When injustice becomes law, resistance becomes duty"...."Many will call me an adventurer - and that I am, only one of a different sort: one of those who risks his skin to prove his platitudes."— Che Guevara (1928-1967) International Revolutionary
Friday, July 22, 2011
Kemuncak Himpunan BERSIH 2.0
Peguam 'Scorpene' ditahan di KLIA
"Beliau kini dibawa ke pusat tahanan imigresen di KLIA," kata Gabriel.
Pada mulanya, pegawai imigresen tidak membenarkan isteri Bourdon, juga seorang peguam, mengikutnya ke pusat tersebut.
Selepas beberapa rundingan, beliau dibenarkan menemani suaminya.
Menurut Gabriel, pegawai imigresen "menyoal Bourdon".
Bourdon mendarat di Pulau Pinang semalam dan berucap mengenai 'Ops Scorpene' di Bayan Baru malam tadi.
Peguam Perancis yang berkhidmat dengan pertubuhan tanpa keuntungan - Sherpa - dan mengkhusus dalam membela hak asasi manusia dan jenayah menentang kemanusiaan.
Bourdon dijangka mendedahkan butiran kontroversial mengenai pembelian kapalselam negara dengan firma gergasi pertahanan Perancis DCNS.Syarikat itu didakwa membayar komisyen “yang amat tinggi” kepada pegawai kerajaan Malaysia yang terbabit dalam perjanjian yang dimeterai pada 2002 itu.
Bayaran komisyen kepada pegawai kerajaan dianggap satu jenayah mengikut undang-undang Perancis.
Suaram berharap dapat mengumpulkan dana sebanyak RM100,000 daripada majlis berkenaan yang juga dijadualkan di Ipoh dan Kuala Lumpur hari ini dan esok, bagi membiayai kos perundangan dalam kes yang difailkan di Paris yang akan dibicarakan di mahkamah terbuka pada September ini.
Kes berkenaan difailkan tahun lalu oleh Suaram, melalui Bourdon dan pasukannya mengenai dakwaan DCNS membayar RM540 juta sebagai komisyen kepada Perimekar.Perimekar adalah subsidari KS Ombak Laut Sdn Bhd, yang mana pemegang saham utamnya adalah isteri Abdul Razak Baginda (kanan).
Abdul Razak pula adalah rakan rapat Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak yang didakwa terbabit dalam pembunuhan penterjemah warga Mongolia Altantuya Shariibuu tetapi kemudiannya dibebaskan.
Ceramah Umum di Rantau (Parlimen Rembau)
Ceramah Umum
23 Julai 2011
8.30 mlm
di Perkarangan Pejabat DAP Rantau, Taman Ekar
bersama
1. Zairil Khir Johari (anak Tan Sri Khir Johari, antara pengasas Umno) yg kini menjadi ahli DAP
2. Datuk Sabapathy (bekas Ketua Trafik Johor) kini telah menjadi ahli PAS
3. Subramaniam, Ketua Penerangan DHPP
4. YB Taufek (P/jaya PAS NS)
5. YB Ravi (ADUN P.Dickson)
6. Arulchelvan (s/u PSM)
7. che'GuBard (Ketua Cabang Rembau)
Sebarang pertanyaan hubungi 0123696474
Kembalikan suasana kerja kondusif kepada teman-teman di kargo KLIA
Ini adalah nota yang ditampal di kawasan keselamatan pengurusan kargo KLIA. Rungutan dari teman- teman yang bekerja ditempat tersebut menyatakan bermacam-macam peraturan baru dicipta sejak pendedahan mengenai cincin berlian tersebar.Kerja yang boleh cepat selesai kini terpaksa tertangguh dan jadi rumit kerana prosedur-prosedur 'red tape'. Mohon semua keadaan dikembalikan sedia kala. Kalau tak salah kenapa perlu panik sedemikian rupa.
Mari Kenali Borang A.T.A Carnet
Entry pada malam ini adalah khas untuk sesiapa sahaja di antara kita yang mempunyai keinginan untuk membuat pameran emas atau berlian, samada secara terbuka ataupun secara rahsia / sulit. Bagi sesiapa yang ingin membuat pameran, sila fahami entry ini supaya tidak tersalah borang apabila ter'guna' borang dagangan import walaupun hanya untuk import 'sementara'.
Di bawah ini adalah penerangan terperinci prosedur penggunaan borang A.T.A Carnet dan disertakan juga contoh borang yang telah diguna-pakai oleh sebuah syarikat untuk tujuan pameran pada tahun 2006 yang lalu.
Lihat contoh borang A.T.A di atas, ini adalah antara contoh barangan yang memang bertujuan kemasukkan sementara, untuk tujuan pameran. Di bawah pula adalah penerangan.
A.T.A Carnet (Admission Tempore)
Satu bentuk kemudahan bagi mengimport dan mengeksport barangan secara sementara tanpa dikenakan duti/cukai. Barangan yang diimport hendaklah dieksport / dibawa keluar kembali selepas suatu tempoh yang ditetapkan dan demikian juga bagi barangan yang dieksport. Diantara fasiliti yang diberikan oleh ATA Carnet ialah:
- Pengguna tidak perlu mengemukakan borang ikrar Kastam di pintu-pintu masuk dan keluar.
- Tiada cagaran atau jaminan bank.
- Satu kelulusan ATA Carnet boleh digunakan oleh lebih dari satu negara.
1. Kategori barangan yang layak mendapat kemudahan ATA Carnet ialah:
- Contoh /sample barangan yang bukan jualan dan tidak mempunyai nilai dagangan seperti:
o Filem-filem iklan
o Alat-alat publisiti pelancungan
o Model-model bangunan, kereta dan sebagainya.
- Barangan untuk pameran antarabangsa, pertunjukan, mesyuarat dan majlis-majlis seumpamanya seperti:
o Alat-alat pembelajaran seperti projektor, filem, perkakas cctv dan alat terjemahan.
o Alat-alat untuk memajukan sesuatu cabang pelajaran seperti senilukis, pertukangan tangan, sukan dan lain-lain.
o Alat-alat untuk penerbitan, penyiaran radio dan tv, alat-alat untuk pertunjukan pentas dan lakon layar termasuk pakaian dan alat muzik.
o Hasil-hasil seni, bahan-bahan koleksi dan barang-barang purba.
o Binatang-binatang, mesin-mesin, alat-alat publisiti pelancungan dan lain-lain barangan yang diimport untuk tujuan di atas.
- Alat-alat profesional
o Alat-alat untuk kegunaan pakar seperti juruteknik, jurutera, juruuji dan sebagainya.----------------------------------------------------------
o Alat-alat untuk kegunaan wartawan seperti penulis, jurugambar, jurufilem, tv atau wayang.
o Alat-alat untuk kegunaan sesuatu kerjaya seperti doktor, juru runding, ahli kajipurba, ahli sains dan seumpamanya.
Sumber maklumat dari laman web kastam di sini
Bila mendengar perihal import-eksport, teringat pula satu dialog dalam filem P.Ramlee yang berbunyi;Salman Khan: Dinda, apa business adinda ?
Imelda: Dinda punya business adalah import barang-barang aksoseri wanita termasuklah cincin berlian, gelang emas dan beg-beg mewah.
Salman Khan: Kanda tahu dinda, kanda tahu... mesti business import-eksport kan ?
Imelda: Ehh tidak kanda, dinda tak export, dinda hanya import sahaja... Lain orang export, dinda import sahaja...
Salman Khan: Ohhh begitu... Tapi mengapa adinda memilih barang-barang aksoseri wanita sahaja ?
Imelda: Ini kerana sejak bajet tahun lepas, semua barang-barang aksoseri wanita telah dinyah cukai oleh Perdana Menteri yang bijaksana, demi isterinya.Salman Khan: Kalau import karpet kena cukai tak?
Thursday, July 21, 2011
Prog. 'dakwah' Ambang Ramadhan berjalan meriah walaupun disabotaj PDRM


Sdr. Farrel (Pengarah segmentasi Mahasiswa SAMM) bersama Ust. Norazman (Lebai Kampung) yang dipecat kerana FB, Sham Kamikaze dan Azhan (bekas Juara Nasyid TV9)


Terima kasih kepada adik beradik SAMM yang bertungkus lumus menjayakan program ini.

klik http://chegubard.blogspot.com/2011/07/program-ambang-ramadhan-esok-di-dataran.html untuk membaca latar belakang prog. Ambang Ramadhan
Filem lucah mirip orang lain sudah ada sejak 1946
BUENOS AIRES: Satu filem lucah mengenai aktres lagenda Amerika, Marilyn Monroe akan dilelong Ogos ini di sebuah konvensyen antarabangsa membabitkan pengumpul filem dengan harga tawaran bermula AS$500,000 (350,000 Euro). Promoter bagi lelongan berkenaan, Mikel Barsa, berkata filem pendek hitam putih yang diterbitkan pada 1946 itu memaparkan aktres Amerika itu yang kemudiannya dikenali sebagai Norma Jean Baker manakala pelakon lelakinya masih tidak dikenali.Barsa berkata, filem berkenaan sudah dikenal pasti untuk dilelong pada 7 Ogos jam 7 malam waktu tempatan di Borges Cultural Center di Buenos Aires.“Mengenai ramainya peminat fanatik Marilyn di luar sana, filem ini mungkin musah untuk dijual sehingga mencecah jutaan dollar," katanya dalam sidang akhbar hari ini.Filem berkenaan sebelum ini dalam simpanan pengumpul filem lama dari Sepanyol tetapi selepas kematiannya, keluarga lelaki terbabit memberi kebenaran kepada Barca untuk menjualnya. Barsa menjual satu-satunya versi cetakan filem berkenaan kepada pengumpul swasta beberapa tahun lalu dan menambah filem asal itu turut ditawarkan untuk dibeli oleh pengumpul dari Norway dan Jepun. Filem pendek itu hanya diketahui umum pada 1997 selepas wujud perbahasan mengenai siapa identiti sebenar pelakon wanita berkenaan. Satu lagi filem lucah pendek 16 milimeter selama 15 minit yang tidak mempunyai suara dan berlatar hitam putih menampilkan Monroe sedang melakukan aksi ranjang dengan seorang lelaki yang tidak dikenali dijual kepada pengumpul swasta pada 2008 sehingga mencecah nilai AS$1.5 juta (1.1 juta Euro). Filem lagenda yang memaparkan baju putih dipakai Monroe dalam filem 1955 bertajuk “The Seven Year Itch,” dijual dengan harga AS$4.6 juta (3.2 juta Euro) pada Jun di Beverly Hills. - AFP
Wednesday, July 20, 2011
Masalah Air di Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan
Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia.
Saya mewakili para pelajar perempuan di Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan yang terletak di Kuala Pilah ingin menyuarakan ketidakpuasan hati terhadap masalah air yang membelenggu kami, pelajar perempuan yang mendiami kolej kediaman Cendikia (blok C).
Kolej kediaman Cendikia merupakan kolej kediaman yang terletak paling jauh dari pusat pentadbiran dan dewan kuliah. Selain daripada perlu menghadapi kenyataan bahawa asrama kami merupakan asrama yang paling jauh, kami juga mengalami gangguan air yang teruk. Terdapat 4 blok iaitu C1, C2, C3 dan C4. Setiap blok dianggarkan terdapat lebih 150 pelajar perempuan.
Pada waktu ini, blok C1 sudah kehabisan air langsung, maka dengan itu, seramai lebih kurang 150 pelajar dari Blok C1 turun ke Blok C2 untuk memenuhi keperluan diri seperti mandi dan sebagainya. Oleh itu, ini menjadikan 300 orang pelajar mandi di satu blok yang sama kerana jarak antara Blok C1 dan Blok C2 adalah yang paling hampir berbanding blok-blok yang lain.
Hal ini menyebabkan Blok C2 juga kehabisan air dan perkara yang sama berlaku pada Blok C3. Oleh hal yang demikian, seramai lebih kurang 450 orang pelajar terpaksa berebut dan bersesak di Blok C4 untuk mandi. Malangnya, tandas di Blok C4 hanya terdapat sebanyak 8 buah sahaja.
Kami telah menyuarakan perkara ini kepada pihak kolej tetapi sekali lagi malang buat kami kerana tiada tindakan diambil oleh pihak kolej. Kata-kata yang kami terima hanyalah “memang dari zaman pak kaduk lagi macam ni”. Mereka seolah-olah tidak ingin mengambil sebarang langkah untuk menyelesaikan masalah yang kami hadapi.
Oleh itu, kami terpaksa mengambil insiatif ini iaitu kami mengadu kepada Aduan Rakyat dengan harapan pihak Aduan Rakyat dapat membantu menyelesaikan masalah kami di sini.
Kami berharap pihak Aduan Rakyat mengambil langkah terbaik bagi menyelesaikan hal ini. Hal ini kerana kami sudah buntu untuk mencari jalan bagi masalah kami ini.
Sekian. Terima kasih.
By: Anis Husna
http://www.aduanrakyat.com.my/
Why I am a socialist and intend to remain so - Jeyakumar (written in detention)
“Hey Kumar! Still tilting at windmills are you?” a doctor friend greeted me at an MMA function 4 years ago. There had been some news regarding the Parti Sosialis Malaysia in the media that previous week.
For many, the socialist experiment had already been assigned to the dustbin of history and only deluded people would still work towards socialism
But for us in the PSM, we believe that socialism has an important, even crucial, role to play in averting a collosal economic-ecological disaster that will occur within the next 30-60 years!
We believe that the world has to find a workable alternative to an economy driven by corporate greed. We advise 3 main arguments for this position.
1. Malaysia’s current economic course recommends to a “Race of the bottom”
The global owners of capital and technological expertise who control market access are a relatively small number of corporations – about 500 to 1000. They have become all powerful in the unipolar world of today and they can “bargain hunt”. Even the biggest governments can’t control them.
The measures that Malaysia is taking to attract investors into Malaysia include
- Lowering corporate tax and supplementing tax income by enacting a GST. The tax burden is being shifted onto ordinary Malaysians
- Enhancing “labour flexibility”. This is a misnomer - it undermines job security and workers’ rights through allowing contractualizing of labour and by weakening unions.
- Privatization of basic services such as health care and tertiary education.
All these measures pile economic pressure on the lower 70 % of the population.
And these are measures other developing countries are also taking – each outdoing the neighbor in the mad rush for FDI. It is very difficult to build a caring society within this framework of development.
2. Chronic under consumption leading to massive growth of financial capital and increasingly volatile financial “bubbles”
The ability of large corporations to “bargain hunt” in the cheapest sites to station their factories has meant mega-profits for these corporions but at the same time has stunted the aggregate consumption power of the global economy. When a US or European firm lays off 100 US workers by shifting to China and hiring 100 Chinese workers at 1/7 the wage, the total buying power of the working class is reduced.
The absence of robust growth in consumer demand dictates that the profits of the corporations cannot be invested in the production of more consumer goods. So the corporations need to try other alternatives to make money such as the Futures Market, Currency Trading, the Share Market, and other financial products like derivatives.
This tendency is highlighted by the fact that “Quantitative Easing” – the release of more money into the US economy in an effort to stimulate industrial production thus reducing unemployment – has backfired into the creation of more financial bubbles in various parts of the world. The problem is sluggish consumer demand, not a lack of productive capital.
The issue here is not insufficient regulations but a misdistribution of the world’s wealth! To address this problem, the power of the corporations has to be challenged!
3. We are reaching the environment limits of growth.
The global economy is heavily dependent on petroleum. This commodity is going to run out within the next 50 years or so. We urgently need to think not only of alternatives sources of fuel, but also of much greater fuel efficiency!
Global warming is with us. How soon and how fast sea levels are going to rise is still a matter of conjecture – but does that mean we can afford to ignore the issue if it only impacts our grandchildren and not us?
An economic model that requires a global average rate of growth of 4% per year to avoid downturns is clearly not sustainable! Not for the next 50 years! We need to redistribute the wealth we already are creating more equitably. We have to cut down waste! Growth cannot be endless.
All of these are only possible if we are ready to challenge the paradigm that unchecked greed will lead to the best possible outcome for the world’s majority because Adam Smith’s “Invisible Hand” is still operating in today’s corporate led globalization.
The ordinary people of the world need to take power to dictate the direction of the national or world economy away from the hands of the 560 richest corporations of the world.
We need to empower the marhein of the world to take on these tasks through a democratic process. These are the tasks facing 21st century socialism. These are not easily attainable goals.
But the problems we are facing are extremely serious. Unchecked they could lead to an ecological, food or climatic disaster that will lead to a decimation of the world’s population.
This is not the world that I wish to bequeath my grandchildren. That is why I am a socialist and intend to remain so despite the EO/ISA arrest!
PELAJAR KOLEJ NEGERI SEREMBAN 2 DITINDAS
PELAJAR KOLEJ NEGERI SEREMBAN 2 DITINDAS
Aduan Rakyat Online
July 19th, 2011
Assalamualaikum..
Saya antara salah seorang pelajar Kolej Negeri Seremban 2. Saya mahu membuat aduan tersebut untuk mendapatkan penjelasan daripada pihak kolej melalui aduan rakyat kerana sebelum ini kami sebagai pelajar telah banyak kali meminta penjelasan daripada pihak kolej negeri tetapi mereka nampaknya seperti memekakkan telinga mereka.
Pihak aduan rakyat mungkin dah terima banyak aduan tentang kolej negeri ni kan. Kami mintak sangat tolonglah kami. Kami tak nak keluar2 dari tempat belajar dengan masalah..
Salah satu masalah yang saya mahu adukan berkenaan di kolej ini. Sya yang belajar di sini sangat kesian kepada rakan2 yang datang dari sabah telah di tindas apabila dahulu pihak mara telah bersetuju bahawa sesiapa pelajar dari sabah yg datang belajar di semenanjung akan diberi rm2000 untuk tiket penerbanagan tetapi pihak kolej akan membayar pada pelajar dengan harga tiket yang paling tinggi dan cuma sekali sahaja. mana yang selebihnya???
masalah lain ketiadaan MQA, pembayaran yg bukan2, dan macam2….
tolonglah siasat aduan rakyat..kami bermohon!!
By: manusiaditindas http://www.aduanrakyat.com.my/pelajar-kolej-negeri-seremban- 2-ditindas
KOLEJ NEGERI SEREMBAN 2
Aduan Rakyat Online
April 13th, 2011
assalamualaikum,
saya disini…tidak ada niat hendak memburuk kn kolej ini..tapi..kolej ini sangat x bertanggungjawab..kalau pihak tuan pergi ke kolej tersebut.tuan akan faham,bgaimana kebajikan pelajar2 di jaga..
saya paham jikalau punca yuran yg tidak terlalu mahal,menyebabkn facility kolej ini,kurang memuaskn..utk makluman ,malah pernah berlaku pencerobohan di dalam dom wanita..yg dipanjat oleh orang luar..sewaktu mereka tidur..malah ada saksi yg terlihat kelibat lelaki di dalam dom wanita
dengan bayaran yg x seberapa..saya memahami keadaan tersebut tapi kalau layanan dan sikap kurang profesional dari staff2 di kolej tersebut amat tidak boleh d terima
pelbagai masalah timbul dari segi management.saya sgt berharap pihak tuan menegak kn kebenaran untuk pelajar2 di sana,
sekurang nya..membagi amaran…betapa penting nye kebajikan pelajar di kolej tersebut…
saya sangat berharap kolej ini memahami,bukan mudah bagi2 keluarga yg kurang senag..sanggup mengeluar kn EPF,asalkn ank mereka boleh mendapat segulung ijazah dan diploma..
saya sagt berharap kolej ini sedar tanggungjawab mereka…membantu bukn membazirkn duit ibu bapa yg mempercayai kolej negeri seremban 2 ini..
By: shura http://www.aduanrakyat.com.my/kolej-negeri-seremban-2
Dapatkan tawaran Pen Digital Quran dengan harga Istimewa sempena Ramadhan
Tawaran khas sempena Ramadhan. Membeli sambil menderma (jualan dalam bulan Julai dan Ogos). Sebahagian dari hasil jualan akan disumbangkan untuk tabung jejak fakir Rembau. Biasa harga RM 500 tetapi kini cuma RM377 sahaja dan kalau beli banyak mungkin boleh murah lagi.Klik http://chegubard.blogspot.com/2011/03/pen-digital-al-quran-teknologi-untuk.html untuk mengetahui tawaran.
Imelda Rosmah masih berdiam.
- Pendedahan antara bukti yang diperolehi "gambar screen komputer kastam" yang mengandungi maklumat kemasukan belian bernilai RM24.45 j. Nilai ini saya sebut dari awal dalam RM bukan USD cuma mungkin ada blogger terkeliru dan menukarnya dalam USD. klik http://chegubard.blogspot.com/2011/07/imelda-rosmah-dan-cincin-nilai-rm244.html sebaik sahaja bukti ini disiarkan pengampu - pengampu Imelda terus mengatakan ia gambar photoshop palsu.
- Tidak kurang juga yang konon cabar kalau berani che'GuBard tampil buat laporan SPRM. maka pada 13 Jul. che'GuBard bersama tem,an-teman SAMM Pulau Pinang bersama juga wakil Dewan Pemuda PAS dan AMK P.Pinang hadir ke SPRM P.Pinang untuk membuat laporan SPRM dengan menyerahkan juga bberapa bukti yang masih belum disiarkan. klikhttp://chegubard.blogspot.com/2011/07/samm-tampil-buat-laporan-sprm-isu.html
- Ketika membuat carian mengenai barang-barang kemas Imelda Rosmah terjumpa pula gambar Rosmah Mansor yang sedang menggayakan gelang tangan yang sememangnya dari Jacob & co yang merupakan syarikat pengeluar belian RM24.45j tersebut. klik http://chegubard.blogspot.com/2011/07/imelda-rosmah-memang-penggemar-jacob-co.html ini menguatkan hujah bahawa Imelda Rosmah memang peminat barangan Jacob & co.
- Pengampu makin hilang punca dan menyerang yang kononya tidak masuk akal belian bernilai RM24.45 j wujud. Posting ini hanya untuk buktikan bahawa belian lebih mahal juga wujud dalam dunia yang mana manusia rakus mengejar kemewahan ini. klik http://chegubard.blogspot.com/2011/07/masuk-akal-atau-tidak-cincin-bernilai.html
- SPRm tidak boleh berdolak dalih perlu tampil untuk nyatakan pendirian mengenai kewujudan belian ini. Klik http://chegubard.blogspot.com/2011/07/sprm-kena-muncul-menyatakan-pendirian.html posting ini membuktikan bahawa sememangnya beberapa hari sebelum belian ini masuk ke Malaysia, Rosmah dan suaminya Najib baru sahaja pulang dari New York untuk lawatan ke sana.
- Sah bukan dipalsukan bukti tersebut kerana SPRM telah menyerbu KLIA dan A.Krishnan (yang tidak bersalah) diambil dari petang hingga subuh. Siasatan SPRM pula tumpu kepada bagaimana cukai boleh kosong. nampak sangat SPRM tidak buat kerja rumah. Najib pada belanjawan yang lepas sememangnya telah menghapuskan cukai perbagai perkara seperti pakaian, perhiasan dan seumpamanya. Kini baru rakyat sedar bahawa pemasuhan cukai itu mungkin ada kena mengena dengan perangai Imelda Rosmah yang akan bawa masuk perbagai barang hiasan mewah. Sistem kastam juga telah 'diganggu' selama tiga jam. http://chegubard.blogspot.com/2011/07/sistem-kastam-down-3-jam-semalam-dan.html dalam posting ini juga dinyatakan rupanya gelang Rosmah yang dibeli dari Jacob & co itu bernilai RM1.6 juta (paling murah) berdasarkan respon email Jacob & co sendiri yang di qoute dari sebuah laman portal klik http://www.freemalaysiatoday.com/2011/07/14/41834/ juga http://www.freemalaysiatoday.com/2011/07/13/now-rosmahs-diamond-bangles/
- Pengampu panik bukti tersebut bukan palsu dan ternyata benar belian RM24.45 j masuk dan ada terkait Rosmah di dalam dokumen tersebut maka mereka masuk fasa baru dalam mengampu berkenaan isu ini. maka muncul borang kedua kononya belian itu dibawa keluar dari Malaysia ke Singapura pula selepas 4 hari di Malaysia. Konon belian itu untuk pameran di tempat rumah VVIP rahsia dengan tetamuVVIP rahsia. Semua sedang bertungkus lumus menyiapkan skrip. Namun borang kastam kedua itu banyak kelemahan klik http://chegubard.blogspot.com/2011/07/usaha-terdesak-untuk-lindungi-imelda.html
- Tiba - tiba jumlah pelayar blog ini meningkat mendadak, jumlah komen juga meningkat. Hampir semua komen diluluskan kecuali yang mencarut dan lucah melampau. ternyata pengampu Umno terpaksa bertungkus lumus menjawab. kebanyakan komen dari IP yang sama termasuk yang mencarut kemudian hantar pula hadis nabi. Ini pula posting yang menyatakan komen seorang orang lama dalam Kastam mengenai kewujudan pembelaan kononya barang tersebut untuk pameran klik http://chegubard.blogspot.com/2011/07/maklumat-dari-orang-kastam-edyess.html
- http://chegubard.blogspot.com/2011/06/ketika-rakyat-susah-jom-tengok-beg.html
- http://chegubard.blogspot.com/2011/01/najib-terus-dipersenda-kerana-rosmah.html
Ingat kita tidak menuduh sesiapa tetapi kewujudan borang kemasukan berlian bernilai tinggi itu dan tertera dengan jelas nama orang yang menyamar wanita pertama negara ketika rakyat susah dihimpit kenaikan kos hidup perlu diperjelaskan. Dia bukan pegawai kastam, dia bukan pegawai syarikat penghantaran dan adakah dia membuat kerja 'part time' sebagai penganjur pameran ? Adakah sesuai dengan imejnya yang menyamar sebagai wanita pertama dan membuat kerja part time ?
Tuesday, July 19, 2011
Maklumat Dari Orang Kastam [edyess] !!
Ikuti pengakuan pegawai kastam di bawah;
http://edyesdotcom.blogspot.com/
Tulisan atas ialah tulisan dan idea edyessdotcom, dipertegas kita tidak menuduh tetapi dia harus tampil memberikan penjelasan bukan setkat penafian dangkal.
Monday, July 18, 2011
Suara kecewa guru melayu
HIDUP MELAYU! HIDUP MELAYU! HIDUP MELAYU!
SETENGAH TAHUN BERLALU, GURU GANTI BELUM DAPAT GAJI
SAYA ingin melahirkan rasa tidak puas hati dan sangat kecewa dengan Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) Gombak, Selangor dan Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Saya tidak tahu siapa yang harus saya persalahkan antara kedua-dua agensi ini memandangkan kedua-duanya terikat antara satu sama lain.
Saya merupakan bekas Pegawai Sambilan (Guru Ganti) di sebuah Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) di Daerah Gombak mulai 25 Januari 2011 sehingga 24 April 2011. Ini bermakna saya telah berkhidmat di sekolah tersebut hampir tiga bulan.
Dalam tempoh itu juga, saya tidak pernah menerima satu sen gaji daripada pihak PPD walaupun sepatutnya saya boleh dibayar setiap hari memandangkan saya berjawatan sambilan bergaji hari. Surat tawaran jawatan dikeluarkan oleh pihak PPD.
Apabila kontrak saya tamat pada 24 April 2011, saya menerima panggilan daripada pihak sekolah pada 28 April 2011 menyatakan saya mungkin akan menerima gaji saya dalam masa dua minggu lagi. Tetapi tiada gaji diterima.
Setelah sebulan lebih, saya telah berhubung kembali dengan pihak sekolah untuk bertanyakan gaji saya dan pihak sekolah telah menghubungi PPD. Pihak PPD menyatakan mereka tiada peruntukan untuk membayar gaji dan sedang berusaha memohon peruntukan daripada pihak KPM.
Akhirnya setelah hampir dua bulan iaitu pada 23 Jun 2011, saya sekali lagi kembali ke sekolah untuk bertanyakan gaji saya. Malangnya jawapan yang sama saya terima daripada pihak sekolah setelah menghubungi pihak PPD.
Saya kemudian ke PPD pada 5 Julai 2011 untuk bertanyakan gaji saya. Tetapi jawapan yang diterima tetap sama seperti jawapan pihak sekolah.
Saya sangat kecewa. Cuba bayangkan, sehingga ke detik surat ini ditulis (12 Julai 2011), saya masih tidak menerima gaji saya. Ini bermaksud sudah hampir setengah tahun iaitu hampir tiga bulan selepas tamat kontrak saya masih belum menerima gaji. Kenapa begini?
guru Melayu YANG KECEWA
Gombak, Selangor
14 Julai 2011
Sunday, July 17, 2011
Program di Ambang Ramadhan diteruskan di lokasi baru

Untuk mengetahu lanjut klik http://chegubard.blogspot.com/2011/07/program-ambang-ramadhan-esok-di-dataran.html
Mohon semua tolong sebar dan dijemput hadir.
Usaha terdesak untuk lindungi Imelda Rosmah
Dua dokumen diatas muncul di laman2 umno untuk membela Imelda Rosmah
Antara pembelaan 'segera' yang dihamburkan ialah
- gambar screen komputer itu kononya palsu dan dah diubah suai
- A. Krishnan tidak wujud
- tidak ada belian semahal RM24.45 j
Kita juga harus faham bukan sedikit yang dilaburkan oleh regim atau bagi pihak regim dalam memenangi perang cyber ini.
SPRM telah menahan A.Krishnan dan siasatan berkisar kepada bagaimana belian tersebut boleh dibawa masuk dengan cukai 'RM0' sahaja. Nampak sangat SPRM tidak membuat kerja rumah dengan betul. Memang menurut undang - undang yang telah dipinda oleh Najib dalam membentangkan belanjawan belian, perhiasan serta pakaian (termasuk yang mewah) tidak lagi dikenakan cukai. Adakah pindaan cukai itu untuk memenuhi selera individu tertentu ? Namun sesuatu yang amat berharga diperolehi dari tindakan SPRM ini ialah SPRM membuktikan bahawa data dari sistem kastam mengenai belian RM 24.4 j itu benar wujud dan bukan palsu.
Sebaik sahaja siasatan SPRM bermula maka sistem kastam di Kargo, KLIA telah 'down' hampir 3 jam. Kakitangan agen pengurusan kargo tidak lagi boleh mengakses sistem kastam seperti biasa selepas itu, perbagai 'syarat' dikenakan semuanya dijalankan secara 'manual'. Satu perkeliling ditampal mengenai perkara ini di papan kenyataan di Kargo, KLIA tetapi hanya beberapa jam dan ditanggalkan kembali mungkin kerana tidak mahu 'arahan rasmi' ini bocor. Ramai kakitangan agen pengurusan kargo marah kerana kerja yang seharusnya boleh selesai dengan mudah tetapi kini susah seperti mahu menyelindungkan sesuatu.
Kami telah menjangkakan sebelum ini pun data dalam sistem ini mungkin saja akan dipadamkan atau dipinda untuk menjaga Imelda Rosmah. Bayangkan dalam kes lebih serius iaitu kes pembunuhan Altantuya rekod imegresen pun boleh dipadamkan.
Najib pernah bersumpah dengan nama Allah bukan sahaja tidak pernah jumpa malah tidak pernah kenal dengan Altantuya, tetapi sehingga kini masih berdiam dengan cabaran YB Saifuddin Nasution Ismail yang mencabar Najib menafikan yang Najib pernah bersama naik satu penerbangan dengan Altantuya.
Kini selepas sistem kastam 'down' hampir 3 jam, semalam muncul pula borang asal (hanya boleh dicetak oleh pegawai tinggi kastam atau agen pengurusan terlibat) transaksi membawa masuk belian RM 24.45 j tersebut dan muncul juga kononya borang 2, kastam yang kononya membuktikan belian itu dibawa keluar ke Singapura 4 hari selepas belian itu masuk.
Kononya belian itu hanya untuk pameran belian yang dibuat di rumah VVIP sahaja dan kemudian dibawa keluar semula ke Singapura.
Menurut sumber dalaman kita yang meragui mengenai kewujudan borang kedua tersebut menyatakan
kalau tengok kat borang 2 Kastam yang muncul selepas sistem kastam 'down', belian tersebut keluar guna hand carry dan borang secara 'manual' keluar ke Singapura...cuba lihat betul-betul kenapa FOB tak sama!!! sedangkan FOB adalah nilai sebenar barang mengikut invoice...mustahil atau tidak barang yg keluar nie barang lain sikit (yg murah sikit)...lagi satu cuba tgk maklumat asal yg kita dapat no invoice tak sama!!! Nombor daftar ROC Jacob & co pun tak sama!!! Sepatutnya jika barang masuk untuk pameran dan sebagainya seharusnya ada terma ikrar, tetapi sebaliknya dalam sistem kastam ketika belian itu masuk lansung tidak wujud sebarang terma ikrar hanya untuk pameran dan akan dibawa keluar semula.Kini mungkinkah mereka sedang bersungguh - sungguh ingin mencari rumah VVIP mana yang akan direkayasa sebagai tempat konon telah diadakan pameran 'sulit' tersebut. Sudah tentu akan disusun tetamu-tetamu sulit untuk membuktikan telah diadakan pameran sulit tersebut.
Kalau tak betul hari pertama lagi Imelda dah muncul nafi. Sekarang ini dijemput Imelda Rosmah tampil untuk menyatakan sepatah dua kata mengenai perkara ini. Kita tidak menuduh tetapi dia harus tampil memberikan penjelasan.
Bagaimana pula dengan gelang 'zebra' dan jam 'zebra' yang juga keluaran Jacob & co yang jelas ada gambar Imelda Rosmah menggunakannya ? Adakah Jacob & co hanya bagi pinjam kerana dia terpulih menjadi duta produk Jacon & co ?
Saturday, July 16, 2011
Program Ambang Ramadhan esok di Dataran Senawang dipindah ke Pusat Khidmat Dun Paroi,Tmn Tasek Jaya
Golongan ini jarang di masjid, ttp tidak bermakna mereka ini tidak baik. Kita dekati dan sentuh mereka dengan gaya dan bahasa mereka. Golongan muda ini aset penting negara. Semua telah disusun. Malah penganjur juga telah membayar wang sewaan kpd senawang land sdn bhd selaku pemilik tempat. Poster, banner dan semua promosi sudah berjalan.
Malangnya semalam PDRM telah hubungi dan mengatakan 'permit tak lulus'. Bukan itu sahaja polis juga menghubungi pemilik tempat bakal dilakukan program agar tidak beri kerjasama.
Pada mulanya polis tak benar imej parti diketengahkan (w/pun PKR&PAS parti yg sah dan PAS memenangi dun tersebut) kami akur dengan hanya meletakkan SAMM dan Pusat Khidmat Adun sbg penganjur.
Kemudian mereka masih tolak permit. Bila ditanya kami diminta berurusan dgn cawangan khas Seremban. Respon mereka ialah kerana ada ucapan 'aluan' che'GuBard dan YB Mujahid. Demi mengutamakan masej dakwah penganjur akur che'GuBard dan YB Ust Mujahid tidak berucap. Namun polis masih berdegil tidak membenarkan prog. Ambang Ramadhan diteruskan.
PKR Rembau amat kecewa dengan perkembangan ini. Jelas PDRM menjadi alat kepada Umno. Usaha kami untuk sama membina bangsa Malaysia bukan setakat diperkecil ttp kami dizalimi pula hanya kerana politik kepartian sempit regim penguasa.
Untuk pengetahuan semua lokasi yg sepatut kami buat prog Ambang Ramadhan itu sering digunakan oleh perbagai pihak termasuk Umno untuk buat senam pocho2 tiap minggu, perbagai konsert dan seumpamanya.
Namun atas semangat dakwah mendekati anak muda program akan tetap diteruskan pada masa dan tarikh yang sama cuma tempatnya ditukar ke Pusat Khidmat Adun Paroi di Taman Tasek Jaya. Kami mohon semua pihak dapat membantu kami dengan membuat hebahan pertukaran tempat ini.
Semua dijemput hadir dan program akan diadakan dalam premis persendirian dan kawasan perpagar. Sebarang pertanyaan hubungi azizi 0123696474
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone
Friday, July 15, 2011
Ghairah bela diri PDRM akui salah guna dana awam. Tahan lebih ramai atau Polis 'curi' wang rakyat ? Ketua Polis sila jawab !

Polis sibuk nak bela diri kononya semua peserta himpunan BERSIH 2 diberikan layanan sempurna. Baca kenyataan Polis yang dilaporkan media kononya menyatakan RM25 seorang menjadi peruntukan yang digunakan untuk membiayai makan minum peserta ketika ditahan.
Bila ditanya kepada orang - orang yang ditahan mereka menyatakan mereka makan Ayam Goreng, Sayur, Sambal dan Nasi Kosong beserta dengan air manis. Hah! adakah ini harganya RM25 satu orang.
Pergilah ke mana - mana pembekal makanan memasak, tanyakan harga menu tersebut untuk lebih dari 1000 orang makan secara buffet... rata-rata akan mengatakan RM6 satu kepala malah ada yang akan menawarkan semurah RM4 sahaja jika cara pembayaran dipermudahkan.
Makanya PDRM keluar buget (wang rakyat) RM25. Mana pergi lagi RM20 ? Ini melibatkan salah guna kuasa... SPRM digesa masuk dan menyiasat perkara ini ....
Sebenarnya perkara ini sememang berlaku lama .... makanan dalam lokap siapa pernah periksa berapa harga diperuntukkan dan bagaimana mutu makanan disajikan dan siapa yang meraih keuntungan 'rasuah' tersebut ?
Satu lagi teori menurut orang - orang yang ditahan, menurut mereka yang ditahan sebenarnya menjangkau lebih dari 3500 orang, tetapi sebaliknya yang diistiharkan hanya 1000 lebih. Mungkin saja kalau jumlah wang dibelanja untuk makanan kalau jumlah tahanan lebih ramai mungkin membawa ke jumlah harga munasabah...
Sekarang ini PDRM kena jawab mereka tahan lebih tapi tak istihar atau ada kegiatan 'rasuah' dalam membelanjakan wang rakyat dalam menyediakan makanan orang yang ditahan.
Sistem kastam 'down' 3 jam semalam dan A.Krishnan telah 'diambil'

Terbaru : makluman dari kawasan kargo KLIA sistem komputer kastam telah ditutup dari boleh diakses oleh agen-agen pengurusan penghantaran barangan. Ramai pekerja agen-agen penghantaran mula merungut kerana prosedur yang sepatutnya mudah menjadi susah hanya kerana untuk melindungi Imelda Rosmah.



Satu perkara persoalam saya, sya seorang agen kastam yg telah bertugas selama 20 tahun, persoalan nya.
1. Kenapa tidak d gunakan borang Ata Carnet.
2. Kenapa pada k2 boleh di amend tanpa pengesahan pegawai kastam.
3. Mengapa tidak ada examption clause pada borang k2 dan k1 mengatakan ade tax examption
Sila jawab pada yg lebih arif.
Dibawah sya bg info ttg ata carnet.
The ATA Carnet is an international customs document that allows the holder to temporarily (up to one year) import goods without payment of normally applicable duties and taxes, including value-added taxes. The Carnet eliminates the need to purchase temporary import bonds. So long as the goods are re-exported within the allotted time frame, no duties or taxes are due. Failure to re-export all goods listed on the Carnet results in the need to pay the applicable duties. Failure to remit those duties results in a claim from the foreign customs service to the importers home country.
The acronym ATA is a combination of French and English phrases "Admission Temporaire/Temporary Admission."
Borang ATA Carnet sepatutnya digunakan untuk kes jika nak buat 'Pameran ke apa bagai ke' untuk tempoh maksima setahun. Ini bermakna, penganjur pameran harus guna borang ATA ini tetapi tidak digunakan.
Ada di kalangan mereka yang mempersoal tentang harga cincin yang mencecah RM24juta seolah ia tidak masuk akal. Namun keluarnya borang K1 dan K2 menunjukkan memang pihak kastam akui benar harganya sekitar RM24Juta (walaupun dikurangkan sedikit jumlahnya). Dalam tamadun hari ini, RM24juta bagi pengejar 'hall of fames' adalah tidak mahal untuk sebentuk cincin berlian, ditambah lagi ianya keluaran Yacob Arabo si yahudi yang pelanggannya terdiri daripada selebriti kelas dunia.
Harus diingat! Jika gelang 'Zebra' keluaran Jacob n Co pernah menghiasi pergelangan tangan Imelda Rosmah berharga hampir RM2juta, apatah lagi jika aksoseri itu bernama cincin berlian! Jangan biarkan diri terpedaya dengan helah-helah demi selamatkan Imelda Rosmah, kononnya dengan alasan cincin untuk tujuan pameran, rupanya pameran sulit di tempat sulit dan untuk VVIP yang serba sulit. Jahanam negara nie kalau ada yang percaya cerita sulit menyelamatkan Imelda Rosmah Malaysia...