Friday, March 30, 2012

Jawapan Menteri dalam isu hospital mengundang banyak lagi persoalan.

Dalam persidangan Dewan Rakyat minggu ini telah dibangkitkan pertanyaan mengenai status pembinaan Hospital Rembau. Menteri Kesihatan berkata bahawa proses tender telah siap pada 27 Mac dan kos projek ialah RM 122.6 juta dibina atas tanah seluas 45 ekar. Semakin banyak fakta yang mengelirukan mengenai projek ini.
Pertama : Jika rujuk laman web JKR , tender yang telah siap pada 27 Mac hanyalah Fasa 1, iaitu Kerja-kerja Tanah.
Kedua : Jika kos projek ialah RM 122.6 juta telah diumumkan awal, tidakkah ini menjejaskan proses tender Fasa 2 iaitu pembinaanBangunan Hospital?
Ketiga : Menteri Kesihatan mengatakan projek dibina atas tanah seluas 45 ekar (RM 43.1 juta), sedangkan Menteri Besar Negeri Sembilan mengatakan tanah dibina atas tanah seluar 20 ekar (RM 19.1 juta) pada harga yang dipohon oleh PKNS sebanyak RM 22 sekaki persegi atau RM 958,320.00 seekar.
Keempat : Jika tanah yang terlibat ialah 45 ekar (RM 43.1 juta), bermakna 35 peratus kos projek, ialah kos tanah. Jika tanah yang terlibat ialah 20 ekar (RM19.1 juta) bermakna 15.5 peratus kos projek ialah kos tanah.
Kelima : Menteri Besar Negeri Sembilan pada laporan 25 Jan 2012 menyatakan antara faktor kelewatan projek ini ialah kontraktor swasta yang mahu mengambil keuntungan pembinaan sehingga RM80 juta. Kemudian laporan 15 Mac 2012 MB berkata antara faktor kelewatan projek ialah PKNS membuat bantahan di Mahkamah Tinggi kerana tidak bersetuju dengan harga itu kerana mahu menjualnya pada harga RM22 sekaki. Yang mana satu faktor kelewatan projek yang sebenarnya.
Keenam : Pada tahun 2008 projek ini dianggarkan kosnya ialah RM 100 juta. Kontraktor mana yang hendak untung sampai RM 80 juta tersebut? Adakah ianya melalui proses tender terbuka?
***********
March 29, 2012
KUALA LUMPUR: The government will kick-start the Rembau District Hospital project in May to fulfil a promise made during the 2008 general election campaign.
Health Minister Liow Tiong Lai, who made the announcement in Parliament today, said the project would cost RM122.6 million.
Liow said the hospital would be built on a 45-acre site and would have the capacity for 76 beds and a surgery room. About a dozen doctors would be stationed there permanently, he added.
“We completed the tender process on March 27 and construction works will start by the end of May,” he said. “We expect the project to be completed in three years’ time.”
Pembinaan Hospital Rembau bermula April ini – Menteri Besar
SENAWANG, 25 Jan 2012 – Hospital Rembau yang di pohon oleh penduduk Rembau telah diluluskan pembinaanya melalui Rancangan Malaysia ke-9 (RM ke-9). Namun ketika itu, pembinaan hospital ini di berikan kepada kontraktor swasta yang mahu mengambil keuntungan pembinaan sehingga RM80 juta.
Selepas persetujuan itu, Kerajaan Negeri juga telah mendapatkan lokasi hospital yang akan di bina di tanah PKNS seluas dua puluh ekar di tanah industri Chembong.
Menurut Menteri Besar lagi, “tender pembinaan hospital Rembau akan di buka pada bulan April 2012 dan orang ramai tidak perlu gusar lagi tentang isu hospital yang di bangkitkan pembangkang.”
Tajuk Projek Cadangan Hospital Rembau (76 Katil) N.Sembilan.(Fasa 1 - Kerja-kerja Tanah)
Tarikh Iklan 27/02/2012
Tarikh ditutup 27/03/2012
Berita Harian 15 Mac 2012
Projek itu pada mulanya dirancang dilaksanakan pihak swasta, namun Kementerian Kesihatan mahu ia diletakkan di bawah kendalian Jabatan Kerja Raya (JKR) dan perubahan itu menyebabkan rombakan semula memakan masa.
Berikutan itu, Kementerian Kesihatan membuat perjanjian dengan PKNS untuk pembelian tanah berkenaan. Bagaiamanapun, masalah harga tanah pula timbul dan menyebabkan projek itu tertangguh lebih dua tahun apabila kementerian hanya membayar RM16 sekaki, sedangkan harga kos ditanggung PKNS adalah RM18 sekaki.
Berikutan itu, PKNS membuat bantahan di Mahkamah Tinggi kerana tidak bersetuju dengan harga itu kerana mahu menjualnya pada harga RM22 sekaki.
Hospital RM100 juta bagi penduduk Rembau
REMBAU 7 Mac 2008 - Hospital Daerah Rembau yang boleh menampung 76 katil akan dibina di sini dengan kos RM100 juta untuk memberi kemudahan kesihatan yang lebih baik kepada 60,000 penduduk, kata Menteri Besar Datuk Seri Mohamad Hasan di sini hari ini.

2 comments:

  1. Anonymous5:07 PM

    dasar sudah tersepit,tapi masih nak kencing keliling,sialan lu umno bn!

    ReplyDelete
  2. Anonymous7:52 PM

    Pelik tapi Benar ..Hospital terbesar di Petra Jaya Kuching dah ada peruntukan dan lokasi 2011 tapi belum putus/kebenaran oleh ketua menteri Sarawak. Pihen.

    ReplyDelete