Tuesday, October 14, 2008

Perang dalam umno tak akan kesudahan ...menuju kehancuran

Semasa sibuk hujung minggu sempat bertemu seorang kawan lama .... aktivis jalanan yang agak lama sudah tak bertemu... dia mengutarakan desakan agar DSAI memerceatkan proses pengambilalihan.... katanya jika lambat takut tak sempat kerana Umno akan dibaik pulih semula...

Ramai sebenarnya yang beranggapan sedemikian namun ia kelihatan harapan palsu... tidak perlu analisis dalam cuma tetliti erkembangan biasa... ketika pagi raya keluar tol Kajang tertera banner berlogo Umno tertulis Demi kebaikan negara Pak Lah Harus berhenti segera !!!" berdasarkan maklumat banner seperti ini kelihatan juga di beberapa kawasan dan negeri lain.

Selepas sehari Pak Lah umumkan akan berundur Mac tahun hadapan. Sudah kelihatan mulanya kempen mengulai Najib. sila klik blog Amin untuk membaca lanjut

Nampaknya perang terakhir dalam Umno sebelum karam sudah bermula..... Perkara ini sebenarnya telah cheGuBard ulas dalam ceramah terbuka sebaik sahaja pertukaran potfolio antara Pak Lah dan Najib.

Bayangkan Najib memasuki Kementerian Kewangan tanpa berjaya memasuki Khazanah iaitu tempat KJ dan kroninya 'berkubang'.... Najib cuma dilantik sebagai Timb. Pengerusi Khazanah sahaja iaitu jawatan yang diwujudkan khas untuknya.... Dan Abdullah memasuki Kemneterian Pertahanan secara penuh...sudah tentu jenayah korupsi Najib akan dibelek failnya oleh Pak Lah....

Najib oputunis tulen... untuk membolehkan dia tidak diganggu KJ teruk antara pendirian awal yang diumumkan selaku Menteri Kewangan ialah 'menyokong' transaksi pembelian bank Indonesia oleh Maybank dari Temasik yang menyebabkan kerugian amat tinggi kepada Maybank. Ini ibarat jenayah rahsia tetapi terbuka yang dilakukan dibawah pengaruh agen-agen Singapura di belakang Abdullah yang memaksa MayBank membeli saham 'rugi' bank Indonesia dari Temasik (Syarikat milik negara Singapura). JIka perkara ini tertedah ia ibarat kubur kepada Abdullah dan keseluruhan agen asing dibelakangnya. Najib cuba menyokong kerana Najib dapat menghidu KJ jiga punya fail sulitnya.

Seperti sudah ada penjanjian organik Pak Lah undur cepat Najib kena jamin keselamatan kroni Abdullah termasuk KJ. Namun semuanya kelihatan terbalik.... KJ sedang tercungap - cungap mencari kuota pencalonan... Sabah dan Kelantan yang kononya solid untuknya setelah ditabur 'baja' juga berjaya dirobek Mukhriz. Malah Negeri Sembilan juga gagal ditawan oleh KJ....menurut satu sumber ada kumpulan dalam Rembau juga sedang nak usaha memalukan KJ dengan mencalonkan Mukhriz....

Bahagian yang mencalonkan KJ di Sabah pula mungkin dibatalkan mesyuarat kerana kertas undi berlebih... KJ memang pakar bab kertas undi terlebih ini... malah dalam PRU 12 di Rembau pun jika dikira jumlah kertas undi yang dikeluarkan di Peringkat Parlimen berlebih dari jumlah kertas undi yang dikeluarkan di 4 buah DUN.... cuma ketika itu bapa mertua KJ masih PM.....

Agak mengejutkan lagi, Mukhriz turut mendapat pencalonan dari Perak dan Negeri Sembilan yang memang diketahui menyokong kuat Khairy.

Ketua Pemuda Perak, Zainol Fadzi Paharudin dan ketua Pemuda Negeri Sembilan, Datuk Ir Jamlus Abdul Aziz turut hadir ketika Khairy mengumumkan di Rembau, kesediaannya bertanding jawatan ketua Pemuda.

Peluang Mukhriz cerah


Tiga lagi ketua Pemuda Umno yang turut hadir di majlis tersebut ialah ketua Pemuda Sabah, Japli Akin; ketua Pemuda Perlis, Datuk Rozabil Abdul Rahman dan ketua Pemuda Wilayah Persekutuan Datuk Norza Zakaria.

Sehingga ini, empat bahagian di Perak - Teluk Intan, Kampar, Ipoh Barat dan Padang Serai - mencalonkan Mukhriz untuk jawatan ketua Pemuda.

mukhriz mahathirMukhriz juga turut mendapat pencalonan dari tiga bahagian di Negeri Sembilan - Rasah, Jelebu dan Jempol.

Bagi cheGuBard dan aktivis muda khususnya di Rembau amat mengharapkan kemenangan KJ dalam Umno ini kerana ini akan lebih menguatkan keADILan dan memudahkan kita menyerang terus Umno sehingga lumpuh.

Di Negeri Sembilan juga sudah menjadi cakap terbuka Datuk Hassan Malek kononya mengatakan bahawa dia bakal menjadi MB Negeri Sembilan jika Najib jadi PM nanti...kerana katanya dia orang Najib dan MB orang Pak Lah.... Aku cuma tertawa kalau inilah sifir Datuk Hassan Malek nampak politik dia taraf ketua cawangan sahaja.... Ramai teman - teman Umno NS khususnya pemuda dah mula nak dekat dan ada yang berani tawar diri nak masuk secara terbuka.... namun bagi che'GuBard biar kejap mereka dalam Umno itu untuk terus menghancurkan.... jangan terkejut orang kuat Pemuda Umno Rembau juga sering berhubung dengan che'GuBard.... dia kan seberang bila tiba masanya...

kesimpulanya Umno itu terus akan menuju 'karam'.....
dijemput juga baca ;

3 comments:

  1. Anonymous3:12 PM

    Org UMNO memang hebat mentadbir negara ini sehingga kalah bertubi-tubi apabila beradu dengan Temasek Holdings. Kalau bukan bodoh sangat maka implikasi yang lain lebih dahsyat - sanggup menjual kepentingan negara demi wang.

    Apapun ini menunjukkan UMNO perlu dibenamkan ke dalam tong sampah sejarah.

    ReplyDelete
  2. Anonymous12:29 PM

    Salam,

    Turut hadir sewaktu KJ menawar diri untuk bertanding ketua pemuda adalah ketua pemuda bahagian kota belud yang juga ketua pemuda negeri sabah. Apa yang menariknya pemuda bahagian kota belud sendiri mencalonkan Dato' Mukriz. Demikian juga Ketua pemuda bahagian Tuaran iaitu Datuk Abdul Rahman Dahlan(suami Haliza Awang Had-pembaca berita NTV7) yang juga setiausaha pemuda UMNO Malaysia turut mencalonkan Dato' Mukriz.

    ReplyDelete
  3. Anonymous12:38 PM

    aku cadang PR kuar sikit baget print kompilasi report pasal najib....tabur satu Malaysia.... Najib lebih bahaya dari Pak Lah dan Tun Dr. mahathir

    ReplyDelete