Friday, January 26, 2018

UGUTAN SAMAN : CABAR XAVIER SAMAN DAN KARTEL AZMIN MAIN PANIK

CATATAN UMUM
26 Januari 2017

UGUTAN SAMAN : CABAR XAVIER SAMAN DAN KARTEL AZMIN MAIN PANIK LANCAR SERANG PERIBADI

1. Tidak sampai 1 jam dinaikkan di Facebook butiran pendedahan mengenai jenayah Sindiket Pasir kaitan Kartel Azmin Ali juga tidak sampai 24 jam dinaikkan butiran pendedahan mengenai akaun bank, milikan saham, milikan hartanah dan harta Azmin Ali dan isteri, akaun Facebook saya telah dibekukan dan posting tersebut dipadam oleh pemilik atau pengendali facebook. Tindakan ini menunjukkan betapa panik mereka kartel Azmin ini. Ini belum berkuasa sudah ingin menyekat media, bayangkan jika mereka ini menguasai kerajaan sepenuhnya pasti saya yang mendedahkan korupsi ini akan dipenjara tanpa bicara (ISA).






2. Bukan satu rahsia dibawah kartel Azmin wujud cybertrooper berbayar dan setiap orang mengendalikan berpuluh akaun fB palsu. Mereka inilah menggunakan ratusan akaun membuat aduan serentak kepada pengurusan Facebook sehingga akaun saya dibekukan dan pendedahan tersebut dipadamkan. 

3. Malah lebih teruk lagi paniknya kartel Azmin Ali telah menggerakkan serangan peribadi ke atas saya bagi mengalihkan isu pendedahan. Contohnya semalam saya menerima pesanan whats app dari salah seorang Ketua Cabang PKR. Dia memaklumkan bahawa dalam Group Whats App yang diwujudkan bagi menghubungkan Ketua Ketua Cabang PKR yang dia juga ada salah seorang penjilat kuat Azmin iaitu Fauzi Ketua Cabang PKR Sungai Besar melalui nombor 017 - 3030346 telah menyebarkan gambar saya yang sedia diedit kononya duduk rapat bersandar dengan seorang wanita.

Saya jelaskan gambar tersebut pernah digunakan oleh cybertrooper berbayar Umno Bn yang setelah terputus elaun di sebelah Bn telah masuk PKR kini dan dibayar sebagai cybertrooper PKR pula. Gambar sama digunakan ketika dia dalam Bn dan kini dia gunakan semula ketika dia dalam PKR malah diedit dengan lebih jijik dan dimasukkan unsur fitnah.

Saya jelaskan gambar tersebut diambil secara curi ketika di Hard Rock Cafe di Pulau Pinang yang mana ketika itu saya hadir menonton konsert seorang artis negara jiran. Bersama saya beberapa teman termasuk seorang teman wartawan hiburan media perdana tanah air. Gambar saya sengaja diedit sebegitu rupa dengan merapatkan kedudukan. Ini sangat jahat dan ramai yang biasa hadir ke cafe tersebut pasti mengetahui ia merupakan sebuah cafe yang terbuka.

Namun nampaknya PKR sudah menjadi sama menggunakan serangan peribadi dan fitnah bagi mengalihkan isu. Presiden PKR sendiri harus menjawab dan bertanggungjawab dengan politik jijik seperti ini. Konon siap anjur himpunan bagi menolak politik kotor seperti ini tetapi Ketua Wanita kamu terlibat menanggung penfitnah siber malah Ketua Cabang PKR sendiri bermain politik jahat.



 4. Juga bagi mengalihkan isu yang didedahkan  dan laporan yang dilakukan termasuk mengaitkan namanya, Xavier Jeyakumar, Adun PKR Seri Andalas dalam keadaan panik telah dilaporkan beberapa media membuat penafian dengan ugutan saman. Ini bukan kali pertama Xavier panik dengan menyatakan perkara yang sama. Pernah ketika saya dedahkan mengenai wujud akuan bersumpah oleh beberapa Adun Selangor termasuk dirinya yang mengkhianati Pakatan Harapan dan Presiden PKR dalam proses menamakan Wan Azizah sebagai calon MB tunggal, dimana ketika itu Xavier juga menyatakan ugutan saman bagi menutup isu tetapi hakikatnya sehingga kini tidak ada saman pun. Kini saya dengan serius mencabar dalam kes pendedahan sindiket pasir ini saya mencabar Adun PKR ini saman saya atau terbukti anda penakut dan sangat hipokrit dalam bercakap soal integriti dan korupsi.

5.Kamu gunakan polis membuat laporan ke atas saya tidak mengapa saya sudah biasa dan saya hadir ke IPD Shah Alam merakam percakapan malah saya sedia lebih buruk dari itu. Kamu gunakan semua cybertrooper berbayar untuk menfitnah saya serta keluarga saya sudah biasa malah kali ini saya sedia untuk fitnah dan serangan peribadi yang lebih hina lagi. Pemimpin PKR utama termasuk Presiden bisu itu seperti saya sudah jangka namun saya tidak akan berhenti. Saya telah katakan fail - fail korupsi yang saya ada saya telah serahkan kepada beberapa pimpinan utama pemimpin PH namun semuanya bisu. Itulah kelucuan bagi saya konon kamu ingin mengawal Mahathir setelah menjadi PM , dalam hal ini Azmin hanya MB sahaja pun sudah membisukan kamu , bagaimana pula nanti bila Mahathir menjadi PM ?

Tidak saya nafikan memang ada ramai juga pimpinan pusat, pimpinan cabang PKR dan parti komponen PH menghubungi menyatakan sokongan itu saya ucapkan terima kasih. Saya juga rakamkan terima kasih kepada mereka disekeliling saya khususnya keluarga besar SAMM yang sangat membantu memberikan inspirasi berjuang. Saya tidak ada duit sekaya kartel Azmin untuk membayar tukang fitnah yang ramai tetapi saya ada ramai yang ikhlas berjuang demi melihat negara yang telus dan berintegriti.

"PERJUANGAN ADALAH PELAKSANAAN KATA - KATA"


 che'GuBard
Pengasas Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM)

** bekas MPP PKR, bekas Ketua Cabang PKR Rembau dipecat kerana mendedahkan korupsi kaitan kartel Azmin Ali

jemput klik dan baca 





LAPORAN SPRM MENGENAI PECAH AMANAH, KORUPSI PIMPINAN PKR SELANGOR BERKAITAN PERLOMBONGAN PASIR

gambar sebelum membuat laporan SPRM Putrajaya

KENYATAAN MEDIA
25 Januari 2018

LAPORAN SPRM  MENGENAI PECAH AMANAH, KORUPSI PIMPINAN PKR SELANGOR BERKAITAN PERLOMBONGAN PASIR

Saya membuat laporan SPRM kerana telah menerima satu set dokumen yang setelah disusun dan diteliti ternyata terdapat unsur korupsi, pecah amanah, salah guna kuasa dan kedudukan bagi memperolehi laba dan keuntungan.

Laporan dibuat ke atas
•Azmizam Zaman Huri yang merupakan Penyelaras ADUN Perlabuhan Kelang bagi Kerajaan Negeri Selangor, Naib Ketua PKR Kota Raja dan juga merupakan Ahli Majlis Pimpinan Pusat PKR, penama juga dikatakan bakal calon PRU boleh menang PKR di DUN Perlabuhan Kelang
•xxxxxxxxxxx xxxxxxxx xxxxxxxxxxxxxxxxx
•Norashikin Bin Selamat, AJK PKR Kota Raja
•Muhamad Khushairi, AMK PKR Kota Raja yang juga kakitangan Pejabat KADUN Kota Raja.
•Norazlina Binti Mohd Ali (no.  K/p :  690604- 10- 6270)

Penama – penama di atas bersama beberapa individu yang lain yang boleh dikesan melalui dokumen dan gambar dilampirkan telah mengggunakan kedudukan dalam Parti Keadilan Rakyat Selangor serta Kerajaan Selangor bagi mengambil duit bagi tujuan ‘melobi  (baca : rasuah) untuk dapatkan hak melombong pasir’ dan memperdayakan orang ramai. Setakat ini 3 syarikat telah diperolehi rekodnya serta laporan ini turut dikepilkan rekod perbankan yang diambil dari dua syarikat serta beberapa individu.

Sebahagian dari penama telah menggunakan kedudukan politik dan dalam kerajaan negeri bagi memalsukan surat berkaitan kerajaan negeri yang mana surat ini juga dilampirkan. Bukan satu surat dipalsukan tetapi banyak dan dipalsukan dari perbagai agensi dan pihak. Disyaki dan amat diyakini wang yang diambil adalah antaranya bertujuan bagi tujuan menyogok pihak yang berkuasa dalam kelulusan pasir. Bukan sahaja jenayah korupsi namun jenayah pemalsuan dan penipuan juga dilakukan oleh sindiket ini.

antara sebahagian bukti gambar pertemuan sindiket
pasir gambar di bilik mesyuarat bangunan SUK Selangor
Bersama laporan hari ini juga saya sertakan salinan laporan polis no.report BANTING/002198/17 yang telah dibuat pada 10 Mac 2017 mengenai perkara ini oleh mangsa yang diperdaya untuk membayar ratusan ribu kononya bagi menjamin syarikatnya mendapat hak melombong pasir (rekod bayaran juga disertakan). Namun sangat kecewa setakat ini laporan ini kelihatan tidak bergerak dan laporan SPRM hari ini mendesak  disiasat adakah kerana ada tangan ghaib yang melindungi kes ini dan kerana itu ia didiamkan.

Rekod dokumen dan gambar yang disertakan jelas sindiket ini menggunakan premis – premis kaitan PKR dan Kerajaan Negeri untuk menjalankan modus operandi :
•           premis Ibu Pejabat Parti Keadilan Rakyat di Tropicana Damansara
•           pejabat Exco kerajaan negeri Selangor
•           premis pejabat dalam bangunan SUK Kerajaan Negeri Selangor
•           pusat khidmat rakyat Ahli Dewan Undangan Negeri Perlabuhan Kelang
•           pejabat PKR Cabang Kota Raja

Kegiatan jenayah korupsi, memperdaya dan pecah amanah serta pemalsuan ini telah diketahui lebih dari setahun tetapi bukan sekadar didiamkan malah dilindungi penjenayahnya. Antara terlibat melindungi ialah

•YB Suhaimi Shafie, ADUN Seri Muda Setiausaha Politik Menteri Besar Selangor yang juga merupakan Timbalan Ketua Cabang Kota Raja. Dia juga dikatakan punya kaitan persaudaraan  dengan Azmizam yang dinamakan lebih awal
•YB Dr. Xavier Jayakumar, ADUN Seri Andalas, Ketua Cabang Kota Raja yang juga merupakan bekas Exco Kerajaan Negeri Selangor
•dan ramai pimpinan kerajaan negeri termasuk pimpinan anak syarikat KKSB iaitu entiti yang diberi hak mengawal selia perlombongan mineral di Selangor

Laporan hari ini juga dibuat ke atas individu di atas kerana melindungi kegiatan jenayah yang dinyatakan.

Bukan itu sahaja kumpulan dan sindiket yang dilindungi dalam PKR dan Kerajaan Negeri Selangor ini turut menubuhkan sebuah syarikat penyamaran dengan nama KUMPULAN SEMESTA PLT bagi mengutip wang haram dan juga tujuan memperdayakan. Syarikat ini mengutip wang dan diyakini bagi tujuan rasuah bagi mendapatkan kelulusan lombong pasir.

Meneliti kemewahan (tiba – tiba) kehidupan sesetengah penjawat jawatan dalam PKR dan Kerajaan Negeri yang dikait sindiket ini maka sangat diyakini jumlahnya jauh lebih besar dari rekod rekod yang kami temui dan melibatkan ramai lagi pihak.

Amat mengharapkan siasatan dan tindakan tegas serta serius dari pihak SPRM. Saya merasakan sangat kecewa kerana dalam proses pengumpulan maklumat yang dilakukan antara alasan yang jenayah seperti ini didiamkan ialah kononya salah satu transaksi besar wang haram ini digunakan oleh salah seorang penama di adukan untuk menanggung perbelanjaan membawa petugas PKR ke Pilihanraya Negeri Sarawak. Ini sangat memalukan kerana wang haram dalam politik sudah tidak boleh dibezakan dan nama perjuangan serta rakyat hanya mengaburi mata.

Hari ini bersama laporan diserahkan hampir 300 muka surat dokumen yang terdiri dari dokumen perjanjian, surat tawaran, gambar – gambar berkaitan, dokumen transaksi bank, salinan laporan polis dan yang paling menarik ialah surat akuan bersumpah yang terlibat mendedahkan sebahagian kegiatan sindiket ini. Pihak kami juga telah berjaya memujuk dan menampilkan beberapa saksi yang sedia memberikan kerjasama membantu SPRM.

Untuk pengetahuan semua kegiatan korupsi dalam negeri Selangor ini perbagai, sindiket yang didedahkan ini hanya kumpulan koruptor kecil dibawah paying Kartel Azmin Ali. InsyaAllah mingguan akan dilakukan. Set laporan ini telah diperolehi oleh beberapa pimpinan PH lebih awal namun semua membisu malah lebih menyedihkan apabila ada yang menasihatkan kami supaya berdiam dulu kerana PRU sangat hampir dan takut hilang undi. Maka menjadi amat lucu apabila pihak PH mengatakan akan mengawal bekas dictator yang akan diberi kuasa semula. Bagaimana nak kawal Mahathir jika jadi Perdana Menteri, nak kawal Azmin dan kartelnya yang baru jadi MB pun jelas tak mampu.

che’GuBard
Pengasas Solidariti Anak Muda Malaysia


** merupakan bekas Ahli Majlis Pimpinan Pusat PKR, Bekas Ketua Cabang Rembau, Bekas ahli seumur hidup PKR yang dipecat sebelum ini kerana mendedahkan korupsi kaitan Timbalan Presiden PKR

** dalam satu nama yang tertera kemudian dipadamkan dalam kenyataan media (tetapi wujud dalam laporan kerana menghormati kesediaannya untuk bekerjasama


Tuesday, January 23, 2018

KARTEL AZMIN MENGGUNAKAN POLIS MENEKAN PENDEDAHAN KERAKUSAN DIA DAN KARTELNYA






πŸ‘†πŸ‘†video yang dimaksudkanπŸ‘†πŸ‘†

KENYATAAN MEDIA

(dibacakan di hadapan IPD Shah Alam)

23 Januari 2018

KARTEL AZMIN MENGGUNAKAN POLIS MENEKAN PENDEDAHAN KERAKUSAN DIA DAN KARTELNYA

1.       Pada 9 Januari 2018 yang lepas saya telah membuat satu ‘live fB’ yang kemudian terakam secara automatik dan kini masih boleh di akses di https://www.facebook.com/chegubard/videos/2213728815319292/ dengan tontonan hampir 30,000

2.       Pada 17 Januari 2018 saya telah dihubungi oleh Jabatan Siasatan Jenayah IPD Shah Alam meminta kerjasama saya untuk hadir secara sukarela ke IPD Shah Alam bagi tujuan merakam percakapan kerana ada laporan polis ke atas saya. Melalui maklumat kemudian saya dimaklumkan bahawa sekurang kurangnya 3 laporan polis telah dibuat ke atas saya berkaitan rakaman yang saya maksudkan di atas.

3.       Live fB yang saya buat pada 9 Januari 2018 lepas selama 53 minit mengandungi pendedahan mengenai  kelicikan kejahatan politik Azmin Ali. Tanpa berselindung saya dedahkan kewujudan dan butiran kertas siasatan BPR 1996 ke atas Azmin ali termasuk akaun bank milik Shamsidar Taharin isteri azmin dan selepas itu Azmin tidak didakwa dan ditahan kerana dia menjadi pintu kebocoran pejabat Anwar untuk "serangan Mahathir"

Saya juga mendedahkan peristiwa Wan Azizah dan Azmin bertemu Koffi Annan (ketika itu S/U Agong PPB) di mana Azmin cuba batalkan saat akhir kerana kecewa gagal mendapat sokongan Wan Azizah bagi mempengaruhi ahli perniagaan dunia yang mengaturkan pertemuan ketika itu.

4.       Rakaman tersebut juga saya ungkapkan kisah sebenar langkah Kajang bagaimana permainan pintu belakang Azmin dan Istana, peranan azmin dan Mahathir dalam mempercepatkan kes Anwar, azmin menemui Hadi sehingga Pas mengeluarkan senarai calon sendiri termasuk mencalonkan Azmin, peranan  taikun kaya sebalik rundingan air Selangor yang mempengaruhi sehingga PKR bertindak sedemikian terhadap Khalid Ibrahim juga kenapa Adun Kajang  letak jawatan tiba – tiba ?  Akhirnya saya juga dedahkan bagaimana permainan licik jahat Azmin disebalik kekecohan calon Perdana Menteri Pakatan Harapan yang masih tidak selesai.

5.       Pendedahan saya ini bukan berselindung atau sekadar sindiran saya sebut secara berfakta malah yang utamanya ialah mengenai bukan sekarang tetapi sejak 1995 wujud kemasukan ke akaun isteri Azmin bernilai lebih RM7.2 juta selain milikan saham, hartanah dan kenderaan yang sangat tidak bersesuaian dengan gaji mereka.  Azmin terkait korupsi sejak sebelum 1998. Namun pendedahan sebesar ini diselindungkan dengan laporan polis kononya saya biadap dengan Istana Selangor apabila saya menyebut beberapa kali mengenai Istana dan Azmin khususnya dalam isu lantikan menteri dan projek dengan nilai mengarut selepas Azmin menjadi Menteri Besar.

6.       Perlu saya rakamkan yang menyebut kaitan Istana dengan projek nilai mengarut contohnya Cat Gerbang Darul Ehsan bukan saya tetapi saya ambil dari kenyataan ADUN Taman Medan YB Haniza Talha sendiri. Pada 16 Disember  2016 saya telah dedahkan mengenai pembaziran RM10juta wang rakyat hanya untuk cat semula pintu Gerbang Darul Ehsan. Panik dengan respon rakyat yang sangat marah ketika itu maka Haniza Talha telah mengeluarkan kenyataan rasmi malah turut saya akan serahkan pada pihak polis beberapa prinscreen dari media sosial bagaimana beliau sendiri termengah mengah membela pembaziran Azmin dengan mengaitkan projek mengecat gerbang itu dengan Istana. Malah bukan itu sahaja dia menipu mengatakan projek itu tidak menggunakan wang rakyat sebaliknya wang derma yang mana selepas siap nama penderma akan dipamerkan pada tiang gerbang berkenaan. Jelas sehingga kini tidak ada nama penderma yang diumumkan jauh sekali diletakkan di gerbang itu sedangkan yang jelas wang rakyat terbazir begitu sahaja. Untuk makluman semua kos projek naik taraf (mengecat) Gerbang Darul Ehsan setelah siap diumum sendiri oleh Kerajaan negeri bukan sekadar hampir RM10juta tetapi RM12juta.

7.       Saya sedia tampil bertanggungjawab atas pendedahan saya. Namun tindakan ini menunjukkan betapa Kartel Azmin Ali berjaya menjadikan PH itu sangat sama dengan Bn yang kita lawan selama ini malah dalam beberapa segi jauh lebih teruk. Taktik berlindung disebalik sentimen Istana dan menggunakan kuasa polis dan sebagainya taktik lapuk menunjukkan dia sangat tertekan. Sejak 1998 hingga hari ini rekod saya lebih 30 kali tangkapan polis, jumlah hari tidur dilokap lebih sebulan, 7 kes mahkamah malah sehingga kini ada yang belum selesai sama sekali menguatkan saya untuk terus berdiri teguh memerangi korupsi dan kejahatan pentadbiran yang dilakukan oleh siapa sahaja.

8.       Namun saya sangat kecewa dalam perihal korupsi kaitan Azmin semua pemimpin PH bisu, ini mengundang rasa lucu apabila ada yang berkata PH akan mengawal Mahathir bila menjadi PM nanti. Bukti jelas Azmin baru menjadi Menteri Besar pun telah membisukan hampir semua pimpinan walaupun hakikatnya ramai pimpinan secara peribadi yang saya temui mengakui kejahatan Azmin Ali. Rekod jelas saya sendiri dipecat dari PKR kerana saya mendedahkan korupsi kaitan kartel Azmin Ali, ketika saya membawa semua rekod korupsinya dibentangkan dihadapan jawatankuasa disiplin PKR mereka sendiri tidak mampu jawab malah bersetuju dan mengakui berlaku korupsi.

Sekian ;

che’GuBard
Pengasas Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM)

*bekas ahli Majlis Pimpinan Pusat, bekas Ketua PKR Cabang Rembau juga bekas anggota seumur hidup PKR yang dipecat kerana mendedahkan korupsi kaitan kartel Azmin Ali


sebahagian dari dokumen yang menjadi rujukan pendedahan saya.



Monday, January 22, 2018

Sidang media : cheGuBard dipanggil ke IPD Shah Alam

cheGuBard dipanggil ke IPD Shah Alam untuk rakaman percakapan ekoran 3 laporan polis oleh PH kerana video live fB  (pls click https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=2224655014226672&id=100000465851843 ) yang mendedahkan kelicikan kejahatan politik Azmin Ali

Sehubungan dengan itu cheGuBard akan hadir ke IPD Shah Alam bagi tujuan rakaman percakapan oleh Jabatan Siasatan Jenayah PDRM.

Semua pihak media dijemput ke Sidang Media khas :
23 Januari 2017 (Selasa) , 11.00 pagi, hadapan IPD Shah Alam
Wartawan akan dibekalkan semua dokumen berkaitan khususnya mengenai data akaun bank serta milikan saham Azmin dan Isterinya.

Sebarang pertanyaan boleh hubungi 0192555452