Thursday, November 11, 2010

Email penjelasan kes Datuk Zakiah

mendapat email yang menyentuh mengenai posting surat terbuka kepada Datuk Zakiah.

berikut ialah penjelasan tersebut

  • Dato Zakiah adalah setiausaha sulit kepada Menteri Kewangan. Bukannya setiausaha sulit kanan kepada Perdana Menteri. Dato Seri Najib sebagai Menteri Kewangan & Perdana Menteri mempunyai setiusaha sulit yang berbeza. Di Kementerian Kewangan, setiusaha sulit reports to setiausaha sulit kanan dan di Pejabat Perdana Menteri, reports to Ketua Setiausaha Sulit.
  • Dato Zakiah sebelum ini adalah PA kepada Menteri Kewangan sebelum dinaikkan pangkat sebagai setiausaha sulit lebih kurang 2 tahun lepas. Dato Zakiah memilih untuk bertugas di Kementerian Kewangan berbanding di Pejabat Perdana Menteri, Jabatan Perdana Menteri bagi mengelakkan diri dari terlibat dgn politiking, tikam belakang, mengadu domba dan fitnah memfitnah untuk meraih kepercayaan Dato Seri Najib. Secara purata, Dato Seri Najib lebih banyak menghabiskan masa di Jabatan Perdana Menteri berbanding di Kementerian Kewangan.
  • Semasa bertugas sebagai PA di pejabat Menteri Pertahanan, beliau pernah meminta untuk ditukarkan ke bahagian lain untuk mengelakkan diri dari perkara seperti di atas. Ini berlaku setelah Dato Seri Najib dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri. Bagaimanapun, Dato Seri Najib telah mengarahkan beliau kembali bertugas ke pejabatnya selepas beberapa bulan.
  • Malah, Dato Zakiah pernah membayangkan untuk pencen awal ketika di Kementerian Pertahanan lagi tetapi dilarang oleh Dato Seri Najib.
  • Dato Seri Najib juga pernah bertanyakan kepada Dato Zakiah, kenapa tidak pernah terlihat suaminya (seorang ahli perniagaan) datang ke rumah beliau samada Langgak Duta (rumah peribadi), Sri Satria (kediaman TPM) dan Seri Perdana (kediaman PM). Jawabnya, suami beliau enggan datang bagi menggelakkan sebarang pandangan serong terhadapnya.
seperti yang dijanjikan sebarang penjelasan mengenai kes ini akan di siarkan. pengirim email ini hanya mahu dikenali sebagai orang yang mengenai Dato Zakiah.

Sudah berhubung semula dengan penyalur maklumat pertama. Mungkinkah ini adalah persaingan 'politiking' dalaman orang di sekeliling PM ? apapun jika Dato Zakiah sudi tampil memberikan penjelasan amat dihargai selaku penjawat jawatan penting awam rakyat ada hak memohon penjelasan dan selaku manusia Dato Zakiah juga berhak memberikan penjelasan.

Surat Terbuka Dato Mat Zain Ibrahim

Kepada,

Yang Berbahgia Datin Kalsom Taib,
43 Persiaran Burhanuddin Helmi,
Taman Tun Dr.Ismail,
60000 Kuala Lumpur,
Malaysia.

YBhg Datin,

THE SHAFEE YAHAYA STORY – Estate Boy To ACA Chief.

Dengan penuh hurmat takzim,saya menjemput Datin merujuk kepada buku hasil penulisan Datin bertajuk diatas

(selepas daripada ini akan dirujuk sebagai Buku Tersebut) yang telah dilancarkan pada akhir July 2010 khususnya Bab 11,12 dan 13. Sebagai pembuka kata saya menyusun sepuloh jari menuntut ampun dan maaf kepada Datin dan YBhg. Dato Shafee Yahaya serta keluarga sekiranya dalam surat terbuka ini kelak, terdapat kata-kata saya ataupun fakta dan keterangan yang saya bentangkan yang menyinggung perasaan Datin serta keluarga. Saya berharap Datin akan menerima penerangan saya ini dengan perasaan terbuka.

2. Nama saya Mat Zain bin Ibrahim seorang pesara Pegawai Kanan Polis DiRaja Malaysia (PDRM) berpangkat Senior Asisten Kommisioner II (SAC II) G/5776. Jawatan akhir saya ialah sebagai Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (KJSJ) Kuala Lumpur yang saya sandang sejak Disember 1998 sehingga bersara pilihan sendiri pada akhir 2001. Saya lebih dikenali sebagai Ketua Pegawai Penyiasat kes “Mata-Lebam” satu insiden bersejarah dimana bekas Timbalan Perdana Menteri Malaysia Dato Seri Anwar Ibrahim (DSAI) dibelasah oleh Ketua Polis Negara ketika itu Tan Sri Abdul Rahim Noor (kes yang akan turut saya sentuh dalam Surat Terbuka ini kerana kaitannya dengan penulisan Datin dalam

Buku Tersebut).

3. Mungkin tidak ramai yang perasan, (termasuk Pegawai-Pegawai Kanan PDRM yang sedang berkhidmat mahupun yang seangkatan dengan saya dan telah bersara) bahawa ketika bertugas sebagai KJSJ Kuala Lumpur saya juga merupakan Ketua Pegawai Penyiasat yang menyelia dan menangani kes dakwaan salah guna kuasa terhadap YAB Perdana Menteri Malaysia ketika itu, YAB Dato Seri Dr.Mahathir Mohamed (Tun Mahathir) yang terbit daripada pendedahan yang dibuat oleh Dato Shafee Yahaya ketika memberi keterangannya di Mahkamah Tinggi (Civil) Kuala

Lumpur, pada 12 Jun 2000.Saya akan dedahkan apa yang sebenarnya berlaku dan apa yang Polis temui dalam penyiasatan kes ini dalam perenggan-perenggan yang akan menyusul nanti.

3.1. Untuk makluman Datin, selain daripada dua kes berprofil tinggi yang saya sebutkan diatas,saya juga adalah Ketua Pegawai Penyiasat yang menyelia dan menangani kesemua empat (4) laporan Polis yang dibuat oleh DSAI diantara 9 July 1999 hingga 20 Ogos 1999 ( ketika DSAI dalam penjara Sungai Buloh) berkaitan dakwaan salah guna kuasa dan

menghalang proses undang-undang terhadap Tun Mahathir, Tan Sri Mohtar Abdullah (Allahyarham) Peguam Negara ketika itu, dan Dato Abdul Gani Patail (kini Tan Sri Abdul Gani Patail, Peguam Negara). Laporan-laporan yang dibuat oleh DSAI ini adalah bersangkutan dengan penyiasatan dakwaan penyelewengan dan kesalahan rasuah melibatkan Tun Daim Zainuddin,Datuk Seri Rafidah Aziz (kini Tan Sri Rafidah),Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik dan Tan Sri Eric Chia (mendiang).

PELANCARAN BUKU TERSEBUT.

4. Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Datin yang berjaya menghasilkan suatu percetakan berkualiti tinggi Buku Tersebut. Sebenarnya saya telah mengetahui mengenai pelancaran Buku Tersebut menerusi laman blog Din Merican pada 26 July 2010. Namun saya hanya berkesempatan membelinya di-Bookstore MPH, The Great Eastern Mall, beberapa hari sebelum Eidul Fitri ketika sedang menunggu waktu berbuka puasa bersama keluarga disalah sebuah restoran disitu. Untuk makluman Datin, saya tidak pernah mengenali Din Merican walaupun beliau sering menyebut nama saya dalam rencana-rencana beliau lebih-lebih lagi apabila membuat liputan berkaitan perbicaraan kes Datuk Ramli Yusuff, bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah

Komersil PDRM, dan juga seorang Peguam Rosli Dahlan. Sepertimana juga saya tidak pernah menemui atau berkenalan dengan Datin dan Dato Shafee Yahaya sendiri, saya juga tidak pernah kenal atau menemui Din Merican ataupun Peguam Rosli Dahlan walaupun Datuk Ramli Yusuff adalah sahabat saya yang saya kenali sejak dalam PDRM.

SURAT TERBUKA INI.

5. Saya berharap Datin terima bahawa saya tidak sekali-kali berhasrat untuk mempertikaikan, jauh sekali untuk memperkecilkan sejarah hidup Dato Shafee yang gemilang daripada seorang “Estate Boy to ACA Chief”. Tumpuan saya adalah terhadap fakta-fakta yang terkandung dalam Bab 11,12 dan 13 Buku Tersebut oleh kerana ianya berkaitan dengan saya secara peribadi. Sama ada secara langsung ataupun menerusi pihak ketiga antaranya, Datuk Param

Cumaraswamy atau pun Kim Quek (sepertimana terkandung dalam muka surat 273 hingga 287), Datin telah meyoal “What happened to the probe on Dr. Mahathir?”. Jika diselidik rekod PDRM berkaitan penyiasatan kes ini, ianya akan menjurus kepada saya oleh kerana saya adalah KJSJ Kuala Lumpur ketika itu, yang bertindak selaku Ketua Pegawai Penyiasat yang menyelia dan menangani kes tersebut. Adalah tidak adil kepada PDRM khasnya sekiranya saya berdiam diri kerana saya tahu perkara yang sebanarnya. Meminjam salah satu quotation yang Datin gunakan dalam Buku Tersebut; ”And mix not truth with falsehood,n or conceal the truth while you know (the truth)” Surah Al

Baqarah 2:24. saya akan berasa bersalah kepada PDRM dan juga kepada isteri dan anak-anak dan cucu-cucu saya jika saya tidak tampil menjelaskan perkara sebenar.

Laporan kepada YDH DIG Tan Sri Ismail Hj.Omar, atas sifat Timbalan Ketua Polis Negara (kini Ketua Polis Negara) dengan salinan kepada YB Dato Seri Hishamuddin Tun Hussein, Menteri Dalam Negeri.

6. Sambil itu saya ingin Datin ketahui bahawa sebelum terbitnya Buku Tersebut saya ada mengemukakan satu laporan bertarikh 6 hb.Mei 2010 atas tajuk “Dakwaan Pemalsuan Keterangan Dalam Siasatan Insiden Mata-Lebam 1998 Berkaitan Kecederaan Dato Seri Anwar Ibrahim (DSAI) Ketika Dalam Tahanan Lokap Polis Bukit Aman:- Penyemakan Semula” yang dialamatkan persendirian kepada YDH Tan Sri Ismail Omar ketika itu Timbalan Ketua Polis Negara dengan salinannya dialamatkan persendirian kepada YB Dato Seri Hishamuddin Tun Hussein, Menteri Dalam Negeri. Tan Sri Ismail Omar telah mengesahkan menerima surat saya berkenaan itu menerusi surat peribadi beliau kepada saya bertarikh 21hb Mei 2010.

6.1. Secara kebetulan dalam laporan saya tersebut itu, antara lainnya, saya telah menyentuh berkaitan penyiasatan terhadap Tun Mahathir, yang terbit daripada pendedahan yang dibuat oleh Dato Shafee Yahaya. Dalam Surat Terbuka ini, saya akan menyentuh sedikit sebanyak kandungan laporan saya kepada Tan Sri Ismail Omar itu bilamana berkenaan.

Siasatan terhadap Tun Mahathir terbit daripada pendedahan oleh Dato Shafee Yahaya.

7. Siasatan kes ini adalah bersandarkan laporan Polis Tun H.S.Lee Rpt: 14752/2000 yang dibuat oleh DSAI pada 13.6.2000. Kes diklasifikasikan dibawah Seksyen 2 Ordinan 22 (Kuasa-Kuasa Perlu) Dharurat 1970. Perintah dibawah Seksyen 12 untuk menyiasat kes ini dikeluarkan oleh Timbalan Kanan Pendakwa Raya Dato’ Mohd. Zaki bin Mat Yasin.

7.1. Dalam laporan Polis ini, DSAI telah mengaitkan keterangan bersumpah Dato Shafee Yahaya yang dibuat diMahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 12.6. 2000 yang membawa maksud bahawa Tun Mahathir telah menyalahgunakan kuasa serta menghalang proses keadilan dengan mengarahkan Dato Shafee Yahaya, ketika itu Ketua Pengarah Badan Pencegah Rasuah (BPR), menghentikan penyiasatan BPR terhadap Tan Sri Ali Abul Hassan bin Sulaiman yang pada masa material itu, adalah Ketua Pengarah Unit Perancang Ekonomi di Jabatan Perdana Menteri.

7.2. Untuk makluman Datin selain daripada laporan yang dibuat oleh DSAI, terdapat sejumlah 14 laporan-laporan Polis yang lain dibuat antara 14.6.2000 hingga 22.7.2000. Terdapat laporan-laporan yang dibuat secara individu dan ada juga laporan-laporan dimana pengadu mendakwa mewakili beberapa ramai yang lain atau sesuatu kumpulan, malah ada yang menyertakan senarai nama dan tandatangan mereka-mereka yang berkenaan. Hampir kesemua pengadu-pengadu berkenaan dikenalpasti sebagai ahli biasa atau memegang sesuatu jawatan dalam parti-parti politik pembangkang khasnya Parti Keadilan Nasional.

7.3. Antara mereka yang telah membuat laporan tersebut ialah Hj. Mahfuz Hj. Omar, Chua Tian Chang @ Tian Chua, Saifuddin Nasution Hj. Ismail, Mohamad Ezam bin Mohd Noor, Lokman Noor Adam, Rusalan Hj. Kassim, Badarulamin bin Bahron dan lain-lain. Kesemua pengadu menggesa pihak Polis dan Jabatan Peguam Negara mengambil tindakan terhadap Tun Mahathir kerana telah menyalahgunakan kuasa dan menghalang proses keadilan.

7.4. Pegawai Penyiasat yang telah saya arahkan untuk merakamkan percakapan Dato Shafee dirumah Datin itu ialah Deputi Superintenden Narenasegaran (Naren) (sudi rujuk muka surat 324 Buku Tersebut dibawah tajuk “The aftermath”) (kini beliau berpangkat Asisten Kommisioner Polis bertugas sebagai KJSJ Pahang). Untuk makluman Datin, pegawai ini ada memaklumkan kepada saya betapa “simple dan humble serta peramahnya” Dato Shafee dan Datin ketika beliau berkunjung kerumah Datin, untuk merakamkan sambungan percakapan Dato Shafee atas arahan saya itu. Mengenai salinan percakapan Dato Shafee pula, saya yang tidak membenarkan untuk diberi kepada Dato Shafee. Saya percaya Dato Shafee sendiri tahu peruntukkan undang-undang dan peraturan mengenai perkara membekalkan percakapan saksi.

7.5. Terus terang saya menyatakan bahawa saya sendiri yang tidak berpuas hati dengan keterangan yang diberikan oleh Dato Shafee itu. Malahan Dato Shafee sendiri yang menyatakan bahawa memang TIDAK ADA ARAHAN SECARA LANGSUNG oleh Tun Mahathir untuk menutup atau menghentikan siasatan kes berkenaan. Namun begitu Dato Shafee ada menyatakan bahawa setiap perjumpaan dan teguran-teguran Tun Mahathir mengenainya, jika diambil secara keseluruhan akan membawa maksud bahawa Tun Mahathir mengarahkan beliau (Dato Shafee) menutup atau menghentikan penyiasatan terhadap Tan Sri Ali Abul. Dato Shafee mengesahkan bahawa perjumpaan beliau dengan Tun Mahathir adalah “on a one to one basis”. Oleh demikian tidak ada saksi bebas terhadap apa yang sebenarnya transpired antara mereka berdua. Dalam situasi ini, pembuktian dakwaan Dato Shafee akan bergantung kepada sejauh mana, atau apa yang dirakamkan/dicatitkan oleh Dato Shafee sendiri dalam diari atau fail berkaitan siasatan sabjek dalam persoalan.

“Rampasan” Kertas Siasatan BPR.

7.6. Memadai untuk saya menyatakan bahawa dalam kesungguhan PDRM menyiasat kes ini, saya telah mendapatkan persetujuan dan kerjasama BPR untuk menyerahkan 2 kertas siasatan untuk penelitian saya iaitu;

7.6.1. Kertas Siasatan HQ/BPR/KS:23/7/98-disiasat oleh Penguasa BPR Abdul Halim Hj.Ibrahim (kemudian diambil alih siasatan oleh Penguasa BPR Tan Kang Sai). Kes ini adalah berkaitan dakwaan pembabitan Tan Sri Ali Abul Hassan dan seorang Dato (saya tidak menyebut namanya bagi mengelakkan sebarang tanggapan khilaf terhadap dirinya) yang ada kepentingan sendiri, projek pengswastaan Aktibiti Pemeriksaan Berkanun Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerja.

7.6.2. Kertas Siastan HQ/BPR/KS:20/6/98-disiasat oleh Encik Mohd. Jamidan bin Abdullah ketika itu Ketua Pentadbiran Siasatan BPR Malaysia. Kes ini adalah berkaitan dengan penggeledahan pejabat Ketua Pengarah UPE dimana RM100,000.00 dijumpai dalam laci Tan Sri Ali Abul Hassan.

7.7. Untuk makluman Datin, penelitian keatas kertas-kertas siasatan ini saya buat adalah semata-mata untuk mencari bukti dan keterangan, sama ada Dato Shafee ada membuat sebarang catitan atau arahan bertulis, yang menjurus kearah kertas siasatan BPR terhadap Tan Sri Ali Abul ditutup atas arahan Tun Mahathir. Saya perlukan bukti ini sebelum saya membuat janjitemu untuk merakamkan percakapan Tun Mahathir sendiri dan bersemuka dengannya sekali lagi, sepertimana pernah saya lakukan pada 8.10.1998 ketika menyiasat kes “mata-lebam” (peristiwa mana yang akan saya sentuh dalam perenggan-perenggan yang akan menyusul).

7.8. Sambil itu mungkin Datin boleh mendapatkan pengesahan daripada Dato Shafee sendiri sepanjang beliau menjadi Ketua Pengarah BPR mulai 16.7.1994 sehingga 11.9.1998, berapa kali Pegawai Polis “merampas” kertas siasatan BPR.

“Jikalau kail panjang sejengkal”.

7.9. Saya percaya Datin bolih menerima hakikat bahawa Tun Mahathir bukan sembarangan orang. Apapun beliau adalah seorang Perdana Menteri, ketika siasatan tersebut dibuka terhadapnya. Ini tidak bermakna Polis takut merakamkan percakapan beliau. Saya sendiri pernah bersemuka dengan Tun Mahathir pada 8.10.1998, “on a one to one basis” dalam suasana yang lebih “tense” lagi ketika menyiasat kes mata-lebam tersebut. Sedikit pun saya tidak gentar kerana saya berbekalkan fakta-fakta yang benar dalam tangan saya, walaupun pada ketika itu saya sedar ada makhluk atau makhluk-makhluk yang telah cuba mempengaruhi Tun Mahathir untuk percaya bahawa kecederaan DSAI adalah “self-inflicted”. Pada perjumpaan itu saya telah jelaskan kepada Tun Mahathir apa yang sebenarnya berlaku dan siapa yang “disyakki” melakukannnya oleh kerana siasatan masih diperingkat awal ketika itu. Yang pentingnya saya telah ketepikan sebarang tanggapan bahawa kecederaan DSAI tersebut disebabkan “self-inflicted” pada pertemuan itu. Yang lebih pentingnya apa yang “transpired” dalam pertemuan itu semuanya saya rakamkan dalam diari penyiasatan saya. Apa yang saya katakan kepada Tun Mahathir dan apa yang beliau katakan dan nasihatkan kepada saya, semuanya saya rakamkan. Malahan apabila Tun Mahathir sekadar menganggukkan kepalanya tanda persetujuan kepada sesuatu cadangan saya pun telah dirakamkan dalam diari tersebut yang kekal dalam kertas siasatan kes mata-lebam sehingga hari ini. (Tidak keberatan untuk saya menyatakan bahawa ketika Pegawai-Pegawai SPRM merakamkan percakapan saya dalam minggu pertama July 2008, berkaitan laporan DSAI itu, beliau ada menyoal saya mengenai reaksi wajah Tun Mahathir ketika saya menemuinya pada 8.10.1998 itu. Dengan mudah saya merujukkan mereka kepada diari penyiasatan saya yang ada dihadapan Pegawai perakam tersebut).

Berkaitan siasatan terhadap Tun Mahathir ini pula bagaimana harus saya bersemuka dengan beliau jika saya tidak lengkapkan diri dahulu dengan fakta-fakta dan bukti yang terperinci dan padat sebelum merakamkan percakapan beliau yang masih seorang Perdana Menteri ketika itu. Seperti kata pepatah “Jikalau kail panjang sejengkal, lautan dalam jangan diharungi”. Alangkah mudah tugas Polis ketika itu jika Dato Shafee sendiri telah merakamkan atau mencatitkan arahan yang tepat dalam kertas siasatan-kertas siasatan yang berkaitan. Sebenarnya itulah yang saya harap untuk temui ketika saya meneliti 2 kertas siasatan BPR tersebut. Malahan Dato Shafee mempunyai masa yang begitu banyak sejak 20.6.1998 hingga bersara pada 11.9.1998 untuk berbuat demikian dan tidak melepaskan tanggung jawab tersebut kepada Pegawai-Pegawai selepasnya oleh kerana Dato Shafee sendiri yang bersemuka dengan Tun Mahathir dalam isu ini dan tiada orang lain.

7.10. Untuk faedah Datin,saya perturunkan sebahagian daripada laporan saya bertarikh 9.11.2000 kepada Jabatan Peguam Negara berkaitan kes ini;

“Ketua Bahagian Pendakwaan,

Jabatan Peguam Negara,

Bangunan Bank Rakyat,

Kuala Lumpur.

………….

Para 5: RUMUSAN.

Setelah meneliti serta menimbangkan keterangan-keterangan yang terkumpul khasnya percakapan Dato Shafee Yahaya sendiri yang pada saya, telah dirakamkan dengan terperinci serta juga penelitian terhadap dua Kertas Siasatan BPR iaitu HQ/BPR/KS:23/7/98 dan HQ/BPR/KS:20/6/98 saya merumuskan kes ini seperti berikut:-

5.1.Anggapan Dato Shafee bahawa Perdana Menteri Dato Seri Dr. Mahathir Mohammad telah mengarahkan beliau untuk menutup kes siasatan terhadap Tan Sri Ali Abul Hassan bekas Ketua Pengarah EPU, lebih merupakan persepsi beliau sendiri. Tidak ada sebarang keterangan untuk menyokong persepsi dan andaian oleh kerana Dato Shafee sendiri tidak ada membuat sebarang catitan dalam mana-mana fail, diari atau dokumen-dokumen lain. Pertemuan Dato Shafee dengan YAB PM mengenai isu dalam persoalan ini dibuat atas dasar satu dengan satu (on a one to one basis). Oleh yang demikian apa juga transpired antara mereka hanya mereka sahaja yang privy kepada butir perbincangan.

5.2.Sekalipun Dato Shafee menyatakan yang beliau telah mentaklimatkan Tan Sri Ketua Setiausaha Negara mengenai apa yang berlaku ketika beliau berjumpa dengan Perdana Menteri ketika membincangkan kes dalam persoalan ini,percakapan Tan Sri KSN jikapun dirakamkan tidak mempunyai “evidential value” oleh kerana kesaksian Tan Sri KSN hanya berguna untuk untuk mengesahkan sama ada benar Dato Shafee ada mentaklimatkan beliau mengenai perkara itu atau sebaliknya. Manakala keterangan mengenai apa yang sebenarnya yang dibincangkan atau yang diarahkan oleh PM kepada Dato Shafee akan merupakan keterangan “hearsay”sahaja.

5.3.Semakan serta penelitian keatas kertas-kertas siasatan BPR HQ/BPR/KS 23/7/98 dan HQ/BPR/KS:20/6/98 mendapati tidak terdapat sebarang catitan dalam minit arahan ataupun diari penyiasatan pegawai-pegawai BPR yang terlibat dalam kedua-dua kes yang berkenaan, yang menjurus kearah kes-kes berkenaan ditutup atau dihentikan atas arahan Perdana Menteri. Didapati penyiasatan yang rapi telah dijalankan dan telah mematuhi prosidur pengedaran yang sewajarnya.

5.4.Saya berpendapat siasatan ini jika diteruskan dan percakapan saksi-saksi seterusnya dirakamkan juga tidak akan berkesudahan dengan perolehan keterangan kukuh untuk apa-apa tindakan terhadap mana-mana pihak. Kebanyakkan kesaksian yang akan diperolehi dijangka akan berbentuk “hearsay” atau tidak mempunyai nilai kesaksian yang baik.Dengan rendah diri, berdasarkan daripada hujah-hujah yang saya utarakan diatas, izinkan saya mencadangkan siasatan kes ini dihentikan setakat ini sahaja melainkan jika ada keterangan yang baru ataupun jika Dato Shafee sendiri membuat laporan Polis serta mengemukakan keterangan lain untuk menyokong dakwaannya. Pun begitu saya memohon nasihat YBhg. Datuk mengenai cadangan saya ini.

Salam sejahtera dan terima kasih.

Tanda tangan bertarikh:9.11.2000.

(Dato Mat Zain bin Ibrahim) SAC II,

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah,

Ibu Pejabat Polis Kontinjen,

Kuala Lumpur.”

Kenyataan tidak benar oleh Tan Sri Musa Hassan dan Tan Sri Abdul Gani Patail berkaitan siasatan keatas Tun Mahathir.

7.11. Saya merujuk kepada muka surat 281 Buku Tersebut dan perturunkan kenyataan akhbar Tan Sri Musa Hassan dan Tan Sri Gani Patail seperti berikut;

The IGP confirmed that an investigation on Dr.Mahathir was carried out. (NST 9 April 2008)

“Our recods show we had submitted the investigation papers to the AG Chambers on 15 February 2000. The decision made by the AG at that time (the late Tan Sri Mohtar Abdullah) was that there was no case.”

In The Star of the same date (9 April 2008), it was reported that Tan Sri Abdul Gani Patail confirmed,

“The Chambers received the investigation papers from the police sometime in February 2000 and after studying it carefully, found no evidence to suggest that Dr. Mahathir had interfered in the investigations”

7.12. Saya hanya boleh menyatakan bahawa kenyataan kedua-dua Tan Sri Musa Hassan dan Tan Sri Gani Patail seperti diatas adalah tidak benar,tidak munasabah dan tidak masuk akal sama sekali. Adalah mustahil untuk kertas siasatan tersebut diedarkan kepada Jabatan Peguam Negara pada 15 February 2000 sedangkan kertas siasatan berkenaan hanya dibuka pada 13 Jun 2000 bersandarkan kepada laporan polis Tun H.S.Lee Rpt:14752/2000 yang dibuat oleh DSAI pada tarikh tersebut. Malah kertas siasatan tersebut bersekali dengan kertas-kertas siasatan BPR yang dirampas, hanya diedarkan kepada Jabatan Peguam Negara pada 9 November 2000.

7.13. Mungkin tarikh 15 February 2001 adalah lebih munasabah. Bagaimanapun jika Tan Sri Musa Hassan dan/atau Tan Sri Gani Patail mengubahnya kepada 15 February 2001 pula, ianya akan menjadi lebih tidak munasabah lagi. Oleh kerana pada 15 February 2001,Tan Sri Mohtar Abdullah yang dikatakan telah meneliti dan menutup kes tersebut telah TIDAK lagi menjadi Peguam Negara ketika itu, kerana tempat beliau telah digantikan oleh Datuk Ainum Mohammad Said pada 1 Januari 2001 (rujuk catitan Datin sendiri dalam muka surat 326 Buku Tersebut).

7.14. Mungkin juga atas sebab itu Tan Sri Musa Hassan dan/atau Tan Sri Gani Patail tidak tampil membuat pembetulan, lagipun orang yang dikaitkan itu Tan Sri Mohtar Abdullah telah pun meninggal dunia. Orang yang telah meninggal dunia memang tidak boleh menjawab lagi. Mungkin mereka berdua lupa banyak lagi orang-orang yang masih hidup yang mengetahui perkara ini yang boleh mempersoalkan kenyataan mereka.

7.15. Mungkin sekiranya Tan Sri Musa Hassan dan Tan Sri Gani Patail tidak membuat kenyataan yang tidak munasabah itu, kes ini tidak akan berpanjangan. Kenyataan merekalah yang telah membuka “flood-gates” untuk lebih banyak persoalan ditimbulkan mengenai kewibawaan PDRM menjalankan sesuatu penyiasatan. Malah kenyataan mereka berdua telah “undermine” penyiasatan Polis dalam kes ini, sepertimana juga mereka berdua sepakat memalsukan keterangan berkaitan laporan perubatan keatas DSAI dalam penyiasatan kes “mata-lebam”, yang bukan sahaja mereka telah “undermine” siasatan tersebut malahan telah menyebabkan Sistem Keadilan Jenayah kita menjadi kucar-kacir sehingga hari ini.

Cadangan kepada Dato Shafee.

7.16. Walaubagaimanapun sekiranya Dato Shafee berhasrat untuk meneruskan dakwaannya terhadap Tun Mahathir, beliau boleh memilih untuk membuat laporan Polis yang baru untuk menyebabkan kertas siasatan tersebut dibuka semula. Saya percaya Dato Shafee sendiri maklum perkara ini. Lagi pun tidak ada sekatan masa untuk sesuatu laporan kesalahan jenayah dibuat sekalipun sesuatu salah laku jenayah berkenaan berlaku 12 tahun yang lalu. Tidak ada pihak yang boleh menghalang Dato Shafee jika beliau ingin berbuat demikian.

7.16.1. Cuma saya ingin memberi ingatan supaya Dato Shafee mengingati semula setiap perkataan/keterangan yang beliau telah berikan ketika memberi keterangan di-Mahkamah pada 12.6.2000, percakapan dan sambungan percakapannya yang telah diberikan kepada Polis (lebih-lebih lagi beliau tidak memiliki salinan percakapan tersebut), laporan Polis baru jika dibuat dan keterangan-keterangan yang sedia ada dalam kertas-kertas siasatan yang berkaitan, supaya tidak berlaku pencanggahan yang material dalam keterangannya. Oleh kerana jika terdapat percanggahan yang material akan mendedahkan Dato Shafee sendiri kepada dakwaan memberi keterangan palsu. Saya percaya Dato Shafee sedar perkara ini. Apapun beliau harus “tepuk dada tanya seleranya sendiri”. Jika saya dipanggil untuk membantu penyiasatan, saya akan kekalkan posisi saya sepertimana yang saya dedahkan dalam Surat Terbuka ini.

Tiada campurtangan mana-mana pihak dalam penyiasatan kes ini.

8. Untuk faedah Datin juga,saya boleh mengesahkan disini bahawa tidak ada sebarang campur tangan daripada mana-mana pihak, sama ada daripada political masters, Pucuk Pimpinan Tertinggi PDRM atau Jabatan Peguam Negara ketika pasukan saya menangani siasatan kes terhadap Tun Mahathir ini. Malahan saya boleh menyatakan bahawa Pegawai-Pegawai BPR sendiri telah memberikan kerjasama mereka yang cukup baik ketika kami menangani isu ini. Secara kebetulan juga dalam laporan saya kepada Tan Sri Ismail pada 6.5.2010 itu, saya telah mengesahkan dalam perenggan 26 surat tersebut bahawa tidak ada campur tangan mana-mana pihak ketika saya menangani siasatan kes ini.

INSIDEN MATA-LEBAM.

9. Memandangkan Datin juga nampaknya berminat dengan insiden mata-lebam ini, sepertimana yang terkandung dalam muka surat 311 dan 312 Buku Tersebut, saya berpendapat tidak salah untuk saya menjelaskan perkara ini dengan lebih mendalam lagi, to set the records straight, memandangkan saya terlibat secara langsung dalam penyiasatan kes ini sebagai Ketua Pegawai Penyiasat dan juga membantu kelicinan prosiding Suruhanjaya Di-Raja menyiasat peristiwa ini. Lagipun ianya bukan lagi menjadi rahsia, bahkan saya pernah “mendedahkan” sebahagian peristiwa ini menerusi Pernyataan Tuntutan saya terhadap DSAI yang difailkan dalam Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 11.8.2008. Malah beberapa dokumen saya, khasnya laporan lengkap saya bertarikh 15.4.2009 kepada Y.A.Bhg.Tun Abdul Hamid Mohamad, Pengerusi Lembaga Penasihat Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) dan salinannya kepada setiap seorang Ahli Lembaga Penasihat tersebut dan termasuk Pengerusi serta Ahli-Ahli Jawatankuasa Khas Mengenai Rasuah, berada dalam public domain setelah digunakan sebagai keterangan dalam perbicaraan DSAI dalam Sodomy II yang masih berjalan.

Laporan DSAI pada 1.7.2008.

10. Pada 1.7.2008 DSAI telah membuat Dang Wangi Rpt:22807/08.Dalam laporannya ini DSAI mendakwa Tan Sri Gani Patail, Tan Sri Musa Hassan, Dr. Abdul Rahman Yusof, seorang Forensic Consultant dari Hospital Besar Kuala Lumpur dan Dato Mat Zain Ibrahim (saya sendiri) selaku Pegawai Penyiasat kes mata-lebam, telah memalsukan keterangan berkaitan dengan laporan perubatan mengenai kecederaan beliau (DSAI) dalam penyiasatan kes mata-lebam tersebut.

10.1. Siasatan telah dijalankan oleh pihak Ibu Pejabat BPR (kemudianya SPRM) .Saya telah dipanggil memberi keterangan sekurang-kurangnya 5 kali di-Ibu Pejabat SPRM termasuk pihak Penyiasat SPRM telah membuat “rampasan” dokumen-dokumen daripada kediaman saya pada 4.7.2008. Saya tidak membantah rampasan ini malah memberikan kerjasama sepenuhnya kepada Pegawai-Pegawai SPRM berkenaan, kerana saya tahu itu adalah tanggung-jawab mereka selain daripada mereka bertindak secara sopan dan professional, sepertimana juga saya lakukan ketika membuat “rampasan” dua kertas siasatan BPR ketika menyiasat kes terhadap Tun Mahathir seperti yang saya jelaskan dalam perenggan-perenggan diatas.

10.2. Apa yang boleh saya katakan disini ialah kesemua dokumen (yang saya sebagai pembikinnya) yang dirampas dari rumah saya adalah salinan yang sama yang terdapat dalam kertas siasatan kes mata-lebam itu sendiri. Ianya mengandungi keterangan-keterangan dan bukti yang padat yang bukan sahaja sekadar boleh “mengaitkan” sesaorang, malahan jika dibaca bersama dengan laporan Suruhanjaya DiRaja menyiasat kes mata-lebam itu, boleh “mensabitkan” kesalahan mereka keterangan palsu terhadap mereka-mereka yang terlibat tanpa sebarang keraguan.

10.3. Namun begitu pada 11.3.2009 YB Dato Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz, Menteri di Jabatan Perdana Menteri telah mengumumkan di Parlimen bahawa siasatan terhadap pengaduan DSAI pada 1.7.2008 tersebut telah selesai 2 bulan daripada tarikh laporan tersebut dibuat. Cuma pengumumannya dibuat pada tarikh berkenaan memandangkan kes tersebut sangat sensitif. Beliau juga turut mengumumkan bahawa satu Panel Bebas tiga orang terdiri daripada 2 orang mantan Hakim Mahkamah Persekutuan dan seorang mantan Hakim Mahkamah Rayuan telah dilantik sebagai Timbalan Pendakwa Raya, bagi meneliti kertas siasatan SPRM berkaitan kes ini. Beliau seterusnya mengumumkan bahawa Panel Bebas tersebut secara sebulat suara (3-0) mendapati Tan Sri Musa Hassan bersih daripada sebarang salah laku jenayah dalam siasatan tersebut. Manakala Panel Bebas sama secara majority (2-1) mendapati Tan Sri Gani Patail tidak terlibat dengan sebarang salah laku jenayah dalam siasatan sama. Ini bermakna seorang daripada Ahli Panel Bebas tersebut mendapati ada keterangan untuk mengaitkan Tan Sri Gani Patail dengan perbuatan salah laku jenayah. Bagaimanapun kedua-dua Tan Sri Gani dan Tan Sri Musa diistiharkan bersih (“cleared”) dari sebarang salah laku jenayah, manakala tidak ada sebutan mengenai nasib Dr. Rahman dan saya yang turut didakwa oleh DSAI dalam laporannya tersebut. Pengumuman ini seolah mengesahkan bahawa laporan DSAI itu ada kebenarannya kerana Dr. Rahman dan saya tidak “dibersihkan” sekali dengan mereka berdua.

10.4. Saya berhak untuk merasa terkejut dan kecewa dengan keputusan ini lebih-lebih lagi selaku Ketua Pegawai Penyiasat kes mata-lebam tersebut saya tahu apa yang berlaku malah telah menyerahkan segala dokumen-dokumen bukti kepada Penyiasat SPRM.

10.5. Oleh hal demikian saya telah menulis surat bantahan rujukan:MZ/SULIT/5776/7 bertarikh 15.4.2009 kepada Pengerusi, Lembaga Penasihat SPRM iaitu Y.A.Bhg. Tun Abdul Hamid Mohamad, dengan salinannya kepada setiap seorang Ahli Lembaga Penasihat dan juga Pengerusi serta Ahli Ahli Jawatankuasa yang lain seperti Jawatan Kuasa Khas Mengenai Rasuah. Selain daripada mengemukakan hujah dan dokumen bukti, saya turut menjelaskan secara terperinci caramana pemalsuan keterangan tersebut dilakukan dan siapa yang melakukannya dan Pegawai mana yang bersubahat memberi kemudahan melakukan jenayah tersebut, sepertimana yang telah saya rakamkan dalam diari penyiasatan saya ketika menjalankan siasatan kes mata-lebam tersebut.

10.6. Selain daripada itu saya telah mempersoalkan kesahihan perlantikan Ahli-Ahli Panel Bebas tersebut sebagai Timbalan Pendakwa Raya oleh Peguam Cara Negara seperti yang diperuntukkan dalam Kanun Prosidur Jenayah (CPC). Saya telah menonjolkan bahawa Peguam Cara Negara TIDAK mempunyai hak atau kuasa untuk melantik Timbalan Pendakwa Raya (TPR) mengikut perbekalan dalam CPC. Peruntukkan Seksyen 376(4) CPC adalah sangat jelas bahawa hak atau kuasa untuk melantik TPR terletak kepada Pendakwa Raya(dalam hal ini Tan Sri Gani Patail) dan kuasa tersebut hendaklah dijalankan oleh Pendakwa Raya sendiri. Oleh hal yang demikian perlantikan Panel Bebas seperti yang diumumkan oleh Menteri di JPM itu adalah tidak sah dan menjadikan keputusan yang mereka buat sebagai sia-sia. Ini bermakna pengistiharan bahawa kedua-dua Tan Sri Gani dan Tan Sri Musa sebagai bebas daripada salah laku jenayah tidak boleh diterima pakai mengikut kefahaman saya.

10.7. Untuk pengetahuan Datin, Peguam Dato Param Cumaraswamy pun ada menulis surat bantahan kepada SPRM mempersoalkan isu perlantikkan Panel Bebas ini.

10.8. Apa pun pada 23 July 2009 saya telah menerima surat balasan daripada Sekretariat Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah (LPPR) yang ditanda tangan sendiri oleh Y.A.Bhg. Tun Abdul Hamid Haji Mohamad. Saya merasa terkejut dimaklumkan secara bertulis bahawa bidang kuasa LPPR seperti yang diperuntukkan oleh Seksyen 13 Akta SPRM 2009 (Akta 694) TIDAK termasuk menyemak semula (review) sebarang keputusan yang telah dibuat oleh SPRM dalam sesuatu kes. Ini bermakna LPPR tidak boleh berbuat apa-apa sekalipun SPRM telah membuat sesuatu keputusan yang salah atau tidak mengikut undang-undang. Ini turut bermakna sekalipun LPPR sedar bahawa perlantikkan Panel Bebas tersebut adalah tidak sah dari sisi undang-undang, LPPR terpaksa bersetuju menerimanya. Soal sama ada LPPR berpuas hati atau tidak dengan penyiasatan dan keputusan SPRM tidak timbul. Selepas daripada penerimaan surat LPPR sedemikian itu saya tidak menulis apa-apa suratan kepada LPPR lagi.

10.8.1. Saya berasa begitu ralat kerana diakhir laporan saya kepada LPPR itu saya merayu kepada Y.A.Bhg.Tun seperti diperturunkan;..

“Para 48.

Saya percaya Y.A.Bhg.Tun,serta Yang Berbahgia dan Yang Berhormat Pengerusi dan Ahli-Ahli pelbagai Panel SPRM tidak akan merelakan intergriti Institusi penting Negara seperti Badan Kehakiman,Jabatan Peguam Negara, SPRM dan PDRM diletakkan dalam risiko kemusnahan semata-mata untuk menyelamatkan sesaorang dikenakan hukuman jenayah. Saya merayu dan sesungguhnya yakin Y.A.Bhg. Tun akan memberi peluang pendengaran yang adil dan saksama kepada saya dan juga kepada pihak atau pihak-pihak yang dinamakan dalam perkara ini.Saya yakin Y.A.Bhg. Tun akan mempertimbangkannya bukan demi saya seorang, tetapi demi Keluhuran dan Kedaulatan Undang-Undang Negara dan demi Keadilan Awam itu sendiri. Salam sejahtera.

Yang benar,

t.t.bertarikh:15 April 2009.

(Mat Zain bin Ibrahim)”

10.9. Namun begitu saya tidak putus asa dalam mengenengahkan kebenaran ini. Dalam surat saya kepada YDH Tan Sri Ismail Omar, dalam perenggan 11, saya telah membuat “pengistiharan” yang berbunyi antaranya;

“Tanpa terpengaruh dengan pendapat pihak-pihak lain mengenai laporan DSAI tersebut sama ada telah dibuat secara rasmi atau sebaliknya, saya,selaku Pegawai Penyiasat kes mata-lebam tersebut yang mempunyai pengetahuan mendalam kes ini mendedahkan pendapat saya mengenainya seperti berikut dibawah;

a)Bahawa dakwaan DSAI menyatakan berlakunya perbuatan memalsukan keterangan berkaitan laporan kecederaan keatas dirinya dalam penyiasatan kes mata-lebam adalah benar dan betul berlaku.

b)Bahawa terdapat sejumlah 3 (tiga) laporan perubatan yang telah dipalsukan iaitu;…….”

10.9.1. Saya turut mengistiharkan bahawa saya serta Pegawai-Pegawai dalam Pasukan Penyiasat Khas kes tersebut dan juga pucuk pimpinan PDRM ketika itu tidak pernah mensubahati Tan Sri Gani Patail dalam memalsukan keterangan terhadap DSAI. Malahan saya menjelaskan bahawa saya telah mengambil segala langkah yang perlu (yang dirakamkan dalam diari penyiasatan saya) untuk menasihati dan menghalang beliau daripada melakukan sesuatu yang menyalahi undang-undang dalam penyiasatan kes mata lebam tersebut.Saya telah menasihatkan beliau ketika itu, posisi Dr. Rahman yang sedang dalam siasatan Polis berkaitan satu kes ugutan jenayah keatas seorang Dr. Abdul Halim Mansar yang merupakan Pakar Forensik Hospital Kuala Lumpur yang mula-mula menyediakan laporan kecederaan keatas DSAI atas permintaan rasmi saya, dan penggunaan Dr. Rahman menyediakan laporan perubatan bertentangan dengan apa yang telah disediakan oleh Dr. Halim, akan menyebabkan “complications” dikemudian hari. Rupa-rupanya Tan Sri Gani Patail telah mengambil kesempatan posisi Dr. Rahman sedemikian itu untuk mengarahkannya menyediakan sejumlah tiga (3) laporan palsu berlainan berkaitan kecederaan DSAI dalam insiden mata-lebam tersebut. Sekiranya terdapat mana-mana Pegawai Polis yang telah bersubahat atau memberi kemudahan kepada beliau melakukan pemalsuan tersebut, maka Pegawai Polis berkenaan telah melakukannya atas sifat peribadi untuk kepentingan dan faedah persendirian Pegawai berkenaan yang tidak ada kena mengena dengan pendirian PDRM menangani siasatan kes mata-lebam ini.

Penggunaan keterangan palsu dalam perbicaraan Sodomy II.

11. Dalam surat saya kepada Tan Sri Ismail itu juga saya telah memberi “isyarat awal” berkaitan pemerhatian saya mengenai penggunaan keterangan palsu dalam perbicaraan Sodomy II yang sedang berjalan. Keterangan palsu/tidak benar itu adalah dalam bentuk dua afidavit yang diikrarkan pada 30.6.2009 oleh dua Pegawai Jabatan Peguam Negara bagi pihak Pendakwa Raya. Perkara ini bukan rahsia kerana DSAI sendiri telah membuat laporan Polis Travers Rpt:5160/09 pada 21.7.2009 dan membuat kenyataan akhbar mengenai laporan ini terhadap, Dato Abdul Razak Musa Pengarah Pendakwaan dan Perundangan SPRM dan Timbalan Pendakwa Raya Hanafiah Hj. Zakaria dari Jabatan Peguam Negara, seorang Ahli dalam Pasukan Pendakwaan kes Sodomy II. Berpeluang meneliti kandungan dokumen-dokumen tersebut yang berada dalam public domain itu, serta mengetahui perkara sabjek yang terkandung dalam laporan Suruhanjaya DiRaja berkaitan, saya berpendapat yang dakwaan DSAI ada kebenarannya walaupun saya tidak mempunyai ekses lagi untuk mengetahui hasil siasatan berkaitan laporan tersebut. Saya memberikan isyarat awal ini adalah untuk PDRM mengambil langkah berjaga-jaga supaya tidak dijadikan “scape-goat” sekiranya sesuatu yang buruk berlaku dalam pendakwaan Sodomy II seperti mana yang menimpa PDRM dan saya dalam penyiasatan kes mata-lebam.

12. Hari ini pula, ketika saya sedang menulis Surat Terbuka ini kepada Datin, tersiar pula secara meluas dalam akhbar-akhbar dan blogs mengenai seorang Rahimi Osman yang disenaraikan sebagai seorang saksi pembelaan, menghebahkan pula yang beliau dipaksa membuat Statutory Declaration (SD) untuk mengaitkan Dato Seri Najib dan Datin Seri Rosmah Mansor dalam kes Sodomy II, yang melibatkan sahabat beliau Mohd. Saiful Bukhari Azlan dua tahun lalu. Dilaporkan pula kononya Rahimi Osman telah membuat SD yang baru pula. Ini mengingatkan kita kepada apa yang dilakukan oleh Private Investigator Bala dalam kes bunuh Altantuya.

12.1. Apa sudah jadi dengan Sistem Keadilan Jenayah kita? Seolah BAB XI dalam Kanun Keseksaan berkaitan Keterangan Palsu dan Kesalahan-Kesalahan Terhadap Keadilan Awam tidak ujud lagi. Siapa yang sepatutnya dipersalahkan? Siapa yang menyebabkan Sistem Keadilan Jenayah kita menjadi kucar kacir, sehinggakan sesiapa juga boleh mempermain-mainkannya tanpa takut kepada sebarang tindakan dan hukuman undang-undang. Saya tidak teragak-agak untuk menyatakan bahawa keadaan ini berpunca daripada “precedent” yang dibuat oleh Tan Sri Gani Patail dan Tan Sri Musa Hassan sendiri. Jika mereka boleh merekacipta keterangan palsu dan menggunakan dua daripada tiga laporan yang dipalsukan itu pula dalam prosiding kehakiman Suruhanjaya DiRaja, dan kemudian mendabik dada mengatakan mereka bersih daripada sebarang salah laku jenayah; jika Tan Sri Musa boleh memberi keterangan palsu dalam perbicaraan dalam Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur seperti yang dilaporkan oleh seorang Penggubal Undang-Undang YB R. Sivarasa dalam bulan Mac tahun ini, dan tiada tindakan dikenakan; jika Tan Sri Musa Hassan boleh mengemukakan Pernyataan Tuntutan yang tidak benar dalam samannya terhadap DSAI serta menuntut berjuta Ringgit sebagai ganti rugi pula dan menayangkan pula saman tersebut kepada dunia, maka P.I. Bala dan Rahimi Osman juga tidak bimbang akan tindakan undang-undang terhadap mereka. Cuma yang tidak bernasib baik, mungkin Brig.Gen (B) Datuk Mohamad Yasin Yahya bekas Panglima Brigade Sabah (saya juga tidak pernah mengenali beliau) yang telah berpuloh tahun menabur keringatnya mempertahankan kedaulatan Negara, akhirnya diaibkan dengan dituduh memberi keterangan palsu (walaupun kemudiannya didapati tidak bersalah) ketika memberi keterangan di-Mahkamah melibatkan satu kes Dato Ramli Yusuff.

13. Memandangkan keadaan terbaru ini,mungkin Dato Shafee ingin menimbangkan semula cadangan saya diperenggan 7.16 dan 7.16.1 dalam Surat Terbuka ini.

14. Berbalik kepada laporan saya kepada YDH IGP Tan Sri Ismail Omar pula, kini terserah kepada budi bicara beliau untuk mengambil posisi beliau dalam hal ini, dan lain lain isu yang saya dedahkan dalam laporan saya kepada beliau bagi memelihara kewibawaan dan keberkecualian serta imej PDRM yang tercemar teruk sejak 2006. Saya yakin YDH Tan Sri akan melakukan sesuatu. Untuk faedah Datin dan juga pembaca lain yang mungkin berminat membaca Surat Terbuka ini, saya telah akhiri laporan saya kepada Tan Sri Ismail Omar tersebut itu seperti diperturunkan dibawah;

“Para 32.

Saya berharap laporan yang saya kemukakan ini tidak menambahkan bebanan masaalah yang berada dalam tangan Tan Sri sekarang ini.Saya sedar siapa saya dan kedudukkan saya dalam masyarakat dan saya turut sedar dengan siapa saya berhadapan dan apa yang boleh berlaku keatas diri saya dan keluarga dengan pendedahan yang saya tonjolkan dalam laporan ini. Namun begitu saya turut yakin sebilangan besar rakyat dan pemimpin Kerajaan khasnya dalam PDRM yang cintakan keluhuran undang-undang dan keadilan. Pada ketika saya berpangkat ACP/SAC II, saya telah dilonggokkan dengan keterangan dan bukti daripada Ketua Polis Negara,Timbalan Ketua Polis Negara,Pengarah-Pengarah dan Pemimpin Tertinggi Polis serta Pegawai sehingga anggota berpangkat Konstabel mengenai peristiwa insiden mata-lebam. Dengan bahan bahan tersebut saya diminta untuk membuat keputusan sendiri dan seorang diri sama ada memilih menyelamatkan maruah PDRM ataupun menyelamat TSRN. Dengan sedih saya memilih untuk mencadangkan TSRN, seorang yang saya sanjung tinggi sebagai seorang ketua, sahabat dan juga kawan keluarga dituduh dibawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan. Saya Cuma berharap saya telah melakukan sesuatu yang saksama kepada beliau. Kini saya memohon maaf kerana melonggokkan pula bahan serupa dan meletakkan Tan Sri didalam situasi yang sama, yang saya berada 12 tahun lalu. Saya turut berharap situasi yang kita alami adalah yang terakhir buat PDRM.

Para 33.

Akhirkata saya mendoakan Tan Sri sentiasa berada dalam kesejahteraan dan kesihatan untuk seterusnya memimpin Pasukan Polis Di Raja Malaysia kearah kecermelangan dan kegemilangan serta dihurmati sepertimana yang pernah dinikmati dalam era sebelum 2006.

Wassalam.

Bth:6 Mei 2010.

PENUTUP

15. Saya sedar bahawa Surat Terbuka saya ini akan mengundang respon yang positif dan juga negative. Sesiapa pun mempunyai hak untuk meluahkan pendapatnya dan saya bersedia menerimanya dengan fikiran terbuka. Apa pun saya mengambil tanggung jawab sepenuhnya mengenai penulisan saya ini. Saya sedar akan risiko dan konsekuennya.

16. Saya akan mengirimkan salinan pertama menerusi email kepada Datin, manakala salinan yang mengandungi tandatangan saya, akan dikirim pos.

17. Sekali lagi saya menyusun sepuloh jari memohon jutaan maaf jika terdapat kata-kata saya yang menyinggung perasaan Datin. Salam hurmat saya buat Dato Shafee Yahaya dan keluarga.

Terima Kasih ikhlas saya kepada Y.Bhg. Datin kerana memberi semangat kepada saya dengan menonjolkan Surah Al Baqarah 2:24; “And mix not truth with falsehood, nor conceal the truth while you know (the truth). Sempena dengan hari terakhir Shawal yang mulia ini saya sekeluarga mengucapkan Selamat Eidul Fitri, maaf zahir dan batin untuk YBhg. Datin sekeluarga.

Wassalam.

Yang Benar,

t.t

(MAT ZAIN BIN IBRAHIM)

8 hb Oktober 2010.

Siasatan Jenyah: Pendedahan Pegawai Kanan Polis

SAC II Dato Mat Zain Ibrahim, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah PDRM Kuala Lumpur menulis surat panjang Oktober lalu kpd Datin Kalsom Taib, pengarang buku The Shafee Yahaya Story – Estate Boy To ACA Chief.
Saya menelaah semula warkah tersebut kerana Dato Mat Zain merupakan ketua pegawai penyiasat kes “mata lebam”, “pemalsuan keterangan Dr Abdul Rahman dari Hospital Kuala Lumpur”, penglibatan Tan Sri Musa Hassan dan Tan Sri Gani Patail. Beliau juga bertanggungjawan menyiasat kes berkaitan keterangan Dato Shafie Yahaya di mahkamah tinggi yang mendakwa Tun Dr Mahathir mengarahkan beliau menutup siasatan rasuah terhadap Ketua Pengarah Unit Perancangan Ekonomi ketika itu Tan Sri Ali Abul Hassan.

Dalam mana saja sistem yang telus dan adil, surat sebegini pasti menggemparkan kerana tampak menjejaskan sistem siasatan jenayah polis; perana BPR (kini SPRM); Jabatan Peguam Negara dan badan Kehakiman. Dato Mat Zain menegaskan lagi kebenaran keterangan saya dalam suratnya kepada Timbalan Ketua Polis Negara. Malah beliau menyoal: “siapa yang menyebabkan sistem keadilan jenayah kita menjadi kucar kacir…?”

Saya menggesa saudara semua meneliti surat tersebut dalam semangat ayat al Quran yang disebut oleh Datin Kalsum dan diulang oleh Dato Mat Zain.

“Dan jgnlah kamu campuradukkan kebenaran dgn kebatilan; dan jgnlah kamu sembunyikan kebenaran, sedangkan kamu mengetahuinya” –Al Baqarah: 42

ANWAR IBRAHIM

Wednesday, November 10, 2010

Krisis menuntut anak muda matang

Apa yang berlaku dua tiga hari ini boleh saja menjadi krisis kemuncak KEADILAN jika tidak ditangani dengan bijak. Krisis ini menuntut anak muda matang dan menjadi kuasa penyatu. Semua anak muda KEADILAN dijemput bersama Rapat Anak Muda untuk mencari formula terbaik dan pendekatan terbaik - selamatkan KEADILAN demi menyelamatkan Malaysia.

Tarikh : 10 November 2010
Masa : 9.00 malam
Tempat : Dewan Himpunan Cina Selangor, Jln Dato Maharajalela, Kuala Lumpur (dekat dengan Stadium Negara)

Sila datang datang dengan jiwa besar.... InsyaAllah YB Izzah dan beberapa pimpinan utama akan turut hadir.

cheGuBard & YB Lih Kang
Pengerus Perjuangan Reformasi

Misi Bantuan Anak Muda KEADILAN ke Kedah

Seluruh pasukan Penerus Perjuangan Reformasi telah 'call off' dua hari kempen pemilihan untuk berkonvoi ke Kedah bagi misi kemanusiaan bantuan mangsa banjir. Bendera Keadilan berkibar megah di tengah tempat krisis memberikan bantuan. sila klik sini untuk baca lanjut

Surat terbuka : Mohon respon S/U sulit Kanan PM





(klik imej untuk membaca dengan jelas)

Tarikh : 10 November 2010

Kepada :

Dato' Zakiah Ibrahim,
Setiausaha Sulit Kanan,
Perdana Menteri Malaysia.

Ybhg. Dato' ;

MAKLUMAT KAITKAN DATO' DENGAN PENYELEWENGAN, MOHON RESPON

Telah memperolehi satu maklumat dari individu yang mendakwa 'orang dalam' JPM dengan memberikan dokumen dan fakta mengenai penyelewengan yang mengaitkan Dato' dengan kegiatan penyelewengan dan pengumpulan harta yang luar biasa.


Pemberi maklumat telah menggelarkan Dato' sebagai 'ZAKAYA' dan menyifatkan Dato' sebagai merupakan wanita yang mempunyai pengaruh besar di Pejabat Perdana Menteri.


Pemberi maklumat menyatakan Dato' Tidak menyukai publisiti, tetapi dalam diam 'mengumpul harta bernilai 'RM200 juta dalam masa tidak sampai tiga tahun menguasai pejabat PM.


Pemberi maklumat menyifatkan Dato' Zakiah adalah individu yang memuktamadkan siapa yang mendapat projek melalui direct nego atau restricted tender di Kementerian Kewangan.


Kononya menurut pemberi maklumat Kuasanya melebihi kuasa Datuk Seri Husni Hanazlah, Menteri Kewangan Kedua.


Pemberi maklumat menyatakan juga Dato' menggunakan bilik yang betul-betul terletak di sebelah bilik PM, Zakiah membuat keputusan untuk menguasai dan menukar syarikat yang mendapat kontrak kerajaan samada untuk Ketua UMNO bahagian, kerabat diraja mahupun kroni-kroni beliau sendiri.


Pemberi maklumat menyatakan dalam masa yang singkat telah mengumpul kekayaan sebanyak RM200 juta dengan cara diam-diam melalui dua orang rakannya Dato Norida Hamzah, CEO Aero Tree Defence & Services Sdn Bhd dan seorang lagi Halim Othman, bekas petugas Sri Satria dan “Nominee Director” untuk Zakiah.


Menurutnya lagi, modus Operandi Zakiah adalah dengan menukar proposal syarikat yang terpilih kepada syarikat Dato Norida dan Halim atau memanggil ketua bahagian UMNO atau Kerabat Diraja yang berjaya merebut tender untuk berkongsi kekayaan dengan beliau.


Menurut pemberi maklumat kononya satu lagi keistimewaan Zakiah adalah beliau boleh terus menghubungi menteri untuk “rundingan terus” dengan beliau supaya projek itu boleh dikongsi antaranya dan pihak menteri atau pegawai kanan kementerian tersebut., Pemberi maklumat turut mengemukakan dua bukti 2 syarikat milik Zakiah yang menggunakan kroni beliau dengan memaksa Bank Pembangunan dan Malaysia Debt Ventures Berhad memberikan pinjaman berjumlah hampir RM200 juta untuk projek bernilai RM20 juta.


Sehubungan dengan itu saya menulis surat terbuka ini untuk memohon penjelasan segera Dato'. Saya bersedia menyiarkan penjelasan Dato' sebagaimana surat terbuka ini disiarkan. Maklumat yang diberikan mungkin sahaja ada ketidak kebenaranya, namun selaku penjawat awam Dato' seharusnya juga bertanggungjawab untuk dilihat bersih dan perlu menjawab kepada rakyat awam. Dato' Boleh sahaja menafikan, namun perlu memberikan penjelasan termasuk kewujudan dokumen berkaitan. Harap Dato' dapat respon perkara ini dengan hati terbuka untuk menjelaskan perkara sebenar kerana demi menjaga kepentingan awam.


Sekian dan terima kasih


cheGuBard

ahli Majlis Pimpinan Pusat

Parti Keadilan Rakyat.


* satu masej twitter telah dihantar kepada PM berkenaan surat terbuka ini

Tuesday, November 09, 2010

SURAT TERBUKA KEPADA PRESIDEN, PARTI KEADILAN RAKYAT

Presiden Parti Keadilan Rakyat

Saya telah menjadi ahli parti sejak PKR ditubuhkan. Saya dan beratus ribu lagi rakyat Malaysia telah memilih PKR sebagai wadah perjuangan politik. Kami telah menaruh harapan untuk PKR membawa perubahan kepada mutu sistem pemerintahan di negara yang tercinta ini. Harapan kami telah menggunung apabila PKR serta PAS dan DAP berjaya mencapai kejayaan yang tidak diduga pada PRU 12. Kemaraan ke Putrajaya kian menjadi realiti.

Walaubagaimanapun perkembangan-perkembangan mutakhir dalam PKR amat mencemaskan saya. Rentetan daripada pemilihan pucuk pimpinan yang sedang berlangsung, parti telah di heret ke ambang krisis. Pada hemat saya, krisis ini ialah yang paling getir pernah dihadapi oleh parti. Besar kemungkinan parti akan berpecah akibat krisis ini dan sekali gus memusnahkan peluang Pakatan Rakyat untuk menang di PRU 13. Kemaraan ke Putrajaya akan menjadi hanya sebuah impian.

Justeru itu, saya merayu dari lubuk hati saya kepada Presiden parti yang telah menang tanpa bertanding pada pemilihan kali ini untuk bertindak mengawal keadaan dan menyelamatkan parti. Hal-hal pemilihan parti tidak perlu dibincang dan diputuskan oleh Biro Politik kerana ramai ahli dalam Biro Politik mempunyai kepentingan dalam proses dan keputusan pemilihan. Budi bicara Presiden memadai untuk membuat keputusan muktamad atas hal-hal pemilihan.

Presiden harus menampilkan kepimpinan yang tegas dan melantik sebuah Jawatankuasa Pemilihan Parti baru dengan mandat penuh untuk menguruskan proses pemilihan secara adil dan bebas.

Ketua Umum parti mesti menghormati kedudukan dan kuasa-kuasa Presiden dan beliau sewajarnya tidak campur tangan dengan keputusan-keputusan yang diambil oleh Presiden. Sayugia diingatkan, Ketua Umum telah terlibat dalam krisis ini dan banyak pihak meragui peranan beliau dalam proses pemilihan.

Jika perlu, sebuah jawatankuasa pemandu ditubuhkan dengan mandat dari Majlis Pimpinan Pusat dan Presiden sebagai pengerusi untuk menstabilkan parti.

Saya doakan Presiden akan berjaya dalam misi ini. Janganlah hancurkan impian kami sebagai ahli-ahli biasa untuk parti membawa perubahan kepada pemerintahan negara ini.

Sekian, Salam Reformasi.

ILLAM KUBONG AK DAGANG
Kuching, Sarawak
No ahli: Q060000568

9 NOVEMBER 2010
sampikan surat ini kpd DSAI & YG LAIN2NYE...

Monday, November 08, 2010

Video pembentangan Manifestasi Anak Muda Malaysia - sebar

Saya mengajak seluruh anggota muda parti untuk meneliti arah tuju AMK sebagai 'platform' gerakan anak muda sebelum melakukan tanggungjawab dalam pengundian mengikut cabang masing - masing.





tunggu siri ke 3 hingga siri ke lima atau terus klik di sini

Thursday, November 04, 2010

Kerajaan digesa bela nasib belia India di estet



TeaPickersMakaibariEstateDarjeelingIndiaSempena Menyambut Deepavali

SANDAKAN: Kerajaan digesa membela nasib kaum India yang bekerja di ladang-ladang estet khususnya golongan belia dan tidak sekali-kali meminggirkan mereka dari arus pembangunan negara.

Demikian gesaan yang dibuat oleh Badrul Hisham Shaharin (Chegu Bard) dan Chang Lih Kang hari ini dalam satu kenyataan bersama berhubung sambutan Deepavali yang bakal disambut penganut agama Hindu esok.

Kerajaan juga diingatkan agar tidak mengambil sikap ‘ambil madu, sepah dibuang’ apabila hanya prihatin terhadap nasib masyarakat di estet apabila adanya pilihan raya diadakan di kawasan tersebut.

"Apabila ada pilihan raya barulah pemimpin-pemimpin kerajaan mahu bertanya khabar dengan pekerja di ladang-ladang estet. Lebih malang lagi apabila ada antara mereka yang gemar menabur janji manis ketika pilihan raya. Bila sudah menang, janji cuma tinggal janji.

"Belia India di estet jangan sesekali disisihkan daripada arus pembangunan negara. Kerajaan harus lebih peka tentang apa yang mereka perlukan untuk membantu mereka supaya lebih kehadapan," menurut kenyataan itu lagi.

Hidup bersama dengan aman

Dalam kenyataan itu lagi, di samping mengucapkan selamat menyambut Deepavali kepada penganut agama Hindu, mereka turut mendoakan agar semua kaum di negara ini dapat hidup bersama dengan aman dan dijauhkan daripada api perkauman.

"Sempena Hari Deepavali yang bakal disambut esok, kita sama-sama mendoakan agar seluruh rakyat di negara ini dapat hidup sejahtera dalam satu negara yang kita cintai ini tanpa ada batas perkauman.

"Diharap ‘Cahaya Deepavali’ kali ini dapat menerangi hati dan kehidupan kita semua. Selamat Deepavali Malaysia," ucap Badrul Hisham dan Chang.

Ketika ini, Chegu Bard dan Chang sedang berada di Batu Sapi, Sabah bagi membantu jentera kempen pilihan raya Pakatan Rakyat untuk memenangi pilihan raya kecil di sana.

Chegu Bard kini berentap dengan Shamsul Iskandar Mohd Akin bagi merebut jawatan Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) PKR manakala Chang, yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Teja sedang bertanding untuk jawatan timbalan ketua AMK.


sumber http://freemalaysiatoday.com/bahasa/?p=9868

Wednesday, November 03, 2010

Ketua AMK dinasihat lebih matang dan jangan terburu-buru ke media.

chegubardOleh Nazli Ibrahim

PETALING JAYA: Calon Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Badrul Hisham Shaharin atau Chegu Bard hari ini melahirkan rasa terkilan terhadap tindakkan lawannya, Shamsul Iskandar Mohd Akin bertemu media berhubung isu pengundi hantu dalam perebutan kerusi nombor satu itu.

"Saya terkejut dan terkilan terhadap tindakan Shamsul. Mungkin dia terburu-buru buat macam itu demi mempertahankan jawatan Ketua AMK yang disandangnya," kata Chegu Bard.

Beliau juga menasihatkan agar calon-calon bertanding dalam pemilihan jawatan-jawatan dalam AMK agar bertindak matang dan tidak cepat melatah.

"Saya harap agar Shamsul tidak cepat melatah dan beliau sebagai Ketua AMK tentu matang untuk menentukan keputusan yang baik untuk parti. Begitu juga dengan calon-calon lain khususnya dalam AMK," katanya.

Beliau menyifatkan tindakan Shamsul adalah satu tindakan yang terburu-buru apabila menggunakan media berhubung isu pengundi hantu.

Tak perlu terburu-buru

"Shamsul agak terburu-buru. Saya sendiri telah mengemukakan beberapa laporan kepada Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) tanpa mengumumkannya kepada mana-mana media. Tak perlu terburu-buru," beritahu beliau lagi kepada FMT.

Chegu Bard memberitahu, antara perkara yang telah beliau laporkan kepada JPP antaranya jumlah undi yang melebihi kehadiran ahli, penglibatan jentera kempen lawannya dalam JPP, tindakan manipulasi dan beberapa tindakan yang lain yang beliau tidak boleh sebutkan demi memelihara imej parti dan semangat setiakawan.

Sementara itu, ketika menyangkal kenyataan Shamsul kepada media baru-baru ini yang mendakwanya telah membawa pengundi hantu di Cabang Rembau dan Tampin, beliau melahirkan rasa ragu terhadap kenyataan itu.

"Antara tuduhan yang dilemparkan ialah saya membawa pengundi hantu dan salah seorangnya ketua AMK Cabang Rasah sedangkan kedudukan Rasah dan Rembau hanya bersebelahan sahaja.

"Secara logiknya pula, mengapa saya hendak membawa pengundi hantu seorang Ketua AMK Cabang yang mudah dikenali.

Kalau nak bawa pengundi hantu pun, bawalah orang yang tidak mudah dikenali,"
kata beliau lagi.

Beliau berharap JPP dapat menyiasat semua laporan dan dakwaan yang telah dibuat termasuk laporan yang dibuat terhadap dirinya.

"Parti harus menyiasat dengan teliti dan mendalam terhadap laporan yang telah dibuat oleh semua calon. Tentang pengundi hantu pula, saya ingin mengulang pendirian saya sebelum ini iaitu tiada kompromi terhadap isu ini," kata beliau.

sumber http://freemalaysiatoday.com/bahasa/?p=9859

Tuesday, November 02, 2010

Menjawab kenyataan Dr Asri (utusan 2 Nov 2010)

Menjawab kenyataan Dr Mohd Asri Zainal Abidin
Utusan Malaysia Selasa 2 November 2010

Kenyataan Dr Mohd Asri Zainal Abidin dalam Utusan Malaysia Selasa 2 November 2010 yang menggesa supaya Anwar Ibrahim menggundurkan diri dari dunia politik nyata adalah gesaan yang tidak wajar dan tidak dapat di terima. Alasan yang menggatakan bahawa rentak politik Anwar Ibrahim tidak seimbangan dan penggundurannya akan memberi ruangan kepada politik baru tidak tepat.

Hakikat sebenarnya, politik Malaysia sedang mengalami anjakan yang besar dari sudut kesedaran dan kepekaan terhadap politik. Penglibatan rakyat Malaysia sebagai suara pengimbang kuasa politik adalah nafas-nafas baru yang telah wujud dan Anwar Ibrahim merupakan faktor utama penyumbang perubahan tersebut. Politik Malaysia bergolak kerana rakyat khususnya golongan muda menuntut perubahan dari situasi politik berbudaya usang yang ada pada BN. Kuasa politik mutlak yang mahu di pegang oleh BN hari ini tercabar dengan kebangkitan anak muda dalam mempersoalkan khususnya isu-isu berkenaan dengan demokrasi dan keadilan.

Anwar Ibrahim di lihat sebagai kuasa penyatu dalam politik yang dapat mencabar tindakan-tindakan kerakusan politik BN dan UMNO khususnya. Usaha menyatukan suara-suara pembangkang bagi tujuan mendesak kerajaan memerintah dapat dilaksanakan dengan jayanya oleh Anwar Ibrahim. Kita perlu ingat bahawa usaha menyatukan perjuangan pembangkang wujud sejak dahulu lagi – sewaktu timbulnya Gagasan Rakyat yang merupakan kalobrasi DAP, PAS dan Semangat 46 serta Angkatan Perpaduan Ummah yang di bentuk oleh Tengku Razaleigh Hamzah dalam usaha mengimbangkan dominasi BN dan UMNO dalam memegang kuasa di negara ini. Usaha Tengku Razaleigh tidak berjaya sebagaimana berjayanya Anwar Ibrahim sebagai faktor penyatu dalam Pakatan Rakyat yang telah berjaya mencabar monopoli politik yang ada pada BN khususnya UMNO. Ini merungsingkan BN/UMNO sehingga berbagai usaha dibuat untuk mematikan imej dan karier politik beliau. Kita lihat hari ini tindakan – tindakan terdesak kerajaan memerintah terhadap Anwar Ibrahim wujud kerana beliau berjaya memberi kesedaran baru, politik baru dan harapan baru kepada rakyat Malaysia. Ini dilihat sebagai satu ancaman kepada politik BN/UMNO yang sedia ada.

Kemantapan Pakatan Rakyat sebagai satu alternatif kepada BN adalah politik nafas baru yang sebenarnya. Kehadiran Anwar Ibrahim dalam menyatukan parti-parti ini bagi menguatkan suara rakyat adalah satu kejayaan. Faktor kehadiran Anwar Ibrahim dalam politik tanah air amat kritikal dalam kita membawa harapan baru untuk rakyat Malaysia. Sekiranya Anwar Ibrahim gagal kita percaya BN dan UMNO tidak akan melakukan usaha terdesak mereka untuk melenyapkan partisipasi Anwar Ibrahim dalam politik.

Generasi baru ini melihat Anwar Ibrahim sebagai ikon penyatuan yang akan menjadi suara baru dalam perjuangan rakyat. Generasi baru hari ini juga nampak bahawa usaha terdesak BN dengan menggunakan segala jentera kerajaan, melakukan ketidakadilan serta kezaliman dan usaha jahat untuk membunuh politik Anwar Ibrahim hanya menunjukkan betapa korup dan pincangnya pentadbiran kerajaan dibawah BN. Ini memerlukan pembelaan dan pembelaan ini bukan setakat membela Anwar Ibrahim tetapi membela rakyat dari terus dipimpin oleh kerajaan zalim yang ada.

Dr Mohd Asri Zainal Abidin tidak realistik dalam menuntut Anwar Ibrahim berundur dari politik. Alasan beliau tidak tepat dan ini juga mampu dilihat sebagai satu usaha untuk menggagalkan usaha reformasi yang dilakukan demi membebaskan rakyat dari terus di tipu oleh kerajaan memerintah. Anwar Ibrahim telah berjaya mengerakkan barisan pembangkang yang mantap dan semakin diterima rakyat Malaysia. Dr Mohd Asri sepatutnya lebih kritikal dalam memberi pendapat dan tidak terikat dalam pandangan sealiran dengan BN yang telah banyak melakukan manipulasi kuasa semata-mata mahu terus menipu rakyat Malaysia. Regim yang ada ini seharusnya di tentang dan diruntuhkan. Faktor kejayaan Anwar Ibrahim dalam membentuk kuasa berasaskan kuasa rakyat inilah yang mengerunkan kerajaan yang ada.

Memang perjuangan ini bukan kerana sosok Anwar Ibrahim tetapi kenapa sosok Anwar ini berjaya dengan mudah diterima rakyat selepas dipecat dan dihina oleh Umno ?

Selain dari sejarah latar yang dilakar Anwar sebagai pejuang rakyat sebelum memasuki Umno, beliau juga tidak dapat dinafikan telah membuktikan punya keazaman peribadi dan keazaman politik yang kuat dalam melakukan perubahan.

1997 menyaksikan (Tun) Dr. Mahathir bercuti. Anwar diberi laluan memangku jawatan Perdana Menteri, Menteri dalam Negeri dan turut memangku Presiden Umno. Ramai mengatakan pada ketika itu Anwar sedang di uji oleh Dr. Mahathir sama ada layak untuk mewarisi kerusi beliau.

Ada kuasa sekejap apa yang Anwar lakukan ? Beliau tidak beretorik. Anwar kembali ke parlimen membentangkan pindaan akta rasuah 1997 ini mencemaskan ramai pihak apabila akta rasuah diperketatkan. Akhirnya ini juga punca pada kaca mata ramai mengatakan Anwar gagal ujian tersebut. Kemungkinan jika Anwar ketika punya kuasa sekejap itu mungkin lulus ujian jika tidak membuat pindaan akta rasuah sebaliknya terus menggalakkan rasuah maka sekarang sejarah perjuangan dalam negara mungkin tidak sebegini.

Jesteru itu Anwar mungkin ada kekurangan tetapi Anwar kini kuasa penyatu yang diterima rakyat. Anwar mampu membawa rakyat bersatu ke pintu perubahan. Maka barisan anak muda harus bersiap, apabila dipintu perubahan nanti jangan tunggu tetapi terobos masuk. Sebelum itu kita anak muda harus siap.

Perubahan perlu didesak bukan ditunggu.

Manifestasi Anak Muda Penerus Perjuangan Reformasi - cetak dan sebar.

Pada 16 Sept. 2010, sempena Hari Malaysia lebih 100 anak muda Malaysia telah berkumpul dan menghasilkan Manifestasi Anak Muda Malaysia.

Sebelum bercakap soal ideologi atau memilih barisan menteri untuk memasuki Putrajaya kita seharusnya sedar 3 perkara penting yang bakal dihadapi dalam masa terdekat
  • Anwar akan kembali ke penjara
ketakutan Najib terhadap Anwar sebagai kuasa penyatu rakyat akan menyebabkan Najib tidak sanggup berdepan dengan pilihanraya dengan Anwar sebagai Janeral PR.
  • Kejatuhan Ekonomi dunia
USD 1 trillion gagal menyelamatkan ekonomi US. Kali pertama dalam sejarah negara boleh bankrup spt Iceland, Greace. Malaysia yang boros sudah tentu akan terima akibat. Krisis ekonomi merupakan peluang dan ruang menukar regim.
  • Krisis perkauman
Protes rakyat kerana ketidak adilan undang -undang dan keperitan akibat kejatuhan ekonomi akan cuba dialihkan dengan krisis perkauman yang dicipta regim
Untuk mencipta kebangkitan kerana Anwar ditahan (ketidak adilan dan kekejaman regim), untuk mencuri peluang menukar regim kerana kejatuhan ekonomi, untuk mendepani dan mematahkan ciptaan krisis perkauman maka kita memerlukan satu barisan anak muda progresif yang siap.

Adakah kita bersedia ? Hakikat kini KEADILAN ada 222 cabang. AMK ada di 163 cabang. Namun hanya sekitar 50 cabang saja mampu hantar pencalonan lengkap (Ketua, Timbalan,3 Naib dan 15 AJK). Maknanya sebelum memasuki tempoh krisis AMK sudah memasuki zon cemas. Ini berlaku kerana banyak faktor.

Sehubungan dengan itu perlu ada sasaran tumpuan iaitu :
  • mempersiap jentera di 50 kawasan tumpuan (termasuk tumpuan khusus di 30 kawasan parlimen yang telah dimiliki)
  • tingkat daya tahan AMK,tumpuan gerak kerja mobilisasi, tumpuan daftar pemilih dan seumpamanya
  • mempertingkatkan daya tarikan AMK dikalangan anak muda dengan responsif terhadap isu semasa dengan lenggok gaya anak muda
Semua ini dapat dilaksanakan dengan 5 perlaksanaan praktikal :

  • Kongres AMK Negeri
6 bulan selepas diberi amanah akan dilakukan pindaan peraturan tetap yang memasukkan elemen Kongres AMK Negeri yang berfungsi memilih pimpinan AMK negeri sendiri. Ketua AMK Negeri akan dipilih secara undi oleh perwakilan AMK dari cabang-cabang dalam negeri terbabit. Kongres ini akan memberi ruang membincang dan menyelesai masalah berbangkit negeri.

  • Latihan dan pengkaderan
Memberikan tumpuan mewujudkan sistem latihan dengan turut menghantar pimpinan AMK peringkat cabang berlatih di luar negara melalui perjannjian persefahaman dengan perbagai NGO serta badan politik di luar negara. Akan diwujudkan sistem pengkaderan khusus, contohnya kursus komputer dan Bahasa Inggeris percuma kepada lepasan SPM/STPM yang membolehkan kita mendekati mereka dan mendedahkan minda mereka kepada perjuangan anak muda progresif.

  • Penjanaan Ekonomi
Perlu ada satu pasukan khas yang memberikan tumpuan dalam bidang pemerkasaan ekonomi anak muda keadilan. Lorongkan peluang kepada anak muda yang sudah menjadi usahawan atau berminat menjadi usahawan. 'Yellow Pages' Usahawan Muda perlu diwujudkan. Konsortium Anak Muda Malaysia akan menjadi kuasa ekonomi politik anak muda.
  • Perubahan imej radikal
Organisasi anak muda harus keluar dari kerangka organisasi konvensional. Contohnya Kongres AMK akan diadakan dikawasan krisis. Contoh isu tanah, kongres di tengah kawasan setinggan mobilisasi rakyat punya masalah tanah, biar anak muda yang berdepan dengan krisis berbahas. Ini akan menjadikan imej AMK sebagai pemacu perjuangan rakyat

  • Akedemi Anak Muda Malaysia
akan diwujudkan AAMM kendalian penuh AMK Malaysia. Ada 3 jabatan utama. 1. Jabatan pemantauan prestasi pimpinan pusat dan negeri. 2. Jabatan latihan dan pengkaderan 3. jabatan yang akan menggabungkan ahli akedemik,orang parti dan bukan parti untuk memproses isu bagi meneliti perbagai isu yang akan menjadikan AMK sebagai pelopor isu rakyat.




Sehubungan dengan itu kami memohon untuk semua sama memberikan sokongan dan dokongan tidak berbelah bagi demi memperkasakan AMK. Politik Baru berasaskan pemberdayaan Anak Muda.

(cetak dan sebar)

Regim 'ambush' rakyat di tengah malam

Sejak petang semalam hampir semua sistem komunikasi media 'alternatif' melaporkan bahawa minyak akan naik menjelang tengah malam. Ramai rakyat tidak mempercayai perkara tersebut, tidak mungkin dalam sebuah kerajaan yang begitu bertamadun dengan menggunakan slogan rakyat didahulukan akan menaikkan harga bahan bakar utama negara secara senyap-senyap dan tidak bertanggungjawab.

Malangnya selepas bangun pagi, seluruh rakyat tersentak dengan ketidak pedulian regim kepada rakyat. Rakyat telah diambush secara senyap ketika tengah malam dengan menaikkan harga minyak secara senyap.

Kenaikan dinaikkan ketika rakyat mengeluh dengan kos sara hidup yang semakin naik. Harga barang dan perbagai kos hidup mula sedikit stabil. Kebanyakan rakyat baru nak sesuaikan diri (adjust nafas), namun 'ambush' tengah malam semalam umpama taktik gerila yang menyentak rakyat semula. Selepas ini pasti diekori dengan kenaikan lain - lain perkara yang bersangkutan dengan kehidupan rakyat.

Tidak kedengaran kenaikan besar bahan api dunia tetapi regim ini terus menaikkan.

Ketika ini 2 pilihanraya kecil sedang berjalan. Kenaikan ini secara tidak lansung menunjukkan Regim ini sedang menguji kepekaan rakyat. Jika mereka menang pilihanraya ini maka jelas rakyat tidak peka dan regim akan pasti terus gila tidak mempedulikan rakyat.

Kenaikan berjadual ini adalah juga hasil cadangan dari Jawatankuasa Pemandu yang dibentang oleh Idris Jala beberapa ketika lalu.

Datuk Seri Najib Razak dalam Bajet 2011 sebelum ini mengumumkan pembinaan Menara Warisan Merdeka setinggi 100 tingkat bernilai RM5 bilion bagi menarik pelabur dan pelancong.

Dengan keputusan menaikkan harga minyak tersebut, membuktikan bajet yang dibentang mementingkan projek mega dari keperluan rakyat.

Kita bercakap tentang kedudukan kewangan negara yang mantap, dalam masa sama kerajaan alihkan beban kepada rakyat.

Kepada pengundi Galas dan Batu Sapi jika Bn menang percayalah pasti banyak lagi kenaikan selepas ini. Ini ujian kepekaan rakyat.

Menurut laporan media, Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Rohani Abdul Karim di Dewan Rakyat hari ini bagaimanapun menjelaskan, kenaikan tersebut adalah biasa.

Hillary Clinton jumpa Muhyiddin, Anwar

Setiausaha Negara, Amerika Syarikat, Hillary Rodham Clinton dijadualkan mengadakan perbincangan dengan pegawai kanan Malaysia hari ini.

Menurut laporan AFP, perbincangan itu termasuk dengan Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman dan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, yang memangku tugas-tugas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang sedang bercuti sakit.

Clinton juga dijadualkan berjumpa dengan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, - satu tanda jelas sokongan Amerika Syarikat ke atas tokoh berkarisma itu yang sedang bergelut di mahkamah bagi membebebaskan diridaripada tuduhan meliwat yang boleh menyebabkan dihumban ke penjara sehingga 20 tahun.

Clinton tiba di Terminal Skypark Subang, Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah malam semalam untuk melakukan lawatan rasmi ke Malaysia selama tiga hari.

Isteri bekas presiden Amerika Syarikat Bill Clinton diiringi delegasi yang meliputi lima pegawai kanan Jabatan Negara Amerika Syarikat.

Ketibaan Clinton dan rombongan pada jam 8.35 malam itu disambut oleh Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman, Timbalan Menteri Luar Senator A Kohilan Pillay dan Duta Malaysia ke Amerika Syarikat Datuk Seri Jamaluddin Jarjis.

Ketika di Malaysia, Clinton dijadual menghadiri jamuan makan tengah hari yang dihoskan Anifah di Wisma Putra, Putrajaya dan kemudian mengadakan kunjungan hormat ke atas Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Anifah dan Clinton dijangka mengadakan perbincangan mengenai hubungan kerjasama dua hala, isu-isu serantau dan antarabangsa yang menjadi kepentingan bersama.

Clinton dijadual berlepas ke Papua New Guinea pada 3 November untuk lawatan rasmi.

p/s : Awal tahun depan Hugo Rafael Chávez Frías kalau lawat Malaysia dia pula akan jumpa siapa ? hahaha

Rosmah pemangku PM?


Tindakan isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor mewakili Perdana Menteri dalam majlis yang tidak boleh disertainya menimbulkan pelbagai persoalan kini apakah beliau adalah pemangku perdana menteri.

Ini tidak harus berlaku, Perdana Menteri ialah jawatan rasmi negara. Majlis yang dilaporkan dalam media ialah Majlis rasmi, bukan kenduri anak buah yang boleh diwakilkan ahli keluarga.

Hujung Minggu lepas, Rosmah telah berucap mewakili PM di Karnival Deepavali 1Malaysia di Litle India dekat Brickfield.

Dalam majlis itu, Najib melalui teks ucapan yang dibacakan oleh isterinya berjanji akan membantu orang India di negara ini.

Najib telah didapati mempunyai tanda-tanda awal sakit chicken pox dan diminta berehat oleh doktor.

Menurut penasihat medianya, Datuk Seri Jalaludin Bahaudin, Najib juga diingatkan supaya mengelakkan dirinya daripada menghadiri semua majlis rasmi berikutan rawatan perubatan selepas terdapat simptom penyakit cacar itu.

Katanya, presiden Umno itu mula merasa kurang sihat dan kemudian didapati ada ruam panas, sakit otot dan sendi pada hari terakhir Sidang Kemuncak Asean ke-17 dan berkaitan di Hanoi, Vietnam selama tiga hari.

"Setibanya di Subang (Selangor) hari ini, beliau menunjukkan ada tanda-tanda awal menghidapi penyakit cacar dan dengan segera mendapat rawatan. Oleh kerana ubat diberikan awal, Perdana Menteri menunjukkan respon yang baik," katanya sambil menambah doktor peribadi Najib menasihatkan Perdana Menteri berehat di kediaman dan mengelak daripada menghadiri semua majlis awam dan rasmi.

"Perdana Menteri memohon maaf atas segala kesulitan," kata Jalaludin.

Bahagian protokol JPM pasti tidak mampu menjawab. Rosmah sudah kuasai bukan sahaja Najib tetapi JPM itu sendiri.

email dari seorang teman : Aktivis reformasi desak JPP PKR dikaji semula

Aktivis Reformasi menyatakan kekesalan tentang kesalahan maklumat dari Ibu Pejabat Parti Keadilan Rakyat yang berlaku hari ini, yang telah menimbulkan kekeliruan berhubung pemilihan Parti Keadilan Rakyat 2010. Aktivis Reformasi merasakan apa yang berlaku hari ini selepas rentetan demi rentekan isu teknikal yang berlaku sebelum ini menunjukkan kelemahan ketara Jawatankuasa Pemilihan Pusat PKR (JPP) dan pihak Sekretariat Ibu Pejabat sebagai pengendali pemilihan Parti 2010.

Kesilapan melaporkan keputusan pemilihan Parti bagi jawatan Timbalan Presiden antara YB Azmin Ali dan Dato’ Zaid Ibrahim memperlihatkan kelemahan kedua-dua badan tersebut. Perkara ini berlaku apabila Timbalan Setiausaha Agung Parti, Puan Syarifah Shahidah pagi tadi melalui akaun twitternya telah mengeluarkan keputusan yang menggambarkan bahawa Dato’ Zaid Ibrahim sedang mendahului YB Azmin Ali dan disiarkan sebagai keputusan rasmi dalam kolum rasmi pemilihan 2010 di website Parti.

Ini menyebabkan media dan portal internet melaporkan bahawa Dato’ Zaid kekal mendahului undi Timbalan Presiden selepas hari ketiga. Namun apa yang berlaku setelah menyedari kesilapan Setiausaha Agung PKR, YB Saifuddin Nasution telah memberikan angka yang sebenar iaitu YB Azmin mendahului undi bagi jawatan Timbalan Presiden.

Kami melihat kelemahan kedua-dua badan tersebut adalah pada perkara paling asas mengumumkan keputusan pemilihan. Hal ini adalah sesuatu yang tidak adil bagi YB Azmin Ali dan juga bagi pihak Dato’ Zaid Ibrahim yang sedang merebut jawatan nombor dua Parti. Dan ianya juga memberi kesan psikologi dan mental kepada para penyokong kedua-dua pemimpin utama yang giat berkempen di bawah.

Kesilapan demi kesilapan teknikal yang berlaku disebabkan JK Pemilihan Pusat dan Sekretariat Ibu Pejabat Parti telah memberi impak yang negatif, imej buruk yang boleh menghakis keyakinan rakyat terhadap kemampuan Parti untuk mentadbir negara. Akan lebih malang lagi jika rakan Parti Pakatan Rakyat PAS dan DAP mula hilang keyakinan kepada kemampuan Parti untuk bersama Pakatan Rakyat.

Oleh itu, kami mendesak Pimpinan Parti, khususnya Ketua Umum, Dato’ Seri Anwar Ibrahim untuk mengambil perhatian pandangan aktivis reformasi. Kita mengkritik kelemahan Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) yang tidak adil dan telus, dan sepatutnya kita memberi contoh kepada SPR bagaimana hendak mengendalikan pilihanraya dengan adil dan telus. Pimpinan Parti mesti mengambil langkah segera berhubung perkara ini, jangan sampai kita diberi pepatah “Seperti ayam yang berkokok berdegar-degar tetapi ekor penuh tahi”.

Salam reformasi.
Emel: dari Salam Reform

Nilai dan buat pilihan dari lensa politik baru

Politik baru ialah politik berasaskan Idea, Nilai dan perlu lampiran 'track record', dibawah ini sila klik dan baca manifesto tawaran dari dua calon Timbalan Presiden dan buat penilaian bijak.

Memperkukuh KEADILAN - Sembilan Perkara Bagaimana Hendak Menggiatkan Semula Parti dan Negara (ditulis sendiri oleh Datuk Zaid Ibrahim) klik tajuk


Manifesto menuju Putrajaya (ditulis oleh Khalid Jaafar b/p Azmin Ali) klik tajuk

Nilai sendiri, jangan lakukan pemilihan berdasarkan sentimen dan perasaan semata - mata , ini parti kita, kita berhak melakukan pemilihan demi menyelamatkan dan memastikan kelansungan parti kita ini demi negara tercinta.

p/s : semua nak ke Putrajaya tapi kita nak ke Putrajaya naik apa ?