Monday, September 22, 2008

gambar dari Jejak Fakir - 20 & 21 Sept.2008

Atas semangat Ramadhan dan atas kepercayaan teman - teman yang menghulur derma dan memberikan kepercayaan untuk menyampaikan zakat maka keADILan Rembau terus menjejak golongan terpinggir yang amat memerlukan.

20 September 2008, di rumah Sdr. Jalil, bertempat di Felda Hutan Percha, Melaka (dalam DUN Machap) telah diadakan Majlis Berbuka Puasa dan penyampaian bantuan zakat. Seramai 7 orang penerima terdiri dari ibu tunggal, pesakit parkinson yang hilang punca pendapatan untuk menanggung keluarga dan keluarga yang dihimpit kemiskinan. Sumbangan makanan dan wang tunai adalah dari Tabung Jejak Fakir dan sumbangan Bahagian Alor Gajah. Turut hadir sama ialah Ginie Lim (bekas calon DUN Machap) dan beberapa pimpinan bahagian seperti Abu Bakar, Yusof Saad dan Hj Syarif. Selepas berbuka puasa, solat Maghrib berjemaah rombongan cheGuBard terus bertolak ke Masjid An Naim,Durian Tunggal untuk t
arawikh dan kemudian menghadiri ceramah umum yang diadakan di kawasan berhampiran.

21 September 2008, bermula seawal selepas Zuhor, Konvoi Jejak Fakir yang turut disertai Cikgu Razak (Timbalan Ketua Bahagian Rembau), Sani dan Zairul (Penyelaras AMK Rembau), Norazizi Aziz (setiausaha bahagian), Yusof Tapa (Penyelaras DUN Kota) dan turut bersama ialah kumpulan aktivis Persatuan Ibunita Rembau.

Destinasi konvoi Jejak Fakir kali ini ialah Kampung Seberang Batu Hampar, Rembau dalam DUN Chembong. Kampung ini kononya ialah kawasan paling kuat Umno di DUN ini kerana ia kampung ADUN Chembong
.

Kampung ini kami pilih kerana antara tempat yang banyak mendapat rungutan mengenai aduan dan kesusahan rakyat yang tidak diambil peduli. Walaupun mereka mengakui mengundi Bn kerana terpesona dengan janji kampung tersebut akan mendapat perbagai keistimewaan kerana YB orang kampaung tersebut..... tetapi bukan keistemewaan yang diperolehi malah rakyat yang datang mengadu tidak mendapat layanan.

9 keluarga yang hampir kesemuanya terdiri dari warga tua dilawati, bantuan makanan dan sedikit wang tunai di agihkan kepada 9 keluarga yang dilawati.

Jam 6.00 petang tiba di Felda Sendayan. Bertempat di rumah Sdr. Mustafar telah diadakan Majlis Berbuka Puasa, Agihan Bubur Lambuk Percuma dan penyampaian bantuan zakat.

Majlis yang dimulakan seawal 5.00 petang menyaksikan Mesyuarat Penubuhan JDM Seri Sendayan dan JDM Felda Sendayan. Selepas itu 6.00 petang sebanyak 200 pek bubur lambuk diagihkan. Majlis berbuka puasa bersama Jawatankuasa JDM Sendayan, JDM Seri Sendayan dan Jawatankuasa Bahagian Rembau turut disertai penduduk setempat.

Selepas solat Maghrib penyampaian bantuan disempurnakan kepada dua keluarga yang memerlukan. Selepas solat tarawikh bersama penduduk setempat di Surau Sendayan kesempatan berkumpul digunakan untuk melansungkan Mesyuarat Pertama AJK Bahagian Rembau. Dalam Mesyuarat ini telah diumumkan beberapa nama untuk mengisi beberapa jawatan lantikan.











p/s : kami bertemu dengan seorang warga emas yang mengalami parkinson menggunakan 4 keping lampin pakai buang sehari. Dia dijaga oleh anak perempuanya yang tidak bekerja. Menantunya yang bekerja sebagai pemandu lori turut menanggung 4 orang anak yang sedang bersekolah. Sesiapa dermawan yang sudi menderma lampin pakai buang dewasa saiz L diharap tampil untuk menyumbang.

6 comments:

  1. Anonymous12:12 AM

    Lets Abolish ISA = IKUT SUKA AKU!!!

    Lets see the news...

    A Step To Abolish ISA By 18 people 废除内安法令的第一步

    ReplyDelete
  2. Anonymous8:58 AM

    nape perlu ada lambang keadilan? sedangkan derma dr seluruh ahli serta bukan ahli. Maaf la, ape kata kite ikhlas je tanpa sebarang parti? maaf jika silap betulkan. mksdnya kite sama je dgn puak umno. Cuba ikhlaskan hati.. yg mereka undi adlh dgn izin Allah mereka mengerakkan jari mereka. Salam perjuangan.

    keramat, lrg kiri 16

    ReplyDelete
  3. Anonymous2:34 PM

    wahai 'pengkomen' diatas.... orang yang beri itu tentu dah tahu yang mereka beri pada keadilan untuk sampaikan bantuan zakat mereka ....

    tetapi cuba tanya pada pusat zakat atau baitulmal ... bagaimana pula wang yang dikutip atas nama pusat zakat sampaikan dengan siap bendera umno dan wang zakat juga digunakan untuk anjur majlis sampai bantuan zakat atas nama umno... itu lagi seleweng...

    cikgu teruskan usaha.... saya orang rembau baru tukar mengundi di rembau dengan harapan next election boleh undi cikgu....

    ramai orang rembau mula terkilan tak dapat cikgu sebagai MP rembau... tetapi kerana nak sgt undi umno tapi dapat KJ yang sombong.....

    ReplyDelete
  4. Anonymous12:56 PM

    Betul tu aku sokong....orang yang salurkn untuk cikgu agihkan tu dah tentu tahu yang cikgu ni orang keadilan tapi yang orang umno pakai rm baitulmmal dan pusat zakat tu buat program agih zakat rentang bendera umno kat masjid tu apo namo eh..

    ReplyDelete
  5. Anonymous10:40 AM

    aku sokong..kalo nak beramal tak payah pakai parti.. org dah tau sapa chegu bard..so kalo bagi memang ikhlas..kalo ada logo parti nie rasa macam xbest lak.

    ReplyDelete
  6. dua dua pendapat tu betul.Dalam memberi mesti ikhlas kalau kita nak beri pakai logo nampak macam tak ikhlas sama je macam umno, rasuah tu !!dah tu menggalakkan golongan yang menerima jadi lebih oppoturnist.Derma gerak kerja kebajikan sosial adalah ikhlas berbanding gerak kerja politik mesti ada balasan.

    ReplyDelete