When injustice becomes law, resistance becomes duty"...."Many will call me an adventurer - and that I am, only one of a different sort: one of those who risks his skin to prove his platitudes."— Che Guevara (1928-1967) International Revolutionary
Wednesday, April 19, 2006
5 pemimpin Angkatan Muda ditahan di Tasek Gelugor
Oleh Zulkifli Mohamed
TASEK GELUGOR: Lima pemimpin Angkatan Muda Keadilan, termasuk Timbalan Ketua Penerangannya Badrul Hisham Saharin ditahan polis pagi ini, kerana menyertai perhimpunan aman dan mengedarkan risalah berkaitan kenaikan harga minyak di Kompleks Tasek Gelugor, di sini, Ahad.Empat yang lain ialah Exco Angkatan Muda Pusat, Rezal Huzairi Md Zaki, Ketua Penerangan Angkatan Muda Pulau Pinang, Amir Mohd Ghazali, Ketua Penerangan Angkatan Muda Tasek Gelugor, Sabri Salleh dan Setiausaha Angkatan Muda Kepala Batas, Latif Abdullah.Kesemua mereka ditahan kira-kira jam 11 pagi dan dibawa dengan sebuah trak polis ke Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Utara, Butterworth.Selepas 5 minit perhimpunan berlangsung, Timbalan Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Supritendan Sukri Awang terus meluru kepada para penunjuk perasaan dan mengarahkan perhimpunan bersurai dalam masa lima minit.Ketika itu, Timbalan Ketua Angkatan Muda Kedah, Khairul Anuar Ramli baru hendak memulakan ucapannya.“Perhimpunan ini kena diberhentikan kerana telah banyak kali menyusahkan pihak polis,” katanya ketika berlangsung rundingannya dengan Ketua Penerangan Keadilan Pulau Pinang, Johari Kassim.Tasek Gelugor menjadi lokasi ke-10 dalam siri demontarasi aman di sebelah utara.Arahan beliau dipatuhi, setelah mereka diarahkan meninggalkan kawasan tepi jalan raya yang menjadi lokasi perhimpunan.Bagaimanapun, beliau mengarahkan para penunjuk perasaan berkumpul di perkarangan Kompleks berkenaan untuk satu sidang media oleh pemimpin Angkatan Muda .Ketika berlangsung kira-kira 10 minit sidang media oleh Badrul Hisyam, Sukri sekali lagi polis meluru dan mengarahkan para pemimpin Angkatan Muda ditahan, termasuk Latif dan Amir yang sedang memegang satu-satunya sepanduk pada hari itu yang tertera: ‘Pak Lah! kami orang kampung, tak kaya, barang naik lagi kedana la kami. Pak Lah tak sayang kami ka?”Rezal Huzairi dan Sabri pula ditahan ketika mengedarkan risalah kenaikan harga minyak kepada orang ramai, termasuk kepada anggota polis.Seorang pemuda yang mempunyai ‘masalah mental’ hampir ditahan polis, kerana mengetuai orang ramai melaungkan ‘reformasi’ ketika trak yang membawa tahanan aktivis Angkatan Muda mula bergerak.Kad pengenalannya turut diperiksa polis, bagaimanapun dia dibebaskan setelah pihak polis mengetahui hal sebenarnya.Perhimpunan pada pagi itu dihadiri kira-kira 100 orang.Lima trak polis dan sebuah water canon bersiap sedia di Balai Polis Tasek Gelugor. Sementara sekatan jalan raya diadakan dari kedua-dua arah Tasek Gelugor dan Kepala Batas.Ketika berita ini ditulis (1.00 tengah hari), kesemua mereka belum diambil sebarang keterangan.“Belum ada sebarang keterangan diambil,” jelas salah seorang tahanan, Amir Ghazali ketika dihubungi di Ibu Pejabat Polis berkenaan.Semalam (Sabtu), kira-kira 3 petang, sepasukan FRU dan sebuah ‘water canon’ yang bersedia di Dewan Millenium Kepala Batas, pulang hampa setelah tiada sebarang perhimpunan aman di sana.Sebelum itu, telah tersebar maklumat palsu tersebut melalui Sistem Pesanan Ringkas (SMS) oleh pihak-pihak tertentu.Ketika ini, para pemimpin Barisan Alternatif (BA) sedang berkumpul di Ibu Pejabat Polis berkenaan untuk memberikan sokongan moral kepada para tahanan.
Tuesday, April 18, 2006
UMNO perkuda Polis
Wednesday, April 12, 2006
Empat demo ‘Protes Sampai Turun’ di utara bermula 16 April
PULAU PINANG: Empat demo aman ‘Protes Sampai Turun’ anjuran Angkatan Muda keADILan akan menggegarkan kawasan utara meliputi Tasek Gelugor, Bukit Mertajam, Kepala Batas dan Sungai Petani pada 16 dan 23 April depan.16 April, AhadPada 16 April Angkatan Muda Keadilan Tasek Gelugur dan Kepala Batas akan mengadakan demo tersebut di Kompleks Tasek Gelugor di sini, bermula jam 10.00 pagi.
Menurut Ketua Penerangan Angkatan Muda Tasek Gelugor, Sabri Salleh pihaknya akan turut mengedarkan risalah berkaitan kenaikan harga minyak kepada orang ramai pada hari tersebut.
Timbalan Ketua Penerangan Angkatan Muda Pusat, Badrul Hisham Saharin dijangka turut serta pada hari itu.
Pada sebelah malamnya, jam 9.00 akan diadakan pidato ‘Pentas Perdana’ yang dibarisi oleh Badrul Hisham Saharin, AJK Keadilan Perak Gobalakrisnan dan Exco Pemuda PAS Pulau Pinang, Yusni Mat Piah di Markas PAS Padang Menora, Tasek Gelugor.Sebelum itu, pada jam 5.00 petang, demo yang sama akan diadakan di Tapak Pasar Malam Alma, Bukit Mertajam. Program anjuran Keadilan dan PAS Bukit Mertajam.Di Sungai Petani, Kedah, bermula jam 4.00 petang, ‘Protes Sampai Turun’ bagi kenaikan harga minyak dan cukai tanah di negeri itu, bagi siri ketiga akan diadakan di hadapan bangunan jam besar di bandar tersebut.
Program anjuran Angkatan Muda Kedah.23 April, Ahad Pada 23 April, bermula jam 5.00 petang sekali lagi Kompleks Dato’ Kailan, Kepala Batas menjadi lokasi demontrasi aman. Program tersebut anjuran PAS Kepala Batas dengan kerjasama Keadilan bahagian itu.26 Mac lalu lebih seribu penunjuk perasaan menghadiri perhimpunan di kawasan Parlimen Perdana Menteri tersebut, walaupun mendapat gangguan pihak polis.Turut hadir ketika itu, Naib Ketua Angkatan Muda Pusat Shamsul Iskandar Mohd Akin dan beberapa exco Angkatan Muda Keadilan.
Thursday, April 06, 2006
Cabaran DEBAT : kerajaan lemah dan korup punca Minyak dan Gas naik harga
Seperti yang telah diumumkan awal maka jam 10.30 pagi ini, 3 orang Ahli Jawatankuasa Angkatan Muda Negeri Sembilan yang diketuai oleh Setiausaha Angkatan Muda Negeri, saudara Amiruddin Wahab dan penolong setiausaha Angkatan Muda Negeri Saudara Azizi telah menghantar surat ke pejabat UMNO negeri dan mengadakan sidang media selepas itu.
Cuma yang 'terlalu menariknya' ialah sambutan yang mereka terima di pejabat UMNO Negeri Sembilan pagi ini.
Mereka telah disambut oleh 12 orang anggota tidak kurang dari 5 anggota polis beruniform dan 15 orang anggota polis tidak beruniform - dapat dikenal pasti kerana mereka merupakan anggota cawangan khas yang sentiasa terlibat memantau prog. keADILan (termasuk trafic yang ditempatkan di depan bangunan UMNO melarang semua kenderaan parking di depan). Pemuda UMNO Negeri Sembilan pula telah menggerakkan tidak kurang dari 50 orang ahli mereka yang memenuhi ruang hadapan pejabat UMNO Negeri. Helikopter polis juga berkeliaran di ruang udara atas Pejabat UMNO selama hampir 30 minit. (24 anggota 'lsf' berada di depan bangunan umno sehingga jam 10.30 pagi dan kemudian balik).
Kumpulan pemuda UMNO yang 'berkawal' di sekeliling bangunan UMNO di ketuai oleh bekas adun rantau Ghani Hasan (adik menteri besar negeri sembilan).
Malangnya hanya dua wartawan akhbar cina yang hadir membuat liputan dan kemudian mereka balik tanpa menunggu habis sidang media. Salah seorang dari mereka memaklumkan dihubungi editor mengarahkan mereka pulang kerana orang atas minta jangan buat liputan mengenainya.
Surat tersebut telah diterima oleh salah seorang kerani yang tidak mahu memperkenalkan diri tetapi menandatangai akuan terima surat cabaran debat tersebut. Dalam surat tersebut Angkatan Muda Negeri Sembilan menyatakan cabaran debat dan memberikan masa 14 hari untuk UMNO negeri sembilan menjawabnya.
rombongan 3 orang wakil angkatan muda negeri meninggalkan bangunan umno negeri sembilan jam 11.05 pagi tanpa kejadian tidak diingini.
maklumat tambahan call 0176688404.
amiruddin wahab menyatakan rasa kesal kerana umno menunjukkan sikap seperti gangster. namun ini menunjukkan ketakutan penguasa kerana tertekan dengan isu kenaikan minyak ini. amk ns harap umno berani tampil untuk mempertahankan hujah mereka mengenai kenaikan minyak dan kami (amk) mempunyai terlalu banyak bukti dan fakta untuk diperdebatkan membuktikan kenaikan ini berlaku kerana kelemahan pentadbiran kerajaan dan amalan korupsi yang membarah.
kami memberikan masa 14 hari untuk mereka jawab.
gambar atas : sebahagian dari pemuda umno yang berkawal di satu sudut bangunan umno, juga kelihatan ghani hassan
gambar sebelah : amirudin menerangkan kepada wartawan mengenai penghantaran surat sebelum menghantar surat. masa selepas hantar surat wartawan dah tiada untuk sidang PC
Tuesday, April 04, 2006
SMS perhimpunan Guling Kerajaan 15 April 'palsu'
Semenjak seminggu lalu saya telah di hujani ratusan panggilan yang meminta pengesahan mengenai satu perhimpunan yang bakal diadakan di Wisma Anwar Ibrahim, Rasah pada 15 April 2006. Setelah di siasat berita kononya akan ada perhimpunan ini tersebar melalui sistem pesanan ringkas (SMS).
Puluhan teman – teman telah mendapat sms yang dihantar dari nombor yang sama iaitu 0172731385 dengan pesanan yang berbunyi seperti berikut :
“Perhimpunan 100000 rakyat M’sia berkampung di WISMA ANWAR IBRAHIM (dekat tol Rasah) sempena meingati Perhimpunan 100000 KESAS, ia terdiri 14 aktivis2 Black14 sdr Mahfus Omar,Ezam mohd Nor,Tian Chua,Dr.Hatta,Mohamad Sabu, Faizal Sanusi, NGO2-GRik,Blk pulau dn lain2. TEMA : JATUHKAN KERAJAAN BN tempat wisma anwar Ibrahim,Tmn Seputeh, jln look,Rasah,NS 8.30pm 15/4/06. Bawa bersama lilin tanda protes kenaikan harga minyak. c’gu Bad 0176688404”
Di sini saya dan pihak Pusat Aktivis Gerakan Reformasi (PAGER) Malaysia (badan yang mengendalikan operasi Wisma Anwar Ibrahim) ingin menafikan terlibat mengadakan atau merancang mengadakan perhimpunan seperti yang dinyatakan.
Saya meminta teman – teman supaya jangan terlibat memanjangkan (forward) pesanan tersebut.
Sebarang program melibatkan parti atau kegiatan pro reformasi yang di anjurkan saya atau teman – teman aktivis akan dibuat pengumuman rasmi secara terbuka . Semua program yang sahih boleh dirujuk kepada http://keadilanrakyat.org/ atau tersiar dalam akhbar suara keADILan atau sekurang – kurangnya akan tersebar melalui sistem sms ADIL News Net.
yang benar ;
Badrul Hisham Shaharin
Timbalan Ketua Penerangan
merangkap
Pengarah PAGER Malaysia
0176688404
badrul_angkatanmuda@yahoo.com
www.chegubard.blogspot.com
Monday, April 03, 2006
RMK 9 - disebalik .....
Saturday, April 01, 2006
Debat Rakyat
Pertamanya merujuk kenyataan Saudara Setiausaha Perhubungan Umno Negeri Sembilan dalam Utusan Malaysia 25 Mac 2006 bertajuk ‘UMNO nafi sertai debat isu minyak’, di mana dalam laporan saudara menyatakan
- Menafikan penglibatan Umno dalam debat isu minyak
- Menafikan Umno menerima jemputan
Di sini ingin saya tegaskan untuk pengetahuan saudara.Sememangnya Umno tidak terlibat dalam penganjuran kerana ia dianjurkan oleh Angkatan Muda Negeri Sembilan dengan kerjasama PROTES (gabungan ngo dan parti politik menentang kenaikan harga minyak)
Sememangnya kami tidak menjemput Umno tetapi kami menjemput
- YB Ir Jamlus Aziz (selaku Ketua Pemuda UMNO NS dan Exco Kerajaan Negeri Sembilan)
- YB T.Rajagopalu (selaku exco yang bertanggungjawab mengenai Hal Ehwal pengguna)
- Surat jemputan bertarikh 7 Mac 2006 {Ruj. Kami : amns/keluar/2006/ (235)}telah disampaikan melalui email dan faks pada hari yang sama dan penghantaran tangan telah dihantar ke tingkat 1, Wisma Negeri telah dibuat pada 13 Mac.
Kami mengaggap serius kenyataan Perdana Menteri Malaysia iaitu mengarahkan semua ahli UMNO termasuk ahli BN berani untuk turun kebawah dan mengambil setiap kesempatan untuk memberikan penerangan kepada rakyat mengenai kenaikan harga minyak. Berdasarkan kenyataan Perdana Menteri itu kami mengganggap sudah tentu kedua wakil rakyat yang kami undang berani untuk menggunakan kesempatan ini untuk tampil dan memberikan penerangan isu berkenaan. Maka selepas menghantar jemputan kami terus membuat hebahan dengan menggunakan poster dan banner. Sehingga tarikh program debat kami tidak mendapat sebarang makluman bahawa mereka tidak mahu hadir.
Pada program tersebut kira – kira 600 orang membanjiri kawasan dalam dan luar dewan yang hanya mampu mengisi 250 orang sahaja. Bagaimanapun semua mereka termasuk kami penganjur hampa kerana kegagalan untuk panelis dari parti pemerintah hadir dan tidak menghantar wakil.
CABAR UMNO NEGERI SEMBILAN ATAU WAKILNYA DEBAT !
Sehubungan dengan itu kami juga memuji sedikit keberanian saudara untuk memberikan komen mengenai isu ini di media arus perdana. Setelah kegagalan Ketua Pemuda Umno Negeri Sembilan berdebat dengan kami dalam isu kenaikan minyak ini maka, dengan ini secara rasmi kami mempelawa untuk Umno Negeri Sembilan untuk berdebat.
Kami bersedia untuk menghantar wakil di mana sahaja tempat dan waktu yang ditetapkan oleh pihak saudara dengan satu sahaja syarat iaitu ia mestilah diadakan secara terbuka.
Kami amat mengharapkan pihak saudara mempunyai sedikit keberanian dan sikap bertanggungjawab untuk berhujah secara terbuka mempertahanklan mengenai relevannya tindakan kerajaan menaikkan harga minyak.
Bukan seperti biasa hanya membuat penerangan dalam program rasmi kerajaan yang dihadiri kakitangan kerajaan dan pelajar yang rata tidak berani bersoal balas kerana takutkan tindakan tekanan kerana bakal dilabel pembangkang kerana bertanyakan soalan.
Kami bersedia untuk membentangkan dan memperdebatkan fakta mengenai betapa kelemahan kerajaan menjadi punca kenaikan harga minyak dan gas ini.
Kami memberikan masa 14 hari untuk mendapatkan respon dari saudara.
Sekian dan terima kasih.
Angkatan Muda Negeri Sembilan