Showing posts with label BERSIH Polis. Show all posts
Showing posts with label BERSIH Polis. Show all posts

Thursday, June 18, 2015

PANIK MENYEBABKAN DR.M MEMAKI HAMUN DI KHALAYAK UMUM.

Kenyataan Media
18 Jun 2015

Pada 15 Jun 2015 yang lepas, Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) telah menghantar surat kepada Tun Dr. Mahathir Mohammad (Dr.M) untuk menjemput beliau ke sesi ‘hot seat’ Forum ‪#‎Nothing2Hide‬ anjuran SAMM dengan beberapa gerakan anak muda sekutu. Memahami kesibukan Dr.M kami nyatakan dalam surat beliau boleh memilih masa dan tarikh sendiri dan yang lain kami sediakan.
Semalam beliau ketika membuat sesi soal jawab bersama NGO (dengan menjemput NGO terpilih sahaja) di Yayasan Kepimpinan Perdana beliau bukan sahaja menolak untuk hadir jemputan yang diberikan malah turut menghina saya dengan menyebut “siapa che’GuBard?” dan seterusnya menggelar saya dan SAMM selaku kucing kurap.
Nampaknya Dr. M tidak banyak berubah. Sudah dijangka beliau akan menolak dan saya tidak terkejut dengan makian yang dibuat olehnya. Itu mujur dia selaku bekas Perdana Menteri, terbayang jika beliau Perdana Menteri sudah pasti puluhan atau ratusan anggota Polis akan mengepung rumah saya dan menahan saya dibawah ISA atas tuduhan cuba menggulingkan kerajaan secara subversive. Saya tidak rasa terhina kerana selaku negarawan sekitar usia 90 an apabila dia bersikap begitu dipentas depan umum maka dia sendiri yang telah menghina dan memalukan dirinya.
Dr. M pasti tidak akan berani tampil kerana pasti dia takut untuk menjawab soal jenayah, skandal kewangan dan bail out juga kehancuran sistem negara yang berlaku semasa dia menjadi Perdana Menteri. Dr.M tiap tiap hari mengatakan dia bersih, tetapi jika difikirkan tentu ramai hairan mana mungkin jika ia bersih bagaimana hampir semua anak – anaknya menjadi multi billionaire dalam masa singkat. Siapa boleh menafikan kaum keluarga Dr.M hidup dalam keadaan mewah luar biasa ada beberapa keadaan sama seperti raja atau Sultan.
Umum, khususnya Datuk Seri Anwar Ibrahim cukup tahu sangat mengenai anak – anak Dr. M yang tidak pandai meniaga tetapi mampu menjadi billionaire dalam masa 3 tahun. Ini mungkin antara rekod dunia, sedangkan rakyat tidak akan lupa antara sebab utama pemecatan Anwar Ibrahim ialah kerana keengganan beliau bersetuju menggunakan dana rakyat untuk bail out hutang anak Dr.M.
Saya tanpa berselindung dengan rasa rendah diri merakamkan rasa bangga kerana berjaya membuktikan Dr. M seorang yang penakut. Dia hanya berani di depan penyokong dia sendiri yang telah disusun dan mengikut skrip sorakan kerana disuap kenyang.
Sepanjang Dr.M menjadi PM, pernah Tunku Abdul Rahman mencabar dia tetapi beliau tidak melayan, begitu juga beberapa tokoh lain termasuk KuLi dan Anwar mencabar Dr.M berdebat tetapi beliau juga menikus. Kita tidak harus lupa bagaimana 1998 kononya dia singa di depan pengampunya, kononya ada bukti itu dan ini, tetapi menikus bila dipanggil ke mahkamah malah meletakkan syarat untuk tahu apa soalan yang akan ditanya padanya. Akhirnya dia tak hadir ke mahkamah kerana soalan yang hendak ditanyakan dia tidak ada jawapan dan Anwar bebas dari tuduhan palsu arahannya. Malah siapa yang berani melawannya dan jika dia rasa terjejas maka ISA dan perbagai tindakan pasti menimpa.
Hal Dr. M nak duduk berdebat dengan Datuk Seri Najib Razak itu dia usahakanlah. Tanpa membela apa pun yang mana saya berpendirian Najib harus terus tampil menjawab semua persoalan yang dibangkitkan tetapi mengherokan watak yang pernah digelar Mahafiraun adalah tidak betul. Tidak ada yang baru yang dibawa oleh Dr.M selain mengulang dakwaan pembangkang. Soalan saya ialah adakah ketika dia bersungguh melobi Najib menjadi PM dan menjatuhkan Pak Lah , isu – isu seperti Altantuya dan kononya pemborosan Rosmah tidak wujud ? Najib dipilih Dr.M kerana dia merasakan Najib boleh menjadi bonekanya. Namun bila ada permintaan tidak tertunai, Dr.M mula keluar sebagai hero mengulang semula tuduhan dan pembongkaran pembangkang seolah dia hero yang suci. Bayangkan jika Najib sanggup menjadi bonekanya dan semua tuntutannya tertunai maka sudah tentu dia masih selesa, malah dia juga terus menindas demokrasi dan kebebasan bersuara dalam negara
‪#‎sudahlahMahathir‬ bagi kamu Melayu mudah lupa, tetapi itu kamu. Bagi kami ganerasi muda kami ingat. Kami pernah bersama kamu menjatuhkan Tun Abdullah Badawi. Ketika itu kamu ulang 1001 tuduhan pembangkang seperti skandal oil for food, Scomi, adik beradik Abdullah nikmati kontrak MAS sehingga MAS bermasalah, Khairy agen asing, penjualan saham kepentingan negara ke Singapura dan banyak lagi. Selepas Pak Lah jatuh semua kamu senyapkan, ada kamu usaha bawa ke muka pengadilan dan kembalikan hak dan wang rakyat ? Jawapanya tidak kerana yang kamu mahu ialah hati kamu puas dan siapa pun menjadi PM harus menjadi boneka kamu.
Sekali lagi mewakili keluarga besar SAMM dan gerakan anak muda sekutu kami berbangga Dr.M takut dengan kami (Cuma syukur dia bukan PM kalau tidak tentu dah di ISA kan). Namun jika Dr. M berubah fikiran, kami sentiasa sedia menyediakan pentas buat Dr.M. Pada umur 90 tahun minta Dr. M matang, jemputan tersebut juga peluang untuk Dr.M menjelaskan dan membersihkan nama cuma kami juga akan menyusun watak – watak mangsa buli sepanjang Dr.M menjadi PM untuk turut bertanya secara terus.

Akhirnya saya hanya senyum digelar kucing kurap oleh negarawan korup !
Sekian.
che’GuBard
Pengasas
Solidariti Anak Muda Malaysia

Friday, July 15, 2011

Ghairah bela diri PDRM akui salah guna dana awam. Tahan lebih ramai atau Polis 'curi' wang rakyat ? Ketua Polis sila jawab !


Polis sibuk nak bela diri kononya semua peserta himpunan BERSIH 2 diberikan layanan sempurna. Baca kenyataan Polis yang dilaporkan media kononya menyatakan RM25 seorang menjadi peruntukan yang digunakan untuk membiayai makan minum peserta ketika ditahan.

Bila ditanya kepada orang - orang yang ditahan mereka menyatakan mereka makan Ayam Goreng, Sayur, Sambal dan Nasi Kosong beserta dengan air manis. Hah! adakah ini harganya RM25 satu orang.

Pergilah ke mana - mana pembekal makanan memasak, tanyakan harga menu tersebut untuk lebih dari 1000 orang makan secara buffet... rata-rata akan mengatakan RM6 satu kepala malah ada yang akan menawarkan semurah RM4 sahaja jika cara pembayaran dipermudahkan.

Makanya PDRM keluar buget (wang rakyat) RM25. Mana pergi lagi RM20 ? Ini melibatkan salah guna kuasa... SPRM digesa masuk dan menyiasat perkara ini ....

Sebenarnya perkara ini sememang berlaku lama .... makanan dalam lokap siapa pernah periksa berapa harga diperuntukkan dan bagaimana mutu makanan disajikan dan siapa yang meraih keuntungan 'rasuah' tersebut ?

Satu lagi teori menurut orang - orang yang ditahan, menurut mereka yang ditahan sebenarnya menjangkau lebih dari 3500 orang, tetapi sebaliknya yang diistiharkan hanya 1000 lebih. Mungkin saja kalau jumlah wang dibelanja untuk makanan kalau jumlah tahanan lebih ramai mungkin membawa ke jumlah harga munasabah...

Sekarang ini PDRM kena jawab mereka tahan lebih tapi tak istihar atau ada kegiatan 'rasuah' dalam membelanjakan wang rakyat dalam menyediakan makanan orang yang ditahan.