Thursday, October 24, 2019

Menteri Undang - undang terlibat dalam seleweng duit 1MDB ??

Catatan Umum
24 Oktober 2019



Pertama sekali ingin diucapkan TAHNIAH kepada SPRM, Pejabat Peguan Negara kerana terbaru pendakwaan bekas timbalan presiden PAS, Nasharudin Mat Isa yang dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Shah Alam,  didakwa mengikut Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram (AMLATFPUAA) 2001 dan Kanun Keseksaan.

Nampak kesungguhan SPRM dan Jabatan Peguam Negara dalam mengheret mereka yang menjadi penyamun di siang hari ke muka pengadilan. Namun bagi kebanyakan rakyat ini tidak cukup kerana ia masih pendakwaan dan penyiasatan terpilih. Contohnya ialah jelas bila tersebar cek dan resit penerimaan 'sumbangan' dari Najib Razak sebanyak RM 2 juta kepada Parti Liberal Demokratik melalui satu resit rasmi bernombor A 1030 dan dengan jelas cek tunai itu telah ditunaikan oleh Bekas Presiden LDP VK Liew yang mana di belakang cek itu tertera tandatangan dan no. kad pengenalan VK Liew.



Persoalanya kini adakah tidak ada pendakwaan atau dipanggil siasatan hanya kerana VK Liew 'sempat' lompat kapal dan kini Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang & Hal Ehwal Parlimen).

Apa yang merisaukan ialah kesungguhan SPRM dan Jabatan Peguam Negara akan cair dan sia sia begitu sahaja kerana komen-komen netizen dalam laman sosial mempersoalkan bagaimana ramai pemimpin pembangkang boleh didakwa Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram (AMLATFPUAA) 2001 sedangkan ramai pemimpin kerajaan termasuk yang lompat terlepas begitu sahaja walaupun ada bukti mereka juga terlibat.

Tujuan tulisan ini bukan untuk menuduh tetapi memohon penjelasan. Jika ia tidak benar malah yang terbabit sendiri wajar segera muncul memberikan penjelasan.

catatan oleh ; che'GuBard, warganegara Malaysia





No comments:

Post a Comment