Tuesday, February 03, 2009

Kisah 2 ADUN PKR Perak-JANGAN CEPAT MELATAH!! - malaysiakini

petikan email dari teman Peguam Saiful.

Sepanjang hari ini, selepas selesai tugasan yang diberi parti membantu ADUN PKR Bukit Selambau, bila saja ada waktu terluang, saya cuba mengikuti setiap perbincangan dan komen-komen di laman-laman web dan blog tentang isu terpanas minggu ini, ie keriuhan tentang dakwaan kononnya sdr Jamaluddin dan Capt Osman akan melompat parti ke dalam UMNO.

Saya agak sedih dengan sikap sesetengah teman pimpinan dan para pengunjung laman-laman web serta blog ini begitu mudah dan cepat menghakimi kedua mereka, tanpa tahu apa fakta sebenar atau apa cerita sebaliknya. Pertimbangan emosi jelas menguasai pertimbangan akal yang rasional. Malah ada yang tergamak melemparkan kata-kata kesat menghina keduanya, sedangkan mereka langsung tidak mengenali sdr Jamal atau Capt Osman!!!!

Saya mengenali kedua mereka sejak awal gerakan Reformasi bermula. Jatidiri perjuangan kedua mereka adalah antara yang paling kukuh dari kalangan teman-teman lain!! Bahkan sdr Jamal (yang sering dihina oleh teman-teman di laman-laman blog sebagai bekas posmen cabuk!!) adalah antara individu pejuang yang paling komited dan antara yang paling banyak menghabiskan wang ringgit dan harta demi perjuangan. Beliau adalah antara anak didik Alahyarham Cikgu Khalil Shah yang paling rapat dan disenangi arwah. Buat pengetahuan teman-teman yang baru setahun jagung dalam perjuangan reformasi, arwah cikgu Khalil adalah Pengerusi Perhubungan Negeri PKR Perak yang pertama, dan bersama-sama sdr Jamal, merupakan antara pejuang-pejuang awal yang menubuh dan menggerakkan PKR Perak! Arwah juga adalah abang kandung yang sulong kepada menteri besar Perak sekarang, sdr Dato' Seri Nizar!

Pasti ada yang tidak kena! Pasti ada benda lain yang membayangi sebab sebenar episod terbaru ini. Bagi saya, ini adalah satu tragedi perjuangan yang tidak mungkin dapat saya lupakan. Sdr Jamal yang saya kenal sejak lebih 10 tahun bersama dalam satu wadah, bukan begini orangnya! Wang bukan masalah bagi beliau! Bahkan kepada yang menohmah beliau menerima jutaan ringgit, saya nasihatkan mereka segera beristighfar dan memohon maaf kepada beliau! Kalau ada ahli atau pimpinan PKR Perak yang punya masalah kewangan, dialah antara yang paling awal membantu! For a 'brainless posmen cabuk' as claimed by some, he's a damn good businessman!! Saya faham bagaimana pedihnya ditohmah menjual perjuangan!!!

Sepanjang tempoh 10 bulan lalu, sejak kita mengambilalih amanah memerintah Perak, saya berpeluang saban kali bertemu dan berbincang dengan kedua mereka di Ipoh, terutama bila membicarakan tentang pentadbiran kerajaan negeri dan sikap negatif kakitangan awam Melayu (Perak Civil Service) di negeri Perak. Sering juga saya mendengar keluhan dan rintihan hati mereka yang risaukan tentang halatuju pentadbiran kerajaan negeri yang sering diancam oleh UMNO dan BN Perak. Butirannya biarlah saya simpan dulu untuk dibicarakan kemudian.

Apapun, bagi yang gemar menghentam tanpa usul periksa, tanpa tahu apa cerita sebenar, tanpa kenal siapa sdr Jamal dan Capt Osman, saya mohon muhasabahlah diri sendiri. Ini saya tujukan pada semua, tak kira penyokong atau pemimpin parti!! Saya yakin mereka tidak akan meninggalkan parti dan perjuangan! UMNO bukan pilihan mereka! Prinsip perjuangan bukan sebegitu murah untuk digadaikan! JANGAN CEPAT MELATAH!! Jangan biarkan UMNO terus mengelirukan kita dengan perang saraf licik sehingga kita akhirnya akan kehilangan dua teman yang setia dan sejati dalam perjuangan. Doa saya moga Allah buka pintu kebenaran seluas-luasnya demi kesetiaan dan pengorbanan yang sudah lama mereka curahkan!

Saiful
Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi
Parti Keadilan Rakyat

13 comments:

  1. ala..ezam pun dulu komited je konon berprinsip dan bersumpah keramat tapi skg cait!!!

    ReplyDelete
  2. Anonymous9:32 PM

    salam chegu,

    Jdm Sungai Nibong Tengah,kawasan Bayan Baru menjemput chegu memberi ceramah pada 8.feb.2009 ...selamat berjumpa!

    ReplyDelete
  3. Anonymous9:32 PM

    salam chegu,

    Jdm Sungai Nibong Tengah,kawasan Bayan Baru menjemput chegu memberi ceramah pada 8.feb.2009 ...selamat berjumpa!

    ReplyDelete
  4. Anonymous8:47 AM

    PKR patut lebih berhati-hati dalam memilik calon atau pemimpin. Selidik latar belakang supaya tidak berulang kes seperti Jamal bekas posmen. Rata-rata sedia maklum kalau setakat posmen biasa tu sudah tentulah berpendidikan rendah, umum mengetahui posmen mempunyai banyak masalah dalaman. Lihat aje kes-kes buang surat dan pecah amanah.
    Harap pengundi kawasan beliau sambut kepulangan beliau dengan menghantar bugkusan kasut dengan menggunakan pos laju (baling terus kat dia)

    ReplyDelete
  5. Anonymous11:46 AM

    if you really know the truth, why don't you tell us.

    ReplyDelete
  6. Perjuang sebenar tak akan lepas pegangan meskipun dengan gigitan akhir giginya. Ini baru kena kutukan kawan dan desakan orang bawahan dah merajuk... Apa kena?

    ReplyDelete
  7. "Saya yakin mereka tidak akan meninggalkan parti dan perjuangan! UMNO bukan pilihan mereka! Prinsip perjuangan bukan sebegitu murah untuk digadaikan! JANGAN CEPAT MELATAH!!"

    Khabarnya kedua mereka dah ishtiharkan keluar dari PKR dan PR dan kini menjadi wakil rakyat 'bebas'. Jadi keseluruhan artikel ini rasanya dah tak boleh di'pakai' lagi kerana mereka dah meninggalkan perjuangan parti.

    ReplyDelete
  8. den nak tanyo...
    napo org UMNO lompek masuk PKR..napo dio taknak masuk PAS?? ado ko sobab lopeh tu nanti dio sonang nak lompek balik masuk UMNO?
    den tak ponah donga orang PAS lompek masuk UMNO. Tu lah deh maselah eh kalau bodarah UMNO nih.. PKR tu darah eh masih pokat layi UMNO eh tuh..cybo la tukar darah PAS ko, DAP ko... biarlah darah HIV dari darah UMNO.

    ReplyDelete
  9. Anonymous11:52 PM

    "For a 'brainless posmen cabuk' as claimed by some, he's a damn good businessman!! Saya faham bagaimana pedihnya ditohmah menjual perjuangan!!!"


    He, he, he...Sah, kalau posmen, cabuk tu tetap cabuk. Ternyata pmimpin dan ahli PKR tidak ada bezanya dgn orang UMNO. Kalau pasal wang & betina semua boleh jadi. Perjuangan!, jauh sekali...hanya di mulut atau di blog sahaja.

    Kepada Ghegu Bard dan mereka yang seangkatan dengannya, kalau nak kutuk UMNO tu, padan-padanlah, sebab kamu tu lebih kurang je.

    Kepada semua rakyat, ingatlah janganlah kerana parti kita sangup mati. Tak de faedah langsung. Ahli politik, tetap ahli politik, pentingkan diri sendiri lebih dari sendiri - tetapi memakai berbagai topeng (hipokrit)Jadi masa pilihraya nanti, ikut hati sendiri bukan ikut cakap-cakap pembohong-pembohong besar tak kira mereka dari PKR, UMNO, PAS, DAP, MCA, MIC dll.

    ReplyDelete
  10. Anonymous3:47 AM

    alaa saiful tu dulu pun dok backup zahid maarip hanafiah and the gang penyudahnye depa join umno. la ni dok backup jamal and man jailu pun sama jugak. nasihat aku kat hang saiful, elok hang ajak saifudin tu join umno je laa.

    ReplyDelete
  11. Anonymous9:59 AM

    Sekarang ni dah terbukti Jamaluddin dan Osman tu keluar PKR. Apa cerita ni Saiful?!

    ReplyDelete
  12. Anonymous4:13 PM

    Apapun, bagi yang gemar menghentam tanpa usul periksa, tanpa tahu apa cerita sebenar, tanpa kenal siapa sdr Jamal dan Capt Osman, saya mohon muhasabahlah diri sendiri. Ini saya tujukan pada semua, tak kira penyokong atau pemimpin parti!! Saya yakin mereka tidak akan meninggalkan parti dan perjuangan! UMNO bukan pilihan mereka! Prinsip perjuangan bukan sebegitu murah untuk digadaikan! JANGAN CEPAT MELATAH!! Jangan biarkan UMNO terus mengelirukan kita dengan perang saraf licik sehingga kita akhirnya akan kehilangan dua teman yang setia dan sejati dalam perjuangan. Doa saya moga Allah buka pintu kebenaran seluas-luasnya demi kesetiaan dan pengorbanan yang sudah lama mereka curahkan!

    ha la nie apa hang nak kata.... posmen cabok ke tak... suruh orang muhasabah konon... wahai ahli2 PKR... muhasabah la diri hangpa dulu... perjuangan apa?????

    ReplyDelete
  13. Anonymous10:27 PM

    Tak guna dah cakap hang lagi.

    Sah Jamal dan osman tinggalkan pkr.

    Hari tu ia2 si jamal cakap...kalau speaker dah pecat...tunggu apa lagi...

    eleh..memang kau nak speaker pecat kau kan?

    maka boleh lah kau salahkan speaker.
    habis otak hang kat mana.
    yang hang lenyap seminggu? gi mana?
    lepak dengan gundik2 najib?

    poorah!!!!!!!!!!

    kau orang ni malukan bangsa melayu

    ada je kes beli membeli ni..jaguh dia mesti YB2 melayu.

    terlalu murah maruah melayu yang boleh dibeli dengan Ringgit

    ReplyDelete