Thursday, January 05, 2017

SUA PKR dilantik di PP, pembongkar kebenaran dipecat di Selangor


Catatan Umum

5 Januari 2017

1. Pertama sekali diucapkan tahniah kepada Datuk Saifuddin Nasution Ismail kerana dilantik secara rasmi selaku Penasihat Strategik Kerajaan Negeri P.Pinang. Tahniah juga kepada YAB Lim Guan Engkerana tindakan berani dan tidak membazirkan guna tenaga dalam Pakatan Harapan. Untuk rekod Saifuddin Nasution pernah menyusun dan melonjak tapak sokongan Pas Kelantan melalui latihan dan penyusunan strategik ketika beliau diberikan kepercayaan oleh Datuk Husam Musa melalui Yayasan Tok Kenali.

2. Melalui lantikan ini juga seharusnya malu ialah PKR itu sendiri kerana menguasai Kerajaan Negeri Selangor sebaliknya gagal menggunakan aset aset sumber tenaga manusia yang bagus dalam PKR sendiri sebaliknya P.Pinang pula yang memberikan kedudukan rasmi kepada aset PKR. Sudah tentu juga 'musuh' dalam dan luar akan menggunakan isu Setiausaha Agung PKR kini bekerja dan digaji dibawah Setiausaha Agung DAP. Namun tegasnya ini ialah kerana kesilapan dan keangkuhan Azmin Ali menyusun kroni korupnya di Selangor tanpa memikirkan pembinaan masa depan parti itu sendiri.

3. Sekitar pertengahan 2016, Ketua Menteri P.Pinang didakwa kerana kes korupsi yang mana pendakwaan tersebut sendiri banyak kelemahan. Namun isu ini dilihat peluang terbaik bagi 'checkmate' Kerajaan Pusat, dimana jika DUN Pulau Pinang dibubar dan Pilihanraya Negeri (PRN) dipanggil dengan mengembalikan mandat kepada rakyat untuk menjadi hakim. Kemenangan PRN di Pulau Pinang akan memaksa dan mengasak isu - isu korupsi kaitan PM mahupun kerajaan pusat ke dinding. Namun cadangan PRN ini ditolak oleh PKR walaupun diterima baik oleh DAP dan Amanah. Alasan ialah PKR tidak yakin menang ketika itu kerana undi melayu dan akhirnya idea PRN ditolak kerana ketakutan PKR itu.

4. Kini sudah hampir 6 bulan selepas PKR sedar jika PRN dilakukan mereka mungkin kalah 'kerana undi melayu'. Namun apa yang PKR lakukan ? Jawapanyahampir tidak ada, maka kemasukan Saifuddin ketika ini amat tepat bagi merangka strategi ke arah melonjak tapak sokongan. Cuma persoalanya adakah Saifuddin diterima oleh PKR Negeri Pulau Pinang yang rata - ratanya dikuasai oleh puak kartel Azmin ? Sudah hangat kedengaran kartel memainkan propaganda isu kononya Saifuddin bakal TKM baru yang dikawal Lim Guan Eng kerana itu perlu disekat.

5. Meneliti rekod Saifuddin saya yakin beliau mampu merangka dengan baik ke arah mengombak sokongan khususnya melayu di Pulau Pinang. Namun halangan terbesar beliau ialah PKR Negeri P.Pinang sendiri jika beliau mampu memilih dan mengutip pasukan muda dari pemain pemain yang benci dengan politik dalaman tak kesudahan beliau akan berjaya, namun jika beliau terperangkap dan terlalu berhati hati dengan protokol beliau akan tersangkut.

6. Ramai bila membaca tulisan ini pasti nampak cheGuBard pemuja DAP. Jawapanya tidak, di Selangor keadaan berbeza DAP sendiri senyap dengan segala macam korupsi yang jelas berjaya dibuktikan. Terbaru ialah 'pengadu SELCAT' dalam isu Paya Indah Wetlands yang merupakan pegawai kepada Exco Kerajan Negeri Selangor dari DAP baru sahaja dipaksa berhenti.

7. Abdul Razak Ismail, merupakan Pegawai di Pejabat YB Datuk Theng Chang Kim dalam beberapa update laman sosial FB nya menyatakan beliau dipaksa berhenti atas nasihat bosnya kerana tekanan yang diberikan oleh Azmin Ali. beliau juga mendedahkan bagaimana Pejabat MB sendiri ada pemantau media sosial dimana sesiapa yang mengkritik MB jika bekerja berkaitan kerajaan negeri pasti akan diadu dan dihukum. Jadi apa bezanya Kerajaan Selangor dengan kerajaan Bn yang lain ?

8. Melalui tulisan ini cheGuBard mendesak Theng Chang Kim menyatakan kebenaran mengenai 'pengusiran' Razak Ismail keluar dari pejabatnya kerana tekanan Kartel Azmin Ali. Juga sehingga kini masih ternanti komen pemimpin DAP, Amanah mahupun Pas (khususnya di Selangor) mengenai pembaziran kos hampir RM10juta cat pintu gerbang Darul Ehsan, anugerah Balak lebih RM40 juta tanpa tender kepada entiti perniagaan bertaraf enterprise, pembaziran tukar kubah masjid Shah Alam bernilai RM32 juta, pembaziran siapkan parkir perpustakaan RM50 juta yang mana nilai lebih mahal dari perpustakaan itu sendiri, kewujudan proksi Azmin yang menghantar masej kepada semua Exco dan pegawai kerajaan berkaitan pertukaran status kawasan Paya indah Wetlands yang mana turut melupuskan sebahagian kawasan Hutan Simpan Kuala Langat Utara..... dan banyak lagi... namun semua bisu kerana jaga 'tembolok' masing masing.

catatan oleh : che'GuBard

nota tambahan : Razak Ismail 'berhenti' kerana hormati Theng Chang Kim dan elak bekas bosnya ditekan salinan surat 'berhenti' di sertakan di bawah.


No comments:

Post a Comment