When injustice becomes law, resistance becomes duty"...."Many will call me an adventurer - and that I am, only one of a different sort: one of those who risks his skin to prove his platitudes."— Che Guevara (1928-1967) International Revolutionary
Wednesday, February 27, 2019
MB NS mulakan kempen PRK Rantau dengan menipu
Tuesday, February 19, 2019
'Track Record' YTL jelas gagal tentu ada cerita belakang jika mereka dapat....
4. Bayangkan Kementerian Pendidikan terperangkap sekian lama dengan masalah YTL tidak mampu berbuat apa bagaimana pula nanti dengan Negeri Sembilan yang mangsanya ialah rakyat negeri ini seperti mana warga Kementerian Pendidikan.
5. Untuk pengetahuan Kerajaan Negeri Sembilan, menurut maklumat dalaman perkembangan terbaru di Kementerian Pendidikan. 1Bestarinet tidak diteruskan diperingkat fasa 3 bersama YTL. Kementerian Pendidikan telah memanggil RFI dengan menjemput perbagai pihak dan menurut sumber tersebut YTL tidak dipanggil. Tindakan ini sangat difahami kerana kegagalan YTL sebelum ini. RFP akan dikeluarkan dalam masa terdekat. Namun ia bukan proses mudah, Kementerian Pendidikan masih bergelut dalam mengenal pasti dan menyusun terma dan teknikal undang undang dalam mengenepikan YTL dalam pada masa sama YTL masih cuba bertahan dalam lubuk emas 1 Bestarinet.
6. Namun yang peliknya kenapa kerajaan Negeri Sembilan pula berminat mahu menjerumuskan diri bersama YTL dalam bidang telekomunikasi ini. che'GuBard masih tidak mahu beranggapan negatif walaupun telah dihantar oleh beberapa sumber dengan beberapa fakta, dokumen dan gambar yang boleh menjelaskan kenapa YTL yang jelas gagal dalam bidang telekomunikasi masih mendapat tempat persaingan di Negeri Sembilan. Dalam simpanan antaranya gambar kemunculan seorang Dato' dari syarikat tersebut dalam beberapa pertemuan tertutup bersama pimpinan utama. Ia mungkin kebetulan. Namun jika YTL masih mendapat tempat maka sudah tentu pendedahan lanjut tidak dapat dielakkan.
catatan ;
che'GuBard (Badrul Hisham Shaharin)
* Bekas MPP PKR
* Bekas Ketua Cabang Rembau
* Pengasas Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM)
nota kaki : catatan umum saya yang pertama sebelum ini saya turut hantar kepada beberapa kawan media.... hanta tersenyum kerana dia cakap 'bos' tak lepaskan sebab menyentuh gergasi besar.... sangat faham dengan 1 Bestarinet yang bermasalah boleh terus menyedut wang rakyat dan dibiarkan apalah sangat gergasi besar nak kawal media... bayangkan jika negeri sembilan terjerumus dengan gergasi ganas ini.
Kalau JKKK , Jin Kacau Kampung maka MPKK , polong kacau kampung.....
Isu sama juga telah ditulis sebelum ini dalam blog che'GuBard, sila klik http://chegubard.blogspot.com/2019/02/pesanan-buat-mb-ns-yang-tak-sedar-dia.html
(sebarkan)
Nampaknya kelemahan secara sengaja atau tidak berlaku diperbagai peringkat. Jujur dikatakan ia perlu diambil tindakan segera. Kekecewaan bukan sahaja dikalangan pengundi rakyat biasa namun mula wujud secara serius dikalangan aktivis dan penggerak PH yang duduk didalam struktur kerajaan itu sendiri seperti MPKK ini.
Saturday, February 16, 2019
Pesanan Buat MB NS dan Menteri PH yang tak sedar dia sedang disabotaj
PERANCANGAN PEMBANGUNAN OLEH KERAJAAN PH TELAH DISABOTAJ OLEH PEGAWAI2 TADBIR DI PERINGKAT NEGERI dan DAERAH,
Minggu lepas telah berlangsung Sesi Dialog diantara pejabat SUK Negeri, N.Sembilan dan ahli2 MPKK seluruh N.Sembilan,
Sesi yang sepatutnya berlangsung hingga ke petang terpaksa dipendekkan sehingga tengahari akibat isu2 PANAS yang telah dibangkitkan oleh ahli2 MPKK,
Diantaranya,
1) Peruntukan geran RM10 ribu untuk setiap kawasan MPKK oleh Kementerian Pembangunan Luar Bandar,
> Permohonan perlu dibuat melalui KEMAS oleh setiap pengerusi MPKK melalui kertas cadangan,
NOTA:
BUKAN KE KEMAS NI DULU ADALAH BARUAH KERAJAAN BN DAN SEKARANG, PENGERUSI MPKK YANG DILANTIK OLEH KERAJAAN PH TERPAKSA MEMINTA SEDEKAH PULA DENGAN KEMAS..?
KITA POHON, YB SK Rina Mohd Harun UNTUK MENGKAJI SEMULA PROSES PENYALURAN PERUNTUKAN INI SUPAYA AHLI2 MAJLIS MPKK YANG DILANTIK OLEH KERAJAAN PH TIDAK MENJADI MANGSA DENDAM BARUAH2 UMNO/BN YANG MASIH BERKUASA DAN BERKELIARAN DIDALAM KEMENTERIAN BELIAU,
2) Peruntukan Kewangan Belanjawan,
> Peruntukan telah diturunkan kepada Pejabat2 Daerah diseluruh N.Sembilan, perkara ini telah disahkan sendiri oleh Pegawai Kewangan Negeri, iaitu pada awal Januari,
NOTA:
Tetapi bila Pejabat Daerah ditanya oleh MPKK masing2, jawapan yang diberi hingga kini adalah "PERUNTUKAN BELUM TURUN"...?
3) ELAUN BULANAN PENGERUSI MPKK,
> Dah 2 bulan TERTUNGGAK,
NOTA:
PADAHAL, DUIT TELAH PUN DIMASUKKAN KE AKAUN BENDAHARI NEGERI DAN PERKARA INI TELAH PUN DISAHKAN OLEH PEGAWAI YANG BERKENAAN..?
Admin:
Begitulah betapa susahnya pejuang2 rakyat marhaen kita yang berjuang untuk kerajaan PH di peringkat bawahan,
PRU14 cukup punya hebat berjuang melawan jentera kerajaan KEMAS, bila kerajaan PH dah memerintah, terpaksa menadah tangan dengan baruaah2 tersebut,
SK Reana Makmur,
Sila ambil tindakan untuk memaklumkan kepada YB SK Rina Harun,
Admin nak tanya,
Kenapa perlu disimpan baruah2 UMNO/BN, KEMAS nih, dah nak mampos ke..?
Diperingkat negeri, N.Sembilan pula,
Begitulah hebatnya legasi kepimpinan pentadbiran kerajaan negeri yang telah ditinggalkan oleh MB terdahulu, Dato Seri Muhammad Hassan,
Masih ada hantu2 raya TIDAK BERTUAN peninggalan UMNO/BN yang berkeliaran di pejabat2 kerajaan negeri dan di Pejabat2 Daerah,
LAKUKAN SESUATU YAB MENTERI BESAR N.SEMBILAN, BUANG SEMUA KANSER2 YANG BOLEH MENYEBABKAN KEMATIAN..!
Thursday, February 14, 2019
Proses lantikan dan pembentukan SBC berkaitan telekomunikasi di Negeri Sembilan sedang diperhati rapat
14 Febuari 2019
1. Minggu lepas che’GuBard telah mendapat satu surat ‘tanpa tandatangan” memberikan beberapa fakta dan bukti mengenai wujud seorang Dato' proksi syarikat gergasi , peranan syarikat besar terhadap pemimpin dan lobi projek berkaitan kerajaan. Sebaik sahaja mendapat maklumat tersebut che’GuBard terus membentuk pasukan carian dan pengesahan maklumat. Selepas seminggu maka kami membuat keputusan sebahagian besar dari maklumat fakta dan bukti yang diberikan adalah benar. Namun skopnya sangat luas dan isu yang berpisah pisah. Walaupun penghantar tidak dikenal pasti namun kami merasakan boleh meneka tetapi demi menghormati sumber kami tidak mengganggu mereka.
2. Pertamanya kami ingin dedahkan mengenai proses perlantikan Syarikat Sokongan Kerajaan Negeri [State backed Company (SBC)] berkaitan Telekomunikasi di Negeri Sembilan yang bakal menjadi pengurus tunggal menara telekomunikasi di seluruh negeri. Sebelum ini sememangnya sudah wujud sebuah syarikat yang dikenali sebagai Rangkaian Minang Sdn Bhd yang 30 % dimiliki Kerajaan Negeri. Namun oleh kerana kononnya syarikat ini punya kepentingan ‘proksi’ kerajaan sebelum ini maka kerajaan negeri berhasrat untuk ‘mengenepikan’ Rangkaian Minang dan menubuhkan syarikat baru.
3. Pada 24 Ogos 2018 di Hotel Mewah Lexis Hibiscus, Port Dickson telah dipanggil Mesyuarat Ahli Lembaga Pemegang Amanah Perbadanan Menteri Besar Negeri Sembilan (bil 03/2018) dimana agenda utamanya ialah pembentangan syarikat syarikat terpilih ke arah mewujudkan sebuah syarikat SBC baru bagi telekomunikasi. Sebanyak 5 syarikat dipanggil. 4 syarikat menunjukkan minat dan satu syarikat kurang berminat. Namun yang paling menariknya ialah sebuah syarikat yang dikenali sebagai Kumpulan Jaringan Selangor Sdn Bhd yang dimiliki oleh YTL melalui YTL Comunications Sdn Bhd dan YTL Power International Bhd.
4. Carian mengenai 3 syarikat lain (tolak satu yang tidak berminat) tidak menunjukkan apa apa yang pelik, syarikat sederhana namun punya kekuatan kewangan dan pengalaman. Terlibat projek seumpamanya sebelum ini. Tidak punya label atau back up politik.
5. Menurut maklumat yang diperolehi 3 syarikat tersebut hampir pasti tidak memperolehi ‘projek’ tersebut. Syarikat dibawah YTL dikatakan bakal memperolehi projek tersebut. Setakat ini kami hanya mahu menghujahkan kenapa YTL tidak wajar memperolehi hak projek ini dari aspek teknikal dan rekod syarikat. Kami mengenepikan sementara maklumat yang kami perolehi bagaimana proksi syarikat ini muncul banyak kali dan seolah memainkan peranan aktif dalam pilihanraya kecil dan muncul juga beberapa kali bersama Menteri Besar bukti yang ada termasuk bukti bergambar pertemuan tertutup. Namun tidak mengelak kemungkinan akan mendedahkan semua jika keadaan mendesak bagaimana ‘suara atas’ sedang menekan pihak yang bakal memutuskan untuk memilih syarikat gergasi.
6. Bila menyentuh soal YTL dan telekomunikasi pasti semua teringat 1Bestari net sebuah projek yang menelan berbilion wang rakyat dihadiahkan secara istimewa kepada YTL oleh Kerajaan Malaysia (bawah Barisan Nasional). Namun projek ini jahanam hingga sekarang. Terbaru dalam parlimen, Timbalan Menteri Pendidikan sendiri mengakui mengenai 1Bestari net ini gagal dan tidak memenuhi janji mereka.
Antara Masalah Projek 1Bestari?
⦁ kuota Internet yang disediakan hanya 300Mb sahaja sebulan bagi setiap sekolah apabila menyusahkan lebih 300,000 guru di seluruh Malaysia
⦁ projek 1Bestari itu hanya menyediakan 1Mbps dengan bayaran melebihi RM200 yang merugikan Kementerian Pendidikan Malaysia
⦁ sistem server yang lembap
⦁ 1BestariNet menumpang menara telekomunikasi di dalam sekolah disamping buat untung untuk perkhidmatan Yes 4G untuk orang awam
⦁ Sedangkan perkhidmatan Unifi dgn 10 Mbps hanya dalam Rm200 disertakan dengann tv channel dan telefon percuma.
⦁ Banyak lagi masalah sejak awal namun aduan dibuat kerana ia syarikat besar dan dapat perlindungan politik maka YTL kebal
7. Bayangkan jika YTL diberikan hak tunggal mengendalikan semua menara telekomunikasi di Negeri Sembilan dan selepas itu punya masalah maka syarikat ini adakah tidak mungkin bakal gunakan ‘kabel’ politik bagi terus kebal dari dikenalan tindakan maka bukan sahaja kerajaan malah seluruh rakyat Negeri Sembilan bakal terperangkap dengan masalah berpanjangan. Rekod syarikat ini guna duit rakyat bina menara percuma di kawasan sekolah buat untuk dengan rangkaian YES namun berikan perkidmatan minima tanpa pedulikan aduan disekolah seluruh negara.
8. Satu lagi kerajaan negeri harus beri perhatian ialah Celcom, Digi, Maxis dan U Mobile tidak menerima YTL sebagai anggota kepada Telco Forum dengan alasan utama YTL beroperasi dengan TDD platform dimana berbeza dengan CDMU yang beroperasi dengan FDD platform. Ini semua bakal meberikan impak besar masa depan. Malah sudah pasti YTL jika diberi hak mengendali menara yang bakal digunakan semua telco (provider) akan mengakibatkan pertembungan kepentingan kerana YTL itu sendiri ialah telco (provider) juga.
9. Dimaklumkan juga sebahagian besar pasukan pemutus berkenaan perkara ini dalam Kerajaan Negeri Sembilan tidak bersetuju untuk memberikan hak projek kepada syarikat dibawah YTL namun mengalami tekanan. Demi kepentingan ramai maka diharapkan mereka ini kuat untuk membuat keputusan berdasarkan kelayakan demi mempertahankan intergriti bukan kerana tekanan.
Che’GuBard juga menjemput mereka memberikan maklumat jika mendapat tekanan melampau ke atas mereka dengan janji sumber pasti akan dirahsiakan.
Menuntut janji integriti dengan janji akan terus membuat pendedahan. Terus mengasak keadilan melawan KKN.
Catatan oleh :
che’GuBard (Badrul Hisham Shaharin)
Friday, February 01, 2019
Respon terhadap amaran Menteri Besar Negeri Sembilan
2 Febuari 2019
1. Pada 29 Januari 2019 dalam akhbar Berita Harian telah disiarkan ugutan YAB Dato Seri Aminudin Harun untuk mengambil tindakan undang - undang ke atas saya. Jawapan awal saya ialah kepada Aminuddin silakan kalau kamu rasa cara kamu betul. Sebelum itu kamu harus tahu apa isu kenyataan saya yang saya keluarkan melalui twitter saya @che'GuBard sebelum kamu main hambur sahaja ugutan ikut sedap mulut kamu.
2. Kisah bermula apabila beberapa minggu lepas saya mendengar cakap cakap dikalangan beberapa kontraktor di Negeri Sembilan bahawa wujud beberapa nama yang dikatakan rapat dan boleh akses terhadap Menteri Besar dan pentadbiranya mengutip duit dengan beberapa kontraktor kononya bagi tujuan menyelesaikan beberapa urusan dan selepas itu dia akan memainkan peranan menentukan agihan projek kerajaan negeri.
7. Namun saya ucapkan terima kasih kepada Menteri Besar Negeri Sembilan yang dalam ugutan dia terhadap saya depan pengamal media itu mengakui bahawa memang ada 3 orang yang menemui kamu. Cuma kenyataan kamu 'bila orang nak bertemu tidak akan saya menolak' yang disiarkan media itu harapnya tidak makan diri kerana ia agak kontrakdik dengan rungutan ramai termasuk pimpinan PKR sendiri mengenai betapa susah nak bertemu kamu.
Saturday, August 18, 2018
Ujian litmus pertama 'Imam Jalanraya"
19 Ogos 2018
1. Sebaik sahaja PH menang PRU ke 14 lalu ramai mula jaga periuk masing masing takut untuk dekat dengan che'GuBard. Biasalah bila ber 'boss' Mahathir anda bukan sahaja tidak boleh melawan malah tidak boleh langsung dilihat dekat dengan orang yang berani melawan walaupun atas apa alasan.
2. Namun berbeza dengan watak Haji Muhammad Sabu atau lebih dikenali abang Mad. Sekali sahaja ucapan tahniah sebaik dinamakan Menteri Pertahanan melalui aplikasi whats app dibalas dengan bertanya khabar dan pelawaan sarapan pagi di Restoran Nasi Kandar. Sampailah berjumpa sarapan bersama nampaknya Abang Mad walaupun menjadi menteri dia tetap Abang Mad yang sama. Pesan dia masih ku ingat, saya tetap sayang cikgu. Cikgu teruslah jadi pemantau yang menegur siapa sahaja termasuk lah saya, katanya.
3. Beberapa minggu lepas telah heboh diperkatakan mengenai kewujudan kes seorang individu yang saya juga kenal dan anggap abang yang dilantik menjadi setiausaha politik abang Mad. Individu tersebut telah diputuskan oleh mahkamah pada 2013 dan pada awal 2014 telah disah senaraikan muflis oleh Jabatan Insovensi . Di bawah dikepilkan nota carian Jabatan Insovensi
4. Namun yang mengundang persoalan ialah secara tiba tiba selepas Abang Mad dinamakan sebagai Menteri Pertahanan dan individu tersebut dimaklumkan sebagai Setiausaha kanan maka secara tiba tiba sejumlah wang lebih RM823 ribu telah dibayar secara tunai dirakam dalam fail Jabatan Insolvensi bagi menggugurkan status muflis individu terbabit. Jadual seperti dibawah.
5. Selepas perkara ini terdedah dan ada pihak membuat laporan SPRM. Maka perbagai alasan cuba diberikan antaranya ialah duit itu pinjaman dari kawan - kawan dan ada juga alasan duit itu sumbangan derma beberapa pihak. Secara moralnya kes ini 100 % telah salah kerana sejak tahun 2013 hutang tidak mampu dibayar namun secara selepas dinamakan sebagai Setiausaha Kanan Menteri Pertahanan tiba - tiba muncul pula orang nak bagi pinjam. Lebih RM823 ribu dipinjamkan , selaku penjawat awam berapa gaji akan diperolehi dan penjawat awam biasanya tidak boleh terlibat perniagaan besar lebih lagi berjawatan penting seperti Setiausaha Kanan Menteri bagi mengelakkan pertembungan kepentingan. Maka berapa tahun pinjaman itu boleh dibayar dan berapa pula kadar faedah dikenakan. Apa kepentingan peminjam juga menjadi persoalan ?
Jika alasan sumbangan ia sudah dua kali salah. Persoalan kenapa tiba - tiba wujud penderma selepas dinamakan setiausaha kanan menteri ?
Kita ingat lagi bagaimana nak cari derma untuk Abang Mad selepas dihukum oleh Mahkamah sebelum PRU 14 juga sangat susah, begitu juga tokoh penting AMANAH seperti Mazlan Aliman sendiri terpaksa 'merintih' bagi denda mahkamah yang dikenalan ke atasnya itupun jumlahnya hanya sekitar RM300 ribu sahaja.
6. Paling mengundang kelucuan ialah apabila muncul beberapa watak yang mempersoalkan pendedahan mengenai perkara ini. Contohnya Chin Tong, Ahli Parlimen DAP yang juga Timbalan Menteri Pertahanan yang kononya mengecam tindakan pendedahan kerana katanya tindakan pendedahan itu salah dan mengganggu siasatan SPRM serta mengheret kepada penghakiman media. Nampaknya cepat sungguh beberapa watak dalam kerajaan Malaysia Baru menjadi watak dalam Regim Lama yang digulingkan.
Sewajarnya pendedahan seperti ini wajar diraikan dan mereka harus menjawab secara terbuka. Tak kan lah keupayaan pertahanan negara berapa pesawat boleh terbang, berapa tak boleh terbang boleh didedah kepada umum termasuk negara asing tetapi isu pembayaran pelik 'bail out' muflis setiausaha menteri menjadi begitu rahsia.
Tuesday, July 17, 2018
Malaysia semakin jauh dari negara hukum.
17 Jun 2017
Kemenangan rakyat menumbangkan Barisan Nasional dalam PRU ke 14 yang lalu seharusnya meletakkan negara makin 'ke dalam' landasan betul dengan mengangkat kedaulatan undang - undang dan perlembagaan sebagai teras pegangan. Namun beberapa perkembangan mutaakhir ini sangat membimbangkan dan lebih malang lagi dengan pembangkang yang lemah dan kebanyakan 'gerakan' serta individu yang kononya bergerak atas nama pro progresif pula seolah masih 'mabuk padang' kemenangan.
Kegusaran pertama ialah sebaik sahaja kekalahan Barisan Nasional , Mahathir mengumumkan kewujudan sebuah jawatankuasa yang diketuai oleh Daim yang kemudian mengumumkan kewujudan beberapa jawatankuasa kecil. Jawatankuasa ini pula kemudian bertindak diluar batas seolah negara ini diperintah oleh jawatankuasa ini. Kabinet belum dibentuk malah jauh lagi bermesyuarat, Menteri belum angkat sumpah, parlimen juga belum bersidang namun jawatankuasa ini telah begitu berkuasa memanggil semua agensi termasuk agensi pelaksana, agensi perundangan (penguatkuasaan) malah lebih biadap turut memanggil mereka di dalam agensi kehakiman. Malaysia seolah dikendalikan dari Menara Ilham dengan persetujuan Pejabat Yayasan Kepimpinan Perdana bukan lagi Putrajaya.
Pertamanya wajib diingat bahawa jawatankuasa ini adalah "unconstitutional" ia diwujudkan tanpa keabsahan undang undang. Mereka juga tidak terikat mana mana kontrak jauh sekali ada sumpah taat setia pada negara. Maka mereka ialah jawatankuasa haram. Bukan sahaja agensi pelaksana, pengaatkuasa, keadilan kelihatan bebas dipanggik melapor kepada jawatankuasa haram ini malah kabinet sendiri seolah terletak dibawah jawatankuasa ini.
Tidak pernah dalam sejarah dalam mana - mana negara komenwel mana - mana anggota atau kabinet itu sendiri memanggil ketua hakim 'mengarahkan' letak jawatan. Namun di Malaysia telah tercatat sejarah paling hitam dalam semua negara komenwel apabila sebuah jawatankuasa haram memanggil Ketua Hakim Negara 'arah' letak jawatan dan kemudian memberikan kenyataan terbuka menghina dan mendesak perletakan jawatan.
Atas desakan jawatankuasa haram yang diketuai oleh manusia paling korup di Malaysia iaitu Daim maka akhirnya Ketua Hakim Negara dan Presiden Mahkamah Rayuan telah meletakkan jawatan dengan mempersembahkan surat kepada DYMM Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong memaklumkan perletakkan jawatan bermula 31 Julai 2018.
Tidak cukup dengan itu sekali lagi negara ini mencipta sejarah hitam sebagai negara tidak berpelembagaan dengan mengadakan Majlis Angkat Sumpah Ketua Hakim Negara Baru pada 11 Julai 2018. Majlis yang diadakan secara tergesa - gesa atas desakan tangan ghaib itu diadakan malam hari di Istana Negara. Sekali lagi Malaysia mencatat sejarah hitam dunia dengan kali pertama dalam sejarah negara yang punya dua Ketua Hakim. Persoalanya kenapa perlu tergesa gesa angkat sumpah ketua hakim baru di malam hari dalam keadaan ketua hakim masih duduk dikerusi itu sehingga 31 Julai.
Prinsip pemisahan kuasa antara kuasa eksekutif, perundangan & kehakiman hancur tanpa kita sedar, dan ia bakal menjadi tanda aras baru yang bakal menjadikan negara Malaysia ini jauh dari menjadi negara hukum yang menjamin keadilan dan hak.
Itu belum lagi menyebut dalam perihak bagaimana lantikan Peguam Negara yang baru yang bukan sahaja PH menipu pengundi dengan melanggar janji manifesto mereka malah mereka juga melangar norma perjalanan negara hukum demi memenuhi nafsu lantikan mereka. Pada janji ke-15 manifesto PH - di bawah tajuk Memisahkan Pejabat Pendakwa Raya Negara Daripada Pejabat Peguam Negara, HARAPAN menyatakan:
Peguam negara akan dilantik daripada kalangan anggota parlimen yang berkelayakan, dan beliau akan menjadi seorang menteri yang boleh meneruskan peranan sebagai penasihat undang-undang bagi kerajaan.
Jawatan Pendakwa Raya pula akan dipegang oleh individu lain yang bebas dan bertindak tanpa mengira kepentingan politik kepartian.
Beliau akan mengetuai Pejabat Pendakwa Raya Negara yang mempunyai autonomi dalam melaksanakan kuasa-kuasa pendakwaan, iaitu sama seperti yang dilakukan oleh negara-negara lain yang demokrasinya lebih matang.
Selepas melanggar manifesto dalam perihal meletakkan lantikan Ketua Pesuruhjaya SPRM dibawah parlimen kini adakah PH sekali lagi melanggar janji manifestonya pula dalam bab pemisahan kuasa Pendakwaraya dan Peguam Negara.
Atau dalam senarai ahli parlimen yaang menang bertanding tidak ada yang layak dilantik sebagai Peguam Negara seterusnya menjadi Menteri yang berperanan sebagai penasihat undang - undang bagi kerajaan sehingga terpaksa berdepan dengan polimik hanya untuk melantik Tommy Thomas selaku Peguam Negara yang akan menjadi Menteri yang menjadi penasihat undang - undang dalam kerajaan.
Dalam bab ini Peguam Negara masih dilantik oleh Perdana Menteri dan tidak bebas masih sama dan tidak ada bezanya dengan sebelum ini malah lebih parah Peguam Negara yang Mahathir lantik ini bakal menjadi Menteri (anggota kabinet) pula jika berdasarkan janji manifesto mereka.
![]() |
| perlantikan speaker DEWAN RAKYAT juga melanggar janji manifesto PH |
Keadaan semakin celaru semalam mengenai perlantikan Speaker Dewan Rakyat. Sebelum itu saya mengajak semua mengimbau peristiwa 20 Disember 1999, Perdana Menteri (Mahathir) ketika itu telah mencadangkan perlantikan Mohamed Zahir Ismail sebagai Speaker Dewan Rakyat. Pencalonan ini disokong oleh Presiden MCA, Lim Liong Sik.
Perlantikan ini telah dibantah oleh ahli ahli parlimen Barisan Alternatif ketika itu kerana dikatakan telah dicalonkan tidak mengikut peraturan Dewan (termasuk isu notis 14 hari). Antara yang mengambil tempat dalam perbahasan tersebut adalah Mohammad Sabu, Mahfuz Omar, Teresa Kok, Chong Eng, Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi, Dr Tan Seng Giaw, Kerk Kim Hock, Fong Po Kuan dan Tan Kok Wai.
Selepas bantahan tersebut tidak diterima, Dr Tan Seng Giaw telah mengisytiharkan keluar dewan dengan berkata, "Ada bantahan... Satu walk-out". Semua ahli parlimen Barisan Alternatif telah keluar dewan pada ketika itu sambil disorak oleh beberapa ahli parlimen BN, "Oi balik balik berambus get lost" dan "tidak angkat sumpah tidak boleh masuk ooo".
Ahli-ahli Parlimen BA kemudiannya telah masuk semula ke dalam Dewan bagi upacara angkat sumpah. Termasuk Allahyarham Us Fadzil Noor, Dr Wan Azizah, Dr Tan Seng Giaw dan Husam Musa.
Kali ini ia berlaku sekali lagi dibawah Perdana Menteri yang sama. Peraturan Mesyuarat Dewan Rakyat no 4 jelas menyebut:
"Aturan memilih Tuan Yang di-Pertua hendaklah seperti yang tersebut di bawah ini:
(1) Tiap-tiap ahli yang hendak mencadangkan nama seorang ahli Dewan itu atau seorang yang layak dipilih menjadi ahli Dewan itu yang hendak dipilih jadi Tuan Yang di-Pertua, hendaklah mempastikan terlebih dahulu iaitu ahli itu suka berkhidmat jika ia dipilih, dan juga hendaklah memberitahu kepada Setiausaha dengan bersurat sekurang-kurangnya empat belas hari sebelum mesyuarat"
Tarikh tutup penamaan calon Speaker ialah pada Isnin, 02 Julai 2018 iaitu 14 hari sebelum 16 Julai 2018 tarikh permulaan sidang.
Umum mengetahui, Mohamad Ariff Md Yusof hanya disahkan pencalonannya sebagai Speaker oleh Kerajaan pada semalam, 15 Julai 2018. Sebelum pada itu PH mencadangkan nama Ahli Parlimen Sungai Petani, Johari Abdul sebagai calon kemudian ditukar sebab bantahan dalaman dan Johari tarik diri hanya dimaklumkan minggu lepas.
Jadi, bagaimana SU Dewan Rakyat boleh berkata dia telah menerima surat pencalonan bertarikh 02 Julai 2018 ? Tidak perlu menulis panjang kerana saya bekas orang yang duduk dalam kelambu PKR dan sehingga kini ramai teman rapat dalam sana. Cuma kepada mereka yang bersungguh membela kejadian 'back dated' notis menamakan speaker janganlah terlalu hipokrit dan jujurlah paling tidak dengan diri sendiri dan rekod susah payah berjuang. Adakah perjuangan yang panjang hanya untuk merebut tempat dan mengulang semula kepincangan negara dalam keadaan lebih parah.
Macai sentiasa ada di mana - mana cuba bertukar watak. Ketika tahun 1999 dan banyak siri selepas itu ketika pembangkang keluar dewan sebagai bantahan maka macai Bn akan mengecam perbagai termasuk memanggil yang keluar dewan itu sebagai beruk dan anjing kerana kononya tidak menghormati dewan. Begitu juga kini bila pembangkang (yang sebahagian besar darinya dahulu kerajaan keluar dewan) maka macai kerajaan akan membuat kecaman termasuk memanggil mereka beruk dan anjing. Ini bukti jelas sejarah itu berulang ulang dan terpulang pada kita untuk menjadikanya pengajaran, cuma setakat ini terbukti yang berubah hanya watak namun roh perubahan reformasi itu terlalu jauh.
Contoh satu lagi jika dulu ketika PAS tidak keluar dewan kerana membantah maka penyokong PH memanggil mereka pasu bunga, namun ketika hari ini ahli parlimen seperti Rembau tidak keluar dewan tidak pula dipanggil pasu bunga sebaliknya dipanggil hero dan hebat.
Untuk makluman semua saya dan beberapa teman - teman baru dan lama dari perbagai fraksi sedang berbincang untuk membuat beberapa tindakan. Antara tindakan dibincangkan untuk membawa perlanggaran hukum serius dalam negara ke perhatian dunia termasuk bertemu Queen Council bagi meneliti perkembangan terbaru ini. Kepada rakyat keseluruhanya ekonomi Malaysia sebenarnya makin terjejas, pelabur menjauh. Kenyataan dari China dan Jepun serta beberapa buah negara meragui dasar ekonomi Mahathir ada asasnya apabila undang - undang (prinsisp asas bernegara hukum) dilanggar sebegitu rupa. Nilai Matawang negara makin jatuh, indeks BSKL sangat tidak stabil. Akibatnya barang keperluan khususnya barang makanan yang majoriti keperluan datang dari luar negara harganya makin menaik.
Perubahan ?
catatan umum cheGuBard, warga negara Malaysia
nota kaki : ramai nasihat saya supaya belajar berdiam sebab kini peluang sedang banyak, malah ada yang menawarkan untuk sama mengisi 'jawatan' dalam kemenangan.... namun saya mohon maaf sejak 1998 bila saya buat keputusan 'berlawan' saya hanya belajar satu... nyatakan benar itu benar dan salah itu salah... insyaAllah selebihnya pulangkan pada yang Esa.
![]() |
| akhbar Jepun juga melaporkan ketidakpercayaan terhadap ekonomi Malaysia |
Wednesday, June 27, 2018
Siri 2 (che'GuBard & Peguam Negara) Dendam Apandi berpunca poendedahan kegiatan Faridah Begum
27 Jun 2018
1. Dalam siri satu penulisan saya tegaskan kenapa saya meraikan pemecatan Ghani selaku Peguam Negara dalam keadaan semua dibutakan konon dia hero. Tulisan kedua ini bagi menjelaskan saya meraikan pemecatan Ghani bukan beerti saya merayakan perlantikan Apandi. Lantikan Apandi sendiri tidaklah terlalu kontroversi seperti lantikan Ghani yang dilihat sebagai naik pangkat kerana berjaya dalam misi menjahanamkan Anwar arahan Mahathir Mohamad. Setakat rekod Apandi Ali selaku ahli Umno dari tahun 1982 hingga 1991 tidaklah seganas rekod (Tan Sri) Zaki Azmi yang pernah memegang jawatan Umno pusat iaitu Jawatankuasa pemilihan Umno Malaysia kemudian dilantik sebagai ketua Hakim pada 2008
2. Namun yang paling menjolok mata ialah bagaimana isterinya Faridah Begum Binti KA Abdul Kader dikesan mempunyai kepentingan dalam puluhan syarikat termasuk yang mempunyai kaitan dengan projek kerajaan. Faridah Begum dikesan merupakan pengarah kepada syarikat antaranya BHL Management Sdn Bhd, Chersonese International (M) Sdn Bhd, Coral Fields Resources Sdn Bhd, FJ Diving Sdn Bhd, Kemayan Corporation Sdn Bhd, Lembah Jaguh Sdn Bhd dan banyak lagi. Antara puluhan syarikat yang merekod pegangan isteri Peguam Negara ini mendapat hak Kuari dan projek kerajaan. Malah ada syarikat miliknya sedang mendapat perintah gulung (winding up) dengan tujuan menutup hutang yang sangat besar. che'GuBard antara yang awal mendedahkan kegiatan perniagaan 'luar biasa' isteri peguam negara ini.
3. Jujurnya pernah dinasihatkan untuk jangan terlalu 'detail' dengan pendedahan berkaitan peguam negara kerana kalau peguam negara berdendam susah nanti. Namun bagi saya mati itu sekali bertemu pencipta itu pasti. Maka tak ada apa yang perlu saya takutkan. Bukan itu sahaja saya juga menemui anak Apandi punya kepentingan dalam syarikat yang perolehi AP bahan keperluan makanan asas rakyat. Bukan sekadar data syarikat malah akaun bank yang agak luar biasa kaitan keluarga terutama isteri Peguam negara ketika itu saya dedahkan. Pendedahan saya salurkan kepada perbagai pihak. Termasuk ada disebut dalam perhimpunan agong sayap Umno dan beberapa pihak lain.
4. Saya tahu Apandi mula 'marking' saya apabila saya mula menyerang pertemuan London dia bersama pemimpin utama pembangkang (ketika itu) dan peranan isterinya dalam media pro pembangkang (ketika itu). Hasilnya saya diserbu oleh puluhan anggota polis bersenjata di stesen minyak tengah malam pada 12 April 2018, dilokap dan didakwa dibawah akta hasutan konon menghina Sultan Selangor kerana isu Azmin MB pintu belakang.
5. Jelas memang Apandi demdami saya kerana ketika pagi 13 April 2018 di Mahkamah, pendakwa raya memberitahu Peguam Negara sudah siap untuk mendakwa beberapa lagi kes ke atas saya. Namun mujur PRU pada 9 Mei Barisan Nasional kalah dan Peguam Negara bertukar. Namun bagi cheGuBard pertukaran peguam negara tidak bermakna kerana ia masih proses yang sama. Perdana Menteri 'melantik' Peguam Negara, Agong suka atau tidak kena terima. Maka sudah tentu Peguam Negara kena mengikut telunjuk Perdana Menteri yang punya kuasa.
6. Ini sangat bercanggah dengan janji manifesto pembangkang, kononya mereka berjanji Peguam negara dan pejabat pedakwaan akan berbeza dan diasingkan. Peguam negara akan terdiri dari ahli parlimen hanya untuk menasihat negara dari perjalanan undang undang. Pendakwaan kuasa pejabat pendakwaan, namun ternyata semua hanya janji manis semata. Hakikatnya hingga kini tetap sama.
7. Peguam negara memainkan peranan sama, kes pendakwaan tetap terpilih. Kadir Jasin dan ramai macai Mahathir menjalankan 'arahan' menfitnah Agong konon belanja habiskan berratus juta wang rakyat, malah ada macai yang siap menamakan perempuan pertama dan perempuan kedua agong menghabiskan beratus juta wang rakyat..... namun seperti biasa kerana mereka macai perdana menteri maka mereka tidak didakwa .... namun kes akta hasutan saya diteruskan oleh Peguam Negara Malaysia baru dengan lebih tegas. Bukan itu sahaja Peguam Negara Malaysia baru beberapa hari sebelum raya telah menghantar pos laju ke rumah saya memaklumkan Pejabat Peguam Negara telah membuat rayuan ke atas saya yang dituduh selaku penganjur Blackout 505 iaitu perhimpunan protes penipuan PRU ke 13. Ia kes lebih 5 tahun lepas di mana dibantu peguam YB Gobind Sigh saya dibebaskan di Mahkamah Sesyen Shah Alam, kemudian menang juga rayuan oleh Peguam Negara (Apandi ketika itu) di Mahkamah Tinggi Shah Alam dan kini Pejabat Peguam Negara (Tommy Romas) kini merayu pula di Mahkamah Rayuan Putrajaya pada tarikhnya 20 Ogos 2018 hanya kerana arahan dendam kerana saya tanpa henti memukul bosnya Mahathir Mohammad.
8. Sekali lagi saya tegaskan tidak ada perubahan reformasi pun, dalam bab perundangan dan pelaksanaan keadilan kerana yang rapat dan mampu menjilat penguasa akan dilindungi yang tidak mahu tunduk akan ditekan zalimi.
catatan umum ; che'GuBard, warga negara Malaysia
jemput baca siri 1 klik http://chegubard.blogspot.com/2018/06/siri-1-saya-dan-peguam-negara-meraikan.html
siri 1 (saya dan Peguam Negara) : Meraikan pemecatan Ghani Patail bukan meraikan lantikan Apandi.
26 Jun 2018
1. Apabila (Tan Sri) Abdul Ghani Patail 'dipecat' dari jawatan Peguam Negara saya secara peribadi telah meraikan pemecatan tersebut dengan menulis status dilaman sosial saya seperti Facebook dan Twitter. Oleh kerana saya meraikan pemecatan ini maka ramai telah menuduh saya orang Najib. Sedangkan ramai mungkin lupa 'lahanat' Ghani ini telah menggunakan kedudukannya selaku Peguam Negara untuk melakukan kerja kerja jahat.
2. Sebagai Pesuruhjaya Penyemak Undang-Undang, Abdul Gani dipilih untuk menerajui pendakwaan terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung kes rasuah dan liwat tahun 1998. Anwar secara terbuka menegaskan Abdul Gani dan kemudian Penolong Pesuruhjaya Polis Musa Hassan mereka-reka bukti terhadapnya semasa perbicaraan, khususnya laporan perubatan mata lebam kononnya memukul diri sendiri semasa di dalam penjara. Tuduhan Anwar itu kemudian disokong surat terbuka pegawai kanan polis CID Datuk Mat Zain Ibrahim.
3. Pada 11 Disember 2010, muncul gesaan Gani Patail untuk jelaskan hubungan dia dengan bekas pengerusi Penerbangan Malaysia (MAS) Tan Sri Tajudin Ramli yang terbabit skandal kewangan sehingga MAS kerugian RM8 bilion pada 2001. Tajudin Ramli (skandal ini dikatakan turut dilindungi Mahathir) tidak didakwa sehingga beberapa lama. Sebagai bukti hubungan mereka , gambar-gambar percutian Abdul Gani bersama Shahidan Shafie beredar di internet. Shahidan dikenali sebagai proksi Tajudin .
4. Pada Ogos 2011, muncul tuduhan bahawa beliau disogok oleh bekas timbalan pengerusi eksekutif Ho Hup Bhd, Datuk Vincent Lye, atas sokonganya dalam pertikaian lembaga pengarah syarikat Ho Hup. Tuduhan ketika itu dana Ho Hup digunakan untuk membayar kerja-kerja pengubahsuaian rumah isteri kedua ketua pendakwa raya itu di Negeri Sembilan. beberapa laman web menyiarkan foto invois-invois bertarikh 13 Julai 2009, daripada sebuah syarikat di Petaling Jaya kepada Ho Hup berkaitan kerja-kerja pemasangan lampu atas nama “AG's Bangalow at Seremban 2 — Sri Carcosa”.Satu invois tulisan tangan juga bertarikh 13 Julai 2009 kepada Lye untuk kerja-kerja pengubahsaian bagi Sri Carcosa di Seremban 2, baucar daripada Ho Hup bertarikh 12 Ogos 2009 bagi kerja-kerja yang telah dijalankan bagi rumah “AG Tan Sri Ghani Patail Bangalow di Seremban 2 — Sri Carcosa” bernilai RM18,000 dan satu cek RM18,000 yang dikeluarkan kepada pihak yang menjalankan kerja-kerja pengubahsaian. Namun Ghani hanya membuat penafian dangkal dalam perkara ini juga seperti biasa agensi anti rasuah digunakan untuk mengeluar kenyataan mensucikan peguam negara.
5. Gani juga direkodkan sebagai gagal dan lemah selaku Peguam Negara dalam mewakili tuntutan ke atas Pulau Batu Puteh iaitu kawasan kedaulatan negara yang dituntut Singapura. Bukan sahaja lemah dan kalah malah Ghani gagal failkan rayuan dalam kes ini. Melalui akaun bersumpah pegawai kanan PDRM ketika itu mendedahkan satu transaksi wang besar di Hong Kong hasil 'kelemahan' yang disengajakan itu. Malah turut wujud dakwaan ada peranan agen asing dalam pejabat Peguam Negara ketika itu. SAMM sendiri menggerakkan laporan polis serentak di seluruh negara namun biasalah ketika itu Ghani Peguam Negara dan ia pasti dilindungi.
6. Yang dicatatkan diatas hanyalah cebisan kecil mengenai kerja buat Ghani ketika dia dalam Pejabat Peguam Negara. Banyak lagi kerja buatnya yang menjahanamkan. Adakah dengan semua rekod ini maka pemecatanya tidak boleh diraikan. Hanya orang yang buta perut sahaja akan bersedih dengan pemecatan Ghani malah menjadikan Ghani pula hero kononya.
7. che'GuBard dan keluarga besar SAMM melawan Ghani selaku Peguam Negara maka hasilkanya keluarga besar SAMM dan che'GuBard sendiri menjadi sasaran. Bukan sedikit tekanan SAMM lalui kerana itu. Namun apabila cheGuBard meraikan pemecatan Ghani maka SAMM dituduh penjilat Najib. Ingat meraikan pemecatan si lahanat Ghani bukan beerti kami suka lantikan Apandi Ali. che'GuBard dan SAMM juga melawan Apandi jauh lebih dalam dan teliti, hasilnya sehingga kini. cheGuBard sedia ke penjara.
sila ikuti sambungan ke dua .....
cacatan oleh cheGuBard, warga negara Malaysia
sila klik http://chegubard.blogspot.com/2018/06/siri-2-chegubard-peguam-negara-dendam.html untuk membaca siri 2
Saturday, June 09, 2018
Produk ajaib: cuci kotoran di tudung 30 saat
Clear Sprayz
✔ Rendang
✔ Kari
✔ Minyak
✔ Sambal
✔ Kicap
✔ Sos Cili
✔ Sos Tomato
✔ Dakwat Pen
✔ Coklat
✔ Lipstik
www.wasap.my/601120739987
Info ringkas produk ni....✔ Tidak meninggalkan kesan pada fabrik
✔ Cecair Cepat Kering
✔ Ada wangian
✔ Mesra Solat
✔ Kandungan : 30ml
(Jangkaan: 200 semburan tiap botol)
Harga Promo: rm30 sebotol
Kami juga mencari 10 orang Agen .... buat duit sambil beraya... Untuk 10 orang sahaja..
#berayatanparisautudungmahalkotor
#barangbarubarangpanas
www.wasap.my/601120739987
Wednesday, June 06, 2018
Lantikan Peguam Negara, Manifesto Pakatan Harapan dan Kematangan Anwar Ibrahim
6 Jun 2018
1. Beberapa hari kebelakangan ini hinggalah pagi semalam negara berbincang polimik mengenai perlantikan Peguam Negara. Peguam Negara sebelum ini Apandi Ali tidak pasti apa istilah sesuai digunakan sama ada berhenti atau dipecat tetapi yang pasti dia bukan lagi Peguam Negara. Selepas itu Mahathir selaku Perdana Menteri seperti amalan biasa sebelum ini mengemukakan nama ke Istana Negara (baca : DYMM Seri Paduka Baginda Yg Di Pertuan Agong).
2. Muncul polimik diberitakan Istana Negara meminta cadangan dalam bentuk senarai beberapa nama namun Mahathir pula diberitakan berkeras hanya menamakan satu sahaja nama iaitu Tommy Thomas. Istana Negara mengeluarkan kenyataan 1 Jun menyatakan belum ada persetujuan. Kenyataan ini dibaca oleh ramai sebagai masej Istana tidak bersetuju dengan nama yang diberikan. Kenyataan Istana Negara itu disambut dengan serangan bertubi - tubi cybertrooper berbayar dan tidak berbayar pro Mahathir. Kadir Jasin yang merupakan Ketua Media dan Komunikasi Majlis Penasihat Kerajaan tanpa berlengah terus menulis artikel dan terus menjadikan tulisan beliau tular. Kadir menyerang DYMM Seri Paduka Baginda Yg. Di Pertuan Agong dengan cuba menggambarkan betapa membazirnya Baginda Tuanku. Ini merupakan taktik biasa Mahathir, bila Istana tidak mengikut kehendaknya pasti Istana akan diserang khususnya akan dilabel sebagai membazir dan memeras rakyat seperti sebelum ini.
![]() |
| antara grafik yang tular menyerang Agong (ini pilih yang paling sopan, malah ada yang lebih biadap) |
![]() |
| perbelanjaan yang dikatakan pembaziran Agong dikatakan juga data dari rasmi Kerajaan turut disebarkan oleh cytro pro Mahathir Sedangkan maklumat itu Salah, maklumat sebenar laman rasmi MOF berbeza |
![]() |
| keratan akhbar Utusan ketika PM ke 4 'berperang' dengan Raja Melayu |
![]() |
| ribuan komen di laman sosial menyerang Agong kerana diinspirasikan oleh cytro kawalan Mahathir |
3. Bukan itu sahaja blogger lain (kawalan Mahathir) seperti Syed Akhbar Ali juga menghalakan 'meriam' ke Istana. Istana sememangnya wujud rasa tidak selesa selepas diseret oleh Ketua Pesuruhjaya SPRM (lantikan Mahathir) yang baru dengan menyatakan pihaknya beberapa kali menemui Raja - raja Melayu berkenaan isu 1MDB juga SRC . Namun sehari selepas itu Istana Negara mengeluarkan kenyataan menafikan tuduhan Ketua Pesuruhjaya SPRM itu. Kenyataan penafian Istana itu disambut oleh Kadir Jasin dengan desakan tiba masanya mengkaji peranan / kerelevanan Institusi Raja Melayu. Namun seperti biasa ketika Mahathir Perdana Menteri ke 4 , semasa timbul konflik dengan Istana maka Anwar Ibrahim lah merupakan watak sama ada menjadi panglima mengumpul sokongan rakyat ataupun menjadi 'negotiator' antara PM dan Istana. Walaupun Kadir Jasin, Syed Akhbar Ali, Zainuddin Maidin dan ramai cytro Mahathir menyerang Anwar dalam alam maya namun Anwar meneruskan kematanganya bertandang dari Istana ke Istana dan oleh kerana hubungan baik yang dia bina segera inilah polimik lantikan peguam negara yang tertangguh berhari hari akhirnya selesai dalam satu malam apabila Anwar menggunakan kematanganya mengadap Agong dan menerang duduk perkara. Ternyata berjaya menamatkan polimik kali ini.
4. Jika orang lain mengeluarkan komen atau apa saja berkaitan Raja Melayu pasti akan diseret ke Mahkamah dengan perbagai undang - undang tetapi oleh kerana mereka orang Mahathir maka semua mereka pasti akan terlindung. Nampaknya tidak ada yang berubah dalam perihal ini sama sahaja seperti dalam zaman bawah regim Bn, pelaksanaan undang - undang berdasarkan kepentingan siapa yang berkuasa.
5. Umno dan beberapa kelompok pro atau rapat dengan Umno terus tenggelam dalam sentimen kaum dan agama dalam menangani isu peguam negara ini. Nampaknya kelompok ini mungkin masih tidak sedar bahawa kerana keterlaluan dalam isu kaum dan agama inilah antara sebab mereka tewas dalam keadaan tidak sedar dalam PRU lepas.
6. Isu yang seharusnya dibincangkan ialah apa bezanya lantikan Apandi Ali yang punya rekod bersama Umno dilantik menjadi peguam negara yang dibantah sebelum ini, dengan lantikan Tommy Thomas yang menjadi peguam mewakili salah seorang yang kini menjadi Menteri. Lebih malang lagi kes berkaitan masih tidak selesai lagi dimahkamah. Maka pasti akan berlaku pertembungan kepentingan yang sangat jelas apabila Peguam Negara menggugurkan kes pendakwaan terhadap Menteri Kabinet yang mana beliau sendiri pernah terlibat mewakilinya.
7. Pada janji ke-15 manifesto PH - di bawah tajuk Memisahkan Pejabat Pendakwa Raya Negara Daripada Pejabat Peguam Negara, HARAPAN menyatakan:
Peguam negara akan dilantik daripada kalangan anggota parlimen yang berkelayakan, dan beliau akan menjadi seorang menteri yang boleh meneruskan peranan sebagai penasihat undang-undang bagi kerajaan.Selepas melanggar manifesto dalam perihal meletakkan lantikan Ketua Pesuruhjaya SPRM dibawah parlimen kini adakah PH sekali lagi melanggar janji manifestonya pula dalam bab pemisahan kuasa Pendakwaraya dan Peguam Negara.
Jawatan Pendakwa Raya pula akan dipegang oleh individu lain yang bebas dan bertindak tanpa mengira kepentingan politik kepartian.
Beliau akan mengetuai Pejabat Pendakwa Raya Negara yang mempunyai autonomi dalam melaksanakan kuasa-kuasa pendakwaan, iaitu sama seperti yang dilakukan oleh negara-negara lain yang demokrasinya lebih matang.
Atau dalam senarai ahli parlimen yaang menang bertanding tidak ada yang layak dilantik sebagai Peguam Negara seterusnya menjadi Menteri yang berperanan sebagai penasihat undang - undang bagi kerajaan sehingga terpaksa berdepan dengan polimik hanya untuk melantik Tommy Thomas selaku Peguam Negara yang akan menjadi Menteri yang menjadi penasihat undang - undang dalam kerajaan.
Dalam bab ini Peguam Negara masih dilantik oleh Perdana Menteri dan tidak bebas masih sama dan tidak ada bezanya dengan sebelum ini malah lebih parah Peguam Negara yang Mahathir lantik ini bakal menjadi Menteri pula jika berdasarkan janji manifesto mereka.
8. Apandi Ali sebelum ini sangat marah dengan saya kerana saya antara yang terlibat awal mendedahkan peranan serta akaun isterinya Faridah Begum. Malah saya antara awal yang mendedahkan pertemuan London dia dengan pemimpin politik, sehingga saya ditekan dalam kes pendakwaan akta hasutan malah peguam yang mewakili saya dalam proses ikat jamin sendiri menyatakan pelik kerana Peguam Negara kelihatan sangat marah dengan saya kerana selain kes tersebut DPP turut menyampaikan 'amaran' saya akan didakwa dengan beberapa kes lain kerana 'serang' Peguam Negara. Harapnya kali in i pula dengan tulisan cetusan pandangan ini Tommy Thomas tidak pula menjadikan ia geram peribadi ke atas saya.
catatan santai oleh ; che'GuBard, warganegara Malaysia.
Tuesday, June 05, 2018
Timbalan Menteri Belia yang juga pemimpin MIC gunakan syarikat dia Pengarah agih peruntukan EPU 37 juta
1. Pada tahun 2015 Perdana Menteri ketika itu Najib Razak telah mengumumkan satu peruntukan khas kepada masyarakat India iaitu sebanyak RM37 juta. Peruntukan melalui Unit Perancangan Ekonomi (EPU) itu telah diseliakan oleh Kementerian Belia dan Sukan. Timbalan Menteri Belia dan Sukan pada ketika itu Saravanan Murugan yang juga merupakan Naib Presiden MIC telah menggunakan kedudukanya mengagihkan sebanyak RM19 juta melalui sebuah organisasi' yang berdaftar dibawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dikenali sebagai Yayasan Naam2. Apa yang menariknya ialah sebuah syarikat yang didaftarkan dengan SSM dinamakan 'Yayasan Naam' dengan nombor daftar syarikat 1076303-w turut merekodkan ketika itu Saravanan sebagai sebagai seorang dari tiga lembaga pengarah. Peruntukan kerajaan yang besar atas nama masyarakat India telah dilobi diletak selia dibawah Kementerian yang Saravanan Timbalan Menteri dan kemudian agihan atau peruntukan disalurkan kepada 'syarikat' yang Saravanan merupakan lembaga pengarahnya. Adakah ini bukan 'korupsi' ?
berakhir dengan gagal. Gambar terbaru beberapa hari lepas









































