Wednesday, August 10, 2016

Chegu Bard vows to continue unmask Paya Indah Wetland issue

Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) leader Badrul Hisham Shaharin vows that his team will continue to unmask the truth behind Paya Indah Wetland land status change from agriculture to development by the Selangor state government.
Hisham who is fondly known as ‘Chegu Bard’ has been continuously vocal against Menteri Besar Azmin Ali’s administration claimed in his first revelation last month that Lot 68054 an area conserved under the Ramsar convention was changed to development status.
Speaking to reporters in Bangsar, Chegu Bard referred that a land search shows the Lot 68054 ownership has been transferred to Gamuda Berhad.
“The 619 ha land was given to Salak Land Development Sdn Bhd in 1994 by Barisan Nasional government, however, four former menteri besar did not allow the land to be changed for development.
“To our surprise on September 2014, Gamuda Berhad announced the land purchased valued at RM 784.3 million from Salak Land Development,” he claims.
Last week Azmin defended that anyone dissatisfied with the Selangor government’s explanation on the Paya Indah Wetland issue and has proof of alleged land rezoning, should bring it to the relevant authority.
He further challenged any individuals dissatisfied and claims to have proof to lodge a complaint at Malaysian Anti-Corruption Agency (MACC).
State Exco for tourism, environment, green technology and consumer affairs Elizabeth recently told the media that there has been no application to change the use of Lot 4827 and 3974.
A memorandum of understanding was inked between the Federal and Selangor governments on the management and administration of the preservation of Paya Indah Wetlands on 2007.
She further added that the Lot 68504 referred by Chegu Bard was private land out of Paya Indah Wetlands zone.
When asked by MO whether he will take up the challenge put forward by Azmin to lodge an official complaint at MACC, he said his team is in the midst of compiling the information related to the land transaction and proxies.
The team formed by SAMM merely to unveil on the land will seek for proper legal process in the near future once we have concluded with our preliminary investigation and fact gathering, Chegu Bard said.

Makan dedak itu perlahan-lahan, takut tersedak, sindir Chegubard

Dedak iaitu hasil sampingan mengilang padi yang menjadi makanan haiwan ternakan digunakan sebagai simbol oleh Penyelaras Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Shaharin untuk menasihatkan Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.
Sindiran Badrul Hisham yang turut dikenali sebagai Chegubard itu ekoran kenyataan berbolak-balik Azmin yang juga Timbalan Presiden PKR berhubung isu penukaran status tanah pertanian kepada kawasan pembangunan di kawasan Paya Indah Wetland, Mukim Tanjung Dua Belas di Kuala Langat.
“Ketika kamu (Azmin) makan dedak, jangan kata orang lain makan dedak. Mendedak itu perlahan-lahan, takut tersedak,” bidasnya dalam sidang media di Restoran Amjal, Jalan Pantai Baharu di ibu negara.
Empat Menteri Besar Selangor sebelum ini, ujarnya, dianggap tidak berani untuk menukar status tanah seluas 619 hektar (1,529 ekar) itu bagi tujuan pembangunan memandangkan lokasinya dalam zon hijau Paya Indah Wetland.
Walau bagaimanapun, Chegubard berkata, selepas 22 tahun cubaan untuk memajukan tanah yang diberi milik oleh kerajaan Umno-BN kepada tauke Cina melalui syarikat Salak Land Development Sdn Bhd pada 1994, secara mengejut konglomerat Gamuda Land mengumumkan membeli tanah tersebut melalui pembelian syarikat Salak Park Development dengan nilai RM784.3 juta.
“Lobi korporat di belakang pertukaran status Lot 68054? Siapa proksi dan berapa nilai bertukar tangan?” tegasnya sambil memetik persoalan dibangkitkan Investor Central berpusat di Singapura.
Badan itu mempertikaikan kemungkinan yang berlaku jika Gamuda tidak mendapat kebenaran untuk menukar status tanah pertanian kepada pembangunan bercampur.
Mengulas lanjut, Chegubard yang juga bekas Ketua PKR Rembau itu berkata, banyak pihak melihat kelulusan pertukaran nama Geran Lot 68504 kepada Gamuda Berhad oleh Pejabat Tanah dan Galian Selangor pada 9 April lalu sebagai ‘segera’.
“Kita di peringkat akhir dengan pasukan penyiasat terdiri daripada pelbagai latar belakang yang dibentuk sejak Mac lalu meneliti semua dokumen berkaitan untuk mencari proksi dan transaksi berkaitan,” tambahnya lagi sambil menyifatkan isu tersebut memasuki fasa yang sangat serius pada masa ini.

'Azmin changed land status in favour of Gamuda Bhd'

By K Pragalath

Founder chairman of Solidariti Anak Muda Malaysia Badrul Hisham Shaharin today claimed that Selangor Menteri Besar Azmin Ali had changed the land status of lot 68054, involving Paya Indah Wetlands, in favour of engineering, property and infrastructure company, Gamuda Bhd.
Badrul, better known as CheguBard, told the press that the approval was given favouring Gamuda after the company sold off 40% of its stake in Selangor water company, Splash in Dec 2014 to the state government.
“What made Gamuda so confident of its strategy to develop the land there? They personally met Azmin which resulted in the exco confirming a change in land status,” said Chegubard.
“For 22 years four menteri besars including from BN rejected land status change application.
He alleged that the land status change involved Paya Indah Wetlands area and Kuala Langat forest reserve land.
CheguBard, who had documented evidence on the issue, revealed that the Kuala Langat district office objected to the status on Feb 6 last year but three days later overturned the decision.
“The leaked meeting minutes showed that the Environment Department protested the status change.
“Two months later Azmin launched Gamuda’s one stop whole sale centre.”
It was also revealed that Gamuda had purchased the land from its previous owner Salak Land Berhad for RM784.3million.
“A Singapore based investment company Investor Central in its survey questioned whether the land that was purchased was worth its value.”
Three days ago CheguBard claimed that Selangor exco Elizabeth Wong concealed the truth in explaining the details regarding lot 68054 Mukim Tanjong Dua Belas, Kuala Langat.
He confirmed that the application to convert the status of the land for industrial/development use has been rejected before by the same Selangor government exco under the previous menteri besar Abdul Khalid Ibrahim as it is within the Paya Indah Wetland area.
”I am confident that something very wrong has happened and this is being hidden,” said Chegubard, who also insinuated that the land status conversion may have been related to Selangor Menteri Besar Azmin Ali’s plans to reward his cronies.
At the press conference today, CheguBard also questioned the rationale of speeding the approval for the land change when there were many projects on hold due to bureaucratic red tapes.
He is also confident that there is a conflict on the part of Azmin who approved the land status change.
“Does it have to do with returning the favours of corporate leaders who were backdoor lobbyists during the Selangor MB crisis involving the PKR president. I am confident of conflict of interest.”
Speaking from an environment perspective he said that the development project by Gamuda in that land would destroy the biodiversity and environment.
He said that his team is looking into the millions that exchanged hands in the form of commission.
“We are looking at our legal options and would go to the authorities,” he added.-9/8/2016


Tuesday, August 09, 2016

LOBI KORPORAT DI BELAKANG PERTUKARAN STATUS LOT 68054 ? SIAPA PROKSI DAN BERAPA NILAI BERTUKAR TANGAN ?


Gambar : sidang media 11.45 pagi, 9 Ogos 2016, Kuala Lumpur

KENYATAAN MEDIA

9 Ogos 2016 (Selasa)

LOBI KORPORAT DI BELAKANG PERTUKARAN STATUS LOT 68054 ? SIAPA PROKSI DAN BERAPA NILAI BERTUKAR TANGAN ?

1.      Berdasarkan Minit Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor  bilangan 11/2014 secara jelas (Febuari 2014) menyebut dengan jelas Kerajaan Negeri Selangor (ketika itu Menteri Besarnya Tan Sri Khalid Ibrahim) telah menolak untuk menukar status lot 68054, Mukim Tanjong Dua Belas, Kuala Langat kerana lot tersebut terletak di dalam kawasan Paya Indah Wetland.

2.      Kenyataan Media saya dengan tajuk "PERTUKARAN STATUS TANAH LOT 68054, 619 HEKTAR MUKIM TANJONG 12 KUALA LANGAT JEJAS KAWASAN HUTAN WARISAN DUNIA" dijawab kerajaan negeri dengan mengatakan tiada pertukaran status dan perlengkungan semula adalah satu pembohongan. Ini mungkin kerana mereka memikirkan saya tidak punya dokumen lengkap. Namun setelah saya jawab dengan dokumen rasmi kerajaan Selangor sendiri nampaknya mereka panik dan cuba mengalihkan isu dengan merujuk jawapan mereka kepada nombor lot lain. Ia mengundang ketawa ramai kerana lain yang ditanya lain yang dijawab. Panik kerajaan negeri juga ditunjukkan oleh Menteri Besar dengan lari dari media.

3.      Untuk pengetahuan semua melalui kerajaan Umno – Barisan Nasional sebelum ini tanah seluas 619 hektar (1529 ekar) itu telah diberi milik kepada tauke cina yang memegang tanah tersebut pada tahun 1994 melalui syarikat Salak Land Development Sdn Bhd. Namun 4 Menteri Besar tidak ‘berani’ menukar status tanah tersebut untuk dibangunkan kerana ia terletak di dalam zon Hijau Paya Indah Wetland iaitu kawasan khazanah alam yang penting dan sebarang pertukaran status akan memberikan impak besar terhadap kestabilan alam.

4.      Terakhir Bulan Febuari 2014 ia ditolak. Ini beerti 22 tahun cubaan memajukan tanah ini gagal kerana ia terletak di dalam kawasan Paya Indah Wetland. Namun tiba – tiba September 2014 Gamuda telah mengumumkan membeli tanah tersebut melalui pembelian syarikat Salak Park Development dengan nilai RM784.3 juta.

5.      Investor Central yang berpusat di Singapura telah membuat "#‎survey" berhubung pembelian tanah Salak Land berharga RM784.3 juta oleh GAMUDA. Antara yang dibangkitkan ialah adakah berbaloi dan sepadan dengan nilai? soalan paling panas ialah "Apakah akan berlaku jika Gamuda tidak mendapat kebenaran untuk menukar status tanah pertanian kepada pembangunan bercampur? Apakah yang membuat GAMUDA berani membeli tanah yang 22 tahun gagal ditukar status malah baru saja 6 bulan sebelum itu ditolak untuk pertukaran status ? Mungkin strategi khusus sudah diatur ?


6.      5 Disember 2014: Gamuda Berhad umum menjual 40% kepentingannya dalam Syarikat Pengeluar Air Selangor Holdings Bhd (Splash) kepada Kerajaan Negeri Selangor. Kerajaan Negeri Selangor menawarkan RM250.6 juta namun harga ini masih dalam perundingan. Pihak Gamuda ada bertemu dengan Azmin Ali bagi menyelesaikan penjualan ini. [http://www.thestar.com.my/business/business-news/2014/12/05/gamuda-splash-worth-at-least-rm28bil/ ]. Laporan ini turut menyentuh tanah di Mukim Tanjong Dua Belas

7.      24 Januari 2015: Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) ke 3/2015 mengesahkan Pengubahan Rancangan Tempatan (RT) Kuala Langat (Pengubahan 3) 2020. Pindaan Sebahagian Zoning Guna Tanah dalam RT Kuala Langat. Tapak BPK 1.15 Paya Indah Wetland dan Hutan Simpan Kuala Langat Utara sebagai kawasan pembangunan.

8.      9 Februari 2015: Majlis Daerah Kuala Langat mengesahkan tiada halangan untuk sebagaimana MMKN 3/2015. Penukaran status tanah Pertanian kepada Bangunan Kediaman. - sebelum itu 6 Februari 2015 tidak menyokong cadangan ini. Menurut rekod yang ada Jabatan Alam Sekitar (JAS) membantah.

9.      17 Februari 2015: Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri yang dipengerusikan oleh Azmin Ali selaku Menteri Besar meluluskan pertukaran status selepas Pengezonan semula itu.

10.  6 April 2015: Azmin Ali terus mesra bekerjasama dengan Kumpulan Gamuda. Azmin Ali merasmikan Pusat Pemborong GM Klang bersama Pengarah Urusan Gamuda GM Klang Sdn Bhd, Datuk Lim Seng Kok. Gamuda dengan yakin umumkan bakal menjadi pusat sehenti pemborong antarabangsa terbesar dan komprehensif di Malaysia sekali gus menjadikan Klang, Selangor sebagai sebuah pusat perdagangan serantau. [http://www.sinarharian.com.my/mobile/bisnes/gm-klang-sasar-laluan-luar-negara-1.376537]

11.  25 Mei 2016: Ditengah kemelut penjualan saham SPLASH kepada kerajaan Negeri dan pertukaran status tanah Lot 68054, YAB Dato' Seri Azmin Ali mengambil peluang untuk Kerajaan Selangor bekerjasama dengan Gamuda Land membina 714 unit rumah mampu milik menerusi Rumah Selangorku di Jade Hills, Kajang. GDV RM1.3bilion.

12.  9 April 2016: Pejabat Tanah dan Galian Selangor meluluskan pertukaran nama Geran Lot tanah 68504 kepada GAMUDA BERHAD. Ia dilihat banyak pihak sebagai ‘segera’

13.  Ketika ramai mengeluh kerja pembangunan tanah di Selangor banyak ‘red tape’, pelengkungan semula ( re zone) tertangguh seperti contoh ada kawasan dalam Majlis Perbandaran Selayang tertangguh pelengkungan semula lebih kurang 3 tahun kerana isu tiada bajet dan bukan tumpuan kenapa tiba – tiba dikawasan tersebut ia dilajukan ? Adalah jelas Rancangan Tempatan Kuala Langat 2020 dipinda dengan memberikan kesan bukan sahaja kawasan Paya Indah Wetland malah Hutan Simpan Kuala Langat Utara sebagai kawasan pembangunan dibuat atas keperluan Gamuda.

14.  Kenapa tanah ini menjadi keutamaan untuk diselesaikan pertukaran status pada bulan - bulan awal Azmin menduduki kerusi MB, adakah ia ada kaitan dengan 'membalas jasa' tokoh - tokoh korporat yang menjadi pelobi pintu belakang ketika perebutan kerusi MB dari Presiden Parti Keadilan Rakyat ? Sangat diyakini ada  pertembungan kepentingan (conflict of interest) . Pasukan yang dibentuk sejak Mac lalu yang dianggotai oleh aktivis masyarakat, aktivis alam sekitar, peguam, ahli akedemik dan mendapat sokongan serta kerjasama perbagai pihak termasuk pegawai kerajaan sedang meneliti beberapa fakta dan dokumen dalam usaha menjejaki jika ada proksi dan dalam projek yang bernilai berbilion ini, berapa puluh atau ratus juta komisyen pula bertukar tangan ?

15.  Untuk itu kita akan membuat pengumuman dari masa ke semasa untuk semua penemuan dan InsyaAllah sebaik sahaja lengkap kita akan mulakan tindakan dengan merujuk kepada proses perundangan dan pihak berwajib. Sehingga kini tuntutan kami jelas Kerajaan Negeri perlu menukar semula kawasan tersebut kepada kawasan hijau semula dan yang bertindak menipu bagi pihak kerajaan negeri dalam penafian palsu wajib letak jawatan. Kami lakukan ini semua demi memastikan khazanah alam terpelihara dan integriti kerajaan yang dinaikkan atas nama rakyat terus terpelihara.


che’GuBard
Pengasas,
Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM)

Saturday, August 06, 2016

Pengaruh Korporat besar disebalik pertukaran status 68054 ?

Catatan hujung minggu

6 Ogos 2016

1. Semasa kes ini didedahkan tajuk sidang media jelas Lot 68054 26 Julai lalu Elizabeth menafikan status pertukaran tanah dari Pertanian kepada kategori Bangunan Kediaman.

2. Orang tanya Lot 68054 Mukim Tanjong Dua Belas, Kuala Langat milik Salak Land Development Sdn Bhd terletak dalam kawasan Paya Indah Wetlands dulu status pertanian. 4 MB Selangor tidak luluskan pertukaran status tanah di kawasan itu tapi yang dijawab Exco tanah lain. Cuba lari isu... Azmin sendiri cuba alih isu kepada isu dedak tetapi ternyata tidak berjaya semua jangan alih tumpuan.

3. Fakta jelas 26 Febuari 2014 , Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) melalui mesyuarat 8/2014 MMKN telah menolak permohonan Salak Land Development Sdn Bhd untuk menukar tanah tersebut dari status pertanian kepada kormersial dan alasan yang direkodkan ialah kerana kawasan tersebut terletak dalam kawasan Paya Indah Wetlands.

4. Carian Pejabat Tanah dan Galian Selangor jelas merekodkan status tanah Lot 68054 telah bertukar dari kategori pertanian kepada bangunan. Dan pemiliknya juga sudah bertukar dari Salak Land Development Sdn Bhd kepada Syarikat Gamuda Berhad.

5. Orang bertanya. Mengapa luluskan pertukaran status tanah itu? Tan Sri Abdul Khalid semasa MB juga telah menolak permohonan mengubah dan meminda syarat nyata di bawah Seksyen 124 (1)(a) dan (c) Kanun Tanah Negara daripada pertanian kepada bangunan kediaman kerana kawasan tersebut terletak di dalam Paya Indah Wetland. Semua MB mahu mengekalkan kawasan tersebut kawasan hijau.

6. Apa perlunya Elizabeth menjawab buat masa ini tidak berlaku sebarang pengezonan gunaan tanah di lot 4827 dan 3974 milik Paya Indah Wetlands? Orang bertanya adalah LOT 68054! bukan tanah lain.

7. Sepatutnya kalau Elizabeth dan Azmin Ali hendak jawab, dia harus menjawab soalan jika kerajaan negeri Selangor tidak berniat untuk pelengkungan semula kawasan tanah Payah Indah Wetlands mengapa lot tanah persendirian 68054 boleh ditukar status kepada pembangunan sedangkan laporan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) sebelum ini MENOLAK KERANA BERADA TERLETAK DALAM KAWASAN PAYA INDAH WETLAND!

8. Bukankah telah jelas dalam memorandum persefahaman di antara Kerajaan Persekutuan yang diwakili oleh Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PerHiLiTaN), Kementerian Sumber asli dan alam Sekitar dengan Kerajaan Negeri Selangor Darul ehsan mengenai pengurusan dan pentadbiran pemuliharaan Paya Indah Wetlands yang telah ditandatangani pada 1 Ogos, 2007? Memorandum ini berkuatkuasa selama tempoh 30 tahun.
http://www.wildlife.gov.my/…/pen…/laporan_tahunan/lt2007.pdf

9. Baru 10 tahun memorandum persefahaman itu, Azmin Ali mencipta rekod sebagai Menteri Besar yang meluluskan pertukaran status tanah di kawasan Paya Indah Wetlands itu. Apakah Azmin Ali lakukan kerana pemilik tanah itu ialah Gamuda Berhad?

10. Jadi kepentingan apa yang Azmin Ali dan Elizabeth pertahankan? mereka berdua jelas berbohong. Apakah selepas ini dengan lulusnya perubahan status tanah itu maka projek perumahan ratusan juta akan diluluskan oleh MB Selangor di Lot tanah 68054 di kawasan Paya Indah Wetlands itu?

Tidak mungkin Gamuda Berhad membeli tanah berharga RM 784 juta dari Salak Land Development semata-mata untuk disimpan!

Nota kaki : itu belum fokus lagi Tanah Hutan Simpan Kuala Langat Utara yang turut dikorbankan.

Coretan : che'GuBard, Pengasas Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM)

Friday, August 05, 2016

Sah tanah 68054 Mukim Tanjong Dua Belas, Kuala Langat terletak dalam kawasan Paya Indah Wetland

Catatan Umum

5 Ogos 2016

Apa yang sedang diselindungkan ?

Sah tanah lot 68054 Mukim Tanjong Dua Belas, Kuala Langat pernah ditolak permohonan untuk ditukar status ke pembangunan ketika Kerajaan Selangor dibawah Khalid Ibrahim kerana alasan lot tersebut terletak di dalam kawasan Paya Indah Wetland. Ketika yang sama juga Elizabeth Wong merupakan exco Kerajaan Negeri yang turut terlibat menolak penokaran status tersebut.

Tetapi kenapa kini beliau sanggup menipu apabila mengatakan lengkungan semula (re-zone) dan pertukaran status  tidak berlaku ? Apa yang sedang disembunyikan, Sangat yakin sesuatu yang sangat salah telah berlaku dan sedang disembunyikan.

Kenapa tanah ini menjadi keutamaan untuk diselesaikan pertukaran status pada bulan - bulan awal Azmin menduduki kerusi MB, adakah ia ada kaitan dengan 'membalas jasa' tokoh - tokoh korporat yang menjadi pelobi pintu belakang ketika perebutan kerusi MB dari Presiden Parti Keadilan Rakyat ?

Perbagai maklumat dan dokumen sedang di teliti, insyaAllah tanpa berselindung dan dengan jujur pendedahan akan terus dilakukan. Walaupun ugutan serta tawaran mula diberikan.

Lucu dengan respon panik Azmin yang lari dari sidang media minggu lepas yang gagal menjawab dan menuduh saya makan dedak ia hanya taktik Azmin mengalihkan isu, namun tuduhan ini hanya gambarkan panik Azmin dan saya tak akan layan. Tuntutan kami tidak berganjak dari status tanah ini perlu dikembalikan kepada kawasan hijau dan yang menipu bagi pihak kerajaan negeri perlu mengosongkan kerusi.



catatan : che'GuBard, Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM)

untuk lebih memahami anda juga dijemout membaca dengan klik tajuk.

Apa sebenar misteri lot 68054 Paya Indah Wetlands


Jawapan kerajaan negeri terhadap dakwaan pencerobohan Paya Indah Wetland untuk pembangunan mencetuskan kontroversi baharu mengenai status sebenar tanah yang diisytiharkan sebagai hutan warisan dunia itu.Pengerusi Jawatankuasa Te­tap Pelancongan,Hal Ehwal Pengguna dan Alam Sekitar negeri,Elizabeth Wong mengakui Kerajaan PKR Selangor telah membangunkan kawasan tanah Lot 68504 seluas 619 hektar di Mukim Tanjong Dua Belas.Bagaimanapun beliau mendakwa,kawasan itu bukan di bawah kawasan Paya Indah Wetland yang diwartakan Jabatan Perhilitan sebagai Rizab Tanah Paya di bawah Kanun Tanah Negara.Menurutnya, kawasan tanah lot itu sebenarnya milik persendirian dan telah dibangunkan mengikut proses yang betul termasuk pendengaran awam. 

“Kawasan Paya Indah Wetland yang diwartakan sebagai Rizab Tanah Paya ialah lot 4827 dan 3974 seluas 450.76 hektar.Tiada permohonan untuk menukar kegunaan tanah di kawasan itu dan tiada berbangkit isu pengezonan Paya Indah Wetland untuk tujuan pembangunan,” katanya dalam sidang akhbar di luar Dewan Undangan Negeri,di sini hari ini.

Walau bagaimanapun Ketua Penyelaras Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM),Bad­rul Hisham Shaharin me­nyifatkan Elizabeh Wong cuba ‘menutup penipuan’ di sebalik dakwaan tindakan kerajaan negeri menukar status tanah Paya Indah Wetland itu. Katanya, penjelasan Elizabeth itu didapati mengandungi pelbagai keraguan terutama apabila Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Lanjan itu menyatakan tiada sebarang permohonan dibuat untuk menukar kegunaan tanah di Lot 4827 dan Lot 3974 di kawasan Paya Indah Wetland. 

“Elizabeth tidak perlu menunjukkan sifat tidak cerdik beliau hanya untuk ‘cover bos’ (tutup kelemahan) kerana soalan lain ditanya, lain dijawab.Sejak kenya­taan media saya yang pertama dalam isu ini bertarikh 26 Julai 2016, saya menyebut dengan jelas Lot 68054.Malah tajuk kenyataan media saya sendiri (sebelum ini) tertera dengan jelas ‘Pertukaran status tanah lot 68054,619 hektar Mukim Tanjong 12 Kuala Langat jejas kawasan hutan warisan dunia,” dakwanya menerusi kenyataan yang disiarkan menerusi laman blognya,http://chegubard.blogspot.my.Dalam masa sama,Badrul Hisham turut mendakwa,isu penukaran status tanah di Lot 68054 itu dilihat bercanggah dengan ke­putusan kerajaan negeri semasa pentadbiran Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim pada 2014 yang memutuskan menolak permohonan penukaran status tanah berke­naan kerana ia terletak dalam kawasan Paya Indah Wetland. Malah, keputusan itu katanya terkandung dalam minit mesyua­rat kerajaan negeri sebelum ini. 

Badrul Hisham mendakwa berdasarkan catatan carian persendirian daripada Pejabat Tanah dan Daerah yang dibuat pihaknya pada awal April lalu mendapati,tanah terbabit telah ditukarkan statusnya. Beliau percaya Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) di bawah pentadbiran Menteri Besar,Datuk Seri Mohamed Azmin Ali telah meluluskan penukaran tersebut pada 2015 manakala penukaran geran tanah terbabit dibuat pada April lalu. “Malah, menurut dokumen yang bocor dari pejabat Exco kerajaan negeri sendiri menyatakan perlengkungan semula (re-zone) telah dibuat walaupun tidak mendapat sokongan semua jabatan. Direkodkan antara jabatan yang membantah perlengkungan semula itu ialah Jabatan Alam Sekitar.Paling menarik, proses perlengkungan semula itu melibatkan kawasan Paya Indah Wetland dan Hutan Simpan Kuala Langat Utara dan dijadikan kawasan pembangunan.Hari ini,kemungkinan kerajaan negeri tidak sangka kami mampu memiliki dokumen bagi membuktikan pendakwaan awal kami dan membuktikan penafian palsu mereka sebagai tipu,” ujarnya.

Tuesday, August 02, 2016

Bukti penafian palsu Kerajaan Negeri

Kenyataan Media
2 Ogos 2016

1.       Pada 26 Julai lepas che’GuBard dari Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) telah membuat sidang media berkenaan isu pertukaran status tanah Lot 68504, tanah seluas 619 hektar (1529 ekar) di Mukim Tanjong Dua Belas, Kuala Langat. Dalam sidang media tersebut SAMM jelas mempertikaikan bagaimana 4 Menteri Besar sebelum ini menolak sebarang usaha pertukaran status dan mengekalkan kawasan tersebut sebagai kawasan hijau tetapi Datuk Seri Azmin Ali ketika saat awal naik menjadi MB terus menukar kawasan tersebut kepada kawasan pembangunan. SAMM mendesak perubahan status tersebut ditarik balik demi menjaga kelestarian alam sekitar kerana kawasan itu terletak dalam kawasan Paya Indah Wetland.

2.       Pada hari yang sama melalui portal FreeMalaysiaToday, Exco Kerajaan Negeri, YB Elizebeth Wong telah menyelar che’GuBard sebagai pemberontak PKR dan menafikan bukan sahaja tidak wujud pertukaran status malah pelengkungan semua (re – zone) juga tidak berlaku seperti yang dinyatakan oleh che’GuBard. Sebaik sahaja membaca penafian tersebut saya dan beberapa teman dalam PKR Selangor bertemu che’GuBard dengan agak marah kerana pada kami che’GuBard cuba menfitnah kerajaan negeri. Namun setelah diterangkan fakta dan ditunjukkan bukti kami faham dan menyokong usahanya. Malah beliau juga pada 27 Julai telah mengeluarkan kenyataan respon penafian  palsu kerajaan negeri.

3.       Kerajaan negeri bukan sahaja membisu malah 28 Julai, di portal berita Kerajaan Negeri pula iaitu Selangorkini sekali lagi tersiarkan penafian palsu kononya tidak benar tanah tersebut ditukar status malah tidak ada langsung usaha pelengkungan semula (re-zone). Kami telah bertemu dengan che’GuBard sekali lagi dan kami menyokong beliau mengeluarkan cabaran memberi masa sehingga Isnin (1 Ogos) untuk kerajaan negeri tampil dengan bukti bagi ‘cover’ pembohongan tersebut.

4.       Seperti yang dijangkakan (kerana kami sendiri telah meneliti semua dokumen dan  fakta) Azmin mahupun Elizebeth gagal muncul sehingga semalam (1 Ogos). Hari ini saya sendiri dengan penuh kecewa terhadap integriti mereka,  ingin berkongsi dengan semua beberapa dokumen rasmi kerajaan yang dikongsikan oleh che’GuBard dan pasukanya sebelum ini.

5.       Bersama ini salinan Catatan Carian Persendirian  tercatat dengan jelas tanah milik Salak Land Development  Sdn Bhd, no. lot 68054 telah ditukar status ke kawasan pembangunan pada tahun 2015 dan geran juga telah siap dipinda pada 9 April 2016. Dengan fakta dan salinan ini sahaja sudah membuktikan Exco Kerajaan Negeri berbohong dan kami penggerak PKR akar umbi mendesak beliau bertanggungjawab dan meletakkan jawatan atas pembohongan beliau. Kita marah dengan Menteri Pusat kerana sanggup buat apa sahaja demi bos tetapi apa bezanya dengan kita ? Jelas apa yang diperkatakan oleh che’GuBard perkara benar tetapi untuk membela Azmin, exco kerajaan negeri sanggup berbohong ! Juga disertakan salinan cabutan minit Mesyuarat Kerajaan tahun 2014 (ketika itu Menteri Besarnya Tan Sri Khalid Ibrahim)  jelas menyatakan lot 68504 tersebut terletak dalam kawasan Paya Indah Wetland.

6.       Usaha carian data yang sama juga telah dibuat minggu lepas di Pejabat Daerah dan Tanah namun carian gagal dibuat. Apa pentingnya kawasan ini sehingga maklumat ditutup dan sanggup berbohong ? Kami mengesyaki sesuatu yang amat tidak betul telah berlaku dan sedang ditutup.

7.       Kami mendesak Menteri Besar agar tampil memberikan penjelasan penuh mengenai perkara ini kerana pelik pertukaran status tanah ini walaupun ia jelas menjejaskan alam sekitar namun bulan bulan awal sebaik sahaja naik menjadi Menteri Besar pertukaran status ini selesai sehingga dilihat ia seolah keutamaan. Dalam masa yang sama banyak usaha pembangunan di Selangor tertangguh kerana permohonan perlengkungan semula (re-zone) tertangguh sehingga menyebabkan beberapa syarikat bumiputera gulung tikar. Contohnya ada kawasan menanti lengkungan semula (re-zone) dibawah Majlis Perbandaran Selayang (MPS) tertangguh 3 tahun antara alasanya ialah budget dan bukan tumpuan.

8.       Kami menaikkan PKR dan melawan Umno kerana mahukan sebuah kerajaan yang telus dan kami tidak segan untuk menegur dan melawan jika ada perkara yang sumbang berlaku.

Sekian.

Nasiruddin Bin Mohamed,
Anggota PKR Sepang.

Petikan Minit Mesyuarat PBT (Kuala Langat) yang jelas menyebut lot 68054 
terletak dalam kawasan Paya Indah Wetland




Carian rasmi yang menunjukkan pertukaran status tanah Lot 68504

Laporan Media Selangorkini (portal rasmi Kerajaan Selangor) dan laporan FMT

Monday, August 01, 2016

Kenyataan Media tidak bertarikh Exco hari ini , hanya penipuan menutup penipuan.

kenyataan media Exco Kerajaan Negeri Selangor yang tak bertarikh

Kenyataan Media

2 Ogos 2016

1. Bila mendapat kenyataan akhbar kawan saya YB Elizabeth Wong yang dihantar oleh teman wartawan saya hanya mampu tersenyum saya sifatkan satu lagi kenyataan tergesa - gesa dan hanya penipuan bagi menutup penipuan. Kegagalan menulis tarikh dalam kenyataan media itu sendiri menggambarkan dia tergesa - gesa dan panik, bagaimana Exco yang punya pejabat dan kakitangan yang lengkap boleh melakukan kesilapan sebegitu kerana tergesa - gesa dan panik.

2. Elizabeth tidak perlu menunjukkan ketidak cerdikan beliau bila hanya untuk 'cover bos' soalan lain ditanya lain dijawab. Sejak dari kenyataan media saya yang pertama dalam isu ini bertarikh 26 Julai 2016 saya menyebut dengan jelas lot 68054. Malah tajuk kenyataan media saya sendiri tertera dengan jelas "PERTUKARAN STATUS TANAH LOT 68o54, 619 HEKTAR MUKIM TANJONG 12 KUALA LANGAT JEJAS KAWASAN HUTAN WARISAN DUNIA".

3. Petikan cabutan minit mesyuarat 2014 ketika Kerajaan Negeri dibawah Tan Sri Khalid Ibrahim menyebut dengan jelas MMKN telah menolak permohonan ubah status lot 68054 kerana alasan kawasan tersebut terletak dalam kawasan Paya Indah Wetland.


4. Seperti yang saya pernah peringatkan yang mahu menjawab isu ini sila lebih berhati hati kerana SAMM sudah membentuk pasukan meneliti isu ini berbulan lamanya, maka bukan sedikit dokumen dan data yang telah dikumpulkan juga diperingatkan SAMM sedang meneliti beberapa fakta dan dokumen serta yakin ia akan membawa kepada penemuan dan pembongkaran lebih besar lagi.

5. Contohnya kamu mungkin boleh tutup carian di kaunter pejabat Tanah tetapi untuk pengetahuan kamu carian rasmi telah pun kami buat seawal April yang lepas sebaik sahaja geran tanah tersebut diperbaharui statusnyadan cacatan carian rasminya adalah seperti ditunjukkan, jelas MMKN di bawah Azmin Ali luluskan pertukaran status 2015 sebaik sahaja memegang jawatan dan pertukaran geran telah dibuat April 2016.

6. Malah menurut dokumen yang bocor dari pejabat Exco Kerajaan Negeri sendiri menyatakan perlengkungan semula (re-zone) telah dibuat walaupun tidak mendapat sokongan semua jabatan. Direkodkan antara Jabatan yang membantah ialah Jabatan Alam Sekitar.

Paling menarik untuk dibaca dari dokumen yang bocor itu ialah turut terlibat dalam proses perlengkungan semula (re-zone) ialah Hutan Simpan Kuala Langat Utara untuk dijadikan kawasan pembangunan.


Dalam Peta Rancangan Tempatan Kuala Langat 2020 jelas keseluruhan kawasan Paya Indah sehingga Hutan Simpan Kuala Langat Utara merupakan kawasan hijau namun Kerajaan Negeri kelihatan tergesa - gesa memberikan tumpuan untuk menukar status kawasan tersebut, kenapa ?


Kawasan Paya Indah Wetland ialah kawasan besar yang terletak di sebelah Selangor dan Putrajaya, sebarang pembangunan besar akan saling memberikan impak. 



Mengambil petikan rencana sempena 30 tahun perjanjian Ramsar tersiar di beberapa media dengan tajuk "Wetland : Dunia lembab untuk diteroka" dengan jelas tertera
"Malaysia menjadi negara anggota Perjanjian Ramsar yang ke-84 pada tahun 1995. Pelancaran Taman Wetland Putrajaya yang terletak dalam Wetland Putrajaya hari ini adalah kelangsungan ikrar Malaysia memulihara dan mempertahankan wetland serta memanfaatkan kegunaannya sebaik mungkin mengikut perjanjian itu. 
Wetland Putrajaya itu merupakan kawasan simpanan atau pusat wetland yang keenam di negara ini selepas Tasik Bera di Pahang, Taman Alam Kuala Selangor dan Kawasan Perlindungan Wetland Paya Indah di Selangor, Wetland Likas di Sabah dan Kawasan Perlindungan Burung Kuala Gula di Perak."

Hari ini, kemungkinan Kerajaan Negeri tidak sangka kami mampu memiliki dokumen bagi membuktikan pendakwaan awal kami dan membuktikan penafian palsu mereka sebagai tipu. Kesimpulanya hari ini setelah panik dengan tergesa -gesa terpaksa mengeluarkan kenyataan media tidak bertarikh dengan cuba mengalihkan ke nombor lot lain.

Pada peringkat awal ramai juga yang mempertikaikan saya dan pasukan, namun setelah berjumpa (ada antaranya berjumpa dengan marah) , saya tunjukkan semua dokumen dan terangkan fakta mereka menyokong usaha ini.

Contohnya pagi tadi akar umbi PKR sendiri, saudara Nasiruddin Mohamed anggota aktif dan merupakan bekas calon Ketua Cabang PKR Sepang tampil membacakan kenyataan medianya dan dia sendiri menempelak penipuan Kerajaan Negeri. (klik http://chegubard.blogspot.my/2016/08/bukti-penafian-palsu-kerajaan-negeri.html)

Tuntutan kami, tukar semula status tersebut bagi mengekalkan kawasan hijau, yang bertanggungjawab menipu harus bertanggungjawab dan hentikan penipuan bagi menutup penipuan. Jangan perbodohkan rakyat yang cerdik pernah menumbangkan Umno - Barisan Nasional.


Sekian ;

che'GuBard
Anggota PKR Seumur hidup
(digantung kerana mendedahkan kepincangan)

Sidang media dedah dokumen rasmi bukti penipuan kerajaan negeri isu tanah Paya Indah Wetland

Pada 26 Julai 2016 (klik sini) satu sidang media pendedahan telah dibuat mengenai pertukaran status kepada pembangunan tanah Lot 68054, Mukim Tanjong Dua Belas, Kuala Langat yang terletak dalam kawasan Paya Indah Wetland yang menjejaskan kawasan khazanah warisan dunia. Usaha pertukaran status tersebut telah ditolak oleh 4 Menteri Besar sebelum ini. Sidang media tersebut mendesak Azmin Ali menukar semula status tanah tersebut demi menyelamatkan khazanah alam ini.

Pada hari yang sama Exco Kerajaan negeri Selangor telah mengeluarkan penafian yang menyatakan bukan sahaja tidak ada pertukaran status malah pelengkungan semula (re zone) juga tidak dilakukan. Ia disiarkan di portal FreeMalaysiaToday pada 26 Julai dan kemudian di laman portal Kerajaan Selangorkini pada 28 Julai.

27 Julai, saya telah mengeluarkan kenyataan bertulis menyatakan mengenai penipuan dalam penafian tersebut. Namun Kerajaan negeri bukan setakat membisu tetapi meneruskan penafian palsu tersebut pada 28 Julai di laman portal Kerajaan Negeri.

Maka 28 Julai, saya telah mengeluarkan cabaran kepada kerajaan negeri agar tampil dengan dokumen membuktikan bahawa tidak ada sebarang pertukaran status di Lot 68054 (yang terletak didalam kawasan Paya Indah) pada Isnin 1 Ogos 2016. Jika Kerajaan negeri gagal, saya beri jaminan akan muncul dengan bukti dokumen bagi membuktikan penafian bukti tersebut dengan itu mendesak kerajaan negeri bertanggungjawab terhadap penafian menipu tersebut, exco terbabit perlu meletakkan jawatan.

Sehubungan dengan itu memandangkan sehingga tarikh yang dimaksudkan Kerajaan Negeri masih gagal maka semua pihak media dan pihak yang berkepentingan dijemput untuk satu sidang media seperti di bawah :

Sidang Media Khas
2 Ogos 2016 (Selasa)
11 pagi
Dewan atas Restoran Amjal, Jalan Pantai Baharu (depan pintu masuk UM)
pertanyaan 01118685019 (Edy)

Sekian ;

che'GuBard
Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM)

Respon terhadap pengumuman pembatalan cadangan PRN P.Pinang oleh LGE

Catatan Santai

1 Ogos 2016

1. Pengumuman Ketua Menteri Pulau Pinang semalam mengenai pembatalan cadangan Pilihanraya Negeri (PRN) dalam tahun ini bagi che'GuBard merupakan satu pengumuman jiwa besar dan menunjukkan Lim Guan Eng atau DAP itu sendiri menghormati prinsisp kebersamaan (konsensus) dalam semangat Pakatan Harapan (PH) dan ini secara langsung seharusnya memadamkan tohmahan yang selama ini bahawa PH dipacu dan mengikut seolah dicucuk hidung oleh DAP.

2. Sememangnya sejak awal pengumuman untuk mengadakan PRN awal bagi negeri Pulau Pinang che'GuBard sokong. Ini satu contoh yang baik. Jawatan Ketua Menteri Pulau Pinang menjadi pertikaian apabila Lim Guan Eng didakwa dalam satu pendakwaan rasuah yang sangat lemah. Untuk menukar Ketua Menteri bukan keputusan Lim Guan Eng kerana jawatan itu bukan milik Guan Eng tetapi ia ialah mandat rakyat dan restu PH dan DAP itu sendiri. DAP telah bermesyuarat malah PH juga memutuskan bahawa Lim Guan Eng perlu kekal. Maka sewajarnya mandat dipulangkan kepada rakyat dengan cara adakan PRN. Malah pengumuman Lim Guan Eng bahawa PRN ini juga peluang untuk mendapatkan mandat semula dan mendapatkan penggantinya dilihat sangat patriotik dan penuh integriti, cuma malangnya ia tidak dapat dilakukan.

3. Alasan menolak kerana tidak mahu membazir ialah alasan yang tidak boleh diterima, jangan hipokrit bukankah selama ini parti pembangkang menganggap pilihanraya kecil merupakan salah satu pendekatan terbaik ? Dengan adanya pilihanraya negeri maka rakyat akan lebih untung kerana sama ada kerajaan mana peringkat pun akan menggunakan pendekatan memperturunkan peruntukan dan sebagainya yang akhirnya akan lebih menguntungkan rakyat dan alasan menolak PRN kerana membazir itu hanyalah satu hipokrasi. Jika PRN diadakan tahun ini maka bila PRU akan datang tidak perlu bubar kerajaan PP dan ini sudahpun berlaku sebelum ini di Sabah dan kini kekal pilihanraya tarikh berbeza dan berjalan baik di Sarawak. Kegagalan mengadakan PRN awal ini juga melepaskan peluang mendidik rakyat dalam praktik demokrasi negeri 'persekutuan' yang membentuk Malaysia.

4. PRN awal dalam keadaan ini sangat baik untuk menguji keberkesanan jentera dan mood rakyat dalam perbagai isu besar dalam negara dan kegagalan mengadakan. Mood kempen 'Selamatkan Malaysia' boleh ditunggang sepenuhnya, kemenangan mendapat mandat semula di Pulau Pinang akan menjadi mimpi ngeri buat kerajaan Bn Putrajaya.

5. Ditegaskan dalam kenyataan Lim Guan Eng semalam DAP dan AMANAH bersetuju dengan PRN awal sebaliknya ia ditolak oleh PKR dengan alasan permintaan untuk bertanding lebih kerusi tidak dipenuhi. Ini amat memalukan kerana isunya kerusi telah mengagalkan satu aksi dan strategi politik besar demi 'Selamatkan Malaysia'. Malah dalam kenyataan Naib Presiden PKR bahawa jika PRN sekarang PKR berisiko tinggi hilang kerusi. Maka adakah PKR menolak PRN yang merupakan usaha memberikan mandat dan peluang pada rakyat hanya kerana soal kerusi dan soal tidak yakin dengan jentera sendiri. Bayangkan dalam keadaan perbagai isu besar PKR tidak yakin bagaimana apabila Perdana Menteri mengumumkan PRU nanti yang ketika itu pasti Najib memilih saat terbaik dimana isu Bn berada paling minima dan serangan sedang dihalakan kepada pembangkang, maka risiko kalah lebih besar.

6. Ketakutan terhadap 3 penjuru dengan Pas ialah kerana keangkuhan Timbalan Presiden PKR sendiri sehingga sekarang hanya memikirkan kerusi MBnya dan 'deal' gelapnya yang mengekalkan kerajaan Selangor masih berselingkuh dengan Pas yang jelas mesra Umno (Najib). Pilihanraya Kecil contohnya Sungai Besar tidak boleh dijadikan contoh kerana bayangkan dari 35 Ketua Kampung, 23 darinya di pegang oleh Pas dan 0 Amanah. Itu belum masuk lagi Ketua Kampung PKR yang Setiausaha dan AJK Kampungnya dipenuhi orang Pas. Maka bagi penduduk kampung ini Pas merupakan kerajaan negeri. Keadaan hubungan dengan Pas dan PH inilah yang menjadikan PKR masih dalam dilema dan penuh ketakutan dengan bayang sendiri. Telah ditegaskan keluarkan Pas dari kerajaan Selangor, sedeqahkan sahaja Pas kepada Umno biarkan Umno bergelut dengan rakan - rakan dalam Bn mereka mengenai hubungan Umno Pas. Tegaskan Pas ialah rakan Umno kini dan rakyat akan jelas dan tidak keliru. (sila klik http://chegubard.blogspot.my/2016/07/seruan-bersatu-yang-palsu.html untuk baca lanjut). Yakinlah Pas sedang disusun untuk menjadi duri dalam daging dan dengan akur pada Azmin membantu skrip tersebut berjaya.

7. Harapnya khabar mengenai permintaan PKR bahawa meminta Amanah untuk tidak bertanding PRN Pulau Pinang tidak benar kerana sudah tentu rakan - rakan Amanah paling terguris sekarang ini. Antara onak duri yang dialui oleh rakan - rakan ini sehinggalah mereka tersingkir dan menubuhkan Amanah ialah mereka terbeban dengan label 'Anwaris' . Merekalah selama ini ketika dalam Pas yang bertegas mempertahankan prinsip kebersamaan dan menjadikan Pas itu hormat dan membantu parti komponen lain. (sila klik https://www.malaysiakini.com/news/350382) Nampaknya kali ini jasa dan sumbangan mereka tidak langsung bernilai. Adakah bagi PKR politik ini bukan lagi soal prinsip tetapi hanya soal bagaimana mendapatkan kuasa semata - mata ?

9. Selaku anggota seumur hidup (walaupun digantung tak bertempoh) saya agak terkilan terpaksa menulis teguran terbuka ini, namun terkilan saya sangat tinggi. PKR seharusnya menjadi parti berprinsip teguh namun apa berlaku kini sedikit menggoyahkan pandangan umum pada kita.

10. Ketika Presiden PKR mengumumkan kewujudan PH , Timbalanya sendiri memalukan dia dengan mengumumkan keangkuhan dia selaku MB Selangor dengan mengatakan Selangor tidak ada kena mengena dengan PH. Mujur maruahnya diselamatkan oleh Lim Guan Eng (DAP) dengan mengumumkan P.Pinang sebagai Kerajaan PH. Kini nampaknya sekali lagi Guan Eng mengajar kita erti bagaimana bekerja dalam kerangka komponen pakatan. Namun di Selangor kita terus ego atau sememangnya Azmin sudah tidak boleh dikawal ?

Catatan oleh ; che'GuBard

untuk memahami isu dengan baik klik http://chegubard.blogspot.my/2016/07/pemakan-dedak-mahathir-dalam-pkr-sedang.html juga untuk baca

Teguran dari wartawan yang sememangnya pro 'pembangkang'

Berikut luahan isihati seorang wartawan, esey kungsi yor:

Arif Atan (19 hrs)· (petikan dari fb)

Boleh tak parti-parti pembangkang berhenti buat sidang media (PC) bodoh, yang entah apa-apa, tiada apa benda yang baru?! Gah saja buat PC di hotel kat Subang Jaya tapi isi telur Najib #‎MalaysianOfficial1 ! Baik korang buat bawah pokok tepi Dataran Merdeka. Senang semua media nak datang.
Lagi satu bila wartawan tanya, tak nak jawab betul-betul. Jawapan-jawapan yang terlalu 'play safe', berbelit, entah apa maksud sebenar nak disampaikan memang menyakitkan hati kami pemberita termasuk dari media pembangkang. Tu sebab bila dilapor, tak puas hati sebab makan diri dan telan parti mulalah melatah tuduh, "oh media salah lapor, pemberita salah faham." Kau tu yang bodoh kemudian nak membodohkan pemberita dan juga RAKYAT!
Media pun bukanlah nak jawapan sempurna macam tesis akademik. Faham. Korang tu "ahli politik". Cakap lain, buat lain. Jadi, memadai bila ditanya, jawablah dengan berhemah, nak sembunyi realiti sebenar pun gunakan ayat politik yang bijak bukan membodohkan pemberita. Itu je. Kau ingat wartawan, jurugambar tu juga RAKYAT di luar sana bodoh gila macam kau yang hanya fikir soal KUASA saja?!
Ada tadi tu pemberita TV3 tanya soalan, walaupun memulakan soalan dengan sopan dan beritahu, 'atas tujuan kerja' tapi boleh pula pemimpin-pemimpin di atas pentas tu gelak-gelak menganjingkan wartawan tu. Ni, memang satu penyakit aku dah lama perhatikan kena pada sebahagian 'pemimpin' (geli nak sebut) @ poliTIKUS dari parti2 pembangkang. Tak profesional. Kalau orang awam skeptikal gelak2kan TV3, Utusan itu fahamlah, ini kamu tu kononnya bakal nak ganti tempat di Putarjaya tu. Rasional lah sikit.
Korang semua, apahal?! Ya. Kita tak suka polisi stesen TV, atau akhbar yang dikuasai elit pemerintah itu tapi itu tak bermakna kamu sebagai "pemimpin" boleh menghalalkan untuk memperlekeh orang lain!
Mana rasa hormat kau pada manusia lain walaupun dia dari TV3? Ya. Sebab dia kuli, kau ramai-ramai boleh nak menganjingkan dia. Kalau CEO TV3 Datuk ini, Datuk itu yang tanya, mesti korang bagi tanya sejam pun boleh, kan?!
Wartawan tu pun sebahagian drpd RAKYAT. Esok lusa kalau kau jadi pengganti Umno-BN (mampu ke?), mereka tu jugak korang hadap!
Kemudian, bila ada wartawan cuba 'jolok' seusai sidang media bodoh ni, orang keliling Wan Azizah, (pemimpin Cina PKR ) beritahu tanpa ucap maaf: "Datuk Seri ada jamuan terbuka"! Ambooiii! Ngada-ngada protokol konon. Celaka! 'Lu' ingat, pemberita tu semua kenyang sangatlah nak membontoti 'lu' orang?! Padahal, Wan Azizah dah standby nak jawap pun. (Ni pun satu hal, gejala mengampu yang menjengkelkan).
Wahai pemimpin tingtong PKR (hanya beberapa kerat je bagus dengan media seperti YB Rafizi Ramli), korang tak payah berlagak bagus kalau Azmin pun tak pandai urus. Korang jangan ingat boleh berkuasa di Putarjaya tu kalau buat orang media macam sampah.
Korang tahu tak, bukan sedikit wartawan siang tadi mengadu tak sempat makan sebab diarahkan untuk 'cover' PC bodoh di hotel kat Subang Jaya ni. Ada yang terpaksa tinggalkan anak kecil yang demam, bini pulak hantar anak ke klinik, belum lagi terpaksa tak pergi rumah terbuka raya saudara dan jiran.
Maklumlah musim raya tapi pemimpin PKR ingat, korang je yang sibuk nak ke 'open house'! Ya. Korang mungkin cakap, "Itu kan kerja wartawan"! Tapi itulah yang aku tegaskan di sini, biarlah berbaloi masa yang kami korbankan! Tolonglah politikus semua jangan menyusahkan rakyat dengan sikap kamu yang nak menunjuk dan tak membantu pun untuk menumbangkan mana-mana pemerintah yang culas dan tidak amanah.
Belum lagi ada yang di poket duit tinggal RM10 je, (gaji tak masuk lagi. Ni pun satu masalah.) Pergi berpanas, balik berhujan berpuluh kilometer dengan motor kapcai hanya untuk cover PC kosong yang entah apa-apa.
Kalau setakat nak umum Muhyiddin ikut serta siri jelajah parti kamu, hantar WhatsApp sajalah pada media. Oh, kalau Muhyiddin sibuk PKR nak bawak ke hulu ke hilir, tang hubungan kau dengan kawan-kawan Amanah & DAP, macam mana pula?
Dengar ni wahai politikus parti pembangkang semua?! Jangan orang media boikot sidang media kau lepas ni, menganjingkan kamu panggil "parti pembangang"!

Saturday, July 30, 2016

Penafian palsu : Exco diberi sehingga Isnin

SHAH ALAM – Exco Kerajaan PKR Selangor Elizabeth Wong diberi tempoh sehingga Isnin ini untuk membuktikan status tanah di Paya Wet Land tidak ditukar.
Aktivis politik, Badrul Hisham Shahrain atau lebih dikenali sebagai Chegubard berkata, Elizabeth perlu memberi penjelasan bagaimana tanah di Lot 68504 Mukim Tanjong Dua Belas, Kuala Langat ditukar status dan kegunaannya.
“Saya beri masa kepada dia sehingga Isnin ini untuk membuktikan status tanah tersebut. Jika beliau gagal, saya akan keluarkan semua bukti yang ada dan rakyat akan tahu penipuan Kerajaan Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali,” katanya.
Kata Chegubard, sepatutnya status tanah itu tidak boleh ditukar kerana lot tanah tersebut terletak di dalam kawasan Paya Wet Land yang telah diiktiraf sebagai kawasan hutan warisan dunia dalam Perjanjian Ramsar 1995.
“Dia menipu, bukan setakat geran tanah yang telah ditukar status, dalam simpanan saya ada dokumen kronologi status itu ditukar.
“Dia sebagai exco sudah tentu tahu lot tanah itu pernah ditolak permohonan penukaran status sejak zaman Tan Sri Khalid Ibrahim menjadi Menteri Besar,” katanya kepada.
Apa yang dikesalkan, Chegubard berkata, penafian yang dilakukan Elizabeth secara tergesa-gesa dan pantas ini menunjukkan seperti ada sesuatu yang disorokkan oleh Kerajaan Negeri Selangor kepada rakyat.
“Exco itu jawab tergesa-gesa sehingga membuat penafian palsu.
“Kita tunggulah dia buktikan. Jika dia gagal, saya cabar dia untuk meletakkan jawatan sebagai exco kerana menipu terhadap rakyat Selangor,” katanya lagi.

Wednesday, July 27, 2016

PEMBANGUNAN PAYA INDAH WETLANDS BERISIKO TINGGI, KERAJAAN NEGERI PERLU DEDAH LAPORAN

KENYATAAN MEDIA
26 JULAI 2016
Kerajaan Negeri bertanggungjawab untuk mendedahkan semua laporan berkaitan keputusannya membenarkan status tanah Paya Indah Wetlands ditukar kepada "pembangunan" daripada "pertanian".
Semua rakyat Selangor terutama penduduk di sekitar Lot 68054 Mukim Tanjong Dua Belas Kuala Langat berhak mendapat penjelasan terperinci mengenai pelan pembangunan yang dirancang dalam sessi penerangan yang juga boleh menjadi platform bagi mereka menyuarakan pendapat atau bantahan.
Orang awam juga berhak mendapat akses kepada semua laporan dalam apa jua bentuk terutama laporan penilaian impak sosial dan alam sekitar tanpa sebarang sekatan.
Akses awam penuh kepada semua laporan dan pelan pembangunan ini penting memandangkan kawasan terbabit bukan sahaja telah digazetkan sebagai hutan simpan warisan dunia malah ianya juga berfungsi sebagai kawasan tadahan air utama bagi negeri Selangor.
Pembangunan luar kawalan di kawasan ini berisiko tinggi kerana jika berlaku sebarang bencana, kita bakal berhadapan dengan implikasi alam sekitar buruk yang besar terutama banjir dan pencemaran sumber air.
Hasil penelitian pelbagai unjuran risiko semasa berkhidmat sebagai Dato' Menteri Besar, saya yakin kata putus yang saya ambil untuk menolak permohonan penukaran status ini amat wajar, tanpa mengendahkan tekanan atau cubaan mempengaruhi keputusan oleh ramai pelobi korporat dan politik.
Rakyat maklum bahawa "pen sakti" yang dipegang oleh YAB Menteri Besar mempunyai kuasa besar untuk menandatangani mana-mana permohonan dan urusan berkaitan tanah. Namun, kuasa ini harus digunakan dengan penuh berhemah, telus dan bertanggungjawab serta berdasarkan adab dan tata kelola pentadbiran yang baik.
Dalam hal ini, saya menyeru agar Dato' Menteri Besar bersikap matang dan mengenepikan politiking keterlaluan kerana rakyat bukanlah pengemis tetapi pemberi mandat kepada wakil rakyat untuk memastikan aset negeri yang hakikatnya hak rakyat diurus sebaik mungkin.
TAN SRI DATO’ SERI ABDUL KHALID BIN IBRAHIM
ADUN PELABUHAN KLANG

Kerajaan negeri menipu dalam penafiannya



Kenyataan Umum
27 Julai 2016
KERAJAAN NEGERI SELANGOR MENIPU DALAM PENAFIANNYA
1. Pertama sekali terima kasih atas respon segera Kerajaan 
Negeri pada hari yang sama atas kenyataan saya yang bertarikh 26 Julai 2016. Namun kenyataan penafian tersebut yang kelihatan agak panik dan tergesa - gesa hanya bersifat penafian dan palsu.

2. Dalam kenyataan yang disiarkan oleh sebuah portal berita menyatakan Exco yang bertanggungjawab terhadap alam sekitar menafikan Selangor ubah status tanah Paya Indah Wetlands bukan sahaja tidak ubah status malah Exco terbabit menafikan ada pelengkungan semua (re zone) dikawasan tersebut. Ternyata ini satu penipuan.

3. Tanah yang dibincangkan ialah tanah pada lot 68054, Mukim Tanjung 12, Kuala langat, Selangor. Untuk rujukan semua pada 26 Febuari 2014 , Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) melui mesyuarat 8/2014 MMKN telah menolak permohonan Salak Land Development Sdn Bhd untuk menukar tanah tersebut dari status pertanian kepada kormersial dan alasan yang direkodkan ialah kerana kawasan tersebut terletak dalam kawasan Paya Indah Wetland. 

petikan minit mesyuarat rasmi Kerajaan Negeri
ketika MB Khalid Ibrahim jelas menyatakan
Lot 68054 terletak di dalam 
kawasan Paya Indah


4. Namun di bawah Menteri Besar, Azmin Ali sekitar Febuari 2015 usaha pelengkungan semula (re zone) telah dimulakan bukan sahaja kawasan Paya Indah Wetland sahaja ditukar kepada zon kawasan perumahan malah turut terkesan ialah kawasan Hutan Simpan Kuala Langat Utara. Dalam laporan ulasan teknikal direkodkan Jabatan Alam Sekitar telah membantah namun ia tetap diteruskan. 17 Febuari 2015 Lot 68054 telah diluluskan pertukaranya oleh MMKN yang sudah tentu dipengerusikan oleh Menteri Besar.

5. Jelas setakat data ini penafian tidak berlaku pertukaran status dan pelengkungan semula (re zone) adalah tipu.

Tahukah kita puluhan kes permohonan kerja tanah dan pembangunan tertangguh selama bertahun - tahun lamanya di perbagai kawasan di Selangor kerana kononya kerajaan tidak punya peruntukan dan keupayaan cukup dalam melaksanakan pelengkungan semula (re zone) dan ia mengakibatkan bukan sedikit kerugian individu juga syarikat perumahan malah ada yang terpaksa gulung tikar tidak mampu menunggu. Kenapa berbeza dengan tanah ini yang terpaksa mengorbankan kawasan khazanah alam seperti Paya Indah Wetland dan Hutan Simpan Kuala Langat Utara seolah disegerakan ?



6.  Kawasan yang dinamakan Paya Indah ini besar dan bukan sahaja terletak dibawah Selangor tetapi turut berada di dalam Wilayah Persekutuan Putrajaya.  Namun sebarang pembangunan yang berlaku disekitar kawasan bersangkutan pasti memberikan kesan kepada keseluruhan kawasan Paya Indah Wetland termasuk di Putrajaya .

Wetland Putrajaya itu merupakan kawasan simpanan atau pusat wetland yang keenam di negara ini selepas Tasik Bera di Pahang, Taman Alam Kuala Selangor dan Kawasan Perlindungan Wetland Paya Indah di Selangor, Wetland Likas di Sabah dan Kawasan Perlindungan Burung Kuala Gula di Perak dan ia merupakan kelangsungan ikrar Ramsar yang Malaysia tandatangani. 

4 Menteri Besar menolak permohonan menukar status tanah tersebut, kenapa Menteri Besar sekarang menukarnya walaupun dengan bantahan dalam ulasan teknikal Jabatan terbabit ? 

Kenapa ketika banyak kerja tanah dan pembangunan tertangguh kerana usaha pelengkungan semula tertangguh di banyak kawasan sehingga ada syarikat perumahan bumiputera gulung tikar tidak mampu menunggu, kenapa tiba - tiba dikawasan tersebut ia seolah disegerakan ?

Apa pentingnya atau apa sebenar yang mahu diselindungkan sehingga Kerajaan Negeri segera respon pada hari yang sama sehingga terpaksa memberikan penafian yang palsu ?

Kepada yang mahu memberikan respon dalam perkara ini diminta lebih berhati - hati kerana berbulan lamanya telah dibentuk satu pasukan kecil khas untuk meneliti aduan yang diperolehi. Maka dengan itu dokumen - dokumen dan maklumat yang kami perolehi agak lengkap termasuk yang diperolehi dari dalam bangunan SSAAS itu sendiri. 

SAMM tidak berganjak dengan tuntutan Kerajaan Negeri perlu menarik balik pertukaran status ke atas tanah tersebut. 

Oleh ;

che’GuBard
Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM)

web rasmi SAMM : www.anakmudamalaysia.com
twitter rasmi SAMM : @sammalaysia
fB rasmi SAMM : www.facebook.com/SAMMKebangsaan 
blog : http://chegubard.blogspot.com
twitter : @chegubard