Sunday, June 14, 2015

Jelajah Kempen #sudahlahMahathir sudah tiba di P.Pinang dan Johor

Seperti dijanjikan Kempen #sudahlahMahathir telah diperkenalkan melalui satu sidang media di Pusat Gerakan Rakyat (PAGER) SAMM di Seremban pada 12 Jun 2015.

Sebaik sahaja dilancarkan Kempen ini terus bergerak ke P.Pinang 13 Jun 2012 dengan satu sesi taklimat bersama Komrad SAMM P.Pinang dan sekutu dan menurunkan 4,000 buku poket "Wajah Sebenar Mahathir" dan edaran akan bermula 15 Jun 2015 dengan menggunakan strategi terus ke tangan pegawai - pegawai kerajaan dengan menziarahi mereka di Pejabat - pejabat mereka.

Pada 14 Jun 2012, team Jelajah Kempen #sudahlahMahathir tiba di Johor. Kebetulan Mahathir baru sahaja melatah , mungkin panik kerana antara strategi Kempen #sudahlahMahathir yang secara terbuka mencabar beliau untuk hadir forum bersama mangsa bulinya antaranya Tun Salleh Abbas dia telah mengatakan bukan dia bersalah memecat Ketua Hakim itu tetapi menyalahkan Almarhum Sultan Johor yang ketika itu menjadi yang dipertuan agong.

Satu sidang media khas dibuat di Johor dan kemudian 10,000 buku poket Wajah Sebenar Mahathir" diturunkan kepada Komrad - Komrad SAMM Johor untuk edaran terus.

Dibawah ini merupakan kenyataan media yang dibuat.

IMG_0135Mahathir Mohammad dalam satu ucapan semasa program Cooler Lumpur bertarikh 13 Jun 2015 telah menyatakan bahawa beliau tidak terlibat langsung dalam kes pemecatan bekas Ketua Hakim Negara, Tun Salleh Abas. Mahathir sebaliknya meletakkan semua beban kesalahan kepada DYMM Yang Dipertuan Agong ketika itu iaitu Almarhum Sultan Iskandar.
Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Johor dan sekutu menyifatkan kenyataan tersebut sebagai satu kenyataan yang amat biadap dan menghina negeri Johor keseluruhannya.
IMG_0114Adakah Mahathir sudah terlupa bahawa krisis Kehakiman 1988 ini berpunca daripada insiden “Kira Undi Tutup Lampu” semasa pertembungan antara beliau dan Tengku Razaleigh Hamzah merebut kerusi Presiden UMNO? Mahkamah telah membuat keputusan untuk mengharamkan UMNO dan seterusnya mewujudkan UMNO Baru dan Semangat 46.
Kes UMNO 11 ini adalah salah satu daripada contoh ketegasan Tun Salleh Abas dan institusi Kehakiman ketika itu dalam mempertahankan undang-undang dan kebebasan badan Kehakiman yang sangat menyakitkan hati Mahathir dan Kerajaan pimpinannya ketika itu. Mahathir masih ingat lagi kes dua wartawan iaitu John Berthelsen dan Raphael Pura yang menulis artikel mengenai siri transaksi kewangan yang meragukan yang dilakukan oleh pegawai Kerajaan ketika itu? Akhbar the Asian Wall Street Journal telah diharamkan dan Mahathir sebagai Menteri Dalam Negeri ketika itu telah membatalkan permit kerja kedua-dua wartawan ini. Tetapi Mahkamah Agong telah membatalkan keputusan tersebut.
IMG_0118Mahkamah Agong juga pernah menggunakan kuasa Semakan Kehakiman (Judicial Review) untuk membatalkan pindaan Kanun Acara Jenayah yang memberikan kuasa kepada Peguam Negara untuk memulakan sebarang prosiding jenayah di Mahkamah Tinggi tanpa perlu merujuk dahulu ke Mahkamah Majistret.
Mahkamah Tinggi pernah semasa Operasi Lalang 1987 membenarkan permohonan Mendiang Karpal Singh untuk dibebaskan daripada tahanan hanya kerana isu teknikal berhubung cara beliau ditangkap. Ini semua yang menyebabkan Mahathir begitu marah dan mempunyai dendam kesumat terhadap Tun Salleh Abas yang mana menyaksikan Mahathir mula menyerang keperibadian Tun Salleh hingga menyaksikan pemecatannya.
Perlu diingati bahawa pada 1 Ogos 1983, Mahathir telah pun membawakan usul ke dalam Parlimen iaitu Rang Undang-Undang (Pindaan) Perlembagaan Persekutuan untuk meminda Perkara 66 mengenai kuasa DYMM Yang Dipertuan Agong. Mahathir adalah manusia yang telah menjadikan Institusi Raja-Raja Melayu ini sebagai “Rubber Stamp”.
Tunku Abdul Rahman dalam buku beliau Mayday For Justice telah menyatakan Tun Salleh Abas sebagai seorang Ketua Hakim yang kredibel tetapi telah dihina secara terbuka dan dipecat dengan pertuduhan yang direkacipta.
Untitled-2Tunku Abdul Majid Idris Iskandar dalam satu postingnya di facebook peribadinya dengan tegas menyatakan Mahathir telah menggunakan Almarhum Sultan Iskandar untuk memecat Tun Salleh Abas.
“Mahathir used my father to remove Tun Salleh, period. Tun Salleh is a good man and my father acknowledged that. He has already made his peace with Tun Salleh. Mahathir, please don’t blame people who can’t defend themselves anymore.”
Abdul Majid Iskandar
Tunku Majid juga menolak dakwaan Mahathir, adalah amat mustahil Tun Salleh Abas mengatakan rumah Tuanku bising sedangkan rumah Tun Salleh dan Almarhum Tuanku terlampau jauh. Antara Jalan Damai dan Jalan Kia Peng jaraknya jika memandu pun mengambil masa 5 minit. Jadi macam mana kerja-kerja ubahsuai Istana boleh didengari oleh Tun?
FullSizeRenderBersandarkan kepada semua fakta di atas, SAMM dengan tegas menyelar dan mengutuk tindakan Mahathir yang menyalahkan Almarhum Sultan Iskandar. Kamu berseteru dengan Najib itu adalah pertembungan politik. Tetapi mengapa kamu mengheret Almarhum Sultan Iskandar dalam perseteruan kamu. Tak cukupkah lagi penghinaan yang telah kamu buat terhadap Istana Johor sepanjang 22 tahun kamu memerintah?
Almarhum Sultan Iskandar telah lama mangkat dan kini kamu mengeluarkan cemuhan dan dakwaan terhadap Almarhum yang sudah pasti tidak lagi dapat mempertahankan dirinya? Mahathir perlu menarik balik semua tuduhan dan dakwaan tersebut. Segala dakwaan tersebut adalah biadap dan satu penghinaan besar bukan sahaja kepada Istana Johor malah kepada semua rakyat Johor dan Negeri berdaulat ini.
Johor Mesti Jadi Johor
Ahmad Anwar Asyraf
Pengarah Pemikir Kaum Muda
Solidariti Anak Muda Malaysia

 klik sini untuk menyumbang kepada SAMM  klik sini untuk menyumbang kepada SAMM

2 comments:

  1. Anonymous4:42 PM

    Agak2nya berapa umur tuan2 semua pada tahun tersebut??? Ke tuan2 semua masih dalam perut emak dan belum kenal dunia??
    Sudah2lah menjadi perosak anak muda melayu malaysia. Lihatlah sekeliling anda, kemana perginya anak muda bangsa lain? Yang ada hanya anak muda melayu, belajar entah kemana....

    Jadilah bangsa yang tahu menghargai asal usul dan faham sejarah sebelum sesuatu tindakan dibuat. Usah jadi perosak bangsa dan negara dengan pemikiran sosialis....

    ReplyDelete
  2. Anonymous3:03 PM

    Kesian kau.. Teramat kesian.. Kesian teramat sgt dekat kau semua..

    ReplyDelete