Monday, November 27, 2017

Kerajaan negeri bakal banjiri Gombak dengan warga China, Pegawai MPAJ dikatakan terima rasuah

Catatan Umum

27 November 2017

PROJEK TERBENGKALAI DI KAWASAN AZMIN, PROJEK BAWA MASUK WARGA CHINA DAN PEGAWAI MPAJ MINTA / TERIMA RASUAH

1. Selain sebaran kepada media tulisan ini bersama salinan video telah dihantar ke hamid@mpaj.gov.my (YDP MPAJ),  kpn@rmp.gov.my (Ketua Polis Negara) , info@sprm.gov.my (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia), azminali@selangor.gov.my (Menteri Besar Negeri Selangor) dan aduan@eaic.gov.my (Suruhanjaya Integriti Malaysia) untuk melihat respon dan tindakan bertanggungjawab pihak terbabit.

2. Pada 21 November 2017 yang lalu saya dan rakan dari Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) telah bersama pihak media turun ke Taman Melawati yang terletak dalam kawasan dimana Azmin Ali (Menteri Besar Selangor) merupakan ketua Parti Keadilan Rakyat (Gombak) dan juga dimana dia mewakili parlimen kawasan ini iaitu Parlimen Gombak. Lawatan ini telah disambut oleh tuan rumah Sdr. Razman Hakimi Abdullah iaitu Pengerusi Jawatankuasa Perwakilan Penduduk kawasan terbabit. Tumpuan ialah dua isu iaitu kawasan projek terbengkalai (KK Club) dan penipuan / penyelewengan dalam isu taman rekreasi.

3. Tulisan ini memberi fokus mengenai isu projek terbengkalai dulu. Kami (SAMM) bersama media telah dibawa oleh Pengerusi Jawatankuasa Perwakilan Penduduk ke lokasi projek pembinaan MM Residency Taman Melawati. Tapak projek ini mengambil alih kawasan yang dahulunya dikenali sebagai KK Club seluas 18 ekar.

4. Menurut Razman projek ini telah dimulakan lebih 3 tahun lepas, lebih awal dari projek Melawati Mall yang kini sudah siap dan beroperasi sepenuhnya pun. Projek kediaman mewah. Milik TS Land ini sangat pelahan malah amat merisaukan kini sudah 4 bulan kerja pembinaan terhenti. Kedudukan kediaman yang hanya berjarak kurang 20meter dengan projek besar yang terbengkalai amat merisaukan penduduk. Risiko tapak projek yang dihentikan kerja menjadi pusat pembiakan nyamuk Aedes sangat merisaukan. Malah kehadiran dan lambakan pekerja asing tanpa kerja juga membawa kepada kegusaran risiko keselamatan. Razman dalam taklimat medianya memberitahu Jawatankuasa penduduk bersama dia sendiri telah ke pejabat pemaju di tapak pembinaan dan menghubungi MPAJ namun tidak ada jawapan diberikan. Setelah beberapa kali menghubungi akhirnya dapat bercakap dengan individu yang dikenali sebagai Khairul, Timbalan Pengarah Kejuruteraan MPAJ yang mana pada mulanya menyatakan projek yang tertangguh akan dimulakan segera, namun selepas beberapa siri komunikasi terbaru Khairul hanya menyatakan paling awal pun mungkin bulan Januari baru syarikat terbabit mampu meneruskan projek pembinaan tersebut.

5. Dalam taklimat media Razman turut menyebut dengan jelas beliau sendiri ada bertemu dengan beberapa pekerja (warga asing) yang keluar dari tapak projek dalam beberapa minggu lepas menyatakan ramai pekerja sudah lari kerana tidak dibayar gaji lebih dari 4 bulan. Malah pekerja yang ditemui hanya menggunakan tapak projek sebagai tempat tinggal namun untuk menyara hidup dia terpaksa bekerja di tempat lain.

5. Oleh kerana tidak mahu kegusaran menjadi risiko sebenar yang lebih besar maka Razman telah memanggil media untuk memberikan tekanan kepada pihak berkenaan supaya bertindak. Namun sebaik sahaja kira - kira selepas 5 minit taklimat media dijalankan seberang jalan berhadapan tapak projek datang sekumpulan lelaki yang memperkenalkan diri sebagai pegawai dari syarikat pemilik projek tersebut. Mereka bertindak kasar malah mengugut Razman secara jelas. Ugutan tersebut juga dirakam dalam bentuk video dan satu laporan polis telah pun dibuat pada hari yang sama oleh saudara Razman.

6. Namun apa yang menariknya apabila meminta penjelasan mengenai terhentinya kerja pembinaan mereka menafikan kerja dihentikan. Apabila dinyatakan nama Sdr. Khairul Timbalan Pengarah Kejuruteraan juga mengakui ia kerja pembinaan ada masalah dan dihentikan terus kakitangan syarikat tersebut menyebut dengan jelas menyatakan Sdr.Khairul MPAJ yang dimaksudkan kaki rasuah dan kaki minta duit. Ia diulang beberapa kali dan sebahagianya dirakam dalam rakaman yang disertakan. Bila ditekan dengan menunjukkan langsung tidak kelihatan kegiatan kerja pembinaan sedang berlaku, barulah seorang yang perkenalkan diri sebagai salah seorang pengurus (berbangsa Cina) mengakui memang ada masalah dan beberapa urusan dengan MPAJ sedang dilakukan. Bila ditanya sekali lagi mengenai tuduhan MPAJ minta rasuah lelaki Cina yang perkenal diri sebagai pengurus itu cuba mengelak menjawab atau menafikan.

7. Bila ditanya adakah syarikat mengalami masalah kewangan kerana ada pekerja yang ditemui menyatakan kerja dihentikan kerana gaji tidak dibayar beberapa bulan, lelaki Cina itu menjawab projek dan kedudukan kewangan syarikat tidak ada masalah. Malah Kondominium yang dibina sebahagian besarnya (blok 1) telah habis dijual di Macau. Kenyataan ini amat mengejutkan kerana ini membawa erti kawasan kejiranan Taman Melawati (kawasan Azmin Ali) akan menerima kebanjiran ribuan warga China yang memiliki hartanah mereka sendiri dibawah projek yang diluluskan kerajaan negeri. Nampaknya hipokritnya Kerajaan Negeri yang diterajui Azmin Ali ini, bila projek pembinaan lain melibatkan pihak asing khususnya dari China maka Azmin dan kuncunya akan mengatakan ia menggadai kedaulatan tetapi bagaimana dengan projek yang kerajaan Azmin sendiri luluskan.

8. Setelah mendapat maklumat ini saya telah membuat carian mengenai projek ini jelas sememangnya promosi penjualan projek kediaman mewah ini ditumpukan kepada golongan elit di Macau, China. Malah untuk tujuan itu laman sesawang promosi projek tersebut juga dalam bahasa China klik http://tsaland.com/cn/property.html. Beberapa carian juga jelas menyebut kediaman mewah ini akan berstatus pegangan bebas dan kekal. Ini membawa maksud kerajaan Azmin Ali telah meluluskan projek yang akan membawa ribuan warga China akan menjadi 'warga Gombak' dan memiliki hartanah mereka sendiri. Dalam keadaan janji rumah mampu milik yang masih belum tertunai nampaknya kerajaan Azmin Ali menumpukan aspek keuntungan semata dengan penjualan kediaman mewah kepada warga asing.

9. Isu pegawai kerajaan Selangor ambil / minta rasuah dan isu bakal ada lambakan warga China di Selangor ini terbongkar hanya apabila serbuan media yang dibawa oleh Pengerusi Jawatankuasa Perwakilan Penduduk. Ia tidak harus didiamkan begitu sahaja. Selain agensi kerajaan diatas tulisan dan video - video berkaitan turut dihantar kepada semua parti gabungan Pakatan Harapan untuk melihat respon mereka sendiri. Saya turut rakamkan tahniah buat Razman Hakimi Abdullah.


catatan oleh che'GuBard, Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM)

antara liputan media yang diperolehi

Laporan polis oleh Razman Hakimi

No comments:

Post a Comment