Pagi ini terkejut mendapat sms mengatakan Fariz Musa, Timbalan Ketua Angkatan Muda keADILan ditangkap polis jam 5pagi ketika sedang menampal poster menjelang pilihanraya kecil Kuala Terengganu.
Tertanya - tanya kenapa Fariz ditangkap jika kesalahan pilihanraya kerana berkempen awal bukan sahaja Fariz malah hampir semua menteri dan bakal calon Bn , Wan farid sendiri harus ditangkap kerana berkempen awal. Sms dihantar kepada teman di K.Trengganu bertanya kenapa ? Balasan yang diperolehi ialah Fariz tampal poster yang ada gambar Altantuya....
Haaaaaa...haaaa subuh ini di hiasi dengan tertawa.... Nampaknya PDRM akan terus jalankan tanggungjawab jadi 'anjing' Bn.... Najib akan terus di hantui Altantuya...
Apa yang akan berlaku dalam PRK kali ini ? Umno awal lagi dah kata PRK ini PAKATAN akan ganas dan selalunya perlu di baca terbalik...maknanya Umno sedia untuk mengganas... dan sejauh mana 'tentera anak muda' PAKATAN akan dapat bertahan dengan keganasan Bn. Adakah anak muda PAKATAN di negeri lain sanggup melihat sahabat mereka di Terengganu di belasah begitu sahaja oleh gangster Bn yang turun dari seluruh negara ?
Kedua pula SPR terang terang hilang kejantanannya. SPR ibarat mati pucuk lemah longlai melihat kempen awal Bn yang bergitu bernafsu yang ternyata salah.
Ketiga kali ini isu hudud akan dinyanyikan dalam perbagai bahasa dalam bahasa Melayu dia akan dilagukan dengan Nasyid Hadhari 'betapa PAS tidak berani laksana hudud..' tetapi dalam lagu mandarin dan tamil ia akan berbunyi 'jika beri PAS memerintah ia akan buat hudud' ....rujuk kenyataan Husam ketika berdebat dengan Khairy.
DSAI seperti biasa MCA dan MIC akan serang kononya beliau ini tidak memberikan ruang kepada bukan melayu tetapi hanya pergunakan bukan melayu untuk kuasa. Dan kepada pengundi Melayu DSAI akan diwajahkan penjual hak melayu.... Gambar tarian DSAI bersama Dato Nalla akan digunakan sepenuhnya kali ini....
jika DSAI bertepuk tangan meraikan gendang India secara sepontan ...bagaimana pula Najib yang 'senonok' berpoco poco bergelek dengan wanita - wanita Umno
sehingga ke hari ini persoalan di mana Bala tidak terjawab...Bala datang dedah hubungan Najib dan Altantuya, bala muncul semula dengan tertekan kata tarik balik pendedahan kemudian Bala dan anak isteri hilang ....polis kata tahu tapi di mana ? Keluarga Bala buat laporan polis Bala hilang...
Altantuya masuk Malaysia tanpa pasportnya di cop di Imigresen...siapa bawa masuk altantuya...? Amy sepupu Altantuya nak tunjuk gambar Menteri Malaysia dengan Altantuya tetapi hakim dan pendakwa halang....
Kes lama tetapi juga masih misteri seorang Menteri di tangkap bersama artis di Port Dickson....seorang anak bekas PM menceraikan isterinya yang dikatakan kononya gila babi tetapi sehingga kini isterinya yang diceraikan itu elok pula sihat....kemudian dia berkahwin dengan isteri pembaca berita...ada desas desus kata penceraian pembaca berita dan isteri nya kini melibatkan RM$$$$...

