Dalam buku Kisah Singapura yang ditulis oleh Lee  Kuan Yew beliau ada mengatakan bahawa Syed Jaafar Albar adalah seorang tukang  pukul dan berasal dari Indonesia tetapi mempunyai darah Arab. Lee Kuan Yew turut  mengatakan bahawa Albar adalah seorang penghasut besar dan di perakui olehnya  sebagai seorang bersikap perkauman. Apa pun pandangan Lee Kuan Yew terhadap  Albar hanya menunjukkan bahawa Albar diakui sebagai seorang pejuang pada  zamannya. Didalam UMNO, Albar bukan sahaja tertulis pernah menjadi Ketua Pemuda  UMNO yang terpenting tetapi juga sebagai seorang yang berprinsip.
Bila  Tunku Abd. Rahman Putra (Almarhum) mengeluarkan Singapura dari Malaysia di tahun  1965, beliau terus menentang tindakan tersebut kerana tiada bersetuju dengan  Tunku, sehingga sanggup meletakan jawatan sebagai Timbalan Menteri Penerangan  dan juga Setiausaha Agung UMNO. Sejarah juga mencatat kisah Albar yang menentang  pemecatan Dr Mahathir Mohamad selepas peristiwa 13 Mei 69, oleh Majlis Tertinggi  UMNO. Walaubagaimana pun beliau jugalah orangnya yang bermatian menentang  kemasukan semula Dr Mahathir Mohamad oleh Tun Razak setelah dibuka jalan oleh  Datuk Harun Idris untuk menerima Dr Mahathir Mohamad semula di dalam  UMNO,
Hari ini selepas 40 tahun anaknya Syed Hamid Albar yang memegang  jawatan Menteri Luar yang mana pada asalnya tidak diterima oleh Sultan Johor  untuk bertanding di Benut tahun 1986. Tetapi dengan inisiatif Dr Mahathir  Mohamad, beliau dapat memujuk Sultan Johor, agar dipersetujui untuk beliau  bertanding di Kota Tinggi, kawasan lama bapanya dahulu bernama Panti pada tahun  1990.
Mungkin Dr Mahathir Mohamad juga mudah lupa akan sikap bapanya Syed  Jaafar Albar berhubung permohonan beliau untuk menjadi ahli UMNO semula dengan  melantik anaknya menjadi Menteri, itu pun atas cadangan Abd Ghafar Baba yang  semasa itu adalah Pengerusi Perhubungan UMNO Wilayah Persekutuan kerana beliau  adalah Ketua UMNO Bahagian Bukit Bintang yang sewaktu itu tidak terdapat seorang  pemimpin UMNO menjadi Menteri mewakili Wilayah Persekutuan.
Malangnya  dalam satu perjumpaan orang UMNO di UKM, Syed Hamid Albar selaku Menteri Luar  dalam ucapan seperti tidak mengambil kira apa yang pernah dilakukan oleh Dr  Mahathir Mohamad sehingga beliau berjaya dalam kedudukan beliau sekarang ini.  Beliau bukan sahaja tidak berusaha untuk menggunakan cara-cara diplomat supaya  peserta tidak mengambil peluang bagi menghentam Dr Mahathir Mohamad tetapi  beliau juga semacam menggalakkan dan membiarkan peserta untuk menghentam Dr  Mahathir Mohamad.
Selaku Menteri Luar, beliau mestilah menggunakan secara  diplomasi jika hendak sangat mempertahankan bossnya yang ada sekarang ini.  Sekarang semua orang jadi hairan akan sikap anak dan bapak, maka tidak silaplah  bila semua orang mengatakan bahawa bapanya diakui Singa UMNO tetapi anaknya  hanya sekadar anak singa sirkus yang mana boleh dilatih untuk menghibur. Maka  dalam kes ini hilanglah peribahasa Melayu, kemana tumpahnya kuah kalau tidak ke  nasi. Jauh bezanya pendekatan bapanya dengan isu Singapura sewaktu itu dengan  isu Singapura hari ini. Maknanya kalau melihat cara Syed Hamid Albar dalam isu  jambatan setaraf dengan iklan biskut, sekejap buat, sekejap jangan buat, lepas  tu buat, kemudian itu batal. Jelaslah Syed Hamid Albar kalau nak diambil  perkataan yang agak manis sikit.. dia sebenarnya bau badan Syed Jaafar Albar pun  tak ada.. walau pun dia anak lelaki Syed Jaafar Albar.
Kini semua orang  ber-gosip tetapi tidak bertanya dan bila orang bertanya dengan soalan ini kepada  Syed Hamid Albar, "nak tanya betul/benar keluarga YB Ds Dtk dan Pak Lah terlibat  dalam penjualan pasir dengan Singapura dan adakah benar hendak ditandatangan  perjanjian itu?", jawapannya adalah seperti berikut, "Saya tak pernah cari  rezeki daripada pasir. Saya bertanggungjawab memberi syor pada kerajaan untuk  membatal export pasir ke Singapura". Baca soalan dan kemudian baca  jawapan.
Maka kesimpulan Menteri Luar tidak menjawab soalan, sepatutnya  jawapan ringkas yang sepatut diberi ialah " saya tidak terlibat sama sekali".  Hairan, siapa pula yang menyoal samada dia makan atau tidak rezeki pasir?. Orang  ramai akan terus buat andaian sendiri samada benar atau tidak, tetapi jawapan  akan diperolehi adalah serupa dengan kes kenaikan harga minyak yang dikatakan  untuk membantu perkhidmatan pengangkutan awam, tetapi digunakan semata untuk  membayar dengan cepat kepada Scommi syarikat milik anak Perdana Menteri yang  kuat menentang rasuah dan tidak ada kroni, sebagai pembekal utama semua gerabak  keretapi, bas dan mungkin sampai keperingkat pensil dalam syarikat GLC  pengangkutan.
Sebagai contoh yang nyata sekarang kesemua pembekal kertas  komputer yang dahulunya dibekalkan oleh beberapa syarikat bumiputra sudah  bertukar tangan diberikan kepada syarikat yang ada hubungan dengan keluarga  Abdullah Ahmad Badawi secara menopoli dan berpuluh syarikat pembekal kertas  terpaksa tutup kedai dan ini menyumbang kepada indek penganggur Melayu dan bakal  bangkrap.
Pemimpin UMNO sekarang sudah  jadi macam orang primitif, nampak tunggul disangka hantu, baru main-main kata  nak sambut Dr Mahathir Mohamad, sudah mengelabah, talifon sana talifon sini,  supaya jangan datang. Kalau real tunggul jadi hantu, tak tahu kita macam mana  mereka nak hafal ayat kursi kerana jangan sampai ada pemimpin pemuda, baca  fatiha pun dalam bahasa Inggeris.
 
 
 
Excellent article bard..keep up the good work! btw, nice looking blog..:)
ReplyDelete