Monday, April 23, 2012

Kenyataan Media 23 April 2012. 5 hari menjelang BERSIH 3.0

Kenyataan Media
23 April 2012.

5 hari menjelang BERSIH 3.0 : fokus Dataran Merdeka, Aziz harus letak jawatan

1. SAMM telah selesai siri jelajah seluruh semenanjung Malaysia bertemu secara terus dengan aktivis SAMM akar umbi serta aktivis organisasi sekutu jadual terakhir atas nama Jelajah Anak Muda (SAMM) - Bersih 3.0 yang terakhir akan diadakan di Jalan Berserah, Kuantan pada 26 April ini. Dalam siri jelajah ini ternyata sambutan rakyat dan respon agak luar biasa. Contohnya di Pontian (kampung Ketua Penerangan Umno Pusat) tanpa nama besar tetapi telah berjaya menarik lebih 2000 orang tempatan untuk hadir bersama. Program jelajah SAMM punya 3 elemen penting iaitu pertemuan tertutup, edaran risalah dan Ceramah umum. Hasil positif dan memberansangkan setakat ini membayangkan lautan manusia hadir bersama pada 28 April 2012. Pertemuan tertutup bukan sekadar dengan anggota SAMM tetapi ada beberapa peringkat pertemuan turut melibatkan rakan - rakan organisasi sekutu ke arah memaksimakan mobilisasi ke BERSIH 3.0 . Himpunan Ceramah umum Jelajah SAMM - BERSIH 3.0 mendapat sambutan hebat di perbagai tempat kehadiran antara 1000 - 5000 orang.

2. PRU akan datang akan menjadi PRU paling kotor dalam sejarah, perbagai penipuan telah didedahkan. Ternyata SPR akan memainkan peranan jahat selaku pengendali pilihanraya yang pincang dan berat sebelah. Untuk itu tuntutan SAMM sebelum PRU ialah bersihkan senarai pemilih dan proses menangani kepincangan SPR ini harus bermula dengan desakan Tan Sri Dato' Seri Abdul Aziz bin Mohd Yusof harus meletakan jawatan. Ternyata dalam banyak perkara beliau dan beberapa anggota SPR bermain politik, jika mereka ingin jadi orang politik maka dicabar letak saja jawatan dan jadi calon Bn di mana - mana saja pasti ada rakyat yang bersedia berdepan dengannya dalam sistem demokrasi secara anak jantan.

3. SAMM dengan ini mengajak seluruh rakyat Malaysia khususnya anak muda untuk berada di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur 28 April 2012, bermula jam 2 petang bagi menunjukkan kuasa rakyat dalam memberikan tekanan pemulihan proses pilihanraya dengan membersihkan senarai pemilih. Telah diumumkan juga beberapa lokasi lain perhimpunan namun bagi SAMM dalam negara seharusnya di Malaysia mobilisasi ditumpukan ke dataran Merdeka sahaja kecuali Sarawak di Kuching dan Sabah di Kota Kinabalu. Ini kerana jika bertumpu kepada Dataran Merdeka sahaja maka tumpuan kekuatan rakyat boleh difokuskan dan tidak memustahilkan sasaran BERSIH 3.0 seramai 500,000 orang.

4. Himpunan kali ini perlu dilihat dengan serius dan perlu disertai semua. Sikap SPR dan ditambah dengan beberapa pindaan mengarut kononya atas nama reformasi proses PRU akan melengkapkan lagi penipuan bagi memenangkan regim penguasa. 28 April semua wajib turun. SAMM berpendapat jika PRU dilakukan dengan kendalian pasukan SPR yang sama serta tanpa pembersihan senarai pemilih maka PR akan hilang kerusi malah negeri yang ditadbirnya. Kerana itu Yang Berhormat - yang berhormat perlu lebih serius , jika angka tidak menjangkau ratusan ribu berkumpul maka bersedialah untuk membawa kotak ke pejabat masing - masing dan mula bungkus barang, anda semua akan kalah bukan kerana tidak mendapat sokongan tetapi akan ditipu dalam proses PRU pincang. Maka semua YB-YB (bukan Bn)  kini kamu semua tidak ada selain bersama dalam menggerakkan penyokong turut sama ke Dataran Merdeka. Setiap YB wajib membawa sekurang kurangnya 1000 orang ke Dataran Merdeka 28 April nanti. Jangan nanti lepas PRU baru nak merengek persoalan ditipu SPR, sekarang ini gembeleng tenaga ke jalan raya sebelum pilihanraya.

5. Respon kepada halangan DBKL, SAMM menyeru supaya diabaikan respon mengarut tersebut. Ramai pasti tertawa dengan alasan Dataran Merdeka bukan tempat berhimpun dan hanya untuk aktiviti peringkat nasional. DBKL keliru atau sengaja ingin mengelirukan tidak pasti kerana sambutan kemerdekaan dan lain - lain itukan perhimpunan di lokasi sama dan BERSIH bukan sekadar acara peringkat nasional tetapi internasional kerana turut diadakan himpunan di puluhan bandar lain seluruh dunia serentak dengan maksud yang sama. SAMM bersimpati dengan DBKL yang diperkuda regim penguasa. Semua harus sedar DBKL hanyalah  sebahagian dari aparat regim yang diperkudakan untuk regim yang menguasai negara dengan pilihanraya pincang ini untuk terus kekal kuasa. SAMM menggesa, hanya ada satu himpunan BERSIH 3.0 iaitu di Dataran Merdeka sesuai dengan nama dan semangat lokasi tersebut dan tidak perlu perubahan.

6. Regim sudah banyak belajar dari beberapa siri kebangkitan kecil rakyat dalam negara sebelum ini. Kali ini nampaknya pihak penguasa akan diarahkan supaya bertindak selembut mungkin, media dilarang memberikan publisiti termasuk mengutuk himpunan BERSIH. Oleh kerana Najib terpaksa untuk mengadakan PRU dalam masa terdekat maka semua agensi terpaksa bertindak lembut untuk membolehkan PRU pincang berjalan juga sekitar sebulan dua ini. Kesempatan ini harus diambil sepenuhnya oleh rakyat untuk turun seramai mungkin meraikan Himpunan BERSIH 3.0 bagi menunjukkan betapa rakyat menuntut hak untuk punya pilihanraya bebas, bersih dan adil. Jika jumlahnya besar pasti regim penguasa terpaksa sedikit beransur dan mengubah beberapa perkara dalam pengendalian PRU tetapi jika kurang regim akan segera membuat PRU dalam keadaan penuh penipuan.

7. Tuntutan rakyat kali jelas, kepincangan PRU harus segera diperbetulkan, senarai pemilih dibersihkan dan ia harus dimulakan dengan pemecatan Aziz selaku ketua SPR kerana dia memainkan peranan ke arah mempersiapkan proses PRU dan daftar pemilih kotor. Tuntutan jelas dan harus ditunaikan. SAMM tidak menolak kemungkinan puluhan ribu rakyat akan terus duduk dan berkhemah di Kuala Lumpur sehingga tuntutan dipenuhi. 

8. Semua termasuk polis juga harus tenang, SAMM masih menyokong pendirian sebarang pertukaran kerajaan harus berlaku dalam proses pilihanraya untuk kestabilan dan masa depan negara. Namun rakyat diseru turun beramai - ramai kali ini adalah untuk menuntut supaya proses pilihanraya dibersihkan. SAMM sendiri sedia menurunkan 200 marshal terlatih dan berpengalaman dalam mengendalikan perbagai demonstrasi termasuk 2 himpunan BERSIH yang lepas di mana SAMM antara yang memainkan peranan utama.

9. Kejayaan BERSIH 2007 memberikan tekanan kepada SPR sehingga penipuan dikurangkan dan membuahkan keputusan seperti 2008. BERSIH 2.0 pula telah membangkitkan tekanan dalam dan luar negara menyebabkan Najib terpaksa menubuhkan jawatankuasa khas parlimen bagi membetulkan proses pilihanraya. Dengan tertubuhnya jawatankuasa tersebut maka secara lansung Najib mengakui sememangnya proses pilihanraya negara ada kepincangan. Namun malangnya sudahlah peranan wakil bukan Bn dinafikan untuk punya laporan hasil kerja mereka, malah pengakuan kepincangan tidak ada satu ditangani dengan pindaan undang - undang pilihanraya yang diluluskan baru - baru ini. Rakyat perlu bangkit melawan penipuan ini.

28 April 2012, 2 petang, Dataran Merdeka ........... Sekali lagi diingatkan SAMM tidak menolak kemungkinan akan ada ribuan rakyat akan duduk paling tidak sehingga tuntutan Pengerusi SPR letak jawatan.


Sekian.



che'GuBard
Solidariti Anak Muda Malaysia
www.anakmudamalaysia.com

Saturday, April 21, 2012

Pelancaran CD Single lagu sempena BERSIH 3.0 'Mentari Kuning Menyalalah' nyanyian Amin Iskandar terbitan SAMM


Ceramah Umum & Pelancaran CD single khas BERSIH 3
Brsama A.samad,TS Kadir,Datuk Chua Jui Meng,che'GuBard,Rafizi & YB William leong. 
22April, 9mlm, Padang Selayang Indah (belakang NSK Selayang)

Dapatkan CD single khas lagu sempena Bersih 3.0 - keluaran terhad terhad, "Mentari Kuning Menyalalah" + bonus track "Burhanudin Helmi" nyanyian Amin Iskandar terbitan SAMM
(Sebar)


Thursday, April 19, 2012

Rapat Rakyat COUNTDOWN 10 Hari Sebelum BERSIH 3

Tanggal 17 April 2012 bertempat di Padang Kelab Sultan Sulaiman, COUNTDOWN 10 hari menuju BERSIH 3 berlangsung dengan meriah sekali. COUNTDOWN BERSIH dianjurkan sepenuhnya oleh kumpulan Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), dibantu oleh Solidariti Mahasiswa (SMM) bersama sokongan 37 kumpulan NGO anak muda dari segenap pelusuk tanahair.

COUNTDOWN BERSIH yang dianjur SAMM ini adalah kemuncak dari 10 venue siri Jelajah SAMM 'Road to BERSIH 3', merupakan venue yang ke-7 selepas di jelajah menjalar dari selatan ke utara semenanjung. Jelajah SAMM bermula seiring dengan pengumuman himpunan 'Duduk dan Bantah' BERSIH 3, SAMM mengambil tanggungjawab penuh melancarkan siri jelajah dan kemuncak jelajah ialah COUNTDOWN 10 hari sebelum BERSIH yang berlangsung malam tadi.

Jelajah SAMM 'Road to BERSIH 3' bermula di negeri Umno paling kuat di dunia iaitu Johor pada 10 April 2012, seterusnya N.Sembilan 11 April, Kedah 12 April, P.Pinang 13 April, K.Lumpur dan Selangor 15 April, Melaka 16 April dan kemuncak peringkat nasional 10 hari sebelum BERSIH di Kelab Sultan Sulaiman Kg Baru 17 April. Venue selepas ini adalah termasuk di Perak 19 April, Perlis 21 April dan akhir sekali 26 April di Pahang.

Ceramah Perdana di Kelab Sultan Sulaiman Kg Baru yang juga diwartakan sebagai Pelancaran BERSIH menjadi sejarah apabila menampilkan 28 pemidato dalam satu malam dengan setiap pemidato diberikan masa sekitar 4-5 minit setiap seorang. Bermula tepat jam 9 malam, seorang demi seorang pimpinan termasuklah bekas orang kuat Umno berucap memberikan semangat.

Paling mencuri perhatian ialah kehadiran Tan Sri Kadir Sheikh Fadzil yang bergelumang dengan Umno hampir 50 tahun dan beliau juga telah disarungkan baju BERSIH oleh hero demokrasi Haji Md Sabu. Selain itu, pentas juga menampilkan waris kepada arwah Baharudin yang shahid terkorban ketika himpunan BERSIH 2. Karnival pra-BERSIH malam tadi sangat meriah sekaligus merangsang setiap yang hadir berkobar untuk menguningkan ibu kota pada 28 April nanti.

Dari sudut kehadiran pula, walaupun hujan lebat dan sedikit ribut petir melanda seluruh Lembah Kelang yang menyebabkan kesesakkan lalulintas yang melampau, dengan keadaan padang yang basah dan berlecah-lecak, hampir 10 ribu rakyat berjaya hadir dan duduk ke dalam padang dan ribuan lagi berada di luar padang. Ini semangat rakyat untuk memastikan negara ini mempunyai sistem pilihanraya yang bersih dan Adil.

Akhir sekali, pemimpin dan imam kita pada BERSIH 3 iaitu Pak Samad Said naik ke pentas diiringi semua pimpinan yang hadir bagi melaungkan ikrar BERSIH 3 dan ikrar tersebut diikuti oleh semua hadirin.

Berikut edyes sertakan rangkuman gambar sepanjang event berlangsung;

COUNTDOWN 10 Hari Sebelum #BERSIH3 bermula dengan @chegubard memperkenal panel penceramah!! Malam ini Chegubard selaku eMCee
Brig. Jenaral (B) Hj Hadi menyeru tentera & bekas tentera mengajak semua anggota keselamatan bersama dengan #BERSIH3
Sdr Syed Shahir, Pengerusi BERSIH pertama turut berucap
YB Syed Azman naik ke pentas, beliau juga merupakan mangsa penipuan besar Umno menawan T'ganu pada 2004
Adam Adli di pentas COUNTDOWN 10 Hari Sebelum #BERSIH3
Aru dari PSM bersama crowd! #BERSIH3
Dr @SitiMariah Mengiringi Aunty BERSIH naik ke pentas, quote terbaik malam ini - KUNING-KUNING!! NAJIB PENING!!
Sdr Clement yang mengetuai Anti-Lynas naik berucap di Pentas
Aktivis dan juga peguam yang terlibat mengembalikan slogan ABU Sdr Haris Ibrahim naik ke pentas!
Kadar hasutan @IshamRais a.k.a @TukarTiub berada di tahap tertingi di Kemuncak Jelajah SAMM COUNTDOWN 10 Hari Sebelum #BERSIH3
Elizabeth Wong minta sejuta rakyat Malaysia berbilang kaum turun ke #BERSIH3
Anak kpd bekas TPM, Thamrin Ghaffar berjanji utk bersama himpunan #BERSIH demi pilihanraya adil. Thamrin antaranya mendakwa terdapat pemberian IC kpd warga asing demi mengekalkan kemenangan. "Oleh itu kamu adalah wira, yang tidak mahu negara terjual kepada orang-orang asing, berbanding pemimpin negara (ini)"
Waris kpd Arwah Baharudin yg syahid di ketika berhimpun pada BERSIH2 lalu, sebak menyampaikan ucapan...
TS Kadir Sheikh Fadzil secara terbuka mengakui Umno yg skarang x sama mcm 30 thn dulu, Umno skarang sgt KOTOR kata beliau!
Abg Mat bersama maskot Jom Ubah Nogori menyarungkan TS Kadir baju #BERSIH sebagai tanda simbolik ketegasan beliau sertai himpunan #BERSIH3
Sdr @AminIskandar mengkugir laguntema BERSIH versi ciptaan beliau 'Mentari KuningnMenyalalah' Siap dgn dendangan nyaring harmonikanya
Sebahagian drpd puluhan ribu rakyat hadir di kemuncak Jelajah SAMM 'Road To #BERSIH3' !! Semua sedia utk ke Dataran Merdeka 28April nnt
Sebahagian lagi drpd pulihan ribu crowd yg hadir di Pdg Kelab Sultan Sulaiman, COUNTDOWN BERSIH!!
Orang Besi Reformasi @TianChua mengimbau kembali sejarah demonstrasi tanahair, tiada satupun cermin kereta yg pecah ketika demo berlangsung
2100 pertambahan anggota polis yg bakal mengundi di Lembah Pantai, drpd hanya 100 pada asalnya - @N_Izzah
Hampir kemuncak Hj Mat Sabu naik ke pentas COUNTDOWN #BERSIH3, Pak Samad merangkap pengerusi #BERSIH selepas ini sebagai penggulung
Kemuncak COUNTDOWN BERSIH3, Jelajah SAMM 'Road To #BERSIH3' Pak Samad berucap sambil diiring ke pentas oleh semua pimpinan
PANORAMA 17 APRIL - COUNTDOWN BERSIH 3

Sumbangan semua diharapkan utk jayakan jelajah samm-bersih (seluruh negara),mobilisasi BERSIH 3.0 28apr sendiri.. Siapa sudi boleh terus menyumbang ke akaun SAMM maybank : 555041113224 atas nama solidariti anak muda... Penyumbang boleh meminta periksa Akaun perbelanjaan klik http://chegubard.blogspot.com/2012/04/jelajah-samm-bersih-30.html

Umno dicabar mengaku dan bertanggungjawab terhadap serangan gangster terhadap mahasiswa

Kenyataan Terbuka
19 April 2012

Umno dicabar bertanggungjawab terhadap serangan terhadap pelajar di Dataran Merdeka.

Seperti yang dijangka Umno yang terdesak dengan sekumpulan pelajar yang membuat keputusan nekad untuk berkhemah di Dataran Merdeka dalam protes mereka terhadap PTPTN dan tuntutan pendidikan percuma telah bertindak diluar norma biasa. Regim takut menggunakan polis kerana pilihanraya yang terlalu hampir, kerana imej kekasaran polis terhadap kumpulan pelajar ini pasti akan memberi kesan besar terhadap undi rakyat. hanya DBKL digunakan malangnya DBKL tidak mampu berdepan semangat kental kumpulan pelajar ini yang walaupun beberapa kali 'diserbu' DBKL tetapi terus bertahan.

Kumpulan yang mulanya kecil mula membesar, ramai teman muda lain mula sama mendirikan khemah berkampung bersolidariti bersama menemani pelajar ini. Ramai yang tampil menyumbang. SAMM dalam kemampuan terhad turut hadir memberikan bantuan seperti tikar dan makanan sekadar termampu.

Kumpulan pelajar ini yang mula meraih perhatian dalam dan luar negara terus cuba diburukkan imej mereka sebagai alat politik pihak tertentu oleh media dan pemimpin regim. Namun mereka terus mendapat perhatian. Bukan sekadar itu pelajar ini juga telah berjaya menjawab kekeliruan yang cuba dibuat termasuk oleh Menteri, malah mereka sedia mencabar Menteri dan pimpinan parti politik penguasa regim untuk berdebat terbuka. Ini semua meletakkan regim dalam keadaan serba salah.

Mati akal dengan perkembangan ini semalam awal pagi tadi gangster telah digunakan oleh pihak yang tertekan untuk menyerang tapak perkhemahan pelajar tersebut. Dalam serangan itu ada yang cedera, barang - barang mereka dirosakkan dan diberitakan ada pelajar yang hilang diculik. Penggunaan gangster ini menjadi taktik yang semakin biasa digunakan setelah kalah berhujah dan seperti biasa juga polis akan terus lambat bertindak. Dalam serangan di Dataran Merdeka, Polis yang berada di tempat kejadian dilaporkan olek saksi hanya memerhatikan sahaja kejadian.

Yakinlah seperti peristiwa lain termasuk serangan gangster secara fizikal dan bersifat perkauman masih belum ada tindakan walaupun ditampilkan bukti bergambar jelas. Malah lebih malang lagi kumpulan penyerang di Jalan Kebun dapat pula berada dalam majlis bersama PM baru - baru ini.

Ini semua juga taktik sama dengan beberapa regim di hujung usia. Perhatikanlah regim Mubarak ketika hujung usianya juga menggunakan gangster memukul dan menyerang demonstran dan kemudian bersembunyi disebalik hujah kononya serangan dibuat oleh rakyat yang marah. Percaya dan yakinlah begitu juga di sini pasti media akan memainkan hujah serupa kononya serangan oleh rakyat yang marah.

SAMM mencabar Umno supaya jangan bacul dan tampil bertanggungjawab terhadap kejadian serangan terhadap pelajar ini. Sepatutnya Umno tampil berhujah dengan kumpulan pelajar ini bukan menjawab dengan keganasan fizikal.

Dengan perkembangan ini SAMM menyeru seluruh anak muda supaya membuat pertimbangan terhadap kejadian ini dan menolak Umno dan Barisan Nasional yangs emakin hilang rasional mereka.

SAMM juga menyeru rakyat untuk tampil sama memberikan bantuan kepada teman - teman pelajar yang berjuang ke arah pendidikan percuma dalam negara. SAMM juga tidak menolak kemungkinan dengan perkembangan ini akan menyemarakkan lagi semangat rakyat untuk turun bersama dalam Himpunan BERSIH 28 April ini yang kebetulan akan diadakan dilokasi yangs ama , Dataran Merdeka. SAMM juga tidak menolak kemungkinan akan turut sama 'berkampung' bersama para pelajar ini kemudianya.

Sekian.

che'GuBard
Solidariti Anak Muda Malaysia

Tuesday, April 17, 2012

jangan lupa malam ini Himpunan Pra BERSIH 3.0 di Kg Baru, KL

Semua dijemput !

Rapat Rakyat Ceramah Umum "10hari menjelang Bersih 3"
17april (selasa)
8mlm
Kelab Sultan Sulaiman,Kg.Baru,KL

Bersama;
Hj Md Sabu
cheGuBard
YB Izzah
YB Tian
YB Loke
YB Teresa Kok
Pak Samad
Maria Chin
Hj Husam Musa
Adam Adli, Safwan Anang wakil mahasiswa
Tan Sri Kadir Sheikh Fadzir
Thamrin Tun Ghafar
Dr Nasir
Elizabeth Wong
Nyanyian lagi khas BERSIH 3 oleh black
Kemunculan khas penyanyi aisyah

- 1000 helai baju BERSIH akan dijual dgn harga kos RM11

- anjuran SAMM, SMM dan 37 NGO anakmuda/mahasiswa

- mohon sebarkan

Monday, April 16, 2012

Kenyataan media gabungan 39 organisasi anak muda dan mahasiswa


KENYATAAN MEDIA

GABUNGAN ANAK MUDA DAN MAHASISWA UNTUK BERSIH 3.0

16 APRIL 2012

ANAK MUDA DAN MAHASISWA BERSIAP UNTUK DUDUK BANTAH BERSIH 3.0

4 April 2012 menjadi satu lagi tarikh penting untuk negara Malaysia. Dengan dipimpin Sasterawan negara Datuk A.Samad Said, Bersih 3.0 diumumkan sebagai ekspresi bantahan rakyat terhadap sistem pilihanraya yang bercelaru. Setelah tercetusnya gelombang Bersih 2.0 pada 9 Julai 2011, kini gelombang yang lebih besar bakal tiba setelah sandiwara Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) semakin terdedah dan ditolak rakyat.

Sidang media ini kami adakan bagi menyatakan sokongan kami kepada penganjuran perhimpunan Bersih 3.0 yang akan diadakan pada 28 April nanti. Pada hari ini 20 kumpulan anak muda dan 15 kumpulan mahasiswa bersatu dan berjanji akan bersolidariti bersama rakyat dalam himpunan Duduk Bantah Bersih 3.0. Muafakat ini kami bentuk atas dasar penuh sedar untuk membela sistem Pilihanraya Malaysia yang berada dalam keadaan sangat kritikal.

Keraguan yang terdapat dalam senarai daftar undi masih gagal diperjelaskan oleh pihak SPR. Satu persatu ahli akademik tampil dan menunjukkan kecelaruan yang berlaku dalam senarai daftar undi, namun SPR masih enggan melakukan tidakkan drastik untuk membersihkan daftar undi. Yang terkini Merdeka Centre mendedahkan 32 % pengundi dalam senarai daftar undi yang tidak dapat dipastikan keabsahannya. Begitu juga dengan laporan pengkaji bebas yang menyatakan terdapat hampir 6000 kes pengklonan daftar undi di Selangor. Tidak cukup dengan itu, terdapat juga kes kad pengenalan segera yang diberikan kepada warga asing yang direkodkan di beberapa tempat di Selangor.

Penipuan ini terus berlaku dalam keadaan rakyat terbuai dengan sandiwara Jawatan Khas Parlimen yang kononnya ditubuhkan bagi meningkatkan kualiti Pilihanraya di Malaysia. Empat bulan Jawatankuasa ini bertugas dan dalam masa yang sama penipuan dalam senarai daftar undi terus berlaku. Hal ini menunjukkan SPR tidak memiliki iltizam dalam melaksanakan tuntutan rakyat yang telah disuarakan melalui Bersih 2.0.

Maka atas dasar ini anak muda, mahasiswa dan seluruh rakyat Malaysia akan sekali lagi tampil untuk menyuarakan tuntutan kepada Kerajaan Malaysia dan SPR agar segera melaksanakan 8 tuntutan Bersih. Kesemua tuntutan ini perlu dilaksanakan sebelum Pilihanraya Umum ke 13 dijalankan. Dan pada 17 April 2012, Anak Muda dan Mahasiswa akan mengadakan sesi rapat rakyat bertempat di Kelab Sultan Sulaiman Kampung Baru pada jam 8 malam bagi menyeru rakyat untuk Duduk Bantah bersama pada 28 April nanti. Seluruh kumpulan anak muda dan mahasiswa akan bersolidariti pada malam tersebut dan akan menyatakan sokongan penuh terhadap penganjuran Bersih 3.0.

Oleh itu sebagai penutup kepada sidang media ini, kami menyeru seluruh anak muda Malaysia untuk tampil dan bersuara dengan apa juga cara yang mungkin bagi menunjukkan solidariti kita dalam menutut Pilihanraya yang Bersih, Bebas dan Adil. Gunakan kemahiran masing masing samada dengan melalui laman sosial mahupun saluran saluran yang lain bagi menyuarakan tuntutan kita terhadap kerajaan Malaysia. Bagi yang berkelapangan, kami menyeru untuk tampil bersama kami pada 17 April ini agar kita dapat membina momentum ke arah Duduk Bantah Bersih 3.0 pada 28 April nanti.

Sekian. Terima kasih

Anak Muda dan Mahasiswa