Tuesday, October 04, 2011

ADUN Johol meninggal ; PKR Rembau ucap takziah.

Baru semalam dapat panggilan dari teman-teman Umno di Kuala Pilah memaklumkan bahawa YB Datuk Roslan Md Yusof (ADUN Johol) sedang tenat di Hospital Kuala Pilah. Rancang dengan teman-teman nak ziarah pagi ini, namun subuh tadi dapat berita dia telah meninggal dunia.

Beliau memang telah lama bergelut dengan penyakit barah yang dihadapinya. Moga Allah menerima rohnya dikalangan orang yang diredhai.

Seluruh keluarga besar KEADILAN Rembau mengucapkan takziah ke atas pemergian beliau.

No comments:

Post a Comment