Tuesday, September 16, 2008

Selamat Hari Jadi Zarerah Hanim Md Zaki



Hari ini 16 September ialah hari Ulangtahun ke 45 Pembentukan Negara Malaysia. Pembentukan Malaysia ialah kerana ketakutan penjajah dengan kebangkitan 'kuasa kiri' di rantau ini. Maka demi meneruskan kelansungan dan menjaga kepentingan penjajah barat maka Malaysia telah terbentuk. Namun 45 tahun sele4pas itu adakah kita masih ingin meneruskan Malaysia pada acuan yang diwariskan kepada kita oleh penjajah ...? Selama ini 16 September hampir tidak dikenang tetapi tahun ini hampir semua rakyat berdebar menjelang 16 Sptember.

Hari ini 16 September juga aialah Hari Angkatan Tentera dimana sebuah barisan pertanhanan negara telah diangkat menjadi taraf 'Di Raja'....Hari ini ialah untuk mengenang dan menghargai jasa tentera Malaysia.

Hari ini juga 16 September ialah hari ulang tahun kelahiran Zarerah Hanim Md Zaki, isteri tercinta. Selamat Hari Ulang tahun ..... terima kasih kerana sudi bersama dalam hidup ini !!!

Syukur ke hadrat Allah...

p/s : tak dapat update banyak hari ini kerana nak cepat ...dah janji nak bawa Era dan Kiah (yang juga sambut hari ulang tahun hari ini) serta mak lang dan dopot untuk berbuka di luar sambil sambut hari ulang tahun Era dan Kiah.

Monday, September 15, 2008

Umno Pulau Pinang terus cuba bakar 'line'........






Tangkapan ISA kononya untuk tenangkan ketegangan kaum.... tetapi Umno Pulau Pinang terus bakar 'line' dengan megah... tanpa rasa takut ISA...

Teringat ketika operasi Lalang, yang bergaduhnya ialah Umno dan MCA. Najib yang berikrar membasahkan keris dengan darah cina... malah Muhammad Mohamad Taib dalam satu temuramah radio secara lansung menyeru orang Melayu berkumpul di Kampung baru dengan menggesa semua membawa pisau. Katanya "bawalah pisau senang nak kupas limau"

Lee Kim Sai, pemimpin MCA pada ketika itu menjawab tuduhan cina sebagai pendatang dengan menyatakan Melayu juga adalah pendatang dari Indonesia. Pertikaian bermula dari Forum Bantahan yang diadakan pada 11 Oktober 1987, yang dihadiri hampir 2,000 orang di Dewan Perhimpunan Cina membantah perlantikan 100 orang Guru Besar bukan berpendidikan aliran cina di sekolah - sekolah jenis pendidikan cina.

Selepas forum tersebut satu perhimpunan balas diadakan di kampung Baru oleh pemimpin Umno.

Apa masalah sebenar ketika itu ? Bukankah itu isu pendidikan dan pengurusan Kementerian Pendidikan seharusnya diselesaikan secara lebih matang ? Sebenarnya kerajaan Bn pada ketika itu goyah... ikatan dalam parti komponen cukup lemah dan malah dalam Umno juga krisis pertembungan Team A dan Team B masih belum selesai maka dibakar sentimen perkauman untuk menyelamatkan Umno dan Bn.

Maka operasi lalang (ISA) dilakukan. Malangnya Lee Kim Sai, Najib dan pemimpin Bn yang jadi tukang bakar 'line' semuanya bercuti di luar negara tetapi pemimpin bukan Bn yang banyak ditangkap. Ada pemimpin Bn yang ditangkap tetapi nyamuk bukan gajah yang banyak cakap.

Bukankah sekarang ini berlaku sedemikian juga. Ikatan Komponen Bn lemah...Umno bertembung teruk di dalam.... kiriman gambar - gambar banner yang tergantung di sekitar Pulau Pinang juga menjadi bukti penguat Umno cuba bakar sentimen perkauman untuk halang kebangkitan rakyat.

Tetapi yakinlah rakyat akan terus bersatu menumbangkan regim Bn.... Tiada masalah perkauman tetapi Bn yang bermasalah.

Menurut penghantar email ada banyak lagi... juga kelihatan poster ditampal.

p/s : bn pakar buat benda karut ini..contohnya di Permatang Pauh mereka buat banner keADILan tulis Lim Kit Siang bakal TPM untuk takutkan pengundi Melayu. Mereka reka poster palsu 16 September - perhimpunan di Istana...mereka buat memorandum palsu kononya cina anti Azan.... Umno sudahlah....

KeADILan Tidak Anjur Perarakan ke Istana- Dato Salehuddin

(Imej suarakeadilan.com: Petugas sedang menanggalkan poster palsu yang dijumpai di Wangsa Maju, poster yang sama
juga terdapat di perbagai tempat di K.L)


Parti Keadilan Rakyat (KeADILan) telah dimaklumkan tentang adanya beberapa poster dan kain rentang yang telah diletakkan di beberapa tempat di Kuala Lumpur tentang suatu perhimpunan dan perarakan ke Istana Negara pada 16 September 2008 yang kononnya dianjurkan oleh Parti Keadilan Rakyat.

KeADILan dengan ini ingin memaklumkan bahawa ia TIDAK sama sekali terlibat dalam penganjuran mana-mana perhimpunan mahupun perarakan ke Istana Negara pada 16 September 2008 seperti yang diwar-warkan. Penyebaran maklumat palsu yang melibatkan PKR ini dilihat sebagai suatu usaha terdesak pihak tertentu yang mahu menimbulkan kekacauan dan mencetuskan ketidaktenteraman awam dan akan seterusnya menimbulkan kebimbangan kepada warga penduduk Kuala Lumpur.

KeADILan juga menasihatkan orang ramai agar tidak terpedaya dengan sebarang dakyah palsu yang sedang dijaja dan disebar secara meluas oleh golongan jahat yang mengamalkan politik fitnah tentang penglibatan PKR dalam mana-mana aktiviti yang melanggar batas-batas kesusilaan dan prinsip demokrasi, yang secara nyata bertujuan untuk memburukkan pertalian yang baik di antara PKR dan Dulu-Duli Raja-Raja Melayu.



Dato Salehuddin Hashim
Setiausaha Agung
Parti Keadilan Rakyat

Sunday, September 14, 2008

Khabar dari Sibu

Ziarah ke Sibu bukanlah yang dirancang awal. 12 Sept. 10 pagi ketika dalam perjalanan ke rumah DSAI di Segambut, telah dihubungi oleh Ginie Lim. Dia tanya sama ada cheGuBard ada program petang dan malam. Sememangnya petang itu tiada program cadangnya nak berbuka puasa sambil bawa anak dan isteri ke Pasar Ramadhan di Bandar Baru Bangi tetapi terpaksa dibatalkan kerana menurut Ginie , cheGubard harus terbang ke Sibu segera. Satu Majlis Makan Malam 'besar' akan diadakan sepatutnya harus dihadiri oleh Tian Chua.

Bergegas ke KL central, membeli tiket Air Asia (biasalah beli tiket saat akhir harga pun cantik lah sikit hehe) . Paling awal pun boleh sampai ke Sibu ialah jam 8.10 malam., tetapi menurut George Chan Pengerusi Penganjuran Program tak apa tetapi mesti datang juga sebab orang Sibu dah tunggu beliau dah umum bahawa cheGuBard akan hadir.

Bukan pengalaman kali pertama berbuka puasa dalam penerbangan. Jam 7.05 kapten umum buka puasa , cuma ini kali pertama buka puasa dengan manisan strudels. (mesti Unt.Jon Bangga aku buka posa pilih menu strudels dia, tahniah kek puan ada dalam menu Air Asia)

Malam itu dewan yang selesa untuk memuatkan 40 meja telah dipenuhi lebih 60 meja. Termasuk yang berdiri rasanya lebih 800 orang yang hadir terdiri dari perbagai kaum. Beg 'amat' berat yang cheGuBard seret dari semenanjung yang dipenuhi risalah menggembirakan mereka yang sememangnya 'hauskan' berita alternatif.

Himpunan malam itu dihadiri oleh Pengerusi dan Timbalan Pengerusi DAP Sarawak, Naib Presiden SNAP selain Pengerusi Perhubungan keADILan,Timbalan dan Setiausaha Perhubunganya. Pemimpin - pemimpin tempatan termasuk mereka dari Bn juga hadir. Mereka mula majlis sekitar 6.30 petang, cheGuBard berucap jam 9.30malam. Ucapan sejam cheGuBard terus memaku mereka di kerusi kerana rupanya banyak fakta yang mereka tidak ketahui. Mereka seperti terpinggir jauh di sudut bumi Sarawak. Dari pengalaman ini cheGuBard seru MPT keADILan yang ada hampir 30 orang agar ringan-ringankanlah diri sering terbang ke mana - mana tempat ke Borneo ini lawat dan kongsi pandangan bersama aktivis setempat di sana.

Abang Dzul, Setiausaha Perhubungan keADILan Sarawak menyatakan keadaan begitu berbeza kini. Dulu masih ingat Dato Seri Wan Azizah Wan Ismail ke Sarawak terpaksa bertukar 3 hotel dihalau keluar kerana pemilik hotel takut diugut Ketua Menteri. Sebelum PRU 12 juga Sibu bukanlah bumi yang subur bagi keADILan, tetapi secara tiba - tiba sokongan orang ramai terhadap keADILan meningkat mendadak.

Sebelum naik ke bilik hotel untuk berehat. Abang Ismail, meminta kesudian untuk hadir berbuka puasa di rumahnya esok, cheGuBard setuju.

Esok jam 10.00 pagi sudah meninggalkan hotel bertemu untuk bertemu dengan beberapa teman lama (ex maktab perguruan) yang sehingga kini terdampar di Sibu sejak 1999. Banyak cerita yang dikongsi.

Jam 2.00 petang, bersama Robert Lim, Ketua Bahagian Sibu melawat Perpustakaan Awam Sibu. Lawatan ini ekoran keADILan Sibu menerima banyak aduan bahawa Perpustakaan Awam ini banyak yang tak lengkap. Hampir sejam dihabiskan di sini. Membelek koleksi buku, berbual dengan pengguna perpustakaan dan beberapa pustakawan yang sedang bertugas.

Nampaknya tema pembinaan modal insan yang di huar-huarkan oleh Abdullah Badawi ialah omongan kosong. 200 ribu penduduk Sibu terpaksa berkongsi perpustakaan yang tidak terang atau bermasalah dengan pencahayaan, koleksi buku - buku usang dan tidak lengkap, hanya ada 4 buah komputer di perpustakaan ini. 2 buah untuk carian buku dan 2 buah lagi untuk layari internet. 2 buah komputer untuk layari internet itupun diletakkan dalam pejabat dan orang awam yang mahu menggunakanya perlu mendapatkan kelulusan khas.

Dari beberapa pustakawan yang ditemui mengatakan bahawa masalah peruntukan agak serius. Malah ada yang ditemui menyatakan harapnya jika PAKATAN jadi Kerajaan tolong jangan lupa perkara kecil seperti ini yang sebenarnya penting untuk memajukan insan. Cuma selepas itu tiada pegawai pustakawan yang berani menerima cenderamata dari Semenanjung yang saya bawa untuk bergambar. Kata mereka tak mengapa boleh terima tapi jangan bergambar kerana sarawak bukan Semenanjung kami dihantui Tok Uban (nama glamour Ketua Menteri Sarawak).
Ruangan kanak - kanak sempit, tak teratur dan penuh dengan buku 'klasik'ruangan dewasa cahaya suram, rak buku kebanyakan kosong.macam mana tak makin hilang daya saing ? Robert Lim menunjukkan risalah pelancongan Sibu yang diletakkan di hotel, perpustakaan dan kawasan tumpuan orang ramai hanya merupakan kertas A4 yang difotostat sahaja. Memang tak ada peruntukan atau peruntukan bocor ?

Selepas itu Robert Lim, Ketua bahagian Sibu telah bawa saya pusing - pusing Sibu.

Sibu sebenarnya menyimpan sejarah yang berharga. Satu ketika dahulu Sibu merupakan kormesial kedua selepas Khucing dalam Sarawak. malangnya kini Sibu seolah hilang dayasaing ia seolah sudah jatuh ke tangga kelima dalam Sarawak. Mana silapnya tidak dapat dipastikan. Hampir segenap sudut Sibu dikuasai oleh Tauke Balak dengan syarat ada bahagian keluarga Ketua Menteri.

Kediaman ini terletak di kawasan hartanah paling mahal di Sibu. Keluasanya dianggarkan sebesar 4 padang bola terletak di pinggir Sungai Rajang. Seperti istana tetapi ia rumah adik Ketua Menteri. Ia umpama Raja di sibu yang dihantar untuk mengawal oleh Ketua Menteri. Menurut penduduk setempat setiap bandar di Sarawak akan ada seorang ahli keluarga Ketua Menteri dihantar untuk mengawal.

kegiatan pembalakan dan perlombongan pasir yang hampir kesemua mempunyai kepentingan pemimpin politik Sarawak telah menjahanamkan Sungai Rajang yang menjadi aset utama Sibu. Menurut Robert Sungai Rajang satu ketika dahulu jernih dan boleh lihat ikan, tetapi kerana perlombongan pasir dan pembalakan yang keterlaluan telah mengeruhkan dan menjahanamkan sungai Rajang.Kami terpaksa membayar RM 5.00 untuk bayaran tol bagi menaiki jambatan yang menyeberangi Sungai Rajang. Penduduk bandar Sibu tidak punya pilihan lain jika mahu ke Kuching.Juga menarik ialah syaikat pemilik konsesi tol yang menyeberangi Sungai Rajang ialah sebuah syarikat pembalakan yang punya hubungan baik dengan pemimpin politik Sarawak dan juga antara penyumbang utama dana politik Bn Sarawak.

Seperti yang ditulis awal tadi Sibu juga menyimpan notalgia penting . Tentu ramai yang sudah melupakan malah tidak kenal sapa dia Rosli Dhobi, Melayu Melanau yang merupakan seorang pejuang kemerdekaan Sarawak daripada penjajah British.

Rosli didapati bersalah ketika usianya 17 tahun menikam sampai mati Gabenor British Sarawak yang kedua, Sir Duncan Stewart dengan menggunakan pisau beracun di Sibu pada 3 Disember 1949. Selepas beberapa bulan dalam penjara di Kuching, Rosli yang pada masa itu seorang guru akhirnya maut di tali gantung pada 2 Februari 1950. Turut sama digantung adalah rakan seperjuangannya Morsidi Sidik, Awang Rambli Awang Matsaruddin dan Bujang Suntong.

Mereka semua dikebumikan di situ juga, di Penjara Kuching, tanpa batu nisan. Namun pada 2 Mac 1996, keempat-empat pejuang kemerdekaan ini dikebumikan semula di Sibu.

Sehingga kini masih ada buku sejarah yang merakamkan pemimpin Pertubuhan Rukun 13 ini pengkianat.

Ini ialah petikan surat terakhir Rosli Dhoby kepada keluarganya sehari sebelum digantung:

Kepada ibu bapaku yang dimuliai dan ditaati serta dicintai siang dan malam.

1. Selamat berpisah anakanda ucapkan di atas kematian anakanda yang dahsyat. Janganlah diingat-ingat dan dirayukan kerana itu memang sudah nasib dan takdir anakanda yang tak dapat dielakkan dan dimungkirkan lagi.

2. Peliharakanlah adik dan kakak serta semua ahli kita - Berikan segala pelajaran sama ada `Sunat' atau `Fardu' kepada mereka.

3. Ampunilah dosa dan kesalahan anakanda dari merah tapak kaki dipelihara ayahanda dan bonda sehingga hari perpisahan anakanda. Dan halalkanlah makan minum anakanda.

4. Selimutilah jenazah anakanda dengan Panji Kebangsaan Sarawak.

5. Segala perkakas tulis menulis, buku dan pakaian anakanda itu, berikan semuanya kepada Adik Aini.

6. Sementara anak kecil Fatimah, berilah dengan nama ROSLI sempena memperingati anakanda.

7. Sampaikan salam hormat dan maaf serta selamat dari anakanda kepada ibu tua dan bapa saudara anakanda.

8. Ayahanda dan bonda serta ahli keluarga sekalian janganlah lupa mengamalkan kebajikan dan mendirikan sembahyang untuk bekalan istimewa ke alam yang kekal.

Salam sembah dari anakanda.

Rosli Dhoby

1 Mac, 1950.

Rosli Dhobi ialah anak kelahiran Sibu. namanya makin terhakis di minda kita. Sememangnya ini taktik regim yang menyambung pemerintahan penjajah. Memadamkan sejarah hero bangsa agar tidak menjadi inspirasi ganerasi muda untuk bangkit memperjuangkan kebenaran. Bagi Bn pejuang kemerdekaan yang harus dikenang hanyalah pemimpin Umno, hero yang telah membina negara ini hanyalah 5 Perdana Menteri Malaysia.

Saya telah memohon Robert Lim agar sama kita mencari rumah keluarga Rosli Dhobi. Robert ketawa dan bertanya adakah saya kenal Rosli Dhobi saya kata 'ya' ia adalah 'che' Sarawak. Rupanya Robert sering ke rumah Keluarga Rosli Dhobi. Kakaknya yang tingaal di rumah agak usang menghadapi masalah banjir. Setiap kali hujan rumahnya pasti ditenggelami banjir. Robert sering datang untuk membantu dari segi tenaga mahupun sedikit kewangan.

Sepatutnya Melayu Sarawak yang bernaung di bawah PBB harus malu untuk bercakap soal perkauman. Ketika keluarga pejuang bangsa dilupakan dan tertinggal kesusahan seorang cina dari Parti Keadilan Rakyat yang sering meluangkan masa bersama keluarga pejuang ini.

cheGuBard menghabiskan masa kira - kira 45 minit bersama Puan Fathimah Dhobi. Beliau mengadu nasib bagaimana dijadikan bola bila sendiri ke beberapa jabatan kerajaan memohon bantuan . Beliau menitiskan air mata bila menceritakan kepewiraan adiknya. Dia mengatakan walaupun ketika itu ibunya sering mengingatkan Rosli agar 'slow' sikit namun ketika Rosli di makamkan tanpa nisan ibunya memberitahu semua ahli keluarganya bahawa ibunya bangga punya anak yang syahid sebagai pejuang. Saya sempat menghulurkan sedikit wang tunai dari tabung Jejak Fakir Rembau untuk keluarga pejuang ini.Beliau sampaikan salam kepada DSAI katanya DSAI pejuang...jangan sekali gadai hak warisi kezaliman penjajah...Kami sekeluarga semua sokong dan undi keADILan kalau Rosli hidup pun mungkin dia bersama keADILan. Katanya Aini adik Rosli telah sambung perjuangan Rosli tetapi Aini memilih jalan politik. Itupun selepas Tok Uban jadi 'cm' bukan sahaja Rosli tetapi Aini juga dilupakan. Ketika berbual cheGuBard cuba menghubungi telefon DSAI malangnya panggilan tidak diangkat. Sesiapa yang ke Sibu mahu melawat keluarga ini sila email untuk alamat atau sesiapa yang sudi hulur bantuan boleh juga email.
Sesi akhir lawatan ringkas ke Sibu ialah Majlis Ramah Mesra dan Berbuka Puasa di Rumah Abang Ismail. Katanya rumahnya sudah menerima ramai pemimpin termasuk Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail. Rupanya majlis yang hanya di susun malam semalam amat meriah. Ramai hadirin dan banyak makanan. Majlis dimulakan dengan tahlil ringkas dan kemudian ceramah serta dialog ringkas. Ada juga hadirin yang mendaftar sebagai ahli baru. Malangnya cheGuBard terpaksa bergegas ke lapangan terbang untuk pesawat jam 8.00 malam. Masa amat terhad....

Sibu bumi subur buat pejuang !!! Salam sayang buat semua teman pejuang di Sibu dari Semenanjung.

p/s :

*(Datuk Aini Dhoby adalah seorang pengasas Barisan Rakyat Jati Sarawak dalam tahun 1961 bersama dengan Tun Ahmad Zaidi, bekas Ketua Menteri Sarawak ketiga dan Yang Dipertua Negeri Sarawak keempat Tun Abdul Rahman Yaakub, dan Ketua Menteri Sarawak keempat Tan Sri Dr Abdul Taib Mahmud.

Barisan Rakyat Jati Sarawak atau BARJASA kemudian dinamakan Parti Bumiputra Sarawak dan akhirnya, Parti Pesaka Bumiputra Bersatu Sarawak atau PBB)

Iklan

menjelang hari raya
  • siapa nak buat welding @ awning @ grill - hubungi BOB 012 - 918 6473
  • Sebuah rumah Teres (lot tepi) 3 bilik tidur, stor dan 2 bilik air. Telah diubah suai terletak di Bukit Minyak, Bukit Mertajam. Harga RM 200k (boleh runding). Minat hubungi 0126262929
  • beli kereta proton hubungi Manja (Bendahari Gerak NS) 0123535698
  • Katering
    • Hassan Katering (Penang) 016 469 5343
    • Rosli Kuala Pilah
  • Insurans hayat dan am
    • Razak 0196500425
    • Ariffin @ Rebin 0162862481
    • Faisal Mustaffa 0193382786
  • Video / Rakaman dan Editting
    • Din Binjai (Ketua Penerangan keADILan P.Pinang) 016 469 5343
  • Apa sahaja berkenaan komputer
    • Azib (Ketua AMK Sepang) 0166858558
    • Azrizal (AMK P.Pinang) 012 4984556
  • Bunting Injek / poster / handbill / risalah
    • Jasmin 0122345615
    • Azizi 0123696474
  • Claim Insurans atau apa masalah berkenaan perundangan
    • Chai Tong Chai (Timb. Peng.keADILan NS) 0166313232
  • p/s : sesiapa ada maklumat tolong email contact no. mereka di atas dan siapa nak iklan juga sila email

RAKYAT TERENGGANU SALAH PILIH PESURUHJAYA

mendapat email dari blog seorang teman yang juga seorang wartawan, rasanya ada yang perlu dikongsi.

Terengganu salah pilih Pesuruhjaya, ikuti kenyataan YAB Tuan Guru Nik Abd Aziz Nik Mat mengenai perkara ini dengan klik sini.

nota terkini : 15 Sept. 2008 - Saya wan nordin, ingin jelaskan bahawa kenyataan yang saya siarkan dalam blog saya : wannordinwanyaacob.blogspot.com telah dikeluarkan, namun dalam ceramah malam tadi (14 Sept) di Taman melewar, Tok Guru sekali lagi dalam ceramahnya menghentam orang yang sama, lagi keras dari artikel yang saya dedahkan. TQ

ikuti artikel tersebut di http://mudin001.com/2008/09/14/apa-khabar-mustafa-ali/

Saturday, September 13, 2008

Salam dari Sibu

Gambar Dataran Sibu di tengah Bandar Sibu

Semalam mendapat 'arahan' saat akhir untuk berada di Sibu. Menaiki pesawat jam 6.00 petang sampai di Lapangan Terbang Sibu jam 8.00 malam. Teman yang menyambut di lapangan terbang terus membawa ke sebuah hotel di sini untuk menghadiri Makan Malam Perhimpunan Parti Keadilan Rakyat di Sibu. Sampai di hotel sambutan kelihatan amat baik. Dewan penuh sesak. Tidak kurang dari 60 meja memenuhi dewan yang anggaran che'GuBard kadar selesanya cuma untuk 40 - 50 meja. Ada yang terpaksa berdiri.

Pemimpin kanan PAKATAN hadir. Ada Pengerusi dan Timbalan Pengerusi DAP Sarawak, untuk pengetahuan umum che'GuBard sering mendengar keADILan Sarawak sering bermasalah dengan DAP Sarawak tetapi berdasarkan ucapan Pengerusi DAP Sarawak nampaknya penyatuan sudah bermula semalam. Timbalan Pengerusi SNAP juga hadir. Ada juga pemimpin masyarakat tempatan dan beberapa pemuka pemimpin politik yang tidak mahu namanya disebut yang hadir mengintai keADILan Sarawak. YB Dominique, Pengerusi Perhubungan keADILan Sarawak kelihatan begitu ghembira dengan perkembangan ini.

Pagai tadi ada satu pertemuan dengan teman - teman lama yang bekerja di Sarawak, terlalu banyak isu diperbincangkan. Jam 2 petang nanti akan ada sidang media bersama kepimpinan keADILan di Sibu. Manakala petang nanti akan menghadiri Majlis Berbuka Puasa bersama penduduk setempat, sebelum solat maghrib dan terus bekejar ke Lapangan Terbang Sibu untuk penerbangan akhir ke Kuala Lumpur.

Dari pemerhatian ghairah masyarakat Sarawak untuk melihat perubahan tampuk pimpinan pusat cukup tinggi. Sarawak bukan sahaja disihkan kerajaan pusat tetapi dizalimi oleh pemimpin tempatan seperti Taib Mahmud yang menguasai perbagai bidang perniagaan yang akhirnya menjadikan beliau dan keliauga amat kaya dan berkuasa.

Isu tanah adat yang bukan sahaja tidak selesai tetapi maikin rumit dan parah, masalah pendatang yang mendapat kad pengenalan kerana diupah menjadi pengundi (Bn), masalah gangsterisma, masalah pembangunan dan perbagai masalah terus menghimpit penduduk peribumi Sarawak.
Mengenai perkembangan tangkapan ISA, cheGuBard benar - benar pelik. Baru sahaja dua hari lepas kerajaan menjanjikan ketelusan dengan tidak lagi menyekat laman web malangnya sehari selepas itu blogger terkenal Raja Petra di tahan. Ini kononya kerana kewujudan komen pembaca yang 'menghina' Islam.

Penahanan turut melibatkan wartawan Sin Chew, Tan Hoon Cheng. Ini kononya pula kerana laporan beliau mengenai isu Datuk Ahmad Ismail yang mengeluarkan kenyataan yang menyatakan Orang Cina di Malaysia tidak layak menerima layanan baik kerana mereka pendatang.

Selepas program semalam ketika berada di Coffee House Hotel bersama pimpinan Sarawak cheGuBard telah menerima sms pula menyatakan YB Teresa Kwok pula ditahan. Ini pula mungkin kerana isu memorandom halang azan.

Melalui beberapa maklumat ramai lagi akan ditahan, malah seorang 'Datuk' pagi tadi menghubungi cheGuBard agar berhati - hati kerana nama ada dalam list. Bagi cheGuBard hanya berserah... itu resam perjuangan... ada yang nasihat alang - alang sudah berada di Sibu maka bersembunyai sebentar.... Dalam hati nak bersembunyai macam mana... bapa cheGuBard sedang sakit....takkan nak tinggalkan 'cheNur' yang comel... keputusanya tetap sama seperti hari pertama melangkah dalam perjuangan... lakukan yang terbaik demi Agama bangsa dan negara dan kemudian berserah.... pesan guru "berani kerana benar !!"

Tangkapan ISA kali ini kononya untuk kendurkan ketegangan kaum.... ha..ha..ha.. mari ketawa, di bulan puasa ini... LAWAK !!! ketegangan kaum ? mana ada ketegangan kaum... di kawasan kampung atau mana - mana perumahan melayu, cina, india apa bangsa sekali pun semua harmoni dan berkongsi hidup dengan aman. Ketegangan kaum cuba dicipta untuk menutup permasalan politik dalaman parti komponen Bn yang kian meruncing.

Wartawan yang menulis berita ditahan tetapi si 'banghal' yang mengeluar kenyataan di bebaskan...?

Kalau Raja Petra benar - benar salah bicarakan dia di mahkamah terbuka, tidak lengkapkah undang - undang negara untuk mendakwa Petra ...?

Teresa anti Azan ? Teressa Anti melayu...? YB Teressa dah nafikan penglibatan beliau dalam memorandum ciptaan Bn yang kononya ada orang cina menentang azan.... (Ingat kenyataan Ketua Menteri Pulau Pinang yang mengatakan dia nak dengar suara rakyat...dan azan juga sebahagian dari suara rakyat...maka dia pun nak terus dengar azan berkumandang di Pulau Pinang)..... cuba lihat posting berkenaan dengan isu air sebelum ini.... Bn memang cekap cipta isu hantar memorandum palsu yang paksa orang tandatangan......

Tiada isu perkauman ... yang ada ISA digunakan untuk menyelamatkan politik Bn terutamanya Umno.....

Jam 8 malam ini cheGuBard tetap akan terbang balik ke KL..sampai LCCT jam 10 malam....
Salam dari Sibu, Sarawak !!!

Friday, September 12, 2008

Penahan Raja Petra di bawah ISA

Raja Petra ditahan ISA, tepat jam 1.10 petang tadi 10 orang anggota Polis telah mengepung rumah Raja Petra dan menahannya di bawah ISA. sila klik. Nampaknya Bn telah panik, mereka yang memainkan sentimen perkauman dan kini sedang mencari mangsa untuk ditahan. 3 akhbar pula dilaporkan menerima surat tunjuk sebab dari KDN.

Tepat jam 2.00 petang pula rombongan 4 orang pimpinan kanan keADILan bertolak ke Taiwan untuk menemui beberapa ahli Parlimen BN di sana.

Jam 5.00 petang, cheGuBard akan bertolak ke Sarawak atas urusan parti.

Thursday, September 11, 2008

Pemimpin MCA, PPP dan Umno di NS istihar masuk keADILan

Ratusan sms dan panggilan telefon diterima berikutan pengumuman blog ini semalam berkenaan satu sidang media pengistiharaan teman pemimpin MCA, PP dan Umno di Negeri Sembilan untuk meninggalkan komponen Bn dan memohon untuk memasuki keADILan. Nampaknya langkah berani teman - teman ini cukup mendapat perhatian bukan sahaja dalam Negeri Sembilan malah dari pemerhati politik Malaysia di luar negara juga.

Pagi ini , 11 September 2008, sekitar jam 11 pagi sidang media dimulakan. Kehadiran wartawan dalam jumlah yang juga luar biasa.

petikan berita dari Malaysiakini.

Seramai 29 pemimpin cawangan dan bahagian parti komponen Barisan Nasional (BN) termasuk seorang timbalan ketua bahagian Parti Progresif Penduduk (PPP), telah menyertai PKR Negeri Sembilan hari ini.

Seramai 19 pemimpin PPP di peringkat dewan undangan negeri (DUN) di Parlimen Teluk Kemang, yang diketuai oleh timbalan ketua bahagian PPP Teluk Kemang, S Karupusammy, menyerahkan borang keahlian kepada pengerusi PKR Negeri Sembilan, Datuk Kamarul Baharin Abas dalam satu majlis di Seremban pagi tadi.

Turut menyertai PKR hari ini ialah tujuh pemimpin cawangan dan ahli jawatankuasa (AJK) MCA bahagian Seremban, Teluk Kemang, Jempol dan Kuala Pilah.

Selain mereka, tiga AJK cawangan Umno di Rembau dan Kuala Pilah, turut berbuat demikian.

Setiausaha PKR Negeri Sembilan, Sabaruddin Mohd Yassin berkata, parti itu mengalu-alukan kemasukan mereka bagi menguatkan kedudukan parti itu di negeri tersebut.

"Kita mengamalkan sikap tangan terbuka dan menggalakkan sesiapa sahaja untuk menyertai PKR.

"Kemasukan Karupusammy penting kerana kekuatan PPP Negeri Sembilan ialah di bahagian Teluk Kemang.

"Berikutan itu, kita menjangka sebahagian besar daripada 2,000 ahli PPP Teluk Kemang, akan menyertai PKR tidak lama lagi," katanya.

Beliau berkata, berdasarkan pengakuan pemimpin berkenaan, lebih ramai ahli ketiga-tiga parti komponen BN itu akan menyertai PKR.

Sabaruddin berkata, kemasukan ahli Umno melalui bahagian PKR di Negeri Sembilan amat menggalakkan.

"Jumlahnya ramai sehingga membimbangkan pemimpin Umno termasuk Menteri Besar Datuk Seri Mohamad Hasan," katanya.





Sidang media dihadiri oleh YB Dato Kamarul Baharin Abbas,Pengerusi Perhubungan keADILan Negeri Sembilan, Sabarudin Yasin, Setiausaha Perhubungan keADILan Negeri Sembilan, YB Chai Tong Chai, Timbalan Pengerusi Perhubungan dan selain dari cheGuBard sendiri selaku MPT keADILan.

Sekurang kurangnya 7 cawangan MCA akan terbubar, 12 cawangan PPP juga akan terbubar dan menyebabkan PP NS lumpuh. Kekuatan Umno juga sudah mula goyah kerana ramai pimpinan 'grassroot' Umno juga telah bersama keADILan. Ada antara mereka ialah golongan profesional dan pemimpin Belia serta NGO peringkat Nasional.

Mengulas ugutan Menteri Besar Negeri Sembilan yang juga Pengerusi Bn Negeri Sembilan yang akan membubarkan DUN jika keadaan politik goyah dan ada ADUN yang melompat.

keADILan Negeri Sembilan amat kesal dengan ugutan Mohamad yang jelas menghina DYMM SPB Yang Di Pertuan Besar Negeri Sembilan kerana bagindalah yang berkuasa membubarkan DUN bukan Mohamad. Persoalanya adakah Mohamad tidak faham undang -undang tubuh negeri atau dia terlalu panik sehingga mengeluarkan ugutan itu ?

Kenyataan Mohamad yang begitu yakin akan merampas semula 15 kerusi PAKATAN kerana baginya kemenangan PAKATAN hanya kerana masalah dalaman Bn seolah memperlekehkan kebijaksanaan rakyat Negeri Sembilan. Banyak kenyataan Mohamad sebelum ini juga memperlekehkan kehadiran 15 orang ADUN PAKATAN dalam DUN dan mengangap ia memberikan masalah kepada kerajaan negeri.

Sekarang keADILan mencabar jika benar Mohamad berani 'anak jantan dalam politik', sila mengadap Istana Negeri Sembilan persembahkan kepada Banginda Yang Di Pertuan Besar Negeri Sembilan untuk dibubarkan DUN agar membolehkan pilihanraya diadakan semula. Bagi keADILan dengan keangkuhan berterusan kerajaan Bn khususnya di Negeri Sembilan, dengan kebangkitan rakyat serta kempen berterusan memperjuangkan dan membela rakyat leh PAKATAN, keADILan yakin jika diadakan Pilihanraya DUN Negeri Sembilan, PAKATAN bakal merampas sekurang kurangnya 20 kerusi dan akan memerdekan kedaulatan rakyat negeri ini.

Wednesday, September 10, 2008

Air selangor milik individu

Sejak dari semalam sibuk sangat tak sempat lagi tulis isu air yang dijanjikan.... semalam seharian di IJN membawa ayah. Tapi buat tatapan sementara sila baca surat dibawah.... dan insyaAllah dalam masa terdekat akan ditulis penuh.........bersambungSambungan ;

Bukan satu tetapi berpuluh Konvensyen Besar dunia telah menyentuh AIR sebagai aset / komoditi awam yang seharusnya rakyat diberi jaminan HAK mendapat akses kepada bekalan air bersih. Namun dalam dunia yang ditenggelamkan dengan pasaran terbuka yang sentiasa mengejar keuntungan AIR sudah menjadi bahan dagangan yang menzalimi rakyat. Air bukan sahaja untuk akses mereka yang mampu tetapi air dikawal oleh kumpulan tertentu dan mereka menikmatai kekayangan yang melampau kerana diberi kebenaran mengawal air.

Menyedari hakikat itu Kerajaan PAKATAN Selangor telah membawa manifesto 'air percuma' dalam pilihanraya lepas dengan semangat merakyatkan sumber air. Selepas Pilihanraya Umum yang menunbangkan Bn di Selangor perbagai usaha dimulakan untuk mengembalikan air kepada rakyat Selangor.

Air di Negeri Selangor dan Wilayah ini sudah dikormesialkan. Melalui Syarikat Bekalan Air Selangor yang dimiliki oleh Puncak Niaga telah mendapat hak konsesi yang menguntungkan golongan pemodal tetapi menjerut pengguna.

Saban tahun air yang menjadi kurniaan Allah menjadi sumber kekayaan yang dikawal individu ataupun kumpulan tertentu. Dalam keadaan Kerajaan Selangor sedang berhempas pulas untuk merialisasikan air percuma untuk rakyat Selangor Puncak Niaga pula dengan serius sedang melobi mendapat kebenaran menaikkan sehingga 37% tariff air.

Malah Puncak Niaga yang dimiliki oleh Tan Sri Rozali yang merupakan bekas Bendahari Umno Bahagian pula berusaha dengan serius untuk menggagalkan pengamilalihan air oleh Kerajaan Negeri.

cheGuBard mendapat email yang mengandungi dua pucuk surat jelas menunjukkan usaha 'nakal' untuk menggalkan usaha merakyatkan sumber air dan terus menjadikan air sebagai kekayaan yang dikawal individu.

Kononya ada sekumpulan kontraktor menghantar memorandum membantah proses pengambil alihan SYABAS oleh Kerajaan Negeri tetapi berdasarkan surat tersebut jelas menunjukkan bahawa kontraktor di ugut untuk menandatangani memorandum tersebut. Kami juga punya bukti di mana semua kakitangan Syabas / Puncak Niaga diarahkan mencari sekurang kurangnya 10 tandangan menyokong memorandum bantahan pengguna air Selangor terhadap proses pengambilalihan air.

Bantahan - demi bantahan akan diokestrakan oleh 'pencekik darah' yang menikmati kekayaan melampau hasil dianugerahkan sumber air Selangor untuk dikawalnya. Kesilapan telah dilakukan di masa kerajaan dahulu yang menganugerahkan konsesi tersebut tetapi kesilapan sejarah perlu diperbetulkan bukan diteruskan.

Kembalikan air kepada rakyat. Selepas ini dengarnya Tan Sri Rozali akan mula menaja beberapa program seperti Briget Sungai dan lain - lain untuk menghalalkan beliau agar terus menjerut rakyat dan menikmati kekayaan dari setiap titik air yang menitik dari paip rakyat Selangor.

InsyaAllah dalam masa terdekat ini pula akan didedahkan beberapa butiran korupsi jutawan air di Selangor ini yang turut diberikan dalam email yang sama.

JADUAL TARAWIH DAN TAZKIRAH US . DR. BADRULAMIN.

Ini di bawah jadual penuh Ust Bard ...bukan che'GuBard

September 2008.

1) PJS – Kontek Marzuki 012-6872867.
2) Setapak – Quarters Guru – Kontek 016-2439819.
3) Rawang – Sg. Buaya – Surau Ikhwan – Kontek 019-3350466
4) Keramat – Surau al-Kauthar – Kontek 012-2547941
5) Desa Subang – Kontek 016-2510493
6) Selayang – Masjid al-Firdaus (Dkt Pej Tanah)– Kontek 012-2955139
7) Pinggiran Bt. Caves – Surau al-Kahfi – Kontek 013-3916568
8) Seri Kembangan. Taman Impian Ehsan – Kontek 019-2244315.
9) Kelang – Taman Setia – Kontek 019-6006084
10) Kelang – Teluk Menegun – Kontek 013-3321930 (buka puasa & Kuliah Maghrib)
11) S. Alam – Sri Muda – Kontek 019-3128324
12) Kedah –Pokok Sena, Msjd Pak Kiaw - Kontek Asri 014-2289757 (Hingga Qiamullail)
13) Penang – Masjid Batu – Kontek 019-4060129 (mula buka puasa hingga Qiamullail)
14) Subang – Masjid Subang Airport – Kontek 019-3854842
15) Kepong – Masjid Taman Ehsan – Kontek Din 013-2738090
16) Cheras – Masjid Kg. Cheras – Kontek 019-2862870
17) Sg Buluh – Masjid Besar Sg Buluh – Kontek 019-6451697
18) Kuala Trengganu – Batu Buruk – YB Syed Azman 019-3865649
19) Sepang – Masjid KLIA – Kontek 019-3362555
20) Selayang – Taman Desa Bakti – Kontek 019-3976048 (Isyak hingga Qiamullail)
21) Serdang – Masjig Mardi UPM – Kontek 019-2804785
22) Hulu Selangor – Masjid Rasa – Kontek 019-2146363
23) Kuantan – Masjid al-Fatah – Kontek 019-9511131.
24) Cheras – Surau Mustaqimah (blkg HUKM) – Kontek 013-3639123
25) Kelantan – KB – ABIM – Kontek Us. Zainuddin 012-9882553 (mula buka puasa)
26) Kajang – Surau Gemilang Saujana Impian – Kontek 019-3303509
27) Ipoh – Dataran Bandaraya Ipoh – Kontek Us. Zul 017-5554828 (mula buka puasa)
28) Sabak Bernam – Tapak Keadilan – (mula buka puasa)

- (Pengisian - Isyak, Tarawih 8 rakaat, Witir 3 rakaat, Tazkirah 30 minit)


QIAMULLAIL (Solat Tasbih mula 3.30am – 5am, Sahur, Subuh & Tazkirah Subuh):

1) 13 Sept - Sabtu - Kedah –Pokok Sena, Msjd Pak Kiaw - Kontek Asri 014-2289757
2) 14 Sept - Ahad - Penang – Masjid Batu – Kontek 019-4060129
3) 17 Sept – Rabu - Shah Alam – Halim 017-2277099
4) 20 Sept - Sabtu - Kepong – Masjid Taman Ehsan – Kontek Din 013-2738090
5) 21 Sept -Ahad - Selayang – Taman Desa Bakti – Kontek 019-3976048
6) 26 Sept - Jumaat - Kelantan – KB – ABIM – Kontek Us. Zainuddin
7) 27 Sept - Sabtu - Bangi – Surau An-Nur – Hj Ghazali 012-6770060
8) 28 Sept - Ahad - Ipoh – Dataran Bandaraya Ipoh - Us. Zul 017-5554828

Mohamad Hassan hina DYMM SPB Yang Di Pertuan Besar N.Sembilan

Muka depan akhbar Sinar Harian edisi NS & Melaka telah menyiarkan kenyataan cheGuBard dalam ucapan penangguhan Mesyuarat Agong Bahagian Rembau yang diadakan pada 7 September yang lalu. Dengan tajuk 16 September tetap akan jadi, telah mendapat perhatian ramai.
che'GuBard melalui laporan akhbar dengan jelas menyebut berkeyakinan tinggi agenda 16 September tetap akan jadi. 16 September ialah agenda rakyat bukan agenda peribadi Anwar. Anwar dan PAKATAN boleh menunggu sehingga PRU yang akan datang tetapi bolehkah ekonomi dan kesempitan hidup yang menghimpit rakyat mampu menunggu....? Semakin hari Malaysia makin hilang daya saing.... semakin hari rakyat semakin terhimpit... media hanya memainkan retorik... dalam pembentangan belanjawan media hanya huar - huar kan kononya rakyat dapat habuan terbesar yang sebenarnya tipu !! Habuan terbesar diperolehi oleh kapitalis besar... buget negara terbazir membayar pampasan kepada TNB dan syarikat konsesi tol.
Agenda 16 Sept. sempena tarikh penubuhan Malaysia. Agenda ini untuk melahirkan Malaysia baru yang lebih adil dan harmoni...pentadbiran berpaksikan rakyat.... jika ia tidak jadi 16.9 ia tetap akan jadi dalam tahun ini. Ahli Parlimen Bn kini seperti orang salah diekori ke sana ke sini... di kurung dan dihantar 'belajar' bertani ke Taiwan. Namun yang menarik semalam seorang ahli Parlimen dari GERAKAN yang berada di Taiwan telah menghantar sms kepada Pengerusi Pemuda Bn, Hishamuddin Tun Hussein yang meletakkan jawatan dari Ketua Pemuda Bn P.Pinang dengan alasan uasana tak kondusif untuk dia pegang jawatan. Walaupun dah di kepung di Taiwan tapi masih ada yang meletakkan jawatan.
Dalam ucapan cheGuBard juga menegaskan supaya pimpinan Bn N.Sembilan jangan sibuk dengan agenda 16 Sept. 'ambil alih kerajaan pusat. Percayalah bahawa jika agenda 16 September berjaya pada 20 September maka 21 September kerajaan Bn N.Sembilan juga bakal tumbang. Ini kerana semenjak dari pilihanraya sehingga kini PAKATAN di N.Sembilan khususnya keADILan telah mempunyai hubungan 'rapat' dengan lebih dari 4 ADUN Bn di Negeri Sembilan.
Laporan Sinar Harian hari ini dijawab oleh Pengerusi Bn N.Sembilan merangkap M.Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Hj Mohamad Hassan. Dia mengatakan bahawa jika ada yang melompat maka dia akan bubar DUN N.Sembilan.
Hj Mohamad Hassan yang memang terkenal dengan kesombongan dan kenyataan 'kasarnya'. Baru - baru ini dalam persidangan DUN NS dia 'menghalau' semua ADUN PAKATAN dengan menjerit 'pergi mampos'....
Kenyataan terbaru Mohamad ini pula jelas menghina DYMM SPB Yang Di Pertuan Besar N.Sembilan, tidakkah dia sedar kuasa membubar DUN bukanlah kuasa dia tetapi kuasa Yang Di Pertuan Besar N. Sembilan. Adakah dia tidak memahami undang undang atau dia dah mula panik sehingga mengeluarkan kenyataan tersebut. Malah keADILan cabar Mohamad kalau berani cadang kepada istana N.Sembilan bubar DUN sekarang kenapa perlu tunggu 'lompat' ? kerana jika tunggu lompat takut tak sempat bubar.
cheGuBard berkeyakinan tinggi jika Pilihanraya diadakan di N.Sembilan PAKATAN bakal memenangi sekurang kurangnya 20 kerusi dan membentuk kerajaan negeri.

Gambar dari program 7 September


Dewan kecik yang hanya mampu menempatkan 200 kerusi padat sehingga ramai yang kena berdiri, bilik sembahyang, pejabat dan dapur juga penuh orang berdiri.



Selepas Mesyuarat Agong di dewan kecil Pusat Khidmat Rakyat, majlis diteruskan di bawah khemah depan pejabat. Kelihatan Tn Hj Syed Shahir sedang menyampaikan ucapan selepas ucapan penangguhan cheGubard. Turut berada dalam gambar ialah Cikgu Razak, Timbalan Ketua Bahagian Rembau.


Agihan bubur lambuk, tak ketinggalan wartawan (dari Akhbar Sinar harian) yang hadir juga menerima bubur lambuk

Suasana waktu berbuka puasa, meja Tn. Hj Syed Shahir bersama AJK bahagian Rembau. Turut kelihatan ialah Sdr. Kamel dan Sdr. Norizam iaitu pemerhati dari Bahagian Rasah.
Sani, penyelaras AMK Rembau menyampaikan bantuan kepada keluarga OKU di dalam DUN PAROI
Sdr. Hadi dan Sdr. Norazizi menyampaikan bantuan kepada keluarga susah juga dalam DUN Paroi. Pada 7 September sebanyak 10 keluarga telah menerima bantuan barang makanan dan wang tunai dari Tabung Jejak Fakir.


23 September, sempena Ulang tahun pertama kelahiran che'Nur Zaima Jahida dan ulang tahun ke 30 kelahiran che'GuBard, satu majlis kesyukuran dan buka puasa akan diadakan di kediaman pasangan suami isteri (bertempat di Taman Tuanku Jaafar) yang memelihara 9 orang kanak - kanak istimewa. Bantuan makanan dan wang tunai juga akan disampaikan nanti. Semoga kehadiran kami mampu memberikan sedikit kegembiraan kepada kanak - kanak istimewa tersebut dan dapat membantu pasangan tersebut meneruskan usaha murni mereka. Majlis ini juga dijangka akan dihadiri oleh YB. Tn Hj Taufek (ADUN Paroi)


di bawah ini nak kongsi tulisan teman yang dihantar melalui email...


PUTRAJAYA 916 : 16 SEPTEMBER PASTI BERLAKU...

Mohd Ezli Mashut
LL.B (Hons)
017-6543974 / ezli007.blogspot.com/ ezli007@hotmail.com



‘Apakah kamu mengira bahawa kamu akan dibiarkan (begitu sahaja), sedang Allah belum mengetahui (dalam kenyataan) orang-orang yang berjihad di antara kamu dan tidak mengambil teman yang setia selain Allah, Rasulnya dan orang-orang yang beriman. Dan Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan. ( 9:16 ) Surah At-Taubah – Surah ke - 9 : Ayat 16


16 September atau 916 semakin hampir dan Ia PASTI BERLAKU. Selepas ini Dato Seri Anwar Ibrahim perlu melakukan satu lagi sumpah yang ditunggu-tunggu selama ini. Sumpah keramat kali ini akan menamatkan terus pemerintahan Barisan Nasional selama 50 tahun. Jika selama ini pelbagai pihak mendesak Dato Seri Anwar Ibrahim untuk melakukan sumpah. Tetapi sumpah selepas ini akan menyebabkan mega tsunami yang akan menenggelamkan kapal Titanic Barisan Nasional selaku regim parti pemerintah sekarang. Sumpah tersebut adalah sumpah taat setia di hadapan Yang DiPertuan Agong sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-6 yang baru.

Tarikh 16 September juga kelak akan menjadi titik terpenting dalam sejarah masa hadapan Malaysia. Harapan baru rakyat Malaysia terhadap sistem pemerintahan negara bakal melakar satu lembaran baru. Selepas bergelut dengan pelbagai kemelut ekonomi, rasuah, sistem kehakiman , sistem demokrasi dan sosial. Rakyat Malaysia secara keseluruhannya wajar bangkit semula untuk meletakkan negara pada kedudukan dan standart yang tinggi di mata dunia.

Semangat dan inspirasi baru perlu ditiupkan kepada seluruh warga Malaysia. Dengan harapan baru kebangkitan rakyat Malaysia selepas 51 tahun negara mencapai kemerdekaan. Suntikan semangat dengan halatuju dan agenda baru perubahan negara akan melonjakkan Malaysia berada ditahap global. Kita perlu memahami realiti semasa dengan perubahan dunia yang semakin pantas bergerak maju dan semakin bersifat global. Justeru tindakan dan fikiran juga menuntut standart yang tinggi dan bersifat global dan futuristik.

Malahan harapan selepas 16 September adalah untuk melihat Malaysia bangkit dalam menghadapi kemelut ekonomi dan sistem keadilan. Dunia juga mengharapkan khususnya negara-negara Islam agar Malaysia menjadi jurubicara dunia Islam dan negara-negara membangun dalam menangani persoalan ketidakadilan global yang semakin memisahkan dan melebarkan jurang pertembungan tamadun atau Clash of Civilization yang diungkapkan oleh Samuel Huntington dalam karya agungnya.

Kita juga mengharapkan sinar baru harapan Malaysia akan muncul pada fajar 16 September. Sinar ini yang akan menerangi seluruh zaman kegelapan Malaysia dalam aspek sistem keadilan,sosial, ekonomi dan pentadbiran negara. Sinar harapan baru rakyat Malaysia untuk kembali bangkit menjadi bangsa yang menyumbang kepada kepesatan dan ketamadunan dunia. Kita juga akan bangkit bukan sekadar untuk menyaingi prestasi ekonomi Singapura, Taiwan dan Korea Selatan. Tetapi juga kita bangkit untuk membangunkan ekonomi yang akan menjadi role model dunia dan ummah sejagat di masa hadapan.

Apa jua halangan dan rintangan yang cuba dilaksanakan oleh regim pemerintah masa kini untuk menidakkan berlakunya peralihan kerajaan 16 September. Realiti sebenarnya 16 September pasti akan berlaku juga. Kini bidak catur berada pada giliran Pakatan Rakyat untuk menggerakkannya. Hanya tinggal beberapa langkah lagi percaturan ‘checkmate’ akan terus menamatkan permainan kotor regim pemerintah masa kini selama 50 tahun.

Kini seluruh dunia sedang memfokuskan kamera mereka ke arah Malaysia. Kerajaan Pakatan Rakyat 916 akan mengambil alih kerajaan persekutuan Malaysia. Kita mengharapkan proses peralihan tampuk pemerintahan negara akan berjalan lancar dan aman. Dunia juga sebenarnya ternanti-nanti satu peristiwa bersejarah yang akan mengubah landskap politik Malaysia pada masa hadapan. Kita juga wajar meraikan 16 September ini sebagai Kemerdekaan Malaysia Ke-2 yang bebas daripada sistem rasuah dan kezaliman. Kibarkan bendera Malaysia sebanyak yang mungkin tanda kemenangan kita dalam mendapatkan kemerdekaan yang sebenar yang kita bukan bebas daripada penjajahan fizikal tetapi kita bebas daripada penjajahan minda.

Kita merdeka daripada penjajahan minda untuk menjadikan Malaysia dan warganya mempunyai nilai maruah yang tinggi pada pandangan dunia. Bebas merdeka daripada penjajahan minda merupakan pembebasan yang cukup tinggi nilainya kerana dengan bebas daripada minda sahaja kita mampu bangkit membina negara menjadi sebuah negara madani yang bertamadun tinggi dan nilai akal budi murni yang terpuji.

Mengungkap sepotong ayat Al-Quran daripada Surah Al-Taubah yang merupakan surah ke 9 dan memetik pada ayat ke 16. Kita wajar memahami dan menghayati maksud ayat tersebut dengan mendalam yang membicarakan soal ujian keimanan dalam proses perjuangan yang akan dihadapkan dengan pelbagai ujian sebelum layak kita mengecap nikmat manis kejayaan tersebut.

Proses reformasi yang bermula 10 tahun lepas baru kini nampak hasilnya. Tetapi 16 September ini adalah proses permulaan dalam satu langkah panjang membawa negara ke arah era baru negara madani. Sempena meraikan 16 September ini di seru seluruh rakyat Malaysia tidak mengira bangsa dan agama menanamkan iltizam dan tekad baru untuk membawa Malaysia yang lebih gemilang di masa hadapan. 16 September adalah detik kebangkitan Malaysia menjadi warga negara yang lebih bermaruah. 16 September adalah Malaysia Baru untuk menjadi sebuah Negara Madani.

Semoga 16 September akan membawa Malaysia menjadi perintis kepada perjuangan menegakkan keadilan di peringkat global pula. 16 September bukan destinasi berhentinya perjuangan tetapi adalah sebuah perjalanan perjuangan yang panjang. Selamat Menyambut Kemerdekaan Malaysia Ke-2 pada 16 September. Semoga 16 September adalah detik permulaan sinar aura harapan baru Malaysia untuk melakar sejarah tamadun ummah sejagat di masa hadapan.

Monday, September 08, 2008

Umno yang makin melemah, Mesyuarat Agong keADILan Rembau yang pertama dan jejak fakir

Gambar : Penyerahan Borang ahli Umno Rembau masuk keADILan di Permatang Pauh. berjaket tengah Sdr. Adi, T.Ketua Pemuda Umno Cawangan, Cikgu Razak, serah borang dan Sdr. Yusof Tapa terlindung di belakang berbaju coklat.

Biarlah mereka tidak mengaku tetapi hakikatnya Umno makin melemah. Umno melemah kerana sikap 'keumnoan' yang makin menebal. Ego dan tamak kuasa. Pemilihan/mesyuarat Umno yang makin rancak kini hanya membincangkan 'kuasa' siapa nak pilih...siapa nak cantas... tiada lansung perbincangan masalah rakyat yang main terhimpit.

Lebih parah perebutan jawatan sudah melampaui rasa manusiawi...sudah simbah asid...tembak mati ...pukul dan baling kerusi sudah tidak pelik lagi.

Umno Rembau juga menerima nasib yang sama... hampir 150 orang ahli Umno Rembau sudah memohon menjadi ahli keADILan Rembau. Rata - ratanya kepimpinan peringkat cawangan, ramai juga dilaporkan ahli Umno yang malas sudah nak campur urusan parti tersebut. Kini Umno Rembau sudah melemah... ia hanya digerakkan menggunakan wang dan ugutan. Tanda ugutan dan wang serta perguna jentera kerajaan tidak akan ada program Umno berjalan.

Semasa kempen pilihanraya Permatang Pauh yang lalu, 68 ahli Umno di dalam DUN Kota, Rembau telah pergi ke Permatang Pauh. Yang menariknya mereka bukan pergi kerana berkempen untuk Umno tetapi pergi untuk menemui kepimpinan Parti Keadilan Rakyat dan kemudianya 68 orang ini telah menyerahkan borang keahlian Umno dalam satu ceramah "Selamat Tinggal Umno" yang diadakan di Kubang Semang. Di depan ribuan hadirin saudara Yusof Tapa, berucap mewakili kumpulan 68 ahli Umno telah istihar keluar Umno dan kemudian menyerahkan borang keahlian kepada Cikgu Razak, penyelaras keADILan Rembau yang kemudianya menyerahkan kepada Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail, Presiden keADILan.

Malangnya selepas pulang dari Permatang Pauh, Yusof Tapa telah di datangi beberapa teman pimpinan Umno setempat yang memohon agar Yusof Tapa membawa 68 yang memohon memasuki keADILan dan ramai lagi yang sudah mengisi borang keADILan untuk masuk ke beberapa mesyuarat Umno cawangan. Alasanya ialah jika tidak mesyuarat tersebut akan batal kerana tak cukup korum dan kepimpinan mereka (yang menemui Yusof Tapa) boleh tewas kerana pertembungan kuasa begitu hebat dalam Umno setempat kini.

keADILan Rembau 'disahkan' kewujudanya.

Berbeza dengan Bn tiap kali persempadanan semula urusan penubuhan bahagian baru akan dapat kelulusan segera. Sejak 2004 keADILan Rembau telah mewujudkan Penaja dan memohon untuk mendapat kelulusan pendaftar pertubuhan bagi menubuhkan keADILan Rembau. Namun setelah 4 tahun keADILan Rembau dinafikan hak untuk wujud sebagai entiti berdaftar, malah 2 pilihanraya terpaksa dihadapi tanpa kewujudan organisasi yang sempurna akhirnya hujung Julai sepucuk surat telah diperolehi dari pendaftar pertubuhan mengesahkan pendaftaran dan semalam telah berlansung dengan jayanya Mesyuarat Agong Pertama keADILan Rembau. Seramai hampir 500 ahli berdaftar sempat diuruskan pendaftarannya dan ribuan lagi keahlian yang masih 'pending' dan akan diuruskan secepat mungkin selepas ini.

che'GuBard yang cuba banyak kali untuk mengelak akhirnya terpaksa akur dengan desakan ramai untuk memegang amanah sebagai Ketua Bahagian Rembau yang pertama. Walaupun dewan pejabat sempit dan padat dengan kira kira 200 orang tetapi semua berjalan lancar dan tanpa pertandingan. Kecuali jawatan Timbalan pada peringkat awalnya terdapat dua pencalonan iaitu Cikgu Razak dan kak Aisah lamsah namun Cikgu Razak menjadi Timbalan selepas Kak Aishah Lamsah menarik diri. Segar, seorang pemilik syarikat pengangkutan dari Rantau pula dipilih menjadi Naib Ketua Bahagian. seramai 15 orang AJK telah di pilih yang mewakili semua DUN di dalam Parlimen Rembau dan dari perbagai kaum.

Dalam mesyuarat tersebut 4 usul telah dibawa iaitu
  • usul dalaman - mencadangkan kewujudan sistem cawangan dan perlunya ada sistem induksi (pengenalan) parti kepada ahli baru
  • usul luaran parti - perlunya parti serius mengadakan hubungan dengan kesatuan sekerja dan membawa isu - isu pekerja dengan lebih serius. perlunya parti meneruskan ketegasan dalam isu kaum dan agama dan jangan sesekali terperangkap dengan permainan kaum yang sempit yang dimainkan oleh Bn.

semua isu telah dibentangkan dan diterima tanpa bahas.

Dalam ucapan penangguhan che'GuBard sebagai Ketua Bahagian yang lalu telah menyentuh

  • penghargaan kepada semua tenaga 'penajaan' bahagian Rembau yang diketuai oleh sdr. Razali
  • penghargaan kepada semua petugas p/raya lalu, penyumbang dan pengundi
  • terima kasih di atas mandat dan kepercayaan yang diberikan agar dapat terus mendapat kerjasama kuat
  • Umno makin lemah kerena ego mereka, umumkan kemasukan Umno yang sudah memohon dan alukan lebih ramai lagi ahli parti komponen Bn untuk bersama
  • 16 September ialah agenda rakyat bukan agenda Anwar. Jika kerajaan tidak takut mereka tidak melarikan MP Bn untuk lawatan sambil belajar ke Taiwan.
  • Anwar boleh tunggu, parti boleh tunggu sampai pilihanraya akan datang tetapi rakyat yang sedang dihimpit kesusahan tidak mampu tunggu... negara makin hilang daya saing perlu diselamatkan... semua rakyat punya peranan... agenda 16 Sept. pasti akan berjaya dalam tahun ini juga.
  • nasihat kepada pimpinan Bn N.S jangan heboh Anwar nak ambil kerajaan persekutuan tetapi perlu sedar NS juga akan jadi negeri pertama akan tumbang selepas 16 Sept. keADILan sudah punya hubungan dengan lebih dari 4 ADUN Bn NS semenjak selepas PRU 12. PAKATAN hanya memerlukan 5 kerusi DUN sahaja lagi untuk mentadbir NS.

Jejak Fakir

Selepas Mesyuarat Agong, keADILan Rembau meraikan kehadiran Tn. Hj Syed Shahir, MPT keADILan yang juga Presiden MTUC. keADILan Rembau ucap terima kasih kerana sudi hadir untuk bersama. Tn Hj Syed Shahir telah berucap sebelum melancarkan Program Jejak Fakir Ramadhan 2008. Kemudian sudi menyampaikan bantuan kepada 10 orang fakir miskin. Bantuan berbentuk barang makanan dan wang tunai. Kemudian orang ramai berpusu - pusu ke depan untuk mengambil bubur lambuk percuma. Sebanyak 200 bekas bubur lambuk, 100 bekas kurma dan 100 bekas mee goreng telah diedarkan kepada hadirin dan dihantar ke Surau Taman Sri Rembau.

Untuk Program Jejak Fakir keADILan Rembau telah berjaya mengumpulkan sumbangan berjumlah RM2100.00 yang terdiri dari sedekah, wang zakat dan fitrah untuk disampaikan kepada golongan miskin dan memerlukan di Rembau dan sekitar N.S

Thursday, September 04, 2008

UPKO sokong proposal 16 Sept. ?


Semalam ayah cheGuBard dimasukkan ke hospital Colombia-Asia, Seremban kerana masalah jantung. Semasa menunggu beliau yang dibawa turun dari wad ke bilik pemeriksaan doktor cheGuBard mencuri dengar perbualan dua orang di bangku sebelah.

Tiba - tiba terdengar seorang lelaki bercakap dengan kawananya " Sah... memang sah !! Anwar akan jadi PM 16 September ni..."

Kawanya membalas " aku pun memang nak sangat tengok Bn ni jatuh...bukan apa lama sangat dah tipu rakyat... tapi aku pun tak berapa yakin yang Anwar leh pengaruhi 30 lebih MP Bn nak join dia...biasalahkan MP Bn ni kalau nak sokong pun takkan berani depan - depan punya sebab semua kan banyak kes..."

Jawab lelaki tadi " ni...kau tengok ni.. UPKO ..parti Sabah..Tan Sri Benard Dompok keluar kenyataan sokong kenyataan Anwar mengenai 16 September" sambil cheGuBard tengok lelaki itu tunjuk akhbar The Sun (3 September 2008)....rasanya muka 6.

Tambah lelaki itu lagi..." yela kau tahu kalau kerajaan tak takut atau macam yang dia orang cakap Anwar cakap kosong takkan dia orang siap paksa MP Bn sign aku janji lak..macam bebudak dan staff university? ... "

"Ya..ya... dulu university Malaysia pencapaian ok jer tapi lepas aku janji bekukan otak university maka university Malaysia dan jatuh tangga corot dalam dunia... nie kalau semua MP senyap makanya parlimen Malaysia pun nak jadi tercorot gak la.." balas kawanya.

"tak...kau jangan takut kali ini mesti jadi punya...aku dengar ramai yang tak nak sign pun" jawabnya.

" aku sebenarnya tak kisah sapa perintah... tapi bagi aku kita tak ada pilihan lain negara makin hancur...ekonomi teruk...Pak lah bentang buget nak bagi itu bagi ini tapi duit nak cekau mana aku pun tak tahu.... buget paling besar bayar pampasan ke pada syarikat tol, tnb ... komponi besar kaya raya ...kita dapat ciput pun dah seronok...kena tipu...aku doa sangat Anwar leh tumbangkan Bn..." kata kawanya tadi...

cheGuBard cuma tersenyum sambil berlalu ikut ayah yang dah siap pemeriksaan. Esok ayah akan dibawa ke IJN pula.
Selepas itu chegubard juga cari akhbar The Sun tersebut... yang menarik dalam laporan berita itu Presiden Upko nyatakan " Bn tak harus ambil tindakan ke atas SAPP kerana jumpa DSAI kerana Umno pun boleh jumpa PAS... pertemuan Umno - Pas untuk Melayu tetapi pertemuan bersama DSAI untuk Malaysia"....

Jejak Fakir Ramadhan / Syawal 1429

cheGuBard bagi pihak Jawatankuasa Jejak Fakir NS 2008 dengan ini merayu sumbangan semua yang berkemampuan untuk sama menyumbang bagi menzahirkan sedikit senyuman pada wajah keluarga fakir yang amat memerlukan ini khususnya dalam Ramadhan yang mulia dan Syawal yang bakal menjelang tiba.

Program ini adalah merupakan kali ke tiga setelah bermula sejak tahun 2005. Misi program ini adalah untuk mendekati masyarakat yang memerlukan bantuan barangan dan kewangan secara terus. Jawatankuasa program telah mengenal pasti 47 fakir miskin yang terdiri dari senarai lama dan baru.

Senarai penerima disediakan menggunakan kaedah mencari sendiri dan membuat lawatan ke rumah keluarga terbabit. Jika dua tahun sudah senarai penerima bantuan jabatan kebajikan dan zakat digunakan tetapi kali ini tidak digunakan lagi senarai tersebut kerana kami mendapati ada penerima senarai tersebut tidak layak terima kerana tidak lagi fakir seperti dilaporkan.

Ada banyak yang dikesan tetapi 47 keluarga dikenal pasti memerlukan bantuan segera dan selebihnya kes tersebut dilanjutkan ke pihak berwajib. Bantuan kali ini akan memfokuskan kawasan Rembau dan sekitarnya seperti Linggi dan Tampin.

Kami cuba mengumpulkan bantuan barangan makanan asas, pakaian (baru dan terpakai) serta bantuan kewangan untuk keluarga tersebut. Untuk itu kami rayu sesiapa yang berkemampuan sila tampil membantu.

Bantuan barangan atau kewangan yang diperlukan disenaraikan dibawah. Sumbangan boleh diserahkan kepada cheGuBard sendiri atau kepada Penyelaras Program.

Laporan program akan dihantar kepada semua penyumbang.

Senarai Barangan Bantuan:
Beras 15% hancur Cap Rambutan 10 Kg - 1 Pek RM 35.00
Gula pasir 1Kg x 2 pek - RM 2.90
Susu Pekat Manis 2 Tin x RM 2.10 RM 4.20
Tepung Cap Sauh 1Kg x RM 2.20 RM 2.20
Minyak Masak Cap Kapal 1Kg x 2 Pek x RM 2.50 RM 5.00
Bihun Cap Bintang 1 x 1 pek x RM 2.20 RM 2.20
Biskut Hup Seng x 1 Pek x RM 4.00 RM 4.00
Duit Tunai RM 50 x 1 Keluarga RM 50.00

Peruntukan yang diperlukan untuk satu keluarga RM 105.50 Jumlah keseluruhan untuk menjayakan program ini ialah RM 105.50 x 47 keluarga : RM 4,958.50. Setakat tarikh email ini dihantar jawatankuasa program telah berjaya mengumpulkan RM 800.00 sumbangan. Kami masih mengharapkan ada sumbangan dari pihak yang prihatin. Resit akan dikeluarkan atas permintaan. Semoga Allah dapat membalas atas jasa dan sumbangan rakan-rakan sekalian

Sumbangan boleh disalurkan dengan menghubungi

Azizi Aziz 0123696474

atau bank in kan ke akaun bank A/c Bank Hong Leong 19951001018 (Badrul Hisham Shaharin) tetapi setiap kali bank in sila emailkan (chegubard@gmail.com) atau sms 0176688404 makluman jumlah bank in tersebut.

atau boleh hantar ke Pusat Khidmat Rakyat Rembau, No. 390, Taman Seri Rembau, 71300 Rembau, N.Sembilan

Perhatian : bantuan juga akan disampaikan kepada beberapa keluarga bukan Islam maka jika wang tersebut merupakan zakat atau fitrah sila nyatakan untuk diasingkan dan 'di lafaz aqat'.

sila rujuk laporan jejak fakir terdahulu

Akhirnya keADILan Rembau 'terdaftar'

Sebelum Pilihanraya Umum 2004 persempadanan semula kawasan pilihanraya telah dibuat maka lahirlah kawasan parlimen Rembau yang memuatkan 4 Dun (Dun Rantau, Dun Kota, Dun Chembong dan Dun Paroi). Kawasan Pilihanraya Rembau ini agak unik juga kerana ia melibatkan 3 Majlis Daerah iaitu, Majlis Perbandaran Seremban, Majlis Perbandaran Nilai dan Majlis Daerah Rembau).
Sejak 2004 jugalah keADILan Negeri Sembilan telah cuba mendaftarkan keADILan Rembau. Berbeza dengan parti di bawah Bn yang mendapat pendaftaran 'automatik', keADILan terpaksa menunggu 5 tahun untuk mendapatkan kelulusan Pendaftar Pertubuhan untuk menubuhkan keADILan Rembau. Maknanya keADILan Rembau terpaksa berdepan dengan PRU 2008 dengan status 'penaja' sahaja.
Semua ahli berdaftar dan penyokong di jemput hadir ke program bersejarah bagi keADILan Rembau seperti di bawah.


Hari keADILan Rembau
Tarikh : 7 September 2008
Tempat: Depan Pusat Khidmat Rakyat (Pejabat keADILan Rembau), Taman Sri Rembau.

2.30 petang : Pendaftaran ahli untuk mendapat tag Mesyuarat Agong Bahagian yang pertama
: Pendaftaran ahli baru dan pendaftaran ahli seumur hidup juga di buka.

3.00 petang : Ucapan aluan Pengerusi Majlis
: Ucapan Pengerusi Penaja Bahagian Rembau
: Ucapan Perasmian oleh YB Dato Kamarul Baharin Abas, Pengerusi keADILan NS

3.30 petang : Mesyuarat Agong bermula
- Pemulihan J/kuasa bahagian
- Pemilihan j/kuasa Angkatan Muda Bahagian
- Pembentangan usul
- Ucapan penangguhan wakil j/kuasa bahagian baru dilantik

5.00 petang : Majlis penyampaian bantuan Fakir Miskin dan agihan bubur lambuk percuma
: Ucapan tetamu khas : Tn Hj Syed Shahir, Presiden MTUC
: 10 keluarga akan mendapat bantuan kali ini barangan makanan asas (RM600)
: agihan 2 periuk bubur lambuk percuma

majlis akan diakhiri dengan program berbuka puasa secara 'potluck'

sebarang pertanyaan sila hubungi : Norazizi Aziz 0123696474

Wednesday, September 03, 2008

16 Sept: D-Day?

By Zedeck Siew
zedecksiew@thenutgraph.com

16 Sept: D-Day
Anwar, with his wife, former Permatang Pauh MP Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail (left) and daughter,
Lembah Pantai MP Nurul Izzah Anwar, speaks to the media on the day of his swearing-in at Parliament, 28 Aug 2008
(Pic courtesy of Merdeka Review)

IT appears fairly safe to say that from the Merdeka weekend to 16 Sept 2008, our national narrative is and will be coloured by speculative fictions.

The 16th of September, also Malaysia Day, has added significance for Malaysians in the coming weeks since it is the day on which opposition leader Datuk Seri Anwar Ibrahim has pledged to form a new, Pakatan Rakyat-led government.

But hope, further enforced by the prime-minister-in-waiting’s landslide victory in the Permatang Pauh by-election on 26 Aug 2008, now comes inflected with doubts about the future.

Such uncertainties explain the mood at the Parti Sosialis Malaysia (PSM)-organised Forum Politik Kiri: Apa Selepas Permatang Pauh? at the Kuala Lumpur and Selangor Chinese Assembly Hall on 29 Aug.

The panel at the forum comprised Sungai Siput Member of Parliament (MP) Dr Jeyakumar Devaraj, who is also PSM central committee member; PAS MP for Shah Alam Khalid Abdul Samad; Parti Keadilan Rakyat (PKR) supreme council member Badrul Hisham Shaharin; Malaysiakini chief editor Steven Gan; and columnist Hishamuddin Rais.

Three days after Anwar’s historic win, and a day after he was sworn in as MP and made opposition leader, the audience at the forum had more doubts than certainty about the future government envisioned by Anwar and the Pakatan Rakyat.

During the post-forum question-and-answer session, the panel was queried as to whether Anwar’s promise would come to pass. Above and beyond that, the audience wanted to know whether the Pakatan Rakyat, a loose and somewhat uneasy coalition comprising PKR, PAS and the DAP, was actually prepared for the ramifications associated with transitioning into government.

16 Sept: D-Day
The road in Permatang Pauh, lined with flags and banners for the by-election
that saw Anwar's return to Parliament

No different from the BN?

Discussion was frank. Among the issues tossed on the table were the future conflict among Pakatan Rakyat component parties because of their sometimes wildly divergent ideologies; the possibility of PAS jumping ship, as symbolised by the party’s reported talks with Umno; and the threat of violence come Malaysia Day in view of the previous flashpoints in our political past.

One succinct audience member, identifying himself as an "orang muda yang non-partisan", observed that during the Permatang Pauh by-election he saw opposition adherents lapping up their leader's rhetoric without question or reflection. He saw these supporters as a "complete Xerox of Barisan Nasional (BN) supporters", and wondered whether the Pakatan Rakyat government, if it comes to power, could avoid turning into a facsimile of the regime it replaces.

There are, of course, concrete reasons to feel a little apprehensive. Anwar’s comeback may be one of the greatest in any Malaysian political career; Permatang Pauh demonstrated Anwar’s ability to shrug off allegations of sexual scandal.

Perhaps inoculated against it by the 1998 sodomy charge that was overturned by the Federal Court in 2004, fresh accusations have only served to strengthen Anwar’s popularity and further dent the BN’s credibility, a political feat few manage.

The Pakatan Rakyat governments of Kelantan, Kedah, Penang, Perak and Selangor have, considering challenges such as destroyed records, arguably done okay. Yet the coalition’s current plans appear nothing if not shaky.

More than 30 needed

If the Pakatan Rakyat is to gain a simple majority in parliament, it will need 30 BN MPs to switch teams. According to Malaysiakini’s Gan, however, it will need more.

Since the slated jumpers are rumoured to be East Malaysian, it will not correct the non-Malay-to-Malay ratio imbalance, which already preoccupies some quarters. "I feel that until and unless you see 10 to 15 Umno MPs defecting, only then will you have a credible alternative," Gan said.

In any case, this is by no means a sure thing — and, since it is ethically questionable (defection is a telling term), not a reassuring way to form a government that promises better and more transparent governance.

"Will 16 Sept happen?" said Gan. "I asked Anwar: 'Are you bluffing?' He answered: 'I’m privy to information I can't divulge.'"

Assertions to be cautious were made most strongly by the panellists themselves, in what was to be a candid and fairly rhetoric-less consideration of the possibilities facing the Malaysian polity.

Hishamuddin provided portentous commentary, warning that, in light of angry crowds storming the Bar Council and protests against rock concerts (incidentally, Avril Lavigne was performing that night, right across the street in Stadium Merdeka despite objections by PAS Youth), the current menace to Malaysian society is "ketuanan Islam/Arab" — ketuanan Melayu in sheepskin.

16 Sept: D-Day

Go right for the left forum "This is coming soon," Hishamuddin said, apocalyptically. "They are now speaking on behalf of God. The battle will be with something unknown." More significantly, this was a barb that PAS would have felt.

"It took Anwar 40 years to realise that Malaysia is a multicultural country," Hishamuddin said, in reference to the former Umno rising star’s coloured past. The implication was, what with PAS’s well-publicised talks with Umno on "Islam and current Islamic issues, the Malays and national unity", some quarters of the Islamist party might not necessarily subscribe to the Pakatan Rakyat’s credo of plurality.

Khalid, who appeared that evening in a shirt that sported Chinese calligraphy (he had attended a celebration hosted by the Chinese community in his constituency earlier that evening), clarified that Islam is PAS’s main ideological goal, but reassured the room that there would be no place for an alliance with Umno.

As for zealotry, he asserted that everyone has the right to religious beliefs and values, but they would be overstepping that right should they try to force those values upon other communities — a particularly salient point for multi-ethnic, religiously diverse Malaysia.

It’s worth noting that on 27 March, Khalid became the first elected Muslim MP to step into the Roman Catholic Church of the Divine Mercy in Shah Alam, for which he received a standing ovation.

The people’s business

More pressingly, Khalid, whose brother is domestic trade and consumer affairs minister Datuk Shahrir Samad and Umno supreme council member, maintained that the most important step now for the fledgling coalition of the Pakatan Rakyat is to close ranks.

"We can't carry on in this situation," Khalid said, referring to the Pakatan Rakyat’s lack of formal cohesion, and of a manifesto. "We’ve got to sit down and come up with what we agree and disagree on, and to agree to disagree, as long as these issues don’t interfere with the practical workings of government."

The problem of internecine conflict is real, but according to Khalid, the signal from Malaysian voters is clear: "We have to rule together. This is a mandate from the population. We've got to iron out our differences."

Dr Jeyakumar, speaking in his capacity as PSM central committee member, confirmed that working together would mean compromise. The Pakatan Rakyat’s stand on foreign direct investment, for example, is far from PSM’s principles; but since there is no third, socialist option, they are starved of choices, he said.

"The Pakatan Rakyat is massively superior to the BN," Jeyakumar asserted, citing the opposition’s consistency in matters such as race relations. The current political climate is, in his opinion, a prime opportunity to break away from divide-and-rule race relations and from corruption, unsavoury realities still endemic to Malaysian politics.

Moving forward is paramount. "We should focus on the common issues. We'll deal with our (PSM’s) demands when they (Pakatan Rakyat) come into power."

16 Sept: D-Day

The panel, from left: Hishamuddin, Gan, Badrul, Jeyakumar and Khalid Jeyakumar, who delivered a resounding victory over MIC strongman and president Datuk Seri S Samy Vellu in the 8 March 2008 elections, speculated on whether the projected crossovers to the Pakatan Rakyat would precipitate the BN’s collapse. "If we deny the BN federal power, it is likely that they will shrink," Jeyakumar explained. "We will not have a two-party system. The BN will crumble.

"If this comes true, if there is a single coalition in government, then there’s a possibility that the Pakatan Rakyat will turn out like the BN," Jeyakumar continued.

The only thing in the way of this forlorn state of affairs is the people’s will. "This is our role. The people of Malaysia made the Pakatan Rakyat sit at the same table. We must hold the politicians accountable for their promises."

Acknowledging problems and initiating dialogue was the evening’s lesson, and the Pakatan Rakyat representatives on the panel were eager to show their willingness to engage.

Badrul Hisham — more popularly known as Chegubard, Khairy Jamaluddin’s challenger for the Rembau parliamentary seat in March — spoke plainly: "Anwar is only an icon for the moment. But we will need lobbies, ready to drag leadership through to fruition. Leaders need to be continually compelled for things to get done."

Active citizens’ involvement is key. "You can’t keep saying that government is their business," Badrul said, referring to the standard Malaysian tendency to disengage and complain. Stewardship of the future is a shared, involved duty. "Government is our business." End of Article