27 Oktober 2016
TAHNIAH, FITNAH DAN SERANGAN PERIBADI SUDAH MENJADI BUDAYA PKR
1. Dalam reformasi saya dididik untuk menyerang atau menggunakan apa juga isu bagi mendidik rakyat maka isu yang diketengahkan ialah isu polisi, korupsi, pembaziran dan kelemahan pentadbiran. Sejak awal 1999 isu selak kain sama sekali tidak pernah dipakai walaupun ada maklumat yang masuk dengan bukti kerana isu sebegini tidak mendidik rakyat. Dalam mendepani banyak pihak termasuk Rosmah saya tidak pernah menyerang isu dalam kain sebaliknya isu pembaziran rasuah dan seumpamanya sahaja, begitulah adab didikan reformasi.
2. Namun isu fitnah dan manipulasi peribadi ialah mainan Umno Bn yang sangat kotor, ia menjadi mainan cybertrooper Umno dan keadaan makin parah dengan cybertrooper baru yang berbayar mereka.
3. Semalam saya diberitahu teman - teman mengenai status facebook seorang cybertrooper Umno yang mengekori pasukan Mahathir yang putus bekalan 'dedak' selepas kantoi tidak membuat bayaran sehingga menyebabkan terdedahnya sindiket membeli data peribadi bagi memalsukan sokongan terhadap Deklarasi rakyat. Satu akuan bersumpah (yang terikat dengan undang - undang) telah dibuat mengenainya dan tidak ada tindakan dalam bentuk perundangan seperti saman atau laporan polis bagi menafikan perkara ini. Bekas cybertrooper Umno yang menggunakan nama binatang sebagai samaran itu memang terkenal menggunakan perkatan lucah dan caci maki beserta fitnah. Watak ini semalam secara terang menfitnah saya mencederakan isteri saya. Dia bergaduh selak kain dengan kawan - kawan Umnonya tak ada kena mengena dengan saya dan saya tak pernah repost dan sebagainya kerana ia bukan 'standard' saya.
4. Sangat kesal dengan perkara ini dan ia akan menjadi budaya dalam PKR selepas ini. Untuk pengetahuan semua isteri saya memang ada meminta bantuan dengan Wan Azizah untuk menghubungkan dia dengan doktor di Hospital UM kerana masalah hidung yang teruk yang mana dari resdung teruk dan mungkin ada risiko barah. Di Hospital Besar Seremban sudah hampir setahun gagal mendapatkan temujanji dengan pakar sepatutnya. Untuk ke Hospital Swasta kami tidak mampu yang mana semenangnya perbelanjaan keluarga memang tinggi setiap bulan khususnya untuk kos pendidikan dan perubatan tinggi anak saya yang mengalami Autism dan HDD.
5. Cerita isteri saya meminta bantuan Wan Azizah inilah yang mungkin Wan Azizah bercerita dikalangan rapatnya akhirnya dimanipulasi oleh cybertrooper yang bakal mengetuai perang siber PKR ini dan dengan tanpa selindung menabur fitnah.
isteri saya terpaksa menjawab, ya dia anak buah Anwar tetapi kami tak pernah dapat apa kelebihan malah ketika Anwar salah kami juga tegur secara terbuka |
6. Ya, kami sekeluarga hidup seadanya. Ada sebuah kereta dengan guna nama kawan kerana Bank tidak benarkan membuat pinjaman, hutang kreditkan berpuluh ribu hasil perjuangan bertahun tahun, kami hanya duduk rumah sewa RM300 sebulan. Boleh sama fikirkan rumah RM300 sebulan di Seremban, bagaimana keadaan rumah sewa tersebut. Namun anak - anak kami usahakan dapatkan yang terbaik dari aspek pendidikan dan perubatan. Ya, isteri saya memerlukan sangat ruang perubatan hidungnya tetapi saya baru sahaja hubungi dia dari Gua Musang, dimana saya sedang bersama NGO - NGO lain sedang membuat kerja kebajikan. Saya maklumkan kepada isteri saya biarlah kita susah, kami putuskan 10 November ini sepatutnya dia menjalani pembedahan pertama di Hospital UM, kita batalkan kerana ia menjadi buah mulut fitnah dan penghinaan. Ya, saya dan keluarga tak semewah budak - budak Azmin yang 'menyebat' keliling dan hidup mewah tetapi saya ada maruah yang tidak boleh dijual beli. T.kasih Wan Azizah kerana membantu tetapi akhirnya menjadi buah fitnah.
Ya, isteri saya anak buah Anwar Ibrahim tetapi saya dan dia tidak pernah dapat atau ambil apa kesempatan malah rekod saya banyak kali menegur Anwar secara terbuka. Ketika saya dipecat saya tidak pernah minta dia atau sesiapa rakan rapat lain turut bertindak balas keluar parti dan sebagainya. Namun isteri saya dan beberapa ahli keluarga besar kaitan Anwar akan umum keluar parti kerana PKR sudah teruk dan makin parah bila agen - agen Mahathir mengotori.
7. Kepada Wan Azizah dan Nurul Izzah juga beberapa nama lagi yang masih ikhlas berjuang saya ingatkan macai Mahathir sedang masuk dan merosakkan PKR, mereka dibayar oleh kartel Azmin untuk pelahan - lahan menghalau kamu - kamu dari rumah perjuangan itu.
Simpati saya pada pejuang PKR yang bekorban lama tak dipedulikan, namun yang mewah membelasah terputus dedak kini diraikan. Itu urusan kamu dalam parti itu tetapi saya ingatkan yang saya pernah duduk dalam 'kelambu' itu dan jangan seret bermain secara kasar.
catatan oleh che'GuBard, SAMM
No comments:
Post a Comment