Wednesday, July 13, 2016

Respon terhadap kenyataan YB Zuraidah

Kenyataan umum
13 Julai 2016

Semalam saya dimaklumkan YB Zuraidah Kamaruddi  telah mengeluarkan kenyataan seperti dibawah ;

Press statement

I refer to the recent malicious and false allegations and insinuations revolving around 9 luxury cars allegedly owned by me.

I state as follows:-

1. First, these are not luxury vehicles; they are mostly japanese models and includes a van and pickup truck.

2. There are no 9 cars; there are only 7 cars and 1 motorcycle registered in my name.

3. Although these 7 cars and 1 motorcycle are registered in my name, I am not the beneficial owner. Only one of these cars are for my personal use, whereas another 3 cars are for the use of my family members who contributed to the purchase price and loan repayment.

4. The other 3 remaining vehicles although under my name are paid for and used by party associates. These facts can be verified by those who are the actual users and beneficial owners of the vehicles.

5. Finally, I state that it is a complete lie that I am using a car owned by a "tauke cina" or any other private company. I view these irresponsible and politically motivated allegations seriously and am consulting my lawyers.

Zuraida Kamaruddin
MP for Ampang Wanita Chief of Keadilan
12 July 2016

Merujuk semula kenyataan saya bertarikh 9 Julai 2016 . (http://chegubard.blogspot.my/2016/07/ahli-parlimen-pkr-ampang-wajar-jawab.html?m=1) saya mempertegaskan perlunya Zuraidah tampil memberikan penjelasan dalam isu yg sedang hangat viral khususnya di media sosial supaya rakyat jelas dan PKR itu sendiri dilihat berbeza dari aspek ketelusan, integriti kepimpinannya. Kenyataan dan penjelasan konkrit seharusnya dilakukan seawal isu ini dikeluarkan kerana kita yang mendidik rakyat sentiasa bertanya dan mempersoalkan pemimpin seperti dalam bab pemilikan harta.

Namun kenyataan tersebut masih dangkal dan hanya bersifat penafian sahaja. Jumlah kenderaan 9 atau 8 itu bukan isu utama. Walaubagaimanapun saya difahamkan oleh beberapa pihak yang rapat denganya beliau berada diluar dan akan membuat kenyataan dan penjelasan lengkap sebaik sahaja pulang. Saya masih menanti dan menyambut baik usaha memberikan penjelasan dalam isu ini agar ia dapat dimatikan dengan jawapan konkrit dan akhirnya kita tidak dilihat serupa dengan Umno.

Seperti berpegang dan saya pertegaskan semula seperti dalam kenyataan saya sebelum ini :

Sebelum Umno dan Barisan Nasional menggunakan perkara ini sebagai modal politik khususnya menjelang pilihanraya nanti maka sewajarnya Zuraidah sendiri tampil memberikan penjelasan berkenaan perkara ini. Kita sering menyerang pimpinan Umno Bn dengan perbagai serangan khususnya bab pemilikan harta peribadi maka sewajarnya pimpinan kita bukan sahaja harus bersih tetapi harus dilihat bersih. Zuraidah wajib tampil membuat penjelasan dan SAMM sendiri akan bersama menyebarkan penjelasan beliau jika beliau tampil memberi penjelasan terperinci.

Kerana itu seperti yang digariskan dalam Garis Jalur Perubahan yang dikeluarkan hasil bengkel anak muda Malaysia menyatakan dengan jelas ahli politik utama negara harus mengistihar harta secara terbuka dan berkala malah kami turut mengajukan cadangan lengkap satu undang - undang khusus dalam perihal dana politik.

che'GuBard
Solidariti Anak Muda Malaysia

Saturday, July 09, 2016

Kembali kepada asas perjuangan

Kita mungkin ada 1001 kritikan padanya tetapi beliau antara manusia yg kami kenal teguh dgn prinsipnya...

Ketika kita bergembira.... mereka tetap merakam senyum sembunyi derita...



Isu lorong kecemasan seharusnya hadir dengan jaminan kerajaan terhadap hak pengguna

Catatan Umum

10 Julai 2016

ISU LORONG KECEMASAN TIDAK AKAN SELESAITANPA JAMINAN HAK PENGGUNA

Mengulang isu kebiasaan perayaan khususnya ketika cuti Eidulfitri iaitu pengunaan lorong kecemasan. Malah tahun ini seolah diberi penekanan khusus oleh pihak berkuasa seperti Polis Trafik dan JPJ sendiri. Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) bersetuju isu lorong kecemasan ini harus diberi tumpuan kerana ia melibatkan operasi menyelamatkan nyawa. Namun harus diteliti kenapa khususnya di lebuhraya berbayar masalah pencerobohan lorong kecemasan menjadi serius ?

Asas hak pengguna ialah mendapat barangan atau perkhidmatan yang dibayar seperti dijanjikan. Jika  ada peniaga gagal menyediakan perkhidmatan atau barangan seperti yang dijanjikan maka pengguna boleh tidak membayar sepenuhnya atau tidak membayar langsung. Contohnya jika kita ke restoran memesan mee goreng, jika mee goreng dipesan ada masalah seperti terlalu masin atau dijumpai lipas maka menjadi hak pengguna bukan sahaja tidak membayar malah jika termakan dan kemudian terjumpa lipas ganti rugi juga boleh dituntut.

Sebegitulah juga dengan pengguna lebuhraya. Pengguna lebuhraya bersetuju memasuki lebuhraya berbayar dengan tujuan menikmati perjalanan lancar dan cepat, untuk mendapatkanya pemgguna dikenakan bayaran tertentu. Malangnya dibeberapa keadaan khususnya musim perayaan hak pengguna ini dicabul, bukan sahaja cepat dan lancar malah pengguna terperangkap dalam kesesakan yang melambatkan dan dalam sesetengah perkara perkara penting seperti mesyuarat penting dan lain lain urusan terpaksa dilepaskan namun dalam keadaan itu pengguna tetap dikenakan bayaran yang sama. Soalnya dimana hak pengguna dan regim menjadi buta dalam mepertahankan hak pengguna lebuhraya dalam keadaan demikian. Pengguna yang membayar ini kemudian tertekan maka wujudlah penceroboh lorong kecemasan yang ramai.

Regim menghantar penguatkuasa bagi menyaman (baca : memeras wang rakyat) yang dalam masa yang sama mereka sendiri gagal lindungi hak pengguna itu. Sewajarnya ketika pemilik konsesi lebuhraya gagal menyediakan jalan lancar dan cepat maka harga tol sewajarnya diturunkan ke 50% atau percuma sahaja, jika ini dilakukan maka pengguna akan dapat mengurangkan tekanan mereka sendiri dan secara tidak langsung pelanggaran undang - undang sendiri akan diminimakan termasuk pencerobohan lorong kecemasan.

Itu belum lagi menyentuh kegagalan pihak berkuasa memastikan kewujudan jalan percuma yang selesa. Sepatutnya lebuhraya berbayar hanya sebagai alternatif kepada jalan raya percuma namun dalam banyak keadaan sekarang ini pengguna terpaksa menggunakan lebuhraya berbayar kerana tidak punya pilihan. Ini semua idea 'korup' penswastaan yang dibawa oleh Mahathir Mohammad. Memberikan konsesi lebuhraya kepada kroni tanpa 'tarikh luput' menyedut duit rakyat dan sengaja merencatkan perkembangan jaringan jalanraya percuma agar pemilik konsesi terus kaya raya. Ia sama seperti Mahathir mewujudkan Proton dengan kualiti sederhana namun untuk memaksa rakyat membeli Proton dia memperkenalkan cukai kereta luar yang sangat tinggi dan mensabotaj perkembangan sistem pengangkutan awam. Apabila pengangkutan awam disabotaj, memiliki kenderaan menjadi satu kemestian dan sudah pasti rakyat membeli Proton walaupun harga dan kualiti tidak setimpal tetapi tidak punya pilihan kerana harga kereta import sangat tinggi kerana cukai.

Kembali semula kepada hak pengguna lebuhraya yang gagal dijaga oleh pihak berkuasa, SAMM yakin jika perkara ini berterusan maka pasti akan dilancarkan kempen 'Langgar TOL secara terbuka' khususnya menjelang cuti perayaan besar yang akan datang. Nak juga tengok ada tak ahli parlimen yang mampu membangkitkan perkara ini di sidang dewan kerana isu ini melibatkan hak jutaan rakyat Malaysia.

tulisan : che'GuBard (SAMM)

Muhyiddin tidak boleh berdiam diri, harus tampil jawab tuduhan kem sendiri.

Kenyataan Umum 

10 Julai 2016

1. Hujung Jun 2016 sudah tersebar beberapa poster malah Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) sendiri mendapat jemputan program yang dinamakan Nothing To Hide 2.0 with Tan Sri Muhyiddin Yassin anjuran Jaringan Melayu Malaysia (JMM) yang dijadualkan diadakan pada 3 Julai 2016. Namun pada tarikh tersebut Muhyiddin tidak hadir dan menafikan ada memberikan persetujuan hadir.

2. JMM diketuai oleh Azwanddin Hamzah seorangyang pernah saya kenali ketika bersama dalam PKR yang kemudian keluar PKR dan memasuki Umno. Pernah juga bersama sebagai jentera Mahathir menjatuhkan Abdullah Badawi. Dikalangan kelompok 'aktivis politik' beliau bukan sahaja bekas PKR tetapi turut pernah dikenali sebagai anti-Anwar, anti-RPK, anti-Kalimullah, anti-Nor Mohd Yakcop, anti-Malaysia Insider dan rapat dengan Mukhriz. Maka oleh itu SAMM ada keyakinan ketika menerima jemputan Nothing To Hide 2.0 ialah anjuran kem Mahathir(dalam Umno) sendiri yang yakin Muhyiddin mampu hadir menjelaskan malah menyerang balas bagi pihak Mahathir.


3. Namun mungkin tersentak dan termalu dengan ketidakhadiran Muhyiddin malah tertekan dengan penafian persetujuan hadir Mukhriz, Azwanddin telah bertindak menyerang Muhyiddin bagi menyelamatkan air mukanya. Namun SAMM tegaskan tidak bersetuju dengan cara serangan tetapi tidak pelik kerana serangan peribadi dan selak kain (gutter politic) memang sudah menjadi senjata biasa sesama Umno ketika bergaduh.

4. Seperti yang SAMM tegaskan dalam kenyataan 23 Jun 2016 mengulas akuan bersumpah yang dihantar ke Pusat Gerakan Rakyat (PaGER) SAMM, bahawa SAMM kesal dengan serangan 'peribadi' skandal Muhyiddin namun SAMM mendesak Muhyiddin untuk menjawab dalam perihal lelaki (yang membuat akuan bersumpah itu) yang menyatakan isterinya memperolehi hak pembangunan kawasan perumahan di atas tanah kastam milik kerajaan negeri. Malah dinyatakan juga ketika Muhyiddin menjadi Menteri Belia dan Sukan , isterinya mendapat hak penswastaan Kompleks Sukan Kampung Pandan, KL. Menurut lelaki itu semua ini diperolehi isterinya kerana hubungan intim dengan Muhyiddin.

5. Muhyiddin wajib tampil memberikan penjelasan bukan sekadar penafian kosong semata - mata. Benarkah projek yang disebut oleh Stenley benar melibatkan Nika secara langsung atau tidak langsung ? Kes berkaitan penceraian Stenley dan Nika kini sudah difailkan di Mahkamah Keluarga Kuala Lumpur, kes yang dijadualkan dibicarakan dihadapan Hakim Datuk Siti Mariah Ahmad sehingga kini masih tidak mendapat tarikh perbicaraan lagi. Dihebahkan di media sosial juga ada usaha bagi mendesak penyelesaian luar mahkamah. Jika Muhyiddin tidak memberikan penjelasan dan kes ini pula diselesaikan diluar mahkamah maka sudah tentu ada satu misteri akan terus menjadi tanda tanya. Perihal kes peribadi dan Muhiyuddin diserang ia sangat memualkan tetapi bagi kes pemberian kontrak dan projek itu rakyat berhak persoalkan.

oleh ;

che'GuBard,
Pengasas,
Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM)

Ahli Parlimen PKR Ampang wajar jawab isu pakai kereta milik tauke.

Kenyataan terbuka

9 Julai 2016

PAKAI KERETA MILIK 'TAUKE', ZURAIDAH WAJIB JAWAB

1. Baru- baru ini terdedah dan tersebar di media sosial berkenaan ahli parlimen Ampang, YB Zuraidah yang juga Ketua Wanita PKR memiliki 9 buah kenderaan atas namanya. Tersebar gambar - gambar kenderaan tersebut siap dengan salinan geran dan carian harga pasaran yang membawa jumlah jutaan ringgit. Antara yang tersebar ialah seperti di bawah :
- BAT1111 - KERETA TOYOTA VELLFIRE
- WTY575 - KERETA MERCEDES BENZ C200
- BHT63 - KERETA TOYOTA FORTUNER 2.5G
- W2956U - MOTORSIKAL DEMAK EX 90
- W6901J - KERETA HONDA CIVIC HYBRID
- WWA276 - KERETA TOYOTA HILUX D/CAB 3.0G
- WTY1547 - KERETA TOYOTA HILUX D/CAB 2.5 AT
- WRL575 - KERETA VOLVO XC90 2.5T

2. Sehingga sekarang tidak faham kenapa perlunya mempunyai 9 buah kenderaan atas namanya dan bagaimana dia mampu membayar semua harga kenderaan tersebut. Namun sehingga kini oleh kerana tidak ada pihak yang tampil dengan bukti serius maka kita hanya perlu menanti respon rasmi ahli parlimen Ampang ini. Jika dia terus diam maka akan terus bermainlah perbagai prasangka dikalangan rakyat dan dia tidak boleh menyalahkan sesiapa kerana kita yang sama - sama mendidik rakyat mempersoalkan pemimpin. Namun untuk berlaku adil kita harus mengambil kira salah satu kenderaan yang paling mahal sudah tentu menggunakan AP (potongan cukai selaku ahli parlimen), juga ada kemungkinan dia menggunakan namanya untuk sesiapa yang rapat denganya yang 'black list' membeli kenderaan. Tidakpelik kerana selaku pemimpin politik dia pasti melakukan apa termampu untuk pendamping setianya.

3. Namun yang menarik perhatian che'GuBard ialah wujud dakwaan sebuah kenderaan BNT9138, Sebuah KERETA MERCEDES BENZ S280 yang selalu digunakanya. Kenderaan ini bukan didaftar atas namanya tetapi atas nama sebuah syarikat iaitu  Hanspec (M) Sdn Bhd, Suite 6.01 6th Floor, MENARA TKSS NO.206, JALAN SEGAMBUT , 51200 KL.

4. Zuraidah selaku Timbalan Ketua PKR Selangor yang dikatakan mempunyai kuasa besar dalam melantik ahli majlis PBT seluruh Selangor termasuk Ketua Whip PBT pasti mempunya pengaruh besar dalam menentukan perbagai projek dan 'perolehan' dalam Selangor, maka apabila dia yang mampu memiliki perbagai kenderaan atas namanya termasuk kemungkinan memberikanya pada orang lain menggunakan pula kenderaan lain milik'tauke' ia pasti menimbulkan perbagai persoalan.

Siapakah syarikat Hanspec ( M) Sdn Bhd ini? Apakah hubungan Zuraida? Adakah perniagaan keluarga, rakan kongsi atau proksi Zuraida?

5. Maklumat SSM mendapati Syarikat Hanspec ( M) Sdn Bhd dimiliki oleh orang Cina iaitu;

– Lee Keat Keong
– Lee Ban Chew
– Phoon Sow Cheng

Berasal dari Petaling Jaya Selangor. Syarikat yang terlibat dalam bidang ‘Optical products’ ini mempunyai nilai aset syarikat RM2,707,401 juta dan pendapatan tahunan RM4,659, 944 juta. Dan aktif sehingga kini!

https://goo.gl/4Zmd8f , https://goo.gl/96Zdpr , https://goo.gl/Qaj6g7 , https://goo.gl/DsGr7B , https://goo.gl/B9Jcwm , https://goo.gl/mvDVHw

Maka wujud persoalan apakah yang telah Zuraida MP Ampang sumbangkan khidmat kerja kepada Hanspec? Adakah lesen Pihak berkuasa tempatan ( PBT), lokasi strategik, atau syarikat mendapat tender atau bekalan perolehan dari PBT atau Kerajaan Negeri Selangor?. Atau mungkin mendapat tanah negeri untuk kilang dan sebagainya. Ia sangat misteri. Tidak mungkin syarikat ini tiada kepentingan?

6. Sebelum Umno dan Barisan Nasional menggunakan perkara ini sebagai modal politik khususnya menjelang pilihanraya nanti maka sewajarnya Zuraidah sendiri tampil memberikan penjelasan berkenaan perkara ini. Kita sering menyerang pimpinan Umno Bn dengan perbagai serangan khususnya bab pemilikan harta peribadi maka sewajarnya pimpinan kita bukan sahaja harus bersih tetapi harus dilihat bersih. Zuraidah wajib tampil membuat penjelasan dan SAMM sendiri akan bersama menyebarkan penjelasan beliau jika beliau tampil memberi penjelasan terperinci. 

7. Isu pemilikan kenderaan dalam jumlah agak luar biasa ini sudah lebih sebulan tersebar namun agak pelik juga agensi seperti SPRM yang sebelum ini kelihatan agresif menyerang pimpinan pembangkang kelihatan senyap dalam perkara melibatkan pimpinan - pimpinan berkait rapat dengan Azmin.

oleh :

che'GuBard,
Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM)

Mufti's 'kafir harbi' statement 'very dangerous', warns NGO

Pahang mufti Abdul Rahman Osman’s labelling of DAP as 'kafir harbi' is "very, very dangerous", given the general population's understanding of the term, said NGO Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM).
“For regular people, anything the mufti says is a fatwa (a ruling in Islam) and for regular people, 'kafir harbi' means a group that must be battled, and there are those who perceive that they can be killed ('halal darah'),” said SAMM chief Badrul Hisham Shaharin in a statement yesterday.
“However, as a movement that is pro-reform, SAMM asks that everybody stays calm. SAMM sees this issue as a chance to bring in a new style of politics and educate the rakyat."
This is why SAMM wants to organise an open discussion with the Pahang mufti (photo), representatives from the DAP leadership and an academician who is held in esteem by the community, he said.
Badrul, who is popularly known as Chegubard, added that the open discussion would allow the rakyat to hear the debate and understand the issue better.
“It would be an opportunity for the Pahang mufti to debate and defend his allegation, and the DAP leaders would also be sure to have their own response.
“The rakyat could also ask any questions that arise to seek the truth,” Badrul said.
He said several SAMM activists from its Pahang branch visited the mufti's office at Kompleks Islam Sultan Haji Ahmad Shah in Pekan, Pahang, yesterday afternoon to hand over a letter on the open discussion.
“The letter was received by a special officer at the mufti's office, who promised they will respond as soon as possible.

“SAMM is very sure the Pahang mufti will take this opportunity to share his point of view with the community,” Badrul said.
Last Friday, Abdul Rahman toldMalaysiakini that his statement was not only directed at DAP, but at all those who opposed Islam.
"Not DAP only. Whoever is kafir (infidel) and against Islam.
"As long as DAP is against this, then this is the way (being labelled as 'kafir harbi')," Abdul Rahman said.
also can click http://www.thesundaily.my/news/1853739 to read