Tuesday, July 03, 2012

Pertuduhan baru kes Bersih 3.0 bukti penindasan politik

KUALA LUMPUR, 2 Julai: Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan pertuduhan baru yang dikenakan ke atasnya dan dua yang lain, sebagai penindasan politik yang didalangi kerajaan Umno Barisan Nasional (BN).
Ketua Pembangkang yang  dituduh bersama Timbalan Presiden, Mohamed Azmin Ali dan Ketua Cabang Rembau, Badrul Hisham Shahrin, berkata, pemimpin Umno BN memperkuda mahkamah untuk menyekat kebebasan politik pemimpin Pakatan Rakyat.
“Umno tak habis-habis menyusahkan orang. Ini semua penindasan politik,” katanya selepas pertuduhan dibaca depan Hakim Mahmud Abdullah di Mahkamah Sesyen Jalan Duta pagi tadi.
Mengikut pertuduhan baru, Anwar dituduh mengikut Seksyen 109 Kanun Keseksaan kononnya bersubahat memecahkan benteng ketika perhimpunan Bersih 3.0, pada 28 April lalu.
Ia adalah tuduhan ketiga dihadapinya bersama Azmin Ali dan Badrul Hisham.
Pada 22 Mei lalu, mereka dituduh melakukan kesalahan di bawah Seksyen 4 (2)(c), Akta Perhimpunan Aman 2012 (Akta 736) dan boleh dihukum di bawah Seksyen 4(3) akta yang sama.
Selain itu, Anwar, Azmin dan Badrul Hisham dituduh di bawah Seksyen 118 dibaca bersama Seksyen 109 dan Seksyen 34 Kanun Keseksaan (Akta 574).
Mahkamah menetapkan 3 September untuk sebutan semula kes

No comments:

Post a Comment