Thursday, September 04, 2008

UPKO sokong proposal 16 Sept. ?


Semalam ayah cheGuBard dimasukkan ke hospital Colombia-Asia, Seremban kerana masalah jantung. Semasa menunggu beliau yang dibawa turun dari wad ke bilik pemeriksaan doktor cheGuBard mencuri dengar perbualan dua orang di bangku sebelah.

Tiba - tiba terdengar seorang lelaki bercakap dengan kawananya " Sah... memang sah !! Anwar akan jadi PM 16 September ni..."

Kawanya membalas " aku pun memang nak sangat tengok Bn ni jatuh...bukan apa lama sangat dah tipu rakyat... tapi aku pun tak berapa yakin yang Anwar leh pengaruhi 30 lebih MP Bn nak join dia...biasalahkan MP Bn ni kalau nak sokong pun takkan berani depan - depan punya sebab semua kan banyak kes..."

Jawab lelaki tadi " ni...kau tengok ni.. UPKO ..parti Sabah..Tan Sri Benard Dompok keluar kenyataan sokong kenyataan Anwar mengenai 16 September" sambil cheGuBard tengok lelaki itu tunjuk akhbar The Sun (3 September 2008)....rasanya muka 6.

Tambah lelaki itu lagi..." yela kau tahu kalau kerajaan tak takut atau macam yang dia orang cakap Anwar cakap kosong takkan dia orang siap paksa MP Bn sign aku janji lak..macam bebudak dan staff university? ... "

"Ya..ya... dulu university Malaysia pencapaian ok jer tapi lepas aku janji bekukan otak university maka university Malaysia dan jatuh tangga corot dalam dunia... nie kalau semua MP senyap makanya parlimen Malaysia pun nak jadi tercorot gak la.." balas kawanya.

"tak...kau jangan takut kali ini mesti jadi punya...aku dengar ramai yang tak nak sign pun" jawabnya.

" aku sebenarnya tak kisah sapa perintah... tapi bagi aku kita tak ada pilihan lain negara makin hancur...ekonomi teruk...Pak lah bentang buget nak bagi itu bagi ini tapi duit nak cekau mana aku pun tak tahu.... buget paling besar bayar pampasan ke pada syarikat tol, tnb ... komponi besar kaya raya ...kita dapat ciput pun dah seronok...kena tipu...aku doa sangat Anwar leh tumbangkan Bn..." kata kawanya tadi...

cheGuBard cuma tersenyum sambil berlalu ikut ayah yang dah siap pemeriksaan. Esok ayah akan dibawa ke IJN pula.
Selepas itu chegubard juga cari akhbar The Sun tersebut... yang menarik dalam laporan berita itu Presiden Upko nyatakan " Bn tak harus ambil tindakan ke atas SAPP kerana jumpa DSAI kerana Umno pun boleh jumpa PAS... pertemuan Umno - Pas untuk Melayu tetapi pertemuan bersama DSAI untuk Malaysia"....

7 comments:

  1. Saya doakan ayah cheGuBard sehat segera, supayo samo-samo dapat menegok DSAI sbg. PM dan membersihkan Malaysia.

    ReplyDelete
  2. chegu...minggu ni mesuarat jadi tak?..azmin jadi dtg?...photostat borang pkr leh claim x?...kalu x boleh, kami claim kat umno...hahahahaha!
    kami semua mendoakan kesihatan ayahanda chegu...
    -pemuda sendayan!

    ReplyDelete
  3. Anonymous8:34 PM

    Sememangnya bukan orang kat sana saja, kat sini pun sama rancak juga bercerita tentang 16 Sept, orang UMNO pulak dok persenda kami, takpalah yang penting kalau ditakdirkan pasti mereka akan kata HABIS LER ORANG MELAYU .... itu sahaja ayat mereka untuk mengambarkan yang DSAI agen bangsa asing. Semoga ayah chegubad sembuh seperti sedia kala.

    Rakan2
    Jangan Lupa layari blog saya di http://khairilazuar.wordpress.com
    bagi komen setiap artikel yang saya tulis. …ada artikel baru

    ReplyDelete
  4. Anonymous8:47 AM

    salam tuan...tuan ade kat IJN dlm kul brape? nak sgt jumpa tuan..org tua saya pun kat IJN skrang ni..harap dpt berjumpa....

    ReplyDelete
  5. Anonymous10:54 AM

    cikgu bard..
    salam puasa... betul ke cikgu bard ni? apakah anwar tak pernah buat salah atau tak pernah buat tak elok? saya bukan org politik tapi ssya hanya nak tahu kalau dia yg tak pernah buat salah je,,

    evely said

    ReplyDelete
  6. hehe. tak sabar nak tunggu 16hb ni.

    ReplyDelete
  7. semoga ayah cekgu cepat sembuh untuk merayakan tarikh keramat 16 sept

    ReplyDelete