Showing posts with label selcat malaysiakini penipu cuci azmin selangor rasuah. Show all posts
Showing posts with label selcat malaysiakini penipu cuci azmin selangor rasuah. Show all posts

Friday, December 01, 2017

JAS keluar arahan berhenti kerja, kerajaan Selangor gagal laksana, tragedi belasan nyawa pelajar tahfiz mati 2011 sedang diulang

Catatan Umum

1 Disember 2017 

JAS keluar arahan berhenti kerja, kerajaan Selangor gagal laksana, tragedi belasan nyawa pelajar tahfiz mati 2011 sedang diulang

kawasan Hutan simpan yang dahulunya indah hancur kerana kerakusan projek EKVE
Sejak 2015 pelbagai NGO alam sekitar seperti PEKA, Trees, Malaysian Nature Society dan juga WWF telah membantah pembinaan lebuhraya EKVE sepanjang lebih 20 kilometre ini yang akan menjahanamkan 4 buah kawasan hutan simpanan khazanah warisan hutan Negara, iaitu hutan simpan Gombak, Ampang, Bukit Seputeh dan Hulu Langat .



April, 2016 Solidariti Anak Muda Malaysia telah bersama Parti Sosialis Malaysia untuk menyampaikan memorandum kepada YB Menteri Besar Selangor menuntut campurtangan beliau menghentikan projek ini. Malangnya semua agensi Kerajaan Persekutuan dan juga Kerajaan Negeri bersama kontraktor kroni mereka begitu ghairah meneruskan projek ini.

Amaran menjadi kenyataan hari ini apabila Sdr Junaidi dari Tahfiz Darul Huffaz memberitahu kesengsaraan mereka sejak pembinaan EKVE bermula 1 hb September, 2016 yang lalu.

Sejak kerja2 pembinaan bermula, banjir lumpur kerap kali melanda sekolah tahfiz dan rumah penduduk kampung . Kampung yang mengalami bencana akibat EKVE ini ialah Kampung FELCRA Semungkis dengan populasi lebih 100 orang dan 2 buah sekolah Tahfiz dengan 250 orang murid.

Kerajaan Negeri pula menjustifikasikan projek tersebut dengan mengatakan Selangor masih mempunyai 250,000 hektar hutan simpanan dan hutan simpanan yang di keluarkan dari gazet simpanan untuk pembinaan leburaya EKVE dan SUKE akan digantikan dilokasi lain.

Tetapi persoalannya ialah boleh kah ciri-ciri hutan ini yang berfungsi sebagai kawasan tadahan air utama kepada penduduk Kuala Lumpur dan Selangor ini dapat digantikan ditempat lain? Boleh kah ekosistem hutan yang dirosakkan ini dapat dipulihkan ?

Kini kerosakan dan pengondolan hutan terbukti mengakibatkan bencana kepada penduduk persekitaraan. Para pengurusan sekolah Tahfiz dan juga para penduduk telah membuat aduan kepada pelbagai pihak yang berkuasa sejak 2016, iaitu EKVE, Pejabat Daerah, Majlis Perbandaran tetapi tiada respon yang positif untuk menyelesaikan masalah mereka.

Arahan pemberhentian kerja yang dikeluarkan oleh Jabatan Alam Sekitar gagal dilaksanakan
oleh Kerajaan Negeri seolah melindungi kontraktor

Yang lagi teruk ialah, kerja-kerja pembinaan EKVE ini masih berterusan hari ini walaupun Perintah Berhenti Kerja telah dikeluarkan oleh Jabatan Alam Sekitar! Apa kuasa yang begitu berpengaruh dibelakang projek ini, begitu berani dan langsung tidak mengendahkan perintah berhenti kerja ini ?!
 

Didapati pihak kontraktor pembinaan tidak mengambil lamgkah-langkah perlindungan sepertimana yang diminta oleh Jabatan Alam Sekitar. Ketiadaan zon penampan, mengundang insiden tanah runtuh pada bila-bila masa jika kerja2 ini tidak dihentikan.

Penduduk Kg Sungei Semungkis juga memberitahu bahawa selama lebih 15 tahun mereka menduduki kampung ini, sumber air mereka adalah daripada aliran sungei Bukit Seputeh . Mereka dengan mengunakan tenaga dan kos sendiri telah membuat tadahan kecil dan memasang paip-paip untuk menyalurkan air ke rumah dan sekolah tahfiz.

Kini pihak kontraktor EKVE, tanpa pemberitahuan langsung kepada penduduk dengan angkuhnya telah mengalih aliran semulajadi sungei ini ke tempat lain. Kini kesemua punca air penduduk ini rosak dan mereka terpaksa mencari punca lain lebih dalam keatas bukit.

Selain dari kerosakan bekalan air kepada penduduk disini, dipercayai juga hakisan tanah daripada projek pembinaan EKVE ini menyebabkan kemerosotan kualiti air Sungei Langat sehingga menjejaskan pengeluaran air terawat dari Loji Rawatan Air Sungeri Langat, sepertimana yang dinyatakan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) pada Januari, 2017 yang lalu.

pertemuan penduduk setempat dengan NGO
Dengan ini Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) mendokong pertemuan pada 29 November 2017 lalu, yang mana para penduduk bersama Persatuan Perlindungan Khazanah Alam (PEKA)  dan beberapa organisasi lain telah mempertegaskan tekad untuk mengatur langkah perjuangan seterusya melawan projek EKVE ini.



SAMM dengan ini ingin mengingatkan semua dengan tragedi 21 Mei 2011, tragedi kematian pelajar Tahfiz di lokasi sama http://duniaitu.blogspot.my/2011/05/tragedi-tanah-runtuh-20-anak-yatim.html . Di mana belasan nyawa anak yatim di Madrasah Tahfiz Darul Hufaz maut kerana tertimbus tanah runtuh. Seluruh negara ketika itu berduka dan terkejut. Namun hari ini 2017 sekali lagi seluruh negara bukan sahaja melupakan peristiwa itu tetapi sedang mencipta satu lagi peristiwa pembunuhan. JabatanAlam Sekitar telah mengeluarkan arahan berhenti namun Kerajaan Selangor yang menyebelahi kontraktor dan korporat besar tidak melaksanakan penguatkuasaan pemberhentian kerja malah terus memberikan perbagai alasan menyebelahi aktiviti menghancurkan alam.



Tidak keterlaluan dikatakan Kerajaan Selangor dan kontraktor sedang membunuh bukan sahaja alam tetapi manusia yang tidak berdosa. Adakah ini kerajaan PEDULI RAKYAT atau kerajaan PEDULIKAN RAKYAT asal boleh untung ?

Rakyat Selangor didera dengan dipaksa membayar beg plastik RM0.20 setiap helai konon kerana kerajaan negeri prihatin alam sekitar namun dalam masa yang sama hutan terus diperkosa malah nyawarakyat juga tidak bernilai pada kerajaan kapitalis bangsat ini.


Kerajaan pusat juga didesak bertindak dengan bidang kuasa yang ada. JAS boleh mengambil tindakan mengikut Sek 34, Akta Kualititi Alam Sekeliling 1974.


 tulisan :

che'GuBard, Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM)

Friday, October 21, 2016

SELCAT hanya tukang cuci kekotoran #skandalAzmin68054, Batin Malan Gerchang buktikan Azmin tindas orang asal

Catatan Umum

21 Oktober 2016


1. 19 Oktober 2016, Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban, dan Ketelusan (Selcat) - DUN Selangor telah mengumumkan kes berkaitan Lot 68054, Tanjung Dua Belas, Kuala Langat tidak memerlukan pendengaran awam kerana ia bukan terletak dalam kawasan Paya Indah Wetland. Pengumuman ini membuktikan SELCAT lebih parah dari Jawatankuasa Kira - kira Wang Negara (PAC) peringkat Parlimen, ini kerana sekurang kurangnya PAC memanggil perbagai pihak bagi mendengar aduan termasuk pihak yang dikenali sebagai 'penentang' namun SELCAT membuat keputusan menolak kes tanpa memanggil pengadu pun. Bagaimana kes dibicarakan tanpa pengadu dipanggil ? Ini satu pembohongan dan tindakan 'korup' !


2. Merujuk kepada minit mesyuarat Keputusan MMKN Bil 11/2014 berhubung kertas EXCO MTES no. : 4/6/2014 ternyata dengan jelas permohonan pembangunan di Lot 68054 telah ditolak kerana alasan kawasan tersebut terletak didalam kawasan Paya Indah Wetland. Cuma ketika itu Menteri Besarnya ialah Tan Sri Khalid Ibrahim tetapi Exco terbabit juga merupakan pada potfolio yang sama. Adakah SELCAT buta dengan fakta ini atau cuba berbohong kerana menjaga kepentingan masing masing ?

3. Ramai pelik kerana sebaik sahaja Azmin Ali naik menjadi Menteri Besar semua proses pada tanah tersebut dipercepatkantermasuk perlengkungan semula dan pindaan kepada Rancangan Tempatan kawasan tersebut. Ini boleh diperjelaskan dengan wujud proksi Azmin Ali dalam syarikat pemaju yang tanpa berselindung menggunakan kedudukan politik melobi perubahan status tanah tersebut. Soalnya berapa juta bertukar tangan kerana lobi ini berjaya ? Adakah SELCAT menghalalkan kegiatan ini ?

berapa juta komisyen bertukar tangan ?
4. Perubahan status lot 68054 turut memberikan kesan kepada Hutan Simpan Kuala Langat Utara yang mana turut dizonkan sebagai kawasan perumahan. Ini satu pengkhianatan kepada janji menjaga alam sekitar.

Petikan dokumen dari fail pejabat Exco Kerajaan Negeri Selangor sendiri membuktikan bahawa Kerajaan Negeri meluluskan pemusnahan hutan simpan. Kenyataan kononya ia melalui proses pendengaran awam dan tiada bantahan ialah tipu. Ternyatan Jabatan Alam Sekitar (sebelum dilobi) membantah.

5. Dalam isu ini SELCAT ternyata hanya melepaskan batuk ditangga demi menghalalkan kemusnahan alam & korupsi (komisyen yang bertukar tangan) demi kepentingan tertentu. Jika SELCAT membuat 'kerja rumah' yang betul tentu mereka menjumpai kes di mana orang asal menuntut hak tanah mereka. Tuntutan tanah ini termasuk dalam kawasan lot 68054 yang dimaksudkan. Soalnya bagaimana kerajaan negeri meluluskan pembangunan dalam kawasan yang masih kesnya tergantung di Mahkamah ? Di mana ketelusan kerajaan negeri ?


6. Dalam janji Buku Jingga yang dibuat oleh gabungan parti yang mentadbir Selangor kini sebelum PRU lepas ternyata janji mereka ialah menjamin hak tanah adat orang asal tidak dicabuli mana - mana pihak. Adakah ia janji palsu hanya untuk meraih undi kerana realitinya berbeza, apabila orang asal menuntut hak di mahkamah mereka ditentang oleh Kerajaan Negeri Selangor sendiri. Malah lebih teruk sebelum kes mahkamah selesai, orang asal sekitar 4000 orang (Temuan) di 7 kampung sekitar lot 68054 dikianati dengan tanah yang dipertikaikan diberi kebenaran pembangunan. Kalau pun mereka menang dimahkamah , tanah tersebut telah musnah.



7. Pada 19 Oktober lepas juga SAMM dan sekutu telah mengadakan sesi taklimat media yang dihadiri wakil orang asal 7 kampung terbabit yang hadir diketuai sendiri oleh Batin Malam anak Gerchang, iaitu cucu kepada Panglima Tok Pelangi seorang tokoh Sakai yang seangkatan Sultan Abdul Samad. Dalam taklimat media hampir dua jam itu telah dibentangkan panjang lebar mengenai bagaimana kerajaan menabur janji manis tetapi akhirnya mengkhianati masyarakat orang asal dengan memusnahkan tanah - tanah mereka dengan menyerahkan kepada 'kapitalis besar'. Bukannya pendengaran awam malah suara bantahan mereka sehingga ke mahkamah dilawan oleh kerajaan negeri.

8. Untuk pengetahuan semua mesin - mesin besar sudah memasuki tanah lot 68054 yang dimaksudkan. Namun terdapat kegiatan yang agak pelik di mana tanah merah dan pasir diangkat berlori - lori keluar dari lot tersebut ke luar. Malah menurut orang asal dikawasan tersebut ia turut melibatkan kawasan hutan simpan bersebelahan. Tanpa sebarang papan tanda makluman kebenaran kerja atau  kebenaran melombong ia kelihatan seperti kegiatan haram. Orang asal telah membantah dengan cuba menahan lori - lori yang laju melalui kawasan mereka malah ada yang mengancam keselamatan anak - anak mereka. Sebagai tindak balas pemaju telah menggunakan 'gangster' dan orang asal diugut bunuh jika mengganggu kerja mereka. Satu laporan polis telah dibuat oleh orang asal, namun kami yakin tidak akan ada tindakan berlaku seperti biasa kerana semua sistem dalam negara melindungi kepentingan pemodal.

laporan polis yang menyatakan nama dan no. telefon yang membuat ugutan,
sehingga kini apa tindakan PDRM ?


9. Orang asal yang miskin ini cuma menuntut hak tanah nenek moyang mereka yang juga menjadi tempat sumber pencarian hidup mereka. Mereka kini juga sedang mencari dana bagi melawan kerajaan negeri di mahkamah. Mereka memerlukan RM3,000 untuk failkan kes mereka di mahkamah sebelum 26 Oktober. Nampaknya Kerajaan Negeri bawah Khalid Ibrahim pernah membanggakan kita dalam perkara ini melalui kes Sagong Tasi dimana kerana negeri terbukti membela orang asal namun Kerajaan negeri dibawah Azmin Ali bertindak lebih zalim dari Bn menindas orang asal. Melalui tindakan Azmin ini maka tidak salah kalau orang mula mempertikaikan adakah janji PRU kita benar ikhlas hendak dilaksanakan ? 


9. Kami dengan ini sekali lagi menegaskan menolak keputusan SELCAT dan ia hanya cubaan menyucikan #skandalAzmin68054. Dengan penampilan Batin Malam Gerchang dan wakil- wakil kelompok orang asal maka lengkap 3 isu yang dibangkitkan mengenai #skandalAzmin68054 iaitu isu alam sekitar, isu korupsi dan isu penindasan dan kezaliman terhadap penduduk setempat (orang asal).

Kami bertanggungjawab terhadap semua pendedahan sikap mengelak dan mengalihkan isu malah menggunakan saluran kerajaan bagi membersihkan kosupsi hanya menunjukkan Azmin Ali sama sahaja malah lebih teruk dari kebanyakan pemimpin Bn yang ada hari ini. Booklet #skandalAzmin68054 boleh dicapai melalui online (klik sini) dan Azmin dicabar jika berani nafikan tuduhan tersebut dengan saman mahkamah.

Kami sering ingatkan diri kami korupsi tidak kira siapa melakukan ia tetap salah, tidak ada istilah korupsi besar atau korupsi kecil ...


cacatan oleh che'GuBard, SAMM (chegubard@gmail.com)