Sunday, September 04, 2016

Azmin panik tanya balik wartawan profesional ke tidak ?

Datuk Seri Mohamaed Azmin Ali terus mengambil sikap berdolak dalih setiap kali disoal mengenai kontroversi yang melanda status tanah Paya Indah Wetlands.
Malah yang terbaru Menteri Besar Selangor itu tidak menjawab secara tepat soalan yang yang diajukan sebaliknya memusing ayat dengan mengatakan rakyat Selangor adalah proksi nya sedangkan soalan yang diajukan ternyata berlainan.
Beliau ditanya adakah Ketua AMK Gombak, Zainol Abidin Mohamad adalah proksinya dalam kontroversi Paya Indah Wetlands seperti yang didakwa Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) namun ini jawapan sinis yang diberikannya:
“Rakyat negeri Selangor adalah proksi saya. Saya menjaga kepentingan rakyat dan negeri”, katanya.
“Saya sudah tegaskan beberapa kali bahawa pendirian kerajaan negeri pada hari ini bahawa kita bersikap terbuka dan telus.
“Mana-mana pihak atau individu yang mempunyai dakwaan tidak payah menjerit setiap malam di media. Serah sahaja kepada pihak berkuasa untuk buat siasatan,” katanya di sidang media selepas merasmikan Projek Rumah Selangorku di Taman Putra Impiana, Puchong, pagi Sabtu.
Azmin berkata demikian mengulas tindakan Penyelaras SAMM, Badrul Hisham Shahrin atau Chegubard, melaporkan dakwaannya kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada Jumaat lepas, bahawa kepimpinan Azmin secara salah mengubah status lot tanah 68054 yang dikatakan milik Paya Indah Wetlands daripada pertanian kepada komersial.
Beliau kemudiannya ditanya tindakan Chegubard yang mengedar booklet #skandalAzmin68054 setebal 16 halaman yang didakwanya sebagai mengandungi 80 peratus bukti salah guna kuasa bersabit kontroversi di lot tanah di Paya Indah Wetlands.
Azmin, mengelak untuk menjawab, sebaliknya menempelak pemberita dengan menyoal etika kewartawanan.
“Anda mewakili pihak mana? SPRM? Tanya soalan yang menunjukkan anda profesional atau tidak dalam bidang ini.
“Saya nak tanya, adakah anda seorang wartawan yang profesional?,” soalnya.
Terdahulu, kerajaan negeri melalui Exconya, Elizebeth Wong menafikan dakwaan Chegubard dan menegaskan lot 68054 bukan sebahagian daripada Paya Indah Wetlands.
Sebaliknya, tanah paya yang diwartakan Jabatan Perhilitan sebagai Rizab Tanah Paya di bawah Kanun Tanah Negara sejak 1998 hanya melibatkan lot 4827 dan 3974, ujar Elizabeth.
Azmin dan Elizabeth kemudiannya mencabar Chegubard melaporkan perkara itu kepada SPRM.
Chegubard selepas selesai membuat laporan kepada badan siasatan kerajaan itu memberitahu pemberita, identiti Zainol sebagai proksi Azmin, dikesan daripada dokumen yang dihantar melalui aplikasi ‘Whats App’ kepada semua exco kerajaan negeri Selangor, sekaligus menggambarkan hubungan rapat lelaki itu dengan Azmin.
Dalam perkembangan berlainan, Azmin menyerahkan kepada Lembaga Disiplin PKR berkaitan isu pemecatan Chegubard daripada parti itu.
Terdahulu, Chegubard memberitahu beliau menerima emel pada pagi Khamis (sebelum laporan dibuat kepada SPRM) menyatakan beliau dipecat daripada PKR atas alasan tindakannya itu menjejaskan nama baik parti.
Ketua Penerangan PKR, Syed Ibrahim Syed Noh dalam reaksinya menafikan perkara itu dan berkata Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR masih belum memuktamadkan status Chegubard.

Chegubard kemudiannya berkata akan mendapatkan penjelasan daripada PKR berhubung kekeliruan itu.

Jom fahami , apa dia #skandalAzmin68054 ?

'Saya bukan serang Azmin saja, Khalid pun kena'

SHAH ALAM: Bekas Ketua PKR Cabang Rembau Badrul Hisham Shaharin menafikan bahawa pendedahan mengenai salah laku Menteri Besar Selangor Datuk Seri Azmin Ali adalah berpunca daripada 'hasad dengki' yang digembar-gemburkan sebelum ini.
 
Ujarnya yang lebih dikenali sebagai Chegubard, adalah menjadi tanggungjawab beliau dalam mendedahkan perkara yang tidak betul dalam parti dan kerajaan negeri.
 
Malah beliau bersedia dan tidak gentar untuk mana-mana pihak tampil melaporkan kesalahan yang dilakukannya kepada pihak berkuasa atau rakyat.
 
"Kalau lain salah pun saya serang, kalau saya salah pun orang lain seranglahsaya dengan fakta dan bukti. Tak ada masalah," tegas beliau dalam satu temubual dengan Antarapos.
 
Jelas beliau, bukan kesalahan Azmin sahaja yang mendapat perhatian beliau, penyandang terdahulu iaitu Tan Sri Khalid Ibrahim turut menerima nasib yang sama.
 
"Saya serang TS Khalid, saya serang ketika operasi nak naikkan gaji." 
 
"Ketika (Khalid) nak naikkan kadar sewa rumah saya serang, dalam mesyuarat saya tepuk meja. Atas apa juga alasan tak boleh, dia kata berlaku ketirisan, orang lain sewakan rumah (kepada orang lain). Kita kata selesaikan masalah tu bukan naikkan sewa,ketika itu saya anggota MPP" katanya lagi.
 
Sebelum ini Chegubard lantang mengkritik Azmin dalam pelbagai keputusan kerajaan negeri, yang disifatkan sebagai melampau, wujudnya pembaziran dan mempunyai unsur kronisme.
 
Ini termasuklah isu pembalakan, kemelut penggantian kubah Masjid Sultan Abdul Aziz Shah yang menelan belanja RM32.4 juta dan kontroversi pelantikan ahli majlis Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).
 
Pendedahan terbaru beliau adalah isu Paya Indah Wetlands, yang dakwanya wujud salah laku kerajaan negeri dalam melakukan pengezonan semula kawasan zon hijau itu yang kini disiasat pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). - antaraPos

Wednesday, August 31, 2016

Kenyataan penuh & video depan SPRM 26 Ogos 2016 #skandalAzmin68054

Kenyataan Media
26 Ogos 2016

1.       Seperti yang dijanjikan setelah melalui proses pencarian dan penyiasatan yang panjang dan memberikan ruang kepada parti dan Azmin sendiri memperbaiki dan membetulkan keadaan namun semuanya Nampak negetif maka hari ini kami muncul membuat laporan SPRM. Laporan ini turut disertai dengan 47 muka surat dokumen sokongan lebih dari cukup untuk membantu SPRM memulakan siasatan dan melakukan pendakwaan kepada kes ini. Beberapa butiran saksi juga dikongsi dan kami sedia menampilkan saksi secara terbuka dan ‘sulit’ ke SPRM selepas ini.

2.       Kes ini menarik perhatian media dan mendapat liputan agak besar khususnya media perdana sehinggalah kami mendedahkan pemodal besar yang tersenarai di BSKL terlibat sebagai pemaju. Bila nama GAMUDA dimunculkan liputan media menjadi kecil dan terhad. Menyedari keadaan negara yang mana tak keterlaluan banyak ruang dikawal pemodal besar maka kita seperti menjangkakan pasti aka nada usaha mensenyapkan laporan ini juga. Azmin bukan sebarang ahli politik dia akan berbuat apa sahaja demi kepentinganya.  Dia watak yang dijaga oleh banyak pihak. Contohnya, apa sudah jadi laporan ‘rasuah seks’ di Pejabat MB Selangor ? Adakah Rafizi Ramli membuat laporan kosong atau kes tersebut disapu dibawah karpet kerana ‘ada paying kembang’ ?

3.       Memahami semua ini maka hari ini kami juga melancarkan booklet #skandalAzmin68054 kerana itulah latihan demokrasi gerakan reformasi rakyat perlu diberi maklumat penuh dan biar rakyat menghakimi, Rakyat Hakim Negara.

4.       Lihat sahaja apabila Abd. Razak Ismail membuat aduan kepada Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan Selangor (SELCAT), tiba – tiba muncul salah seorang anggota SELCAT mengeluarkan kenyataan SELCAT tidak peduli pengadu tidak bekredibiliti. ADUN PKR tersebut sanggup menyerang terbuka Pegawai Khas Exco DAP Selangor hanya untuk menjilat Azmin dan nampaknya penjilat Azmin sedang bersungguh – sungguh berusaha menggagalkan SELCAT membincangkan secara terperinci aduan kaitan isu #skandalAzmin68054. Jadi ada bezanya SELCAT dengan PAC?

5.       Pendedahan ini bukan pendedahan kosong sejak dari awal Berjaya mematahkan hujah dengan bukti rasmi milik kerajaan negeri berikut ialah kronologinya :

Mac 2016 : pasukan khas dibentuk bagi meneliti maklumat bahawa ada yang tidak kena dengan pertukaran status tanah lot 68054, Mukim Tanjong Dua Belas, Kuala Langat.

April , Mei & Jun 2016 : Dokumen – dokumen rasmi diperolehi dari banyak pertemuan termasuk dengan pegawai – pegawai kerajaan cukup menyakinkan ada sesuatu yang tidak kena.
26 Julai 2016       : Kenyataan pertama dengan tajuk “PERTUKARAN STATUS TANAH LOT 68054, 619 HEKTAR MUKIM TANJONG 12 KUALA LANGAT JEJAS KAWASAN HUTAN WARISAN DUNIA” dengan desakan tukar kembali status tanah tersebut.

26 Julai 2016       : Exco Kerajaan negeri YB Elizabeth Wong, dalam kenyataan yang dikeluarkan freemalaysiatoday.com dan sehari kemudian berita sama disiarkan oleh Selangorkini, memanggil saya pemberontak PKR dan menafikan wujud sebarang pertukaran status tanah mahupun perlengkungan semula di kawasan tersebut. Penafian beliau merujuk kenyataan media pertama saya dengan tajuk “PERTUKARAN STATUS TANAH LOT 68054, 619 HEKTAR MUKIM TANJONG 12 KUALA LANGAT JEJAS KAWASAN HUTAN WARISAN DUNIA”

27 Julai 2016 : saya mengeluarkan kenyataan menyatakan penafian Elizabeth Wong merupakan penafian palsu , saya memberikan Elizabeth Wong sehingga Isnin (1 Ogos) untuk menunjukkan bukti penafiannya terhadap kenyataan media saya 26 Julai itu salah atau saya munculkan bukti dan dia harus letak jawatan.

2 Ogos 2016  : Mungkin eli tidak tahu apa hendak diperjelaskan maka dia telah senyap sehingga Isnin (1 Ogos) maka 2 Ogos saya telah muncul dengan Dokumen Rasmi Kerajaan Negeri yang mengesahkan tanah lot 68504 itu telah ditukar status dan saya bawa juga petikan minit mesyuarat Kerajaan negeri Selangor (Febuari 2014) yang ketika itu dipengerusikan oleh Tan Sri Khalid Ibrahim dengan jelas menolak permohonan pertukaran status tanah Lot 68054 dengan alas at dalam minit tersebut kerana lot tersebut terletak di dalam kawasan Paya Indah Wetland. Telah didedahkan juga dokumen yang bocor dari pejabat Exco yang menyatakan proses perlengkungan (re zone) bukan sahaja libatkan kawasan sekitar Paya Indah Wetland tetapu Hutan Simpan Kuala Langat Utara turut terlibat

2 Ogos 2016 : Menteri Besar dilaporkan media lari dari wartawan bila ditanya soalan berkenaan pendedahan tersebut dan menyerahkan kepada Exco untuk menjawab. Inilah sejarah kali pertama Azmin lari dari bertemu wartawan. Mungkin ketika peringkat awal Elizabeth Wong menafikan berlaku perubahan status sambil menyelar saya pemberontak dia tak menyangka saya telah bersedia dan punya dokumen rasmi. Panik dengan itu dia telah memanggil sidang media dengan menyebut lot tanah yang lain kononya masih tidak ditukar. Bila ditanya wartawan mengenai lot 68054 dia tidak menjawab kerana katanya tidak relevan.

9 Ogos 2016 : telah diadakan sidang media dengan mendedahkan peranan sebuah kapitalis besar yang tersenarai di BSKL, GAMUDA disebalik #skandalAzmin68054. GAMUDA telah membeli tanah tersebut dengan mengambil alih Salak Land Development Sdn Bhd dari tauke cina pemilik asal.

Investor Central yang berpusat di Singapura telah membuat "‪#‎survey" berhubung pembelian tanah Salak Land berharga RM784.3 juta oleh GAMUDA. Antara yang dibangkitkan ialah adakah berbaloi dan sepadan dengan nilai? soalan paling panas ialah "Apakah akan berlaku jika Gamuda tidak mendapat kebenaran untuk menukar status tanah pertanian kepada pembangunan bercampur? Apakah yang membuat GAMUDA berani membeli tanah yang 22 tahun gagal ditukar status malah baru saja 6 bulan sebelum itu ditolak untuk pertukaran status ? Mungkin strategi khusus sudah diatur ? Ini semua sangat pelik.

Dalam kenyataan bertarikh 9 Ogos 2016 dengan tajuk LOBI KORPORAT DI BELAKANG PERTUKARAN STATUS LOT 68054 ? SIAPA PROKSI DAN BERAPA NILAI BERTUKAR TANGAN ? saya sudah bangkitkan mengenai peranan GAMUDA di Selangor dan usaha mencari proksi.

10 Ogos 2016 : Apabila mula terkait kapitalis besar maka media telah mengecilkan liputan. Maka diumumkan satu hash tag #skandalAzmin68054 bagi memudahkan sebaran dan carian maklumat berkaitan kes ini. Diumumkan juga aka nada rapat khusus bagi mengumpulkan semua yang terlibat pasukan yang dibentuk bagi merumuskan dan meneliti beberapa penemuan baru.

14 Ogos 2016 : Setelah rapat selama 7 jam akhirnya ditemui beberapa dokumen yang mana dikenal pasti wujud seorang yang sangat rapat dengan Azmin Ali diberikan kedudukan dalam projek lot 68054.

6. Kami menemui dengan jelas satu watak yang dikenali sebagai Zainol yang merupakan Ketua AMK Gombak yang mana Azmin merupakan Ketua PKRGombak muncul sebagai Pengarah Projek bagi pihak pemaju.

Kesalahan jelas berlaku :

1.       Wujud dokumen yang dihantar kepada penjawat awam oleh ‘proksi’ ini dengan tercatat hubungan beliau dengan Menteri Besar. Proksi ini secara jelas mempergunakan kedudukan politik dan hubungan dengan MB untuk meraih keuntungan atau habuan.
2.       Maka inilah mungkin menjelaskan tindakan kenapa pegawai – pegawai kerajaan yang sama menolak pertukaran status sebelum ini tetapi tiba – tiba mengubah pendirian.
3.       Mesyuarat terakhir menukar status tersebut dipengerusikan oleh Azmin yang yakin secara sedar tahu kewujudan ‘proksi’ dalam pemaju dan dari siasatan kami kami yakin semua ahli MMKN sedar mengenai ini.

7. SPRM didesak bertindak segera. Parti Keadilan Rakyat juga tidak boleh mengelak bagi bertindak dalam perkara ini segera, ia satu pengkhianatan yang sangat memalukan. Saya mungkin dipecat kerana tindakan ini namun saya tegaskan jika kerana bercakap benar dan mempertahankan janji aspirasi Reformasi kepada rakyat menjadi kesalahan maka saya rela dipecat.

Anwar Ibrahim sendiri ketika dipuncak kuasa dipecat kerana bercakap benar dan mempertahankan hak rakyat oleh Mahathir, maka saya sedia dipecat oleh anak angkatnya kerana alasan yang sama. Fitnah pasti menyerang dalam mengalih isu apabila jawapan sudah tak termampu. Sekurangnya saya tidak dipukul oleh Ketua Polis Negara dalam keadaan tangan bergari. Kepada semua saya nyatakan yang kita lawan ialah sistem rosak yang sentiasa menyebelahi kapitalis menindas rakyat. Yang menjadi musuh kita ialah politisi yang diperkuda oleh pemodal besar.

Tiada istilah musuh buat salah, kawan buat tutup. Tiada istilah korup besar atau korup kecil. Perjuangan adalah perlaksanaan kata – kata.

8. SAMM sudah mencetak 8,000 naskah booklet #skandalAzmin68054 yang edaranya akan memberikan fokus kepada kakitangan kerajaan dan pentadbiran perbagai peringkat dalam Selangor. Kos keseluruhan operasi ini agak tinggi malah kos cetak buku ini masih berhutang dengan pencetak, maka kami juga membuka kepada semua pihak atau individu yang prihatin untuk membeli buku ini kerana hasil jualan buku ini adalah untuk menanggung kos keseluruhan operasi sejak Mac  2016 yang berminat membantu boleh terus hubungi +60183557923 melalui pesanan whats app atau sms.

che’GuBard
Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM)

Friday, August 26, 2016

#SKANDALAZMIN68054 tetap ke SPRM 26 Ogos

KENYATAAN MEDIA
23 Ogos 2016
1. Merujuk kenyataan media bertarikh 15 Ogos yang mengumumkan bahawa pasukan khas isu #skandalAzmin68054 telah menemui salah seorang yang diyakini proksi Azmin dalam pemaju.
Bukti Jelas Kesalahan telah berlaku :

I. Wujud dokumen yang dihantar kepada penjawat awam oleh ‘proksi’ ini dengan tercatat hubungan beliau dengan Menteri Besar.
II. Maka inilah mungkin menjelaskan tindakan kenapa pegawai – pegawai kerajaan yang sama menolak pertukaran status sebelum ini tetapi tiba – tiba mengubah pendirian.
III. Ditemui juga bukti butiran mesyuarat Exco Kerajaan Negeri yang seharusnya bersifat rahsia bocor kepada pemaju melalui proksi ini.
IV. Mesyuarat terakhir menukar status tersebut dipengerusikan oleh Azmin yang diyakini secara sedar tahu kewujudan ‘proksi’ dalam pemaju.
2. Maka ditegaskan, 7 hari telah diberikan kepada Azmin Ali bagi meminta maaf kepada semua rakyat, ahli PKR, ahli komponen Pakatan Harapan khususnya rakyat Selangor atas kesalahan yang dilakukan. Dia juga perlu menukar semula status tanah tersebut. Jika gagal selepas itu akan didedahkan semua hasil siasatan, proses tindakan berdasarkan perundakan akan dimulakan juga desakan selepas itu cuma satu - dia harus meletakkan jawatan. Masa 7 hari tersebut juga diberikan bagi memberi ruang proses dalaman parti bertindak dan persiapan semua dokumen dan mempersiapkan booklet bercetak isu #skandalAzmin68054.
3. Namun sehingga semalam tamat tempoh 7 hari nampaknya Azmin tidak mampu memberikan respon positif menjelaskan perkara tersebut malah terus menggunakan media menunjukkan sikap sombongnya. Dia juga melalui beberapa ‘kartelnya’ cuba melobi supaya saya dipecat.
4. Menjawab persoalan :
a. Status keanggotaan saya dalam PKR. Ya dalam pengetahuan saya setelah dimaklumkan oleh beberapa teman – teman anggota MPP bahawa melalui whats app group ‘kartel Azmin’ cuba mengajak anggota MPP lain menyatakan sokongan dengan membuat Perkeliling Resolusi MPP bagi menggunakan perlembagaan fasal 41.7 (mendapatkan sokongan majority 2/3) untuk membolehkan che’GuBard dipecat serta merta. Namun sehingga kini dimaklumkan Azmin gagal memperolehi sokongan majority bagi memecat che’GuBard. Nampaknya tempoh 7 hari yang diberikan dengan mengharapkan ada tindakan dalaman parti berkenaan isu ini hanya digunakan untuk bertindak memecat saya namun malangnya Azmin gagal mempengaruhi majoriti MPP membuat kerja kotor tersebut.
Saya tegaskan saya tidak menyerang parti tetapi menyerang perlakuan salah pemimpin yang merosakkan parti. Saya pasrah dalam perihal status keanggotaan saya namun saya percaya teman – teman pimpinan PKR tidak mahu menghantar masej kepada umum bahawa PKR tidak jauh beza dengan lawan politiknya.
b. Kenapa 7 hari dan kenapa hendak buat booklet pendedahan ? Saya ingatkan semua dengan terbaru berkenaan aduan rasuah seks dalam pejabat Menteri Besar Selangor yang didedahkan oleh YB Rafizi Ramli. Apa kesudahanya ? Adakah Rafizi membuat aduan kosong atau aduan disapu dibawah karpet ?
Melihat isu #skandalAzmin68054 yang melibatkan kapitalis besar negara maka sudah tentu ‘payung kembang’ bakal melindungi, maka pilihan yang saya ada dan itulah latihan demokrasi gerakan reformasi rakyat perlu diberi maklumat penuh dan biar rakyat menghakimi, Rakyat Hakim Negara.
c. Adakah Azmin telus dan berani ? Jawapan saya TIDAK. Lihat sahaja apabila Abd. Razak Ismail membuat aduan kepada Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan Selangor (SELCAT), tiba – tiba muncul salah seorang anggota SELCAT mengeluarkan kenyataan SELCAT tidak peduli pengadu tidak bekredibiliti. ADUN PKR tersebut sanggup menyerang terbuka Pegawai Khas Exco DAP Selangor hanya untuk menjilat Azmin dan nampaknya penjilat Azmin sedang bersungguh – sungguh berusaha menggagalkan SELCAT membincangkan secara terperinci aduan kaitan isu #skandalAzmin68054. Jadi ada bezanya SELCAT dengan PAC?
5. Diumumkan SAMM dan sekutu yang membentuk pasukan khas isu #skandalAzmin68054 akan membuat laporan rasmi SPRM pada 26 Ogos 2016 (Jumaat), 3.00 petang di SPRM Putrajaya. Sebelum masuk membuat laporan kami juga akan melancarkan booklet isu #skandalAzmin68054 yang akan mengandungi 85% dokumen – dokumen bukti berkaitan, fakta dan kronologi. Booklet ini akan disasarkan kepada pegawai – pegawai kerajaan, kepimpinan PH khususnya PKR dan rakyat Selangor. Semua dijemput hadir bersama dihadapan Ibu Pejabat SPRM untuk sama menjadi yang terawal memilikinya.
che’GuBard
Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM)


#skandalAzmin6809 kartel makin panik




24 jam menjelang #skandalAzmin68054 ke SPRM nampaknya kartel makin panik.... penuh negeri Selangor dengan banner bagi tujuan membunuh karektor

Saturday, August 20, 2016

Apa kesudahan laporan Rasuah Seks Pejabat MB Selangor ?

Coretan hujung minggu
20 Ogos 2016
Ada sesiapa boleh bantu untuk terangkan apa sudah jadi dengan laporan isu rasuah seks di Pejabat MB Selangor yang dibuat oleh Rafizi ke SPRM ?
Adakah Rafizi membuat aduan kosong atau laporan dibakul sampahkan kerana dilindungi ?
Ini ialah jawapan kenapa kali ini kita sedia dengan booklet #skandalAzmin68054 yg akan dilancarkan depan SPRM kerana rakyat perlu tahu dan menjadi hakim terhadap apa yg berlaku berdasarkan fakta dan bukti ... kes kali ini kita sendiri gusar bila libatkan kapitalis besar kebiasaanya sudah tentu  payungnya kembang besar juga.
Jumpa 26 Ogos 3ptg di SPRM Putrajaya.
che'GuBard

Thursday, August 18, 2016

Anak Daim muflis, anak Mahathir bakal didakwa ?

The Straits Time, Singapore melaporkan mengenai anak kepala konspirator 1998 yang diistiharkan muflis.
Son of Malaysian ex-minister made bankrupt
The son of Malaysia's former finance minister Daim Zainuddin was made a bankrupt last week over some $1.65 million in debts that he owed to Maybank Kim Eng Securities.
Mr Md Wira Dani Abdul Daim has stepped down as non-independent and non-executive director of LionGold Corp, said a statement filed with the Singapore Exchange, indicating that he intends to settle personal affairs following the court bankruptcy order, which he intends to resolve within the next 30 days.
Mr Wira, 37, has also ceased to be ISR Capital executive chairman since Monday. Public-listed ISR is an investment and investment advisory firm focused on the natural resources space, according to its website.
Maybank secured a High Court judgment against Mr Wira in March to reclaim a debt of $2.459 million that he owed. This is said to have been borrowed by him to buy LionGold shares on a leveraged account.
Shares in LionGold as well as Blumont Group and Asiasons Capital plunged in October 2013, slashing some $6.9 billion of their market value in three days, according to media reports. It led to an official probe on suspected irregularities, and lawsuits were filed by various parties, though the three companies said they were unaware of the reasons for the plunge.
LionGold, dealing in gold mining resources, had a $26.9 million market value as of June last year, compared with $1.59 billion at its peak in August 2013.
Mr Wira had agreed to pay the bank via instalments but, by August 2014, had repaid only $100,000.
Maybank in April accepted the offer from Mr Wira's lawyer Woo Tchi Chu to settle the debt, with $1 million to be paid in two tranches within the month and the rest by end-June.
Maybank's Allen & Gledhill lawyer Vincent Leow had made clear that bankruptcy was an option in the event of a default by Mr Wira. In the event, Maybank received only about $835,950, leaving a shortfall of $1,650,642 and triggering the bankruptcy move.
Mr Wira is said to have property in Singapore, according to court documents filed.
Maybank refused to comment when contacted last night, citing client confidentiality.

 Nampaknya makin menarik anak Daim diistihar muflis dan anak Mahathir pula sedang bergelut mengelak pendakwaan 'insider trading' yang boleh membawa hukuman 10 tahun penjara klik http://chegubard.blogspot.my/2016/08/anak-mahathir-bakal-didakwa-kerana.html

Patut lah marah benar geng - geng ini , ketika sedang menyedut harta negara tersenyum bersama bila rasa harta tak agih sama seret rakyat kononya perjuang hak negara.... piiii rahhhh !!!!

26 Ogos 'persembah' bukti pada rakyat dan fail laporan SPRM #skandalAzmin68054

Catatan Umum

18 Ogos 2016

Semalam isu berkaitan #skandalAzmin68054 panas sedikit kembali apabila seorang Pegawai Khas (P.A) kepada salah seorang exco Kerajaan Negeri Selangor , Abdul Razak Ismail melalui laman sosialnya menyatakan kesedian untuk mengangkat kes berkaitan isu Paya Indah Wetlands ke SELCAT atau SPRM dalam masa terdekat. Beliau juga menyatakan kesediaan hilang jawatan beliau kerana tindakan tersebut.


Terkejut tetapi che'GuBard menyambut baik kesediaan beliau serta menghargai keberanian beliau tampil. Seperti mana yang diperkatakan dari awal sejak Mac 2016 pasukan yang dibentuk menemui perbagai pihak termasuk pegawai kerajaan. Malah juga pihak kami turut menemui dua orang ADUN bagi saling bertukar maklumat dalam perkara ini. 

Kami juga menyambut cabaran bagi kami ke SPRM. Seperti dimaklumkan sebelum ini, kami pasti akan ke SPRM malah sedangmerangka beberapa tindakan berasaskan undang- undang berkenaan berkara ini cuma perlu menyusun semua fakta, dokumen bukti, saksi dan seumpamanya. Keyakinan Menteri besar dan kuncunya mungkin berasaskan kerana ia akan dilindungi kerana ia melibatkan kapitalis besar yang mesra regim. Keyakinan ini mungkin berasas kerana apabila kitamula memasuki fasa pendedahan libat GAMUDA maka media perdana sendiri mengecilkan malah mula tidak melaporkan kes ini seperti sebelumnya.

Bersedia dengan itu kami pasukan kempen #skandalAzmin68054 mencetak booklet yang mengandungi semua dokumen bukti, fakta kes dan kronologi bagi 'dipersembahkan' kepada mahkamah rakyat, biar rakyat menjadi hakim.

Kita tidak mahu seperti laporan Rafizi Ramli berkaitan 'rasuah seks di Pejabat Menteri Besar Selangor' yang disapu dibawah permaidani tanpa rakyat boleh menghakimi butiranya.

Booklet #skandalAzmin68054 akan dilancarkan serentak dengan usaha membuat laporan rasmi ke SPRM seperti maklumat dibawah : 

Semua dijemput
Laporan SPRM ‪#‎skandalAzmin68054‬
26 Ogos 2016 (Jumaat), 3ptg
SPRM Putrajaya

Sebelum masuk failkan laporan rasmi SPRM, SAMM akan melancarkan booklet yg mengandungi hampir semua bukti, dokumen, fakta dan kronologi #skandalAzmin68054 (termasuk yg belum pernah didedahkan) di hadapan SPRM.
Pengamal media juga dijemput untuk membuat liputan.

muka depan dan belakang (kulit) booklet
" ....yang kita lawan ialah sistem yang menyebelahi kapitalis dan menindas rakyat. Musih kita ialah ahli politik yang diperkuda pemodal besar..."

cacatan ; che'GuBard, SAMM

Klik juga jemput baca http://chegubard.blogspot.my/2016/08/bukti-korupsi-ditemui-7-hari-diberi.html?m=1

KEMUSNAHAN HUTAN KEDAH MENJEJASKAN SUMBER AIR

Kenyataan Akhbar
17hb Ogos 2016
KEMUSNAHAN HUTAN MENJEJASKAN SUMBER AIR
Sahabat Alam Malaysia (SAM) menggesa kerajaan Kedah menghentikan segera aktiviti pemusnahan hutan dan penebangan balak bagi memelihara sumber asli ini dan menjamin sumber bekalan air yang mencukupi.
Laporan Tahunan Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia 2015 menyatakan bahawa kawasan tanah berhutan di negeri Kedah adalah 342,431 hektar iaitu 36.33% daripada keluasan tanah negeri Kedah. Ini menunjukkan liputan hutan di negeri Kedah adalah pada tahap yang membimbangkan dan kalau tidak dibendung penerokaannya, akan membawa kepada keadaan yang lebih genting.
Pengarah Jabatan Perhutanan dalam suatu kenyataan akhbar pada Februari 2016 menyatakan bahawa lebih 2,000 hektar kawasan hutan simpan Kedah telah diteroka secara haram untuk dijadikan kawasan pertanian baharu.
Selain daripada mengurangkan jumlah kawasan hutan yang mengancam kepelbagaian biologi dan hidupan liar, penebangan hutan turut memberi kesan kepada sumber air serta menyumbang kepada hakisan tanah, pemendapan, kerosakan cerun dan tanah runtuh.
SAM kesal walau pun krisis air di negeri ini begitu meruncing pada ketika ini namun hingga sekarang tidak ada langkah-langkah dan perancangan berkesan yang dibuat oleh pihak kerajaan bagi menangani isu tersebut.
Selain mengancam alam sekitar dan berlaku banjir kilat di beberapa daerah di negeri ini, kegiatan pembalakan dan pembersihan tanah itu juga telah menjejaskan kehidupan ribuan pengguna air termasuk para pesawah yang mengusahakan tanaman padi.
Sejak beberapa tahun kebelakangan kejadian banjir kilat kerap berlaku dan melanda kampung-kampung yang berhampiran kawasan pembalakan menyebabkan penduduk-penduduk yang terlibat mengalami kerugian besar akibat kemusnahan harta benda dan kawasan pertanian.
Dalam tinjauan yang dibuat SAM mendapati aktiviti pemusnahan hutan untuk perladangan dan pembalakan menyebabkan kawasan tadahan air terjejas dan sumber bekalan air masyarakat dicemari lumpur. Penduduk di Kampung Ulu Mahang di daerah Kulim dan Kampung Teluk Teduri di Daerah Baling bimbang bahawa bekalan air masyarakat sumber dari hutan simpanan berdekatan kampung mereka akan terjejas akibat pemusnahan hutan di sini.
Tinjauan SAM juga mendapati bahawa bukit-bukit yang diteroka terbiar begitu lama menyebabkan berlaku hakisan tanah ketika hujan sehingga menjejaskan sistem saliran dan sungai-sungai di negeri ini menjadi cetek akibat mendapan.
Enam daerah paling teruk mengalami kesan buruk akibat pemusnahan hutan dan kegiatan pembalakan di Kedah ialah Kulim, Baling, Sik, Langkawi, Padang Terap dan Kubang Pasu. Paras air di Empangan Pedu susut mendadak sejak musim kemarau yang lalu. Keadaan ini kalau berterusan adalah amat membimbangkan kerana ia boleh menjejaskan hasil padi dan sumber pendapatan pesawah MADA.
Di samping menggesa supaya kegiatan pemusnahan hutan dan aktiviti pembalakan dihentikan segera, SAM turut membantah sebarang projek baru yang dirancang termasuk pembinaan Empangan Naok di Pendang serta projek perladangan dan perlombongan di kawasan Hutan Simpan Gunung Inas di daerah Kulim.
Projek-projek tersebut bukan saja boleh memusnahkan alam sekitar dan kawasan tadahan air tetapi juga menjejaskan kawasan pertanian dan sumber pendapatan penduduk di tiga buah negeri iaitu Kedah, Perlis dan Pulau Pinang.
Pembinaan empangan baharu bukan jalan penyelesaian masalah air yang berlaku di negeri ini. Alam semulajadi dan sumber-sumbernya perlu dipulih, dipelihara dan dikekalkan untuk generasi akan datang.
S.M. MOHAMED IDRIS
Presiden

Beranikah Pakatan Harapan menyambut cabaran Ambiga ?

Catatan Umum

18 Ogos 2016

1. che'GuBard menyambut baik cabaran Ambiga yang disiarkan sebuah media portal semalam iaitu Pakatan Harapan (PH) harus namakan calon PM , TPM. klik sini untuk baca lanjut

2. Demi mengolak keyakinan rakyat dan menyusun gerakan dengan lebih baik PH harus berani menyatakan siapa calon PM, TPM jika berjaya menumbangkan Barisan Nasional. Ini juga bagi menyerlahkan kesediaan dan kesepakatan PH, ia penting bagi meningkatkan keyakinan rakyat. Ia isu pokok yang harus diselesaikan awal.

3. Selain itu PH harus segera tampil mengusahakan dengan serius berkenaan PH dengan satu logo, PH juga harus turun ke massa rakyat dengan program PH yang tersusun bukan lagi program parti masing - masing. Harapan rakyat terhadap Bn makin menghakis tetapi cabaran utama PH sekarang ialah adakah rakyat berjaya diyakini dengan PH yang kuat dan tersusun sedia memerintah negara.

catatan oleh ; che'GuBard, SAMM


Wednesday, August 17, 2016

#skandalAzmin68054 akan ke SPRM

cover depan dan belakang booklet 20 m/s yang mengandungi semua
berkenaan #skandalAzmin68054 akan dilancarkan depan SPRM minggu hadapan.

Monday, August 15, 2016

Bukti korupsi ditemui : 7 hari diberi atau akan mula desakan meletakkan jawatan

Kenyataan Umum
15 Ogos 2016

SALAH SEORANG PROKSI AZMIN DALAM PEMAJU DITEMUI

1.       Seperti dijanjikan 14 Ogos seharian pasukan yang terbentuk sejak Mac 2016 apabila kita mendapat maklumat awal berkenaan isu pertukaran status Paya Indah Wetland. Alhamdulillah kita mula menemui apa yang kami cari, ternyata kami sudah mula menemui proksi yang merupakan seorang yang sangat rapat dengan YAB Datuk Seri AzminAli di ambil dan ditempatkan dalam syarikat pemaju. Watak ini dikesan melalui beberapa dokumen yang dihantar termasuk ke penjawat awam dengan terakam kedudukan beliau yang menggambarkan hubungan beliau dengan Menteri Besar.

2.       7 hari diberikan kepada Azmin Ali bagi meminta maaf kepada semua rakyat, ahli PKR, ahli komponen Pakatan Harapan khususnya rakyat Selangor atas kesalahan yang dilakukan. Dia juga perlu menukar semula status tanah tersebut. Jika gagal selepas itu akan didedahkan semua hasil siasatan, proses tindakan berdasarkan perundakan akan dimulakan juga desakan selepas itu cuma satu dia harus meletakkan jawatan.

3.       Pendedahan ini bukan pendedahan kosong sejak dari awal Berjaya mematahkan hujah dengan bukti rasmi milik kerajaan negeri berikut ialah kronologinya :

Mac 2016 : pasukan khas dibentuk bagi meneliti maklumat bahawa ada yang tidak kena dengan pertukaran status tanah lot 68054, Mukim Tanjong Dua Belas, Kuala Langat.

April , Mei & Jun 2016 : Dokumen – dokumen rasmi diperolehi dari banyak pertemuan termasuk dengan pegawai – pegawai kerajaan cukup menyakinkan ada sesuatu yang tidak kena.

26 Julai 2016       : Kenyataan pertama dengan tajuk “PERTUKARAN STATUS TANAH LOT 68054, 619 HEKTAR MUKIM TANJONG 12 KUALA LANGAT JEJAS KAWASAN HUTAN WARISAN DUNIA” dengan desakan tukar kembali status tanah tersebut.

26 Julai 2016       : Exco Kerajaan negeri YB Elizabeth Wong, dalam kenyataan yang dikeluarkan freemalaysiatoday.com dan sehari kemudian berita sama disiarkan oleh Selangorkini, memanggil saya pemberontak PKR dan menafikan wujud sebarang pertukaran status tanah mahupun perlengkungan semula di kawasan tersebut. Penafian beliau merujuk kenyataan media pertama saya dengan tajuk “PERTUKARAN STATUS TANAH LOT 68054, 619 HEKTAR MUKIM TANJONG 12 KUALA LANGAT JEJAS KAWASAN HUTAN WARISAN DUNIA”

27 Julai 2016 : saya mengeluarkan kenyataan menyatakan penafian Elizabeth Wong merupakan penafian palsu , saya memberikan Elizabeth Wong sehingga Isnin (1 Ogos) untuk menunjukkan bukti penafiannya terhadap kenyataan media saya 26 Julai itu salah atau saya munculkan bukti dan dia harus letak jawatan.

2 Ogos 2016  : Mungkin eli tidak tahu apa hendak diperjelaskan maka dia telah senyap sehingga Isnin (1 Ogos) maka 2 Ogos saya telah muncul dengan Dokumen Rasmi Kerajaan Negeri yang mengesahkan tanah lot 68504 itu telah ditukar status dan saya bawa juga petikan minit mesyuarat Kerajaan negeri Selangor (Febuari 2014) yang ketika itu dipengerusikan oleh Tan Sri Khalid Ibrahim dengan jelas menolak permohonan pertukaran status tanah Lot 68054 dengan alas at dalam minit tersebut kerana lot tersebut terletak di dalam kawasan Paya Indah Wetland. Telah didedahkan juga dokumen yang bocor dari pejabat Exco yang menyatakan proses perlengkungan (re zone) bukan sahaja libatkan kawasan sekitar Paya Indah Wetland tetapu Hutan Simpan Kuala Langat Utara turut terlibat

2 Ogos 2016 : Menteri Besar dilaporkan media lari dari wartawan bila ditanya soalan berkenaan pendedahan tersebut dan menyerahkan kepada Exco untuk menjawab. Inilah sejarah kali pertama Azmin lari dari bertemu wartawan. Mungkin ketika peringkat awal Elizabeth Wong menafikan berlaku perubahan status sambil menyelar saya pemberontak dia tak menyangka saya telah bersedia dan punya dokumen rasmi. Panik dengan itu dia telah memanggil sidang media dengan menyebut lot tanah yang lain kononya masih tidak ditukar. Bila ditanya wartawan mengenai lot 68054 dia tidak menjawab kerana katanya tidak relevan.

9 Ogos 2016 : telah diadakan sidang media dengan mendedahkan peranan sebuah kapitalis besar yang tersenarai di BSKL, GAMUDA disebalik #skandalAzmin68054. GAMUDA telah membeli tanah tersebut dengan mengambil alih Salak Land Development Sdn Bhd dari tauke cina pemilik asal.

Investor Central yang berpusat di Singapura telah membuat "‪#‎survey" berhubung pembelian tanah Salak Land berharga RM784.3 juta oleh GAMUDA. Antara yang dibangkitkan ialah adakah berbaloi dan sepadan dengan nilai? soalan paling panas ialah "Apakah akan berlaku jika Gamuda tidak mendapat kebenaran untuk menukar status tanah pertanian kepada pembangunan bercampur? Apakah yang membuat GAMUDA berani membeli tanah yang 22 tahun gagal ditukar status malah baru saja 6 bulan sebelum itu ditolak untuk pertukaran status ? Mungkin strategi khusus sudah diatur ? Ini semua sangat pelik.

Dalam kenyataan bertarikh 9 Ogos 2016 dengan tajuk LOBI KORPORAT DI BELAKANG PERTUKARAN STATUS LOT 68054 ? SIAPA PROKSI DAN BERAPA NILAI BERTUKAR TANGAN ? saya sudah bangkitkan mengenai peranan GAMUDA di Selangor dan usaha mencari proksi.

10 Ogos 2016 : Apabila mula terkait kapitalis besar maka media telah mengecilkan liputan. Maka diumumkan satu hash tag #skandalAzmin68054 bagi memudahkan sebaran dan carian maklumat berkaitan kes ini. Diumumkan juga aka nada rapat khusus bagi mengumpulkan semua yang terlibat pasukan yang dibentuk bagi merumuskan dan meneliti beberapa penemuan baru.

14 Ogos 2016 : Setelah rapat selama 7 jam akhirnya ditemui beberapa dokumen yang mana dikenal pasti wujud seorang yang sangat rapat dengan Azmin Ali diberikan kedudukan dalam projek lot 68054.


Kesalahan jelas berlaku :

1.       Wujud dokumen yang dihantar kepada penjawat awam oleh ‘proksi’ ini dengan tercatat hubungan beliau dengan Menteri Besar.
2.       Maka inilah mungkin menjelaskan tindakan kenapa pegawai – pegawai kerajaan yang sama menolak pertukaran status sebelum ini tetapi tiba – tiba mengubah pendirian.
3.       Mesyuarat terakhir menukar status tersebut dipengerusikan oleh Azmin yang yakin secara sedar tahu kewujudan ‘proksi’ dalam pemaju.

Maka diulang dengan tegas, 7 hari diberikan kepada Azmin Ali bagi meminta maaf kepada semua rakyat, ahli PKR, ahli komponen Pakatan Harapan khususnya rakyat Selangor atas kesalahan yang dilakukan. Dia juga perlu menukar semula status tanah tersebut. Jika gagal selepas itu akan didedahkan semua hasil siasatan, proses tindakan berdasarkan perundakan akan dimulakan juga desakan selepas itu cuma satu dia harus meletakkan jawatan. 

che’GuBard
Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM)

Untuk rujukan :

1.       Kenyataan Media pertama (26 Julai ) dengan tajuk PERTUKARAN STATUS TANAH LOT 68054, 619 HEKTAR MUKIM TANJONG 12 KUALA LANGAT JEJAS KAWASAN HUTAN WARISAN DUNIA link http://chegubard.blogspot.my/2016/07/pertukaran-status-tanah-lot-68054-619.html
2.       Kenyataan Media (27 Julai ) Kerajaan negeri menipu dalam penafiannya link http://chegubard.blogspot.my/2016/07/kerajaan-negeri-menipu-dalam-penafiannya.html
3.       Penafian palsu Exco diberi sehingga Isnin link http://chegubard.blogspot.my/2016/07/penafian-palsu-exco-dibri-sehingga-isnin.html
4.       Pengaruh Korporat besar disebalik pertukaran status 68054 ? link http://chegubard.blogspot.my/2016/08/pengaruh-korporat-besar-disebalik.html
5.       Sah tanah 68054 Mukim Tanjong Dua Belas, Kuala Langat terletak dalam kawasan Paya Indah Wetland linkhttp://chegubard.blogspot.my/2016/08/sah-tanah-68054-mukim-tanjong-dua-belas.html
6.       Kenyataan Media 2 Ogos : Bukti penafian palsu kerajaan negeri klik http://chegubard.blogspot.my/2016/08/bukti-penafian-palsu-kerajaan-negeri.html
7.       Kenyataan Media tidak bertarikh Exco hari ini , hanya penipuan menutup penipuan link http://chegubard.blogspot.my/2016/08/kenyataan-media-tidak-bertarikh-exco.html
8.       Kenyataan Media ( 9 Ogos) LOBI KORPORAT DI BELAKANG PERTUKARAN STATUS LOT 68054 ? SIAPA PROKSI DAN BERAPA NILAI BERTUKAR TANGAN ? link http://chegubard.blogspot.my/2016/08/lobi-korporat-di-belakang-pertukaran.html
9.       Kenyataan umum (11 Ogos) #skandalAzmin68054 Bila mula menyentuh korporat besar liputan media perdana mula terhad , proksi yang dijejaki mula ditemui link http://chegubard.blogspot.my/2016/08/skandalazmin68054-bila-mula-menyentuh.html

** semua kenyataan Kerajaan Negeri telah dipatahkan dengan bukti dokumen rasmi kerajaan negeri, sila baca dan klik semua link di atas untuk melihat perbagai dokumen yang dikongsi.

Saturday, August 13, 2016

Memahami apa yang berlaku dalam isu Anwar dipecat kerana halang bail out anak Mahathir

“‘Pada tahun 1998, Anwar ada menyebut kepada umum bagaimana beliau telah membangkitkan kemarahan Dr Mahathir apabila beliau enggan meluluskan RM2 bilion duit pembayar cukai untuk melakukan ‘bail out’ syarikat milik anak Perdana Menteri itu. Malah, kemudian Dr Mahathir sendiri yang mengesahkan perkara ini apabila beliau berkata anaknya meminta RM2 bilion tetapi Anwar hanya bersetuju untuk meluluskan RM1 bilion. Maka anak beliau rugi ‘RM1 bilion’ dan Dr Mahathir marah. 
Tetapi kemudian Petronas telah mencatatkan keuntungan yang sangat besar terhadap ‘kerugian’ RM1 bilion anaknya, tambah Dr Mahathir.”
Saya tak pasti sama ada benar beliau telah meminta RM2 bilion tetapi hanya diberikan RM1 bilion oleh Anwar yang merupakan Menteri Kewangan ketika itu, tetapi saya berpendapat yang syarikat tersebut telalu strategik untuk tidak di ‘bail out’ kerana ia merupakan pembekal perkhidmatan logistik yang penting dan mempunyai pegangan pasaran kedua terbesar.
Apabila mengkaji lebih dalam mengenai perkara ini, saya tak fikir ‘bail out’ merupakan isu pokok, tetapi apa yang berlaku sebelum ‘bail out’ itu lebih menarik. Ini ceritanya:
Pada tahun 1992 pada usia 32 tahun, Mirzan Mahathir telah memperolehi 60% saham di dalam Konsortium Perkapalan Berhad (KPB), yang ketika itu adalah syarikat pengangkut kontena bersaiz sederhana.
Tahun-tahun berikutnya, pegangan beliau di dalam syarikat tersebut telah mencapai 72%.
Dalam tempoh 3 tahun pada tahun 1995, Mirzan kemudiannya membeli syarikat perkapalan yang sangat menguntungkan Perbadanan Nasional Shipping Line (PNSL Bhd) dengan mengambil alih saham dari pemegang saham terbesar syarikat pegangan kerajaan PERNAS (sekarang dipanggil PNS) dan pemegang saham kedua besar Malaysia Helicopter Service (yang dimiliki oleh proksi UMNO Tajuddin Ramli – orang yang sama yang membeli MAS).
Harga yang dibayar beliau pada tahun 1995 itu adalah RM247 juta – yang dikatakan di bawah harga pasaran.
Kemudiannya, Mirzan dikatakan telah membeli 20% pegangan di dalam Diperdana Bhd iaitu syarikat pengangkutan kontena (menggunakan lori) ketiga terbesar di Malaysia dari Danny Tan (adik Vincent Tan) melalui PSM Trading Sdn. Bhd yang kurang dikenali.
Beliau kemudiannya menyenaraikan KPB pada awal tahun 1996 dan harga saham melonjak naik apabila khabar angin tersebar mengatakan beliau akan membeli MISC dan mendapat hak penswastaan West Port. Nilai Mirzan ketika itu dianggarkan RM1.78 bilion.
Urusniaga berikutnya yang telah menyebabkan beliau terjerumus dengan masalah.
Beberapa bulan selepas penyenaraian, KPM membeli Pasific Basin Shipping Bulk Ltd yang berpangkalan di Hong Kong pada harga USD240 juta dan juga mengambil-alih hutang Pacific bernilai USD224 juta. Ketika itu USD1 bersamaan dengan RM2.50.
Perjanjian ini dibiayai oleh pemiutang luar negara di dalam matawang asing.
Apabila Krisis Matawang Asian melanda pada tahun 1997, USD1 melonjak dengan sangat tinggi pada kadar USD1=RM4.88. Dan hutang asing yang diambil oleh KPB untuk membeli Pacific membesar dengan mendadak. RM1.1 bilion menjadi RM2 bilion.
Ekonomi Malaysia jatuh dengan teruk, kadar faedah bank melambung tinggi. Ini bermakna syarikat tersebut mengalami kesukaran untuk memenuhi komitmen hutangnya dan perlu di ‘bail out’ atau akan menghadapi risiko bangkrap.
Kemudian pada Mac 1998, Petronas, melalui MISC telah membeli Pacific Basin pada harga USD55 juta (yang dibeli oleh KPB dengan harga USD240 juta setahun setengah sebelum itu).
Penganalisa menyifatkan harga Pacific Basin itu rendah tetapi ianya adil dengan mengambil kira kesukaran yang akan dialami oleh syarikat itu berikutan dari krisis ekonomi yang melanda Asia.
Bahagian seterusnya perjanjian ini yang bagi saya sangat bermasalah.
Petronas, melalui MISC, membeli semula PNSL Bhd. pada harga USD165 juta.
Harga beliannya adalah dalam matawang dolar, dan bukan ringgit walaupun syarikat itu adalah syarikat tempatan dan kedua-dua penjual dan pembeli adalah warga tempatan – yang bermakna ianya jelas jumlah ini digunakan untuk melangsaikan hutang dolar luar negara yang diambil untuk membeli Pacific Basin.
Berdasarkan kadar tukaran dari RM4.00-RM4.83, ini bermakna Petronas telah membeli PNSL pada harga RM710 juta – sebuah syarikat yang dibeli Mirzan tiga tahun sebelumnya pada harga RM257 juta – yang memberikan keuntungan tunai RM500 juta dalam masa 3 tahun (ini berlaku hampir 20 tahun lepas – hari ini, pada harga hari ini, keuntungan tersebut dengan mudah boleh mencecah lebih RM1 bilion).
Penganalisa berkata harga belian PNSL itu adil kerana syarikat itu mempunyai kontrak harga tetap dengan pelbagai agensi kerajaan.
Memandangkan status terdahulu PNSL sebagai syarikat milik kerajaan pada ketika itu, ianya mempunyai kontrak tetap mengangkut arang batu untuk TNB, simen untuk Kedah Cement, keluli untuk Perwaja Steel, LNG untuk Petronas dan beras untuk BERNAS.
Malah dalam situasi ekonomi paling teruk pada tahun 1998 sekalipun, PNSL masih dinilai pada harga 3 kali ganda lebih tinggi berbanding ketika ianya dibeli oleh Mirzan 3 tahun sebelumnya – yang jelas menujukkan yang PNSL dibeli Mirzan pada harga di bawah harga pasaran dari PERNAS milik kerajaan.
Dalam era media sosial sekarang, urusniaga teruk seperti ini pasti tidak akan berlaku. Bayangkan jika Riza Aziz mengambil alih MISC dari kerajaan hari ini pada 1/3 dari harga sebenar dan menjualnya kembali kepada kerajaan dengan harga 3 kali ganda?
Walaupun ianya bukan rasuah, jelas terdapat elemen penyalahgunaan kuasa.
Selain dari KPB, pada tahun-tahun tersebut Mirzan jugak mengawal beberapa lagi syarikat senaraian awam seperti Pelikan Bhd dan Dataprep-Solsis dan mempunyai pegangan saham yang tinggi di dalam syarikat seperti Artwright Holdings, Chocolate Products – tetapi itu cerita lain untuk kemudian hari.

Anak Mahathir bakal didakwa kerana kesalahan Insider Trading ?

Catatan Umum

13 Ogos 2016

Apa dia Insider Trading ?

Insider Trading: Jualan atau belian sesuatu kaunter saham dilakukan oleh individu yang memiliki maklumatnon-public material yang memberi kesan kepada harga sesuatu kaunter saham sekiranya maklumat tersebut diketahui umum
 
Aktiviti insider trading sebenarnya merupakan suatu kesalahan di USA dan juga di Malaysia. Di bawah seksyen 188 (Capital Markets and Services Act 2007), sekiranya disabitkan kesalahan, pelaku boleh dikenakan hukuman penjara tidak melebihi 10 tahun dan denda tidak kurang daripada RM1 juta.
 
Sebagai contoh, syarikat A bakal dianugerahkan kontrak berjumlah RM100 juta pada 17 Mac 2015. Individu X yang memiliki maklumat mengenari perkara tersebut (mungkin yang menguruskan tender) membeli saham syarikat A pada pagi 17 Mac 2015 sebelum berita diumumkan. Apabila berita mengenai kontrak tersebut diumumkan pada 18 Mac 2015 misalnya, saham tersebut naik 20% dan individu X menjual saham yang dibeli lebih awal tadi dengan keuntungan 20%.

Rakan Kongsi Mokhzani Mahathir didakwa Insider Trading

Pada 29 Julai 2016 lalu, rakan kongsi Mokhzani Mahathir dalam Kencana Petroleum, Yeow Kheng Chew telah didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas kesalahan 'insider trading' sejumlah saham Kencana sekitar tahun 2011. Bekas Pengarah, Yeow Kheng Chew, 64, mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan memperoleh 1.159 juta unit saham Kenchana Petroleum melalui akaun sistem depositori pusat Paulene Chee pada sekitar 8 Julai 2011.

Maka Yeow Keng Chew tidak didakwa seorang tetapi turut didakwa ialah Paulene Chee selain Tan Yee Chee yang merupakan rakan remiser beliau. Dalam kesalahan Insider Trading ini semua yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung tidak akan terlepas.

Mokhzani keluar dari Kencana Group pada tahun 2015 tapi masih mengekalkan sejumlah saham yang besar dalam syarikat tersebut. Persoalan sangat penting berdasarkan kedudukan Mokhzani ketika itu kemungkinan dia terlibat itu sangat tinggi. Jika dirujuk artikal What’s Mokhzani up to at Yinson? klik http://cms-m.kinibiz.com/story/tigertalk/27933/what%E2%80%99s-mokhzani-up-to-at-yinson.html keyakinan terhadap penglibatan Mokhzani ada asasnya.

Ramai mungkin tak perasan  bahawa ini adalah kali kedua nama Mahathir dikaitkan dengan Insider Trading. 

Sebelum ini seorang bekas pengarah, Repco Low turut dijatuhkan hukuman penjara 5 tahun kerana kesalahan yang sama.  Kesnya, Repco Low dikatakan kerana diarahkan membeli sahamnya sendiri oleh Mahathir dalam usaha menangani kesan krisis ekonomi 1997.

1998 antara alasan pemecatan Anwar Ibrahim kerana keengganan Anwar menggunakan 'wang rakyat' bagi bail out anak Mahathir namun kini sekali lagi nak Mahathir berdepan keadaan getir cuma menariknya adakah Najib cukup jantan bagi memberikan ruang kepada Peguam Negara mendakwa anak Mahathir atau Mahathir akan menggunakan gerakan politiknya sebagai 'bargain' untuk menyelamatkan anaknya.

Catatan che'GuBard, SAMM

Friday, August 12, 2016

SAMM menyokong himpunan #tangkapMO1



Sekumpulan teman Mahasiswa dan anak muda baru ini mengumumkan akan mengadakan himpunan pada 27 Ogos ini dengan tema #tangkapMO1 dan SAMM dengan ini menyatakan sokongan terhadap himpunan tersebut dan mengajak seluruh rakyat untuk sama berhimpun sama.

Isu MO1 ini bukan sahaja memberikan kesan terhadap imej negara tetapi ekonomi dan kos hidup rakyat itu sendiri, maka seajarnya usaha teman - teman Mahasiswa dan anak muda disambut sederap dan kerajaan harus menyatakan siapa MO1 itu dan tindakan berdasarkan keluhuran undang - undang harus diambil jika tidak jangan salahkan rakyat terus mengadakan bantahan dan perbagai usaha lain.

SAMM juga merakamkan syabas dan penghargaan pada teman anak muda mahasiswa yang berani tampil sebagai penganjur. Negara memerlukan anak muda seperti kalian yang tegas mempertahankan kepentingan negara dan integriti dan sebegitulah seharusnya perjuangan melawan korupsi dan penindasan ini tidak mengira siapa.