Tuesday, July 14, 2015

DESAK PDRM MULAKAN SIASATAN KEKAYAAN LUAR BIASA 2 ANAK DR.MAHATHIR


Kenyataan Media
14 Julai 2015

DESAK PDRM MULAKAN SIASATAN KEKAYAAN LUAR BIASA 2 ANAK DR.MAHATHIR

1.Saya selaku rakyat Malaysia dan mewakili Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) dengan ini membuat laporan polis mendesak PDRM (Bahagian Jenayah Kormersial) untuk mebuat satu siasatan menyeluruh mengenai kekayaan luar biasa 2 anak Dr. Mahathir yang di perolehi dalam masa yang singkat.

2.Mirzan Mahathir secara tiba – tiba 2010 memiliki saham dengan jumlah yang besar Petron Filipina sehingga dia menjadi Pengarah syarikat tersebut. Dia juga memiliki secara tiba – tiba memiliki saham syarikat arak San Miguel juga di Filipina. Melalui pegangan syarikat di Filipina beliau telah menelan syarikat Exxon Mobile (Esso) Malaysia.

3.Kemudian syarikat tersebut telah mendapat hak pembekalan bahan bakar untuk kapal terbang di KLIA dan mengawal banyak cabang perniagaan strategic. Apa peranan Mahathir ? Jika benar dia nasionalis kenapa tidak perniagaan bahan api yang strategic ini diberikan terus kepada Petronas syarikat negara tetapi sebaliknya dapat kepada syarikat anaknya.

4.Malaysia tidak harus lupa Mirzan anak kepada Mahathir inilah yang dikatakan punca Anwar Ibrahim dipecat kerana Anwar selaku Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan tidak mahu menggunakan wang negara untuk bail out dia. Selepas memecat Anwar , Mahathir telah memegang sendiri jawatan Menteri Kewangan dan negara telah bail out hutang besar syarikat perkapalannya RM266 juta (malah ada sumber yang menyebut nilai jauh lebih besar). Ahli perniagaan yang gagal dan diselamatkan dari muflis dengan dana negara ini tiba – tiba berjaya mengumpulkan kekayaan luar biasa.

5.Mokhzani Mahathir tersenarai antara orang paling kaya oleh sebuah Majalah antarabangsa FORBES. Kekayaan beliau lebih dari raja – raja Melayu apabila antara kereta mewahnya ialah Bugatti Veyron (warna biru) dengan plat WUS 17. Kereta itu boleh menjangkau RM1.5 juta dan sudah tentu nilainya jauh lebih tinggi dengan cukai dan no.pendaftaran istimewa.

6.Mokhzani pemilik Sapura Kencana sebuah syarikat petroleum mengundang ‘pelik’ sector korporat apabila menjadi kaya raya tiba – tiba dengan pantas. Ramai yang menyatakan dia mendapat peluang dengan laluan istimewa di Petronas di mana bapanya ialah penasihat. Contohnya syarikat Mokhzani terlibat dalam menyedut hasil bumi Kelantan.

7.Syarikat milik penuhnya Kencana HL Sdn Bhd dianugerahkan projek RM135.8juta untuk projek gas di medan Kamelia 150km dari Kota Bharu. Projek ini kemudian terlibat dengan projek RM15.6billion iaitu pembinaan paip gas sejauh 300km untuk melarikan hasil bumi ini dari didaratkan di Kelantan. Sapura Kencana juga mendapat  projek berjumlah RM836 juta dari Petronas Carigali. Projek sebesar ini bagaimana anak Mahathir dapat dalam keadaan Mahathir ialah penasihat Petronas.

8.Mokhzani disebut sebagai antara ‘pemilik’ Maxis. Dia juga kini ‘menguasai’ Litar Antarabangsa Sepang sebuah projek Mega Mahathir yang terpaksa di ‘bail out’ oleh Petronas.

9.Saya dengan ini bersedia untuk memberikan kerjasama dengan menyerahkan semua dokumen dan sumber berkaitan berbiliion kekayaan dua anak Mahathir ini yang saya perolehi dari perbagai sumber.

10.Umum perlu mengetahui apa yang menyebabkan Mahathir makin ‘garang’ kini ialah dia makin panik di hujung usia untuk mengambil alih harta kekayaan di tangan yang kita katakan kroni sebelum ini tetapi saya yakin ia adalah proksi – proksi beliau.

11.Mohon pihak Polis bertindak dan saya sedia memberikan kerjasama. Mohon kepada semua jangan terpedaya dengan kepandaian Mahathir memanipulasi keadaan dan mengambil kesempatan untuk membentuk legasi dinasti yang memegang kekayaan negara.

Sekian.

che’GuBard
Pengasas,
Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM)

Laporan polis telah dibuat di Balai Polis S2 (IPD Seremban) ,
14 Julai (Selasa), jam 3.00 ptg.

No report Seremban/006555/15



Monday, July 13, 2015

TPPA Perjanjian Bentuk Penjajahan Baru, Malaysia Jangan Jual Negara.

Kenyataan SAMM

12 Julai 2015
TPPA Perjanjian Bentuk Penjajahan Baru, Malaysia Jangan Jual Negara.
Perjanjian Perkongsian Trans Pasifik (TPPA) adalah satu perjanjian bentuk penjajahan baru. Penjajahan ini tidak datang dengan tentera, Ini adalah penjajahan bentuk ekonomi yang akhirnya apabila kita sedar tentang penjanjian ini, Malaysia sebenarnya sudah tidak apa lagi. Justeru Itu, SAMM berpendirian kita tidak boleh punya pilihan banyak kecuali menentang perjanjian ini.
Malaysia merupakan satu negara yang sedang membangun. Namun, Malaysia asas ekonominya tidak kukuh. Dalam keadaan itu SAMM merasakan persoalan paling penting ialah sama ada kita bantah pasaran terbuka atau tidak. Hakikatnya Malaysia tidak mampu bersaing dengan 11 lagi negara besar lagi dalam perjanjian ini. Contoh Mudah, Pasukan Bola Sepak Malaysia lemah sepatutnya kita perbaiki kelemahan pasukan bola sepak Malaysia. Bukan memcampakkan Bola Sepak Malaysia yang lemah ini ke dalam Liga Eropah dan bersaing 12 Kelab terkemuka Eropah. Akhirnya sudah pasti Pasukan Bola Sepak Malaysia akan jadi pasukan belasahan saja. Begitulah perumpamaan dalam perjanjian ini, Malaysia tidak mampu bersaing dari segi ekonomi dengan 12 negara lain yang akhirnya menyebabkan Malaysia dibuli saja.
Dalam Sejarah Negara. SAMM ingin menjelaskan bahawa 100 tahun dulu, Tanah Melayu ini dijajah bukan sekadar penjajahan melalui tentera sahaja. British datang jajah Tanah Melayu bawa surat perjanjian iaitu penjanjian Pangkor. Akhirnya hasil penjanjian Pangkor Tanah melayu dijajah british. British jajah negara kita bukan semata-mata dia nak pacak bendera union jack di Tanah Melayu saja. British jajah Tanah Melayu untuk rebut kuasa Ekonomi Dunia ketika itu.
Kesan daripada Penjanjian TPPA ini, akan memberikan layanan sama rata terhadap para pelabur syarikat gergasi antarabangsa dari negara seperti Amerika untuk membida projek kerajaan yang selama ini diberikan kepada syarikat bumiputera. Jika kerajaan memberi layanan istimewa kepada syarikat bumiputera, pelabur asing itu boleh menyaman dan mengheret kerajaan Malaysia ke tribunal antarabangsa. Ini bermakna, hak istimewa Melayu dan bumiputera seperti termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan tidak lagi terpakai dan dasar kerajaan untuk membangunkan ekonomi orang Melayu dan bumiputera akan terbelenggu oleh kuasa syarikat gergasi antarabangsa asing yang mengawal melalui tribunal antarabangsa.
Hakikatnya, Malaysia tidak perlu TPPA, perjanjian ini juga sebenarnya hanya menguntungkan syarikat gergasi Amerika.
Perdangangan bebas yang dijanjikan dalam TPPA ini bukan perjanjian yang adil. Bayangkan hari ini tanpa ada perjanjian TPPA, Malaysia sudah dijajah ekonominya. Contoh, McDonald, KFC, PizzaHut, Sudah berapa banyak cawangannya dibuka dinegara ini. Tambah Syarikat-syarikat besar dari Amerika yang bertapak negara. Jangan cakap kita mampu bersaing dengan ekonomi Amerika. Apa akan jadi sekiranya TPPA sudah ditandatangan. Akhirnya, Negara ini boleh lagi menguruskan ekonomi ikut acuan sendiri. Kita tidak mampu lagi untuk suburkan ekomoni anak tempatan.
Amerika menyatakan ini perjanjian perdagangan bebas. Mereka boleh datang negara ini. Buka 500 lagi cawangan McDonold dinegara ini. Kita tanya diri kita kembali, Adalah makcik yang usahakan Restoran Nasi Lemak Antarabangsa Di Kampung Baru, Kuala Lumpur mampu buka cawangannya di Bandar-Bandar besar di Amerika?
Bagaimana Malaysia boleh beri ruang luas untuk negara jahat seperti Amerika. Tiada pilihan lain, Rakyat Malaysia wajib tolak perjanjian ini.

Sekian

Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM)

Thursday, July 09, 2015

"Caretaker Government" Adalah Bukan Kerajaan Perpaduan untuk siapkan negara satu PRU bebas dan adil

Kenyataan Media
9 Julai 2015
"Caretaker Government" Adalah Bukan Kerajaan Perpaduan
1. Jika semua bersetuju WSJ betul dan benar maka kita juga mengakui BN telah menggunakan dana melampau yang mengatasi jumlah perbelanjaan yang dibenarkan dalam pilihanraya. Maka pilihanraya umum 13 (PRU-13) adalah tidak sah. Justeru kerajaan pemerintah yang ada hari ini adalah kerajaan haram.
2. Krisis hari ini bukan persoalan individu semata-mata tapi keabsahan sebuah kerajaan. Bukan saja Najib tetapi Muhyiddin, Zahid Hamidi, Shafie Apdal, Tengku Razaleigh dan semua pihak BN menang secara haram kerana guna dana awam dengan jumlah berlebihan dari yang dibenarkan. Kerana itulah, satu pilihanraya umum perlu dibuat segera bagi membolehkan mandat dipulangkan kepada rakyat untuk memilih tampuk pemerintahan negara.
3. Di atas sebab ini juga, SAMM semasa pertemuan NGO dah Ahli Parlimen di Parlimen tempoh hari mencadangkan satu "caretaker government" atau kerajaan peralihan yang merangkumi semua wakil daripada parti politik dibentuk untuk tujuan ini.
4. Kerajaan Peralihan (Caretaker Government) ini bukanlah seperti Kerajaan Perpaduan sebaliknya kerajaan untuk memastikan urusan pentadbiran negara terus berjalan sambil memastikan pilihanraya yang bersih dan adil dapat dilakukan dan memastikan tidak ada mana-mana pihak cuba menghapuskan bukti penyelewengan sekiranya berlakunya perubahan rejim pemerintah.
5. Caretaker Government (Kerajaan Peralihan) adalah bersifat sementara sehingga satu kerajaan baru dibentuk. Ini juga adalah bertujuan untuk mengeluarkan negara daripada krisis dan politik yang tenat sekarang ini. Manakala UG atau Kerajaan Perpaduang pula adalah gabungan politik yang melibatkan gabungan parti untuk terus memerintah (menjarah?) negara ini.
6. Justeru itu, SAMM merakamkan tahniah buat Naib Presiden PKR Nurul Izzah kerana telah menyambut baik cadangan SAMM dengan memfailkan saman sivil bagi membatalkan keputusan PRU-13.
Sekian

Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM)


Wednesday, July 08, 2015

Bukan soal Najib jika WSJ benar maka kemenangan Bn haram !

Kenyataan umum
7 Julai 2015



Negara Dalam Krisis Kembali Kepada Kuasa Rakyat.
1. Tengahari ni SAMM telah menghantar wakil memenuhi jemputan pejabat ketua pembangkang bagi membincangkan masalah negara dan mencari penyelesaian di Parlimen Malaysia.
2. Tanpa selindung SAMM tidak sorok rasa kecewa apabila kebanyakan pemimpin khususnya dari parti politik hanya bercakap soal bergantung pada sistem. Bagaimana mahu percaya pada sistem bilamana Ketua Pembangkang sendiri dinafikan hak menggunapakai kemudahan Parlimen sehingga terpaksa bermesyuarat di Padang Kawad.
3. Apa erti mendesak Najib berundur tetapi Muhiyuddin ambil alih ? Bukankah dana yg disebut konon masuk ke akaun Najib itu dimaklumkan oleh media asing untuk dana PRU BN? Maka isu ini bukan sahaja isu Najib tetapi isu keabsahan kerajaan yg dibentuk. Bukan saja Najib tetapi Muhyiddin, Zahid Hamidi, Shafie Apdal dan semua puak BN menang haram kerana guna dana awam dengan jumlah berlebihan daripada yang dibenarkan.
4. Kita tak perlu bergantung pada pendiri-pendiri sistem yang korup contohnya Dr. Mahathir. Jika kita sandarkan laporan Asian Wallstreet Journal sebagai pembongkar korup Najib, bukankah editor kanan AWSJ juga pernah nyatakan Mahathir telah lesapkan tak kurang dari RM 100 bilion ketika pemerintahannya. Maka jika Najib hilang RM 42 billion melalui 1MDB, Mahathir pula hilang RM 100 bilion yg mana jika ditambah / ambilkira nilai inflasi dan nilai matawang maka hampir RM 200 bilion telah Mahathir lesapkan.
6. Untuk merealisasikan semua ini pasti sukar tetapi apa pilihan yang ada. Sistem yang ada pasti tidak membenarkan maka gembelingkan kuasa rakyat dengan segera. Jangan tunggu lama.

Pelancaran Booklet Dalil Kes Anwar Versi E-Book

Kenyataan Umum
7 Julai 2015
Pelancaran Booklet Dalil Kes Anwar Versi E-Book
Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) telah pun menerbitkan sebuah booklet Dalil Kes Anwar selepas 10 hari keputusan kes konspirasi fitnah II Saudara Anwar Ibrahim. Booklet bersaiz poket yang ringkas dan padat diterbitkan sebagai bahan pencerahan minda rakyat Malaysia terhadap kezaliman dan ketidakadilan yang terpaksa ditanggung oleh Saudara Anwar dan keluarganya kerana memperjuangkan keadilan sosial buat semua rakyat Malaysia.
Sehingga kini, SAMM telah berjaya mencetak 100,000 buah booklet ini termasuk 50,000 buah versi istimewa Ramadhan. Booklet versi istimewa Ramadhan ini juga telah habis diedarkan ke seluruh tanahair dengan penumpuan kepada penjawat-penjawat awam. SAMM ingin merakamkan penghargaan kepada semua rakyat Malaysia yang telah bermurah hati menghulurkan sumbangan bagi membantu kami menampung kos percetakan booklet ini.
Walaupun begitu, SAMM menyedari masih ramai lagi kalangan rakyat yang berminat untuk mendapatkan booklet ini. Oleh itu, SAMM dengan ini melancarkan booklet Dalil Kes Anwar - Konspirasi, Kezaliman, Fitnah versi elektronik. Layari laman portal www.anakmudamalaysia.com/e-booklet untuk muat turun E-Book Dalil Kes Anwar. SAMM juga menggalakkan seluruh rakyat untuk terus mencetak booklet ini dan diedarkan di kawasan masing-masing.
Semoga usaha kecil kita bersama-sama ini akan membawa sinar harapan baru kepada negara tercinta ini. SAMM juga ingin menyatakan sokongan dan dokongan kami kepada keluarga Saudara Anwar Ibrahim dan gerakan‪#‎March2Freedom‬. Semoga kalian sabar dan tabah menyusuri dugaan kali ini.

Tuesday, July 07, 2015

Mahathir akui laporan WSJ dia lesapkan RM100b wang rakyat ?!

Kenyataan Media
Embargo sehingga 7 Julai 2015

Tuduhan atau serangan Wall Street Journal ke atas Najib Tun Razak bukanlah sesuatu yang pelik. Wall Street Journal mempunyai sejarah yang panjang dalam menyerang pemimpin banyak negara termasuk Malaysia.

Sejak awal 1980-an lagi sehingga menyebabkan Dr.Mahathir yang ketika itu Perdana Menteri Malaysia menggunakan pentas ucapan  di Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu (PBB) bagi menyerang balas laporan-laporan berat sebelah majalah ekonomi terbabit.

Dr Mahathir ketika mendakwa WSJ menyerang Malaysia kerana kerajaan tidak mahu mengikut kehendak “mereka”.
“i know that efforts will be made by the press, the editors, to pressure the Malaysian Government to do this and that.” (Mahathir Mohamad, Ucapan PBB, New York:1986)


Tidak cukup itu, Dr Mahathir juga pernah mengharamkan majalah terbitan WSJ di Asia, Asia Wall Street Journal, selama tiga bulan kerana laporan tidak benar dan palsu.
Barry Wain, Bekas editor Asia Wall Street Journal, meneruskan sejarah panjang WSJ dengan Malaysia apabila menulis sebuah buku berjudul “Malaysia Maverick: Mahathir Mohamad in Turbulent Times (Critical Studies of the Asia-Pacific)” yang mendakwa Mahathir melesapkan lebih RM 100 bilion semasa pemerintahannya (jika nilainya sekarang sudah tentu menjangkau sekali ganda).
Dr. Mahathir bagaimana pun mencabar Barry Wain mengemukakan fakta mengenai tuduhan beliau itu yang sehingga sekarang tidak pernah dijawab.
Najib perlu tampil dan jawab tuduhan tersebut dengan jelas dan teliti, jika tak benar maka dia harus saman WSJ segera. Timbul juga persoalan... jika Dr.Mahathir dan penyokongnya  menyatakan WSJ benar dan tak menipu maka benarlah dia mahazalim mengongkong media kerana mengharamkan Asia WSJselama 3 bulan kerana mengkritiknya dan maka benarlah dakwaan Dr.mahathir melesapkan RM100 billion semasa pemerintahanya.

Sekian.

che'GuBard
Pengasas
Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM)

Monday, July 06, 2015

Serang Mahathir bukan bela Najib....

1. Ada komrad SAMM ditanya apa ayat nak bela Najib lepas minyak naik ? Jawapannya apahal pula SAMM nak kena siap ayat nak bela Najib pula ? Kami serang Madey sebab kami nak tumbang Bn
2. Ada 2 penyelaras SAMM ditegur oleh org bertaraf pemimpin PKR , ' warning ' agar jgn serang Madey ... responnya mudah... nampaknya akhirnya pertembungan Madey vs Anwar...Madey menang besar sebab puak2 yg dinaikkan dek Anwar dlm PKR sendiri now dh lupakan dosa Madey dan ketika Anwar dlm penjara org mula lupa dan herokan Madey... bukan Umno lupa nak serang Anwar tp PKR sendiri lupa nak bela Anwar dah
3. Lawak dari seorang org PKR yg dikenali... dia hantar msg PM agak kasar pada saya sendiri... cara dia menulis seolah saya kianat perjuangan ...dia arah saya jgn lawan madey sebab rakyat sedang susah GST...harga minyak dsbnya... soal saya pula.. siapa yg Madey nak naikkan sebagai ganti Najib ? Lepas ni apa jaminan madey tak kecoh nak turunkan dia tu lepas gagal jadi boneka Madey plak... leh Madey atau sesiapa jamin pengganti Najib leh turunkan harga minyak dan batalkan GST... maka tak berjawab soalan saya... Ingat Madey nak tukar Najib sebab gagal jadi boneka.. mcm Pak Lah dulu...kalau leh jadi boneka semua ok..rompaklah brp bilion pun.. PKR dan pembangkang ni nak berjuang tukar PM atau tukar kerajaan ?
4. Herokan madey tutup kelemahan parti2 pembangkang... ?!
pendirian SAMM mudah.... Najib biarkan dia berdepan dgn rakyat dan undang2...takkan lemah sgt pembangkang sampai nak berdepan Najib xmampu... buat road show besar2 satukan pembangkang berdepan dgn Najib...
Madey ni perlu disenyapkan... dia punca kecelaruan.. perjanjian IPP kayakan kroni seksa rakyat sampai hari ini..perjanjian gelap konsesi tol jaminan kayakan kroni dan seksa rakyat.. tabungan termasuk minyak negara hancur rizabnya sebab madey... dia lakhanat sebenar... tp kah kah kah kini pembangkang herokan dia juga
P/S : nasib hang lah Anwar... itu hang yg pilih susun kucing parsi...akhirnya musuh hang jadi hero hebat dan hang dilupa balik tembok penjara


SUSULAN JEMPUTAN FORUM KEPADA Dr. MAHATHIR & JANGAN BIARKAN MAHATHIR KOTORKAN PERJUANGAN WADAH BARU NEGARA

Kenyataan Media

6 JULAI 2015

SUSULAN JEMPUTAN FORUM KEPADA Dr. MAHATHIR & JANGAN BIARKAN MAHATHIR KOTORKAN PERJUANGAN WADAH BARU NEGARA

1. Pada 15 Jun 2015 yang lepas,  Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) telah menghantar surat kepada Tun Dr. Mahathir Mohammad (Dr.M) untuk menjemput beliau ke sesi ‘hot seat’ Forum #Nothing2Hide anjuran SAMM dengan beberapa gerakan anak muda sekutu. Memahami kesibukan Dr.M  kami nyatakan dalam surat beliau boleh memilih masa dan tarikh sendiri dan yang lain kami sediakan. 

2. Panik dengan jemputan itu. 16 Jun secara tergesa – gesa beliau memanggil satu Program bersama NGO (tetapi menjemput NGO terpilih sahaja) di Yayasan Kepimpinan Perdana dan dalam ucapanya beliau bukan sahaja menolak untuk hadir jemputan yang diberikan malah turut menghina saya dengan menyebut “siapa che’GuBard?” dan seterusnya menggelar saya dan SAMM selaku kucing kurap.

3. Perlu diperjelaskan beberapa kekeliruan.
a. Pertama, jemputan tersebut ialah jemputan forum ‘Hot Seat’ di mana panel tunggalnya ialah Dr.Mahathir dan SAMM ialah penganjur dan ia bukan cabaran debat antara saya dan Dr.Mahathir.b. Tumpuan juga ialah penganjur akan menghadirkan mangsa – mangsa buli politik Dr.Mahathir selama 22 tahun memerintah Malaysia.c. Forum ini merupakan peluang untuk Dr.Mahathir menjelaskan dan orang ramai khususnya mangsa buli politik Dr. Mahathir bertanya perbagai soalan berkenaan banyak kontroversi selama 22 tahun Dr.Mahathir memerintah sehingga dakwaan terbaru Dr.Mahathir tidak berhenti membuat perbagai tuntutan dan permintaan kepada pengganti beliau dan apabila tidak tertunai hajatnya dia akan menggunakan perbagai isu untuk menyingkirkan Perdana Menteri itu.
4. Kita berharap Dr. Mahathir boleh berani tampil memenuhi undangan ini dan bukan membalas dengan caci maki. Terbayang kami jika Dr.Mahathir masih PM sudah tentu saya dan kawan – kawan akan ditahan dan disabit dengan perbagai tuduhan fitnah seperti memiliki senjata bagi menggulingkan kerajaan.

5. Almarhum Arwah Ust. Fadzil Noor tokoh pemimpin rakyat yang pernah dalam beberapa siri ucapanya ketika kezaliman Dr.Mahathir memuncak menyebut beliau berdoa agar Dr. Mahathir dipanjangkan umur bagi berdepan sendiri kerosakan yang dia lakukan (bermain tahi sendiri). Jelaskini ia berlaku.

6. Di zaman pemerintahanya dia mencengkam media, menggunakan sepenuhnya bukan sahaja media tetapi seluruh instrument kerajaan termasuk perundangan bagi membunuh musuh politiknya. Masih ingatkah kita aktivis gerakan reformasi terpaksa mencari ruang media luar bagi menyampaikan isu yang dibawa dan menjawab fitnah tanpa henti. Kemudian Dr. Mahathir terus melebelkan kita penderhaka, pengkhianat dan perbagai tuduhan lagi.

7. Kali ini walaupun dia masih ada ruang tetapi Dr. Mahathir tetap menggunakan media luar bagi menyerang pemimpin negara, tidakkah kalau mengikut sifir dia selama ini maka ia kianat dan derhaka ? Cuma ketika doa Almarhum Ust. Fadzil kelihatan termakbul malangnya ada pula dikalangan kita boleh sama bermain tahi dengan Dr.Mahathir dan menjadikan dia seolah hero. Amat lucu apabila ada pembangkang yang percaya Mahathir mahu membantu mereka mengambil alih negara. 

8. Mahathir bukan hero, tidak ada isu baru yang dia bawa. Dialah yang menaikkan Pak Lah ketika ramai menentan, hanya  kerana beranggapan Pak lah yang lemah mampu menjadi bonekanya tetapi apabila tuntutan tak tertunai dia mengulang pendedahan dan hujah pembangkang bagi menjatuhkan Pak Lah. Selepas Pak Lah jatuh ada dia usahakan sebarang tindakan undang – undang bagi mengembalikan harta negara yang dia terlibat menuduh Pak lah, Kamal dan Khairy (kerajaan 3 beranak) ini rompak dari negara ? Begitu juga ketika ini, dia hanya berbunyi apabila permintaan dia tak tertunai ?

9. Kepada Dr. Mahathir, kami berdepan dengan Najib semenjak kamu mahu naikkan beliau. Tetapi setelah permintaan kamu tak tertunai kamu sendiri tampil mencuri ‘limelight’ dan begitu ghairah termasuk terkait merekayasa bukti dan seumpamanya. Mahathir ketika pemerintahan kamu, kamu raja fitnah, kamu bunuh musuh politik dengan cara politik jahat tolong jangan kotorkan usaha kami membawa wadah baru dalam negara dengan cara politik kotor kamu.

10. Kepada aktivis pembangkang dan aktivis masyarakat ayuh kita depani najib dan mana – mana pemimpin negara dengan kekuatan rakyat. Mahathir hanya oportunis yang akan merosakkan gerakan demi nafsu rakus beliau. Berapa pusingan lagi rakyat mahu ditipu oleh watak Mahathir yang sama ?

11. Akhir sekali kepada Dr. Mahathir ayuh penuhi undangan Forum “Nothing2Hide”. Rakyat tak sabar menanti penjelasan dalam banyak perkara. Dalam mendepani Najib kamu bangkit persoalan bagaimana anak – anak Tun Razak boleh kaya dan mewah sedangkan Tun Razak miskin tetapi kami juga mahu bertanya dengan kamu bagaimana anak – anak kamu dalam sekelip mata menjadi multimillionaire sedangkan kamu juga berasal dari keluarga yang miskin dan tidak akan dilupa kamu  juga terkait memecat timbalan kamu kerana menghalang kamu menggunakan wang negara bagi bailout anak kamu. 

12. Sebagai maklumat tambahan, SAMM dan sekutu kini giat dalam kempen #sudahlahMahathir dan kini buku poket Wajah Sebenar Mahathir sudah dicetak sebanyak 50,000 dan sudah lebih 40,000 sudah diedarkan dengan penumpuan edaran kakitangan awam. Mahathir dan penyokongnya setakat ini tidak menjawab satupun persoalan yang dibangkitkan sebaliknya cuba mengelak dengan mempersoalkan kesalahan dan kelemahan Najib dan cuba mengelirukan rakyat dengan mengatakan kempen ini bagi menyokong Najib. Kami tegaskan kempen #sudahlahMahathir bukan menyokong Najib, biarkan Najib berdepan dengan rakyat tetapi Mahathir harus menjawab dosa pentadbiranya yang menjerut rakyat sehingga kini.



Sekian.

che’GuBard
Pengasas 
Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM)


Saturday, July 04, 2015

Akaun Bank Israel Keluarga Mahathir ?!

Duit 1MDB hilang aku percaya... bab ni Najib kena ambil tanggungjawab penuh....tp pendedahan baru ni yg libat network Mahathir ni ada sikit keràguan :
1. Mana ada bank account pakai nama Dato Seri. Dah lah nama kat account tu sendiri SALAH coz title Najib is Dato' Sri. BUKAN Datuk Seri
2. Stock bangang sgtlah Najib ni kalau nak sargon siap pakai akaun sendiri.. tp tak pelik gak sebab bekas TKM Penang pun bebal mcm tu gak haritu hahaha...
cuma teringkat masa zaman gerakan aktivis reformasi (1998-2000) memuncak kita pernah disajikan dengan akaun keluarga Mahathir yang masa tu semua org percaya TETAPI BAGI che'GuBard ia HANYA perang psywar...
FIXED DEPOSIT ACCOUNTS OF MAHATHIR'S WIFE AND 5 OF HIS
CHILDREN
AS WELL AS HIS CRONIES
The information regarding the Fixed Deposit Accounts of Mahathir's
wife and 3 of his children are as below.
These accounts were opened at an Israeli Singapore-based bank in the
neighboring country of Singapore .
The bank is ISRAELI NATIONAL BANK.
That vast amount of monies could have been derived through the following:
i. Deposited by an agent of the Israeli Government or any other
foreign government.
ii. Derived from various companies of Mahathir's cronies.
iii. Or could be part of the RM1Bil missing from UMNO's account which
Anwar Ibrahim brought up before he was dismissed from UMNO.
Details of accounts are as follow:
Family of Dr. Mahathir:1. � � � � Nam e : Ms Siti Hasmah Bte Mohamed AliPost : Wife of Prime MinisterPassport No. : D 173596 (M)Bank : Israeli National BankType of Account : Fixed Deposit (Foreign Currency)3 yearsAccount No : AGF-2192-2442- 722-(X)Amount : USD 4,000,000.00Date of opening account : 25/06/95Date of Maturity : 25/06/98(Maturity continued to 25/06/2001)(Extension interest agreed upon)2. � � � � Nam e : Ms Siti Hasmah Bte Mohamed AliPost : Wife of Prime MinisterPassport No. : D 173596 (M)Bank : Israeli National BankType of Account : Fixed Deposit (Foreign Currency)3 yearsAccount No : FA-4196-2493- 313 (A)Amount : USD 8,000,000.00Date of opening account : 09/06/97Date of Maturity : 09/06/003. � � � � Nam e : Ms Siti Hasmah Bte Mohamed AliPost : Wife of Prime MinisterPassport No. : D 173596 (M)Bank : Israeli National BankType of Account : Fixed Deposit (Foreign Currency)3 yearsAccount No : DD-3919-714- 271-(A)Amount : USD 5,500,000.00Date of opening account : 06/12/95Date of Maturity : 06/12/984. � � � � Nam e : Ms Siti Hasmah Bte Mohamed AliPost : Wife of Prime MinisterPassport No. : D 173596 (M)Bank : Israeli National BankType of Account : Fixed Deposit (Foreign Currency)3 yearsAccount No : FB-5614-1499- 515 (C)Amount : USD 9,800,000.00Date of opening account : 12/11/97Date of Maturity : 12/11/20005. � � � � Nam e : Ms Siti Hasmah Bte Mohamed AliPost : Wife of Prime MinisterPassport No. : D 173596 (M)Bank : Israeli National BankType of Account : Fixed Deposit (Foreign Currency)3 yearsAccount No : CE-2418-7172- 492 (E)Amount : USD 5,000,000.00Date of opening account : 07/03/98Date of Maturity : 07/03/016. � � � � Nam e : Ms Siti Hasmah Bte Mohamed AliPost : Wife of Prime MinisterPassport No. : D 173596 (M)Bank : Israeli National BankType of Account : Fixed Deposit (Foreign Currency)3 yearsAccount No : GB-6921-4212- 712 (F)Amount : USD 6,650,000.00Date of opening account : 19/03/95Date of Maturity : 19/03/98(Maturity continuity to 19/03/2001)7. � � � � Nam e : Ms Marina Bte MahathirPost : Daughter ; Malaysia AIDS Council PresidentPassport No. : R 671918 (M)Bank : Israeli National BankType of Account : Fixed Deposit (Foreign Currency)3 yearsAccount No : C-719-418-210 (M)Amount : USD 13,000,000.00Date of opening account : 17/06/96Date of Maturity : 17/06/998. � � � � Nam e : Ms Marina Bte MahathirPost : Daughter ; Malaysia AIDS Council PresidentPassport No. : R 671918 (M)Bank : Israeli National BankType of Account : Fixed Deposit (Foreign Currency)3 yearsAccount No : F-817-200-11 (C)Amount : USD 12,500,000.00Date of opening account : 03/12/96Date of Maturity : 03/12/999. � � � � Nam e : Ms Marina Bte MahathirPost : Daughter ; Malaysia AIDS Council PresidentPassport No. : R 671918 (M)Bank : Israeli National BankType of Account : Fixed Deposit (Foreign Currency)5 yearsAccount No : G-211-922-718- 2 (D)Amount : USD 15,000,000.00Date of opening account : 12/07/97Date of Maturity : 12/07/0210. � � � � Nam e : Mr Mokhzani Bin MahathirPost : Son of Prime MinisterPassport No. : R 719325 (M)Bank : Israeli National BankType of Account : Fixed Deposit (Foreign Currency)1 yearsAccount No : F-3532-3310- 501 (NG)Amount : USD 15,500,000.00Date of opening account : 21/09/98Date of Maturity : 21/09/9911. � � � � Nam e : Mr Mokhzani Bin MahathirPost : Son of Prime MinisterPassport No. : R 719325 (M)Bank : Israeli National BankType of Account : Fixed Deposit (Foreign Currency)3 yearsAccount No : DA-9159-7211- 819 (M)Amount : USD 4,500,000.00Date of opening account : 20/05/96Date of Maturity : 20/05/9912. � � � � Nam e : Mr Mokhzani Bin MahathirPost : Son of Prime MinisterPassport No. : R 719325 (M)Bank : Israeli National BankType of Account : Fixed Deposit (Foreign Currency)3 yearsAccount No : ME-3138-5144- 219 (A)Amount : USD 10,000,000.00Date of opening account : 08/09/97Date of Maturity : 08/09/0013. � � � �13. Nam e : Mr Mokhzani Bin MahathirPost : Son of Prime MinisterPassport No. : R 719325 (M)Bank : Israeli National BankType of Account : Current AccountAccount No : A-7213-4441- 223 (MB)Amount : USD 15,500,000.00Date of opening account : 11/12/97Withdrawal : USD 5,000,000.00 on 10/02/98Cheque No. F2912718Deposit : USD 9,500,000.00Last Balance : USD 19,500,000.0014. � � � � Nam e : Mr Mokhzani Bin MahathirPost : Son of Prime MinisterPassport No. : R 719325 (M)Bank : Israeli National BankType of Account : Fixed Deposit (Foreign Currency)1 yearsAccount No : F-3518-3279- 441 (ND)Amount : USD 10,000,000.00Date of opening account : 08/09/98Date of Maturity : 08/09/9915. � � � � Nam e : Mr Mokhzani Bin MahathirPost : Son of Prime MinisterPassport No. : R 719325 (M)Bank : Israeli National BankType of Account : Fixed Deposit (Foreign Currency)3 yearsAccount No : M-3121-3149- 512 (D)Amount : USD 7,000,000.00Date of opening account : 03/12/95Date of Maturity : 03/12/9816. � � � � Nam e : Mr Mirzan Bin MahathirPost : Son of Prime MinisterPassport No. : R 914315 (M)Bank : Israeli National BankType of Account : Fixed Deposit (Foreign Currency)3 yearsAccount No : LA-5716-3919- 862 (C)Amount : USD 15,000,000.00Date of opening account : 16/08/96Date of Maturity : 16/08/9917. � � � �17. Nam e : Mr Mirzan Bin MahathirPost : Son of Prime MinisterPassport No. : R 914315 (M)Bank : Israeli National BankType of Account : Fixed Deposit2 yearsAccount No : CM-6983-7419- 365 (F)Amount : S $ 10,000,000.00Date of opening account : 29/06/97Date of Maturity : 29/06/9918. � � � �18. Nam e : Mr Mirzan Bin MahathirPost : Son of Prime MinisterPassport No. : R 914315 (M)Bank : Israeli National BankType of Account : Fixed Deposit2 yearsAccount No : JE-8145-6073- 396 (L)Amount : S $ 5,000,000.00Date of opening account : 15/11/97Date of Maturity : 15/11/9919. � � � �19. Nam e : Mr Mirzan Bin MahathirPost : Son of Prime MinisterPassport No. : R 914315 (M)Bank : Israeli National BankType of Account : Fixed Deposit3 yearsAccount No : YE-3909-2616- 398 (M)Amount : S $ 10,000,000.00Date of opening account : 25/11/97Date of Maturity : 25/11/0020. � � � �20. Nam e : Mr Mirzan Bin MahathirPost : Son of Prime MinisterPassport No. : R 914315 (M)Bank : Israeli National BankType of Account : Fixed Deposit (Foreign Currency)1 yearsAccount No : G-7051-3996- 521 (EC)Amount : USD 12,500,000.00Date of opening account : 26/09/98Date of Maturity : 26/09/9921. � � � �21. Nam e : Mr Mukhriz Bin MahathirPost : Son of Prime MinisterPassport No. : R 639296 (M)Bank : Israeli National BankType of Account : Fixed Deposit (Foreign Currency)2 yearsAccount No : M-2074-6219- 332 (E)Amount : USD 8,000,000.00Date of opening account : 05/06/97Date of Maturity : 05/06/9922. � � � �22. Nam e : Mr Mukhriz Bin MahathirPost : Son of Prime MinisterPassport No. : R 639296 (M)Bank : Israeli National BankType of Account : Fixed Deposit (Foreign Currency)3 yearsAccount No : DL-6074-3691- 7785 (E)Amount : USD 3,000,000.00Date of opening account : 26/09/97Date of Maturity : 26/09/0023. � � � �23. Nam e : Mr Mukhriz Bin MahathirPost : Son of Prime MinisterPassport No. : R 639296 (M)Bank : Israeli National BankType of Account : Fixed Deposit3 yearsAccount No : CF-3711-5681- 742 (G)Amount : S $ 7,000,000.00Date of opening account : 06/07/96Date of Maturity : 06/07/9924. � � � �24. Nam e : Ms Melinda Bte MahathirPost : Daughter of Prime MinisterPassport No. : R 697339 (M)Bank : Israeli National Banknt : Fixed Deposit (Foreign Currency)2 yearsAccount No : EX-6965-7718- 396 (D)Amount : USD 15,000,000.00Date of opening account : 19/11/97Date of Maturity : 19/11/99Type of Accou25. � � � �25. Nam e : Ms Melinda Bte MahathirPost : Daughter of Prime MinisterPassport No. : R 697339 (M)Bank : Israeli National BankType of Account : Fixed Deposit2 yearsAccount No : FN-1799-6673- 983 (M)Amount : S $ 10,000,000.00Date of opening account : 21/01/98Date of Maturity : 21/01/00
TOTAL :
USD 199.45 MILLION AND S$42,000,000. 00 IN FIXED DEPOSIT�

Thursday, June 18, 2015

PANIK MENYEBABKAN DR.M MEMAKI HAMUN DI KHALAYAK UMUM.

Kenyataan Media
18 Jun 2015

Pada 15 Jun 2015 yang lepas, Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) telah menghantar surat kepada Tun Dr. Mahathir Mohammad (Dr.M) untuk menjemput beliau ke sesi ‘hot seat’ Forum ‪#‎Nothing2Hide‬ anjuran SAMM dengan beberapa gerakan anak muda sekutu. Memahami kesibukan Dr.M kami nyatakan dalam surat beliau boleh memilih masa dan tarikh sendiri dan yang lain kami sediakan.
Semalam beliau ketika membuat sesi soal jawab bersama NGO (dengan menjemput NGO terpilih sahaja) di Yayasan Kepimpinan Perdana beliau bukan sahaja menolak untuk hadir jemputan yang diberikan malah turut menghina saya dengan menyebut “siapa che’GuBard?” dan seterusnya menggelar saya dan SAMM selaku kucing kurap.
Nampaknya Dr. M tidak banyak berubah. Sudah dijangka beliau akan menolak dan saya tidak terkejut dengan makian yang dibuat olehnya. Itu mujur dia selaku bekas Perdana Menteri, terbayang jika beliau Perdana Menteri sudah pasti puluhan atau ratusan anggota Polis akan mengepung rumah saya dan menahan saya dibawah ISA atas tuduhan cuba menggulingkan kerajaan secara subversive. Saya tidak rasa terhina kerana selaku negarawan sekitar usia 90 an apabila dia bersikap begitu dipentas depan umum maka dia sendiri yang telah menghina dan memalukan dirinya.
Dr. M pasti tidak akan berani tampil kerana pasti dia takut untuk menjawab soal jenayah, skandal kewangan dan bail out juga kehancuran sistem negara yang berlaku semasa dia menjadi Perdana Menteri. Dr.M tiap tiap hari mengatakan dia bersih, tetapi jika difikirkan tentu ramai hairan mana mungkin jika ia bersih bagaimana hampir semua anak – anaknya menjadi multi billionaire dalam masa singkat. Siapa boleh menafikan kaum keluarga Dr.M hidup dalam keadaan mewah luar biasa ada beberapa keadaan sama seperti raja atau Sultan.
Umum, khususnya Datuk Seri Anwar Ibrahim cukup tahu sangat mengenai anak – anak Dr. M yang tidak pandai meniaga tetapi mampu menjadi billionaire dalam masa 3 tahun. Ini mungkin antara rekod dunia, sedangkan rakyat tidak akan lupa antara sebab utama pemecatan Anwar Ibrahim ialah kerana keengganan beliau bersetuju menggunakan dana rakyat untuk bail out hutang anak Dr.M.
Saya tanpa berselindung dengan rasa rendah diri merakamkan rasa bangga kerana berjaya membuktikan Dr. M seorang yang penakut. Dia hanya berani di depan penyokong dia sendiri yang telah disusun dan mengikut skrip sorakan kerana disuap kenyang.
Sepanjang Dr.M menjadi PM, pernah Tunku Abdul Rahman mencabar dia tetapi beliau tidak melayan, begitu juga beberapa tokoh lain termasuk KuLi dan Anwar mencabar Dr.M berdebat tetapi beliau juga menikus. Kita tidak harus lupa bagaimana 1998 kononya dia singa di depan pengampunya, kononya ada bukti itu dan ini, tetapi menikus bila dipanggil ke mahkamah malah meletakkan syarat untuk tahu apa soalan yang akan ditanya padanya. Akhirnya dia tak hadir ke mahkamah kerana soalan yang hendak ditanyakan dia tidak ada jawapan dan Anwar bebas dari tuduhan palsu arahannya. Malah siapa yang berani melawannya dan jika dia rasa terjejas maka ISA dan perbagai tindakan pasti menimpa.
Hal Dr. M nak duduk berdebat dengan Datuk Seri Najib Razak itu dia usahakanlah. Tanpa membela apa pun yang mana saya berpendirian Najib harus terus tampil menjawab semua persoalan yang dibangkitkan tetapi mengherokan watak yang pernah digelar Mahafiraun adalah tidak betul. Tidak ada yang baru yang dibawa oleh Dr.M selain mengulang dakwaan pembangkang. Soalan saya ialah adakah ketika dia bersungguh melobi Najib menjadi PM dan menjatuhkan Pak Lah , isu – isu seperti Altantuya dan kononya pemborosan Rosmah tidak wujud ? Najib dipilih Dr.M kerana dia merasakan Najib boleh menjadi bonekanya. Namun bila ada permintaan tidak tertunai, Dr.M mula keluar sebagai hero mengulang semula tuduhan dan pembongkaran pembangkang seolah dia hero yang suci. Bayangkan jika Najib sanggup menjadi bonekanya dan semua tuntutannya tertunai maka sudah tentu dia masih selesa, malah dia juga terus menindas demokrasi dan kebebasan bersuara dalam negara
‪#‎sudahlahMahathir‬ bagi kamu Melayu mudah lupa, tetapi itu kamu. Bagi kami ganerasi muda kami ingat. Kami pernah bersama kamu menjatuhkan Tun Abdullah Badawi. Ketika itu kamu ulang 1001 tuduhan pembangkang seperti skandal oil for food, Scomi, adik beradik Abdullah nikmati kontrak MAS sehingga MAS bermasalah, Khairy agen asing, penjualan saham kepentingan negara ke Singapura dan banyak lagi. Selepas Pak Lah jatuh semua kamu senyapkan, ada kamu usaha bawa ke muka pengadilan dan kembalikan hak dan wang rakyat ? Jawapanya tidak kerana yang kamu mahu ialah hati kamu puas dan siapa pun menjadi PM harus menjadi boneka kamu.
Sekali lagi mewakili keluarga besar SAMM dan gerakan anak muda sekutu kami berbangga Dr.M takut dengan kami (Cuma syukur dia bukan PM kalau tidak tentu dah di ISA kan). Namun jika Dr. M berubah fikiran, kami sentiasa sedia menyediakan pentas buat Dr.M. Pada umur 90 tahun minta Dr. M matang, jemputan tersebut juga peluang untuk Dr.M menjelaskan dan membersihkan nama cuma kami juga akan menyusun watak – watak mangsa buli sepanjang Dr.M menjadi PM untuk turut bertanya secara terus.

Akhirnya saya hanya senyum digelar kucing kurap oleh negarawan korup !
Sekian.
che’GuBard
Pengasas
Solidariti Anak Muda Malaysia

Wednesday, June 17, 2015

(video) Jemputan Dr.M Ke Program #Nothing2Hide

Tarikh : 16 Jun 2015

Y. Bhg. Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad
Yayasan Kepimpinan Perdana
Putrajaya

Yang Berbahagia Tun,

Jemputan Ke Program #Nothing2Hide

Perkara di atas adalah dirujuk.

2.         Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) dengan segala hormatnya menjemput Yang Berbahagia Tun sebagai anggota Panel untuk sesi “Hot Seat” #Nothing2Hide bagi memberikan peluang kepada Tun menjawap sendiri segala dakwaan yang telah berlaku sepanjang 22 tahun pemerintahan Tun khasnya seperti :-

2.1.      Semua dakwaan dan tuduhan penyelewengan yang berlaku sepanjang 22 tahun pemerintahan,
2.2.      Tuduhan terkini terhadap Tun yang sedang menyerang Perdana Menteri ketika ini seperti serangan tersebut mempunyai kaitan dengan kegagalan Tun Daim Zainuddin yang mahu campur tangan Kerajaan memudahcara penjualan bank miliknya dengan harga yang ditetapkan.
2.3.      Permohonan Tun kepada Perdana Menteri untuk menyuntik dana daripada wang rakyat untuk membantu Proton telah ditolak Kerajaan.

3.         Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) juga terbuka untuk memberikan peluang  kepada pihak Tun untuk menetapkan tarikh dan masa yang bersesuaian. Pengurusan acara lainnya akan dibuat pihak SAMM sebaik sahaja menerima tarikh dan masa daripada pihak Tun.

4.         Sehubungan itu, adalah menjadi harapan kami dan juga rakyat Malaysia keseluruhannya agar Tun dapat memberikan persetujuan untuk hadir ke program tersebut di atas. Kami menanti jawapan baik daripada pihak Tun.

5.         Segala kerjasama dan jasabaik pihak Tun adalah amat dihargai.


Sekian, terima kasih


Yang benar,


...................................................,
Che’GuBard
Pengasas

Solidariti Anak Muda Malaysia


Monday, June 15, 2015

Dapatkan buku poket Wajah Sebenar Mahathir terus ke rumah anda

Dapatkan buku poket "wajah sebenar Mahathir" dengan pesanan pos
pembelian secara sumbangan. Minima 10 naskah dgn sumbangan minima RM10 termasuk kos pos laju.
1. Masuk kan minima RM10 (kalau nak sumbang lebih dialukan) ke akaun maybank 555041113224 atas nama solidariti anak muda.
2. Kemudian hantar detail bank in ke +60126937908 (Niezam Adzmi) dan juga hantar nama dan alamat utk urusan pos.
3. Dlm masa 5 hari bekerja anda akan dapat pos laju 10 buku tersebut.


jemput layari dan like fb page https://www.facebook.com/SudahlahMahathir 

Sunday, June 14, 2015

Jelajah Kempen #sudahlahMahathir sudah tiba di P.Pinang dan Johor

Seperti dijanjikan Kempen #sudahlahMahathir telah diperkenalkan melalui satu sidang media di Pusat Gerakan Rakyat (PAGER) SAMM di Seremban pada 12 Jun 2015.

Sebaik sahaja dilancarkan Kempen ini terus bergerak ke P.Pinang 13 Jun 2012 dengan satu sesi taklimat bersama Komrad SAMM P.Pinang dan sekutu dan menurunkan 4,000 buku poket "Wajah Sebenar Mahathir" dan edaran akan bermula 15 Jun 2015 dengan menggunakan strategi terus ke tangan pegawai - pegawai kerajaan dengan menziarahi mereka di Pejabat - pejabat mereka.

Pada 14 Jun 2012, team Jelajah Kempen #sudahlahMahathir tiba di Johor. Kebetulan Mahathir baru sahaja melatah , mungkin panik kerana antara strategi Kempen #sudahlahMahathir yang secara terbuka mencabar beliau untuk hadir forum bersama mangsa bulinya antaranya Tun Salleh Abbas dia telah mengatakan bukan dia bersalah memecat Ketua Hakim itu tetapi menyalahkan Almarhum Sultan Johor yang ketika itu menjadi yang dipertuan agong.

Satu sidang media khas dibuat di Johor dan kemudian 10,000 buku poket Wajah Sebenar Mahathir" diturunkan kepada Komrad - Komrad SAMM Johor untuk edaran terus.

Dibawah ini merupakan kenyataan media yang dibuat.

IMG_0135Mahathir Mohammad dalam satu ucapan semasa program Cooler Lumpur bertarikh 13 Jun 2015 telah menyatakan bahawa beliau tidak terlibat langsung dalam kes pemecatan bekas Ketua Hakim Negara, Tun Salleh Abas. Mahathir sebaliknya meletakkan semua beban kesalahan kepada DYMM Yang Dipertuan Agong ketika itu iaitu Almarhum Sultan Iskandar.
Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Johor dan sekutu menyifatkan kenyataan tersebut sebagai satu kenyataan yang amat biadap dan menghina negeri Johor keseluruhannya.
IMG_0114Adakah Mahathir sudah terlupa bahawa krisis Kehakiman 1988 ini berpunca daripada insiden “Kira Undi Tutup Lampu” semasa pertembungan antara beliau dan Tengku Razaleigh Hamzah merebut kerusi Presiden UMNO? Mahkamah telah membuat keputusan untuk mengharamkan UMNO dan seterusnya mewujudkan UMNO Baru dan Semangat 46.
Kes UMNO 11 ini adalah salah satu daripada contoh ketegasan Tun Salleh Abas dan institusi Kehakiman ketika itu dalam mempertahankan undang-undang dan kebebasan badan Kehakiman yang sangat menyakitkan hati Mahathir dan Kerajaan pimpinannya ketika itu. Mahathir masih ingat lagi kes dua wartawan iaitu John Berthelsen dan Raphael Pura yang menulis artikel mengenai siri transaksi kewangan yang meragukan yang dilakukan oleh pegawai Kerajaan ketika itu? Akhbar the Asian Wall Street Journal telah diharamkan dan Mahathir sebagai Menteri Dalam Negeri ketika itu telah membatalkan permit kerja kedua-dua wartawan ini. Tetapi Mahkamah Agong telah membatalkan keputusan tersebut.
IMG_0118Mahkamah Agong juga pernah menggunakan kuasa Semakan Kehakiman (Judicial Review) untuk membatalkan pindaan Kanun Acara Jenayah yang memberikan kuasa kepada Peguam Negara untuk memulakan sebarang prosiding jenayah di Mahkamah Tinggi tanpa perlu merujuk dahulu ke Mahkamah Majistret.
Mahkamah Tinggi pernah semasa Operasi Lalang 1987 membenarkan permohonan Mendiang Karpal Singh untuk dibebaskan daripada tahanan hanya kerana isu teknikal berhubung cara beliau ditangkap. Ini semua yang menyebabkan Mahathir begitu marah dan mempunyai dendam kesumat terhadap Tun Salleh Abas yang mana menyaksikan Mahathir mula menyerang keperibadian Tun Salleh hingga menyaksikan pemecatannya.
Perlu diingati bahawa pada 1 Ogos 1983, Mahathir telah pun membawakan usul ke dalam Parlimen iaitu Rang Undang-Undang (Pindaan) Perlembagaan Persekutuan untuk meminda Perkara 66 mengenai kuasa DYMM Yang Dipertuan Agong. Mahathir adalah manusia yang telah menjadikan Institusi Raja-Raja Melayu ini sebagai “Rubber Stamp”.
Tunku Abdul Rahman dalam buku beliau Mayday For Justice telah menyatakan Tun Salleh Abas sebagai seorang Ketua Hakim yang kredibel tetapi telah dihina secara terbuka dan dipecat dengan pertuduhan yang direkacipta.
Untitled-2Tunku Abdul Majid Idris Iskandar dalam satu postingnya di facebook peribadinya dengan tegas menyatakan Mahathir telah menggunakan Almarhum Sultan Iskandar untuk memecat Tun Salleh Abas.
“Mahathir used my father to remove Tun Salleh, period. Tun Salleh is a good man and my father acknowledged that. He has already made his peace with Tun Salleh. Mahathir, please don’t blame people who can’t defend themselves anymore.”
Abdul Majid Iskandar
Tunku Majid juga menolak dakwaan Mahathir, adalah amat mustahil Tun Salleh Abas mengatakan rumah Tuanku bising sedangkan rumah Tun Salleh dan Almarhum Tuanku terlampau jauh. Antara Jalan Damai dan Jalan Kia Peng jaraknya jika memandu pun mengambil masa 5 minit. Jadi macam mana kerja-kerja ubahsuai Istana boleh didengari oleh Tun?
FullSizeRenderBersandarkan kepada semua fakta di atas, SAMM dengan tegas menyelar dan mengutuk tindakan Mahathir yang menyalahkan Almarhum Sultan Iskandar. Kamu berseteru dengan Najib itu adalah pertembungan politik. Tetapi mengapa kamu mengheret Almarhum Sultan Iskandar dalam perseteruan kamu. Tak cukupkah lagi penghinaan yang telah kamu buat terhadap Istana Johor sepanjang 22 tahun kamu memerintah?
Almarhum Sultan Iskandar telah lama mangkat dan kini kamu mengeluarkan cemuhan dan dakwaan terhadap Almarhum yang sudah pasti tidak lagi dapat mempertahankan dirinya? Mahathir perlu menarik balik semua tuduhan dan dakwaan tersebut. Segala dakwaan tersebut adalah biadap dan satu penghinaan besar bukan sahaja kepada Istana Johor malah kepada semua rakyat Johor dan Negeri berdaulat ini.
Johor Mesti Jadi Johor
Ahmad Anwar Asyraf
Pengarah Pemikir Kaum Muda
Solidariti Anak Muda Malaysia

 klik sini untuk menyumbang kepada SAMM  klik sini untuk menyumbang kepada SAMM