Thursday, March 16, 2017

Ezam & suami Ummi Aida akan lancar parti politik baru

Catatan Umum

16 Mac 2016


Ezam & Khairuddin akan lancar parti politik baru.

Semalam beberapa pesanan ringkas, pesanan melalui 'whats app', email malah melalui FB juga masuk dari perbagai individu yang dikenali juga tidak dikenali bertanyakan respon che'GuBard mengenai Datuk Ezam M.Nor dan Datuk Khairuddin Abu Hassan yang akan membuka sebuah parti politik baru sebelum pilihanraya ke 14 yang bakal tiba.

Setelah diselidiki rupanya Khairuddin yang merupakan suami artis Umi Aida itu sendiri membuat pengumuman tersebut.  Beberapa portal berita menulis Khairuddin ketika dihubungi mengakui akan mengumumkan satu parti baru yang dibentuk bersama Ezam. Malah Khairuddin siap memaklumkan melalui parti baru ini Ezam akan bertanding di Pekan, Pahang melawan Perdana Menteri Malaysia dan dia akan bertanding di Titiwangsa berlawan dengan Menteri Kewangan ke dua.

Ezam pula dalam satu laman portal berita pula mengakui berita mengenai parti baru itu cuma tidak mahu komen panjang kerana berada di luar negara.

Parti yang bakal ditubuhkan kononya menyasarkan golongan muda yang digelar ganerasi Y dengan isunya menentang korupsi sekitar isu 1MDB dan Felda, menurut Khairuddin dalam portal berita semalam.

Respon che'GuBard ialah usaha penubuhan parti ini harus diraikan dalam negara demokrasi, harap mereka sempat daftar dan tubuh parti sebelum PRU ke 14. Jika mereka serius harus segera penuhi syarat penubuhan parti dan hantar permohonan segera kerana che'Gubard jangka dalam bab penubuhan parti politik baru ini Najib Razak berbeza dengan Perdana Menteri sebelum ini. Kalau sebelum ini tentu tak akan dapat contohnya Parti Sosialis Malaysia (PSM) terpaksa berjuang 10 tahun lebih untuk hanya dapat pendaftaran sampai naik turun mahkamah.

Cuma agak lucu kalau nak dikatakan ramai anak muda menyokong parti yang bakal Khairuddin dan Ezam ini tubuhkan kerana dua dua watak ini sendiri tidak menarik dari pandangan anak muda. Khairuddin satu watak yang yang menjadi antara 'dalang' fitnah ke atas Anwar Ibrahim tahun 1998. Kemudian dalam Umno ketika pegang jawatan peringkat Bahagian diistihar muflis ketika dalam , gagal mendapat bantuan kewangan dia merajuk ikut Mahathir. Bersama tubuh parti bunga raya dengan Mahathir, gagal dapat jawatan dikehendaki umum keluar dengan bagi tahu tidak minat parti politik dan akan bantu Bunga Raya dari luar. Tiba - tiba pula umum nak tubuh parti dan nak bertanding.

Ezam pula dari sebagai salah seorang Setiausaha Timbalan Perdana Menteri (Datuk Seri Anwar Ibrahim) menggunakan pengaruh Anwar pegang jawatan di peringkat Bahagian Umno. Kemudian keluar Umno kerana Mahathir menfitnah Anwar. Kemudian kerana perebutan dalam PKR dengan Azmin Ali keluar parti dan selepas beberapa ketika masuk Umno. Ezam umumkan masuk Umno kerana antara alasanya kerana Mahathir sudah keluar Umno ketika itu namun ramai sudah menghidu dia masuk Umno kerana tawaran jawatan. Ketika dalam umno dia menyerang Anwar dengan mengiyakan banyak fitnah yang sebelum itu dia lawan. Selepas itu dilantik menjadi ahli dewan negara (senator). Ketika menjadi Senator dia tidak menghabiskan penggal perkhidmatannya letak jawatan kerana dikatakan merajuk sebab tidak mendapat apa yang dikehendakinya. Selepas itu dia menerima pujukan dengan jawatan lebih mewah sebagai Pengarah Komunikasi Kementerian Kewangan. Kemudian sekali lagi meletak jawatan dari jawatan tersebut juga akibat merajuk dan konon menumpukan NGOnya di Indonesia. Mungkintidak dilayan kali ini maka dia turut umum keluar Umno. Setelah senyap beberapa ketika dia mula bincang dengan beberapa orang PKR untuk memasuki semula parti itu, malah pertemuan dengan Azmin juga berlaku namun tiba - tiba dia membuat pengumuman masuk parti bunga raya yang diketuai Mahathir. Sedang berunding dengan PKR nak masuk PKR umum masuk bunga raya, mungkin tawaran bunga raya lebih ketika itu.  Ini jugasangat lucu kerana dia keluar Umno kerana Mahathir, masuk balik Umno kerana Mahathir sudah tiada dalam Umno tetapi pada ketika itu masuk pula parti bunga raya bawah Mahathir.

Seperti sudah dijangka hanya tak sampai dua bulan, Ezam sekali lagi umum keluar bunga raya konon tidak minat parti politik dan hanya akan tumpu gerakan NGO. Menurut sumber yang rapat menyatakan dia keluar kerana janji 'geng bunga raya' padanya tidak tertunai.

Kini dua watak ini akan buka parti ? Ia harus diraikan dalam negara demokrasi cuma che'GuBard menjangkakan parti yang mereka tubuh tidak tahan lama, bukan sahaja akan berkubur selepas PRU namun silap gaya peringkat tajaan sendiri akan mati, tidak sempat tubuh dapat kelulusan pun sebab berebut jawatan. Mengenali dua sosok tersebut glamor jawatan amat penting bagi mereka dan beberapa orang yang turut mengikuti mereka sudah tentu yang beridentiti hampir sama iaitu meraih kesempatan dan menggunakan lapang politik sebagai medan peluang tawar menawar serta glamor jawatan.

Tumpuan sekarang ini seharusnya menyusun pembangkang yang kuat dengan imej membela rakyat bukan menjadi alat. Perkembangan terbaru iaitu Mahathir umum bunga raya akan sertai Pakatan Pembangkang dengan syarat Pakatan Harapan dimatikan, ditubuhkan pakatan dengan nama lain, logo lain serta manifesto lain adalah sangat tidak sihat. Jika semua bersetuju ini bermaksud semua hanya mengikut Mahathir dan pilihanraya ini adalah antara proksi najib lawan proksi Mahathir.

Sepatutnya yang perlu disegerakan ialah memutuskan kedudukan Pas. Rakyat melihat isu Pas ini sebagai bukti pembangkang tidak stabil dan lidah bercabang. Ada pemimpin pembangkang ke hulu ke hilir mengatakan Pas ialah agen Najib dibayar RM90 juta dan sebagainya. Hadi alat najib memainkan sentimen perkauman dan agama termasuk RUU 355. Namun pada masa yang sama ada pemimpin parti sama berada di Pentas Pas menyuruh rakyat menyokong Pas. Malah di Selangor Pas sendiri menjadi sebahagian pendiri utama kerajaan Selangor. Jadi pas yang munafik makan keliling atau pemimpin parti parti pembangkang yang makan keliling ? Sudahnya rakyat pening. Dengan perkara ini tidak diselesaikan maka Bn akan menang lebih besar dan sia - sialah gerak kerja yang dilakukan.

Di Sabah juga perkembangan sangat kurang sihat berlaku, pembangkang sendiri meniup semboyan Sabah untuk orang Sabah. Tolak parti semenanjung. Parti Kapal Layar memainkan peranan sangat baik dengan membunuh parti semenanjung dengan menyerap ahli PKR dan DAP secara berterusan, mereka menukar 'game plan' dari isu nasional kepada isu tempatan.

Semua harus ingat Hadi, Shafie dan Azmin ialah 3 watak yang mencelarukan pembangkang dan mereka merupakan agen Najib kerana itu mereka tak akan tersentuh oleh pihak berkuasa termasuk SPRM. Kewujudan bunga raya pula lebih mencelarukan keadaan, selepas ini pula akan muncul parti Khairuddin & Ezam yang sangat 'drama queen' maka lebih celaru.

Ahli politik harus tumpukan isu rakyat bukan rakyat harus dibebankan memikirkan isu ahli politik yang tidak selesai - selesai.

cacatan oleh : che'GuBard, SAMM

1 comment: