PAKATAN sendiri tak tahu apa berkenaan ini.

Contohnya gambar Najib yang terdapat di lebuhraya PLUS berhampiran Taman Rasah Jaya (gambar atas). Gambar diambil oleh Sani, Timbalan Ketua Angkatan Muda Rembau sendiri ketika melepasi kawasan itu pada 1 Mac lalu, tarikh semua petugas bertungkus lumus dalam persiapan akhir Lawatan Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Seremban. Oleh kerana terlalu laju beliau patah balik untuk tangkap gambar tersebut.

Disaman RM2000 kerana pembakaran terbuka.

Semenangnya cheGuBard sudah dihubungi oleh Jabatan Alam Sekitar, Wilayah Persekutuan untuk hadir ke Pajabat mereka untuk diambil keterangan dan tindakan lanjut kerana melakukan pembakaran terbuka. Ini merujuk kepada pembakaran dokumen rasuah di hadapan Pejabat SPRM minggu lepas. Namun tidak pasti adakah benar akan dikenakan saman serta tidak pasti mengenai jumlahnya.

Jika dirujuk kepada laporan sebuah akhbar tempatan sila klik sini menyatakan saman berjumlah RM2000 dikeluarkan kerana pembakaran terbuka. Dibawah undang - undang terbabit jika disabitkan kesalahan boleh dikenakan denda sehingga RM500,000 atau dipenjara tidak lebih lima tahun atau kedua duanya sekali dibawah akta kualiti alam sekitar 1974, seksyen 29A.

Haaaaa.....haaaa... dengar jumlah wang denda itu cheGuBard gelak besar... tidak menentang undang - undang alam sekitar tetapi jika membakar dokumen yang pembakaranya cuma tak sampai 3 minit kerana dipadamkan oleh jaga Kompleks Kerajaan Putrajaya dan polis berpakaian biasa boleh dikenakan denda maka tentu kerajaan Malaysia akan kaya kerana cheGuBard nak serah bukti banyak lagi pembakaran terbuka.

Demo Pemuda Umno 9 Januari 2009

Demo pemuda Umno bakar gambar Karpal tapi yang nie bakar kemudian
dia padam sendiri dengan pijak ramai-ramaiDemo pemuda Hulu Langat, Puteri Umno tu tak bakar cuma jerit sahaja mungkin JAS boleh kenakan denda 'bunyi bising'lagi bakar !!

banyak lagi gambar bukti jika di cari dalam internet.

cheGuBard akan pergi lapor diri di Jabatan Alam Sekitar Wilayah Persekutuan pada 6 Mac 2009, jam 11.30 pagi.

JABATAN ALAM SEKITAR WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR
TINGKAT 1-2, WISMA SCA
NO. 3, JALAN SUNGAI BESI
57100 KUALA LUMPUR

email ungkit cerita PRU 12 - malaysiakini

Pagi ini ada satu email yang linkkan satu blog yang cerita pengalaman dalam PRU 12 di Rembau.

dibawah ini petikanya

Sambil menghulur tangan Pak Lang Md Noh bertanya samada saya “ dah ambik duit tambang atau belum “. Saya kata belum lagi dan bertanya semula “ ada duit tambang ker ngundi kali ni “. Dia kata , kalau pondok KITE tak adelah tapi kalau nak jugak pergi lah ke pondok sebelah. Saya tanya balik kalau dah ngundi pun boleh claim lagi ker. Masih boleh sebab nama dalam senarai di pondok sebelah belum potong lagi. Mula-mula nak jugak pergi ambik macam pesan Tok Guru Nik Aziz, tapi pikir-pikir balik banyak buruk dari baiknya jadi saya terus ajelah duduk dan berbual-bual hal semasa yang berkaitan dengan kempen dan persiapan PRU kali ni.
sila klik sini untuk baca lanjut.

Banyak sebenarnya kejadian dan bukti yang hendak kita bawa tetapi dihalang bicara. Benda paling mudah sila rujuk keputusan rasmi kira jumlah kertas undi dikeluarkan di empat dun dibawah parlimen Rembau....jumlah itu tidak sama dengan jumlah kertas undi yang dikeluarkan di peringkat parlimen.... itu namanya ada pembohongan !!! tapi mahkamah milik depa...maka kita dihalang bicara !!

KJ pembawa budaya samseng ke Parlimen


Minggu lepas kawasan keselamatan Parlimen Malaysia telah dicemar oleh pemuda Umno Selangor yang menerobos masuk ke dalam dan dengan sombong berkelakuan samseng mengepung YB Karpal Singh dan kemudian hendak bertumbuk bila cuba dileraikan.

Pasukan samseng yang diketuai oleh anak Omar Din iaitu Megat Zulkarnain Omar Din dengan begitu sombong mengepung Karpal yang tidak mampu bangun tetapi hanya duduk dikerusi roda.

Peristiwa ini kononya ekoran kenyataan Karpal yang mengatakan "PEMUDA UMNO CELAKA". CheGuBard juga tidak setuju dengan kenyataan Karpal tersebut namun tindakan samseng lebih lagi di parlimen itu amat memalukan.

Ini zaman maju pertempuran harus berdasarkan debat, idea (otak dan pemikiran) bukan lagi zaman rimba yang orang bertarung menggunakan siapa kuat dia raja. Jika tindakan kumpulan pemuda 'ganas' itu direstui oleh Pemuda Umno Nasional maka kita mampu memikirkan tahap minda mereka. Tindakan ganas itu bukan kerana tekanan, pemuda Umno tidak tertekan lagi, mereka masih boleh bermewah menggunakan jentera kerajaan, kenyataan karpal boleh dijawab sewenang wenangnya di media yang ditungggangi.

Amat menarik kata 'pengganas' pemuda Umno di parlimen yang mengatakan Pemuda Umno pantang dicabar ? Sanggup membela bangsa, agama dan raja - raja Melayu....

Kepada anak Omardin (dan kuncu-kuncu), cheGuBard cabar
  • bangkitkan pemuda Umno sesamseng mungkin membela Bahasa Melayu yang semakin menjadi bahasa pasar.... gerakkan seramai mungkin 'anak buahmu' (jika ada) untuk turun sama berdemontrasi pada 7 Mac bersama pejuang bahasa yang lain...takkan nak hujah demonstrasi bukan budaya kita lagi...
  • pergi kepung Dr. Mahathir yang pernah menyumbang jasa menghina dan meruntuhkan kedaulatan serta kekebalan Raja - Raja Melayu...
  • bab agama ini pergi tanya Khairy Jamaluddin apa isterinya Nori buat dengan pertubuhan IFC (melalui sister in Islam) yang kemudian Khairy pula berpura jadi hero agama, bangsa dan negara
  • pergi kepung dan tanya Khir Toyo berapa banyak tanah rezab Melayu yang di gadainya tak berganti dan minta dia bertanggung jawab kerana pencerobohan tanah, perobohan surau, merobohkan rumah Melayu demi memenuhi hasrat tauke yang majoritinya kebetulan bukan Melayu....
Tahu jawapanya...pasti kamu tidak berani .....

Maka kamu tindakan kamu hanya mengundang ketawa...

Paling dikesali ialah pasukan keselamatan parlimen dan polis. Hari ini kononya Polis mengeluarkan kenyataan bahawa tak boleh masuk parlimen tanpa dipanggil. Bagaimana dengan kejadian ketika secara aman memorandum BERSIH hendak dihantar ? dan bagaimana ketika Parlimen membenarkan kumpulan berbasikan memasuki dewan serbaguna tetapi polis halang, ketika penutup Rakyat Pengayuh Perubahan ?

Sebenarnya apa yang terjadi ialah semua ini merupakan tunjuk kekuatan oleh YB Khairy Jamaluddin menjelang pemilhan Pemuda Umno. Dia kemudian membawa masuk pemuda walaupun tanpa tali leher dan memenuhi kod pakaian tetap lepas masuk untuk membuat sidang media bersamanya.

Monday, March 02, 2009

Pak lah menongkah arus sendiran ditinggal Khairy Jamaluddin


Satu maklumat terbaru yang diperolehi dari sms seorang teman : Esok jam 1.00pm sidang media untuk injuksi bagi menangguhkan pemilihan Agung UMNO akan di adakan di One World Hotel Bandar Utama PJ.

Apa yang berlaku sebenarnya ?

  1. Abdullah Badawi sudah mengeluarkan kenyataan mengenai peralihan kuasa. Katanya 'Peralihan kuasa akan tetap ada mengikut perancangan saya' - ingat perancangan Abdullah bukan April 2009
  2. Abdullah Badawi telah membuat beberapa iklan termasuk iklan besar merentasi lebuhraya persekutuan yang bernilai jutaan ringgit. Iklan yang mempromosi beliau sebagai PM dan meminta orang ramai menghantar email kepada beliau. Bukankah agak terlewat bagi seorang PM yang akan berhenti April 2009 untuk projek iklan jutaan ringgit ?
  3. Khairy Jamaluddin sudah meninggalkan kem Abdullah Badawi, setelah puas menggunakan Abdullah sebagai batu loncatan kini disedari Abdullah sebagai 'beban' untuk dia mendaki tangga Ketua Pemuda. Menurut sumber dalaman Umno Khairy sudah menghantar 'wakil' menemui Najib untuk meminta damai. Sejak kebelakangan ini juga dia kelihatan begitu meninggalkan Abdullah dan mahu dilihat bebas dari imej Abdullah. Mujur ada 'pemuja' Abdullah seperti Rezal Marican dan yang lain - lain yang masih setia bersamanya.
sila klik sini untuk membaca lanjut

Abdullah sedang bertungkus lumus di hujung usia takhta untuk menyambung sedikit masa baginya menyelesaikan beberapa perkara. Namun dijangka Abdullah mungkin tidak berjaya kerana semua gerak kerja dilakukan secara 'berani-berani-takut'.....

Perak sudah sampai ke jalan mati...

Tiba - tiba Najib (Pengerusi Umno Perak) menyatakan bahawa sidang DUN tergempar Negeri Perak tidak sah kerana kes masih tertangguh di Mahkamah.

Najib hipokrit ! Bila tiba mereka melantik MB dan meneruskan kerja - kerja MB maka mereka tidak pedulikan kes mahkamah, sebaliknya bila Speaker menjalankan tanggungjawabnya memanggil sidang Dun tergempar maka disitu pula dikatakan tidak boleh dipanggil kerana masih ada kes mahkamah.

Esok speaker Dewan Undangan negeri Perak akan meneruskan hasrat memanggil dewan bersidang, namun hari ini regim zalim Bn menggunakan segala aparatnya untuk menafikan. Mereka amat takut dengan proses demokrasi nampaknya.

Amaran kepada Najib jangan melampau sangat jangan cabar sehingga rakyat tiada pilihan lain selain dari bangkit dan menghumban kamu ke bawah !!


update : Speaker Perak pecat Setiausaha DUN

IPOH: Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, V Sivakumar, memecat Setiausaha DUN, Abdullah Antong Sabri, dan melantik Misbahul Munir Masduki mengisi jawatan itu.

Misbahul ialah setiausaha politik bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin.

Pada sidang media pada 7.45 malam tadi, Sivakumar turut memberi amaran kepada Ketua Polis Perak, Datuk Zulkefli Abdullah, bahawa beliau boleh dipenjara sehingga tujuh tahun mengikut Seksyen 124 Kanun Keseksaan jika menghalang sidang DUN.

Tan Malaka Che' Asia


Oleh Hafiz Hamzah

“Kemerdekaan (politik) bangsa adalah harus seratus peratus – yakni melalui resistan secara padu ke atas penjajah. Kemerdekaan melalui rundingan dan diplomasi hanya akan menghasilkan kemerdekaan yang tidak absolut dan separuh-separuh terhadap Republik Indonesia.” – Tan Malaka.

Tokoh perjuangan kiri sentiasa mempunyai persona yang memikat. Setidak-tidaknya bagi mereka yang mencari satu sosok inspiratif. Dan ini sama nafasnya dengan semangat dan keyakinan Tan Malaka, seorang warga dengan gagasan idea radikal – dari sudut pandangan penjajah dan juga kelompok diplomasi – yang hanya mahu melihat tanah airnya merdeka penuh daripada tangan penjajah. Bukan separuh-separuh.

Ibrahim Datuk Tan Malaka – nama dan gelar keluarga yang diberikan kepadanya – semenjak hayatnya sudah seorang tokoh legendaris. Dia seorang komunis yang mempunyai pandangan radikal – baik bagi faham komunis itu sendiri. Ini kerana, di kongres Komunis Internasional di Moscow, dia melontarkan pandangangnya yang mencadangkan mereka tetap perlu bekerjasama dengan gerakan Pan-Islam seluruh dunia untuk melawan kuasa Imperialis, sama seperti apa yang sudah beliau lakukan di Jawa. Dia juga ketika hayatnya pernah berjumpa dengan tokoh-tokoh komunis dunia lain termasuk dua kepala besar mereka – Stalin dan Lenin.

Bagi bangsa Indonesia, dia meninggalkan hasil buah fikiran yang tajam di dalam buku-bukunya. Dia adalah orang terawal bertanggungjawab mengimpikan sebuah Republik Indonesia ketika pemimpin-pemimpin mereka yang lain belum mendapat gambaran masa depan yang jelas – seperti yang tertulis di dalam bukunya, Naar de Repuliek Indonesia (Menuju Republik Indonesia) (1925).

Dia sering diburu dan kerap dalam pelarian. Juga dijoloki sebagai ‘Che Guevara’ Asia kerana dia sudah menjelajah hampir separuh dunia untuk keyakinannya yang satu ini – kemerdekaan Indonesia - pada usia muda. Dia melarikan diri ke 11 negara dengan menggunakan 23 nama samaran. Seperti Che, Tan juga penghidap penyakit paru-paru kronik. Juga, tokoh ini pernah mengghuni 11 penjara ketika hayatnya.

Kisah hidup Tan Malaka ini dikupas dengan begitu teliti oleh Tempo – majalah berita mingguan Indonesia – untuk edisi khas sempena ulang tahun ke-63 proklamasi kemerdekaan republik itu tanggal 17 Ogos lalu. Mungkin, Tan Malaka tidak penting bagi kita di Malaysia. Kaitannya dengan negara kita yang ada hanya ini – beliau menggunakan Pulau Pinang. untuk kembali ke Indonesia melalui Medan pada 10 Jun 1942

Malaysia pula ulang tahun kemerdekaannya jatuh pada 31 Ogos setiap tahun, beberapa hari selepas RI. Tetapi, dipagi Ahad itu tahun ini, tak banyak tokoh-tokoh yang dikenang. Mingguan Malaysia hanya kecoh mengambil kedudukan sebagai pemain penting (kononnyaa) untuk membuka diskusi hal-hal politik semasa. The Star ada lampiran khas untuk hal kemerdekaan, tetapi agak ‘kering’ kerana hanya menumpukan sosok Tunku, Tun Razak, Tun Hussein – yang tiap-tiap tahun kita mendengar tentangnya sampai naik jemu.

Namun, kita harus faham. Media perdana akan memenuhi hasrat kelompok pro-pemerintah. Persoalannya, di mana kelibat penulis-penulis lain – penulis bebas, pensyarah universiti, peminat sejarah dan sebagainya – yang mampu membuat laporan ekstensif tentang kisah perjalanan kemerdekaan di sini? Baik pejuang kanan mahupun kiri, kita mahu baca tentang lain-lain kisah mereka ini yang sebelum ini dibiarkan tertimbus oleh versi-versi klise sejarah negara.

Medium media sudah bercambah, cuma tukang kerja mungkin belum bangun. Kita mungkin mahu menghabiskan masa membaca cerita-cerita ini sepanjang hari cuti umum itu berbanding membiarkan ketiak berpeluh ditengah kerumunan orang ramai di Dataran Merdeka menyaksikan acara perbarisan tiap-tiap tahun.

Jika tidak jelas tentang maksud laporan ekstensif dan detail yang dimaksudkan, selak semula hasil kerja - penulis dan penyumbang - di dalam majalah Tempo Edisi Khas 11-17 Ogos lalu. Lihat sendiri bagaimana ketelitian mereka menggarap kisah hidup seorang tokoh penting repulik itu walaupun beliau sudah diluputkan dari ingatan massa kerana dibayangi oleh tokoh-tokoh popular yang lain di sana – dengan pandangan yang ragam dan rencam hasil pengkajian bersungguh-sungguh.

Kita apa kurangnya, banyak juga tokoh yang sengaja dilupakan bukan? Tapi mana usaha untuk memperingati mereka-mereka ini pada sambutan hari merdeka itu sendiri di media massa? (Ya, memang banyak buku-buku menyebut tentang itu-ini, tapi kita memerlukan sesuatu yang aksesibel pada hari merdeka itu sendiri, sekurang-kurangnya. Buku-buku itu mungkin sedang terbungkus di dalam kotak di stor rumah atau belum dibeli.) Sudah sampai masanya media utama kita menyorot cerita tentang warga seperti Tan Malaka ini. kalau tidak sekarang, bila lagi?

2 September 2008

Kisah-kisah tentang Tan Malaka anda boleh layari link di bawah:

http://id.wikipedia .org/wiki/ Tan_Malaka

http://www.marxists .org/indonesia/ archive/malaka/

http://cetak. kompas.com/ read/xml/ 2008/07/07/ 00194311/ tan.malaka. dan.kebangkitan. nasional

http://www.britanni ca.com/EBchecked /topic/582117/ Ibrahim-Datuk- Tan-Malaka

Eli Wong yang saya kenal : Arul

Namun persoalan dan debat adalah samada Eli mempunyai hak untuk kebebasan peribadi dan samada pertimbangan moral harus menjadi titik pertimbangan masa depan politiknya. Namun demikian, memperkatakan persoalan moral adalah sesuatu yang sangat subjektif dan berbeza daripada seorang ke seorang. Contohnya Adakah seorang yang sembahyang setiap hari lebih bermoral dari seorang yang memakai pakaian mini skirt? Adakah seorang yang tidak merokok lebih bermoral daripada seorang yang merokok? Siapakah dan bagaimana kita menilai akan nilai moral seseorang? Persoalan yang lebih pokok adalah samada satu perbuatan itu mencabul hak mana-mana pihak atau individu? Dalam insiden ini, sesuatu berlaku dalam kamar seseorang, adakah perbuatan tersebut mencabul hak orang lain? Kini, perbuatan dalam kamar ini menjadi tatapan umum, kini hak siapa yang tercabul? Siapakah mangsa dan mengapa seorang mangsa harus dihukum?

Saya tidak mahu berdebat banyak tentang persoalan moral ini dan mahu menghadkan hujah saya mengenai Eli Wong yang saya kenali dan terpulang kepada orang lain membuat analisa masing-masing.

Jika saya diberi dua kertas dan disuruh menulis sifat-sifat kebaikan dan kelemahan Elizabeth Wong atau lebih dikenali sebagai Eli, maka secara ikhlas saya kena memberitahu bahawa senarai yang ada di bahagian keburukan itu agak panjang berbanding dengan kebaikan. Namun jika dinilai secara objektif sifat-sifat beliau yang positif, maka terpaksa saya akur bahawa kebaikan beliau yang sedikit ini cukup kuat, cukup mendalam, cukup berprinsip untuk memadam sifat-sifat kelemahan dan kekurangan beliau. sila klik sini untuk membaca penuh

Kerajaan Perpaduan cadangan yang ibarat masuk “lubang ular” dua kali


SIASAH dalam keluaran terbarunya melaporkan cadangan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, agar semua parti-parti politik di negara ini bersatu untuk agenda yang lebih besar negara iaitu bekerja untuk kepentingan rakyat.

Beliau mencadangkan pengalaman Habibie, Presiden Indonesia selepas Suharto, membentuk kerajaan perpaduan di negara itu dijadikan contoh ikutan.

Dalam kerajaan perpaduan itu, semua parti politik bersatu dalam kerajaan dan bekerja untuk matlamat bersama.

Saya membantah keras cadangan Presiden PAS ini dengan menghujahkan tiga perkara berikut:

  1. Sejarah DEB dan PAS dalam Barisan Nasional

Selepas berlakunya tragedi berdarah 13 Mei 1969, Tun Razak Hussein yang pada ketika itu memimpin Umno menjemput PAS untuk menyertai Barisan Nasional diatas alasan perpaduan Melayu.

Dasar Ekonomi Baru (DEB) diperkenalkan kononnya untuk membantu bangsa Melayu dan penduduk pribumi yang ketinggalan dari segi ekonomi berbanding dengan kaum-kaum lain.

PAS akhirnya ditipu dan ditendang dari Barisan Nasional sementara DEB telah diperalatkan untuk mengayakan kroni-kroni Umno dan Barisan Nasional.

Setelah berpuluh tahun DEB dilaksanakan, bangsa Melayu penduduk pribumi masih lagi terbiar dan merempat di Malaysia.

Sejarah Malaysia telah membuktikan bahawa politik dan ekonomi mempunyai perkaitan yang rapat dan tidak mungkin “samseng-samseng” dalam Barisan Nasional akan melepaskan kepentingan ekonomi yang telah mengenyangkan perut mereka.

Krisis politik di Perak telah membuktikan bagaimana Umno dan Barisan Nasional yang telah hilang pegangan ekonomi selepas pilihanraya 8 Mac telah berkonspirasi untuk menjatuhkan kerajaan Pakatan Rakyat yang telah dipilih oleh rakyat.

Jadi, teori untuk melaksanakan “gencatan senjata” politik untuk memperbaiki keadaan ekonomi adalah tidak waras sama sekali.

  1. Ketakutan kepada bakal PM, Najib Razak

Sebelum ini, Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang seringkali mengeluarkan kenyataan agar Abdullah Badawi terus kekal sebegai Perdana Menteri Malaysia sehingga pilihanraya akan datang.

Setelah melihat gerakan untuk mempertahankan Abdullah Badawi sebagai Perdana Menteri lemah dan tidak popular, kenyataan Presiden PAS mencadangkan agar kerajaan perpaduan ditubuhkan sebagai ketakutan terhadap Najib Tun Razak.

Umum mengetahui bahawa Najib Tun Razak mempunyai gaya pemerintahan yang keras dan ganas tambahan lagi beliau mempunyai rekod dikaitkan dengan pembunuhan warga Mongolia, Altantuya Shaaribuu yang sehingga kini menjadi buah mulut orang ramai. Malah apa yang berlaku kebelakangan ini seperti penggunaan secara tanpa raa malu jentera kerajaan secara amat melampau seperti SPRM, menculik wakil rakyat, ugutan dan seumpamanya ialah gerakan terancang Najib dalam persediaan menjadi Perdana Menteri Malaysia. Dan bayangkan apa yang akan berlaku selepas dia disahkan sebagai PM

Dikala Barisan Nasional sedang lemah akibat daripada kekalahan yang teruk dalam pilihanraya 8 Mac 2008, Presiden PAS seperti mahu menampal lubang-lubang yang terdapat pada kapal yang hampir karam pada ketika beliau seharusnya membangkitkan semangat rakyat untuk terus melawan Barisan Nasional yang zalim, rasis dan fasis.

Presiden PAS dilihat sebagai bernostalgia mengenai apa yang pernah berlaku dizaman ayah Najib dahulu tetapi terlupa bahawa PAS juga dikhianati akhirnya.

Sejarah dinegara-negara jiran kita seperti Filipina dan Indonesia telah membuktikan bagaimana pemerintah yang diambang kejatuhan akan mengganas untuk mempertahankan kuasanya. Ini dapat dilihat dengan pembunuhan dan penculikan yang berlaku terhadap aktivis-aktivis di Filipina dan Indonesia sebelum jatuhnya Marcos dan Soeharto.

Sama dengan situasi di Malaysia. Najib Tun Razak adalah benteng terakhir kepada Barisan Nasional. Beliau akan melakukan apa sahaja untuk menyelamatkan dirinya dan regim Barisan Nasional.

Seharusnya pada ketika ini, Presiden PAS memberitahu kepada rakyat agar beristiqamah untuk terus berjuang melawan kezaliman dan penindasan sehingga ketitisan darah yang terakhir bukannya menyerah dan menyelamatkan kapal yang hampir karam.

  1. Kedudukan dan jawatan

Harapnya kedudukan dan pangkat bukan menjadi motovasi kepada Presiden PAS untuk mencadangkan penubuhan Kerajaan Perpaduan?

Sedarlah ramai rakyat yang mahukan perubahan mula meragui apabila melihat peristiwa “muzakarah” diantara PAS dan Umno yang berlaku selepas pilihanraya 8 Mac yang lalu. Di Selangor, pimpinan PAS bertemu dengan Umno untuk membincangkan mengenai perkongsian kuasa dinegeri itu dimana jawatan Menteri Besar ditawarkan kepada PAS.

Harapnya cadangan kerajaan perpaudan dengan bersama Umno / Barisan Nasional dalam kerajaan perpaduan, bukan kerana PAS mengharapkan untuk menguasai beberapa negeri termasuk mendapat jawatan diperingkat pusat?

Apakah Presiden PAS mahu mengkhianati amanat dan undi yang telah diberi oleh rakyat?

Diharapkan agar Presiden PAS dapat memikirkan kembali cadangan beliau tersebut agar rakyat tidak terkeliru dengan hala tuju perjuangan.

Di kala “mood rakyat” bersama dengan Pakatan Rakyat untuk perubahan, tokoh besar seperti Datuk Seri Abdul Hadi harus tampil dengan lebih jelas. Regim zalim Bn harus ditumbangkan sepenuhnya.

Pada ketika diserang disegenap penjuru oleh Barisan Nasional, parti komponen Pakatan Rakyat seharusnya bersatu dan berganding bahu bagi memimpin rakyat menuju perubahan yang semakin hampir dan bukannya “masuk gear reverse” dan memadamkan arus perjuangan.

Percayalah dengan kekuatan rakyat !!!