Wednesday, March 20, 2024

KOMPLOT AHLI POLITIK JAHAT KORUP BERSAMA TAIKUN KAPITALIS TAMAK RAKUS HINA INSTITUSI RAJA MELAYU WAJIB DIHENTIKAN

Nota  Update 5.57 petang 6 Mac 2024 : Kenyataan media dibacakan jam 11 pagi di Bukit Aman. Saya menjawab semua soalan dan Pihak USJT berpuas hati dan bersetuju bahawa kita kena sama sama melindungi Institusi Raja Raja Melayu. Sesi rakaman percakapan saya dan Zahid berjalan serentak sekitar sejam lebih. 

-----------------
Kenyataan Media.
 
6 Mac 2024 

KOMPLOT AHLI POLITIK KORUP BERSAMA TAIKUN KAPITALIS RAKUS HINA RAJA MELAYU WAJIB DIHENTIKAN. 

Saya (che’GuBard) dan Sdr. Zahid Md Arip hari ini hadir kerana dipanggil Unit Siasatan Jenayah Terkelas, Bukit Aman ekoran tular rakaman video perbualan spontan kami. 
 
1. Bukanlah rahsia, majoriti rakyat Malaysia kini kecewa dengan Regim Campuran yang diketuai oleh Anwar Ibrahim yang gagal dalam perbagai segi. Bukan sahaja gagal khususnya dalam mengendalikan ekonomi domestik malah rakyat mengecam kerana siri janji bohong Anwar. Regim Campuran ini dikenali sebagai kerajaan NATO (No Action Talk Only) atau kerajaan sembang kari hanya pengumuman itu dan ini. 

Dari segi korupsi juga regim campuran ini banyak kes korupsi dan salah guna kuasa. Contoh paling kecil ialah bila orang lain lantik anak (rujuk kes terbaru Halal Hub Melaka S/B & Panorama Melaka S/B) menjadi kesalahan sebaliknya Anwar lantik anak sendiri berjawatan dalam kerajaan tak salah. Bukan sahaja Anwar malah Speaker Dewan Rakyat lantik anak sendiri jawatan bergaji dan fasaliti sebagai pegawai Parlimen Malaysia. SPRM sudah menjadi buta terpilih. 

Penjilat Anwar Ibrahim sangat lemas dengan kecaman orang ramai. Namun mereka telah menggunakan berita Yang Di Pertuan Agong (YDPA) ‘hadiah’ kenderaan mewah kepada Anwar sebagai benteng bagi hadapi kecaman. Kononnya rakyat perlu henti kecaman kerana YDPA sangat baik dengan Anwar. Namun ini boleh dilihat di hampir semua media khususnya media sosial di mana berita itu telah menyebabkan YDPA turut terpalit kecaman rakyat terhadap Anwar. Tindakan menggunakan YDPA sebagai benteng kecaman itu tindakan biadap dan kurang ajar.  
 
2. Tidak ada mana mana bahagian dalam 5.46 min dalam rakaman perbualan spontan itu menghina YDPA. Malah dalam rakaman itu membela YDPA dengan menjelaskan kepada orang ramai bahawa YDPA ialah harapan rakyat yang ada dalam menyelamatkan negara yang kelihatan menuju negara gagal ini. 
 
Maka jelas siasatan ke atas kami merupakan intimidasi dan bertentangan dengan perlembagaan negara yang menjamin hak dan kebebasan rakyat bersuara.  
 
Kami disiasat dibawah akta hasutan yang mana Anwar serta PH janji mansuhkan. Kini bukan sahaja tidak mansuh sebaliknya digunakan oleh regim ini secara melampau sesuka hati.  
 
Ditegaskan perbualan spontan itu bukan dirakam atau ditularkan oleh kami, maka siasatan di bawah Akta SKMM dan jika gadget kami dirampas ia merupakan satu intimidasi dan salahguna kuasa yang jelas. Maka saya tidak akan serahkan gadget walaupun saya ditahan pihak berkuasa.
 
3. Di kesempatan ini bagi pihak PEMBELA TANAH AIR (PETA) saya ingin menggesa komplot taikun kapitalis tamak dan ahli politik korup yang mengheret dan melantik Raja Melayu dan kerabat dalam syarikat mereka bagi halalkan rompakan adalah tindakan hina Instutusi Raja Melayu. 
 
Contohnya 6 Febuari 2024, Redtone Engineering & Network Services S/B (Rens) telah mendapat kontrak bernilai RM398.1 juta untuk laksana kerja komunikasi kerajaan. Namun pada 13 Febuari 2024, Rens telah sub kerja tersebut kepada sebuah syarikat lain Awantec dengan harga RM294.27 juta. 
 
Rens beri projek itu pada Awantec dan buat untung  “atas angin” RM 103.83 juta wang rakyat dalam seminggu. Rens beri kepada Awantec (berdasarkan pengumuman di BSKL) dengan spek kerja yang sama kerajaan beri pada Rens. Jelas Rens seolah tak mampu  buat kerja itu maka kenapa kerajaan bagi kepada Rens ? Istimewanya hubungan Anwar dengan Vincent Tan membenarkan perkara ini berlaku ? 
 
Namun kerjasama ahli politik korup dan taikun kapitalis tamak ini mereka cuba lindungi dengan melantik dan mengheret Raja Melayu dan kerabat terlibat dalam syarikat induk kepada syarikat tersebut. Seolah ia strategik mengelak kecaman umum. Namun sebenarnya ia merupakan satu pengkhianatan terhadap Institusi Raja Melayu kerana akhirnya mengundang kecaman dan fitnah terhadap Raja Melayu. 
 
Dibawah kerajaan lepas, ketika perang Covid 19, Perikatan Nasional telah mengangkat martabat Raja Melayu. Tidak pernah lagi dalam sejarah Malaysia moden, YDPA diangkat sebagai Ketua Barisan Hadapan (main frontliner) sehingga nama dan wajah YDPA tersemat dalam hati rakyat ketika itu. Namun usaha itu kini cuba dihancurkan oleh komplot ahli politik korap bersama taikun kapitalis tamak. 
 
4. PETA menyokong ahli parlimen Pasir Gudang (PKR) yang pernah menegaskan Raja Raja Melayu khususnya YDPA tidak boleh terlibat aktif dalam perniagaan atau aktiviti Perusahaan kormersial sejajar dengan perlembagaan negara perkara 43 (4). Ini bagi mengelak fitnah dan sangkaan jahat. Institusi Raja Melayu, Raja berperlembagaan perlu terus dipelihara dengan tempat yang istimewa dalam masyarakat agar terus boleh memainkan peranan sebagai pengikat keharmonian dan payung kepada rakyat. 
 
Sekian. 
 
che’GuBard 
Sekreteriat Pembela Tanah Air - Peta

Monday, February 26, 2024

ISU KP LPPM : MENTERI TERUS HINA PENJAWAT AWAM DAN PM PUJI MENTERI

Kenyataan Terbuka
PEMBELA TANAH AIR (PETA)

26 Febuari 2024

Selepas 48 jam surat pemecatan tanpa alasan Datuk Dr Amar Abd Ghapar tular, Tiong telah memberi respon dengan lebih sombong. Menteri secara ego telah cakap Dr Amar tidak dipecat tetapi diturun pangkat dan fitnah kata ia kerana tidak boleh buat kerja. 

Untuk pengetahuan Menteri berbangsa Cina yang angkuh ini, umum turun pangkat lebih hina dari pecat bagi penjawat awam. 

Zaman gila regim campuran HANAT AZD ini Menteri boleh pecat atau turunkan pangkat seseorang penjawat awam sesuka hati ?

Semua perlu maklum dalam Perkara 135(2) Perlembagaan Persekutuan dinyatakan bahawa penjawat awam perlu diberi peluang untuk didengar sebelum dibuang kerja atau diturunkan pangkat, kecuali dalam kes jenayah, pendengaran tidak munasabah untuk dibuat, keselamatan negara, dan penahanan atau pengusiran negeri. 

Datuk Ammar adalah seorang penjawat awam dalam perkhidmatan tertutup (close service) dalam agensi kerajaan di bawah menteri. Oleh yang demikian pemecatan atau penurunan pangkatnya adalah tertakluk di bawah peruntukan Perlembagaan ini. 

Menteri kata kononnya Ketua Pengarah tidak perform. Namun alasan tidak perform ini adalah subjektif dan ia tidaklah termasuk dalam pengecualian hak untuk didengar dalam proses pemecatan atau penurunan pangkat penjawat awam. 

Ditegaskan bahawa tidak ada proses pendengaran dibuat ke atas Ketua Pengarah Pelancongan Datuk Ammar sebelum beliau diturun pangkat oleh Menteri Tiong King Sing. Datuk Ammar hanya diberi notis beberapa hari untuk mengosongkan jawatan. 

Maka penurunan pangkat Ketua Pengarah Pelancongan oleh Menteri Pelancongan kelmarin adalah tidak sah di sisi Undang-undang apabila Menteri tidak beri peluang kepada Ketua Pengarah haknya untuk didengar mengikut proses sepatutnya (due process) seperti termaktub dalam Perlembagaan sebelum beliau diturunkan pangkat.

Ketua Setiausaha Negara (KSN) pula umpana lembu cucuk hidung, apabila berkata Menteri ada kuasa untuk melantik Ketua Pengarah Pelancongan di bawah Akta Lembaga Penggalakan Pelancongan Malaysia 1992 (Akta 481). Dalam Akta ini memang disebut Menteri berkuasa untuk melantik Ketua Pengarah, tetapi tidak ada disebut di mana-mana kuasa Menteri untuk memecat atau menurunkan pangkat Ketua Pengarah dalam Akta ini, lebih-lebih lagi tanpa proses sepatutnya mengikut Perlembagaan.

……………

Mengikut Perkara 135(2) Perlembagaan Persekutuan menyatakan: 

“(2) Tiada seorang pun anggota sesuatu perkhidmatan yang disebut terdahulu boleh dibuang kerja atau diturunkan pangkat tanpa diberi peluang yang munasabah untuk didengar:

Dengan syarat bahawa Fasal ini tidaklah terpakai bagi hal yang berikut:

(a) jika seseorang anggota sesuatu perkhidmatan itu dibuang kerja atau diturunkan pangkat atas alasan kelakuan yang berkenaan dengannya suatu pertuduhan jenayah telah dibuktikan terhadap anggota itu; atau

(b) jika pihak berkuasa yang diberi kuasa untuk membuang kerja atau menurunkan pangkat seseorang anggota sesuatu perkhidmatan itu berpuas hati bahawa kerana sesuatu sebab, yang hendaklah direkodkan oleh pihak berkuasa itu secara bertulis, kehendak Fasal ini tidaklah semunasabahnya dapat dilaksanakan; atau

(c) jika Yang di-Pertuan Agong, atau, dalam hal seseorang anggota perkhidmatan awam sesuatu Negeri, raja atau Yang di-Pertua Negeri bagi Negeri itu, berpuas hati bahawa demi kepentingan keselamatan Persekutuan atau mana-mana bahagiannya tidaklah suai manfaat kehendak Fasal ini dijalankan; atau

(d) jika apa-apa perintah tahanan, pengawasan, kediaman terhad, buang negeri atau pengusiran telah dibuat terhadap seseorang anggota sesuatu perkhidmatan itu, atau jika apa-apa bentuk sekatan atau pengawasan dengan bon atau selainnya telah dikenakan ke atas seseorang anggota yang sedemikian, di bawah mana-mana undang-undang yang berhubungan dengan keselamatan Persekutuan atau mana-mana bahagiannya, pencegahan jenayah, tahanan pencegahan, kediaman terhad, buang negeri, imigresen, atau perlindungan wanita dan gadis:

Dengan syarat selanjutnya bahawa bagi maksud Perkara ini, jika perkhidmatan seseorang anggota sesuatu perkhidmatan itu ditamatkan demi kepentingan awam di bawah mana-mana undang-undang yang sedang berkuat kuasa atau di bawah mana- mana peraturan yang dibuat oleh Yang di-Pertuan Agong di bawah Fasal (2) Perkara 132, penamatan perkhidmatan itu tidaklah merupakan pembuangan kerja sama ada atau tidak keputusan untuk menamatkan perkhidmatan itu dikaitkan dengan salah laku atau pelaksanaan kewajipan dengan tidak memuaskan oleh anggota itu berhubung dengan jawatannya, atau akibat penamatan itu melibatkan unsur hukuman; dan proviso ini hendaklah disifatkan telah menjadi suatu bahagian integral Perkara ini mulai dari Hari Merdeka.

(3) Tanpa persetujuan Suruhanjaya Perkhidmatan Kehakiman dan Perundangan, tiada seorang pun anggota mana-mana perkhidmatan yang disebut dalam perenggan (c), (f) atau (g) Fasal (1) Perkara 132 boleh dibuang kerja atau diturunkan pangkat atau menanggung apa-apa langkah tatatertib yang lain kerana apa-apa jua yang dilakukan atau ditinggalkan daripada dilakukan olehnya pada menjalankan sesuatu fungsi kehakiman yang diberikan kepadanya oleh undang-undang.

Dalam masa sama angkuhnya Tiong dengan penjawat awam dan buat Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia seolah milik bapa dia, Anwar Ibrahim pula terus menikus dengan Menteri bukan Melayu dengan puji Tiong "bagus". 

Sekian.

Che GuBard
Pembela Tanah Air - Peta

Kenyataan pertama peta mengenai isu ini klik 
https://chegubard.blogspot.com/2024/02/sikap-anwar-takut-ahli-parlimen-bukan.html?m=1

SIKAP ANWAR TAKUT AHLI PARLIMEN BUKAN MELAYU SEBABKAN MENTERI SEPERTI TIONG KING SING (MENTERI PERLANCONGAN) BESAR KEPALA.

Kenyataan Terbuka
PEMBELA TANAH AIR (PETA)

24 Febuari 2024



1. Sikap Tiong King Sing sebagai Menteri Perlancongan yang angkuh dan sombong telah tular banyak kali. Seperti sikap dia salahguna kuasa serbu, ganggu dan ugut pegawai Imigresen KLIA sebelum ini kerana nak lepas masukkan pelancong China. Namun kerana sikap Perdana Menteri dan kerajaan yang takut dengan King Sing menyebabkan dia besar kepala.

2. Tular juga mengenai sikap King Sing tidak hormat pegawai kerajaan khususnya dari Kementrian Pelancongan (MOTAC) sehingga boleh caci maki secara terbuka. Begitu juga tular silapnya yang suka minum arak dan berkelakuan tak senonoh dikhalayak awam namun semuanya tidak diambil tindakan oleh Anwar Ibrahim ini sebabkan dia bertambah besar kepala dan rasa dilindungi.

3. Terbaru Ketua Pengarah Lembaga Penggalakan Pelancongan Negara (LPPM), Datuk Dr Ammar Abd Ghapar dipecat tanpa alasan munasabah. Dimana maklumat dari dalam LPPM menyatakan antaranya kerana King Sing mahu menaikkan seorang Pegawai _"Chindian"_ yang boleh mengikut semua kehendak dan perangai tak senonoh King Sing. Walaupun dari gred perjawatan Pegawai ini tidak memenuhi kreteria untuk menjawat Ketua Pengarah. 

4. Ketua Setiausaha Negara (KSN) dan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA) wajib respon perkara ini dan tidak boleh membisu. Kalian harus menjadi pelindung pegawai perkhidmataan awam bukan ibarat lembu dicucuk hidung oleh orang politik yang dilihat makin hilang hormat dan menindas penjawat awam hari ini. 

5. Sebelum ini King Sing, telah minta peruntukan khas dengan wujud jawatan khas "Timbalan Pengarah 3" LPPM. Dimana ini kali pertama orang diluar penjawat awam dan dilantik tanpa proses temuduga dan pengambilan yang ikut prosedur. Ia disokong oleh Anwar sebagai Perdana Menteri untuk mendapat kelulusan Anwar sebagai Menteri Kewangan.

Dia dikatakan sesuka hati mengambil Lee Thai Hung dengan gaji gred Jusa C secara kontrak 3 tahun. 

Malah pegawai pelancongan Malaysia yang berbangsa Melayu di beberapa kedutaan ditukar tiba tiba dengan bukan Melayu. Contohnya Pegawai Pelancongan di Beijing dan Shanghai ditukar dan bagi halalkan pertukaran kononnya menyebabkan bilangan pelancong China meningkat sedangkan peningkatan pelancong China tidak ada kena mengena dengan menggugurkan pegawai Melayu dengan Pegawai bukan melayu tetapi kerana tindakan Malaysia memberikan Visa masuk percuma kepada China.

Lebih parah apabila tular di mana dikatakan anak saudaranya dilobi jawatan Pengarah Pelancongan di tempatkan di Auckland, New Zealand.

6. Jika diteliti apa yang tular dan tidak dijawab oleh mana mana pihak kelihatan King Sing mengendalikan Kementerian Pelancongan umpama milik "bapaknya". Sikap Anwar yang tidak peduli malah kelihatan takut bertindak ke King Sing khususnya berkenaan nasib penjawat awam menyebabkan perkara ini menjadi jadi sehingga Ketua Pengarah yang baik boleh dipecat begitu sahaja.

Pembela Tanah Air (PEMBELA) mendesak Anwar Ibrahim bertindak tegas. Kalau betul pun nyawa politik kamu bergantung kepada ahli parlimen bukan Melayu tetapi sehingga memberi muka melampau kepada Menteri Bukan Melayu sehingga menjadi "besar kepala".

Penjawat awam yang tegas dan berintegriti menjadi mangsa, digugur dan ditukar sesuka hati malah tindakan memansuhkan skim pencen dilihat satu balas dendam ke atas penjawat awam yang kebanyakannya orang Melayu, dimana regim campuran ini jelas ditolak  orang Melayu dalam PRU lepas.

PETA akan ke parlimen dalam sidang akan datang untuk satu memorandum khas bagi mengasak parlimen melihat serius penindasan serta kacau ganggu orang politik terhadap penjawat awam.

Sekian.

che' GuBard
Seketeriat PEMBELA TANAH AIR (PETA)

imej merupakan antara yang sangat tular mengenai King Sing yang perlukan penjelasan SEGERA.

Thursday, February 22, 2024

RM SUSUT NILAI BUKAN SALAH ANWAR ?!

Nilai RM turun berbanding USD, Singapore Dollar, duit zimbabwe dan myanmar.. Ini adalah kerana GABENOR Bank Negara tak pandai jaga negeri.. Bukan salah Anwar Ibrahim ... Mohon Nurul Izzah Anwar selaku penasihat kepada Anwar Ibrahim minta nasihatkan Anwar Ibrahim sebagai PM supaya nasihatkan Anwar Ibrahim sebagai Menteri Kewangan supaya tukar Gabenor Bank Negara. 

Tak perlu ikat Matawang hanya perlu ikat gabenor bank negara..minta Rafizi Ramli keluarkan formula terbaik segera seperti Najib Razak  turun nilai RM naik..

Yang beli barang harian naik ekoran kelemahan ringgit harap sabar sebab kena bg Anwar peluang ...

Nasib baik Anwar bukan lagi ketua pembangkang.. Sebab kalau tak pasti ketua pembangkang sudah cuba hasut rakyat maki PM dan Menteri Kewangan boleh ke sana ke sini menyanyi bercanda dalam keadaan nilao duit.negara menyusut teruk..

Tuesday, February 20, 2024

Penarikan kenyataan cheGuBard dan SM Track tak terus saman

Pada 2021, ketika RFID diperkenalkan, di kebanyakan Plaza Tol sistem ini banyak masalah dan mendapat rungutan pengguna. 

Disember 2021, page Najib Razak telah menyiarkan mengenai kaitan Tan Sri Lim Kim Yew yang Najib cuba kaitkan sebagai kroni Mahathir sebagai sebagai pemilik SM Track sebagai pemilik projek RFID Plaza Tol. Niat Najib dalam tulisannya ialah memburukkan Tun Mahathir dengan mengaitkan "kroni" Mahathir dapat projek RFID.


Saya telah menulis menjawab posting Najib yang menuduh Lee Kim Yew sebagai kroni Tun M dapat projek RFID Tol dengan menyatakan bagaimana SM Track juga telah melantik menantu Zahid Hamidi dekat dengan pengumuman kerajaan mengenai RFID dan jelas dalam page rasmi SM Track juga ada guna gambar plaza tol apabila menerangkan teknologi RFID syarikat mereka. Malah dalam laman rasmi mereka turut menyiarkan bahawa SM Track merupakan syarikat tunggal (only company) dalam merialisasikan MOBILE DIGITAL WALLET SYSTEM. 

SM TRACK menyatakan ugutan mahu failkan saman. SM Track menyatakan ia tak ada kena mengena dengan RFID Tol dan dia bukan syarikat tunggal dapat lesen mobile digital wallet system di Malaysia. 

Lucunya tiba tiba page Najib posting Najib hilang  dan Najib u turn menyerang cheGuBard mungkin Najib takut disaman. Apapun saya berdepan dengan SM Track dengan fakta pendedahan.

Bermula dengan menjawab posting Najib yang hilang kemudiannya, namun saya tetap dengan fakta saya,  Sejak  2022 hingga 2024 akhirnya kes diselesaikan melalui proses mediasi dan penyelesaian bersama dicapai. SM Track menarik kes, saya menarik posting.

InsyaAllah esok akan ada pengumuman rasmi berdasarkan keputusan mediasi.