Thursday, April 05, 2018

Ketua Bahagian Umno sahkan PDRM dan SPRM boleh digunakan untuk tujuan politik

Kenyataan Umum
 5 April 2018


Ketua Bahagian Umno sahkan PDRM dan SPRM boleh digunakan untuk tujuan politik

Beberapa hari lepas heboh di media mengenai seorang berpangkat Datuk ditahan di pusat hiburan mewah dan hasil ujian saringan positif dadah 'syabu'. Ketika melaporkan media memetik pengesahan oleh sumber rasmi SPRM dan PDRM yang mana dua agensi ini terlibat dalam operasi 2 pagi, Isnin 2 April 2018.

3 April 2018 pula Rizalman Mokhtar (Datuk) yang merupakan Ketua Umno Bahagian Bandar Tun Razak telah memanggil sidang media dengan mengakui dialah Datuk dan Ketua Bahagian yang tersebar di media ditahan di pusat hiburan mewah dan positif dadah.

Dalam sidang medianya dia menyatakan dia dianiaya kerana serbuan hanya dibuat disatu bilik yang dia sewa untuk berhibur dengan kawan - kawanya. Untuk pengetahuan dia ditahan di pusat hiburan mewah iaitu Vegas ( http://www.clubdevegas.com.my/clubdevegas.html ) yang menyediakan lebih 30 bilik hiburan mewah untuk VIP. Berdasarkan carian bagi perbelanjaan 4-5 orang untuk berhibur ke tempat itu sekurang kurangnya RM5,000 pasti dibelanjakan. Malah kebiasaanya RM10,000 - RM20,000 pasti dihabiskan bagi setiap kunjungan. Kelab mewah ini hampir tidak punya rekod diserbu pihak penguatkuasa.

Rizalman dengan tegas menyatakan dia tidak mengambil dadah, dia dengan tegas menyatakan dia hanya meminum kopi sahaja, dia dengan tegas menyatakan apa yang dihadapinya ialah 'sabotaj' kerana kedudukan dan pendirian politik beliau. Malah dalam rakaman sidang medianya dengan jelas dia tidak menafikan pertanyaan wartawan apabila ditanya adakah dia disabotaj ini ada kena mengena dengan perebutan kerusi MCA dan Umno yang melibatkan Bandar Tun Razak dan Wangsa Maju. Kenyataan Rizalman dalam sidang media tersebut menyatakan SPRM dan PDRM hanya menyerbu bilik dia dan langsung tidak 'menjengok bilik mewah lain' dan terus membuat saringan air kencing kemudian dengan pantas membawanya ke IPD Dang Wangi boleh disifatkan sebagai dia cuba menyatakan bahawa SPRM dan PDRM merupajan agensi yang terlibat diperkudakan sebagai alat mensabotaj dia.

Ini satu tuduhan serius yang harus diambil perhatian dan tindakan serius. Satu siasatan bebas harus dibuat termasuk perlunya satu Suruhanjaya Di Raja bagi menyiasat kenyataan Rizalman. Apa yang berlaku sebenarnya Ketua Umno Bahagian sendiri mengesahkan bahawa sememangnya PDRM dan SPRM boleh diperkudakan untuk tujuan politik. Yang bertanggungjawab harus diseret ke muka pengadilan dan nama SPRM serta PDRM wajib dibersihkan.

Jika kenyataan ini ternyata memberikan imej buruk kepada dua agensi yang seharusnya bukan sahaja bertindak telus dan adil malah perlu dilihat telus dan adil. Integriti PDRM dan SPRM tercalar teruk. Jika kenyataan Rizalman menipu dan gagal dibuktikan , dia sendiri perlu dihukum. Jangan hanya kerana dia berpangkat Datuk, orang kaya dan Ketua Bahagian Umno dia boleh membuat apa juga kenyataan dan kemudian dilindungi.

SAMM Wilayah Persekutuan dan Selangor akan tanpil dalam masa terdekat untuk membuat laporan polis malah menghantar memorandum ke Istana Negara bagi merafak sembah menuntut campur tangan DYMM Di Pertuan Agong dalam membentuk satu jawatankuasa khas ataupun Suruhanjaya Di Raja bagi mengembalikan integeriti SPRM dan PDRM.

Dalam pada masa itu ramai ternanti keputusan kes Rizalman ini, adakah sampel kencing yang positif peringkat saringan akan BERTUKAR negatif kemudianya hasil tangan ghaib ?

Ini bukan soal Rizalman tetapi soal dua agensi penting negara disahkan boleh diperkudan bagi tujuan politik.

catatan umum
che'GuBard,
Pengasas SAMM

catatan kaki : Kenyataan Rizalman selaku orang yang berjawatan dalam agensi anti dadah kebangsaan seolah menunjukkan wujud syabu versi cecair cukup mengundang kelucuan

No comments:

Post a Comment