Wednesday, March 14, 2018

Fahami apa dia Skandal Ijok

Catatan umum

wakil peneroka dan Peguam Datauk Kamaruddin dalam sidang media
di Mahkamah Tinggi Shah Alam pagi tadi

Alhamdulillah dan tahniah atas tindakan berani hampir 130 peneroka 'Revolusi Hijau' yang menjadi mangsa skandal tanah PKPS di Ijok. Mereka menjadi mangsa selama hampir 20 tahun kerana 2 syarikat yang gagal. Namun bila Khalid Ibrahim ketika menjadi Menteri Besar hampir berjaya menyelesaikan tanah mereka dalam keadaan menang -menang dan kelebihan menyebelahi mereka , tiba - tiba Khalid Ibrahim dijatuhkan dan digantikan oleh Azmin Ali.
Azmin Ali yang jelas menyebelahi syarikat (pemaju) telah menyelesaikan dengan penuh kelicikan dan pihak yang paling sedikit mendapat keuntungan dari penyelesaian Azmin ialah peneroka yang menjadi mangsa hampir 20 tahun.
Ramai terpaksa menerima sahaja kerana sudah tidak sanggup menunggu. Namun usaha penerangan menyebabkan ada kalangan peneroka mula sedar, keadilan dan hak perlu dipertahankan.
Akhirnya 130 peneroka telah bersetuju membawa kes tuntutan ke Mahkamah. Peringkat pertama ialah mereka menuntut baki tanah mereka yang diambil semula oleh kerajaan negeri yang bernilai puluhan juta. Untuk makluman semua kes mahkamah ini bakal digunakan bagi mengasak pihak Kerajaan Negeri (Azmin Ali), Peguam terbabit (Sivarasa Rasiah - Daim Gamany & co), 2 syarikat gagal serta syarikat pemaju baru untuk diseret ke kandang mahkamah bagi menyerahkan semua dokumen berkaitan.
Banyak kepincangan dan sisi ketamakan korup mereka akan terdedah.

depan SPRM Selangor ketika membuat laporan berkaitan
skandal tanah Ijok Ogos 2017

Saya pernah tampil ke SPRM Selangor pada 27 Ogos 2017 untuk membuat laporan menyerahkan lebih 70 muka surat dokumen berkaitan apa yang sama namakan ketika itu sebagai BUKTI PENYELEWENGAN TANAH PKPS DI IJOK. Aduan bersangkutan transaksi jualan bernilai RM1.181 b saya buat terus ke atas Azmin Ali selaku Menteri Besar Selangor dan Khairuddin Abu Hassan yang disyaki mempunyai konflik kepentingan kerana wujud dua dokumen syarikat pemaju gagal sejak 18 tahun dalam skandal tanah Ijok. Tandatangannya selaku Pengarah Syarikat LBCN Development Sdn Bhd dan surat kedua yang mana dia juga Pengarah Mujur Zaman Sdn Bhd. Kewujudan dokumen ini sangat jelas sebagai bukti konflik kepentingan wujud kerana hubungan dia dan Azmin dengan Mahathir sejak dahulu hingga kini.


dua surat jelas tandatangan Khairuddin selaku
Pengarah kedua dua syarikat gagal

Enam bulan kemudian Rahman Dahlan, Menteri di Jabatan Perdana Menteri pada 14 Febuari 2018 lepas telah memberikan komen berkaitan skandal tanah ijok ini. Maka skandal tanah ijok ini mula menjadi bualan hangat dan perhatian media. Namun sangat pelik apabila 26 Feb 2018 Timbalan Ketua Pesuruhjaya SPRM pula membuat kenyataan media menggesa orang ramai tampil membuat aduan dan memberikan maklumat mengenai skandal tanah ijok ini.
Ini mengundang tandatanya kuat kerana 6 bulan selepas dokumen saya serahkan, apabila Menteri bercakap tiba – tiba SPRM gesa orang ramai serah maklumat. Ramai sebenarnya tertanya – tanya jika di Pulau Pinang tidak sempat siang SPRM menyerbu, mengepung dan menahan Ketua menteri hanya kerana membeli rumah dibawah harga pasaran namun dalam kes berkaitan kartel Azmin Ali SPRM menjadi sangat perlahan.
Apa sudah jadi dengan kes penukaran status tanah Paya Indah sehingga mengorbankan Hutan Simpan Kuala Langat Utara menjadi kawasan pembangunan yang mana saya buktikan wujud peranan proksi Azmin Ali dalam melobi perkara tersebut bagi pihak syarikat pemaju? Apa sudah jadi dengan serbuan dan dokumen bukti kes berkaitan Jana Niaga – Unisel dan MBI? Apa sudah jadi dengan skandal tanah Sg.Yu yang mana bukan sahaja diperolehi oleh penyokong Azmin yang tidak layak malah ada antara senarai penerima ialah individu yang tak wujud dan diberi kepada individu no KP palsu? Apa sudah jadi dengan kes anak buah Azmin yang ditahan bersama jutaan ringgit?
Adakah ada tangan ghaib yang melindungi Azmin Ali? Adakah cerita pertemuan Azmin dengan Peguam Negara di London yang mana akaun bank syarikat isteri peguam negara yang merekod kemasukan pelik hangat diperkatakan ? atau adakah benar cerita pertemuan Azmin mengadap Najib Razak secara sulit selepas mengangkat sumpah menjadi MB?
Hari ini saya tampil menyerahkan semula beberapa dokumen lama dan menyerahkan beberapa dokumen baru dan dengan ini sewajarnya SPRM bertindak. Khairuddin Hassan harus dipanggil ke SPRM bagi memeriksa kepentingan secara langsung mahupun tidak langsung beliau dalam kes skandal ini kerana sememangnya wujud dokumen tandatanganya selaku pengarah di dua syarikat yang dikatakan kerajaan negeri sebagai syarikat kroni Umno.
Saya juga serahkan dokumen penyelesaian luar mahkamah yang didaftarkan sebagai rekod mahkamah pada 17 Mei 2016 yang menyatakan mengenai lantikan tentuan Daim & Gamany yang mana Sivarasa Rasiah, ahli parlimen Subang dari PKR merupakan antara pemiliknya. Untuk rekod syarikat ini juga mempunyai rekod kepentingan Daim Zainuddin, bekas Menteri Kewangan Malaysia yang dikatakan antara konspirator utama menjatuhkan Anwar pada 1998.

Daim bekas Menteri Kewangan yang menjadi salah seorang konspirator utama menfitnah Anwar rupanya bukan sahaja punya kepentingan dalam syarikat guaman Sivarasa tetapi dia turut tersenarai semula sebagai peguam dibawah firma guaman itu.

Jelas berlaku pertembungan konflik apabila Azmin dan syarikat pemaju yang gagal bersetuju menyelesaikan di luar mahkamah walaupun sebelum itu sebelum disingkirkan Khalid Ibrahim ketika menjadi Menteri Besar telah merampas tanah tersebut dan menang di Mahkamah Tinggi dan kemudian menang lagi diMahkamah Rayuan dengan mahkamah menyatakan menjadi hak mutlak kerajaan negeri dalam bidang kuasa tanah.
penyelesaian luar Mahkamah Kerajaan Negeri (Azmin) dan dua syarikat
gagal mencatatkan cadangan lantikan Daim Gamany & co
Soalnya ialah kepada Azmin bersetuju menyelesaikan di luar mahkamah dan persetujuan bertulis tersebut menyebut dengan jelas mengenai lantikan syarikat guaman pemimpin PKR yang dikenali sebagai antara kartel setia Azmin Ali.
Apabila didedahkan mengenai peranan syarikat guaman Daim, Gamany& co tiba – tiba peguam sivarasa membuat ugutan mahu menyaman pihak yang menyebut peranan syarikat guamanya dalam skandal ini. Maka turut diserahkan hari ini imej satu set dokumen soal jawab berkenaan perjanjian pemilikan rumah buat peneroka mangsa tanah ijok yang disediakan oleh Daim, Gamany & co. Dokumen ini bukan sahaja jelas menunjukkan syarikat ini memang wujud malah dinyatakan bagaimana perjanjian disertakan juga melindungi tuan tanah terdahulu iaitu dua syarikat yang dikatakan syarikat kroni bn yang gagal. Persoalan yang wujud ialah siapa sebenarnya membayar sivarasa adakah tuan tanah atau syarikat pemaju baru atau dua syarikat pemaju yang gagal ? adakah peneroka tahu berapa bayaran dan keuntungan sivarasa rasiah dalam mengendalikan perjanjian dan bayaran kes ini.
Ketika pertemuan dengan peneroka saya diberitahu mereka ‘terpaksa’ menandatangani perjanjian dalam keadaan tidak tahu di mana kedudukan rumah mereka dan tidak ada rumah contoh malah tidak tahu bila rumah mereka akan siap. Mereka hanya melihat lukisan ilustrasi pelukis semata mata. Malah ada yang menyatakan mereka tidak diberi salinan perjaniian selepas menandatangani semua dokumen diambil semula.
Bukan itu sahaja malah dalam isu nilai rumah pun mereka tertipu dengan kerajaan negeri. Pada 11 Feb 2018, Azmin ali menyatakan peneroka akan mendapat pampasan RM180,000 tunai dan rumah bernilai RM250,000 ini dinyatakan dalam portal rasmi kerajaan negeri iaitu Selangorkini.
https://selangorkini.my/…/penantian-980-penduduk-selama-20…/
Namun pada 16 Febuari Azmin mengumumkan pula nilai rumah ialah RM400,000 dan pampasan RM400,000 kenyataan Azmin ini juga dilaporkan dalam portal rasmi kenyataan negeri selangorkini.
Namun pada 23 Feb, Pegawai Komuniakasi Pejabat Menteri Besar Selangor dan pada 24 Febuari Peguam Sivarasa yang juga ahli parlimen subang menyatakan rumah peneroka bernilai RM500,000 ini dilaporkan beberapa media seperti link disertakan
https://www.malaysiakini.com/news/413305





walaupun perjanjian yang ditandatangani tidak diberi salinan kepada peneroka tetapi dokumen soal jawab yang disediakan oleh pejabat peguam Sivarasa (MP PKR Subang) jelas menunjukkan
1. sememangnya Sivarasa terlibat dalam kes ini
2. dinyatakan bayaran dari syarikat pemaju
3. perjanjian pertahankan kepentingan pemaju
4.Nilai hartanah cuma RM250 000 sahaja bukan RM500,000

Nampaknya kerajaan negeri jelas cuba mengelirukan (baca ; menipu) dalam skandal tanah ijok ini sambil cemas melindungi sesuatu. Dalam masa sebulan nilai rumah yang mereka umumkan boleh berbeza beza. Namun dalam dokumen soal jawab yang disediakan oleh pejabat guaman Sivarasa menyatakan nilainya ialah RM250,000
Dalam sidang media pada 22 Febuari Dr Dzulkefly Ahmad bekas ahli parlimen Kuala Selangor dari Pas yang kini menjadi Jawatankuasa Pusat Parti Amanah telah memperincikan bagaimana wang RM1.18 bilion dibahagikan:
- Pampasan kepada 981 peneroka = RM300 juta
- Bayaran kepada bank dan pemiutang = RM670 juta
- Disimpan oleh dua syarikat ‘kroni’ = RM210 juta
Ini satu pengakuan gila kerana peneroka yang dizalimi selama 18 tahun cuma mendapat RM300 juta dari RM1.18 b tetapi syarikat yang gagal yang dikatakan kroni Umno itu menikmati RM880 juta. Ketika tempoh tidak meenyelesaikan tanah peneroka syarikat terus menikmati jutaan ringgit dengan menyandarkan tanah itu pada bank. Bukan sahaja hutang itu dibayar malah syarikat tersebut turut menikmati RM210 juta hadiah hasil kegagalan mereka selama ini.
Dalam dokumen yang mana Azmin bersetuju menyelesaikan kes luar dengan menyerahkan tanah itu semula kepada dua syarikat gagal jelas menyatakan Azmin sedar bahawa tanah itu bakal dijual kepada syarikat gergasi tersenarai dalam BSKL. Maknanya Azmin tahu mengenai keuntungan besar yang bakal diperolehi.
Azmin sedar peneroka yang dizalimi 18 tahun hanya dibayar RM3.12 sekaki dan dua syarikat gagal dengan dibantu azmin ali syarikat itu berjaya menjual RM12.34 sekaki dengan memperolehi RM880 juta. Maka tidak boleh elak syak yang kuat wujud ‘kick back’ dalam rundingan ini. Bukan itu sahaja harga jualan kepada syarikat gergasi itu juga jauh murah dari harga pasaran kerana harga pasaran tanah pertanian kawasan sekitar ialah RM30 – RM 65 sekaki. Itu tanah pertanian bagaimana pula tanah yang sememangnya diberi jaminan oleh kerajaan negeri untuk tukar kepada status pembangunan ? Syarikat gergasi yang membeli tanah dari dua syarikat gagal yang dibantu Azmin telah mengumumkan projek dengan keuntungan bernilai RM15b di atas tanah tersebut. Projek keuntungan besardengan tanah yang murah maka wujud pula syak adakah wujud juga ‘kick back’ dari syarikat gergasi tersebut ?

dokumen penyelesaian diluar mahkamah secara jelas menyatakan yang kerajaan negeri tahu pihak syarikat (yang tersenarai di BSKL) yang berminat membeli tanah tersebut dan tahu bahawa ratusan juta akan menjadi keuntungan atas angin tetapi kenapa kerajaan negeri sendiri tidak merampas dan menjual tanah tersebut ? ini persoalan yang menyebabkan syak kuat ia libat 'kick back'
Soalan paling besar ialah kenapa penyelesaian luar mahkamah dibuat, tanah itu dipulang kepada syarikat gagal, melantik pula syarikat guaman pemimpin PKR ? Bayangkan jika tanah itu dirampas menggunakan undang – undang yang jelas menyebelahi kerajaan negeri maka tanah itu dijual dengan tender terbuka berapa billion sebenarnya milik peneroka yang lama dizalimi dan berapa billion pula untuk kantung kerajaan negeri (rakyat Selangor) ?
Timbul konon semua kena diselesaikan segera kerana simpati dan ingin membela peneroka yang lama dizalimi. Saya perturunkan kemungkinan apa yang boleh dilakukan untuk penyelesaian cepat yang peduli rakyat ;
1. Kerajaan negeri pakai rezab negeri RM3 billion lebih (rekod ketika Khalid disingkirkan) bayar RM300 juta selesaikan masalah penduduk dan kerajaan negeri sendiri secara terus berurusan dengan sedia menunjuk minat sudah tentu kerajaan negeri memperolehi keuntungan RM880 juta bukan syarikat yang kamu kata kroni Umno.
2. Kerajaan negeri juga ada pilihan kedua menyelesaikan masalah peneroka dengan RM300 juta dari rizab negeri dan kemudian tender tanah tersebut atau jika kerajaan negeri benar bersifat kepedulian rakyat maka kerajaan negeri boleh sahaja melakukan pembangunan secara bersama dengan meletakkan kepentingan peneroka menjadi sebahagian dalam keuntungan pembangunan maka peneroka boleh memiliki nilai tunai berbilion jauh lebih besar dari apa yang mereka fikirkan.
Kerajaan negeri wajar wajar mendedahkan semua butiran sehingga akhir penyelesaian. Sifat putar belit maklumat mengelirukan oleh kerajaan negeri dalam kes ini menjemput syak yang kuat wujud bayaran ‘kick back’ dalam rundingan penyelesaian maka peguam sivarasa rasiah yang juga ahli parlimen pkr di subang wajib mendedahkan semua butiran pembayaran dan berapa keuntungan beliau dalam penderitaan peneroka ijok ini.
Azmin wajar berhenti bermain persepsi simpati dan mengelirukan, tidak cukup sakit pinggang tapi dibalutnya tengkuk sebaliknya berucap dengan kepada digeleng, tangan diangkat sambil terjerit jerit kamu nak raih simpati dengan menipu kononya SPRM menyeru pejabat MB.
Pemimpin PH yang lain kamu boleh Nampak dan ulas isu kapal sejauh jeti di Indonesia, itu kami sokong dan teruskan mengasak menegak integrity namun kamu ibaran kuman seberang laut Nampak, gajah depan mata diam kerana kamu bisu isu bernilai billion di Ijok yang mennganbil kesempatan terhadap peneroka yang terhimpit.



Di sini saya perturunkan PETIKAN perjanjian penyelesaian bersangkutan skandal tanah Ijok yang mana mencatatkan pembahagian RM880 juta dari Rm1.18b yang dikatakan untuk dua syarikat kroni Bn.
Seperti saya sebut sebelum ini, saya sangat yakin ada pihak ke tiga atau penyelesaian yang sangat meragukan ini melibatkan "kick back". Akhirnya hari ini setelah meneliti dokumen yang dimaksudkan sememangnya wujud bayaran kepada pihak ketiga dalam jumlah yang sangat menjolok mata.
Nampaknya kenyataan Dr.Dzulkifly (Amanah), Pegawai Pej.MB juga kenyataan Peguam Sivarasah juga ada unsur tidak benar.
SPRM WAJIB bertindak ! Azmin wajib mendedahkan semua dokumen, butiran rundingan berkaitan penyelesaian.
Semua duit diuruskan dan diyakini secara amalan biasa harus masuk ke akaun yang diurus oleh Peguam Sivarasa maka.. selaku kepimpinan PKR dan org politik dia wajib mendedahkan siapa dan mengapa semua yang mendapat bayaran.
Kesian peneroka sudahlah semalam terbukti berdasarkan dokumen yg disediakan peguam rumah yg diperolehi hanya bernilai Rm250,000 bukan RM500,000 seperti diumumkan. Rupanya bukan sahaja peneroka hilang tanah, dapat agihan paling kecil dalam Rm1.18b malah agihan tersebut juga melibatkan pihak ketiga yang mengambil kesempatan
Saya sedang teliti beberapa maklumat, data dan dokumen lain juga.
Menjadi persoalan..... Kenapa SPRM sangat lembab untuk kes berkaitan kartel Azmin !

2 comments:

  1. Pandai kamu guna perkataan disimpan oleh pemaju 210 juta yg di sebut oleh dr dzulkili bayaran kpd pemaju...

    Boleh kah ko berdebat dgn dr dzulkifli?...

    ReplyDelete
  2. Anonymous11:53 PM

    Sekarang apa cite kes tanah ijok..any comment??..hmmm..hebat chegu bard..salute.

    ReplyDelete