Thursday, March 21, 2013

Risalah penerangan Lahad Datu dalam #smokeoperationcontoh risalah


contoh risalah lahad datu
Kenyataan Terbuka
21 Mac 2013

SAMM Edar Risalah Lahad Datu

Selepas berjaya menganjurkan sebuah forum mega "Mahkamah Rakyat: Siapa Pengkhianat Lahad Datu" beberapa hari lalu yang dianjurkan bersama Angkatan Perubahan Sabah (APS), Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) terus bergerak menjana kesedaran rakyat Malaysia khususnya di Semenanjung mengenai apa yang berlaku di Lahad Datu. klik sini untuk membaca lanjut mengenai Mahkamah Rakyat. Forum Mega Mahkamah Rakyat tersebut telah sedikit sebanyak mengubah mood terhadap isu Lahad Datu. Sebelum itu trajegi ini telah dijadikan bahan politik regim Bn sehingga membuat PR dalam keadaan bertahan, namun selepas Forum tersebut mood bertahan telah bertukar kepada gear menyerang.
Untuk permulaan sebanyak 35 ribu set risalah berkenaan Lahad datu akan diedarkan dalam masa terdekat di dalam aksi 'Smoke Operation III".

Rakyat harus didedahkan dengan maklumat yang selama ini cuba diselindung bagi menutup pekung ketelanjuran pemerintah. Punca tercetusnya pencerobohan dan punca tuntutan orang Sulu di Lahad Datu tidak pernah dibicarakan di peringkat nasional oleh media arus perdana, maka SAMM mengambil tanggungjawab melaksanakan misi kesedaran. 

Dengan rangkaian besar SAMM di setiap negeri di Malaysia, juga dengan modus operandi dua aksi "Smoke Operation" terdahulu, SAMM yakin tidak punya kekangan yang besar untuk memastikan risalah penting ini sampai tepat kepada isirumah di seluruh pelusuk tanahair. 

"Smoke Operation" edisi ketiga diberi nama #OpsLahadDatu akan bermula pada 23 Mac di selatan tanahair dan berakhir 26 Mac 2013 di pantai timur. Risalah akan diagih kepada SAMM di setiap zon dan negeri manakala setiap persinggahan #OpsLahadDatu akan disusuli dengan aktiviti edaran kepada massa yang disusun oleh SAMM negeri.
Antara yang dimunculkan dalam risalah lahad datu tersebut ialah 
  •  Janeral Penceroboh warga Malaysia, ramainya pendatang yang mendapat kerakyatan mudah dan kini sudah menular ke semenanjung
  • Kenyataan Menteri Dalam Negeri yang lemah dan berdolak dalik iaitu mula - mula penceroboh bukan pengganas dan kemudian baru jadi pengganas. Persoalan penting apa isi rundingan dan benarkah ada perjanjian antara Najib dan penceroboh ?
  • juga membetulkan semua persepsi salah yang diberi media massa dengan menimbulkan semua persoalan penting mengenai trajedi Lahad Datu
Namun jumlah risalah yang terhad iaitu sebanyak 35ribu set adalah sangat jauh dari mencukupi. Sekurang-kurangnya 100 ribu set lagi diperlukan untuk diedar secara rawak di kawasan tumpuan. SAMM sedang mencari dana untuk cetak lebih banyak set risalah penting ini.

Justeru itu, SAMM mohon kepada semua untuk sama membantu mengeluarkan dana sumbangan supaya lebih banyak risalah #OpsLahadDatu dicetak. SAMM yakin tanggungjawab sosio-politikal ini juga boleh dikongsi bersama. Sumbangan boleh disalurkan ke akaun Solidariti Anak Muda (5550-4111-3224) Maybank.
Kami juga merancang membuat risalah siri dua mengenai Mahkamah Rakyat berkenaan pengakuan dan bukti yang saudara Hasnar dan Pn. Siti Amaninah kemukakan berkenaan Projek IC Dr. M dan bagaimana rusuhan 1986 di Sabah sengaja dirancang dan dilindungi agensi kerajaan kerana Bn kalah dalam pilihanraya sebelum itu. Namun semua bergantung kepada kemampuan kewangan.

untuk mengetahui lebih lanjut mengenai #smokeoperation sila klik sini.

Sekian

che'GuBard
Solidariti Anak Muda Malaysia

Wednesday, March 20, 2013

MAHKAMAH RAKYAT PUTUSKAN MAHATHIR PENGKHIANAT SEBENAR



 Kenyataan Media

19 Mac 2013

MAHKAMAH RAKYAT PUTUSKAN MAHATHIR PENGKHIANAT SEBENAR

SolidaritiAnakMuda Malaysia merakamkan terimakasih dan tahniah kepada semua yang terlibat menjayakan program ‘Mahkamah Rakyat :Isu sebenar Lahad Datu, siapa pengkhianat sebenar?’ Program anjuran SAMM bersamaAngkatanPerubahan Sabah (APS) malamtaditelahdihadiriolehlebih 5,000 orang.

Program dikendalikan secara 3 segmentasi - Segmentasi suara anak muda telah menampilkan Boby (Penyelaras SAMM Sabah), Freed (wakili suara anak muda Sabah) dan Sani Hamzah (Pengarah Pilihanraya DPPP selaku mewakili suara anak muda Semenanjung).

Kemudian segmentasi kedua menampilkan Sdr. Hasnar danPn. SitiAminah yang kedua – duanya bekas tahanan ISA dan terlibat sendiri dalam projek kad pengenalan dibawah Dr.Mahathir yang mengagadaikan kedaulatan dengan memberikan warganegara secara mudah hanya untuk meraihkan kemenangan parti komponen Bn.

Malah Hasnar secara jelas menyebut beliau bukan sahaja terlibat dalam projek Kad Pengenalan ketika menjadi Pegawai Daerah Sandakan tetapi apabilaparti Berjaya (komponen Bn) tewas kepada PBS, beliau telah terlibat sebagai antara yang menimbulkan huru hara di Sabah. Rusuhan yang dikenali sebagai ‘silent riot’ itu sememangnya dicipta Bn dengan perlindungan anggota keselamatan, agensi kerajaan malah beliau diminta membuat kecoh sehingga menyebabkan kematian.

Pendedahan dua saksi ini benar – benar menyentak hadirin semalam. Beberapa nama pimpinan besar selain Dr. Mahathir telah disebut dengan jelas sebagai pemimpin yang terlibat dalam yang digelar projek IC Dr.M.

Segmentasi ketiga dimulakan dengan pidato Janeral (B) Dato Ghafir yang menimbulkan persoalan penting mengenai kelemahan pemimpin politik dan mengganggu operasi di Lahad Datu.

Duawakil APS Sabah iaituDatuk Seri Panglima Wilfred Bumburing dan Datuk Kalakau Untul menegaskan betapa rakyat Sabah sengsara kerana projek IC dan sebahagian besar punca malasah di Sabah adalah angkara Dr. Mahathir. Penduduk asal Sabah mahu terus kekal bersama Malaysia dan itu bukan pertikaianya. Majoriti warga Sabah sudah tidak sabar menanti PRU untuk melakukan perubahan bersama PR dan mereka menyebut dengan jelas Sabah akan bersama menabalkan Anwar sebagai bakal PM Malaysia.

Tn Hj. MohamadSabu tidak dapat hadir saat akhir kerana mewakili Presiden untuk program ke Johor, DatukYahya Lampung hadir tetapi tidak berucap kerana tidak sihat, YB Tian Chua hadir tetapi terpaksa beredar awal kerana program di tempat lain bersama YAB MB Selangor. Keluarga Tun Datu Mustafa juga hadir dan Cik Roni cucunda beliau telah sudi sama naik ke atas pentas meraikan majlis. kemunculan Sasterawan rakyat Pak samad yang memberikan ucapan ringkas dan membacakan sajak cukup mengujakan hadirin.

Antara rumusan Mahkamah Rakyat semalam :
  • Tiada siapa yang tidak menghargai pengorbanan prajurit negara, sebaliknya muncul membela kematian wira negara.
  •  Pemberian IC menggadai kedaulatan negara memang berlaku malah turut dibuktikan Bn terlibat mewujudkan huru – hara sehingga sanggup mengakibatkan kematian ketika hilang polulariti
  • Projek IC menyebabkan banyak masalah , ramai punya dua kerakyatan (contoh Filipina dan Malaysia), kerakyatan diberikan hanya untuk mengundi Bn bukan kerana kesetiaan pada negara, Janeral kumpulan militan yang menyerang bukan sahaja punya IC tetapi pernah menjadi pegawai kerajaan Bn Sabah dan ramai antara mereka juga punya IC
  • Pemimpin Bn lemah dalam pertahan kedaulatan hingga menyebabkan operasi meleret dan mengorbankan prajurit negara. Hishamuddin pada mulanya umum yang penceroboh bukan militant/pengganas dan perlu berunding ? Kenapaberunding ? Apa isi perundingan ?Apa yang diselindungkan ? Hishamuddin harus bercakap benar dan meminta maaf pada rakyat Malaysia.
  • Mahkamah Rakyat memutuskan Malaysia dalam bahaya keranapunya pemimpin lemah dan hanya tahu mempolitikan semua perkara. Semua sebulat suara memutuskan Dr. Mahathir pengkhianat negara dan harus dihadapkan kemuka pengadilan, satu sidang parlimen khas harus dipanggil serta kertas putih Lahad Datu harus dikeluarkan segera sebelum PRU.
Sekian

Monday, March 18, 2013

Mahkamah Rakyat : Kisah dari Lahad Datu, Siapa Pengkhianat Sebenar ?

Kenyataan Umum

17 Mac 2012

Mahkamah Rakyat : Kisah dari Lahad Datu, Siapa Pengkhianat Sebenar ?

Sejak dari awal isu Lahad Datu muncul regim mengambil posisi menyerang dan tidak tahu mengapa PR tersudut dihimpit untuk berada di posisi bertahan.

Pengorbanan prajurit negara, semangat patriotisma ditunggang semahunya oleh regim untuk kelebihan politik domestik mereka. Walaupun banyak kelemahan regim malah tidak keterlaluan jika ahli politik regim tidak keterlaluan campur tangan pasti banyak kehilangan nyawa dan kerugian dapat dielakkan.

Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) dengan ini mengambil sikap mengalihkan rakyat dari gear bertahan kepada gear menyerang. Isu Lahad Datu harus diperjelaskan dengan berani. Untuk itu ruang perdebatan harus dibuka, malangnya isu sepenting ini yang harus dibawa ke parlimen untuk dibahaskan bagi bukan sekadar mencari punca tetapi memperbaiki kesilapan yang mengundang trajedi. Rakyat perlu dipersajikan dengan ulasan serta maklumat yang lebih membuka minda dan ke arah memperkasakan negara, namun malangnya regim (parti penguasa) cekap menyusun dan memanipulasi ruang sehingga menghimpit lawan politik.

Sehubungan dengan itu Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) dengan ini akan mengadakan program yang dikenali sebagai :

Mahkamah Rakyat : membicarakan kisah dari Lahad Datu, siapa pengkhianat sebenar ?
18 Mac 2013, 8.45 malam
Dewan Himpunan Cina Selangor (KLSCAH) - berdekatan stesen monorel Jln Maharajalela / Stadium Merdeka.

Program ini anjuran bersama Angkatan Perubahan Sabah dan SAMM akan menampilkan :
  • Tn Hj Mohamad Sabu
  • YB DS Wilfred Bumburing
  • YB Tian Chua
  • YB DS Lajim Ukin 
  • Datuk Yahya Lampong
  • Datuk Kalakau Untol
  • Leftenan Jeneral (B) Datuk Ghafir
  • Bekas Pengarah JPN Sabah
  • Siti Aminah (saksi hidup)
  • Mat Swadi (saksi hidup)
  • che'GuBard
  • Boby (SAMM Sabah)
Mohon sebarkan dan bantu mobilisasi maksima.

Juga malam itu juga akan dilancarkan risalah khas penerangan kes Lahad Datu dan kenderaan pacuan 4 roda SAMM khusus untuk smoke operation.

Seketeriat SAMM

Dokumen laporan forensik kewangan dedah salahlaku kewangan hampir 20 nama pimpinan Bn termasuk anggota kabinet Malaysia


contoh dari dokumen forensik kewangan yang mendedahkan salah laku kewangan hampir 20 nama pimpinan Bn termasuk anggota kabinet Malaysia.


Saturday, March 16, 2013

Muhyiddin Yassin tahu atau tidak, yang berlatih cetus huru hara ialah Pemuda Umno

Kenyataan Umum

16 Mac 2013

RANCANG WUJUD HURU HARA, PEMUDA BN YANG BERLATIH BERTEMPUR DENGAN POLIS.

Merujuk kepada kenyataan Timbalan Presiden Bn Muhyiddin Yassin pada 13 Mac lepas ketika berucap di Bukit Sentosa, Kuala Kubu Bharu menyatakan bahawa dia punya bukti bahawa Pakatan Rakyat merancang huru - hara menjelang Pilihanraya Umum.

Kenyataan ini merupakan kenyataan tidak bertanggungjawab dan menipu, atau Muhyiddin tertipu dengan orang kelilingnya. Bila di desak menampilkan bukti jelas Timbalan Presiden Umno itu gagal.

Sebenarnya Bnlah yang sedang merancang huru - hara kerana cukup tertekan dengan kebangkitan dan kesedaran rakyat. Malah huru - hara yang dicipta cukup terancang dan mendapat dokongan pahak pihak termasuk agensi regim.

Rakaman video mesyuarat di Felda di Hulu Selangor contohnya jelas menunjukkan bagaimana hampir semua agensi termausk PDRM dipaksa terlibat untuk menghuru harakan keadaan demi menghalang maklumat dan kempen PR sampai kepada sasaran.

Mungkin Muhyiddin dia tidak tahu atau seperti biasa sikap hipokrit kelingking berkait, untuk pengetahuan semua dalam latihan pemuda Bn jelas terkandung latihan bagaimana mewujudkan huru - hara, latihan demonstrasi cara berdepan dengan Polis dan sebagainya. Latihan yang dikendalikan pemuda Umno ini melibatkan ramai pimpinan pemuda Bn dan melibatkan NGO juga. Selepas siri latihan dimasukkan modul mencetuskan huru hara, belajar bagaimana bertempur dengan polis inilah terjadi siri kekecohan khususnya yang mengganggu program PR.

Apa tujuan berlatih hadapi polis termasuk simulasi demonstrasi yang siap dengan tembakan meriam air ? Adakah Bn benar - benar sedang bersiap menjadi pembangkang atau satu perencanaan untuk huru - hara terancang disusun bagi menyelamatkan 'Putrajaya'. Maka benarlah kata Presiden Umno , Najib Razak "biar hancur tulang belulang, Putrajaya harus dipertahankan."

Rakyat diseru jangan tertipu dengan taktik jahat dan tidak bertanggungjawab Timbalan Presiden Umno ini. Rakyat juga dinasihati tenang, yakinlah proses perubahan itu tetap akan berlaku dengan kesedaran dan kebangkitan rakyat dengan penuh bertanggungjawab.

Sekian.

che'GuBard
Solidariti Anak Muda Malaysia

Wednesday, March 13, 2013

Tulisan Fitnah terhadap che'GuBard lesap


Untuk yang ke entah berapa kalinya Utusan atau Lidah Rasmi UMNO disaman lagi.. seperti biasa juga kerana menyiarkan artikel berbentuk fitnah..

Kali ini oleh Chegubard pula.. kerana fitnah itu Chegubard SAMM menuntut RM 5 Juta sebagai gantirugi dan pampasan daripada Utusan.

Notis tuntutan telah dikeluarkan oleh kumpulan peguam Sazali &Lim, dihantar ke pejabat Utusan di Cheras pada jam 3 petang semalam.

Notis tersebut juga telah diakui terima oleh wakil ketua pengarang.


Ketika notis dihantar, saudara Md Sani Md Shah dan juga saudara Yaser Sheikh Abdul Rahman tidak dibenarkan masuk ke pejabat utusan dan hanya berlegar di luar.

Setelah beberapa kali berbincang dengan pengurusan, akhirnya wakil utusan yang juga dikatakan setiausaha kepada Ketua Pengarang setuju untuk cop dan tandatangan akuan terima.

Utusan Malaysia sebelum ini telah menyiarkan sebuah rencana bertarikh 14.01.2013 di atas tajuk "Medan Perah Duit Rakyat".

Rencana tersebut disiarkan di dalam portal Utusan Online yang boleh diakses di alamat berikut;

http://www.utusan.com.my/utusan/rencana/20130114/re_01/medan-perah-duit-rakyat

Tapi kalau korang klik di link itu.. image di bawah akan terpapar..


Tapi.. tak apa.. cache masih ada.. ini artikel yang telah di print screen..


Kandungan rencana tersebut khususnya di perenggan ke 13 telah menyebut;

"Apa yang menimbulkan persoalan ialah CheguBard (Badrul Hisham Shaharin) sebelum itu telah membuat pengumuman pada awal majlis bahawa kutipan derma pada malam menjelang Himpunan Shamsidar ialah RM30,000."

Petikan dari rencana seperti di atas bukan sahaja tidak benar, merupakan manipulasi dan putar belit serta terjumlah kepada fitnah jahat kepada Chegubard dan juga SAMM.

Justeru, antara yang gantirugi dan pampasan yang dituntut kepada utusan adalah seperti berikut;

1. Membayar gantirugi dan pampasan sejumlah RM 5,000,000 (Ringgit Malaysia: Lima Juta) sahaja.

2. Permohonan maaf tanpa 'reservation' daripada pihak Utusan dan permohonan maaf ini hendaklah disiar secara bertulis dalam akhbar Utusan Malaysia versi cetak dan juga Utusan Online muka hadapan tiga hari berturut-turut

3. Utusan adalah dilarang dari menulis dan/atau menyiarkan tulisan yang sama yang berbentuk fitnah kepada Chegubard dan SAMM.

4. Rencana tersebut hendaklah ditarik balik dari portal tersebut. Notis juga menyebut dua penama iaitu Ketua Pengarang Utusan sebagai penama pertama dan juga Mohd Asron Mustapha yang juga penulis rencana sebagai penama kedua. 
 
(petikan  http://darisungaiderhaka.blogspot.com/2013/03/utusan-disaman-lagi-kali-ini-oleh.html )

Bagaimana syarikat Khairy dapat kemudahan kewangan Bank Pertanian

Kenyataan Umum

12 mac 2013

Bagaimana syarikat Khairy dapat kemudahan kewangan bank Pertanian ?

Telah di perolehi satu set laporan penyiasatan forensik kewangan yang melibatkan hampir 20 orang pimpinan Bn termasuk anggota Kabinet. Laporan forensik kewangan ini merakam 'salah laku' atau masalah libat kewangan pimpinan - pimpinan tersebut sama ada secara langsung mahupun tidak langsung contohnya melalui syarikat yang berkepentingan mereka.

Salah satu dari pada mereka ialah Khairy Jamaluddin, Ketua Pemuda Umno Malaysia dan menantu Perdana Menteri Malaysia yang ke 5.

Di rakamkan dia yang beralamat di Jalan Pantai Dalam KL dengan no kad pengenalan 760110-71-5165 mempunyai kepentingan langsung dalam 6 buah syarikat iaitu Iron Cage Sdn Bhd, Kaiser Jack Sdn Bhd, Perbadanan Usahawan Nasional Berhad, Rahmadin (M) Sdn Bhd, Rahmadin Development Sdn Bhd, YGP Holding Sdn Bhd juga dalam laporan ini turut menyebut beberapa syarikat turut terkait secara proksi dengan dia.

Ada banyak keraguan namun untuk pendedahan siri ini ditimbulkan pertanyaan mengenai Syarikat Rahmadin (M) Sdn Berhad dengan no. daftar 58068-v, sebuah syarikat yang punya rekod proses tindakan mahkamah, syarikat yang melaporkan kerugian mencecah RM 10 juta telah mendapat pinjaman bank Pertanian. Syarikat yang turut dimiliki kepentingan Datin Rahmah Abd Hamid (dipercayai Ibunya) dan Hana Jamaluddin serta Mona Jamaluddin (keduanya kemungkinan kakak Khairy) telah mendapat pinjaman dari beberapa bank. Namun walaupun rekod yang tidak memuaskan syarikat ini terus mendapat kemudahan kewangan dari Bank Pertanian pada tahun 2005 membawa jumlah RM 4 juta.

Bagaimana syarikat yang tidak mencatatkan bidang perniagan terkait pertanian boleh mendapat pinjaman dari Bank Pertanian ?  Harus di ingat Bank Pertanian bukanlah bank kormersial yang memberikan pinjaman begitu sahaja tetapi ia bank yang diwujudkan kerajaan untuk membantu petani, penternak dan nelayan. Maka apa kreteria syarikat yang lebih cenderung kepada syarikat pembinaan kormesial mendapat kemudahan kewangan Bank Pertanian lebih lagi rekod yang tidak memuaskan seperti tindakan mahkamah dan rekod kerugian mencecah RM10 juta. Kecuali istihar rugi hanya untuk elak cukai. Rekod kewangan dengan bank kormesial sebelum syarikat dimaksudkan mendapat kemudahan kewangan dari Bank Pertanian juga tidak memuaskan.

Adakah kemudahan kewangan ini ada ada unsur pengaruh kerana pada ketika itu bapa mertuanya merupakan Perdana Menteri Malaysia ? Adakah benar kini ada usaha untuk melupus / mengelak pembayaran hutang tersebut ?

Mohon penjelasan Khairy Jamaluddin. Ini adalah persoalan yang perlu dijelaskan. Ini hanya sebahagian kecil dari data forensik kewangan yang diperolehi dibawah fail beliau. Hampir 20 nama besar ada dalam tangan kini.

Simpati dengan berapa ramai petani, penternak dan nelayan dan usahawan tani yang gagal membesarkan peniagaan malah ada yang terpaksa gulung tikar kerana masalah modal dan seumpamanya. Ada antara mereka gagal mendapat perhatian Bank Pertanian pun, sebaliknya ada nama besar yang dengan mudah mendapat kemudahan kewangan.

Berdasarkan rekod kewangan syarikat - syarikat berkepentingan Khairy jelas  tidak dikendalikan dengan betul berdasarkan rekod kewangan dan rekod tindakan mahkamah maka adakah wajar watak seperti ini mengepalai Perbadanan Usahawan Nasional Berhad ? Adakah kedudukanya dalam PUNB kerana potensi dia atau hanya untuk memujuk dia yang tidak mendapat jawatan Kabinet walaupun menjadi Ketua Pemuda Umno kerana Perdana Menteri (Najib) tidak berani dengan Bekas Perdana Menteri (Dr.Mahathir) yang sememangnya benci dengan Khairy ?

Mohon Khairy tampil beri penjelasan.

Sekian

che'GuBard
Penyelaras SAMM

juga boleh klik

Chegubard SAMM Tuntut RM 5 Juta Gantirugi dan Pampasan daripada Utusan

Yaser Sheikh Abd Rahman dan Sani Md Shah antara yang mewakili SAMM berada
di Ibupejabat Utusan Melayu untuk mendapatkan akuan terima Notis Tuntutan

Kenyataan Media
12 Mac 2013

Chegubard SAMM Tuntut RM 5 Juta Gantirugi dan Pampasan daripada Utusan
Ketua Penyelarasnya che'GuBard Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) telah bertindak menuntut gantirugi berbentuk pampasan dari Utusan Malaysia hari ini dengan jumlah RM5 juta di atas fitnah yang telah dilemparkan. 



Notis tuntutan telah dikeluarkan oleh kumpulan peguam Sazali & Lim, dihantar ke pejabat Utusan di Cheras pada jam 3 petang tadi. Notis tersebut juga telah diakui terima oleh wakil ketua pengarang.
Ketika notis ini dihantar, saudara Md Sani Md Shah dan juga saudara Yaser Sheikh Abdul Rahman tidak dibenarkan masuk ke pejabat utusan dan hanya berlegar di luar. Setelah beberapa kali berbincang dengan pengurusan, akhirnya wakil utusan yang juga dikatakan setiausaha kepada Ketua Pengarang setuju untuk cop dan tandatangan akuan terima.

Utusan Malaysia sebelum ini telah menyiarkan sebuah rencana bertarikh 14.01.2013 di atas tajuk "Medan Perah Duit Rakyat". Rencana tersebut disiarkan di dalam portal Utusan Online yang boleh diakses di alamat berikut;

http://www.utusan.com.my/utusan/rencana/20130114/re_01/medan-perah-duit-rakyat

Kandungan rencana tersebut khususnya di perenggan ke 13 telah menyebut;

"Apa yang menimbulkan persoalan ialah CheguBard (Badrul Hisham Shaharin) sebelum itu telah membuat pengumuman pada awal majlis bahawa kutipan derma pada malam menjelang Himpunan Shamsidar ialah RM30,000."

Petikan dari rencana seperti di atas bukan sahaja tidak benar, merupakan manipulasi dan putar belit serta terjumlah kepada fitnah jahat kepada Chegubard dan juga SAMM. 
Justeru, antara yang gantirugi dan pampasan yang dituntut kepada utusan adalah seperti berikut;

1. Membayar gantirugi dan pampasan sejumlah RM 5,000,000 (Ringgit Malaysia: Lima Juta) sahaja.
2. Permohonan maaf tanpa 'reservation' daripada pihak Utusan dan permohonan maaf ini hendaklah disiar secara bertulis dalam akhbar Utusan Malaysia versi cetak dan juga Utusan Online muka hadapan tiga hari berturut-turut
3. Utusan adalah dilarang dari menulis dan/atau menyiarkan tulisan yang sama yang berbentuk fitnah kepada Chegubard dan SAMM.
4. Rencana tersebut hendaklah ditarik balik dari portal tersebut.

Notis juga itu menamakan dua responden iaitu Ketua Pengarang Utusan sebagai penama pertama dan juga Mohd Asron Mustapha yang juga penulis rencana sebagai penama kedua.

Tuesday, March 12, 2013

Sidang Media: Isu Saman Utusan dan Pendedahan Dokumen Kewangan Babitkan Khairy Jamaluddin

Jemputan Media
11 Mac 2013

Kepada semua Editor dan rakan media,

Dengan hormatnya dimaklumkan bahawa satu sidang media akan diadakan pada tarikh dan masa berikut;

Sidang MediaIsu Saman Utusan dan Pendedahan Dokumen Kewangan Babitkan Khairy Jamaluddin
Tarikh: 12 Mac (Selasa)
Masa: 11 pagi
Lokasi: Sekretariat ABU, 17-1Jalan 109E, Taman Desa, Off Jalan Klang Lama, Kuala Lumpur. (Google's Map)

Kepada semua editor dan rakan media, mohon jasa baik agar dapat menghantar wakil membuat liputan sidang media tersebut di atas.


Sekian, terima kasih.

Edy Noor Reduan
Pengarah Propaganda SAMM
email peribadi: edyesdotcom@gmail.com
twitter: @edyesdotcom

Sunday, March 10, 2013

Pengakuan Bapa Saiful hanya penguat bukan sandaran

Tidak semena - mena Azlan bapa Saiful muncul membuat sidang media mengatakan dengan jelas bahawa isu Liwat 2 ialah isu yang direka dan merupakan konspirasi melibatkan Najib Razak. Malah Azlan secara terbuka memohon maaf kepada Anwar Ibrahim dan keluarganya.

Beberapa hari sebelum itu beliau dikatakan ada mencari beberapa peguam dan pimpinan keADILan dan menyatakan sikap ingin membongkarkan apa sebenarnya yang berlaku. Ada yang menyatakan tampil saja buatlah kenyataan sendiri seperti mana apabila Azlan muncul dalam media menfitnah Anwar. Namun mungkin dahulu semua sidangmedia diurus pihak tertentu maka kini dia memerlukan bantuan juga menguruskan sidang media maka kemungkinan atas alasan itu YB Johari Abdul muncul membantu menguruskan sidang media.

Satu ketika regim bersungguh - sungguh menjadikan bapa Saiful ini sebagai sandaran utama bagi membuktikan kes liwat ini. Namun setelah Azlan membuat pengakuan mengenai konspirasi dan memohon maaf kepada Anwar maka seperti biasa teruk Azlan di maki hamun termasuk difitnah kononya di bayar dengan nilai amat tinggi !

Persoalanya ialah mengapa perlu Anwar membazir wang membayar Azlan untuk isu liwat yang sememangnya dia sudah menang dan dimata rakyat sudah melihat isu tersebut selesai dan Anwar difitnah. Tidak banyak keuntungan pun dengan kenyataan Azlan ini.

Bagi che'GuBard keyakinan dalam isu liwat ini bukan bersandarkan kenyataan bapa Saiful. Kenyataan Azlan itu hanyalah penguat semata. Dalil paling kukuh ialah kenyataan tidak konsisten Saiful dan dia langsung tidak memasuki kondo pada hari kejadian, proses pembuktian 'kimia'yang lemah dan sengaja dikelirukan.

Malah pertemuan dengan seorang Senator, pertemuan dengan Rosmah dan Najib sebelum laporan polis dibuat sudah menjadi sandaran utama konspirasi wujud.

Maka kenyataan pengakuan Azlan hanyalah penguat tambahan sahaja. Namun kenyataan Azlan itu disambut baik. Cuma kini apa pendirian penfitnah tegar yang selama ini bersandarkan bapa Saiful ini iaitu sdr. Azlan ?

Satu ketika dahulu mereka bermatian bersandar hujah bapa Saiful pertahan bersungguh - sungguh namun kini terus membelasah Azlan bersungguh - sungguh. Ada juga yang bersandar posting che'GuBard di blog ini bertarikh 9 Mei 2010 yang kononya che'GuBard mengatakan bapa Saiful punya akhlak buruk. Soalnya sila baca betul - betul artikel tersebut. Ia dipetik dari email seorang pembaca dan che'GuBard sudah meng emailkan artikel tersebut kepada Saiful untuk menuntut respon supaya adil. Namun Saiful tidak respon. Maka disiarkan dalam blog untuk persoalan benar atau tidak artikel itu dapat dipanjangkan oleh kenalan-kenalan yang boleh berhubung dengannya. Jika Saiful atau Azlan sendiri menjawab pada ketika itu maka akan disiarkan jawapanya juga.

Satu demi satu dari Datuk Yusof, DPP yang menjadi pendakwa raya beralih menjadi pembela, Ust Ramlang, saksi sumpah Alquran keluar membela, Deepak dan Bala keluar menyerang Rosmah juga Najib, mutaakhir ini Azlan pula. Sudah tentu pencacai Rosmah pening kepala.



NOTA PENGHARGAAN BUAT ANGGOTA KESELAMATAN DI PERBATASAN

ACP Rashid dari Ibu Pejabat PDRM menerima Nota Penghargaan
Kenyataan Media
9 Mac 2013

NOTA PENGHARGAAN BUAT ANGGOTA KESELAMATAN DI PERBATASAN

Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) sebuah ormas anak muda dalam rangka lawatan kerja ke Sabah bagi menyelaraskan gerak kerja (pecutan akhir) anak muda dalam menghadapi pusingan penting sebelum PRU ke 13. 
Siri lawatan kerja SAMM ke Sabah (8 -10 Mac 2013) kali ini menyaksikan tinjauan 'zon konflik' seperti Lahad Datu, Sempoerna dan kawasan sekitar sebagai antara agenda utama. 

Hari ini che’GuBard dan delegasi SAMM Kebangsaan bersama teman penggerak SAMM Sabah berada di Lahad Datu untuk menghantar nota sokongan dan penghargaan terhadap anggota keselamatan khususnya PDRM dan ATM yang bertungkus lumus dan menggadai nyawa demi mempertahankan kedaulatan negara. Nota sokongan penghargaan tersebut telah diterima oleh ACP Rashid sebagai wakil pasukan keselamatan yang bertugas di Lahad Datu dan sekitar.

Bagi SAMM kita mungkin boleh berbeza pandangan tetapi ia adalah pertembungan politik domestik demi mencari jalan dan pendekatan terbaik untuk menyelamatkan negara. Namun dalam isu keselamatan dan kedaulatan tidak ada kompromi sama sekali dan semua usaha ke arah itu (sokongan) adalah wajib didokong oleh semua pihak.

Lawatan SAMM ini juga menyampaikan sedikit bantuan kepada golongan yang memerlukan khususnya mereka yang terjejas dengan krisis atau trajedi yang berlaku. Tujuan lawatan ini juga untuk bersama penggerak anak muda setempat membincangkan keperluan, tindakan dan sumbangan khususnya ketika krisis dan fasa ‘post crisis’.

Kejadian di Sabah ini seharusnya dijadikan pengajaran berguna. SAMM berpendirian kita juga punya faktor penarik krisis ini kerana beberapa kelemahan khususnya dalam isu pemberian warganegara secara mudah.

Banyak persoalan timbul, antaranya ialah ;

1.       Bagaimana sejumlah besar penceroboh boleh membolosi sempadan negara ?

2.       Adakah pasukan keselamatan kita telah diberikan arahan dan matlamat tugasan yang jelas semasa menjalankan operasi sejak awal ?

3.       Adakah pasukan keselamatan kita diberikan kelengkapan yang mereka perlukan untuk mempertahankan sempadan dan diri mereka ? Adakah perlatan yang dibekalkan berfungsi dengan baik ?

4.       Adakah peristiwa ini kerana kegagalan risikan keselamatan ? Adakah ini kesan daripada jumlah anggota yang terhad dan beban tugas yang tinggi telah tertumpu kepada kerja risikan untuk kepentingan politik domestik pihak tertentu hingga tumpuan kepada risikan keselamatan negara terjejas ?

5.       Mengapa anasir bersenjata ini sejak dari awal tidak dianggap sebagai ancaman besar sehingga membiarkan ia berlarutan hingga tiga minggu sebelum bertindak dan adakah kerajaan telah tersalah anggar ancaman dari awal ?

Menginsafi ini bukan masa sesuai menuding jari, SAMM menyeru semua pihak agar mampu membuang ego politik domestik agar duduk semeja bagi membincangkan perkara ini. Hentikan menunggang isu ini untuk kepentingan politik kepartian semata – mata.

SAMM berpendirian badan perundangan tertinggi negara, Parlimen Malaysia harus bersidang membincangkan isu ini dan mencari jalan keluar. Datuk Seri Najib Razak dan Datuk Seri Anwar Ibrahim harus kembali ke meja persidangan demi negara. 

Persidangan khas parlimen ini juga akan menjadi panduan arah tuju yang betul kepada semua rakyat dalam mendepani isu ini. Sidang khas ini sesuai dengan semangat dalam negara demokrasi konsep pertanggungjawaban institusi negara terhadap kabinet harus kepada institusi tertinggi iaitu parlimen.

Kepada anggota keluarga pasukan keselamatan yang terkorban SAMM merakamkan takziah dan berbanggalah kamu punya anggota keluarga yang berani di barisan depan mempertahankan kedaulatan dan keselamatan negara. Rakyat diseru menghargai pengorbanan mereka.

Kepada semua keluarga besar pasukan keselamatan negara, kamu perajurit tanah air berjuanglah segala dokongan dan doa kami buat kalian.

Salam tabik hormat.

Sekian.


che’GuBard
Penyelaras SAMM Kebangsaan

Bobby Lewat
Penyelaras SAMM Sabah

Friday, March 08, 2013

SAMM akan ke Lahad Datu dalam rangka lawatan kerja ke Sabah 8 - 10 Mac 2013



8 - 10 Mac SAMM akan melakukan lawatan kerja ke Sabah, SAMM Sabah akan menjadi tuan rumah perbagai aktiviti dilakukan tumpuan ialah lawatan kerja ke Lahad Datu untuk menghantar nota sokongan kepada perajurit negara dan sampai bantuan buat golongan asnaf di sana. T.kasih kepada seorang hamba Allah yang menytumbangkan RM100 sebentar tadi untuk kami sampaikan di sana, penyumbang dialukan klik http://chegubard.blogspot.com/2013/03/lawatan-kerja-samm-ke-sabah-lahad-datu.html



Tan Sri Musa alat Mahathir untuk menekan Najib ?

Setelah berpencen dan senyap lama mutaakhir ini Tan Sri Musa Hassan,  Bekas Ketua Polis Negara muncul tiba - tiba dan bersuara. Kali ini sasaranya ialah bekas anggota penasihat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Robert Phang yang dikatakan ‘mengarahkan’ pegawai polis untuk meluluskan satu projek komunikasi Polis Di Raja Malaysia (PDRM) bernilai ratusan juta ringgit mempunyai kaitan dengan perunding perhubungan awam, APCO Worldwide – syarikat Isreal.

Tan Sri Musa Hassan telah turut mendedahkan bahawa Tan Sri Robert Phang telah bertindak mengugut Pegawai Polis iaitu sekiranya projek tersebut tidak diluluskan , Pegawai Polis tersebut akan ditukarkan 24 jam .
Tindakan Tan Sri Robert Phang adalah merupakan satu tindakan jenayah yang tidak boleh dipandang ringan apabila seorang awam telah bertindak mengugut penjawat awam .
Turut sama terlibat dalam kes tersebut ialah Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar telah melakukan rasuah salahguna kuasa mengarahkan Pegawai Polis tersebut  untuk menandatangani komisyen bagi memenuhi arahan Tan Sri Robert Phang.
Kerana Pegawai Polis tersebut terus gagal mengikut arahan Tan Sri Ismail Omar dan Tan Sri Robert Phang , akibatnya pegawai tersebut ditukar 24 jam dan diganti dengan pegawai baru yang menandatangani surat kelulusan tersebut sedangkan sepertimana pendedahan Tan Sri Musa Hassan projek komunikasi tersebut masih gagal siap sepenuhnya.
Tindakan Tan Sri Robert Phang dan Tan Sri Ismail Omar adalah merupakan satu tindakan jenayah yang amat serius dan sebagai warganegara yang bertanggungjawab dan bekas Ketua Polis Negara , Tan Sri Musa Hassan lebih memahami dan menguasai undang-undang negara .
Beliau yang mempunyai maklumat yang cukup lengkap untuk melakukan tindakan yang sewajarnya lebih-lebih lagi ianya melibatkan dana awam bernilai ratusan juta ringgit iaitu projek komunikasi Motorola dari sistem analog ke digital PDRM.
Projek itu disubkontrakkan kepada syarikat bernama Asiasoft Malaysia. Dua pemegang saham dalam syarikat berkenaan ialah B System Sdn Bhd dan Asiasoft PLC. Asiasoft PLC didaftar di Singapura, dikuasai oleh Asiasoft Global PLC yang berpangkalan di Israel.
Ramai tertanya - tanya mengapa tiba - tiba Musa Hassan muncul. Dia sendiri terpalit banyak dakwaan salah guna kuasa ketika bertugas. che'GuBard sendiri satu ketika pernah mengusung dan mendedahkan wujud akuan bersumpah oleh pegawai tinggi polis yang mengaitkan Musa Hassan dengan kegiatan kongsi gelap yang dilindungi, namun kes tersebut terus tutup dan tidak di siasat.
sila klik sini untuk membaca salinan penuh akuan bersumpah tersebut.

Musa pula sebaliknya selepas senyap seketika selepas berhenti terus memulakan isunya dengan kononya ada anggota tingginya ditekan oleh pimpinan Bn untuk melepaskan penjenayah. klik sini
che'GuBard sendiri pernah membuat sekurang - kurangnya 4 laporan polis terus ke atas Musa Hassan salah satunya kerana dengan jelas menjadikan PDRM tunggangan Umno untuk urusan politik. klik sini
namun dalam kisah Altantuya kenapa Musa masih cuba berselindung sebaliknya hanya melepaskan peluru kapur  ? Dia menembak keliling tanpa mendedahkan siapa pemimpin Bn yang terlibat ? 
Adakah benar Musa Hassan hanya alat Dr.Mahathir untuk memberikan tekanan kepada Najib dan Hishamuddin agar akur dengan senarai calun yang Dr. Mahathir ajukan ?
Oleh kerana itulah Musa Hassan hanya memberikan peluru kapur tidak menembak tepat. Isu yang dilontarkan pula hanya untuk sensasi media dan beliau tidak tampil membuat laporan SPRM mahupun laporan polis terhadap apa yang didedahkannya sendiri.
Selagi Musa Hassan tidak tampil membuat laporan, bagi SAMM mungkin ada kebenaran Musa Hassan hanya alat politik Dr.Mahathir untuk menekan Najib dan sepupunya Hishamuddin. Kenapa Dr.Mahathir memilih Musa Hassan sebagai alatnya ini mungkin kerana Najib pasti tidak berani mengusik Musa kerana Musa ialah Ketua Polis ketika Altantuya mati dibunuh.
Namun dalam isu pendedahanya rakyat perlu mengambil serius kerana ia mengakibatkan kemusnahan negara. 

Mari kenali APCO

APCO Worldwide ialah sebuah firma perunding perhubungan yang berpangkalan di Washington, D.C.,Amerika Syarikat. APCO mempunyai 29 pejabat cawangan di seluruh dunia.


Pada 18 Mac 2010, nama syarikat perunding ini disebut oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam parlimen berhubung gagasan 1Malaysia meniru One Israel.
Pada 30 Mac, syarikat itu menafikan peranan APCO mengilhamkan 1Malaysia. APCO dilantik oleh kerajaan Malaysia sebelum 1Malaysia muncul. Peranan APCO ialah memberi khidmat perunding untuk meningkatkan nama negara Malaysia. Firma perunding ini juga menafikan bahawa ia mewakili kerajaanIsrael atau Perdana Menteri Israel Ehud Barak dan tidak terlibat dengan kempen 1Israel..
Pada 13 April 2010, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri bin Abdul Azizmengesah dan menjelaskan bahawa kontrak yang dimeterai antara kerajaan Malaysia dengan Apco Worldwide bernilai hampir RM77 juta. Penjelasan bertulis itu diberikan kepada Tian Chua 
Dalam pada itu PKR akan terus membongkar isu penggunaan wang rakyat bagi meningkatkan imej Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, menjelang pembentangan belanjawan 2012 Oktober depan.
Setiausaha Agungnya, Saifuddin Nasution(gambar) berkata demikian ketika ditanya mengenai bayaran RM57 juta oleh kerajaan Malaysia kepada firma penerbitan TV dan komunikasi strategik Britain, FBC Media, lapor Keadilan Daily.
 
“Kita menjangka akan ada perkembangan terbaru mengenai perkara ini menjelang Bajet 2012. Kita akan terus memantau isu ini secara dekat dan akan membuat pendedahan-pendedahan baru yang lebih sensasi,” kata Saifuddin.
 
Menurut Saifuddin,  pendedahan tersebut berkisar mengenai kontrak antara FBC Media dan APCO Worldwide, syarikat perunding Israel yang turut terlibat dalam mempromosi imej Najib sebelum ini.
“Ini merupakan sumber yang diperolehi dari Parlimen. FBC Media lebih awal menggunakan khidmat Apco, berbanding kerajaan Malaysia dengan jumlah USD70,000.
 
“Kerajaan Malaysia kemudiannya membayar Apco sebanyak RM77 juta. Perkara ini didedahkan Ketua Pembangkang (Datuk Seri Anwar Ibrahim) di Parlimen,” kata beliau yang juga Ahli Parlimen Machang.
FBC Media, yang berpangkalan di United Kingdom dilantik kerajaan Malaysia untuk menerbitkan program TV berkaitan Malaysia, ketika pentadbiran Tun Abdullah Ahmad Badawi.
 
Program- program berkenaan kemudian ditayangkan syarikat penyiaran antarabangsa seperti CNBC (Consumer News and Business Channel), CNN (Cable News Network) dan BBC (British Broadcasting Corporation).
 
Kerajaan Persekutuan pula membayar RM57.68 juta kepada FBC Media antara tahun 2008 dan 2009, manakala kerajaan Sarawak membelanjakan RM15 juta setahun untuk tujuan itu.
 
“Perkara ini memalukan Malaysia dan menjatuhkan imej kerajaan. Mereka tuduh (ketua pembangkang) Datuk Seri Anwar bayar CNN untuk diwawancara dalam rancangan ‘Connect The World’ dan CNN nafikan.
 
“Sebaliknya yang terdedah ialah kerajaan Malaysia bayar kepada FBC Media untuk melobi agar Najib muncul di CNBC, CNN dan BBC. Ini menyalahi etika kewartawanan,” kata Saifuddin.
 
Sebelum ini, isteri Najib, Datin Seri Rosmah Mansor dilapor membelanjakan RM1.5 juta membeli dua muka penuh iklan dalam akhbar New York bagi mengalu-alukan lawatannya sendiri ke New York sebagai ‘Wanita Pertama Malaysia,”.