Anggota seumur hidup
Parti Keadilan Rakyat
When injustice becomes law, resistance becomes duty"...."Many will call me an adventurer - and that I am, only one of a different sort: one of those who risks his skin to prove his platitudes."— Che Guevara (1928-1967) International Revolutionary
Dengan pendedahan oleh Abdul Hamid mengenai sebab utama serangan Tun M terhadap Najib Razak adalah kerana tindakan Perdana Menteri menghentikan transaksi dana bernilai RM 1.194 Trilion untuk masuk ke Malaysia oleh bekas pendana menteri tersebut, adakah Tun M secara tidak rasminya adalah individu terkaya di dunia?
Abdul Hamid, seorang bekas pengikut Tun M mendedahkan bahawa sebab utama mantan perdana menteri tersebut melancarkan serangan terhadap Datuk Sri Najib adalah kerana kegagalan Tun M melakukan transaksi dana bernilai RM 1.193 Trilion masuk ke Malaysia. Abdul Hamid juga menambah bahawa Najib yang memegang jawatan Menteri Kewangan ketika itu bertindak untuk tidak menandatangani transaksi dana tersebut.
Pendedahan ini jika dibuktikan adalah benar, bukan sahaja mengejutkan tetapi juga akan memecahkan tiga rekod dunia!
Pertama, dengan nilai sebanyak RM 1.194 Trilion (USD 279 bilion), meletakkan Tun M sebagai individu terkaya di dunia di mana kekayaan beliau bernilai 3.5 kali ganda dari kekayaan Bill Gates iaitu individu terkaya di dunia menurut senarai Forbes tahun 2015. Bill Gates mempunyai kekayaan sebanyak USD 79.2 bilion.
Kedua, dengan dana bernilai RM 1.194 Trilion yang dimiliki, Tun M menjadi satu-satunya bekas pemimpin di dunia yang jumlah kekayaannya bersamaan dengan 4.47 kali ganda dari nilai bajet nasional negara. Jumlah pembelanjaan dalam bajet 2016 Malaysia ialah RM 267 Bilion.
Ketiga, mantan perdana menteri tersebut juga akan menjadi satu-satunya bekas pemimpin dunia yang berupaya melangsaikan keseluruhan hutang luar negara bagi negara Malaysia. Sehingga kini, hutang luar negara bagi Malaysia berjumlah RM 740.7 Bilion.
Tun M perlu menjelaskan bagaimana beliau mampu meraih kekayaan sehingga 3.5 kali ganda dari kekayaan Bill Gates, 4.47 kali ganda dari jumlah bajet negara dan 1.6 kali ganda dari jumlah hutang luar negara bagi Malaysia. Beliau juga perlu menjelaskan sumber pendapatan beliau dan juga nilai cukai yang perlu dibayar dengan jumlah nilai kekayaan yang sedemikian. DAP Perak telah pun menfailkan laporan polis terhadap Tun Mahathir berkenaan pendedahan yang dilakukan oleh Abdul Hamid. Saya juga menyeru agar pihak MACC melakukan siasatan terhadap dana bernilai RM 1.194 Trilion yang dilakukan oleh Tun M dan seterusnya mengambil tindakan jika ianya terbukti benar.
Kenyataan dibuat oleh Setiausaha Politik bagi Pengerusi DAP Perak dan Ketua Biro Pembangunan Ekonomi DAP Perak, Chong Zhemin pada 8 Disember 2015
Sumber : https://chongzhemin.wordpress.com/2015/12/08/with-the-latest-allegation-by-abdul-hamid-that-mahathir-attacked-najib-because-najib-stopped-mahathir-from-repatriating-rm1-194-trillion-of-funds-back-to-malaysia-is-mahathir-now-unofficially-the/
Semenjak semalam ketika mendapat pesanan dari Peguam Haijan saya telah maklumkan bahawa saya tidak akan membayar satu sen pun kepada mahkamah sebagai wang jamin saya mendapat banyak masej dan panggilan telefon dari mereka yang tak dikenali dan mereka yang dikenali menawarkan wang jamin. Sejak awal saya tegaskan saya tak memerlukan wang yang saya perlukan ialah apa yang negara perlukan ketika ini iaitu kemunculan fizikal secara keras dan tegas menentang kezaliman dan kemunafikan dalam politik negara yang membodohkan rakyat dan menghancurkan tanah air.![]() |
| berkilo fail dia, Shafie dan kawan - kawan dia ...berani ke lawan? |
Catatan umum
23 Nov. 2015
1. Baru terbaca kenyataan AMK P.Pinang yang tidak ada penama berkenaan kejadian beberapa ADUN PKR mengambil sikap berkecuali dalam mengundi usul yang dibawa oleh ADUN Umno. Walaupun tidak ada penama dgn hanya meletakkan AMK Pulau Pinang namun kenyataan ini harus dipuji kerana sekurang - kurangnya ia boleh dikatakan kenyataan pertama menjelaskan pendirian parti dalam perkara tersebut. Selaku anggota PKR saya merakamkan rasa kecewa apabila ini bukan sekali berlaku di mana kelihatan PKR agak lambat respon. Perkara seperti ini seharusnya sebaik sahaja selepas apa belaku PKR peringkat negeri sudah tampil dengan penjelasan kepada rakyat. Tak kanlah perkara seperti ini juga memerlukan campur tangan peringkat pusat ?
2. Agak tersenyum bila membaca pendirian AMK yang menyatakan berkecuali dalam mendepani pengundian usul yang dibawa Umno dalam dewan bukan bererti menyokong Umno. Pertanyaan muncul, jika itu perkiraannya kenapa pula ketika Pas berkecuali dalam mengundi Usul bajet yang dibawa oleh Umno, kamu berkokok mengatakan Pas kianat dan sokong Umno ?
3. Kepada penulis kenyataan AMK P.Pinang yang tidak berani menulis nama sendiri itu saya peringatkan. Betul atau salah itu bukan kerana siapa melakukan atau dipihak mana perlaku berada tetapi apa yg dilakukan. Saya hormati seruan pertahankan hak suara ADUN dalam dan luar dewan tetapi ia akan menjadi tertawa kerana kelihatan sangat tidak terancang dan tersusun.
4. Tidak adakah 'pre-council' sebelum persidangan ? Kenapa tidak ada 'pre-council' untuk mesyuarat sepenting sidang DUN ? Maaf saya sebut sebagai pemerhati luar sistem kekuasaan dan pentadbiran Pulau Pinang tindakan tersebut juga boleh digambarkan sebagai betapa tidak tersusunnya ADUN PKR di P.Pinang.
5. Saya juga mendapat perkhabaran bagaimana adanya pertemuan seorang ADUN (Pemimpin PKR) Selangor dengan beberapa ADUN PKR Pulau Pinang sebelum kejadian tersebut. Saya cuba setakat ini menolak andaian bahawa adakah yang terjadi ini kerana angin kekalutan MB Selangor yang pertahankan kerjasama dengan Pas dan menyerang DAP kerana jika ini benar ia keadaan lebih parah dari apa yang kita jangka. Kalau itu benar maknanya Azmin bukan sahaja membuat celaru dalam parti tp juga peranan Hadi menghancurkan PR kini dimainkan Azmin dalam PH.
che'GuBard
Ahli Seumur Hidup
Parti Keadilan Rakyat.
Kenyataan Umum
22 November 2015
SEBELUM TANYA IZZAH, RAKYAT TUNTUT JANJI ZAHID
Apabila melihat gambar Nurul Izzah Anwar bersama Jacel Kiram (anak kepada individu yang mengaku sebagai Sultan Sulu yang pernah terlibat dalam tragedi pencerobohan Sabah, Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) sudah menjangkakan ia akan mencetuskan isu.
Gambar tersebut benar - benar dipergunakan sepenuhnya oleh beberapa pihak untuk kepentingan tertentu malah ada yang tampil membuat laporan polis. Bukan sahaja itu ada menteri juga membuat kenyataan berkenaannya.
Sebenarnya ia bukan satu isu besar jika ia dijelaskan secara betul. Gambar tersebut dirakamkan dengan permintaan Jacel Kiram untuk bergambar bersama ketika Izzah dan Jacel bertemu dalam program anjuran Council on Philippine Affairs & The Asian Institute For Democracy. Program itu juga anjuran bersama Pejabat Datuk Bandar Manila dan Pejabat Naib Presiden Filippina. Program ini diadakan khas untuk menyokong laporan UN Working Group on Arbitrary Detention yang menggesa pembebasan Anwar Ibrahim.
Jika ia salah maka kesalahan itu sama tarafnya dengan pertemuan dan bergambarnya Perdana Menteri Malaysia dengan Ketua negara haram Israel yang mana mereka hadir bersama dalan satu persidangan.
Bagi SAMM ini sudah menjelaskan mengenai gambar Izzah dan Jacel Kiram tersebut.
Namun jika merujuk mengenai tragedi pencerobohan Lahad Datu 2013 yang harus diingat ialah hutang Zahid Hamidi yang ketika itu merupakan menteri pertahanan.
Ketika tragedi itu, SAMM sendiri menghantar sukarelawan dan deligasi ke kawasan konflik. (Klik sini) Memang banyak kecurigaan dan misteri tidak terungkai.
Namun yang harus diingatkan bahawa laporan media 26 April 2013, Zahid Hamidi dengan jelas menyatakan bahawa kononya dia sudah memiliki butiran mengenai 3 nama pemimpin pembangkang yang menjadi dalang pencerobohan tersebut.
Namun apabila di desak beliau agak panik dan mencari alasan sudah menyerahkan nama tersebut kepada Peguam Negara dan akan mendedahkan selepas kes ini ke mahkamah. Namun setelah satu tempoh masa Zahid masih gagal mendedahkan dia panik kerana masih gagal mendedahkan maka dia sebut dengan jelas akan dedahkan hanya selepas pilihan raya Umum ke 13 kerana tidak mahu dijadikan isu politik.
Kini sudah hampir 3 tahun tetapi Zahid masih gagal dedahkan. Jelas Zahid telah menjadikan isu Lahad Datu sebagai sebagai modal politik PRU lepas tanpa rasa simpati dengan mangsa dan bertanggungjawab terhadap apa terjadi.
Hingga kini Zahid menipu untuk mendedahkan nama 3 pemimpin pembangkang yg konon dia tahu menjadi dalang. Yakinlah dia akan terus mengelak kerana dia menipu dan mengambil kesempatan politik terhadap apa terjadi.
Zahid didesak tampil menjelaskan. SAMM jelas amat kecewa dengan sikap Zahid dan kerajaan Bn keseluruhannya dalam menangani perkara ini.
Bagus juga isu gambar Izzah - Jacel Kiram ini muncul sebab ia menginatkan kita kepada Zahid yang menipu.
che'GuBard
Pengasas SAMM
Kenyataan Umum
20 Nov 2015
RM9.7 juta hanya untuk pintu gerbang satu pembaziran
1. Selama ini kita disajikan perbagai pembaziran oleh kerajaan Bn, malah salah satu punca Bn tumbang di Selangor ialah kerana pendedahan pembaziran dan kebocoran wang rakyat. Namun sangat terkejut membaca berita sebuah portal yang melaporkan pembaziran RM9.7 juta wang rakyat Selangor hanya untuk menaik taraf pintu gerbang. Sila klik sini
2. Selepas Menteri Besar gagal menjelaskan rasional penubuhan syarikat RM2 untuk mengawal aset Selangor. Menteri Besar yang hanya mampu menjawab bahawa kononya DEIG tidak beroperasi lagi malangnya dengan rekod pernah memohon pinjaman awal sebelum itu jelas MB menipu.Itu belum lagi apabila muncul ura - ura kenaikan tarif air yang mengecewakan rakyat. Bayangkan pula jika skandal agihan zakat yang dikumpul dari Selangor yang diagih ke seluruh negara melalui penyokongnya Azmin Ali dalam PKR pula terdedah secara terperinci pasti akan menyesakkan nafas anak Selangor yang sememang terhimpit dengan perbagai kenaikan kos hidup. Itu juga belum menyebut kelulusan membina lebuhraya bertol yang diberi baru ini kepada syarikat swasta dan kegagalan Kerajaan Selangor melalui Ahli Lembaga Pengarah yang dilantik mewakili pegangan saham rakyat Selangor dalam beberapa syarikat konsesi tol dalam menghalang kenaikan tol.
3. RM9.7 juta jumlah yang mungkin sikit jika diperkatakan oleh orang yang bergaji puluhan ribu seperti Menteri dan Exco kerajaan negeri mahupun ahli lembaga pengarah yang dilantik kerana rakyat mengundi bukan Barisan nasional tetapi ia jumlah besar bagi marhaen biasa. Berpuluh ribu keluarga mampu menarik nafas lega walaupun seketika seketika jika dana itu dicairkan kepada mereka. Malangnya di bawah Azmin selaku MB dan Exconya Zaidi dari Pas telah memilih sebuah syarikat dengan nama 'Islah' (nama Arab) hanya untuk mencantikkan pintu gerbang. Ia sungguh memilukan. Tidak mahu bercakap berkenaan proses penganugerahan tender syarikat dengan nama istilah arab tersebu atau bagaimana sumber buget tersebut, tetapi saya hanya memfokuskan kenapa jumlah sebegitu hanya untuk cantikkan pintu gerbang ?
sekali lagi saya ulang jumlah ini kecil bagi mereka yang sedang menikmati tampuk kuasa tetapi jika jumlah ini disalurkan kepada anak muda dalam bentuk latihan keusahawanan dan pinjaman modal awal perniagaan berapa banyak usahawan muda akan terbentuk.... ia hakikat menyakitkan... ini hanya yang terdedah melalui media apa lagi yang belum terdedah ?
4, Ini jelas adalah selama ini yang kita sebut perangai Umno. Mohon PKR sebuah parti yang diyakini mampu menerajui Malaysia, sebuah parti yang begitu dekat di hati rakyat kerana isu porpular dalam memberi harapan kepada rakyat..... Mohon untuk bertindak segera.
akhir sekali saya berdoa agar berita RM9.7 juta tersebut tidak benar dan rekaan semata - mata sebab bukan sahaja penyokong biasa kecewa, malah saya ahli seumur hidup PKR juga kecewa.
Sekian
cheGuBard
Ahli seumur hidup PKR.
Nota : teringat cheGuevara bila ada kuasa tutup padang golf bina sekolah seni kebangsaan atas padang golf dan beri pendidikan percuma
