Wednesday, November 24, 2010

http://freemalaysiatoday.com/bahasa/?p=10506


chegubardOleh Nazli Ibrahim

PETALING JAYA: Sebagai golongan muda dalam PKR, Badrul Hisham Shaharin dan kumpulannya akan terus bergerak dalam parti sebagai kumpulan pendesak ke arah penambahbaikan dalam parti.

"InsyaAllah, tidak akan ada beza dari segi sumbangan saya kepada parti walaupun kini saya tidak mempunyai apa-apa jawatan dalam parti, malah kami akan terus bergerak sebagai kumpulan pendesak dalam parti ini.

"Cuma kini tidak ada lagi mesyuarat pusat yang wajib dihadiri seperti sebelumnya," kata Badrul yang juga dikenali sebagai Chegu Bard kepada FMT hari ini.

ketika ditanya berkenaan bantahan-bantahan yang telah dibuat kepada parti sebelum ini, beliau menegaskan bantahan tersebut dibuat demi kebaikan parti.

"Parti kena faham bantahan yang saya buat bukanlah kerana saya kalah atau menang atau saya anti sesiapa. Selama ini saya tidak ada jawatan pun saya tetap berjuang.

"Banyak kali saya dikhianati dalam parti oleh pemimpin tertentu tetapi saya masih terus berjuang. Saya lakukan kerana ingin membaiki parti dan terus menyakinkan rakyat bahawa parti ini benar-benar parti reformasi dan relevan dalam proses perubahan negara," ujar beliau.

Isu perletakan jawatan Fairus

Chegu Bard turut mengimbau kembali kejadian beliau dan rakan-rakannya di anggap musuh dan perosak parti apabila mendedahkan penyelewengan yang dilakukan oleh bekas Timbalan Ketua Menteri (TKM) Pulau Pinang, Mohamad Fairus Khairuddin April tahun lalu.

"Saya ambil contoh ketika saya bersama teman dari Pulau Pinang termasuk Din Binjai (Amizudin Ahmat), Cikgu Zul dan lain-lain cuba menyelamatkan parti dengan mendedahkan korupsi yang mengaitkan Fairus.

"Ketika itu ramai anggap kami musuh hingga pada satu peringkat parti bukan sahaja tidak peduli malah ada yang menganggap kami perosak parti.

"Sedangkan sudah sampai tahap bahan bukti yang diperolehi cukup meyakinkan kami dan percaya isu ini boleh menjadi faktor kejatuhan kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang dalam Pilihan Raya Umum akan datang jika dia terus berada di situ," kata beliau.

Beliau turut memberitahu bagaimana reaksi lesu telah ditunjukkan pemimpin parti di peringkat negeri dan pusat ketika itu dan cuba melindungi isu tersebut daripada terdedah kepada umum.

Amizudin nekad dedah kepada media perdana

"Apabila parti masih terus cuba menutup isu tersebut dengan mendiamkan diri, teman di Pulau Pinang, Din Binjai nekad untuk mendedahkan kepada media perdana.

"Setelah diasak dan diberi tekanan akhirnya Fairus meletakkan jawatannya manakala SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia) pula yang begitu beriya-iya menyiasat kes itu terus senyap dan menutup kes bila Fairus masuk Umno.

"Saya dan beberapa teman ketika itu beberapa kali bertemu Pegawai Tinggi SPRM dan kami faham apa yang berlaku," ujar beliau lagi.

"Bayangkan bagaimana tingginya penghormatan rakyat jika pada masa itu parti melucutkan jawatan Fairus kerana kita akui dia korup dan tidak kompeten.

"Tentu lebih dihormati dan meyakinkan masyarakat bahawa pendirian parti terhadap rasuah bukan sekadar retorik kosong tetapi dilaksanakan dengan telus apabila TKM pun boleh dipecat jika korup," ujar beliau dengan bersemangat.

Dalam isu bekas TKM tersebut, beberapa ahli AMK negeri dikenakan amaran dan Amizudin Ahmat pula dikenakan tindakan digantung oleh parti sekaligus jawatan ketua AMK negeri yang disandangnya turut terlucut.

Tindakan tersebut turut mendapat tentangan daripada Chegu Bard dan kumpulannya setelah mendapati tiada ketelusan dalam siasatan isu ini.

Menurut Chegu Bard pendakwa, penyiasat dan pencadang hukuman kes ini terdiri dari kelompok yang sama dalam parti.

Chegu Bard turut menjelaskan, disebabkan matlamat pendedahan yang dilakukan untuk kebaikan parti telah tercapai ketika itu maka akhirnya mereka akur dan berdiam diri walaupun dikenakan tindakan.

Tuesday, November 23, 2010

More dirt emerge on PM's private secretary

By Teoh El Sen
PETALING JAYA: New allegations of corruption have surfaced against Zakiah Ibrahim, the Prime Minister’s private secretary who was recently accused of accumulating some RM200 million in wealth by misappropriating funds.

PKR leader Badrul Hisham Shaharin, also known as Chegu Bard, said he was in possession of documents containing the allegations, including photos of a mansion said to belong to Zakiah and to cost RM5 million.

He called again for a response from Zakiah and the Malaysian Anti-Corruption Commission (MACC).
FMT has also received, by e-mail, a copy of the new allegations.

The informant, now calling himself "Deep Throat JPM", questioned how Zakiah had managed to acquire such an expensive home on a private secretary’s salary.

He attached to the e-mail a set of photos of the mansion in Taman Setiawangsa, claiming that Zakiah had been staying there since last December. One of the photos bears the caption “Zakaya”, a play on Zakiah’s name and the Malay word for “wealth”.

"If she is brave, then deny that she has a mansion worth RM5 million with the interior design costing up to RM2 million, as she hired the best consultants from Da Vinci Group Holdings," the informant wrote.

Chegu Bard lamented that MACC had done nothing about the allegations of Zakiah’s corruption, which have been in the news for more than a week.
He said: "The problem is this: if it was a Pakatan leader that was being accused as such, MACC would act as if they were fire fighters and rush in to try their very best to dig more dirt and blow up the issue.

"But why is MACC this time so silent and deaf?

"I challenge MACC to honestly investigate and give an explanation on whether Zakiah is really guilty of all those things she has been accused of.
"I also challenge Zakiah herself to come forward. There are a lot of things that are doubtful here, including her bank loans and the new allegation on her home. The public deserves to know."

Waiting for more documents
Asked whether he would be lodging a report with the MACC, Chegu Bard said he was waiting for more documents from the same source as well as other sources.

He said he had sent a letter to Prime Minister Najib Tun Razak but had yet to receive a response.

'Deep Throat JPM' challenged Zakiah (right) to deny that she arranged a loan of RM200 million from two financial institutions to an alleged crony company for a business worth RM20 million.

He said: "Can she deny that on May and June she met with a Datuk O, an Umno division head from a state up north, on a solar project with the promise of a RM5 million commission?

“Who are the two Chinese businesswomen who eventually acquired the project and allowed Zakiah to share the profit of RM35 million, RM30 million more than promised by the Umno man?

"We also challenge MACC to investigate a direct negotiation project in Sabah involving one of Zakiah's cronies. Also investigate what has happened to the gold mine project in Pahang.”
He alleged that Zakiah teamed up with relatives of the Pahang Menteri Besar to start the gold mining project.

Immense influence

He also alleged that Zakiah had "absolute power" over the Department of Revenue in the Ministry of Finance and claimed this could be confirmed by Fauziah Yaakob, secretary of the Finance Ministry’s government procurement division.

Deep Throat JPM promised that more "shocking" exposures would follow.

Early this month, FMT reported that an informant had accused Zakiah of misappropriating funds and accumulating the extraordinary amount of RM200 million.

The allegations were made in a set of documents purportedly leaked by an insider.

The documents described Zakiah as “a woman with immense influence in the Prime Minister's Office” and alleged that her modus operandi was to switch proposals made by other companies with those of her own cronies and to share the wealth thus acquired with Umno division heads or members of royalty.

Attempts to reach Zakiah for comment have been unsuccessful.

Monday, November 22, 2010

Tidak Wajar Label Pengkhianat Kerana Tegur Dan Kritik Parti

Tidak Wajar Label Pengkhianat Kerana Tegur Dan Kritik Parti

imej drp malaysiakiniUmno dan B-end setiap hari serang Anwar sebab Anwar adalah musuh mereka yang paling mereka geruni. TV3 suku dan RTM serang Anwar itu perkara biasa tetapi jika puji Anwar itu luar biasa namanya. Anwar dituduh pengkhianat, ejen asing, ejen yahudi, ejen Amerika, tak kenang budi dan berbagai-bagai lagi hanya kerana Anwar berani menegur dan mengkritik ketempangan dan penyelewengan kerajaan Malaysia.
Benarkah semua tuduhan itu terhadap Anwar? Jawabnya sudah pasti tidak kerana sayangkan negaralah Anwar tegur dan kritik kerajaan umno b-end sebab itu Anwar lancarkan slogan "SELAMATKAN MALAYSIA"
Berbalik kepada pemilihan Keadilan 2010, mengapa kecoh sangat? Mengapa riuh sangat? Apakah yang sedang berlaku sebenarnya? Benarkah berlaku penipuan atau mereka yang bertanding tidak boleh terima kekalahan? Mengapa mereka tegur dan kritik parti sendiri?
Adakah dengan menegur dan kritik akhirnya mereka juga dilabel sebagai pengkhianat dan ejen umno b-end. Jika itu jawapannya, apa beza tindakan umno b-end melabelkan Anwar sebagai pengkhianat kerana menegur dan mengkritik kerajaan dengan tindakan Keadilan yang melabelkan mereka yang berani menegur dan mengkritk kepincangan parti sebagai pengkhianat dan ejen umno b-end?
Tindakan ahli parti bertindak mengadakan demo di depan pejabat parti adalah tidak wajar. Gunalah saluran dalaman dahulu dan kita amat berharap pimpinan parti juga tidak dilanda sindrom "NAFI".
Tindakan mereka yang mengugut akan keluar parti beramai-ramai juga adalah tindakan yang terlampau. Tak perlu ugut nak keluar parti. Jika nak keluar, silakan parti tak pernah menghalang. Tetapi dalam masa yang sama pimpinan parti wajib ambil tindakan terhadap aduan dan bantahan mereka dan hendaklah menubuhkan "Badan Siasatan Aduan"
Tindakan mereka di atas berbeza dengan tindakan Chegubard yang juga pernah beberapa kali menghantar bantahan dan aduan kepada pimpinan parti dan juga telah bertemu dengan Presiden Parti Dato' Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail bersama Dato' Fauzi.
Semalam Malaysiakini telah menerbitkan artikel Laporan Pemilihan: Ada 'campur tangan serius' Anwar.
Chegubard ketika dihubungi Malaysiakini mengakui ia salinan surat sebenar yang ditulisnya tetapi ia bukan aduan pertama. Bagaimanapun, katanya, surat itu seharusnya tidak didedah pada umum.
Tukar Tiub juga pernah terbitkan laporan aduan ini tetapi telah dikeluarkan semula beberapa jam selepas itu namun Malaysiakini telah 'pick-up' laporan tersebut di sini dan di sini.
Chegubard juga telah dihubungi Agendadaily dan ini jawapan Chegubard. “Saya tidak nafi surat itu wujud, tapi saya tidak mahu layan Agendadaily kerana selalu tidak beri ruang yang adil kepada Pakatan Rakyat,” Itu komen calon Ketua Angkatan Muda PKR Badrul Hisham Shaharin ketika dihubungi lewat petang Isnin untuk mengulas suratnya mengenai kepincangan pemilihan PKR yang bocor.
“Surat tersebut bukan untuk tontonan umum. Saya memang ada menulis bukan sekali, banyak kali tetapi hingga kini tidak ada jawapan. “itu sahaja jawapan saya, saya tidak mahu ulas panjang kerana menjaga disiplin parti,” kata beliau sebelum meletak telefon. Selanjutnya di sini.
"Satu penyiasatan terbuka perlu diadakan segera mengenai kepincangan yang berlaku," tulis Badrul Hisham di bahagian akhir laporan empat muka surat itu.
"Saya masih berpegang teguh dengan disiplin parti menggunakan seluruh saluran dalaman parti. Namun saya semakin diasak ke dinding. Saya selaku anggota Parti Keadilan Rakyat mohon keadilan."
Ada dua persepsi di sini. Pertama adakah berlaku penipuan dalam pemilihan atau yang kedua adakah mereka yang bertanding tidak boleh terima kekalahan?
Chegubard dalam kempen terakhirnya di Johor menjawab berbagai soalan dan kepincangan yang berlaku dalam pemilihan, katanya "Anwar adalah pemimpin yang paling layak menjadi Perdana Menteri dan Parti Keadilan Rakyat adalah yang parti yang sesuai oleh anak muda. Oleh itu jangan ada tindakan yang melampau dan semua harap bertenang dan bersabar, saya dan sahabat-sahabat seperjuangan sudah laporkan segala kepincangan dan bukan soal siapa menang atau siapa kalah tetapi soal ketelusan itu wajib dilaksanakan dan berharap pimpinan parti akan ambil tindakan terhadap laporan".
Kesimpulannya adalah tidak adil dan tidak wajar jika umno dan b-end melabelkan Anwar sebagai pengkhianat dan ejen asing hanya kerana Anwar menegur dan kritik kepincangan dalam kerajaan dan begitulah juga dengan Chegubard. Adalah tidak adil dan tidak wajar melabelkan Chegubard sebagai pengkhianat dan ejen umno atau ejen Zaid hanya kerana menegur dan kritik kepincangan dalam parti.
Tidak timbul soal Chegubard tidak terima kekalahan tetapi soal ketelusan dan kepincangan itu wajib disiasat segera demi untuk "SELAMATKAN PARTI KEADILAN RAKYAT".
Kemenangan sebenar adalah kemenangan untuk menumbangkan umno dan b-end dalam PRU-13 yang dijangka akan berlaku dua minggu sebelum Tahun Baru Cina tahun 2011. Sehubungan dengan itu, sokonglah Pakatan Rakyat untuk "SELAMATKAN MALAYSIA".

Amizudin Ahmat (Din Binjai)

Permohonan Anwar dapatkan nota perubatan ditolak

Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah sekali lagi menolak permohonan pihak peguambela bagi mendapatkan nota perubatan Hospital Kuala Lumpur (HKL) dalam perbicaraan kes liwat yang membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim.Katanya, mahkamah tidak boleh memaksa dokumen itu dikemukakan.

Sebelum itu berlaku pertikaman lidah antara peguam utama pihak pembelaan Karpal Singh yang berhujah bahawa hakim gagal memahami Seksyen 45, Akta Keterangan 1950 yang mensyaratkan seseorang pakar perlu mengemukakan semua dokumen bagi menyokong semua hujah yang dikemukakan di mahkamah.


"Ini keputusan Mahkamah Agung.”

Hakim Mohamad Zabidin berkata: "Bagaiaman jika dia (saksi) tidak mahu melihatnya (dokumen)?”

Karpal berkata ini tidak adil dan ini menyukarkan tugas pihak pembelaan dalam melaksanakan tugas mereka.

“Apa yang mungkin Yang Arif catatkan adalah tidak berguna kecuali ia disokong oleh data dan ia tidak berguna dengan tulisan di atas kertas itu.”

"Kenapa mesti Yang Arif duduk dan terdedah kepada tidak tentu arah?” soal Karpal.

Katanya, tindakan itu bagi membantu mahkamah mendapatkan gambaran dari sudut sains.

Justeru, menurut Karpal, adalah tidak adil kepada pihak peguambela jika data yang disertakan tidak menyokong kenyataan lisan dan bercanggah dengan sistem perundangan.

"Fungsi pakar (saksi) adalah mengemukakan kepada mahkamah setiap maklumat bagi menyokong keterangan dalam terma sains agar mahkamah tidak tersilap arah," kata Karpal.

Bagaimanapun Peguam Cara Negara II, Datuk Mohd Yusof Zainal Abidin mencelah mengatakan saksi layak menjawab secara lisan selain tiada desakan untuk saksi mengemukakan data.

Katanya tugas pakar patologi HKL, Dr Siew Sheue Feng hanya untuk mengambil sampel dan mengenalpasti kecederaan dan bukan mengenalpasti data.

Dr Siew adalah saksi pertama sesi pagi hari ini. - MALAYSIAKINI

Nuffnang Ads AKTIVIS REFORMASI: PUCUK PIMPINAN PARTI PUNCA KEMELUT PEMILIHAN PKR

dari email yang diterima :

Aktivis Reformasi berasa terpanggil untuk mengambil tanggungjawab memberitahu pucuk pimpinan parti umumnya Dato’ Seri Anwar Ibrahim dan khususnya Presiden, Datuk Seri Dr Wan Azizah bahawa apa yang berlaku kepada parti hari ini adalah berpunca dari pimpinan parti di peringkat Biro Politik dan Majlis Pimpinan Pusat (MPP) yang berlebihan bermain politik demi kepentingan peribadi daripada berusaha membina parti menjadi sebuah organisasi politik yang benar-benar demokratik melalui pemilihan 1 ahli 1 undi.

Pucuk pimpinan mesti mengambil tanggungjawab penuh atas krisis dan kemelut perpecahan serta pergaduhan yang berlaku akibat kegagalan mengendalikan pemilihan parti secara adil dan telus. Imej parti sebagai sebuah gerakan rakyat yang menuntut perubahan serta reformasi kini tercalar teruk, sekaligus menggugat keyakinan anggota dan rakyat Malaysia terhadap Parti Keadilan Rakyat.

Aktivis Reformasi kecewa apabila melihat pucuk pimpinan lebih mementingkan jawatan dan pangkat serta kedudukan selesa di sisi Anwar Ibrahim daripada mengambil peduli rintihan serta keluhan anggota bawahan. Semua permasalahan yang dibangkitkan oleh anggota bawahan dianggap remeh dan tidak penting. Pimpinan parti tidak bersungguh-sungguh untuk menangani permasalahan yang dibangkitkan. Semua permasalahan tidak diselesaikan secara tuntas dan bertanggungjawab; hanya sekadar melepaskan batuk di tangga dan sampah disapu masuk bawah karpet, asalkan tidak menjejaskan kedudukan pemimpin tinggi parti.

Sejak awal pemilihan parti lagi, kelemahan Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) dan Sekretariat Ibu Pejabat dalam mengendalikan pemilihan, dan ketidakupayaan untuk menyediakan satu persekitaran pertandingan yang adil dan sama rata bagi semua pihak yang bertanding sering dibangkitkan. Gesaan agar JPP diperkemas tidak dipedulikan. Desakan supaya pemilihan ditangguh juga dibakulsampahkan.

Sehingga hari ini isu manipulasi undi yang berlaku di Libaran, Sandakan, Batu Sapi, Tawau serta Kubang Pasu tidak dijawab. Begitu juga aduan tentang salahlaku JPP di Teluk Intan dan Gopeng. Apa penyelesaian kepada isu penipuan undi yang dibangkitkan di pemilihan cabang Langkawi? Apa laporan siasatan terhadap isu undi lebih dari jumlah keluar mengundi yang berlaku di Lembah Pantai, Hulu Selangor, Kelana Jaya dan Kelang? Bagaimana pula dengan isu pengundi hantu di Kota Raja dan Penampang apabila dibuktikan bahawa manipulasi daftar anggota berlaku untuk membolehkan penyokong pemimpin tertentu mengundi lebih dari sekali?

Dalam pada itu:

i. Di Cabang Alor Gajah, ada surat pengakuan daripada ahli yang mendakwa beliau telah diberi kad ahli orang lain untuk mengundi.

ii. Di Kelana Jaya, semasa Mesyuarat Agung Tahunan Cabang (MATC), pengundi dibenarkan mengundi walaupun terdapat perbezaan maklumat diri dalam buku daftar pengundi.

iii. Di Cabang Merbok (ada rakaman visual) menunjukkan Pengawas memangkah kertas undi serta mengarahkan pengundi memilih calon tertentu.

iv. Di Cabang Bayan Baru dan Kubang Pasu, Pengawas mengarahkan pusat mengundi ditutup selama setengah jam selepas tamat tempoh mengundi. Dalam tempoh tersebut, tiada wakil calon dibenarkan berada dalam pusat mengundi. Wakil calon hanya dibenarkan masuk apabila proses pengiraan dimulakan.

v. Di Cabang Langkawi, AJK cabang menyediakan dan mengisi borang bagi pendaftaran ahli baru dan ada yang terus dibenarkan masuk mengundi. Ahli PAS juga turut mengundi. Yang tidak jadi ahli pun mengundi dengan menandatangani bagi pihak ahli lain yang tidak hadir semata-mata untuk menunjukkan peratusan keluar mengundi yang tinggi.

vi. Apa pula tindakan yang diambil apabila TV3 melaporkan di Buletin Utama secara visual bagaimana pengawas pemilihan mengajar anggota untuk memangkah calon tertentu.

vii. Dalam masa yang sama, bagaimana pula blogger Haris Ibrahim boleh menyampaikan berita tentang pembocoran kertas undi. Sejauh manakah tahap keselamatan kertas undi sehingga begitu mudah ianya dibocorkan?

viii. Bagaimana boleh pula JPP sewenang-wenangnya membenarkan penangguhan pemilihan bagi cabang Silam yang dibuat hanya 48 jam sebelum masa pengundian? Apakah prosedur penghantaran notis yang ditetapkan dalam perlembagaan parti, sehingga begitu mudah Sekretariat membuat keputusan dengan menerima alasan keletihan susulan pilihan raya kecil Batu Sapi, yang sudah tentu tidak adil bagi anggota lain di Batu Sapi yang ingin mengundi?

ix. Kenapa pula tidak dimaklumkan tentang proses pengundian yang tiba-tiba diadakan di Ibu Pejabat, yang kononnya melibatkan pengawas pemilihan dan petugas pilihan raya Batu Sapi?

x. Di manakah penjelasan JPP tentang cabang Kota Bharu, Tumpat, Langkawi dan Hulu Selangor yang mengundi lewat dari waktu yang ditetapkan oleh sebab kesilapan teknikal oleh JPP? Apa akan kita lakukan sekiranya SPR lewat membuka pusat pengundian? Adakah kita akan bertoleransi dengan SPR atau kita akan kutuk SPR habis-habisan?

Aktivis Reformasi mengetengahkan sebahagian dari permasalahan yang diketahui umum tetapi tidak ditangani oleh JPP dan pimpinan parti. Aktivis Reformasi juga sangat yakin bahawa tidak ada pasukan pemantau yang mengesahkan setiap proses pemilihan telah dijalankan mengikut prosedur yang ditetapkan. Kalau ada, di mana dan apakah status laporan-laporan tersebut?

Aktivis Reformasi mengingatkan pucuk pimpinan bahawa implikasi dari pemilihan ini sangat besar. Tindakan Datuk Zaid Ibrahim meninggalkan parti memberi iktibar terbesar, yakni ia disebabkan kegagalan untuk mewujudkan sebuah pemilihan yang bersih dan adil. Mahu atau tidak mahu pucuk pimpinan mesti menjawab semua isu-isu yang berbangkit. Sikap mendiamkan diri untuk meredakan kemelut akan menyerlahkan sikap tidak bertanggungjawab pucuk pimpinan parti.

Tindak-tanduk pucuk pimpinan amat mengecewakan bilamana rintihan ahli tidak dipedulikan akan tetapi usaha untuk mengutuk Dato’ Zaid Ibrahim digiatkan bagi mengalih pandangan anggota dari isu sebenar iaitu kepincangan pemilihan parti yang kerap dibangkitkan.

Aktivis Reformasi dengan ini mendesak pucuk pimpinan untuk melakukan sesuatu bagi mengembalikan keyakinan dan kepercayaan semua pihak terhadap segala kemelut yang timbul. Protes yang bertalu-talu ini berpunca dari sikap dan tindak tanduk pucuk pimpinan parti yang jelas memperkosa prinsip-prinsip dan nilai-nilai murni yang selama ini menjadi asas dokongan gerakan Reformasi. Kegagalan pucuk pimpinan untuk mengambil sebarang tindakan atau memberi jawapan dan laporan yang memuaskan akan menyebabkan semakin banyak protes secara terbuka atau secara senyap menghantui masa depan perjuangan parti.

Sekian, Salam Reformasi.

Thursday, November 18, 2010

Bersama Malaysiakini "misi dan visi"

FMT : Pemimpin mewah minta rakyat terus berkorban

Gambar : melapah lembu di Kota, Rembau.
"roh Hari Raya ini bukan sekadar menyembelih dan melapah lembu sahaja"

PETALING JAYA: "Wajarkah bagi mana-mana individu mendakwa dirinya berkorban untuk agama, negara dan rakyat padahal pada masa yang sama hidup mewah dan membina kekayaan untuk dirinya sendiri?"

Demikian soal calon Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Badrul Hisham Shaharin yang juga dikenali sebagai Chegu Bard ketika bercakap tentang pengorbanan sempena Hari Raya Korban yang disambut oleh umat Islam negara ini hari ini.

Beliau mengingatkan semua pihak agar tidak hanya mempertikaikan pengorbanan pihak lain tetapi harus juga memikirkan adakah diri sendiri pernah berkorban untuk pihak lain.

"Kerajaan meminta rakyatnya berkorban untuknya tetapi apa pula pengorbanan kerajaan untuk rakyat negara ini?

"Apabila negara ini dikatakan bakal muflis oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Idris Jala tidak berapa lama dahulu, rakyat diminta berkorban untuk negara.

Gaya hidup mewah

"Tetapi apa pula pengorbanan mereka ini untuk rakyat dan negara, dengan gaya hidup yang mewah mereka tanpa sedikit pun merasa bimbang akan nasib negara dan rakyat.

"Saya percaya rakyat negara ini tidak merasa ragu untuk berkorban untuk negaranya, asalkan kena pada caranya dan pemimpin sendiri harus menunjukkan contoh teladan yang baik" kata Chegu Bard.

Beliau turut mengingatkan anggota Parti Keadilan Rakyat khususnya anak-anak muda agar jangan hanya pandai bercakap tentang pengorbanan yang kononnya pernah dilakukan untuk parti.

"Kadang-kadang ada yang mendakwa telah berkorban itu dan ini untuk parti. Hakikatnya yang mendakwa berkorban ini ada yang membina kekayaan melalui jawatan politik yang disandangnya.

"Jadi dalam situasi ini, siapa yang berkorban sebenarnya? Parti atau orang-orang seperti ini? Tentulah imej parti yang akhirnya terkorban apabila dipandang serong oleh masyarakat nanti," ujar beliau.

Pengorbanan sebenar

Disamping itu beliau menyanjung tinggi pengorbanan sebenar yang pernah dilakukan oleh anggota parti itu dari pelbagai peringkat untuk meletakkan parti berada di kedudukannya sekarang.

"Saya amat menyanjung tinggi pengorbanan ahli parti semua peringkat yang berkorban untuk perjuangan keadilan ini lebih-lebih lagi di akar umbi sehinggakan ada yang terpaksa bergolok bergadai untuk meneruskan perjuangan parti.

"Jadi amat wajar pemimpin yang berada di atas untuk merenung pengorbanan mereka di bawah yang tidak punya apa-apa kepentingan diri.

Apabila ditanya pengorbanan yang pernah dilakukan untuk perjuangan parti, Chegu Bard menjawab, "Di mana keikhlasan jika bertujuan untuk mendapatkan publisiti atas pengorbanan yang telah dilakukan?

"Biarlah beberapa teman rapat yang mengetahui kesulitan, pengorbanan yang pernah saya lalui dalam perjuangan untuk menegakkan keadilan ini. Selain itu, Tuhan saja yang tahu," ujarnya.

Di samping itu, beliau turut mengucapkan selamat menyambut Hari Raya Aidiladha kepada umat Islam di negara ini.

Bila SPRM nak siasat kes lombong pasir N.Sembilan?

"Laporan Ketua Audit Negara 2009 mendedahkan kerajaan Negeri Sembilan rugi dalam aktiviti pengambilan pasir hasil royalti pengambilan pasir yang berjumlah RM1.6 juta bagi tempoh tahun 2007 hingga 2009 terpaksa digunakan untuk pemulihan alam sekitar. Jadi siapa yang untuk lombong pasir di N.Sembilan ni? Bila SPRM nak siasat kerugian besar ni? Dan siapa untung besar?

Berapa banyak wang digunakan untuk pulihkan alam sekitar ni? Dah pulih atau belum?Apa kena mengena dengan dakwaan Menteri Besar N.Sembilan beri wang pada Kelab Sukan SPRM seperti yang pernag ditulis oleh Chegubard di pautan berikut http://chegubard.blogspot.com/2009/06/desak-ambil-tindakan-terhadap-sumbangan.html

JABATAN PENGAIRAN DAN SALIRAN NEGERI SEMBILAN, PEJABAT DAERAH DAN TANAH, PEJABAT PENGARAH TANAH DAN GALIAN NEGERI SEMBILAN DAN BADAN KAWAL SELIA AIR NEGERI SEMBILAN

3. PENGURUSAN AKTIVITI PERLOMBONGAN DAN PENGAMBILAN PASIR SERTA KESANNYA TERHADAP ALAM SEKITAR

3.1 LATAR BELAKANG

3.1.1 Pasir adalah butiran batu berdiameter daripada 0.0625mm hingga 2mm dan berwarna putih cerah. Pasir boleh berpindah akibat tiupan angin atau dibawa air sebelum berkumpul di muara sungai, tepi pantai, bukit kecil, tanjung, beting pasir di tengah laut, gurun dan kawasan berkaitan aliran air. Terdapat beberapa jenis pasir iaitu pasir sungai, pasir lombong, pasir laut dan pasir gurun. Pasir merupakan bahan utama dalam industri pembinaan terutamanya yang melibatkan binaan konkrit dan jalanraya. Pasir juga digunakan untuk kerja tebus guna tanah. Sumber bekalan pasir yang paling banyak dan mudah di negara ini adalah dari dasar sungai.

3.1.2 Pengeluaran pasir merupakan salah satu sumber ekonomi kepada kerajaan Negeri Sembilan di mana pada tahun 2007 jumlah pengeluaran pasir adalah 186,880m3 dan meningkat kepada 193,228m3 pada tahun 2008. Ia terus meningkat kepada 317,792m3 pada tahun 2009. Negeri Sembilan telah mengutip sejumlah RM0.46 juta pada tahun 2007 hasil daripada sumber pengeluaran pasir melalui bayaran deposit dan royalti. Kutipan ini meningkat kepada RM0.58 juta pada tahun 2008 dan seterusnya meningkat kepada RM0.94 juta pada tahun 2009.

3.1.3 Aktiviti perlombongan dan pengambilan pasir dijalankan sama ada di atas tanah milik kerajaan atau tanah milik individu. Sepanjang tempoh dari tahun 2007 sehingga 2009, terdapat 239 pengusaha berlesen yang menjalankan kegiatan pengambilan pasir di Negeri Sembilan. Pengambilan pasir di Negeri Sembilan adalah tertakluk kepada Kanun Tanah Negara 1965, Akta Air 1920 (Pindaan 2007), Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan Akta Perlombongan 1959.

3.1.4 Pemberian permit untuk mengeluarkan pasir adalah di bawah tanggungjawab semua Pejabat Daerah Dan Tanah (PDT) berdasarkan kawasan pengambilan pasir yang dimohon. Permohonan perlu disertakan ulasan teknikal daripada Jabatan Pengairan Dan Saliran Negeri Sembilan (JPSNS), Jabatan Alam Sekitar Negeri Sembilan (JASNS) Dan Jabatan Mineral Dan Geosains (JMG) untuk menilai kesesuaian pengambilan pasir dari segi kawasan, sumber dan potensi pencemaran kepada alam sekitar sebelum permohonan disemak oleh Pengarah Tanah Dan Galian Negeri Sembilan (PTGNS) dan dibawa untuk pertimbangan kelulusan oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN).

3.2 OBJEKTIF PENGAUDITAN

Objektif pengauditan adalah untuk menilai sama ada aktiviti perlombongan dan pengambilan pasir memberi kesan terhadap alam sekitar.

3.3 SKOP DAN KAEDAH PENGAUDITANPengauditan ini tertumpu kepada aktiviti pengambilan pasir sungai untuk tempoh tiga tahun (2007 hingga 2009). Pengauditan dijalankan di Daerah Seremban, Port Dickson dan Gemas yang melibatkan PDT dan JPSNS. Pengauditan ini dijalankan dengan cara menyemak fail, rekod dan dokumen serta temubual orang awam dan pegawai di jabatan yang berkaitan secara langsung atau tidak langsung dengan aktiviti pengambilan pasir. Untuk menilai kesan alam sekitar dari aktiviti perlombongan dan pengambilan pasir, pihak Audit merujuk kepada JASNS dan Jabatan Kesihatan Negeri, Negeri Sembilan (JKNNS), Majlis Daerah dan Jabatan Kerja Raya (JKR) untuk mendapatkan bantuan khidmat kepakaran terutama terhadap impak kepada kualiti air. Tumpuan juga dibuat terhadap aspek pemantauan aktiviti pengambilan pasir sungai di kawasan sungai yang mungkin memberi impak kepada alam sekitar seperti hakisan dan ketidakstabilan tebing sungai, perubahan ke atas rejim sungai yang mengubah aliran air sungai dan impak kepada insfrastruktur dan utiliti. Beberapa siri lawatan juga dilakukan bersama pegawai jabatan ke kawasan pengambilan pasir dan lokasi di mana kesan daripada pengambilan pasir terhadap alam sekitar berlaku.

3.4 PENEMUAN AUDIT

Pengauditan yang dijalankan antara bulan September 2009 hingga Disember 2009 mendapati pada keseluruhannya pengurusan aktiviti pengambilan pasir di Negeri Sembilan adalah kurang memuaskan. Terdapat beberapa kelemahan yang bukan sahaja memberikan kesan pencemaran dan kemusnahan alam sekitar malahan menyebabkan kerugian kepada Kerajaan melalui hasil royalti pengambilan pasir yang berjumlah RM1.6 juta bagi tempoh tahun 2007 hingga 2009 terpaksa digunakan untuk pemulihan alam sekitar.

Antara kelemahan yang diperhatikan ialah:

• penurunan kualiti air sungai, kemusnahan tebing sungai dan perubahan rejim sungai adalah kesan alam sekitar akibat daripada aktiviti pengambilan pasir;

• kurang pemantauan oleh JPSNS terhadap pematuhan syarat pentadbiran dan teknikal pengambilan pasir; dan

• kurang koordinasi di antara PDT, PTGNS dan JPSNS dalam memastikan pengusaha pasir tidak merosakkan alam sekitar semasa aktiviti pengambilan pasir dilakukan.

Penjelasan lanjut mengenai kelemahan yang diperhatikan adalah seperti di perengganberikut:

3.4.1 Kesan Aktiviti Pengambilan Pasir Terhadap Alam Sekitar

JPSNS telah mengeluarkan Syarat-Syarat Pentadbiran dan Syarat-Syarat Teknikal Untuk Memproses Permohonan dan Pemantauan Aktiviti Pengeluaran Pasir Sungai Di Negeri Sembilan pada 16 Julai 2008. Antara syarat-syarat teknikal pengambilan pasir adalah:a) Pengusaha perlu mematuhi syarat penyediaan pelan kolam enapan yang menunjukkan tiga kolam enapan bersiri untuk mengawal kelodak cucian memasuki sungai dan kualiti air kolam enapan hendaklah ditentukan oleh standard JASNS;b) Menetapkan pengusaha bertanggungjawab terhadap segala kerosakan tebing dan pencemaran akibat pengambilan pasir dan melapor kepada JPSNS;c) Pelan keratan lintang yang menunjukkan aras dasar tebing serta rizab sungai yang disediakan oleh Juruperunding Profesional dan dihantar ke JPSNS sebelum kerja-kerja pengambilan pasir dijalankan; dand) Pengusaha tidak dibenarkan menyekat atau mengalih aliran sungai dan anak air yang terdapat di kawasan pengambilan pasir tanpa kebenaran JPSNS. Lawatan Audit ke tujuh lokasi pengambilan pasir di Sungai Linggi di Daerah Seremban dan Port Dickson, Sungai Batang Penar di Daerah Seremban dan Sungai Muar di Daerah Gemas mendapati perkara-perkara berikut:

i) Impak Kepada Kualiti Air Sungai

Kolam enapan bersiri diperlukan untuk memerangkap pepejal terampai dan sisa mendapan sebelum dilepaskan ke sungai dan berfungsi untuk mengawal kelodak cucian daripada memasuki sungai. Pengusaha perlu mengemukakan pelan kolam enapan bersiri seperti yang dikehendaki oleh JPSNS sebelum aktiviti mengambil pasir dijalankan. Kualiti air kolam enapan yang hendak dilepaskan ke sungai juga perlu ditentukan terlebih dahulu sama ada telah menepati standard JASNS seperti di Foto 3.1.

Perkara ini berlaku kerana kurangnya pemantauan serta penguatkuasaan oleh JPS dan PDT dalam menentukan syarat teknikal yang menghendaki pengusaha membina tiga kolam enapan bersiri dipatuhi. Pihak JASNS juga memaklumkan tiada tindakan oleh pengusaha untuk memastikan kualiti air dari kolam enapan yang hendak disalurkan ke sungai mengikut standard JASNS. Kesan daripada kolam enapan yang tidak mengikut syarat teknikal JPSNS telah mengakibatkan pencemaran dan penurunan kualiti air sungai di hilir kawasan pengambilan pasir. Pengukuran tahap pencemaran air sungai bagi aktiviti pengambilan pasir perlu berada sekurang-kurangnya dalam Kelas III seperti di Jadual 3.1 dan Jadual 3.2. Keputusan analisis Jabatan Kimia Malaysia berdasarkan Interim National Water Quality Standard for Malaysia (INWQS) dari pensampelan yang telah diambil oleh JASNS menunjukkan punca pelepasan air kolam enapan di tiga batang sungai tersebut mengandungi kepekatan pepejal terampai pada tahap tercemar iaitu kelas V seperti di Jadual 3.3. 1. Sungai Linggi Taman Angsamas, Kuala Sawah 5,800mg/L 28.10.2009 V Tercemar2. Sungai Muar Kampung Londah 2,400mg/L 13.11.2009 V Tercemar3. Sungai Ngoi- Ngoi Kampung Pantai 1,655mg/L 29.12.2009 V Tercemar Hasil perbandingan ujian air sungai di hulu dan hilir pelepasan air cucian pasir seperti di Jadual 3.4 mendapati klasifikasi air sungai di tiga kawasan yang diuji menunjukkan penurunan kualiti air berdasarkan Indeks Kualiti Air Negara (IKAN). Sungai Linggi berada pada tahap separa tercemar dengan penurunan kualiti air daripada IKAN 72 kepada IKAN 68, Sungai Ngoi-Ngoi walaupun berada pada tahap bersih tetapi menunjukkan penurunan kualiti air daripada IKAN 86 kepada IKAN 84 dan Sungai Muar pula berada pada tahap separa tercemar dengan mencatatkan penurunan IKAN 70 di hulu kepada IKAN 69 di hilir kawasan pengambilan pasir. Ujian Punca Air Sungai Di Hulu Dan Hilir Tapak Projek Aktiviti Pengambilan Pasir1. Sungai Linggi Taman Angsamas, Kuala Sawah 72 68 Separa Tercemar2. Sungai Muar Kampung Londah 70 69 Separa Tercemar3. Sungai Ngoi-Ngoi Kampung Pantai 86 84 Bersih JPSNS memaklumkan akan memantau pengusaha supaya mengikut syarat yang dikeluarkan dan akan memaklumkan kepada PDT untuk mengambil tindakan memberhentikan sementara operasi pengeluaran pasir dan mengarahkan pengusaha membina semula kolam enapan bersiri mengikut syarat supaya dapat berfungsi dengan sempurna.

PDT Seremban, Port Dickson dan Gemas mengambil maklum mengenai perkara ini dan memandangkan aspek penyediaan kolam enapan adalah merupakan elemen teknikal yang melangkaui bidang dan keupayaan PDT, tindakan pemantauan secara kerap bersama JPSNS akan dilakukan supaya syarat teknikal dipatuhi oleh semua pengusaha pasir sebelum memulakan kerja.

Pihak JASNS melalui surat ASNB(B) 91/110/900/018(17) bertarikh 18 Mei 2010 memberi syor Pengusaha perlu mematuhi syarat penyediaan pelan kolam takungan mendapan bersiri untuk mengawal kelodakan cucian memasuki sungai dan sentiasa diselenggara untuk memastikan tahap keberkesanannya. Had pelepasan daripada kolam tersebut hendaklah tidak melebihi status kualiti air sungai untuk lembangan sungai tersebut berdasarkan ‘Interim National Water Quality Standard for Malaysia’ (INWQS). ii) Kerosakan Tebing SungaiPengusaha adalah bertanggungjawab untuk melaporkan kepada JPSNS segala kerosakan tebing sungai akibat pengambilan pasir dan hendaklah membaikinya atas tanggungan sendiri. Pengorekan pasir secara terus pada tebing sungai adalah dilarang untuk memastikan kestabilan tebing terpelihara.

Semakan Audit di Sungai Linggi, Kawasan Sua Betong, Daerah Port Dickson mendapati tebing di sungai berkenaan mengalami keruntuhan akibat daripada aktiviti pengambilan pasir seperti di Foto 3.6 dan Foto 3.7. PDT Port Dickson memaklumkan bahawa keruntuhan tebing berlaku kerana pengusaha menggunakan mesin untuk mengorek pasir di dasar dan tebing sungai. Namun begitu kaedah pengambilan pasir yang diamalkan sekarang adalah menggunakan pam yang dapat mengurangkan kerosakan tebing sungai. JPSNS telah mengarahkan pengusaha membaiki semula tebing tetapi pengusaha gagal melaksanakannya dan deposit pengusaha akan dirampas untuk membaiki tebing yang rosak. iii) Aras Dasar Tebing Serta Rizab Sungai TerjejasPengusaha dikehendaki menyediakan pelan sukat keratan lintang dan bujur setiap enam bulan sekali dan selepas operasi atau bila-bila masa yang dikehendaki oleh JPS bagi tujuan pemantauan.

Kerja sukat tersebut hendaklah disediakan oleh Juruukur Berlesen dan berdasarkan kepada Aras Ordinan Datum Jabatan Ukur. Semakan Audit mendapati pengusaha gagal menyedia dan mengemukakan pelan reka bentuk jajaran, keratan rentas dan memanjang sepanjang projek kepada JPSNS seperti yang dikehendaki dalam syarat teknikal JPSNS. Ini menyebabkanJPSNS sukar mengawal kerosakan tebing kerana tiada perbandingan yang dapat dibuat terhadap struktur tebing sebelum dan selepas aktiviti pengambilan pasir. Akibatnya kestabilan tanah dan tebing sungai terjejas dan berlakunya runtuhan tanah yang tidak terkawal.

Keadaan tebing yang runtuh akibat aktiviti perlombongan pasir juga telah menyebabkan kerosakan pada struktur hidrolik dan paip Indah Water Konsortium (IWK) seperti di Foto 3.8 dan Foto 3.9.JPSNS akan memastikan pengusaha yang diluluskan permit agar mematuhi syarat penyediaan Pelan Keratan Lintang dan Keratan Bujur.

iv) Impak Kepada Rejim Sungai

JPSNS hendaklah memastikan aktiviti pengambilan pasir tidak akan menyebabkan perubahan rejim sungai. Pengusaha tidak dibenarkan menyekat atau mengalih aliran sungai dan anak air yang terdapat di kawasan pengambilan pasir tanpa kebenaran JPSNS. Lawatan Audit ke Sungai Linggi pada 10 Ogos 2009 mendapati terdapat perubahan kepada rejim sungai di mana berlaku perubahan aliran air sungai, profil tebing dan sedimentation kesan daripada pengambilan pasir yang tidak terkawal. Terdapat pengusaha yang telah membina struktur merintangi sungai tanpa kebenaran JPSNS bagi tujuan mengumpulkan pasir seperti di Foto 3.10 hingga Foto 3.13. Akibatnya sungai menjadi statik dan perubahan struktur asal rejim sungai berlaku.

Semakan Audit terhadap pelan butiran dan keratan rentas yang disediakan oleh Juruukur Berlesen untuk kawasan pengambilan pasir sepanjang 350m di Sungai Linggi, Mukim Linggi, Daerah Port Dickson, mendapati berlaku perubahan profil tebing sungai di bahagian CH750 hingga CH800 di mana sungai menjadi lebar iaitu 58.92 meter berbanding lebar asal 25.90 meter seperti di Jadual 3.5. Analisis perubahan kelebaran sungai pada CH750 bagi tahun 2008 dan 2009 dapat dilihat di Foto 3.14 dan Foto 3.15 yang menunjukkan lebar sungai pada tahun 2008 iaitu sebelum aktiviti pengambilan pasir dijalankan adalah 25.90 meter pada CH750 dan 23.34m pada CH800. Namun begitu, ia menjadi 58.92 meter lebar pada CH750 dan 60.30m pada CH800 bagi tahun 2009 iaitu selepas aktiviti pengambilan pasir dijalankan di kawasan tersebut.

Akibatnya rejim asal sungai telah berubah dan rizab tebing asal telah menjadi sungai. Ini menyebabkan penyenggaraan tebing tidak dapat dilakukan oleh JPSNS. Aktiviti pengorekan pasir boleh mengakibatkan hakisan di tebing sungai dan runtuhan tanah ke dalam sungai yang seterusnya menyebabkan berlakunya pemendapan tanah di kawasan pengambilan pasir seperti di Foto 3.16 dan Foto 3.17. Pemendapan tanah akan mengganggu arah aliran air sungai di mana air sungai tidak dapat mengalir mengikut kelazimannya kerana terdapat halangan seperti tanah dan pasir yang menyekat laluan air.

JPSNS memaklumkan pemantauan syarat teknikal dilaksanakan oleh juruteknik JPSNS di peringkat daerah. Tindakan akan diambil untuk memastikan syarat teknikal dipatuhi dan seterusnya akan melaporkan kepada agensi yang boleh mengambil tindakan ke atas perkara yang di luar bidang JPSNS. Pada pendapat Audit, pematuhan kepada syarat pentadbiran dan teknikal pengambilan pasir oleh pengusaha adalah tidak memuaskan dan kurang pemantauan oleh JPSNS. Ini menyebabkan kualiti air sungai menurun pada tahap tercemar, kerosakan tebing sungai, aras dasar tebing serta rizab sungai terjejas dan memberi impak kepada rejim sungai.

3.4.2 Pengambilan Pasir Tanpa PermitKanun Tanah Negara (KTN) 1965 menetapkan kuasa untuk mengeluarkan permit bagi tujuan mencabut, memindah dan mengangkut bahan batuan dari tanah kerajaan adalah kepada Pentadbir Tanah. KTN melalui peruntukan seksyen 429B (1) dan (2) telah memberi kuasa kepada Pengarah Tanah Dan Galian (PTG) atau Pentadbir Tanah Daerah (PDT) untuk mengenakan kompaun kepada kesalahan-kesalahan yang dinyatakan dalam Kaedah-kaedah Tanah Negeri. Semakan Audit terhadap kawasan yang terlibat dengan aduan pengambilan pasir tanpa permit di PDT Seremban adalah seperti di Jadual 3.6. Senarai Kawasan Yang Terlibat Dengan Pengambilan Pasir Tanpa Permit Negeri Sembilan Bagi Tempoh Tahun 2007 Hingga Tahun 2009Bil. Tarikh Aduan Tempat/ Daerah1. 18.6.2009 Kg. Ulu, Mukim Rantau, Daerah Seremban.2. 8.5.2009 Kg. Pasir Tengah, Siliau, Seremban.3. 23.2.2009 Sungai Kepayang, Daerah Seremban4. 20.1.2009 Kg. Seri Lalang Simin, Mukim Rantau, Daerah Seremban.5. 9.12.2008 Sg. Chelet Kg. Bukit Kadir Nilai, Daerah Seremban6. 1.12.2008 Sungai Jimah, Kg. Jimah, Daerah Port Dickson.7. 9.9.2008 Sg. Batang Labu, Mukim Labu, Daerah Seremban.8. 22.9.2008 Sg. Batang Labu, Mukim Labu, Daerah Seremban.9. 23.4.2008 Sungai Pajam, Mantin, Seremban10. 19.10.2007 Sungai Linggi, Daerah Seremban.11. 9.5.2007 Jalan Labu, Daerah Seremban12. 21.2.2007 Kg. Labu, Mukim Labu, Daerah Seremban. Pengambilan pasir tanpa permit akan menyebabkan kerugian kepada Kerajaan Negeri kerana hasil royalti daripada pengeluaran pasir yang tidak dapat dikutip dan tiada pihak yang akan bertanggungjawab terhadap kerosakan akibat aktiviti yang telah dijalankan. Foto 3.18 menunjukkan antara kawasan pencerobohan aktiviti pengambilan pasir.

Bagaimanapun, pihak JASNS, PDT dan JPSNS telah mengambil tindakan terhadap aduan-aduan orang awam. Di antara tindakan yang telah diambil adalah seperti di Jadual 3.7. Pada pendapat Audit, aduan aktiviti pengambilan pasir tanpa permit telah diambil tindakan sewajarnya oleh JPSNS, JASNS, PTGNS dan PDT. 3.4.3 Pemantauan Dan Penguatkuasaan Alam Sekitar Berhubung AktivitiPengambilan Pasir Aktiviti pengambilan pasir hendaklah dipantau dan penguatkuasaan undang-undang yang sedia ada serta peraturan yang berhubungkait dengan aktiviti pengambilan pasir perlu dilaksanakan untuk pemeliharaan alam sekitar. Program penguatkuasaan yang dilaksanakan oleh PTGNS, PDT, JPSNS, JASNS dan Badan Kawal Selia Air Negeri Sembilan (BKSANS) adalah seperti di Jadual 3.8.

6. Badan Kawal Selia Air Negeri Sembilan Berdasarkan aduan.

Hasil daripada pemeriksaan dan lawatan Audit ke atas pihak yang terlibat dalam penguatkuasaan undang-undang berkenaan dengan pengambilan pasir ini mendapati:

a) Badan Kawal Selia Air Negeri Sembilan

Akta Air 1920 (Pindaan 2007) adalah di bawah BKSANS yang berfungsi untuk menjalankan pemeriksaan dan penguatkuasaan dengan berkesan terhadap pencemaran sumber air mentah, memantau dan menguruskan aduan awam serta hal pindaan, penggubalan yang berkaitan dengan perundangan di bawah Akta Air. Antara peruntukan di bawah Akta Air yang membolehkan tindakan perundangan diambil oleh BKSANS ke atas kerosakan alam sekitar adalah seperti berikut :

Section 4 Restoration of river banks.

Section 5 Prohibition of acts affecting rivers, except under license.

Section 7 Prohibition of diversion or abstraction of water from rivers, except under license.

Section 7A Prohibition of pollutions of rivers.

Section 16 Power to put a stop to and remedy illegal acts.

Semakan Audit mendapati penguatkuasaan terhadap seksyen dalam Akta Air belum dapat dilaksanakan di Negeri Sembilan kerana pengisian perjawatan bagi Unit Perundangan dan Penguatkuasa BKSANS belum dilaksanakan. Setakat 5 Ogos 2009, BKSANS hanya mempunyai tujuh pegawai berbanding dengan 26 pegawai sebagaimana yang diluluskan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia (JPA) pada Julai 2009. Kesannya, aktiviti penguatkuasaan ke atas Akta Air yang telah berkuatkuasa tidak dapat dilaksanakan dan Unit Perundangan dan Penguatkuasa BKSANS tidak dapat berfungsi sepertimana yang telah ditetapkan.

Maklumbalas daripada BKSANS menyatakan bahawa penguatkuasaan belum dapat dilaksanakan dengan berkesan kerana peraturan kawalan pencemaran sedang dirangka dan belum diwartakan bagi pencemaran-pencemaran yang memerlukan pembuktian secara saintifik. Satu persetujuan telah dicapai dengan pihak Setiausaha Kerajaan Negeri untuk mengadakan Jawatankuasa Pengurusan Sumber Air di Negeri Sembilan. Jawatankuasa ini akan membincangkan mekanisme yang berkesan untuk melindungi sumber air dan akan dihadiri oleh Jabatan dan Agensi yang mempunyai kaitan dengan air. Sementara Jawatankuasa Pengurusan Sumber Air Negeri Sembilan telah dibentuk dengan mesyuarat pertama pada 22 Julai 2010 bagi membincangkan isu pencemaran sungai.

Melalui Jawatankuasa Pengurusan Sumber Air, Jawatankuasa Kerja Kawalan Pencemaran Negeri Sembilan telah dibentuk untuk menangani isu kualiti air mentah termasuklah pencemaran disebabkan oleh perlombongan pasir. Pada pendapat Audit, Kerajaan Negeri melalui BKSANS perlu segera memperkasakan keupayaannya untuk mengelakkan lebih banyak lagi kes pencemaran sumber air mentah. b) Perjanjian Pengambilan Pasir Tidak DitandatanganiMengikut Garis Panduan untuk memproses permohonan dan menetapkan syarat-syarat pengambilan pasir sungai, pengusaha adalah dikehendaki menandatangani surat perjanjian bersetuju untuk mematuhi semua syarat yang telah ditetapkan kepadanya sebelum pembayaran deposit dijelaskan.

Semakan Audit mendapati kesemua pengusaha di tujuh lokasi pengambilan pasir tidak menandatangani perjanjian dengan pihak JPSNS. Akibatnya, sebarang kerosakan seperti tebing runtuh akibat daripada kualiti kerja yang tidak sempurna tidak dapat dipertanggungjawabkan kepada pengusaha. Tanpa perjanjian rasmi, JPSNS tidak mempunyai kuasa untuk mengambil tindakan perundangan terhadap pengusaha yang telah melanggar mana-mana syarat yang telah ditetapkan. JPSNS dalam maklumbalasnya menyatakan sedang menyediakan draf perjanjian untuk disemak oleh Penasihat Undang-Undang Negeri dan akan digunapakai selepas diluluskan.

Pada pendapat Audit, walaupun JPSNS tidak diberi kuasa perundangan untuk menarik balik atau menggantung permit namun melalui penguatkuasaan suratperjanjian tersebut ia telah memberi hak dan kuasa kepada JPSNS untuk bertindak berdasarkan perjanjian. c) Aduan Dan Laporan Media Mengenai Pencemaran Yang Berpunca Daripada Aktiviti Pengambilan PasirJPSNS, JASNS dan PDT adalah agensi yang kerap menerima aduan mengenai kemusnahan, kerosakan dan pencemaran akibat daripada aktiviti pengambilan pasir. Semakan Audit mendapati terdapat aduan daripada orang awam dan agensi kerajaan mengenai pencemaran yang disebabkan aktiviti pengambilan pasir di Negeri Sembilan. Antara aduan yang diterima dan laporan media adalah seperti di Foto 3.19 hingga Foto 3.24.

Aduan yang diterima oleh JPSNS dan JASNS dan laporan media mendapati beberapa aduan seperti kekeruhan air sungai, pencemaran kelodak dan hakisan tebing telah berlaku di beberapa kawasan di Negeri Sembilan yang diakibatkan oleh pengambilan pasir. Pada pendapat Audit, aduan dan laporan media mengenai pencemaran yang berpunca daripada aktiviti pengambilan pasir didapati telah diambil tindakan sewajarnya oleh JPSNS, JASNS dan PDT. 3.5 RUMUSAN DAN SYOR AUDIT

Secara keseluruhannya, pengurusan aktiviti perlombongan dan pengambilan pasir di Negeri Sembilan adalah kurang memuaskan kerana telah mengakibatkan kemusnahan dan pencemaran alam sekitar. Perkara ini berpunca daripada kelemahan penguatkuasaan dan pematuhan kepada peraturan yang telah ditetapkan serta pemantauan yang kurang berkesan.

Sehubungan dengan itu disyorkan supaya perkara berikut diberi perhatian oleh JPSNS, JASNS, PDT, PTGNS dan BKSANS untuk penambahbaikan terhadap pengurusan aktiviti perlombongan dan pengambilan pasir di Negeri Sembilan: a) Pemantauan dan penguatkuasaan perlu dijalankan oleh JPSNS, PTGNS dan PDT di kawasan pengambilan pasir dengan lebih efektif untuk membendung pencemaran alam sekitar.

Semua pihak perlu memastikan tiada kelewatan bertindak terhadap pengusaha yang menyebabkan kemusnahan dan pencemaran. b) JASNS perlu dimaklumkan oleh PDT atau PTGNS mengenai pengusaha yang telah diberi permit untuk tujuan penguatkuasaan dan pemantauan bersepadu bersama agensi berkaitan bagi memastikan isu pencemaran sumber air dan masalah berkaitan kemusnahan alam sekitar yang disebabkan oleh perlombongan dan pengambilan pasir dapat dipantau. Ini memandangkan jadual program penguatkuasaan tahunan JASNSadalah bagi premis dan aktiviti di bawah Perintah Kualiti Alam Sekeliling (Aktiviti Yang Ditetapkan) (Penialaian Kesan Kepada Kualiti Alam Sekeliling) 1987 dan lain-lain peraturan di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974. c) Koordinasi antara JPSNS, JASNS, PTGNS dan PDT untuk bertindak dalam menangani masalah aktiviti pengambilan pasir tanpa permit perlu dipertingkatkan. d) BKSANS melalui bidang kuasanya perlu melaksanakan Akta Air 1920 (Pindaan 2007) antaranya dengan melakukan pemeriksaan dan penguatkuasaan terhadap pencemaran sumber air mentah, memantau dan menguruskan aduan awam. e) Pengisian perjawatan BKSANS perlu diisi sepenuhnya agar ia dapat berfungsi dengan cekap dan berkesan bagi mencapai objektif penubuhannya. Selain itu, bagi memantapkan lagi operasi penguatkuasa perundangan, BKSANS perlu memastikan Akta Air 1920 (Pindaan 2007) yang sekian lama berkuatkuasa dipraktikkan dengan membuat perancangan bersepadu dengan Agensi Kerajaan di peringkat Negeri danPersekutuan dalam merangka peraturan yang berkaitan.

Kerjasama dengan perunding alam sekitar, badan profesional dan pertubuhan bukan Kerajaan yang terlibat dengan alam sekitar adalah diperlukan. f) Bagi melindungi kepentingan Kerajaan, JPSNS perlu memastikan surat perjanjian dipatuhi seperti di dalam Syarat Pentadbiran Pengambilan Pasir. Selain itu, bagi memastikan surat perjanjian yang lengkap, teratur dan menepati kehendak perundangan maka ia hendaklah dikemukakan kepada Penasihat Undang-undang Negeri untuk semakan dan kelulusan. Selain itu, koordinasi antara JPSNS, JASNS, PTGNS dan PDT dalam bertindak untuk memastikan syarat perjanjian dipatuhi seperti di dalam surat perjanjian peraturan dan undang-undang yang berkuatkuasa dipatuhi pengusaha sebelum dan semasa aktiviti pengambilan pasir dijalankan perlu dipertingkatkan.

"

Selekoh Terakhir Pemilihan 2010 - Mampukah kita ?


Walaupun berkongsi perkataan "reformasi" sebagai slogan kempen masing-masing, persaingan kedua-dua calon Ketua Pemuda PKR (AMK) Shamsul Iskandar Md Akin dan Badrul Hisham Shaharin boleh disifatkan sebagai pertembungan antara harapan dan kebimbangan anak muda dalam parti itu.

Shamsul - penyandang kerusi itu - yang menggunakan slogan "Reformasi 3.0" nampaknya obses dengan sasaran "menuju ke Putrajaya" yang kerap dilaungkan pembangkang akhir-akhir ini.

"Terdapat beberapa momen penting dalam penggal akan datang, bukan persoalan tiga tahun (satu penggal) apa boleh kita buat. Momen penting itu adalah pilihan raya umum ke-13 akan datang dan kita sedang menuju ke Putrajaya.

"Justeru itu, anak muda harus diberikan peranan penting dalam pembangunan negara. Kita tuntut dan bersedia memikul tanggungjawab sebagai pelapis dan rakan kongsi," kata Shamsul, seorang pengamal undang-udang di Kuala Lumpur.

Di satu sisi lagi, pencabarnya Badrul Hisham Shaharin - yang menggunakan slogan "Penerus Perjuangan Reformasi" - pula menjangkakan, di masa depan, laluan AMK dan Pakatan Rakyat tidak semudah yang dijangkakan, malah mungkin lebih genting.

Badrul berkata, beliau mahu memastikan AMK bersedia menghadapi kemungkinan paling serius yang mana Datuk Seri Anwar Ibrahim mungkin kembali merengkok dalam penjara.

Menurut Badrul, di tahun-tahun mendatang, negara juga bakal berdepan dengan kesan kejatuhan ekonomi global dan krisis perkauman yang didakwa semakin melebar.

"Semua ini ancaman yang (meyebabkan) perlu kita persiapkan generasi muda untuk berdepan dengan (kemungkinan) itu. Untuk melihat kelompok muda yang agresif, tentu kita melihat kepada AMK.

"(Bila) kita lihat AMK, pada hakikatnya, semua orang tak boleh menafikan, kita sedang pada satu tahap boleh masuk zon merah sekarang ini," kata Badrul, bekas guru yang lebih popular dengan panggilan Chegubard.

Dalam perebutan jawatan nombor satu dalam AMK, keputusan terkini menunjukkan Shamsul di depan dengan 3,981 undi meninggalkan Badrul dengan 3,273 undi.

Ini bermakna, walaupun persaingan mereka amat sengit pada minggu pertama dan kedua pemilihan, Shamsul mula menjarakkan kedudukan dengan majoriti 708 undi berbanding hanya seratus undi sebelum ini.

Bagi bagi jawatan timbalan ketua pula, regu Shamsul - Khairul Anuar Ahmad Zainuddin - meninggalkan gandingan Badrul - Chang Lih Kang.

Khairul - kini merupakan ketua AMK Selangor - mendapat 3,908 manakala Chang - ADUN Teja - mendapat 3,054 undi.

Malaysiakini mewawancara Shamsul dan Badrul secara berasingan di Bangsar baru-baru ini.

Berikut sedutan intipati pendapat dan penjelasan kedua-dua calon berhubung perlbagai isu berkaitan sayap kanan PKR itu:

Peluang masing-masing

Shamsul: Peluangnya agak tinggi kerana saya sudah pergi hampir ke seluruh negeri. Dan sokongan, keinginan dan harapan anggota AMK, mereka minta dipimpin (oleh saya) satu penggal lagi. Dan perkara ini dizahirkan secara jelas dan berterus-terang.

Badrul: Setakat ini saya melihat peluang kita begitu cerah kerana anggota di bawah ini memilih bukan berdasarkan sentimen semata-mata tetapi berdasarkan masa depan amk itu sendiri. Cuma yang menjadi kekuatiran saya persoalan jaringan maklumat (untuk turun ke bawah), manipulasi yang ada.

Kegagalan kompromi

Shamsul: Tak ada ruang untuk kita kompromi di peringkat awal. (Jadi) Saya buat keputusan serah pada akar umbi, biar pencalonan jalan dahulu sebelum buat keputusan.

Badrul: Ketika dia (Shamsul) nak membuat pengumumam bertanding naib presiden (sebelumnya), dia jumpa dengan saya dan minta untuk dia disokong. Saya dengan jelas isyarat saya untuk menyatakan sokongan kepada Shamsul sebagai naib presiden.

Langkah pertama sekiranya menang

Shamsul: Saya mahu betulkan persespsi yang dihadapi AMK dalam penggal ini bahawa kita sudah bersedia jadi rakan kongsi negara ini. Ia harus bermula dengan pasukan yang mantap. Saudara lihat apa saya gagaskan, merangkumi kepimpinan daripada pelbagai latar, aktivis pekerja, demonstran, swasta. Ia gambaran kompleksiti majmuk hasrat anak muda.

Badrul: Pertama sekali, selepas kemenangan, saya akui, selepas pemilihan ini ada banyak calar-balar dan sebagainya. Sudah tentu tumpuan saya selepas ini. Seperti mana kenyataan media saya awal ketika mahu bertanding, saya mahu memastikan biduk lalu kiambang bertaut. Kita akan gabung, kita akan garap semua tenaga untuk menguatkan AMK.

Tentang pesaing masing-masing

Shamsul: Daripada ramai orang (dalam AMK) takkan seorang saja, iaitu Badrul Hisham (sebagai calon pengganti)? Perkara itu tidak berlaku kerana kita tidak pernah merancang untuk diasaskan pelan peralihan.

Badrul: Pertama sekali, banyak yang provok saya untuk mengatakan Shamsul Iskandar gagal, Shamsul Iskandar tidak bersungguh-sungguh. Bagi saya tak adil. Berdasarkan latar sejarah itu, latar masa, sumber dan sebagainya, ternyata Shamsul Iskandar telah melakukan yang dia termampu.


Laporan oleh Jimadie Shah Othman of Malaysiakini

Xclusive di blog edyesdotcom

Seruan pecutan Akhir dari edeyesdotcom

Dari 57 Cabang terakhir dalam Pemilihan 2010, 8 ratus undi majoriti diperlukan. Dua hari terakhir pengundian, 8 ratus undi majoriti ditagih demi mengembalikan kegemilangan Angkatan Muda Keadilan.

Buktikan bahawa AMK melalui pemuda dan wanita mudanya yang kental serta tidak mudah dijual-beli, adalah sebuah sayap yang ingin benar-benar berubah atau sekurang-kurangnya menjadi pelopor kepada perubahan dalam parti. Berikanlah signal yang jelas kepada mereka-mereka yang kian rancak memperlekeh perjuangan Keadilan, bahawasanya inilah noktahnya kepada segala penghinaan dan ancaman luaran serta dalaman yang boleh membawa rebah kepada parti.

8 ratus undi majoriti akan memberi masa depan yang cerah kepada sebuah parti yang berasaskan keadilan untuk rakyat kerana keputusan penting yang berlaku dalam perebutan Ketua Angkatan Muda Keadilan akan memutuskan, apakah nasib parti ini sudah sampai ke penghujungnya atau, diberi nafas baru melalui sayap anak muda parti dengan memulangkan defesit majoriti 8 ratus undi dari 57 cabang terakhir.

Saudara pembaca dan pengundi Keadilan yang saya hormat, 8 ratus undi majoriti akan membangkitkan keinginan berjuang bukan sahaja demi matlamat menawan Putrajaya semata-mata tetapi dalam memperkasakan parti untuk tujuan yang sama iaitu - menawan Putrajaya.

Sesungguhnya benteng Putrajaya itu tidak mungkin akan dapat ditembus dengan meja rundingan atau melalui mahkamah persekutuan. Benteng perkasa Putrajaya itu harus ditembusi dengan perancangan dan persiapan yang tersusun rapi, kekuatan parti bersama kekuatan rakyat yang tidak berbelah bahagi dalam memberikan sokongan untuk sebuah kerajaan baru, dan juga dengan kelibat anak muda yang bangkit bersatu dalam sebuah sayap penting yang menjadi platform terbaik untuk anak muda berjuang - Angkatan Muda Keadilan.

8 ratus undi majoriti demi mempersiap-siagakan AMK, menjadi lebih ampuh dalam pergerakan-pergerakan yang radikal rapidnya ke arah tranformasi sepasang sayap yang mampu menerbangkan parti. Menjadi lebih mudah didekati oleh anak muda yang berfahaman atas pagar, yang masih mencari halatuju di samping keperihatinan terhadap kejahatan serta penindasan pihak kerajaan terhadap rakyat. Angkatan Muda Keadilan mencari 8 ratus undi majoriti untuk penjenamaan semula AMK, yang bakal menjelmakan idea-idea segar agar berjaya mengimbangi perjalanan 'mainstream' parti yang agak goyah dengan keputusan-keputusan tidak popular yang tidak langsung dicabar.

Apakah sayap parti itu mampu membawa perubahan besar kepada parti? Sayap parti seharusnya menjadi parti di dalam parti. Ia mampu dilakukan dengan membawa 8 ratus undi majoriti kepada ikon revolusi anak muda. Supaya revolusi yang berlaku dalam AMK itu akan memberikan impak kepada parti lantas menjadikan Parti Keadilan Rakyat kembali relevan dan berada di atas landasan yang tepat - Ia harus didahului dengan majoriti 8 ratus undi.

8 ratus undi majoriti, dari 57 cabang terakhir akan menyelamatkan sebuah parti yang sedang goyang dengan kegilaan penguasaan mereka yang di atas. Kegilaan yang menunjukkan betapa tidak perlu Pemilihan 2010 itu dijalankan, apabila 'tangan ghaib itu' boleh sahaja memilih siapakah orang nombor dua dan siapakah ketua pemuda pilihan hati. Apa yang diperlukan hanyalah 8 ratus undi majoriti dan perubahan yang adil pasti berlaku.

Jika dirujuk keputusan-keputusan lalu, 8 ratus undi majoriti bukanlah suatu kerja yang mudah, setelah tergamam dengan adengan kejar-mengejar peti undi di Libaran dan setelah tersentap dengan adengan 'silap mata' di Batu Sapi. Selagi ada kawasan-kawasan ceruk yang tidak sempat diletakkan wakil PACA pemerhati, selagi itulah kesempatan di ambil dan jurang majoriti berjaya diperbesarkan.

Jurang kelebihan bertambah dari minggu ke minggu dengan bantuan negeri terkuat Parti Keadilan Rakyat iaitu Sabah seraya itu juga, ada pihak yang mengesyorkan agar ibupejabat Parti Keadilan Rakyat wajar dipindahkan ke negeri di bawah bayu. Begitulah kejamnya aksi Pemilihan 2010 secara umumnya dan khususnya di arena perebutan Ketua AMK, akhirnya ia hanya dibezakan dengan 8 ratus majoriti.

Perbezaan 8 ratus undi ini harus segera dilenyap dan digantikan dengan majoriti kemenangan kepada ikon anak muda. Ayuh kita tinggalkan pergerakan-pergerakan yang berasaskan rundingan dan ayuh kita gerakkan diri ini untuk cekal dan cekap bersifat anak muda dengan gaya pendesak yang tersendiri. Kita tidak lagi mahukan perwatakan dan kedudukan elit itu membelit diri ini lalu menjadi penghalang untuk setiap anak muda menunjukkan potensi sebenar sebagai seorang anak muda berjiwa Jebat - pemimpin salah pemimpin harus disanggah!!

8 ratus undi majoriti dituntut untuk saki-baki sisa perjuangan untuk memartabatkan Angkatan Muda Keadilan, agar ia benar-benar dimartabatkan sebagai sebuah sayap pemuda yang dikenang sebagai detik bermula revolusi kebangkitan anak muda bangsa Malaysia. Berilah kemenangan kepada calon harapan yang penuh keazaman untuk membawa AMK ke landasan pemacu perubahan parti di samping memperkasa AMK dengan jaringan perhubungan yang kuat di setiap negeri dan seterusnya menjadi penggempur di barisan hadapan yang paling digeruni!

Kepada mereka yang mempunyai satu peluang untuk membuang undi pada 2 hari terakhir Pemilihan 2010, janganlah melepaskan peluang untuk mencipta sejarah, iaitu menafikan kemenangan calon 'wahyu' yang diperturunkan semata-mata untuk menghalang seorang Jebat diangkat menjadi pemimpin anak muda. Ayuh, anak muda cipta sejarah, anak muda pendesak perubahan.

Andainya anda rasakan AMK perlu suatu perubahan drastik, maka pilihlah perubahan, undilah perubahan. Semoga kita berjaya mencapai 8 ratus undi majoriti dalam pengundian 57 Cabang terakhir Pemilihan 2010 Parti Keadilan. Sudah sampai masanya kita perlukan REVOLUSI dalam sebuah REFORMASI.


EDYES @ edyesdotcom - COURT oF PUBLIC OPINION

TV3 dihalau, benarkah Chegubard mahu parti Keadilan diharamkan?

ada tuduhan bahawa cheGuBard mahu Parti Keadilan Rakyat ini diharamkan benarkah ? sila klik sini untuk baca lanjut

Apabila cheGuBard dan teman-teman memilih untuk tidak bermain politik naungan banyak fitnah yang guna sewenang - wenang untuk menyerang cheGuBard dan teman-teman.


Malah ada teman yang hantar sms maklumkan dapat sms raya yang berbunyi :
Selamat Menyambut Hari Raya Qurban.
Bagi pemilihan kali ini, kita sama2 tolak Nurul Izzah, Tian Chua, Gobala & chegubard! Ini bagi menghentikan anasir2 Zaid dlm Zaid Ibrahim dlm PKR..Polihlah Azmin,Shamsul Iskandar & Khairul Anuart - REFORMIS SEJATI YG TERUJI!!
dan atas ini pula ialah antara grafik yang digunakan untuk kempen oleh Shamsul di FB

Hinanya kempen sedemikian rupa....

Monday, November 15, 2010

Baru selesai sesi : Sudut Pandang Awani 501 Astro

Selesai sesi sudut pandang awani..saya tegaskan


1.Amk harus lebih bebas dan tidak bermain politik naungan supaya dilihat terus relevan dan berbeza dari kelompok sayap politik muda parti regim (UMNO).

2. Idea segar sentiasa datang dari pinggir bukan mainstream maka tak salah anak muda lontar idea cabar idea DSAI. Agar DSAI juga lebih kelihatan segar dan tak lapok!

3. Kalau kita lemah kita akui lemah, kalau ada salah akui ada salah maka rakyat akan lebih hormat.

4. Kita harus bina kekuatan sendiri dan jangan asyik nak menang kerana kelemahan orang (kelemahan BN 2008).

5. Amk harus jadi patform gerakan muda dalam dan luar parti !

- chegubard

Rakaman seorang blogger : "Sudut Pandang" Chegubard dan Shamsul Iskandar

di bawah ini ialah petikan tulisan dari Sharpshooter.blogspot.com

Hajat untuk berdebat di antara Chegubard dan Shamsul Iskandar tidak kesampaian apabila Shamsul memilih untuk tidak menjawab pelawaan debat Chegubard.

Semasa debat Ketua AMK diadakan di Taiping, yang hadir cuma Chegubard, Hasmi Hashim dan Rafizi, Shamsul tidak hadir kerana ketika itu Shamsul berhasrat untk bertanding Naib Presiden tetapi akhirnya memilih untuk kembali mempertahankan jawatan setelah ayam tambatan Rafizi taruhan Anwar dan Azmin tidak mampu menyegat biarpun merekalah yang paling awal mengumumkan untuk menawarkan diri sebagai team "Generasi Reformasi".

Akhirnya Astro Awani 501 telah menemukan dua tokoh anak muda ini untuk berhujah dalam segmen "Sudut Pandang" 15 November 2010 jam 10 malam selama setengah jam bertajuk "Pemilihan parti Keadilan"

Kamarul Bahrin Haron selaku moderator telah mengemukakan soalan pertama kepada Shamsul Iskandar tentang apakah misi dan visi selaku calon yang mempertahankan jawatan Ketua AMK Pusat.

Shamsul memilih untuk menjawab perkara lain dengan mengimbau sejarah penubuhan parti Keadilan tahun 1999 kemudian barulah beliau menunjukkan risalah Reformasi 3.0 tanpa mengupas apakah itu misi dan visi Reformasi 3.0. Beliau cuma menyebut ianya tersusun rapi dan kemas di dalam risalah ini.

Kemudian apabila tiba giliran Chegubard, beliau menegaskan bahawa perlunya anak muda disegarkan dengan pendekatan baru yang lebih dekat dengan bahasa anak muda itu sendiri. Pendekatan ini amat perlu untuk menarik minat anak muda kepada Keadilan.

Chegubard menerusi team "Penerus Perjuangan Reformasi" mengingatkan bahawa 3 cabaran penting anak muda pada masa akan datang iaitu pertama Anwar Ibrahim akan terpenjara, kedua krisis ekonomi dunia yang akan merudum dan ketiga krisis perkauman yang akan dicipta oleh umno dan b-end untuk terus kekal berkuasa.

Budaya politik baru yang dimaksudkan ada tiga perkara penting.

1. Politik berteraskan idea membawa maksud nak bawa ke mana anak muda. Apakah hala tuju anak muda dan pendekatan yang diperlukan untuk menawan putrajaya.

2. Politik berteraskan nilai bermaksud nilai demokrasi dan membawa cabaran.

3. Politik berteraskan perlaksanaan kata-kata, bermaksud perjuangan adalah perlaksanaan kata-kata bukan retorik semata-mata.

"Kongres peringkat negeri juga akan diadakan ini bermakna anak muda Sabah akan memilih siapa Ketua AMK Sabah, anak muda Selangor akan menentukan siapa Ketua AMK Selangor." ujar Chegubard.

Kemudian moderator bertanyakan kepada Shamsul mengapa peratusan yang agak rendah sekitar 6- 8% ahli Keadilan yang keluar mengundi. Shamsul menjawab jumlah yang keluar mengundi 70 ribu itu adalah baik dari peratusan yang keluar mengundi di dalam umno. Ini adalah satu pencapaian yang agak baik kerana ini adalah kali pertama sistem satu ahli satu undi diperkenalkan yang dipinda pada tahun lalu.

"Kita akui ada sedikit kelemahan dalam sistem ini dan kemungkinan besar ahli terpaksa keluar untuk mengundi dua kali juga membuatkan ahli Keadilan letih dengan pilihanraya ditambah pula dengan tugas untuk mobilisasi ahli bukan perkara mudah" kata Shamsul.

Chegubard pula memilih untuk menyentuh isu tentang kekosongan yang ada dalam AMK terutamanya semasa kejatuhan kerajaan di Perak yang sepatutnya parti mengambil langkah untuk memperkasakan parti.

Parti Keadilan tidak boleh selesa dengan kemenangan pada PRU12 tahun 2008 di atas kelemahan umno dan b-end bukannya di atas kekuatan Keadilan dan Pakatan rakyat itu sendiri.

Chegubard juga menegaskan bahawa Amk harus lebih bebas dan tidak bermain politik naungan supaya dilihat terus relevan dan berbeza dari kelompok sayap politik muda parti regim (najib rosmah)

Idea segar sentiasa datang dari pinggir bukan mainstream maka tak salah anak muda lontar idea cabar idea Anwar. Anwar juga harus disegarkan dengan idea baru supaya Anwar juga akan kelihatan lebih segar dan tak lapok dek zaman. Anak muda harus berani berbuat begitu.

Chegubard juga berkata "Kalau kita lemah kita akui lemah, kalau ada salah akui ada salah maka rakyat akan lebih hormat kita".

Amk juga harus menjadi patform gerakan muda dalam dan luar parti
supaya Keadilan ini dilihat relevan dan menepati kehendak anak muda dengan mendekati dan memahami bahasa anak muda dan yang paling penting adalah menyelesaikan masalah rakyat.

Sharpshooter tidak bercadang untuk mengatakan siapa yang lebih hebat di antara Chegubard dan Shamsul Iskandar sebab semua tahu sharpshooter adalah penyokong Chegubard, tetapi secara jujurnya AMK kini lebih matang dan berketerampilan jika nak dibanding dengan 'orang lama' Keadilan bila bertanding hingga ada yang merajuk terus keluar parti dan mereka tidak berani duduk sepentas untuk berdebat atau berhujah.

Tetapi AMK boleh duduk sepentas dan berhujah secara live dengan disaksikan jutaan rakyat Malaysia tanpa menyerang isu peribadi dan mereka berhujah bagaimana untuk memperkasakan parti dan berani melontarkan idea baru agar Keadilan ini sentiasa segar dan relevan untuk rakyat.

Inilah dua tokoh anak muda dalam keadilan yang kita tak sanggup untuk kehilangan siapa sahaja dalam Keadilan ini. Masing-masing mempunyai kelebihan dan kelemahan masing-masing. Pertandingan ini bukan untuk siapa menang siapa kalah tetapi pertandingan adalah untuk saling lengkap-melengkapi.

Tindakan Zaid melampau tetapi ada antara yang dikatakanya perlu pertimbangan.

Chegubard bersama Dato Fauzi telah bertemu dengan Presiden Dato' Seri Wan Azizah petang kelmarin untuk mengantar 6 resolusi "rapat Anak Muda". Pertemuan itu akhirnya membuatkan Presiden parti bersuara buat kali pertama sejak isu pemilihan ditimbulkan.

Chegubard menegaskan beliau tidak bermaksud membuat ugutan kepada Presiden dan parti tetapi beliau mahu tindakan segera diambil bukan lagi akan cuba...akan ambil tindakan.. akan jalankan siasatan dan sebagainya.

"Persoalannya ialah kami minta mesti ada tindakan.." tegas Chegubard.

Dalam masa yang sama Chegubard juga telah membidas Zaid Ibrahim, katanya "Apa yang Zaid buat itu benar-benar salah. saya tidak bersetuju langsung dengan tindakan Zaid. Tindakan Zaid itu tidak betul..banyak kenyataan kenyatannya tidak betul..tidak betul dalam hal yang terlalu melampau..."

" Zaid perlu menggunakan sepenuhnya ruang dalam parti untuk memperbaiki keadaan..perlu menghantar aduan..perlu bertemu..perlu buat rapat dengan anggota.." tambahnya lagi.

klik sini untuk menontotn video kenyataan penuh.

Sunday, November 14, 2010

Wan Azizah puji cara anak muda tangani krisis Keadilan


Ekoran, 'kontroversi' dalam pentadbiran pemilihan Keadilan, Presidennya Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mengingatkan pemimpin parti itu supaya mengelakkan kritikan peribadi sesama sendiri.

Menurutnya, ini kerana perkara sebegitu hanya akan "membuka ruang kepada musuh". "Apa yang berlaku ini merupakan proses mematang dan memantapkan parti.

"Kita yakin ini akan menatijahkan semangat dan kekuatan baru kepada ahli dan parti," katanya yang menang tanpa bertanding sebagai presiden dalam pemilihan langsung kali pertama itu.

Dalam satu kenyatan hari ini, Wan Azizah memberi jaminan bahawa Jawatankuasa Pemilihan Pusat Keadilan dan beliau sendiri akan memberi perhatian serius terhadap kritikan yang dibuat melalui perbagai cara.

"Bahkan kita telah pun memulakan tindakan dan tumpuan diberikan kepada kes-kes yang mempunyai petunjuk yang jelas. "Tindakan tegas akan diambil terhadap mana-mana pihak yang didapati menyalahi etika yang digariskan," katanya.

Semalam, Pengerusi Keadilan Pahang Datuk Fauzi Abd Rahman menyerahkan "Resolusi Rapat Anak Muda Malaysia" bertarikh 10 November 2010.

Resolusi enam perkara itu berkaitan perjalanan pemilihan pimpinan parti yang sedang berjalan.

Wan Azizah juga menyifatkan tindakan menyerahkan resolusi itu merupakan proses yang baik mengikut saluran yang tepat dan menunjukkan kematangan anggota dalam menangani isu-isu berbangkit.

Petikan Sharpshooter - Inilah cara terbaik untuk menangani masalah dalaman parti bukannya menyerang parti di media perdana. Jangan keruhkan lagi suasana yang ada dengan menyerang mana-mana individu hingga ada yang cabar untuk berdebat tetapi bila Chegubard pelawa berdebat tentang misi dan visi AMK, diam membisu pula.

Ingatlah, tidak mustahil Parti Keadilan Rakyat akan menerima nasib seperti Umno lama yang diisytiharkan sebagai pertubuhan haram pada tahun 1988 sekiranya tiada tindakan segera diambil untuk mengatasi kemelut dalam pemilihan yang sedang berlangsung.

Kes pengharaman Umno 1988

Untuk rekod, pada Jun 1988, satu guaman sivil telah difailkan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur oleh 11 ahli Umno yang dinamakan sebagai ‘Umno 11′.

Kumpulan ini telah memohon suatu relif termasuk suatu pengisytiharan bahawa pemilihan calon yang menang semasa Perhimpunan Agung Umno April 1987 sebagai bertentangan dengan perlembagaan parti, tidak sah dan dianggap terbatal serta tidak mempunyai kesan.

Akibat daripada tindakan kumpulan Umno 11 tersebut, Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur ketika itu, Harun Hashim telah mengisytiharkan Umno sebagai pertubuhan haram-FMT

Kepada semua pencinta dan pendokong Parti Keadilan Rakyat, janganlah terlalu emosi hingga membawa kes parti ke mahkamah. Berilah ruang kepada pimpinan parti menyiasat dan mengambil tindakan. Fikirlah hati rakyat yang terluka dan nasib rakyat marhaen bukannya hanya memikir tentang kepentingan diri sendiri hingga mahu manghancurkan parti.

Chegubard tidak sekali-kali akan berkompromi dengan mana-mana individu yang mahu membawa kes ke mahkamah atau ingin keluar parti dan menubuhkan parti baru.

Kepada pimpinan atasan parti, bertindaklah atas dasar keadilan dan kebenaran bukannya atas dasar untuk kepentingan individu kesayangan. Pemimpin boleh datang dan pergi tetapi parti mesti diutamakan dan imej parti wajib dipulihkan kembali dengan kadar segera.

Thursday, November 11, 2010

Email penjelasan kes Datuk Zakiah

mendapat email yang menyentuh mengenai posting surat terbuka kepada Datuk Zakiah.

berikut ialah penjelasan tersebut

  • Dato Zakiah adalah setiausaha sulit kepada Menteri Kewangan. Bukannya setiausaha sulit kanan kepada Perdana Menteri. Dato Seri Najib sebagai Menteri Kewangan & Perdana Menteri mempunyai setiusaha sulit yang berbeza. Di Kementerian Kewangan, setiusaha sulit reports to setiausaha sulit kanan dan di Pejabat Perdana Menteri, reports to Ketua Setiausaha Sulit.
  • Dato Zakiah sebelum ini adalah PA kepada Menteri Kewangan sebelum dinaikkan pangkat sebagai setiausaha sulit lebih kurang 2 tahun lepas. Dato Zakiah memilih untuk bertugas di Kementerian Kewangan berbanding di Pejabat Perdana Menteri, Jabatan Perdana Menteri bagi mengelakkan diri dari terlibat dgn politiking, tikam belakang, mengadu domba dan fitnah memfitnah untuk meraih kepercayaan Dato Seri Najib. Secara purata, Dato Seri Najib lebih banyak menghabiskan masa di Jabatan Perdana Menteri berbanding di Kementerian Kewangan.
  • Semasa bertugas sebagai PA di pejabat Menteri Pertahanan, beliau pernah meminta untuk ditukarkan ke bahagian lain untuk mengelakkan diri dari perkara seperti di atas. Ini berlaku setelah Dato Seri Najib dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri. Bagaimanapun, Dato Seri Najib telah mengarahkan beliau kembali bertugas ke pejabatnya selepas beberapa bulan.
  • Malah, Dato Zakiah pernah membayangkan untuk pencen awal ketika di Kementerian Pertahanan lagi tetapi dilarang oleh Dato Seri Najib.
  • Dato Seri Najib juga pernah bertanyakan kepada Dato Zakiah, kenapa tidak pernah terlihat suaminya (seorang ahli perniagaan) datang ke rumah beliau samada Langgak Duta (rumah peribadi), Sri Satria (kediaman TPM) dan Seri Perdana (kediaman PM). Jawabnya, suami beliau enggan datang bagi menggelakkan sebarang pandangan serong terhadapnya.
seperti yang dijanjikan sebarang penjelasan mengenai kes ini akan di siarkan. pengirim email ini hanya mahu dikenali sebagai orang yang mengenai Dato Zakiah.

Sudah berhubung semula dengan penyalur maklumat pertama. Mungkinkah ini adalah persaingan 'politiking' dalaman orang di sekeliling PM ? apapun jika Dato Zakiah sudi tampil memberikan penjelasan amat dihargai selaku penjawat jawatan penting awam rakyat ada hak memohon penjelasan dan selaku manusia Dato Zakiah juga berhak memberikan penjelasan.

Surat Terbuka Dato Mat Zain Ibrahim

Kepada,

Yang Berbahgia Datin Kalsom Taib,
43 Persiaran Burhanuddin Helmi,
Taman Tun Dr.Ismail,
60000 Kuala Lumpur,
Malaysia.

YBhg Datin,

THE SHAFEE YAHAYA STORY – Estate Boy To ACA Chief.

Dengan penuh hurmat takzim,saya menjemput Datin merujuk kepada buku hasil penulisan Datin bertajuk diatas

(selepas daripada ini akan dirujuk sebagai Buku Tersebut) yang telah dilancarkan pada akhir July 2010 khususnya Bab 11,12 dan 13. Sebagai pembuka kata saya menyusun sepuloh jari menuntut ampun dan maaf kepada Datin dan YBhg. Dato Shafee Yahaya serta keluarga sekiranya dalam surat terbuka ini kelak, terdapat kata-kata saya ataupun fakta dan keterangan yang saya bentangkan yang menyinggung perasaan Datin serta keluarga. Saya berharap Datin akan menerima penerangan saya ini dengan perasaan terbuka.

2. Nama saya Mat Zain bin Ibrahim seorang pesara Pegawai Kanan Polis DiRaja Malaysia (PDRM) berpangkat Senior Asisten Kommisioner II (SAC II) G/5776. Jawatan akhir saya ialah sebagai Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (KJSJ) Kuala Lumpur yang saya sandang sejak Disember 1998 sehingga bersara pilihan sendiri pada akhir 2001. Saya lebih dikenali sebagai Ketua Pegawai Penyiasat kes “Mata-Lebam” satu insiden bersejarah dimana bekas Timbalan Perdana Menteri Malaysia Dato Seri Anwar Ibrahim (DSAI) dibelasah oleh Ketua Polis Negara ketika itu Tan Sri Abdul Rahim Noor (kes yang akan turut saya sentuh dalam Surat Terbuka ini kerana kaitannya dengan penulisan Datin dalam

Buku Tersebut).

3. Mungkin tidak ramai yang perasan, (termasuk Pegawai-Pegawai Kanan PDRM yang sedang berkhidmat mahupun yang seangkatan dengan saya dan telah bersara) bahawa ketika bertugas sebagai KJSJ Kuala Lumpur saya juga merupakan Ketua Pegawai Penyiasat yang menyelia dan menangani kes dakwaan salah guna kuasa terhadap YAB Perdana Menteri Malaysia ketika itu, YAB Dato Seri Dr.Mahathir Mohamed (Tun Mahathir) yang terbit daripada pendedahan yang dibuat oleh Dato Shafee Yahaya ketika memberi keterangannya di Mahkamah Tinggi (Civil) Kuala

Lumpur, pada 12 Jun 2000.Saya akan dedahkan apa yang sebenarnya berlaku dan apa yang Polis temui dalam penyiasatan kes ini dalam perenggan-perenggan yang akan menyusul nanti.

3.1. Untuk makluman Datin, selain daripada dua kes berprofil tinggi yang saya sebutkan diatas,saya juga adalah Ketua Pegawai Penyiasat yang menyelia dan menangani kesemua empat (4) laporan Polis yang dibuat oleh DSAI diantara 9 July 1999 hingga 20 Ogos 1999 ( ketika DSAI dalam penjara Sungai Buloh) berkaitan dakwaan salah guna kuasa dan

menghalang proses undang-undang terhadap Tun Mahathir, Tan Sri Mohtar Abdullah (Allahyarham) Peguam Negara ketika itu, dan Dato Abdul Gani Patail (kini Tan Sri Abdul Gani Patail, Peguam Negara). Laporan-laporan yang dibuat oleh DSAI ini adalah bersangkutan dengan penyiasatan dakwaan penyelewengan dan kesalahan rasuah melibatkan Tun Daim Zainuddin,Datuk Seri Rafidah Aziz (kini Tan Sri Rafidah),Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik dan Tan Sri Eric Chia (mendiang).

PELANCARAN BUKU TERSEBUT.

4. Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Datin yang berjaya menghasilkan suatu percetakan berkualiti tinggi Buku Tersebut. Sebenarnya saya telah mengetahui mengenai pelancaran Buku Tersebut menerusi laman blog Din Merican pada 26 July 2010. Namun saya hanya berkesempatan membelinya di-Bookstore MPH, The Great Eastern Mall, beberapa hari sebelum Eidul Fitri ketika sedang menunggu waktu berbuka puasa bersama keluarga disalah sebuah restoran disitu. Untuk makluman Datin, saya tidak pernah mengenali Din Merican walaupun beliau sering menyebut nama saya dalam rencana-rencana beliau lebih-lebih lagi apabila membuat liputan berkaitan perbicaraan kes Datuk Ramli Yusuff, bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah

Komersil PDRM, dan juga seorang Peguam Rosli Dahlan. Sepertimana juga saya tidak pernah menemui atau berkenalan dengan Datin dan Dato Shafee Yahaya sendiri, saya juga tidak pernah kenal atau menemui Din Merican ataupun Peguam Rosli Dahlan walaupun Datuk Ramli Yusuff adalah sahabat saya yang saya kenali sejak dalam PDRM.

SURAT TERBUKA INI.

5. Saya berharap Datin terima bahawa saya tidak sekali-kali berhasrat untuk mempertikaikan, jauh sekali untuk memperkecilkan sejarah hidup Dato Shafee yang gemilang daripada seorang “Estate Boy to ACA Chief”. Tumpuan saya adalah terhadap fakta-fakta yang terkandung dalam Bab 11,12 dan 13 Buku Tersebut oleh kerana ianya berkaitan dengan saya secara peribadi. Sama ada secara langsung ataupun menerusi pihak ketiga antaranya, Datuk Param

Cumaraswamy atau pun Kim Quek (sepertimana terkandung dalam muka surat 273 hingga 287), Datin telah meyoal “What happened to the probe on Dr. Mahathir?”. Jika diselidik rekod PDRM berkaitan penyiasatan kes ini, ianya akan menjurus kepada saya oleh kerana saya adalah KJSJ Kuala Lumpur ketika itu, yang bertindak selaku Ketua Pegawai Penyiasat yang menyelia dan menangani kes tersebut. Adalah tidak adil kepada PDRM khasnya sekiranya saya berdiam diri kerana saya tahu perkara yang sebanarnya. Meminjam salah satu quotation yang Datin gunakan dalam Buku Tersebut; ”And mix not truth with falsehood,n or conceal the truth while you know (the truth)” Surah Al

Baqarah 2:24. saya akan berasa bersalah kepada PDRM dan juga kepada isteri dan anak-anak dan cucu-cucu saya jika saya tidak tampil menjelaskan perkara sebenar.

Laporan kepada YDH DIG Tan Sri Ismail Hj.Omar, atas sifat Timbalan Ketua Polis Negara (kini Ketua Polis Negara) dengan salinan kepada YB Dato Seri Hishamuddin Tun Hussein, Menteri Dalam Negeri.

6. Sambil itu saya ingin Datin ketahui bahawa sebelum terbitnya Buku Tersebut saya ada mengemukakan satu laporan bertarikh 6 hb.Mei 2010 atas tajuk “Dakwaan Pemalsuan Keterangan Dalam Siasatan Insiden Mata-Lebam 1998 Berkaitan Kecederaan Dato Seri Anwar Ibrahim (DSAI) Ketika Dalam Tahanan Lokap Polis Bukit Aman:- Penyemakan Semula” yang dialamatkan persendirian kepada YDH Tan Sri Ismail Omar ketika itu Timbalan Ketua Polis Negara dengan salinannya dialamatkan persendirian kepada YB Dato Seri Hishamuddin Tun Hussein, Menteri Dalam Negeri. Tan Sri Ismail Omar telah mengesahkan menerima surat saya berkenaan itu menerusi surat peribadi beliau kepada saya bertarikh 21hb Mei 2010.

6.1. Secara kebetulan dalam laporan saya tersebut itu, antara lainnya, saya telah menyentuh berkaitan penyiasatan terhadap Tun Mahathir, yang terbit daripada pendedahan yang dibuat oleh Dato Shafee Yahaya. Dalam Surat Terbuka ini, saya akan menyentuh sedikit sebanyak kandungan laporan saya kepada Tan Sri Ismail Omar itu bilamana berkenaan.

Siasatan terhadap Tun Mahathir terbit daripada pendedahan oleh Dato Shafee Yahaya.

7. Siasatan kes ini adalah bersandarkan laporan Polis Tun H.S.Lee Rpt: 14752/2000 yang dibuat oleh DSAI pada 13.6.2000. Kes diklasifikasikan dibawah Seksyen 2 Ordinan 22 (Kuasa-Kuasa Perlu) Dharurat 1970. Perintah dibawah Seksyen 12 untuk menyiasat kes ini dikeluarkan oleh Timbalan Kanan Pendakwa Raya Dato’ Mohd. Zaki bin Mat Yasin.

7.1. Dalam laporan Polis ini, DSAI telah mengaitkan keterangan bersumpah Dato Shafee Yahaya yang dibuat diMahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 12.6. 2000 yang membawa maksud bahawa Tun Mahathir telah menyalahgunakan kuasa serta menghalang proses keadilan dengan mengarahkan Dato Shafee Yahaya, ketika itu Ketua Pengarah Badan Pencegah Rasuah (BPR), menghentikan penyiasatan BPR terhadap Tan Sri Ali Abul Hassan bin Sulaiman yang pada masa material itu, adalah Ketua Pengarah Unit Perancang Ekonomi di Jabatan Perdana Menteri.

7.2. Untuk makluman Datin selain daripada laporan yang dibuat oleh DSAI, terdapat sejumlah 14 laporan-laporan Polis yang lain dibuat antara 14.6.2000 hingga 22.7.2000. Terdapat laporan-laporan yang dibuat secara individu dan ada juga laporan-laporan dimana pengadu mendakwa mewakili beberapa ramai yang lain atau sesuatu kumpulan, malah ada yang menyertakan senarai nama dan tandatangan mereka-mereka yang berkenaan. Hampir kesemua pengadu-pengadu berkenaan dikenalpasti sebagai ahli biasa atau memegang sesuatu jawatan dalam parti-parti politik pembangkang khasnya Parti Keadilan Nasional.

7.3. Antara mereka yang telah membuat laporan tersebut ialah Hj. Mahfuz Hj. Omar, Chua Tian Chang @ Tian Chua, Saifuddin Nasution Hj. Ismail, Mohamad Ezam bin Mohd Noor, Lokman Noor Adam, Rusalan Hj. Kassim, Badarulamin bin Bahron dan lain-lain. Kesemua pengadu menggesa pihak Polis dan Jabatan Peguam Negara mengambil tindakan terhadap Tun Mahathir kerana telah menyalahgunakan kuasa dan menghalang proses keadilan.

7.4. Pegawai Penyiasat yang telah saya arahkan untuk merakamkan percakapan Dato Shafee dirumah Datin itu ialah Deputi Superintenden Narenasegaran (Naren) (sudi rujuk muka surat 324 Buku Tersebut dibawah tajuk “The aftermath”) (kini beliau berpangkat Asisten Kommisioner Polis bertugas sebagai KJSJ Pahang). Untuk makluman Datin, pegawai ini ada memaklumkan kepada saya betapa “simple dan humble serta peramahnya” Dato Shafee dan Datin ketika beliau berkunjung kerumah Datin, untuk merakamkan sambungan percakapan Dato Shafee atas arahan saya itu. Mengenai salinan percakapan Dato Shafee pula, saya yang tidak membenarkan untuk diberi kepada Dato Shafee. Saya percaya Dato Shafee sendiri tahu peruntukkan undang-undang dan peraturan mengenai perkara membekalkan percakapan saksi.

7.5. Terus terang saya menyatakan bahawa saya sendiri yang tidak berpuas hati dengan keterangan yang diberikan oleh Dato Shafee itu. Malahan Dato Shafee sendiri yang menyatakan bahawa memang TIDAK ADA ARAHAN SECARA LANGSUNG oleh Tun Mahathir untuk menutup atau menghentikan siasatan kes berkenaan. Namun begitu Dato Shafee ada menyatakan bahawa setiap perjumpaan dan teguran-teguran Tun Mahathir mengenainya, jika diambil secara keseluruhan akan membawa maksud bahawa Tun Mahathir mengarahkan beliau (Dato Shafee) menutup atau menghentikan penyiasatan terhadap Tan Sri Ali Abul. Dato Shafee mengesahkan bahawa perjumpaan beliau dengan Tun Mahathir adalah “on a one to one basis”. Oleh demikian tidak ada saksi bebas terhadap apa yang sebenarnya transpired antara mereka berdua. Dalam situasi ini, pembuktian dakwaan Dato Shafee akan bergantung kepada sejauh mana, atau apa yang dirakamkan/dicatitkan oleh Dato Shafee sendiri dalam diari atau fail berkaitan siasatan sabjek dalam persoalan.

“Rampasan” Kertas Siasatan BPR.

7.6. Memadai untuk saya menyatakan bahawa dalam kesungguhan PDRM menyiasat kes ini, saya telah mendapatkan persetujuan dan kerjasama BPR untuk menyerahkan 2 kertas siasatan untuk penelitian saya iaitu;

7.6.1. Kertas Siasatan HQ/BPR/KS:23/7/98-disiasat oleh Penguasa BPR Abdul Halim Hj.Ibrahim (kemudian diambil alih siasatan oleh Penguasa BPR Tan Kang Sai). Kes ini adalah berkaitan dakwaan pembabitan Tan Sri Ali Abul Hassan dan seorang Dato (saya tidak menyebut namanya bagi mengelakkan sebarang tanggapan khilaf terhadap dirinya) yang ada kepentingan sendiri, projek pengswastaan Aktibiti Pemeriksaan Berkanun Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerja.

7.6.2. Kertas Siastan HQ/BPR/KS:20/6/98-disiasat oleh Encik Mohd. Jamidan bin Abdullah ketika itu Ketua Pentadbiran Siasatan BPR Malaysia. Kes ini adalah berkaitan dengan penggeledahan pejabat Ketua Pengarah UPE dimana RM100,000.00 dijumpai dalam laci Tan Sri Ali Abul Hassan.

7.7. Untuk makluman Datin, penelitian keatas kertas-kertas siasatan ini saya buat adalah semata-mata untuk mencari bukti dan keterangan, sama ada Dato Shafee ada membuat sebarang catitan atau arahan bertulis, yang menjurus kearah kertas siasatan BPR terhadap Tan Sri Ali Abul ditutup atas arahan Tun Mahathir. Saya perlukan bukti ini sebelum saya membuat janjitemu untuk merakamkan percakapan Tun Mahathir sendiri dan bersemuka dengannya sekali lagi, sepertimana pernah saya lakukan pada 8.10.1998 ketika menyiasat kes “mata-lebam” (peristiwa mana yang akan saya sentuh dalam perenggan-perenggan yang akan menyusul).

7.8. Sambil itu mungkin Datin boleh mendapatkan pengesahan daripada Dato Shafee sendiri sepanjang beliau menjadi Ketua Pengarah BPR mulai 16.7.1994 sehingga 11.9.1998, berapa kali Pegawai Polis “merampas” kertas siasatan BPR.

“Jikalau kail panjang sejengkal”.

7.9. Saya percaya Datin bolih menerima hakikat bahawa Tun Mahathir bukan sembarangan orang. Apapun beliau adalah seorang Perdana Menteri, ketika siasatan tersebut dibuka terhadapnya. Ini tidak bermakna Polis takut merakamkan percakapan beliau. Saya sendiri pernah bersemuka dengan Tun Mahathir pada 8.10.1998, “on a one to one basis” dalam suasana yang lebih “tense” lagi ketika menyiasat kes mata-lebam tersebut. Sedikit pun saya tidak gentar kerana saya berbekalkan fakta-fakta yang benar dalam tangan saya, walaupun pada ketika itu saya sedar ada makhluk atau makhluk-makhluk yang telah cuba mempengaruhi Tun Mahathir untuk percaya bahawa kecederaan DSAI adalah “self-inflicted”. Pada perjumpaan itu saya telah jelaskan kepada Tun Mahathir apa yang sebenarnya berlaku dan siapa yang “disyakki” melakukannnya oleh kerana siasatan masih diperingkat awal ketika itu. Yang pentingnya saya telah ketepikan sebarang tanggapan bahawa kecederaan DSAI tersebut disebabkan “self-inflicted” pada pertemuan itu. Yang lebih pentingnya apa yang “transpired” dalam pertemuan itu semuanya saya rakamkan dalam diari penyiasatan saya. Apa yang saya katakan kepada Tun Mahathir dan apa yang beliau katakan dan nasihatkan kepada saya, semuanya saya rakamkan. Malahan apabila Tun Mahathir sekadar menganggukkan kepalanya tanda persetujuan kepada sesuatu cadangan saya pun telah dirakamkan dalam diari tersebut yang kekal dalam kertas siasatan kes mata-lebam sehingga hari ini. (Tidak keberatan untuk saya menyatakan bahawa ketika Pegawai-Pegawai SPRM merakamkan percakapan saya dalam minggu pertama July 2008, berkaitan laporan DSAI itu, beliau ada menyoal saya mengenai reaksi wajah Tun Mahathir ketika saya menemuinya pada 8.10.1998 itu. Dengan mudah saya merujukkan mereka kepada diari penyiasatan saya yang ada dihadapan Pegawai perakam tersebut).

Berkaitan siasatan terhadap Tun Mahathir ini pula bagaimana harus saya bersemuka dengan beliau jika saya tidak lengkapkan diri dahulu dengan fakta-fakta dan bukti yang terperinci dan padat sebelum merakamkan percakapan beliau yang masih seorang Perdana Menteri ketika itu. Seperti kata pepatah “Jikalau kail panjang sejengkal, lautan dalam jangan diharungi”. Alangkah mudah tugas Polis ketika itu jika Dato Shafee sendiri telah merakamkan atau mencatitkan arahan yang tepat dalam kertas siasatan-kertas siasatan yang berkaitan. Sebenarnya itulah yang saya harap untuk temui ketika saya meneliti 2 kertas siasatan BPR tersebut. Malahan Dato Shafee mempunyai masa yang begitu banyak sejak 20.6.1998 hingga bersara pada 11.9.1998 untuk berbuat demikian dan tidak melepaskan tanggung jawab tersebut kepada Pegawai-Pegawai selepasnya oleh kerana Dato Shafee sendiri yang bersemuka dengan Tun Mahathir dalam isu ini dan tiada orang lain.

7.10. Untuk faedah Datin,saya perturunkan sebahagian daripada laporan saya bertarikh 9.11.2000 kepada Jabatan Peguam Negara berkaitan kes ini;

“Ketua Bahagian Pendakwaan,

Jabatan Peguam Negara,

Bangunan Bank Rakyat,

Kuala Lumpur.

………….

Para 5: RUMUSAN.

Setelah meneliti serta menimbangkan keterangan-keterangan yang terkumpul khasnya percakapan Dato Shafee Yahaya sendiri yang pada saya, telah dirakamkan dengan terperinci serta juga penelitian terhadap dua Kertas Siasatan BPR iaitu HQ/BPR/KS:23/7/98 dan HQ/BPR/KS:20/6/98 saya merumuskan kes ini seperti berikut:-

5.1.Anggapan Dato Shafee bahawa Perdana Menteri Dato Seri Dr. Mahathir Mohammad telah mengarahkan beliau untuk menutup kes siasatan terhadap Tan Sri Ali Abul Hassan bekas Ketua Pengarah EPU, lebih merupakan persepsi beliau sendiri. Tidak ada sebarang keterangan untuk menyokong persepsi dan andaian oleh kerana Dato Shafee sendiri tidak ada membuat sebarang catitan dalam mana-mana fail, diari atau dokumen-dokumen lain. Pertemuan Dato Shafee dengan YAB PM mengenai isu dalam persoalan ini dibuat atas dasar satu dengan satu (on a one to one basis). Oleh yang demikian apa juga transpired antara mereka hanya mereka sahaja yang privy kepada butir perbincangan.

5.2.Sekalipun Dato Shafee menyatakan yang beliau telah mentaklimatkan Tan Sri Ketua Setiausaha Negara mengenai apa yang berlaku ketika beliau berjumpa dengan Perdana Menteri ketika membincangkan kes dalam persoalan ini,percakapan Tan Sri KSN jikapun dirakamkan tidak mempunyai “evidential value” oleh kerana kesaksian Tan Sri KSN hanya berguna untuk untuk mengesahkan sama ada benar Dato Shafee ada mentaklimatkan beliau mengenai perkara itu atau sebaliknya. Manakala keterangan mengenai apa yang sebenarnya yang dibincangkan atau yang diarahkan oleh PM kepada Dato Shafee akan merupakan keterangan “hearsay”sahaja.

5.3.Semakan serta penelitian keatas kertas-kertas siasatan BPR HQ/BPR/KS 23/7/98 dan HQ/BPR/KS:20/6/98 mendapati tidak terdapat sebarang catitan dalam minit arahan ataupun diari penyiasatan pegawai-pegawai BPR yang terlibat dalam kedua-dua kes yang berkenaan, yang menjurus kearah kes-kes berkenaan ditutup atau dihentikan atas arahan Perdana Menteri. Didapati penyiasatan yang rapi telah dijalankan dan telah mematuhi prosidur pengedaran yang sewajarnya.

5.4.Saya berpendapat siasatan ini jika diteruskan dan percakapan saksi-saksi seterusnya dirakamkan juga tidak akan berkesudahan dengan perolehan keterangan kukuh untuk apa-apa tindakan terhadap mana-mana pihak. Kebanyakkan kesaksian yang akan diperolehi dijangka akan berbentuk “hearsay” atau tidak mempunyai nilai kesaksian yang baik.Dengan rendah diri, berdasarkan daripada hujah-hujah yang saya utarakan diatas, izinkan saya mencadangkan siasatan kes ini dihentikan setakat ini sahaja melainkan jika ada keterangan yang baru ataupun jika Dato Shafee sendiri membuat laporan Polis serta mengemukakan keterangan lain untuk menyokong dakwaannya. Pun begitu saya memohon nasihat YBhg. Datuk mengenai cadangan saya ini.

Salam sejahtera dan terima kasih.

Tanda tangan bertarikh:9.11.2000.

(Dato Mat Zain bin Ibrahim) SAC II,

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah,

Ibu Pejabat Polis Kontinjen,

Kuala Lumpur.”

Kenyataan tidak benar oleh Tan Sri Musa Hassan dan Tan Sri Abdul Gani Patail berkaitan siasatan keatas Tun Mahathir.

7.11. Saya merujuk kepada muka surat 281 Buku Tersebut dan perturunkan kenyataan akhbar Tan Sri Musa Hassan dan Tan Sri Gani Patail seperti berikut;

The IGP confirmed that an investigation on Dr.Mahathir was carried out. (NST 9 April 2008)

“Our recods show we had submitted the investigation papers to the AG Chambers on 15 February 2000. The decision made by the AG at that time (the late Tan Sri Mohtar Abdullah) was that there was no case.”

In The Star of the same date (9 April 2008), it was reported that Tan Sri Abdul Gani Patail confirmed,

“The Chambers received the investigation papers from the police sometime in February 2000 and after studying it carefully, found no evidence to suggest that Dr. Mahathir had interfered in the investigations”

7.12. Saya hanya boleh menyatakan bahawa kenyataan kedua-dua Tan Sri Musa Hassan dan Tan Sri Gani Patail seperti diatas adalah tidak benar,tidak munasabah dan tidak masuk akal sama sekali. Adalah mustahil untuk kertas siasatan tersebut diedarkan kepada Jabatan Peguam Negara pada 15 February 2000 sedangkan kertas siasatan berkenaan hanya dibuka pada 13 Jun 2000 bersandarkan kepada laporan polis Tun H.S.Lee Rpt:14752/2000 yang dibuat oleh DSAI pada tarikh tersebut. Malah kertas siasatan tersebut bersekali dengan kertas-kertas siasatan BPR yang dirampas, hanya diedarkan kepada Jabatan Peguam Negara pada 9 November 2000.

7.13. Mungkin tarikh 15 February 2001 adalah lebih munasabah. Bagaimanapun jika Tan Sri Musa Hassan dan/atau Tan Sri Gani Patail mengubahnya kepada 15 February 2001 pula, ianya akan menjadi lebih tidak munasabah lagi. Oleh kerana pada 15 February 2001,Tan Sri Mohtar Abdullah yang dikatakan telah meneliti dan menutup kes tersebut telah TIDAK lagi menjadi Peguam Negara ketika itu, kerana tempat beliau telah digantikan oleh Datuk Ainum Mohammad Said pada 1 Januari 2001 (rujuk catitan Datin sendiri dalam muka surat 326 Buku Tersebut).

7.14. Mungkin juga atas sebab itu Tan Sri Musa Hassan dan/atau Tan Sri Gani Patail tidak tampil membuat pembetulan, lagipun orang yang dikaitkan itu Tan Sri Mohtar Abdullah telah pun meninggal dunia. Orang yang telah meninggal dunia memang tidak boleh menjawab lagi. Mungkin mereka berdua lupa banyak lagi orang-orang yang masih hidup yang mengetahui perkara ini yang boleh mempersoalkan kenyataan mereka.

7.15. Mungkin sekiranya Tan Sri Musa Hassan dan Tan Sri Gani Patail tidak membuat kenyataan yang tidak munasabah itu, kes ini tidak akan berpanjangan. Kenyataan merekalah yang telah membuka “flood-gates” untuk lebih banyak persoalan ditimbulkan mengenai kewibawaan PDRM menjalankan sesuatu penyiasatan. Malah kenyataan mereka berdua telah “undermine” penyiasatan Polis dalam kes ini, sepertimana juga mereka berdua sepakat memalsukan keterangan berkaitan laporan perubatan keatas DSAI dalam penyiasatan kes “mata-lebam”, yang bukan sahaja mereka telah “undermine” siasatan tersebut malahan telah menyebabkan Sistem Keadilan Jenayah kita menjadi kucar-kacir sehingga hari ini.

Cadangan kepada Dato Shafee.

7.16. Walaubagaimanapun sekiranya Dato Shafee berhasrat untuk meneruskan dakwaannya terhadap Tun Mahathir, beliau boleh memilih untuk membuat laporan Polis yang baru untuk menyebabkan kertas siasatan tersebut dibuka semula. Saya percaya Dato Shafee sendiri maklum perkara ini. Lagi pun tidak ada sekatan masa untuk sesuatu laporan kesalahan jenayah dibuat sekalipun sesuatu salah laku jenayah berkenaan berlaku 12 tahun yang lalu. Tidak ada pihak yang boleh menghalang Dato Shafee jika beliau ingin berbuat demikian.

7.16.1. Cuma saya ingin memberi ingatan supaya Dato Shafee mengingati semula setiap perkataan/keterangan yang beliau telah berikan ketika memberi keterangan di-Mahkamah pada 12.6.2000, percakapan dan sambungan percakapannya yang telah diberikan kepada Polis (lebih-lebih lagi beliau tidak memiliki salinan percakapan tersebut), laporan Polis baru jika dibuat dan keterangan-keterangan yang sedia ada dalam kertas-kertas siasatan yang berkaitan, supaya tidak berlaku pencanggahan yang material dalam keterangannya. Oleh kerana jika terdapat percanggahan yang material akan mendedahkan Dato Shafee sendiri kepada dakwaan memberi keterangan palsu. Saya percaya Dato Shafee sedar perkara ini. Apapun beliau harus “tepuk dada tanya seleranya sendiri”. Jika saya dipanggil untuk membantu penyiasatan, saya akan kekalkan posisi saya sepertimana yang saya dedahkan dalam Surat Terbuka ini.

Tiada campurtangan mana-mana pihak dalam penyiasatan kes ini.

8. Untuk faedah Datin juga,saya boleh mengesahkan disini bahawa tidak ada sebarang campur tangan daripada mana-mana pihak, sama ada daripada political masters, Pucuk Pimpinan Tertinggi PDRM atau Jabatan Peguam Negara ketika pasukan saya menangani siasatan kes terhadap Tun Mahathir ini. Malahan saya boleh menyatakan bahawa Pegawai-Pegawai BPR sendiri telah memberikan kerjasama mereka yang cukup baik ketika kami menangani isu ini. Secara kebetulan juga dalam laporan saya kepada Tan Sri Ismail pada 6.5.2010 itu, saya telah mengesahkan dalam perenggan 26 surat tersebut bahawa tidak ada campur tangan mana-mana pihak ketika saya menangani siasatan kes ini.

INSIDEN MATA-LEBAM.

9. Memandangkan Datin juga nampaknya berminat dengan insiden mata-lebam ini, sepertimana yang terkandung dalam muka surat 311 dan 312 Buku Tersebut, saya berpendapat tidak salah untuk saya menjelaskan perkara ini dengan lebih mendalam lagi, to set the records straight, memandangkan saya terlibat secara langsung dalam penyiasatan kes ini sebagai Ketua Pegawai Penyiasat dan juga membantu kelicinan prosiding Suruhanjaya Di-Raja menyiasat peristiwa ini. Lagipun ianya bukan lagi menjadi rahsia, bahkan saya pernah “mendedahkan” sebahagian peristiwa ini menerusi Pernyataan Tuntutan saya terhadap DSAI yang difailkan dalam Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 11.8.2008. Malah beberapa dokumen saya, khasnya laporan lengkap saya bertarikh 15.4.2009 kepada Y.A.Bhg.Tun Abdul Hamid Mohamad, Pengerusi Lembaga Penasihat Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) dan salinannya kepada setiap seorang Ahli Lembaga Penasihat tersebut dan termasuk Pengerusi serta Ahli-Ahli Jawatankuasa Khas Mengenai Rasuah, berada dalam public domain setelah digunakan sebagai keterangan dalam perbicaraan DSAI dalam Sodomy II yang masih berjalan.

Laporan DSAI pada 1.7.2008.

10. Pada 1.7.2008 DSAI telah membuat Dang Wangi Rpt:22807/08.Dalam laporannya ini DSAI mendakwa Tan Sri Gani Patail, Tan Sri Musa Hassan, Dr. Abdul Rahman Yusof, seorang Forensic Consultant dari Hospital Besar Kuala Lumpur dan Dato Mat Zain Ibrahim (saya sendiri) selaku Pegawai Penyiasat kes mata-lebam, telah memalsukan keterangan berkaitan dengan laporan perubatan mengenai kecederaan beliau (DSAI) dalam penyiasatan kes mata-lebam tersebut.

10.1. Siasatan telah dijalankan oleh pihak Ibu Pejabat BPR (kemudianya SPRM) .Saya telah dipanggil memberi keterangan sekurang-kurangnya 5 kali di-Ibu Pejabat SPRM termasuk pihak Penyiasat SPRM telah membuat “rampasan” dokumen-dokumen daripada kediaman saya pada 4.7.2008. Saya tidak membantah rampasan ini malah memberikan kerjasama sepenuhnya kepada Pegawai-Pegawai SPRM berkenaan, kerana saya tahu itu adalah tanggung-jawab mereka selain daripada mereka bertindak secara sopan dan professional, sepertimana juga saya lakukan ketika membuat “rampasan” dua kertas siasatan BPR ketika menyiasat kes terhadap Tun Mahathir seperti yang saya jelaskan dalam perenggan-perenggan diatas.

10.2. Apa yang boleh saya katakan disini ialah kesemua dokumen (yang saya sebagai pembikinnya) yang dirampas dari rumah saya adalah salinan yang sama yang terdapat dalam kertas siasatan kes mata-lebam itu sendiri. Ianya mengandungi keterangan-keterangan dan bukti yang padat yang bukan sahaja sekadar boleh “mengaitkan” sesaorang, malahan jika dibaca bersama dengan laporan Suruhanjaya DiRaja menyiasat kes mata-lebam itu, boleh “mensabitkan” kesalahan mereka keterangan palsu terhadap mereka-mereka yang terlibat tanpa sebarang keraguan.

10.3. Namun begitu pada 11.3.2009 YB Dato Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz, Menteri di Jabatan Perdana Menteri telah mengumumkan di Parlimen bahawa siasatan terhadap pengaduan DSAI pada 1.7.2008 tersebut telah selesai 2 bulan daripada tarikh laporan tersebut dibuat. Cuma pengumumannya dibuat pada tarikh berkenaan memandangkan kes tersebut sangat sensitif. Beliau juga turut mengumumkan bahawa satu Panel Bebas tiga orang terdiri daripada 2 orang mantan Hakim Mahkamah Persekutuan dan seorang mantan Hakim Mahkamah Rayuan telah dilantik sebagai Timbalan Pendakwa Raya, bagi meneliti kertas siasatan SPRM berkaitan kes ini. Beliau seterusnya mengumumkan bahawa Panel Bebas tersebut secara sebulat suara (3-0) mendapati Tan Sri Musa Hassan bersih daripada sebarang salah laku jenayah dalam siasatan tersebut. Manakala Panel Bebas sama secara majority (2-1) mendapati Tan Sri Gani Patail tidak terlibat dengan sebarang salah laku jenayah dalam siasatan sama. Ini bermakna seorang daripada Ahli Panel Bebas tersebut mendapati ada keterangan untuk mengaitkan Tan Sri Gani Patail dengan perbuatan salah laku jenayah. Bagaimanapun kedua-dua Tan Sri Gani dan Tan Sri Musa diistiharkan bersih (“cleared”) dari sebarang salah laku jenayah, manakala tidak ada sebutan mengenai nasib Dr. Rahman dan saya yang turut didakwa oleh DSAI dalam laporannya tersebut. Pengumuman ini seolah mengesahkan bahawa laporan DSAI itu ada kebenarannya kerana Dr. Rahman dan saya tidak “dibersihkan” sekali dengan mereka berdua.

10.4. Saya berhak untuk merasa terkejut dan kecewa dengan keputusan ini lebih-lebih lagi selaku Ketua Pegawai Penyiasat kes mata-lebam tersebut saya tahu apa yang berlaku malah telah menyerahkan segala dokumen-dokumen bukti kepada Penyiasat SPRM.

10.5. Oleh hal demikian saya telah menulis surat bantahan rujukan:MZ/SULIT/5776/7 bertarikh 15.4.2009 kepada Pengerusi, Lembaga Penasihat SPRM iaitu Y.A.Bhg. Tun Abdul Hamid Mohamad, dengan salinannya kepada setiap seorang Ahli Lembaga Penasihat dan juga Pengerusi serta Ahli Ahli Jawatankuasa yang lain seperti Jawatan Kuasa Khas Mengenai Rasuah. Selain daripada mengemukakan hujah dan dokumen bukti, saya turut menjelaskan secara terperinci caramana pemalsuan keterangan tersebut dilakukan dan siapa yang melakukannya dan Pegawai mana yang bersubahat memberi kemudahan melakukan jenayah tersebut, sepertimana yang telah saya rakamkan dalam diari penyiasatan saya ketika menjalankan siasatan kes mata-lebam tersebut.

10.6. Selain daripada itu saya telah mempersoalkan kesahihan perlantikan Ahli-Ahli Panel Bebas tersebut sebagai Timbalan Pendakwa Raya oleh Peguam Cara Negara seperti yang diperuntukkan dalam Kanun Prosidur Jenayah (CPC). Saya telah menonjolkan bahawa Peguam Cara Negara TIDAK mempunyai hak atau kuasa untuk melantik Timbalan Pendakwa Raya (TPR) mengikut perbekalan dalam CPC. Peruntukkan Seksyen 376(4) CPC adalah sangat jelas bahawa hak atau kuasa untuk melantik TPR terletak kepada Pendakwa Raya(dalam hal ini Tan Sri Gani Patail) dan kuasa tersebut hendaklah dijalankan oleh Pendakwa Raya sendiri. Oleh hal yang demikian perlantikan Panel Bebas seperti yang diumumkan oleh Menteri di JPM itu adalah tidak sah dan menjadikan keputusan yang mereka buat sebagai sia-sia. Ini bermakna pengistiharan bahawa kedua-dua Tan Sri Gani dan Tan Sri Musa sebagai bebas daripada salah laku jenayah tidak boleh diterima pakai mengikut kefahaman saya.

10.7. Untuk pengetahuan Datin, Peguam Dato Param Cumaraswamy pun ada menulis surat bantahan kepada SPRM mempersoalkan isu perlantikkan Panel Bebas ini.

10.8. Apa pun pada 23 July 2009 saya telah menerima surat balasan daripada Sekretariat Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah (LPPR) yang ditanda tangan sendiri oleh Y.A.Bhg. Tun Abdul Hamid Haji Mohamad. Saya merasa terkejut dimaklumkan secara bertulis bahawa bidang kuasa LPPR seperti yang diperuntukkan oleh Seksyen 13 Akta SPRM 2009 (Akta 694) TIDAK termasuk menyemak semula (review) sebarang keputusan yang telah dibuat oleh SPRM dalam sesuatu kes. Ini bermakna LPPR tidak boleh berbuat apa-apa sekalipun SPRM telah membuat sesuatu keputusan yang salah atau tidak mengikut undang-undang. Ini turut bermakna sekalipun LPPR sedar bahawa perlantikkan Panel Bebas tersebut adalah tidak sah dari sisi undang-undang, LPPR terpaksa bersetuju menerimanya. Soal sama ada LPPR berpuas hati atau tidak dengan penyiasatan dan keputusan SPRM tidak timbul. Selepas daripada penerimaan surat LPPR sedemikian itu saya tidak menulis apa-apa suratan kepada LPPR lagi.

10.8.1. Saya berasa begitu ralat kerana diakhir laporan saya kepada LPPR itu saya merayu kepada Y.A.Bhg.Tun seperti diperturunkan;..

“Para 48.

Saya percaya Y.A.Bhg.Tun,serta Yang Berbahgia dan Yang Berhormat Pengerusi dan Ahli-Ahli pelbagai Panel SPRM tidak akan merelakan intergriti Institusi penting Negara seperti Badan Kehakiman,Jabatan Peguam Negara, SPRM dan PDRM diletakkan dalam risiko kemusnahan semata-mata untuk menyelamatkan sesaorang dikenakan hukuman jenayah. Saya merayu dan sesungguhnya yakin Y.A.Bhg. Tun akan memberi peluang pendengaran yang adil dan saksama kepada saya dan juga kepada pihak atau pihak-pihak yang dinamakan dalam perkara ini.Saya yakin Y.A.Bhg. Tun akan mempertimbangkannya bukan demi saya seorang, tetapi demi Keluhuran dan Kedaulatan Undang-Undang Negara dan demi Keadilan Awam itu sendiri. Salam sejahtera.

Yang benar,

t.t.bertarikh:15 April 2009.

(Mat Zain bin Ibrahim)”

10.9. Namun begitu saya tidak putus asa dalam mengenengahkan kebenaran ini. Dalam surat saya kepada YDH Tan Sri Ismail Omar, dalam perenggan 11, saya telah membuat “pengistiharan” yang berbunyi antaranya;

“Tanpa terpengaruh dengan pendapat pihak-pihak lain mengenai laporan DSAI tersebut sama ada telah dibuat secara rasmi atau sebaliknya, saya,selaku Pegawai Penyiasat kes mata-lebam tersebut yang mempunyai pengetahuan mendalam kes ini mendedahkan pendapat saya mengenainya seperti berikut dibawah;

a)Bahawa dakwaan DSAI menyatakan berlakunya perbuatan memalsukan keterangan berkaitan laporan kecederaan keatas dirinya dalam penyiasatan kes mata-lebam adalah benar dan betul berlaku.

b)Bahawa terdapat sejumlah 3 (tiga) laporan perubatan yang telah dipalsukan iaitu;…….”

10.9.1. Saya turut mengistiharkan bahawa saya serta Pegawai-Pegawai dalam Pasukan Penyiasat Khas kes tersebut dan juga pucuk pimpinan PDRM ketika itu tidak pernah mensubahati Tan Sri Gani Patail dalam memalsukan keterangan terhadap DSAI. Malahan saya menjelaskan bahawa saya telah mengambil segala langkah yang perlu (yang dirakamkan dalam diari penyiasatan saya) untuk menasihati dan menghalang beliau daripada melakukan sesuatu yang menyalahi undang-undang dalam penyiasatan kes mata lebam tersebut.Saya telah menasihatkan beliau ketika itu, posisi Dr. Rahman yang sedang dalam siasatan Polis berkaitan satu kes ugutan jenayah keatas seorang Dr. Abdul Halim Mansar yang merupakan Pakar Forensik Hospital Kuala Lumpur yang mula-mula menyediakan laporan kecederaan keatas DSAI atas permintaan rasmi saya, dan penggunaan Dr. Rahman menyediakan laporan perubatan bertentangan dengan apa yang telah disediakan oleh Dr. Halim, akan menyebabkan “complications” dikemudian hari. Rupa-rupanya Tan Sri Gani Patail telah mengambil kesempatan posisi Dr. Rahman sedemikian itu untuk mengarahkannya menyediakan sejumlah tiga (3) laporan palsu berlainan berkaitan kecederaan DSAI dalam insiden mata-lebam tersebut. Sekiranya terdapat mana-mana Pegawai Polis yang telah bersubahat atau memberi kemudahan kepada beliau melakukan pemalsuan tersebut, maka Pegawai Polis berkenaan telah melakukannya atas sifat peribadi untuk kepentingan dan faedah persendirian Pegawai berkenaan yang tidak ada kena mengena dengan pendirian PDRM menangani siasatan kes mata-lebam ini.

Penggunaan keterangan palsu dalam perbicaraan Sodomy II.

11. Dalam surat saya kepada Tan Sri Ismail itu juga saya telah memberi “isyarat awal” berkaitan pemerhatian saya mengenai penggunaan keterangan palsu dalam perbicaraan Sodomy II yang sedang berjalan. Keterangan palsu/tidak benar itu adalah dalam bentuk dua afidavit yang diikrarkan pada 30.6.2009 oleh dua Pegawai Jabatan Peguam Negara bagi pihak Pendakwa Raya. Perkara ini bukan rahsia kerana DSAI sendiri telah membuat laporan Polis Travers Rpt:5160/09 pada 21.7.2009 dan membuat kenyataan akhbar mengenai laporan ini terhadap, Dato Abdul Razak Musa Pengarah Pendakwaan dan Perundangan SPRM dan Timbalan Pendakwa Raya Hanafiah Hj. Zakaria dari Jabatan Peguam Negara, seorang Ahli dalam Pasukan Pendakwaan kes Sodomy II. Berpeluang meneliti kandungan dokumen-dokumen tersebut yang berada dalam public domain itu, serta mengetahui perkara sabjek yang terkandung dalam laporan Suruhanjaya DiRaja berkaitan, saya berpendapat yang dakwaan DSAI ada kebenarannya walaupun saya tidak mempunyai ekses lagi untuk mengetahui hasil siasatan berkaitan laporan tersebut. Saya memberikan isyarat awal ini adalah untuk PDRM mengambil langkah berjaga-jaga supaya tidak dijadikan “scape-goat” sekiranya sesuatu yang buruk berlaku dalam pendakwaan Sodomy II seperti mana yang menimpa PDRM dan saya dalam penyiasatan kes mata-lebam.

12. Hari ini pula, ketika saya sedang menulis Surat Terbuka ini kepada Datin, tersiar pula secara meluas dalam akhbar-akhbar dan blogs mengenai seorang Rahimi Osman yang disenaraikan sebagai seorang saksi pembelaan, menghebahkan pula yang beliau dipaksa membuat Statutory Declaration (SD) untuk mengaitkan Dato Seri Najib dan Datin Seri Rosmah Mansor dalam kes Sodomy II, yang melibatkan sahabat beliau Mohd. Saiful Bukhari Azlan dua tahun lalu. Dilaporkan pula kononya Rahimi Osman telah membuat SD yang baru pula. Ini mengingatkan kita kepada apa yang dilakukan oleh Private Investigator Bala dalam kes bunuh Altantuya.

12.1. Apa sudah jadi dengan Sistem Keadilan Jenayah kita? Seolah BAB XI dalam Kanun Keseksaan berkaitan Keterangan Palsu dan Kesalahan-Kesalahan Terhadap Keadilan Awam tidak ujud lagi. Siapa yang sepatutnya dipersalahkan? Siapa yang menyebabkan Sistem Keadilan Jenayah kita menjadi kucar kacir, sehinggakan sesiapa juga boleh mempermain-mainkannya tanpa takut kepada sebarang tindakan dan hukuman undang-undang. Saya tidak teragak-agak untuk menyatakan bahawa keadaan ini berpunca daripada “precedent” yang dibuat oleh Tan Sri Gani Patail dan Tan Sri Musa Hassan sendiri. Jika mereka boleh merekacipta keterangan palsu dan menggunakan dua daripada tiga laporan yang dipalsukan itu pula dalam prosiding kehakiman Suruhanjaya DiRaja, dan kemudian mendabik dada mengatakan mereka bersih daripada sebarang salah laku jenayah; jika Tan Sri Musa boleh memberi keterangan palsu dalam perbicaraan dalam Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur seperti yang dilaporkan oleh seorang Penggubal Undang-Undang YB R. Sivarasa dalam bulan Mac tahun ini, dan tiada tindakan dikenakan; jika Tan Sri Musa Hassan boleh mengemukakan Pernyataan Tuntutan yang tidak benar dalam samannya terhadap DSAI serta menuntut berjuta Ringgit sebagai ganti rugi pula dan menayangkan pula saman tersebut kepada dunia, maka P.I. Bala dan Rahimi Osman juga tidak bimbang akan tindakan undang-undang terhadap mereka. Cuma yang tidak bernasib baik, mungkin Brig.Gen (B) Datuk Mohamad Yasin Yahya bekas Panglima Brigade Sabah (saya juga tidak pernah mengenali beliau) yang telah berpuloh tahun menabur keringatnya mempertahankan kedaulatan Negara, akhirnya diaibkan dengan dituduh memberi keterangan palsu (walaupun kemudiannya didapati tidak bersalah) ketika memberi keterangan di-Mahkamah melibatkan satu kes Dato Ramli Yusuff.

13. Memandangkan keadaan terbaru ini,mungkin Dato Shafee ingin menimbangkan semula cadangan saya diperenggan 7.16 dan 7.16.1 dalam Surat Terbuka ini.

14. Berbalik kepada laporan saya kepada YDH IGP Tan Sri Ismail Omar pula, kini terserah kepada budi bicara beliau untuk mengambil posisi beliau dalam hal ini, dan lain lain isu yang saya dedahkan dalam laporan saya kepada beliau bagi memelihara kewibawaan dan keberkecualian serta imej PDRM yang tercemar teruk sejak 2006. Saya yakin YDH Tan Sri akan melakukan sesuatu. Untuk faedah Datin dan juga pembaca lain yang mungkin berminat membaca Surat Terbuka ini, saya telah akhiri laporan saya kepada Tan Sri Ismail Omar tersebut itu seperti diperturunkan dibawah;

“Para 32.

Saya berharap laporan yang saya kemukakan ini tidak menambahkan bebanan masaalah yang berada dalam tangan Tan Sri sekarang ini.Saya sedar siapa saya dan kedudukkan saya dalam masyarakat dan saya turut sedar dengan siapa saya berhadapan dan apa yang boleh berlaku keatas diri saya dan keluarga dengan pendedahan yang saya tonjolkan dalam laporan ini. Namun begitu saya turut yakin sebilangan besar rakyat dan pemimpin Kerajaan khasnya dalam PDRM yang cintakan keluhuran undang-undang dan keadilan. Pada ketika saya berpangkat ACP/SAC II, saya telah dilonggokkan dengan keterangan dan bukti daripada Ketua Polis Negara,Timbalan Ketua Polis Negara,Pengarah-Pengarah dan Pemimpin Tertinggi Polis serta Pegawai sehingga anggota berpangkat Konstabel mengenai peristiwa insiden mata-lebam. Dengan bahan bahan tersebut saya diminta untuk membuat keputusan sendiri dan seorang diri sama ada memilih menyelamatkan maruah PDRM ataupun menyelamat TSRN. Dengan sedih saya memilih untuk mencadangkan TSRN, seorang yang saya sanjung tinggi sebagai seorang ketua, sahabat dan juga kawan keluarga dituduh dibawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan. Saya Cuma berharap saya telah melakukan sesuatu yang saksama kepada beliau. Kini saya memohon maaf kerana melonggokkan pula bahan serupa dan meletakkan Tan Sri didalam situasi yang sama, yang saya berada 12 tahun lalu. Saya turut berharap situasi yang kita alami adalah yang terakhir buat PDRM.

Para 33.

Akhirkata saya mendoakan Tan Sri sentiasa berada dalam kesejahteraan dan kesihatan untuk seterusnya memimpin Pasukan Polis Di Raja Malaysia kearah kecermelangan dan kegemilangan serta dihurmati sepertimana yang pernah dinikmati dalam era sebelum 2006.

Wassalam.

Bth:6 Mei 2010.

PENUTUP

15. Saya sedar bahawa Surat Terbuka saya ini akan mengundang respon yang positif dan juga negative. Sesiapa pun mempunyai hak untuk meluahkan pendapatnya dan saya bersedia menerimanya dengan fikiran terbuka. Apa pun saya mengambil tanggung jawab sepenuhnya mengenai penulisan saya ini. Saya sedar akan risiko dan konsekuennya.

16. Saya akan mengirimkan salinan pertama menerusi email kepada Datin, manakala salinan yang mengandungi tandatangan saya, akan dikirim pos.

17. Sekali lagi saya menyusun sepuloh jari memohon jutaan maaf jika terdapat kata-kata saya yang menyinggung perasaan Datin. Salam hurmat saya buat Dato Shafee Yahaya dan keluarga.

Terima Kasih ikhlas saya kepada Y.Bhg. Datin kerana memberi semangat kepada saya dengan menonjolkan Surah Al Baqarah 2:24; “And mix not truth with falsehood, nor conceal the truth while you know (the truth). Sempena dengan hari terakhir Shawal yang mulia ini saya sekeluarga mengucapkan Selamat Eidul Fitri, maaf zahir dan batin untuk YBhg. Datin sekeluarga.

Wassalam.

Yang Benar,

t.t

(MAT ZAIN BIN IBRAHIM)

8 hb Oktober 2010.