Monday, September 08, 2008

Umno yang makin melemah, Mesyuarat Agong keADILan Rembau yang pertama dan jejak fakir

Gambar : Penyerahan Borang ahli Umno Rembau masuk keADILan di Permatang Pauh. berjaket tengah Sdr. Adi, T.Ketua Pemuda Umno Cawangan, Cikgu Razak, serah borang dan Sdr. Yusof Tapa terlindung di belakang berbaju coklat.

Biarlah mereka tidak mengaku tetapi hakikatnya Umno makin melemah. Umno melemah kerana sikap 'keumnoan' yang makin menebal. Ego dan tamak kuasa. Pemilihan/mesyuarat Umno yang makin rancak kini hanya membincangkan 'kuasa' siapa nak pilih...siapa nak cantas... tiada lansung perbincangan masalah rakyat yang main terhimpit.

Lebih parah perebutan jawatan sudah melampaui rasa manusiawi...sudah simbah asid...tembak mati ...pukul dan baling kerusi sudah tidak pelik lagi.

Umno Rembau juga menerima nasib yang sama... hampir 150 orang ahli Umno Rembau sudah memohon menjadi ahli keADILan Rembau. Rata - ratanya kepimpinan peringkat cawangan, ramai juga dilaporkan ahli Umno yang malas sudah nak campur urusan parti tersebut. Kini Umno Rembau sudah melemah... ia hanya digerakkan menggunakan wang dan ugutan. Tanda ugutan dan wang serta perguna jentera kerajaan tidak akan ada program Umno berjalan.

Semasa kempen pilihanraya Permatang Pauh yang lalu, 68 ahli Umno di dalam DUN Kota, Rembau telah pergi ke Permatang Pauh. Yang menariknya mereka bukan pergi kerana berkempen untuk Umno tetapi pergi untuk menemui kepimpinan Parti Keadilan Rakyat dan kemudianya 68 orang ini telah menyerahkan borang keahlian Umno dalam satu ceramah "Selamat Tinggal Umno" yang diadakan di Kubang Semang. Di depan ribuan hadirin saudara Yusof Tapa, berucap mewakili kumpulan 68 ahli Umno telah istihar keluar Umno dan kemudian menyerahkan borang keahlian kepada Cikgu Razak, penyelaras keADILan Rembau yang kemudianya menyerahkan kepada Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail, Presiden keADILan.

Malangnya selepas pulang dari Permatang Pauh, Yusof Tapa telah di datangi beberapa teman pimpinan Umno setempat yang memohon agar Yusof Tapa membawa 68 yang memohon memasuki keADILan dan ramai lagi yang sudah mengisi borang keADILan untuk masuk ke beberapa mesyuarat Umno cawangan. Alasanya ialah jika tidak mesyuarat tersebut akan batal kerana tak cukup korum dan kepimpinan mereka (yang menemui Yusof Tapa) boleh tewas kerana pertembungan kuasa begitu hebat dalam Umno setempat kini.

keADILan Rembau 'disahkan' kewujudanya.

Berbeza dengan Bn tiap kali persempadanan semula urusan penubuhan bahagian baru akan dapat kelulusan segera. Sejak 2004 keADILan Rembau telah mewujudkan Penaja dan memohon untuk mendapat kelulusan pendaftar pertubuhan bagi menubuhkan keADILan Rembau. Namun setelah 4 tahun keADILan Rembau dinafikan hak untuk wujud sebagai entiti berdaftar, malah 2 pilihanraya terpaksa dihadapi tanpa kewujudan organisasi yang sempurna akhirnya hujung Julai sepucuk surat telah diperolehi dari pendaftar pertubuhan mengesahkan pendaftaran dan semalam telah berlansung dengan jayanya Mesyuarat Agong Pertama keADILan Rembau. Seramai hampir 500 ahli berdaftar sempat diuruskan pendaftarannya dan ribuan lagi keahlian yang masih 'pending' dan akan diuruskan secepat mungkin selepas ini.

che'GuBard yang cuba banyak kali untuk mengelak akhirnya terpaksa akur dengan desakan ramai untuk memegang amanah sebagai Ketua Bahagian Rembau yang pertama. Walaupun dewan pejabat sempit dan padat dengan kira kira 200 orang tetapi semua berjalan lancar dan tanpa pertandingan. Kecuali jawatan Timbalan pada peringkat awalnya terdapat dua pencalonan iaitu Cikgu Razak dan kak Aisah lamsah namun Cikgu Razak menjadi Timbalan selepas Kak Aishah Lamsah menarik diri. Segar, seorang pemilik syarikat pengangkutan dari Rantau pula dipilih menjadi Naib Ketua Bahagian. seramai 15 orang AJK telah di pilih yang mewakili semua DUN di dalam Parlimen Rembau dan dari perbagai kaum.

Dalam mesyuarat tersebut 4 usul telah dibawa iaitu
  • usul dalaman - mencadangkan kewujudan sistem cawangan dan perlunya ada sistem induksi (pengenalan) parti kepada ahli baru
  • usul luaran parti - perlunya parti serius mengadakan hubungan dengan kesatuan sekerja dan membawa isu - isu pekerja dengan lebih serius. perlunya parti meneruskan ketegasan dalam isu kaum dan agama dan jangan sesekali terperangkap dengan permainan kaum yang sempit yang dimainkan oleh Bn.

semua isu telah dibentangkan dan diterima tanpa bahas.

Dalam ucapan penangguhan che'GuBard sebagai Ketua Bahagian yang lalu telah menyentuh

  • penghargaan kepada semua tenaga 'penajaan' bahagian Rembau yang diketuai oleh sdr. Razali
  • penghargaan kepada semua petugas p/raya lalu, penyumbang dan pengundi
  • terima kasih di atas mandat dan kepercayaan yang diberikan agar dapat terus mendapat kerjasama kuat
  • Umno makin lemah kerena ego mereka, umumkan kemasukan Umno yang sudah memohon dan alukan lebih ramai lagi ahli parti komponen Bn untuk bersama
  • 16 September ialah agenda rakyat bukan agenda Anwar. Jika kerajaan tidak takut mereka tidak melarikan MP Bn untuk lawatan sambil belajar ke Taiwan.
  • Anwar boleh tunggu, parti boleh tunggu sampai pilihanraya akan datang tetapi rakyat yang sedang dihimpit kesusahan tidak mampu tunggu... negara makin hilang daya saing perlu diselamatkan... semua rakyat punya peranan... agenda 16 Sept. pasti akan berjaya dalam tahun ini juga.
  • nasihat kepada pimpinan Bn N.S jangan heboh Anwar nak ambil kerajaan persekutuan tetapi perlu sedar NS juga akan jadi negeri pertama akan tumbang selepas 16 Sept. keADILan sudah punya hubungan dengan lebih dari 4 ADUN Bn NS semenjak selepas PRU 12. PAKATAN hanya memerlukan 5 kerusi DUN sahaja lagi untuk mentadbir NS.

Jejak Fakir

Selepas Mesyuarat Agong, keADILan Rembau meraikan kehadiran Tn. Hj Syed Shahir, MPT keADILan yang juga Presiden MTUC. keADILan Rembau ucap terima kasih kerana sudi hadir untuk bersama. Tn Hj Syed Shahir telah berucap sebelum melancarkan Program Jejak Fakir Ramadhan 2008. Kemudian sudi menyampaikan bantuan kepada 10 orang fakir miskin. Bantuan berbentuk barang makanan dan wang tunai. Kemudian orang ramai berpusu - pusu ke depan untuk mengambil bubur lambuk percuma. Sebanyak 200 bekas bubur lambuk, 100 bekas kurma dan 100 bekas mee goreng telah diedarkan kepada hadirin dan dihantar ke Surau Taman Sri Rembau.

Untuk Program Jejak Fakir keADILan Rembau telah berjaya mengumpulkan sumbangan berjumlah RM2100.00 yang terdiri dari sedekah, wang zakat dan fitrah untuk disampaikan kepada golongan miskin dan memerlukan di Rembau dan sekitar N.S

7 comments:

  1. Anonymous7:10 PM

    Biasaler UMNO, mana ada mengaku kalau berduyun-duyun ahlinya keluar parti, yang penting banyak bukti mereka sedang lemah....

    Rakan2
    Jangan Lupa layari blog saya di http://khairilazuar.wordpress.com
    bagi komen setiap artikel yang saya tulis. …ada artikel baru

    ReplyDelete
  2. Syukur dan tahniah Bro Bad.. Harapan dan amanah Org2 Rembau amat tinggi waktu ini. Menjadi Ketua dlm satu parti seperti PKR adalah tanggung jawab yg perlu sempurna di samping wajib mempertahanankan kejujuran. Pengetahuan politik yg tinggi perlu jugak seiring dgn peradapan. Doa kami agar Bro Bad, bijak dan menyusun petadbiran secara berhemah dan sistematik. Ilmu politik dan pengalaman yg ada perlu jugak di kongsi bersama2 dgn PR yg ujud di NS ini. Kelemahan dan longgarnya hubungan antara pemimpin PR perlu di atasi dgn segera dan bijaksana. Ingat Bro.. Jawatan adalah amanah dan bukan inginkan populariti. Susun semula kerja2 parti terutama petadbiran AMK NS. Buang segala andaian yg negatif dan taupkan semula sifat kekeluargaan. Jangan kita terlalu membiarkan DSAI keseorangan mengurus kerja2 Parti.@@ PAKTAM JEMAPOH @@ http://jemapohku.blogspot.com

    ReplyDelete
  3. BERJAYAKAH ANWAR BENTUK
    KERAJAAN PAKATAN RAKYAT PADA 16hb SEPT INI?

    BERIKAN UNDIAN ANDA DI SINI
    http://kerajaanrakyat-news.blogspot.com/

    ReplyDelete
  4. Anonymous6:49 AM

    salam...
    hello////kalau banjir di Kedah dan Pulau Pinang tu..parti pembangkang lah yg kena pergi jenguk.. itukan kawasan depa. Jgn nak suruh org BN je gi tengok dan jengok.
    MB Selangor pun tak gi jenguk sb buang masa katanya.

    Dia org MP penang dan MP kedah pi la tengokKalau di Kedah, MP Jerlun dia pi la jenguk sb kawasan dia snediri. Jgn nak lepas tangan je bila dah berkuasa.

    dr penduduk Selangor

    ReplyDelete
  5. ye ke 500 org?...aku kira 5ribu...heheheh..
    camne pun tahniah atas pelantikan...kami rakyat sendayan (peti undi paling ulu dalam parlimen rembau)dah tak sabar-sabar nak lihat PR berkuasa...mat asan dah temberang tanah kami!...

    ReplyDelete
  6. Anonymous11:23 AM

    Salam chegu Bard,

    maaf tak dapat hadir AGM, saya baru buka kedai @ kelas komputer dan x menang tangan nak uruskan sorg diri.. kena keje gak hari Ahad.. tgk2 jam dah pukul 4pm.. tak sempat nak pegi.. apa pun, syabas dan tahniah diucapkan kpd chegu bard dan ahli2 PKR Rembau semua sekali..

    ReplyDelete
  7. Anonymous1:38 PM

    tahniah..... che'GuBard icon anak muda 'reformasi'...

    aku pelik ramai dalam parti juga kata macam macam kat dia tapi bagi aku ramai dengki kerana tak mampu buat macam dia...

    bard teruskan !!! kamu juga telah lahirkan ramai anak muda rembau yang ke depan !!! Rembau jangan jadi macam Jasin

    ReplyDelete