Saturday, February 20, 2016

Sidang Media dedah dokumen bukti Azmin menipu


Sidang Media Khas
Mendedahkan dokumen OSA buktikan penipuan Azmin Ali berkenaan isu tender terbuka projek balak dan mendedahkan sykt yg memperolehi.
21 Feb 2016 (Ahad), 11.45pagi
Di Pusat Gerakan Rakyat (PaGER) SAMM, No. 344 (Tingkat 1 & 2), Jalan Haruan 5/8, Oakland Commercial Centre, 70300 Seremban, Negeri Sembilan Darul Khusus

Pertanyaan sila hubungi 066307862

** jemput semua yang ada persoalan untuk hadir dan berdialog depan wartawan...

Nota : saya sudah serahkan semua bukti kepada saluran dalaman parti sblm ini. Dokumen yang saya akan dedah dilindungi OSA dan saya sedar akan implikasi kemungkinan saya akan dikenakan tindakan undang - undang ttp didikan gerakan reformasi ialah jika takut dengan risiko jangan bicara soal perjuangan.

PERJUANGAN ADALAH PERLAKSANAAN KATA - KATA

Kadar Denda JPJ tidak munasabah

Kenyataan Umum SAMM
20 Februari 2016
Kadar Denda Baru JPJ Tidak Munasabah
Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) mengecam tindakan pihak berkuasa Jabatan Pengangkutan Jalanraya(JPJ) berhubung dengan kadar baru hukuman lebih berat terhadap pengguna sticker cermin gelap atau 'Tinted windows'.
Ia menyaksikan kesalahan pertama denda RM2000 atau penjara 6 bulan dan untuk kesalahan berulang denda RM4000 atau penjara 12 bulan atau kedua-duanya sekali. Ia satu hukuman yang zalim dan tidak setimpal dengan kesalahan.
Mengapa tidak penjarakan pesalah yang menggunakan nombor plat kenderaan tanpa mengikut spesifikasi?
SAMM merasakan bahawa kadar baru yang dikuatkuasakan pada 6 Februari adalah terlalu tinggi berbanding kadar lama iaitu denda RM500 atau penjara 2 minggu dan denda tidak melebihi RM1000 atau penjara 1 bulan.
Kerajaan harus kemuka justifikasi yang jelas mengapa undang-undang baru serba kejam itu diperkenal. Sedangkan cermin kereta yang digelapkan itu adalah kerana faktor cuaca dan suhu dunia yang meningkat secara rapid.
Menjadi persoalan, mengapa kenderaan rasmi kerajaan, jabatan-jabatan dan VIP dibenarkan untuk bercermin gelap 0% ketelusan cahaya sedangkan untuk kenderaan biasa tidak dibenarkan? Alasan yang diberikan adalah untuk keselamatan. Kami rakyat marhein juga perlu selamat malah sudah banyak laporan polis telah dibuat berkenaan kes pecah cermin atas kes kecurian.
Sekali lagi SAMM ingin tegaskan bahawa tidak perlu untuk meninggikan kadar denda kerana kami tahu semua duit-duit itu akan masuk ke poket kamu. Yang kaya semakin kaya, yang miskin akan terus miskin kerana di tindas.
Jangan jadikan poket rakyat sebagai tabung untuk menutup kekurangan kantung dan bebanan hutang negara yang berpunca dari pentadbiran penuh ketirisan. Rakyat bukan tabung ayam kerajaan.
Sekian
Amirul Syazwan
Penyelaras SAMM Kebangsaan

Thursday, February 18, 2016

Kalau pekerja Bangladesh ini benar setia dan murah ambil saja mereka jadi Menteri

Kenyataan Media
16 Februari 2016
Masuk 1.5 juta Bangla Umpama 'Serah' Negara
Pengumuman Kerajaan untuk membawa masuk sejumlah 1.5 juta pekerja Bangladesh lagi akan hanya menyaksikan populasi bukan warganegara meningkat kepada 8.2 juta orang jika berdasarkan kepada statistik November 2014. Ini meliputi 27% daripada populasi negara yang berjumlah lebih kurang 30 juta hari ini.
Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) menolak keras usaha mengarut ini dengan fakta dan pandangan berikut;
1. Populasi warga asing seramai 8.2 juta akan menjadi jumlah etnik kedua terbesar mengatasi populasi cina Malaysia yang berjumlah 6.64 juta.
2. Warga Bangladesh yang akan berjumlah 2.1 juta selepas ini akan menjadi populasi etnik ketiga terbesar menggantikan etnik India. Malah jumlah mereka adalah jauh lebih besar dari populasi penduduk Negeri Sembilan dan Melaka (dicampurkan).
3. Kerajaan tidak pernah membentangkan statistik sebenar keperluan pekerja asing mengikut sektor dan industri, malah jumlah warga asing sedia ada jika diperuntukkan untuk bekerja dalam sektor-sektor tertentu seharusnya mencukupi.
4. Kegagalan kerajaan untuk merangka pelan penambahbaikan produktiviti buruh tempatan dan, struktur gaji dan imbuhan akhirnya jalan mudah diambil dengan mengimport tenaga kerja asing seperti apa yang berlaku hari ini.
5. SAMM cadang supaya hanya sektor pembinaan, pertanian, perkilangan, perhotelan dan pembantu rumah sahaja dibenarkan untuk diisi oleh warga asing.
6. Kerajaan harus bertegas memastikan sektor industri perniagaan khususnya restoran dan kedai makan, hanya boleh diisi oleh warga tempatan. Warga asing juga tidak boleh bekerja sebagai penjual di mana-mana premis, jadi kita akan melihat warga asing yang berniaga itu adalah salah dan wajib diberkas. Maka, secara tidak langsung kelopongan sektor ini akan menawarkan jumlah gaji yang lebih tinggi untuk diisi oleh warga tempatan.
7. Ingin disebut juga di sini, Industri makanan dan minuman juga tidak boleh diisi oleh warga asing di atas faktor kebersihan dan kesihatan.
8. Jika alasan pekerja tempatan tidak mahu menceburi bidang pekerjaan yang 'kotor' seperti kata menteri, bagaimana pula dengan ratusan ribu rakyat Malaysia yang bekerja dalam industri yang sama di Singapura sedangkan di sini pekerjaan itu diisi oleh pekerja asing?
9. SAMM juga melihat adanya unsur pengambilan untung pantas dengan jumlah bilion ringgit dalam mengurus kemasukkan 1.5 juta warga Bangladesh ini. Malah laporan media yang mengatakan syarikat adik Timbalan Perdana Menteri juga terlibat menimbulkan konflik kepentingan yang berprofil tinggi. Ini sangat tidak wajar sekali, umpama menyerah negara ini untuk disesakkan oleh warga asing.
Sekian,
Edy Noor Reduan
Pengarah Propaganda
Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM)

Wakil Pimpinan Cabang PKR Selangor pertegas dan pertahan kenyataan berkenaan lantikan ahli Majlis dalam Selangor


tiba - tiba ada serangan terhadap che'GuBard dalam isu lantikan Ahli Majlis PBT dalam Selangor. Perlu ditegaskan kenyataan berkenaan lantikan Ahli Majlis dalam Selangor dikeluarkan oleh pimpinan cabang dalam Selangor sendiri dan bukan kenyataan che'GuBard.

Terima Kasih kepada Murali, Setiausaha Cabang PKR Kelana Jaya kerana penegasan yang dibuat semalam.
gambar sidang media 16 Febuari 2016 yang dihadiri sendiri oleh mereka yang berjawatan Naib Ketua Cabang, Setiausaha Cabang dan AJK beberapa cabang dalam Selangor dan mereka sendiri yang bercakap
laporan media yang juga merekodkan kenyataan dari pimpinan PKR Selangor sendiri

Kenyataan terbuka
17 Febuari 2016
1. Saya terbaca kenyataan Thiban Subramaniam yang mengeluar kenyataan atas jawatannya dalam AMK Selangor. Kenyataan semalam yang disebar melalui Whatsapp jelas menunjukkan beliau sendiri tidak faham isu. Kenyataan berkenaan lantikan ahli majlis dibuat oleh saya bukan che'GuBard maka respon kepada saya bukan menyerang che'GuBard. Sidang media semalam juga turut dihadiri Jawatankuasa PKR dari pelbagai Cabang di Selangor
2. Kepada Thiban, kamu boleh cakap apa pun tetapi jangan menipu ketika nama kamu tidak tersenarai di peringkat awal sebagai calon Ahli Majlis, kamu temui saya dan kawan-kawan minta bantuan beri tekanan dan kini bila sudah dapat habuan kamu bertukar nada 100%. Sekurang-kurangnya jujurlah pada diri sendiri. Kepada Thiban juga, jangan kamu suka- suka menyerang orang sebagai lidah TV3 dan seumpamanya. Kami keluar media desak parti diperbetulkan tetapi kamu tahukah yang Azmin pernah masuk TV3 menuduh Presiden parti amalkan kronisma dan nepotisma hanya kerana parti tak lantik dia jadi MB selepas PRU 13. 
3. YB Suhaimi, Setiausaha Menteri Besar pula dalam kenyataan seperti laporan Malaysiakini berkata lantikan Ahli Majlis telah selesai semuanya dan saya sengaja perbesar isu. Selesai bagaimana? Dengan kamu (kartel azmin) berjaya menempatkan kroni - kroni kamu dengan mengenepikan suara akar umbi parti ? 
4. Saya dengan ini mempertahankan apa yang saya nyatakan dalam sidang media semalam yang turut dihadiri beberapa pimpinan cabang PKR Selangor. Saya tegaskan lantikan Ahli Majlis mengenepikan suara Cabang dan ia usaha melemahkan parti peringkat Cabang yang tidak menyokong Azmin pada pemilihan lalu. Dimana sememangnya Azmin kalah di kebanyakan Cabang dalam Selangor. Pemilihan sudah berlalu, satukan parti dan jangan ambil kesempatan balas dendam. 
5. Azmin melalui Zuraidah walaupun dalam mesyuarat MPN (PKR Negeri) menyatakan Cabang berkuasa memilih ahli majlis namun contohnya Kelana Jaya telah menamakan 5 orang mengikut kuota yang diberikan malangnya nama yang kami beri ditolak dan dilantik kroni mereka termasuk orang yang tidak dikenali dan baru saja jadi anggota parti. Ini berlaku di kebanyakan Cabang.
6. Kerana mementingkan kroni maka 'peraturan' di mana Ahli Majlis harus terdiri dari mereka yang bermastautin sekurangnya 5 tahun di kawasan diketepikan. Maka ada yang dari Subang dilantik ke Kelana Jaya, dari PJ Selatan dilantik menjadi Ahli Majlis di Sepang, dari PJ Utara dilantik ke Majlis Daerah Kuala Langat dan banyak lagi. Mereka duduk diluar kawasan, tidak kenal penduduk dan kawasan ditadbir bagaimana mahu berkhidmat. Akhirnya, mereka terasing dari masalah setempat dan hanya datang mesyuarat untuk bincang projek dan kontrak sahaja. 
7. 'Peraturan' yang ditetapkan oleh mesyuarat Exco dimana Ahli Majlis mesti duduk dalam kawasan hanya digunakan berdasarkan kepentingan. Contohnya Prof Dr.Aziz Bari kerana Azmin takut dengan dia maka usaha DAP menamakan dia selaku Ahli Majlis Ampang dinafikan kerana alasan dia duduk dlm kawasan Majlis Selayang. Tetapi peraturan ini dibakul sampahkan bila mahu tempatkan kroni mereka. 
8. Azmin tidak menghormati struktur parti malah dia sendiri sedang berusaha mensabotaj parti diperingkat cabang. Saya pertahankan hujah saya dan saya sedia berdepan dengan siapa sahaja untuk menunjukkan bukti. Kita sayangkan PKR. 
Murali Subramaniam
Setiausaha Cabang PKR
Kelana Jaya, Selangor
+60193743881 (no telefon bukan utk sebaran umum)

keratan kenyataan yang disiarkan dalam media respon Kerajaan Selangor kenapa
Prof.Dr. Aziz Bari yang ditolak pencalonannya kerana bermastautin di luar kawasan.

Garis Panduan yang dipakai berdasarkan kepentingan lantikan kartel Azmin semata - mata


Wednesday, February 17, 2016

Kenapa Malaysia sertai Pakatan Perang Saudi ?

Solidariti Anak Muda Malaysia
Kenyataan Umum
17 Februari 2016
Apa Perlunya Sertai Pakatan Perang Arab Saudi?
Susulan laporan media antarabangsa berhubung dengan latihan peperangan North Thunder yang diketuai oleh Arab Saudi. CNN dan The Independent melaporkan Saudi Press Agency (SPA) menyatakan bahawa Malaysia adalah sebahagian daripada pakatan 20 negara yang terlibat dalam latihan tersebut.
Walaupun Hishamuddin Hussein telah menyatakan bahawa penyertaan Malaysia dalam operasi North Thunder adalah merupakan latihan ketenteraan bukannya serangan terhadap Yemen, tetapi itu tidak membantu untuk menjernihkan keadaan. Ini kerana pada 15 Disember 2015, Reuters telah melaporkan bahawa Malaysia adalah sebahagian daripada 34 negara dalam Pakatan Ketenteraan yang diketuai oleh Arab Saudi.
Putera Mohammed bin Salman, Putera Mahkota Saudi dan Menteri Pertahanan dipetik sebagai berkata, kempen ketenteraan ini adalah melakukan usaha bersama-sama bagi memerangi keganasan di Iraq, Syria, Libya, Mesir dan Afghanistan. Kenyataan Putera Mohammed dan latihan North Thunder ini adalah indikasi jelas tidak mungkin Pakatan ini akan memilih meja rundingan kemudiannya.
Sebagai sebuah Negara Berkecuali dan kecil, SAMM menegaskan bahawa dasar luar Malaysia seharusnya tidak melibatkan diri secara langsung dalam kancah peperangan. MINDEF tidak sepatutnya memperjudikan nyawa anggota tentera kita dengan melibatkan diri secara langsung dalam peperangan di rantau Arab.
Mengapa Malaysia yang sebelum ini dikatakan mempelopori Gerakan Kesederhanaan Global, tiba-tiba mengubah dasar luar kepada menyokong tindakan militari? Mengapa Malaysia tidak memilih untuk mengetuai Pakatan Negara OIC dalam meneroka jalan perdamaian di antara negara dan kelompok yang bertelagah?
Ini agak kontradik dengan amalan Malaysia selama ini. Tentera kita sering terlibat dalam misi pengaman di zon konflik dunia. Sama ada melalui payung PBB mahupun OIC tetapi kali ini memilih untuk terlibat secara langsung dalam pakatan perang. Melibatkan diri secara langsung dalam sesuatu perang adalah berbeda dengan menghantar pasukan pengaman.
Bagaimana pula dengan aspek perbelanjaan untuk menghantar dan menempatkan pasukan tentera kita di rantau Arab itu? Adakah ia dibiayai sendiri atau ditaja oleh Arab Saudi? Jika kita terpaksa mengeluarkan perbelanjaan maka, ia bukanlah satu keputusan yang bijak di saat negara sedang berada di dalam ketidaktentuan ekonomi.
Yang lebih dibimbangi adalah tindakbalas daripada kumpulan dan jaringan pengganas ini nanti atas keterlibatan Malaysia dalam Pakatan Perang Arab Saudi ini. Imbas kembali bagaimana pintu sempadan negara begitu mudah ditembusi oleh Pemberontak Sulu sehingga mencetuskan kekacauan dan mengkibatkan kehilangan nyawa anggota keselamatan. Ia akan mendatangkan bahaya dan mudarat kepada keselamatan negara dan rakyat.
SAMM bersetuju bahawa Malaysia perlu membuat beberapa tindakan bagi mengekang ancaman keganasan daripada berlaku di dalam negara ini, tetapi SAMM tidak dapat melihat kewajaran menyertai pakatan perang Arab Saudi ini. Apakah penyertaan Malaysia ini adalah sebagai membalas budi Arab Saudi yang telah memberikan derma RM 2.6 billion?
Walau apa pun, ketika ini bukanlah masa yang tepat untuk Malaysia melibatkan diri secara langsung dalam apa juga operasi ketenteraan. Adalah lebih baik Malaysia menumpukan usaha untuk memperkukuhkan keselamatan dan kawalan sempadan, memperbaiki kemelut ekonomi dan politik, dan memperbetulkan semula asas sosio-ekonomi yang semakin pincang.
Sekian,
Ahmad Anwar Asyraf
Pengarah Pemikir Muda
Solidariti Anak Muda Malaysia

Tuesday, February 16, 2016

Azmin makin ego tak lut teguran ; projek tukar kubah dan pejabat Masjid negeri bukan sekadar RM32.4 juta tetapi RM65.7 juta

Kenyataan Umum
16 Februari 2016
PENTADBIRAN SELANGOR MAKIN EGO DAN TAK LUT TEGURAN
1.Banyak teguran yang dilontarkan kebelakangan ini kepada pentadbiran kerajaan negeri Selangor tetapi malangnya Kerajaan Selangor dibawah pimpinan Azmin Ali terus dengan ego malah bertindak tidak ubah seperti kerajaan Umno BN yang menganggap semua teguran sebagai musuh malah turut mencaci saya sebagai ‘Macai UMNO’
2.Dari DEIG, kepada salah guna wang zakat untuk lobi politik,’mengecat’ pintu gerbang RM9.8 juta sehinggalah projek mengganti kubah masjid bernilai rm32.4 juta. Semuanya gagal dijawab.
Cuma isu beri balak tanpa tender terbuka dia nafikan konon melalui tender terbuka. Ini penipuan yang saya sudah serahkan pada lembaga disiplin parti buktinya.
3.Projek ‘mengecat’ atau ‘facelift’ pintu gerbang ditutup hanya dengan alasan ia kehendak Istana dan wang tersebut bukan wang kerajaan negeri tetapi wang derma yang akan dikutip kemudian. Yang mana apabila ditanya dengan adakah ia mengikut tatakelola kewangan yang betul sehingga hari ini terus diam membisu.
4.Kemudian alasan pertukaran kubah lebih teruk lagi bila dikatakan pembaziran RM32.4 juta untuk menukar kubah itu demi kepentingan umat Islam. Alasan ini juga akhirnya ditempelak olek beberapa ahli agama (islam) sendiri sebagai alasan tidak bertanggungjawab.
5.Disini saya ingin mendedahkan bahawa bukan sahaja projek RM32.4 juta (menukar kubah sahaja) tetapi tempat yang sama juga Kerajaan Negeri telah mengalirkan RM33.3 juta bagi pejabat pentadbiran masjid. Persoalannya apakah kebijakan yang diambil untuk satu tempat sebanyak RM65.7 juta dialirkan? Kebetulan ia kawasan masjid tetapi jangan gunakan alasan agama yang hanya akhirnya memfitnah agama itu sendiri.
Ingat lagi bila masjid Kristal (Terengganu) menelan belanja besar kerana alasan pelancongan dan konon kerana mengagongkan syiar Islam maka kita sama - sama kritik tetapi apabila MB PKR lakukan pembaziran serupa , adakah kita hanya diam ?
6.Dalam kesempatan ini juga saya sempat meneliti agihan projek penyelenggaraan jalanraya di Selangor. 3 syarikat mendapat tempat selaku Kontraktor utama. Syarikat yang mendapat kontrak ini juga dipertikaikan kerana ada syarikat yang mempunyai rekod projek tidak siap dibawah JKR masih mendapat tempat. Malah sebuah syarikat yang mendapat tempat hanya mengambil alih pejabat, peralatan dan kakitangan sebuah syarikat lain yang ditolak di peringkat awal. Dari segi jumlah harga ia meningkat secara mendadak dan sangat menjolok mata.
7.3 syarikat utama tersebut melantik pula, syarikat-syarikat sebagai ‘sub-con’, untuk pengetahuan semua sebahagian besar syarikat tersebut ialah syarikat kaitan dengan UMNO malah ada dimiliki oleh pemegang jawatan dalam UMNO Selangor. Ia tidak salah jika dilihat dari segi prestasi adakah tidak ada yarikat lain lebih layak? Ingatkah kita bahawa Khalid Ibrahim antara alasan disingkirkan kerana ia tidak mempedulikan parti termasuk dalam agihan projek tetapi kali ini bukan sahaja tidak mempedulikan parti malah apabila meneliti senarai agihan projek tetapi kali ini bukan sahaja tidak mempedulikan parti malah apabila meneliti senarai projek tender dan seumpamanya dalam Selangor maka ia lebih teruk sebahagian besarnya disalurkan kepada ‘kaitan’ UMNO. Adakah ini sebahagian dari benda yang disengajakan dan patutlah serangan UMNO pada Azmin sendiri agak tumpul dan tumpuan Azmin kepada Anwar longgar serta ia juga dilihat mengagalkan penubuhan pakatan pembangkang (pakatan harapan) yang kuat untuk mendepani UMNO Barisan Nasional.
8.Perkembangan pembaziran melalui MBI juga harus dipantau, pertambahan kakitangan mendadak dengan jumlah gaji yang besar serta kewujudan anak syarikat yang tidak diperlukan perlu diaudit oleh parti sebelum ia menjadi beban kepada parti itu sendiri.
Ingat lagi ketika parti membuat keputusan untuk memasukkan Saifuddin Nasution sebagai pegawai membantu (politik) Menteri Besar (Khalid) selepas PRU 13 tetapi Azmin ketika itu ADUN biasa mengkritik hebat kononya ia membazir sehingga lantikan Saifuddin tertangguh. Malangnya kini dia sendiri membazir dengan cara yang sangat menjolok mata.

Dua projek di satu masjid dengan nilai RM65.7juta dipertikaikan kemunasabahanya 

Sekian,
Che’GuBard
Anggota seumur hidup,
Parti Keadilan Rakyat (PKR)
http://chegubard.blogspot.com

Friday, February 12, 2016

Ust. Wan Ji sifatkan tindakan Azmin guna hujah agama jawab 'pembaziran' RM32.4 juta tidak bertanggungjawab


Ust. Wan Ji Wan Husin sebelah Rafizi (dua dari kiri duduk) diraikan oleh PKR
ketika mengumumkan kemasukanya ke dalam PKR
Dua isu menjadi keraguan besar dalam hati sebilangan besar rakyat Malaysia yang punyai kaitan dengan pentadbiran Datuk Seri Mohamed Azmin Ali di Selangor, iaitu isu cat pintu gerbang Selangor yang memakan belanja lebih RM9 Juta dan isu membaiki kubah Masjid Shah Alam yang memakan belanja lebih RM32 Juta.
Perbelanjaan yang sebegini besar menjadikan ramai rakyat merasa ragu-ragu dengan pentadbiran Azmin dalam hal pengurusan kewangan negeri.
Mungkin rakyat tidak kisah jika perbelanjaan besar itu munasabah dengan bahan yang dibelanjakan. Namun, keraguan besar apabila mulut menteri besar Selangor menyatakan ia sebagai munasabah, tetapi berdasarkan kadar bahan yang dibelanjakan dan kadar kewangan yang digunakan itu dianggap ramai sebagai tidak munasabah.
Begitu juga dengan perbelanjaan untuk membaiki kubah masjid yang memakan perbelanjaan puluhan juta ringgit, sedangkan ramai anggap kadar puluhan juta ringgit itu, boleh menyiapkan sebuah masjid baharu berserta kubahnya.
Jika ini kerangka rakyat yang berfikir, tidak hairan perbelanjaan jutaan ringgit untuk cat pintu gerbang dan puluhan juta ringgit untuk membaiki kubah masjid menjadi persoalan rakyat bawahan.
Persoalan ini tidak boleh didiamkan. Justeru, pihak rakyat berhak bangkitkan, dan pihak kerajaan wajib memberikan penjelasan yang meyakinkan.
Memberi jawapan dengan menyatakan membaiki kubah itu adalah untuk kebaikan umat Islam adalah jawapan melepaskan diri dan tidak bertanggungjawab.
Malahan, dengan menggunakan alasan agama dalam menutup keraguan rakyat dalam urusan kewangan adalah amat tidak bermaruah.
Jauh lebih tidak bermaruah, apabila ada sebilangan rakyat bawahan bangkitkan perkara ini, lalu dituduh kepada individu itu sebagai balaci Umno, macai dan sebagainya.
- tulisan Ust. Wan Ji ini boleh dibaca terus di http://www.themalaysianinsider.com/rencana/article/azmin-perlu-bersikap-telus-wan-ji-wan-hussin#sthash.gUgZw6gD.dpuf

SERUAN 'PERPADUAN' TOLAK NAJIB DARI KEM MAHATHIR HANYA ULANG TAYANG SKRIP LAPUK TOLAK ABDULLAH

Catatan terbuka
12 Febuari 2016

SERUAN 'PERPADUAN' TOLAK NAJIB DARI KEM MAHATHIR HANYA ULANG TAYANG SKRIP LAPUK TOLAK ABDULLAH 

Tepat 9.34 pagi, pada 10 Febuari 2016 tiba-tiba masuk satu pesanan ringkas (sms) melalui telefon. Ia sms dari seorang yang boleh digelar 'legend' dikalangan aktivis, dimana dia seorang blogger dan bekas pemimpin mahasiswa ketika era kebangkitan mahasiswa. Bekas tahanan ISA ini menghantar sms berbunyi  
Kadir Jasin dah buat kenyataan BERSATU SELAMATKAN MALAYSIA - lihat FMT. Rasanya perlu disambut dan digerakkan. NGO sambut dulu dan parti politik sambut kemudian. TK
Bila dirujuk semula berita FMT 'Kadir calls for all-party push to ‘save’ the nation' dengan rakaman video tersebut, saya mohon untuk tidak bersetuju dengan idea tersebut kerana ia hanya skrip ulang tayang bagi menyelamatkan Umno atau lebih tepat lagi menyelamatkan Mahathir dan kuncunya semata -mata.

Dengarnya memang enak dan sedap maka saya tidak hairan bagi aktivis atau pemimpin politik yang berfikir singkat akan menyambut ia sebagai seruan bertanggungjawab. Namun bagi saya ia tidak lebih dari pengulangan skrip lapuk ketika operasi menjatuhkan Abdullah Badawi.

Semua harus ingat ketika menjatuhkan Abdullah Badawi, malah kelompok anak muda termasuk saya ketika itu menyambut seruan dengan skrip yang sama. Kami menyambut seolah ia seruan bertanggungjawab dengan tema jihad selamatkan negara. Namun apabila Abdullah jatuh adakah Mahathir meneruskan usaha mendakwa Abdullah bagi mengembalikan wang negara yang ketika itu dituduh dibawa lari, apa khabar saham berkepentingan negara yang dikatakan dilarikan Khairy (menantu Abdullah) ke Singapura ketika itu ? Semua senyap  kerana tumpuan bukan menyelamatkan negara atau membongkar rasuah Umno tetapi hanya meastikan Mahathir dan kuncunya dapat mengawal sepenuhnya negara malah jangan sesekali lupa selepas menjatuhkan Abdullah, Mahathir sendiri duduk dibarisan paling depan menyerang 'pembangkang' yang dia perkudakan ketika menjatuhkan Abdullah. 

Ingat Mahathir yang naikkan Abdullah kerana ketika itu Abdullah paling lemah dan pada pemikiran Mahathir ia paling mudah dikawal kerana Mahathir terpaksa mengundur diri kerana tidak tahan tekanan dan hilang populariti sejak 1998. Ramai berpendapat jika Mahathir terus menjadi Perdana Menteri maka pilihanraya ke depan itu Barisan nasional akan kalah teruk. Malangnya selepas Abdullah naik Khairy mengepung Abdullah hingga Mahathir tidak dilayan maka Mahathir 'mengamuk' sehingga tersungkur Abdullah. Ketika itu Kadir Jasinlah juga panglima propagandanya. 

Ketika Najib hendak mengambil alih kerusi nombor satu itu, bukan sedikit bantahan. Dengan isu Altantuya, isu pembaziran Rosmah dan perbagai kelemahan menjadi sebutan. Namun Mahathirlah yang bersungguh menaikkan Najib kerana mungkin baginya Najib yang naik dengan penuh kritikan lebih mudah dikawal dan bergantung padanya. Malangnya selepas beberapa tahun, Najib mula meninggalkan Mahathir, permintaan tak terlayan. Maka Mahathir mulakan amukan semula. Namun yang celik dan masih ingat bagaimana operasi Mahathir memperkudakan sentimen rakyat melawan Abdullah namun selepas itu menyerang pembangkang umpama musuh negara. 

Gendang perpaduan hanya untuk kepentingan Mahathir dan kuncunya. Jika benar Mahathir pentingkan pimpinan bersih dan berwibawa maka dia tidak akan menamakan Abdullah yang lemah  atau Najib yang sememangnya penuh kritikan ketika sebelum naik jadi PM lagi.

Dalam temuramah dengan FMT tersebut Kadir Jasin bersungguh memuja muji Mahathir seolah dia tersangat 'karamah'. Tanpa menafikan beberapa jasanya namun tidak ada yang istimewanya sangat pun pemerintahan Mahathir paling banyak pembaziran dan ketika itu tidak ada injin carian internet yang mampu menyelongkar atau media sosial yang mampu menyebar laju. Mahathir juga lah yang meminda dan menyusun sonsang perbagai asas negara termasuk menjahanamkan sistem kehakiman.

Abdullah dan kini Najib adalah penerus kepada kehancuran sistem yang Mahathir lakukan keadaan bertambah parah apabila rizab (minyak) berharga negara semakin menyusut tidak semewah dizaman Mahathir. Dari segi nilai 'samunan' ia tetap sama.

Jika Mahathir, Muhyiddin, Shafie atau nama apa pun yang kononya berani ini .....masa sesuai tinggalkan Umno sertai mana - mana parti selain Umno yang ada atau tubuh sahaja parti sendiri. Bergerak bersama rakyat maka kami sendiri tidak menolak akan pertimbang untuk bersama dalam gerakan itu. Benar - benar akui kesalahan lalu dan bersama membina negara. Jika tidak tidak perlulah layan mereka ini kerana kita lah kelompok paling bodoh akan dirakam sejarah kerana tertipu dengan skrip lapuk yang sama.

Kepada pembangkang atau para aktivis progresif negara, tinggalkan sahaja pemain -pemain skrip lama, ini masanya keluar dari padang permainan lama. Ayuh mara ke tengah rakyat, tawaran kita seharusnya perubahan sistem dengan meninggalkan sistem yang membawa kehancuran negara ini.

Ingat pejuang negara pernah berkata di atas robohan kota Melaka kita dirikan jiwa merdeka, bukannya di atas robohan kota Melaka kita dirikan Kota semula.

Ingat ini masa terbaik namun syarat jangan tertipu dengan skrip sama.

#sudahlahMahathir

oleh :

che'GuBard
Pengasas Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM)


nota kaki : rakyat sedang melihat juga apa respon parti - parti yangmengatakan mereka progresif yang mahu menumbangkan Umno (Bn) terhadap isu seperti cat pintu gerbang RM9.8 juta, tukar kubah Masjid RM32.4 juta... jika kita sama diam rakyat akan kecewa. Korupsi, salah atau lemah urus tadbir, pembaziran tetap wajib dilawan walaupun siapa pelakunya tidak kira berapa jumlahnya.

Perkukuh keberanian rakyat dedah / perangi rasuah bukan perkukuh undang- undang untuk lindungi perasuah

Kenyataan Umum
12 Februari 2016

OSA Bukan Pelindung Jenayah Korupsi

Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) mengutuk cadangan Peguam Negara untuk meminda Akta Rahsia Rasmi (OSA) 1972 bagi memasukkan hukuman penjara seumur hidup dan 10 sebatan sebagai hukuman. 

Cadangan semberono ini tidak sepatutnya dikeluarkan sekiranya kepimpinan Negara hari ini benar-benar mempunyai iltizam politik yang tinggi untuk menghapuskan unsur-unsur korupsi dalam pentadbiran Kerajaan.

SAMM bersetuju sekiranya OSA ini hanya terpakai untuk perkara-perkara membocorkan maklumat yang bersifat pengintipan dan risikan, membocorkan rahsia sehingga boleh membahayakan nyawa orang ramai dan, keselamatan dan pertahanan negara. Tetapi, OSA tidak boleh digunakan untuk melindungi jenayah korupsi. Tidak kira sama ada korupsi dan salah urus tadbir itu berlaku di peringkat Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri, Kerajaan Tempatan malahan dalam Parti Politik sekalipun, ia harus ditentang dan dilawan.

Seharusnya Peguam Negara meminda dan memperkemaskan lagi Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 (Akta SPRM 2009) bagi membasmi kegiatan korupsi dengan lebih tuntas agar kedudukan negara dalam Indeks Persepsi Rasuah tidak terus terperosok jauh ke bawah. Peguam Negara juga sepatutnya mengemukakan kepada Kabinet dan Parlimen, satu pindaan undang-undang yang melindungi pemberi maklumat sehingga tertangkapnya pelaku koruptor.

Jika Kerajaan Pemerintah tidak melakukan sebarang kesalahan atau korupsi, mengapa harus takut dengan pendedahan maklumat? Apa yang perlu disorokkan daripada pengetahuan umum? Peguam Negara juga seharusnya membentangkan kepada Kabinet Cadangan Rang Undang-Undang Kebebasan Maklumat supaya masyarakat dapat bersama-sama melakukan semak-dan-imbang dalam urustadbir Kerajaan.

Justeru itu, SAMM mengambil tanggungjawab penuh menyeru kepada semua pihak yang mempunyai rasa cintakan negara dan kebertanggungjawaban terutamanya Pegawai-Pegawai Kerajaan Persekutuan dan Negeri untuk menyalurkan maklumat korupsi yang berlaku kepada Sekretariat Bongkar SAMM, Pusat Gerakan Rakyat (PaGER) SAMM, No. 344 (Tingkat 1 & 2), Jalan Haruan 5/8, Oakland Commercial Centre, 70300 Seremban, Negeri Sembilan Darul Khusus atau melalui email di aduan.samm@gmail.com. Segala maklumat pengenalan diri akan dirahsiakan dan dilindungi.

Sekian,

Che’GuBard
Pengasas
Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM)

Bayangkan apa komen 'ustaz Pas' jika yang berpakaian ala dewa itu pemimpin Amanah atau pemimpin PKR bukan kartel Azmin

PETALING JAYA: Tindakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Paya Jaras, Khairuddin Othman memakai pakaian Dewa Cao Guo Jiu mendapat kritikan netizen.
Rata-rata pengguna media sosial mempersoalkan tindakan Khairuddin itu yang dianggap cuba mendapatkan publisiti murahan.
Turut mempersoalkan tindakan itu adalah ahli seumur hidup Parti Keadilan Rakyat (PKR), Badrul Hisham Shaharin atau lebih dikenali sebagai Chegubard.
“YB Khairuddin Othman, ADUN PAS Paya Jaras itu membawa imej dewa Cao Guo Jiu. Kalau diperhati, di rumah-rumah kaum Tionghua ada tempat sembahyang untuk dewa-dewa ni.“Sekarang, apakah perlu YB Khairuddin memakai pakaian dewa yang menjadi sembahan kaum lain? Apa hukumnya? Memadailah kita cuma sama-sama meraikan sambutan tahun baru (kalender) Cina.
“Komen di atas saya salin dari Whatsapp group..saya letak sini kerana nak dengar komen walaunta Hadi sebab mereka yang bersungguh kafirkan orang yang ucap Selamat Hari Krismas kerana meraikan mereka yang merayakan Krismas..sekarang hangpa dah tepuq ayaq (tepuk air) dalam dulang,” tulisnya di Facebook.
Sementara itu, seorang pengguna media sosial, Othman Bidin memberikan komen;
“Untuk pikat pengundi kaum lain apa saja sanggup dilakukan.
Amir Sulaiman pula menulis;
“Kalau tanya Hadi (Datuk Seri Abdul Hadi Awang) dia mesti pusing-pusing guna ayat quran cari hukum dan dalil.itu memang kepakaran dia,” tulisnya.
Bagaimanapun, ramai juga pengguna alam maya menganggap ia bukan kehendak Khairuddin tetapi penganjur majlis yang tidak tahu mengenai sensitivitinya apabila meminta Khairuddin memakai kostum Dewa Kekayaan itu bagi memeriahkan majlis sambutan Tahun Baru Cina.

http://malaysiagazette.com/en/politics/why-pas-mp-dressed-chinese-deity

Azmin Ali mungkir janji?

berikut ialah email yang dihantar melalui alamat email zaitun@aoiyyy.com

Salam,
Terima kasih Tuan kerana dedahkan perkara yg berlaku di Selangor, termasuk tentang kubah mesjid dan pintu gerbang bejuta2. Saya pelik dengan perangai MB Azmin yang makin menjadi2. Dulu pada tahun 2014, semasa bulan bahasa kebangsaan, MB azmin ada umumkan bahwa kerajaan negeri Selangor akan terjemah 3 buah buku ke bahasa melayu. Tujuannya untuk martabat bahasa Melayu.
Tapi setakat yang saya tahu, walaupun dah lebih setahun berlalu, takde satu buku pun yang dah diterjemah. Saya hairan, adakah beliau dah berperangai seperti ahli politik janji dimungkiri? Janji saja lebih, tapi tak ditepati? Mana pergi semua laungan dan janji reformasi? Saya harap saya silap, tapi setakat ni, kalau tak silap saya, takde satu buku pun yang dah diterjemah.
Isu pokoknya bukanlah tentang buku2 tu. Tapi ini ialah isu prinsip, yakni prinsip menepati janji. Saya harap MB azmin jangan hanya pandai berjanji dan buat mulut manis, tapi perangai dah jadi macam ahli politik yang dibenci rakyat.
END OF EMAIL 
salinan dikepilkan :

Berani angkat BM bahasa pencerahan

oleh : Azmin Ali         


ULASAN Bersempena sambutan Bulan Bahasa Kebangsaan, marilah kita mengulangi tekad kita bersama untuk memperkaya Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan dan Bahasa Ilmu.

Bahasa berperanan sebagai salah satu asas jati diri bangsa Malaysia. Sebagai bahasa kebangsaan, bahasa Melayu memupuk perpaduan, dan turut berperanan sebagai wasilah pembangunan negara melalui pelaksanaannya sebagai sarana komunikasi.

Penggunaan bahasa kebangsaan dalam urusan rasmi menjadikan komunikasi di kalangan pemimpin dan warga eksekutif dan juga komunikasi antara rakyat dan pemimpin, berlangsung dengan lancar dan berkesan.

Kerajaan Selangor mempunyai iltizam dan komitmen untuk memartabatkan kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan sebagai bahasa ilmu dan pemikiran. Saya yakin, sekiranya kita cekap dan berusaha secara strategik, bahasa Melayu boleh dilonjakkan sebagai salah satu bahasa besar di dunia.

Bahasa Melayu mempunyai sejarah yang panjang. Sejak abad ke-7 Masihi, bahasa Melayu telah menjadi lingua franca bagi rantau Kepulauan Melayu-Indonesia di bawah kerajaan Sriwijaya.

Pada zaman kesultanan Melayu dari sekitar abad ke-13 hingga abad ke-19, bahasa Melayu menyerlah gemilang sebagai bahasa tamadun Melayu baharu, dengan menjadi bahasa pentadbiran, bahasa diplomasi, bahasa undang-undang, bahasa ilmu dan falsafah, bahasa perdagangan, bahasa ketatanegaraan dan kesusasteraan.

Keunggulan bahasa Melayu pada abad 16 dan 17 dapat dirumuskan dengan kenyataan bahawa bahasa tersebut telah mencapai taraf bahasa antarabangsa, terutama dengan kedudukannya sebagai bahasa diplomatik, lingua franca, bahasa perdagangan sedunia, bahasa penyebaran agama besar dunia dan bahasa sastera.

Untuk memartabatkan dan memperkayakan bahasa Melayu di abad 21 tidak mencukupi dengan mengungkapkan nostalgia kegemilangan bahasa Melayu di zaman silam.

Bahasa Melayu masih perlu diperjuangkan. Bahasa Melayu menjadi bahasa Kebangsaan hasil dari perjuangan tokoh-tokoh bahasa, sasterawan dan rakyat keseluruhannya. Justeru itu perjuangan bahasa Melayu adalah sebahagian perjuangan untuk membina bangsa Malaysia.

Bahasa Melayu diperjuangkan oleh semua rakyat, semua kaum - Melayu, Cina, India, Iban, Kadazan, dan lain-lain. Maka bahasa Melayu bukan milik orang Melayu semata-mata. Bahasa Melayu adalah milik semua bangsa Malaysia.

Bagi memartabatkan bahasa Melayu di abad 21 kita tidak boleh melihat bahasa sekadar sebagai alat pertuturan, ekspresi dan komunikasi antara manusia. Yang lebih penting adalah bahasa sebagai wahana pemikiran dan rasionaliti. Aristotle, filasuf Yunani, memberikan definasi manusia sebagai "rational animal" - haiwan berfikir.

Definasi ini diterjemahkan oleh pemikir Islam sebagai "haiwan al-natiq" - haiwan yang berkata-kata. Manusia berkata-kata dengan bahasa, dan bahasa adalah wahana rasionaliti. Dari zaman falsafah Yunani, hingga ke zaman falsafah Islam, seterusnya sampai ke zaman moden bahasa dilihat sebagai wahana kerasionalan. Maka apabila manusia menggunakan akal rasionalnya, kemajuan akan diperolehi.

Dalam abad ke-18 muncul di Eropah satu gerakan intelektual dan kebudayaan yang meletakkan batu asas kepada zaman moden. Gerakan tersebut yang mendapat ilham dari falsafah Yunani dan Islam telah menggilap rasionaliti, menghasilkan revolusi pemikiran, sains dan pelbagai ilmu-ilmu. Gerakan tersebut yang dikenali sebagai Enlightenment atau Pencerahan turut mengasaskan demokrasi, tata kelola pemerintahan untuk kebajikan rakyat.

BM wahana falsafah tinggi

Dalam abad yang sama, Hamzah Fansuri dan Nurudin al-Raniri buat pertama kalinya menggunakan bahasa Melayu sebagai wahana falsafah dan pemikiran tinggi di Alam Melayu-Indonesia. Selepas itu, di abad ke-19, bahasa Melayu telah diangkat oleh Abdullah Munsyi untuk membuka lembaran kritikan sosial dengan menggunakan pendekatan moden.

Kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan tidak dipersoalkan lagi kerana ianya jelas termaktub dalam perlembagaan. Namun bahasa Melayu yang bertaraf bahasa kebangsaan, belum menjamin kekuatan bahasa tersebut sekiranya tidak menjadi wahana kepada ilmu dan pemikiran tinggi.

Untuk memperkayakan bahasa Melayu di abad ke-21, kita perlu memiliki keberanian untuk menggunakan konsepsi bahasa sebagai wahana rasionaliti dan Pencerahan seperti yang dilakukan oleh filasuf Yunani, Islam dan moden.

Strategi pemerkasaan bahasa Melayu tidak lain dan tidak bukan adalah strategi ilmu. Persaingan dan perlumbaan bangsa-bangsa dunia di abad ini adalah persaingan ilmu. Bahkan kuasa-kuasa besar, lama dan baru, yang bersaing untuk mendapatkan hegemoni ketenteraan dan ekonomi, bergantung dengan penguasaan terhadap ilmu. "Knowledge is power" - ilmu itu kuasa.

Bahasa Yunani kuno dan bahasa Latin adalah bahasa-bahasa yang telah mati, tetapi bahasa-bahasa tersebut terus dianjurkan di universiti-universiti di dunia kerana begitu banyak ilmu dan pemikiran tinggi yang terdapat dalam bahasa-bahasa tersebut. Sekiranya kita mahu bahasa Melayu diajar di universiti-universiti dunia maka bahasa Melayu perlu dijadikan wahana ilmu dan pemikiran.

Peningkatan martabat bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu dan sebagai teras pembinaan bangsa Malaysia memerlukan perencanaan semula dalam beberapa aspek dan pada waktu yang sama memerlukan peneguhan dasar-dasar yang berkaitan dengannya.

Bahasa Melayu perlu mengikut jalan yang dilalui oleh bahasa-bahasa besar dunia dalam perkembangannya menjadi bahasa dunia. Bahasa Arab sudah cukup kuat sebagai bahasa kitab suci. Tetapi melalui kegiatan Baitul Hikmah menterjemahkan karya falsafah dan ilmu-ilmu Yunani ke dalam bahasa Arab, bahasa tersebut menjadi wahana kepada pelbagai ilmu.

Penterjemahan pelbagai ilmu ke dalam bahasa Inggeris, Perancis dan Jerman turut menyumbang kepada pembangunan bahasa-bahasa tersebut. Bahkan tidak ada bahasa yang menjadi besar tanpa memindahkan karya besar dunia ke dalam bahasa tersebut.

Menyedari hakikat ini, Kerajaan Selangor mahu terlibat dalam inisiatif untuk memperkayakan bahasa Melayu melalui kegiatan penterjemahan. Saya yakin khazanah ilmu dan persuratan dalam bahasa Melayu akan ditingkatkan melalui kegiatan seperti ini dan nilai bahasa Melayu menjadi lebih tinggi sebagai bahasa pencerahan dan budaya tinggi, melalui penerbitan bahan ilmiah dan rujukan umum.

Justeru, Kerajaan Selangor akan memulakan inisiatif memantapkan Bahasa Melayu dengan menterjemahkan World Order oleh Henry Kissinger, biografi Albert Einstein: His Life and Universe oleh Walter Isaacson dan Jinnah, Pakistan and Islamic Identity: The Search for Saladin oleh Akbar S Ahmed.

Cantik di sanggul bunga tanjung

Sepanjang masa menjadi idaman

Bahasa dijunjung sastera disanjung

Teguhlah bangsa sepanjang zaman

Bersempena dengan Bulan Bahasa Kebangsaan, saya berharap Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 dapat melonjakkan peranan bahasa kebangsaan sebagai bahasa ilmu yang berkesan dan berwibawa.

Demikian juga, Pelan Memartabatkan Bahasa Kebangsaan di Institusi Pengajian Tinggi yang diistiharkan oleh Kementerian Pendidikan pada tahun 2011 perlu direalisasikan dengan program untuk menjadikan bahasa kebangsaan, bahasa yang berwibawa sebagai bahasa ilmu, termasuk dalam pengayaan khazanah ilmu dalam bahasa kebangsaan.

Wednesday, February 03, 2016

Impian 100 hari pemerintahan 'Bashah'

 "Target saya pada 100 hari pertama sebagai Menteri Besar..saya akan
-Turun ke longkang longkang untuk kutip sampah bersama MPSP..
- spray nyamuk di parit serta kawasan semak.
- saya sendiri dengan memakai ' boot' kuning phua chu kang untuk masuk ke tong tong sampah bagi membenteras Nyamuk Aedes.
-saya akan pastikan tiap masjid di kedah miliki kubah baru. RM32.4j
- saya akan bina " pintu gerbang" di setiap daerah seluruh kedah. RM9.8j
- akan bina stesen bas baru di sungai Petani (2 tingkat)..
dan bla..bla..bla....
posting ini tidak ada kena mengena dengan yang hidup atau mati

** tak tahu lah nak nangis ke nak gelak

Chegubard exposes Azmin’s RM32.4 million state mosque dome project

KUALA LUMPUR, Feb 1, 2016:

PKR member Badrul Hisham Shaharin, better known as Chegubard, has revealed that the administration of Selangor Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, is undertaking a RM32.4 million project to replace Masjid Negeri Selangor’s dome.
He wrote in his blog that the amount involved was too much and should not be approved in the 2016 State Budget.
“The project will begin in late March or early April with a value of RM32.4 million.
“I would like to stress that it is a waste and not a pressing need which justifies such high spending especially given the current situation.
“Will the project be justified on grounds that the funds come from donations? Is it requested by the Palace and hence unavoidable? Or will Azmin, a PAS ally, divert the issue Umno-style by saying that it concerns religion in Selangor,” he said.
Chegubard also explained that the project would be a waste of money as there were many more infrastructure matters not solved by Azmin.
These included roads which were said to be in such poor condition that they posed a danger to users, he said.
“Many other needs should take precedence in the state.
“If the state government is attentive to the development of human capital or education as espoused by Islam, the RM32.4 million should be given to educational institutions under the state such as Unisel.
“With that amount of money it is even possible to provide free education,” he said.
Chegubard disclosed the matter on his blog in a posting dated yesterday.
Previously, he was responsible for exposing the Kota Darul Ehsan arch facelift costing RM9.7 million.

Apa erti krisis dan penggantian kerusi MB ?

Catatan Umum
3 Febuari 2016

1. Isu krisis jawatan MB di Kedah yang berakhir pagi ini sebenarnya bukan isu rakyat, ia isu Umno dan isu orang orang kaya. Mukhriz tidak akan miskin pun kalau dia tidak jadi MB dia adalah tauke Opcom Holdings Bhd yang ditubuhkan 1994 yang kaya raya dapat projek gentian optik semasa Mahathir dalam kerajaan lagi.

2. Mukhriz juga Pengerusi TBWA-ISC Malaysia Sdn. Bhd, Airzed Networks Sdn. Bhd. dan Bioven Holdings Sdn. Bhd. Juga merupakan Pengarah Opcom Niaga Sdn. Bhd., Ajiya Berhad, Kosmo Technology Industrial Bhd dan Reliance Pacific Bhd jadi makcik - makcik yang menangis sedih sangat tu elok berhenti sedih pasal orang, maka sedih pasal hidup sendiri dalam negara yang ekonomi dikuasai pemodal besar dan kroni yang diwariskan oleh Mahathir dan diteruskan sehingga zaman Najib ini.

3. Pertembungan ini adalah soal parti Umno kerana 'katanya' Mukhriz gagal menjaga kelompok Umno malah dia digelar Menteri Besar waktu pejabat sebab semua kena ikut waktu dia bekerja, itu sebab dia sendiri tak sedar serang hendap dalam negeri sendiri. Malah dia punya 'bossy' mengakibatkan beberapa kali mesyuarat exco kerajaan negeri dibuat di Kuala Lumpur.  

4. PKR cuba campur tangan dengan nyatakan sokongan pada Mukhriz di saat hujung usia jawatan MBnya. Ini tak ubah seperti Umno sokong Khalid Ibrahim di hujung usia MBnya di Selangor. Sama dan serupa, ini sangat memalukan seharusnya selaku parti progresif dan pro demokrasi tuntutan seharusnya mengembalikan semula kuasa kepada rakyat tetapi PKR telah menunjukkan sikap sama dan serupanya. 

Dan tidak kreatif langsung sepatutnya ketika krisis seperti ini pembangkang harus tunjuk penyatuan dan ajukan nama bakal MB bukan Bn sendiri dan ajukan pada Istana... baru stylo.

5. Maka apa yang berlaku seminggu dua ni dan keputusan berjaya menurunkan Mukhriz dan menaikkan Basha ialah pasukan pembangkang yang pro Mahathir kalah ditangan Najib dan pasukan pembangkang yang pro Najib. Rakyat akan melihat analisis ini kerana masing - masing memilih untuk menunjukkan sikap berpihak pada kekuasaan dengan tidak ada pun suara ADUN yang pro demokrasi dan progresif ke arah memperkasa kuasa rakyat.

6. Kutukan terhadap Bashah kerana kononya tahap pendidikannya cuma SRP percayalah semakin menjauhkan kelompok pengundi tertentu. Bagi saya rakyat melihat Umno lebih praktikal dalam perkara ini. Ini beerti praktik untuk memilih pemimpin perlu sijil bergulung gulung adalah salah. Apa guna sijil bergulung - gulung kalau tak mampu menyusun massa dan penyokong di bawah tetapi ego dan terkongkong dengan teori semata - mata. Krisis di Kedah membuktikan Mukhriz yang kononya 'mengaji' tinggi tersungkur di kaki Bashah yang hanya SRP (jika benarlah tuduhan Bashah hanya lulus SRP) dan jika pembangkang terus bodoh memainkan isu ini maka yakinlah kelompok yang gagal meneruskan pelajaran atas perbagai alasan termasuk terhimpit dengan kehidupan maka akan lebih dekat dengan Umno dan menjadikan Bashah 'ikon' mereka.

Kalau saya Bashah saya sebut dengan mudah, saya tidak beranak dalam dulang emas seperti Mukhriz, saya orang kampung yang mak dan bapa saya susah. Mereka sudah sekolahkan saya semampu mereka. Jangan hina ibu bapa saya yang juga mewakili banyak ibu bapa melayu kampung yang susah. Bila saya sudah dewasa saya terlalu sibuk berkhidmat untuk rakyat , saya lupakan hasrat menyambung pelajaran kerana saya sudah mampu untuk terus kehidupan tapi saya pilih untuk pastikan anak - anak saya dan anak - anak Malaysia yang lain mampu meneruskan pendidikan dan tidak menjadi seperti saya. Jika ini dialog Bashah maka selamat tinggal buat pembangkang yang bermain isu tanpa strategi. Bersatulah pemilik SRP dan SPM menolak keegoaan pemilik kertas sijil bergulung - gulung. 

7. Krisis ini juga menunjukkan istilah kehidupan ibarat roda itu betul. Ingat bapa Mukhriz memangsakan Anwar dengan kejam, malah Mukhriz sendiri menulis panjang lebar mendesak Abdullah berundur kini dia kena diri sendiri. Ingat ketika 1998 / 99 , Mahathir sebut dengan jelas Anwar hanya menang sorak, kini semua melihat anaknya kumpul penyokong hampir penuh stadium bersorak tetapi tetap tersungkur maka Mukhriz mangsa ludah ke langit bapanya.

8. Krisis pertukaran MB ini tidak ada ertinya pada rakyat, kita makin terhimpit susah. Cuma ia umpama satu 'moment' mengalihkan sekejap keperitan kehidupan seharian.

Akhirnya kalau Mahathir dan anaknya 'jantan' ini masa sesuai keluar sahaja Umno .... jika tidak ia bukan urusan rakyat kerana Mahathir itu Umno, Mukhriz itu Umno, Najib itu Umno begitu juga Muhyiddin, Shafie semua Umno... cukuplah ketika jatuhkan Abdullah Mahathir gunakan rakyat untuk perkukuh Umno .... ini masa rakyat lawan Umno sebagai Umno...

che'GuBard
Pengasas Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM)

Azmin gagal menjawab isu tukar kubah RM32.4 juta,

catatan umum
3 Feb 2016

AZMIN GAGAL MENJAWAB ISU KUBAH RM32.4j

Semalam melalui 'SelangorKini' sebuah media milik kerajaan Selangor yang disiarkan melalui portal http://selangorku.com, YAB Menteri Besar Selangor telah cuba menjawab isu projek menukar Kubah Masjid Negeri yang membazirkan wang rakyat sehingga RM32.4j.

Dari jawapan tersebut ternyata Azmin gagal menjawab isu ini kerana amat sukar menjelaskan dalam keadaan sekarang kerajaan membazirkan wang sehingga RM32.4j hanya untuk menukar kubah masjid. 

Aoa yang menarik jawapan MB Selangor dalam isu ganti satu kubah dengan harga RM32.4juta yang perlu diperhatikan ialah ;

1. Kelulusan tak boleh pertikai sebab melalui dewan... ooo kalau mcm tu TPPA, GST dan sebagainya yang juga lulus ikut dewan parlimen tak boleh pertikai lah ?

2. Perenggan kedua lulus tahun lalu, perenggan ke tiga lulus 2 tahun lalu kah kah kah jadi bila lulus sebenarnya... Mohon MB jangan panik sangat, jawab elok-elok...

3. Projek ganti satu kubah dgn bazirkan RM32.4juta wang rakyat demi kepentingan umat Islam (perenggan 6) . Ini fitnah terhadap agama sendiri, Islam sendiri tidak mengagungkan pembaziran dan perbelanjaan yang tidak mendesak.

Saya tegaskan utk satu kubah dgn nilai RM32.4juta ia membazir...

Sila klik baca kenyataan penuh saya.
Belum selesai menjawab 'facelift' (ubah suai ringan) pintu gerbang RM9.8juta kini muncul pula projek 'baharui' kubah masjid RM32.4 juta sila klik http://chegubard.blogspot.my/2016/01/belum-selesai-menjawab-facelift-ubah.html?m=1

che'GuBard
Ahli seumur hidup
Parti Keadilan Rakyat