Tuesday, April 03, 2012

Kos tanah Hospital Rembau RM 42.64 juta?


Laporan akhbar mengatakan PKNS tawarkan tanah untuk pembinaan Hospital Rembau pada harga RM 22 sekaki ( RM 2.39 juta sehektar). Laporan akhbar juga menyebut Hospital Rembau akan dibina atas tanah seluas 18 hektar. Jika semua tanah tersebut adalah milik PKNS, adakah kos tanah sahaja untuk Hospital Rembau ini mencecah sehingga RM 42.64 juta, sedangkan kos pembinaan hospital ialah RM 122.6 juta?
dipetik dari media :
KUALA LUMPUR 29 Mac 2012 - Pembinaan Hospital Daerah Rembau di Negeri Sembilan akan dilaksanakan dalam dua fasa iaitu melibatkan kerja-kerja tanah dan pembinaan bangunan dengan kos dianggarkan berjumlah RM122.6 juta.
Hospital Daerah Rembau akan dibina di atas tapak seluas 18 hektar di Mukim Chembong dengan kapasiti 76 katil.
1 ekar = 43,560 kaki persegi/ 1 hektar = 2.47105 ekar / 1 hektar = 107639.104 kaki persegi

Apakah jenis hospital yang akan didirikan ? Dengan jumlah buget hanya RM 122.6 manakala 35 % sudah habis hanya untuk nilai tanah. Baki RM 79.96 juta tersebut ialah buget yang agak kecil. Dikhuatiri kerja Hospital ini akan tertangguh ditengah jalan atau ia hanya sekadar melepaskan batuk ditangga kerana PRU akan menjelang ?

che'GuBard
Ketua Cabang Rembau
3 April 2012

No comments:

Post a Comment