Tuesday, October 12, 2010

Anwar pasti akan disumbat ke dalam penjara, che'GuBard

Badrul Hisham Shaharin, atau lebih suka dikenali sebagai che' GuBard, tidak asing untuk mereka yang terlibat dalam demonstrasi jalanan sebelum "tsunami politik" pada 8 Mac 2008. Anak muda yang berumur 32 tahun ini menyertai Parti Keadilan Nasional pada awal penubuhannya, malah terpilih sebagai ahli Majlis Tertinggi Pusat pada tahun 2007.

che'GuBard (gambar kanan) menyarung jersi PKR untuk bertanding di kawasan parlimen Rembau, Negeri Sembilan pada PRU ke-12. Bagaimanapun, beliau tewas kepada Khairy Jamaluddin (Ketua Pemuda UMNO sekarang) dengan perbezaan 5,746 undi.

Beliau pernah menerbitkan buku "Di sebalik misteri pembunuhan Altantuya", dan mempunyai "pengalaman" untuk ditangkap, ditahan dan disoal-siasat polis, berikutan keterlibatannya dalam aktiviti politik. Yang berikut adalah satu wawancara yang dijalankan melalui email, bersama Badrul Hisham Shaharin yang menawarkan diri sebagai calon Ketua AMK.

1. Penilaian anda terhadap situasi/prestasi AMK sekarang. Pada pendapat anda, apakah masalah pokok yang membelenggu AMK kini?

Prestasi AMK pada hari ini secara umumnya baik. Sebagai sebuah organisasi baru (AMK ditubuhkan pada tahun 2005), peranan yang telah dimainkan oleh AMK sepanjang musim lepas boleh dibanggakan oleh kerana masih mampu untuk mempertahankan sebuah organisasi yang menyatukan pelbagai kaum, agama dan ideologi.

Akan tetapi, AMK masih boleh dimantapkan jika ada misi dan visi yang boleh menyatukan anggota AMK di seluruh negara.

Apa yang boleh menyatukan anggota AMK di seluruh negara?

Jawapannya adalah AMK harus membawa kembali obor perjuangan rakyat yang telah dicetuskan oleh Anwar Ibrahim dan gerakan reformasi pada tahun 1998 dahulu. Jika obor perjuangan ini dikembalikan, rakyat Malaysia terutamanya orang-orang muda akan kembali bersama AMK dan Pakatan Rakyat secara umumnya.

Jika AMK bergerak ke depan dengan membawa obor perjuangan, secara tidak langsung, Pemuda PAS dan Pemuda Sosialis DAP akan bergerak bersama-sama dalam memastikan kedaulatan rakyat terus dibela.

2. Ramai pemimpin muda dalam PKR yang agak menyerlah secara individu. Malah, PKR menjadi pilihan golongan muda selepas PRU ke-12, kerana dilihat sebagai harapan masa depan. Ironinya, dari segi organisasinya, AMK agak lemah. Mengapakah situasi ini berlaku?

Masalah ini berlaku oleh kerana ramai yang masih terperangkap dengan politik personaliti. Di dalam politik personaliti, individu akan menjadi faktor dan akan bergerak dan bertindak seperti seorang celebriti. Ini telah menyebabkan, kebanyakan pimpinan muda yang menyerlah bergerak secara bersendiri.

Misi saya adalah untuk menjadikan AMK sebagai sebuah organisasi yang dimiliki oleh kesemua orang-orang muda bukan sahaja di dalam PKR, termasuk juga orang-orang muda yang tidak menggangotai PKR. Kita tahu, sifat orang muda biasanya "rebel". Saya kenal dengan ramai orang-orang muda yang pintar dan berani dan bersama perjuangan Pakatan Rakyat tetapi tidak berminat untuk bersama parti.

Ini berlaku kerana AMK masih lagi gagal untuk dijadikan sebagai sebuah platform untuk menyatukan anak-anak muda di seluruh negara.

3. Apa yang anda lakukan sepanjang beberapa tahun ini, sebagai cubaan untuk mengatasi masalah yang dikatakan di atas?

Sepanjang berberapa tahun kebelankangan ini, saya dan teman-teman anak muda menubuhkan Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM). SAMM telah membuktikan bahawa anak muda di luar sana yang tidak berminat dengan parti politik seperti penyajak, Rahmat Haron pernah melibatkan diri dalam aktiviti SAMM.

Pada tahun 2007, ketika SAMM menghantar "bantal" kepada Abdullah Badawi (gambar kiri) oleh kerana sering tertidur ketika menjalankan tugasan negara, Rahmat Haron telah membawa kawan-kawan seniman untuk bersama-sama. Event ini telah menjadi "world news" kerana turut dilaporkan oleh Washington Post dan New York Times.

Jika menang sebagai ketua AMK, saya dan teman-teman pimpinan akan mengubah imej AMK menjadi sebuah organisasi untuk seluruh anak muda di Malaysia.

4. Anda menonjolkan demonstrasi jalan raya sebagai pendekatan anda. Tetapi, AMK dilihat lemah dari segi keupayaan untuk memobilisasi sokongan ramai agar turun ke jalan raya, berbanding PAS. Persoalannya, mengapa situasi ini berlaku, dan bagaimana anda mengatasinya?

AMK tidak lemah. Seperti yang saya jawab di atas sebelum ini, AMK hanyalah untuk AMK. Saya akan pastikan, AMK adalah milik semua anak muda di Malaysia. Selepas ini, tidak akan ada masalah lagi untuk AMK memobilisasi massa.

5. Anda mengandaikan Anwar akan ditahan semula ke dalam penjara. Lantaran daripada itu, anda mendahulukan "demonstrasi jalan raya" daripada tema "pencerahan" mahupun "menuju Putrajaya" daripada dua orang lagi calon ketua AMK. Bukankah ia lebih mudah mengundang persepsi bahawa agenda perjuangan AMK sekadar untuk membela seorang individu bernama Anwar Ibrahim?

Di dalam politik, kita mesti realistik. Daripada trend perbicaraan mahkamah, Anwar pasti akan disumbat ke dalam penjara. Barang siapa yang tidak berani untuk membicarakan perkara ini, mereka buta politik. AMK berjuang untuk memantapkan lagi Pakatan Rakyat. Apabila ketua Pakatan Rakyat yang juga Ketua Pembangkang dihina oleh musuh, apakah AMK harus berdiam diri?

6. Penilaian anda terhadap Gerakan Reformasi sejak tahun 1998. Pada pandangan anda, apakah bentuk dan halatuju baru untuk Gerakan Reformasi ini, selepas 12 tahun?

Masalah utama kepada gerakan Reformasi semenjak dari 1998, ianya tidak disusun dengan baik. Jika menang sebagai Ketua AMK, kami akan bersama-sama dengan teman-teman dari gerakan reformasi untuk membincangkan kembali halatuju gerakan Reformasi di Malaysia.

7. Penilaian anda terhadap Khairy Jamaluddin, Ketua Pemuda UMNO. Setujukah anda bahawa beliau memiliki keupayaan bukan sahaja dari segi perbahasan dasar, tetapi juga berpidato ketika dalam ceramah, malah ketika berdemonstrasi?

Pada pandangan saya, KJ mempunyai kelebihan. Akan tetapi, tidak ada apa yang boleh dibanggakan oleh kerana beliau gagal untuk menggerakkan Pemuda UMNO sekurang-kurangnya menjadi lebih baik daripada Hishamuddin Hussein.

8. Penilaian anda terhadap Nasrudin Hassan Tantawi, Ketua Dewan Pemuda PAS dan Anthony Loke selaku Ketua DAPSY. Apakah yang membezakan anda dengan dua orang ketua sayap pemuda dalam Pakatan Rakyat?

Kedua-dua mereka adalah pemimpin yang baik. Akan tetapi saya berbeze dengan kedua-dua mereka oleh kerana:

PKR merupakan satu-satunya parti politik di Malaysia yang menyatukan pelbagai ideologi. Di dalam PKR, terdapat golongan Nasionalis, Sosialis, Kapitalis dan kelompok agama. Sudah tentulah, perbezaan-perbezaan ideologi dan pemikiran yang terdapat dalam PKR telah menyebabkan berlaku sedikit kesukaran pada peringkat awal ini.

Akan tetapi, proses evolusi yang sedang berjalan ini memantapkan PKR. Dalam masa 10 tahun akan datang, selepas perdebatan ideologi dan pemikiran yang terdapat dalam PKR berjaya diselesaikan, PKR akan menjadi sebuah parti politik yang terkuat di Malaysia oleh kerana kejayaannya menyatukan pelbagai kaum di Malaysia seperti Melayu, Cina, India, Iban, Kadazan dan lain-lain lagi.

AMK pada waktu ini sedang menjalani proses untuk menyesuaikan diri dengan proses evolusi yang sedang berlaku seperti yang saya maksudkan di atas.

9. Sila nyatakan tiga perkara yang akan anda lakukan dalam tempoh jawatan seandaiya anda terpilih sebagai Ketua AMK.

a. Menyatukan AMK yang terpecah kepada beberapa fraksi sepanjang tempoh pemilihan.

b. Menjadikan AMK sebagai wadah perjuangan bagi anak muda di Malaysia.

c. Menyatukan Pemuda Pakatan Rakyat bagi menghadapi Barisan Nasional di dalam pilihanraya mahupun pilihanjalanraya.

10. Pada pandangan anda, apakah kelebihan diri anda berbanding calon Ketua AMK yang lain?

Jika saya menang, saya bukanlah ketua kepada anggota AMK, akan tetapi hamba kepada mereka. Saya akan cuba untuk berkhidmat dengan sebaiknya.

*Wawancara bersama Badrul Hisham Shaharin, atau lebih dikenali sebagai che'GuBard ini dijalankan melalui email. 10 soalan direka mengikut kesesuaian ketiga-tiga calon Ketua Angkatan Muda Keadilan, telah dihantar serentak dan dimaklumkan kepada penerima email pada minggu lalu, iaitu che'GuBard, Rafizi Ramli dan Hasmi Hashim.

Bagaimanapun, MerdekaReview hanya menerima jawapan daripada che'GuBard dan Mohd Rafizi Ramli setakat ini, meskipun diberi masa sehingga Sabtu lalu (2 Oktober 2010). MerdekaReview gagal menghubungi Hasmi Hashim selepas 2 Oktober, yang sebelum ini menawarkan dirinya untuk bertanding dalam jawatan Ketua AMK. Wawancara bersama Mohd Rafizi Ramli akan disiarkan dalam masa terdekat.

1Malaysia berharap hanya dgn 'tut' Saiful

Saya tidak menganggap rakyat Malaysia memerlukan drama politik sebegini, sama ada sebagai hiburan untuk meredakan tekanan hidup harian, mahupun sebagai rancangan realiti untuk meningkatkan pengetahuan seks masyarakat umum merentasi sempadan umur.

Saya tidak pasti apakah kesudahannya, malah saya lebih mencurigai apakah ia mempunyai kesudahan. Saya tidak tahu sama ada benar atau mampu Anwar Ibrahim melakukannya, saya juga tidak berminat sama ada Saiful Bukhari Azlan mencuci duburnya, bahkan saya tidak pasti versi akuan bersumpah (SD) Rahimi Osman (gambar kiri, kedua dari kiri) manakah yang ditandatanganinya tanpa paksaan.

Apa yang pasti, dubur Saiful Bukhari Azlan akan terus dijadikan tumpuan satu Malaysia, malah satu dunia. Ruang dada akhbar akan sarat dengan berita pendedahan demi pendedahan untuk menghakis dan menggoyah keyakinan rakyat terhadap Anwar Ibrahim; bekas rakan seperjuangannya akan tampil seorang demi seorang untuk membongkar "wajah sebenar" Anwar, dan ruang rencana akan menyiarkan artikel demi artikel untuk mengupas, menganalisa, malah meramalkan masa depan Anwar Ibrahim, Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Pakatan Rakyat (PR) - yang sudah tentu akan hancur dan ranap dalam masa terdekat, kononnya.

Jelas, ini kes politik

Saya menghormati proses perbicaraan mahkamah yang sedang berlangsung, malah untuk mendukung prinsip keadilan saya terpaksa menghormati juga mereka yang berhempas-pulas menegakkan keadilan, kononnya, untuk Saiful Bukhari Azlan. Namun demikian, segala-gala ini gagal mengubah hakikat bahawa Kes Sodomi II ini merupakan kes politik.

Dari segi undang-undang, Anwar Ibrahim didakwa di bawah Seksyen 377B Kanun Keseksaan - kesalahan melakukan hubungan seks di luar tabii yang melibatkan dua pihak secara sukarela. Dengan kata lain, Saiful Bukhari Azlan perlu tampil sebagai tertuduh bersama Anwar, dan bukannya pengadu yang memberi keterangan - seandainya mengikut Seksyen 377B.

Namun demikian, Saiful mendakwa dirinya diliwat tanpa kerelaan sejak awal lagi. Jadi, Anwar seharusnya didakwa di bawah Seksyen 377C, iaitu hubungan seks di luar tabii secara paksaan - barulah Saiful boleh tampil ke mahkamah sebagai "pengadu". Apa yang berlaku kini memperlihatkan kontradiksi yang ketara antara pertuduhan dengan keterangan pengadu.

Justeru itu, sukar untuk kerajaan Najib Abdul Razak meyakinkan rakyat bahawa sistem kehakiman profesional dan bebas ketika membicarakan Kes Sodomi II ini. Malah, tidak mungkin ia sekadar "kes jenayah" biasa, seandainya dilihat kepada pendekatan lidah UMNO, Utusan Malaysia membuat liputan berita ini.

Liputan luas diberikan kepada kandungan soal-jawab dalam perbicaraan mahkamah. Malah, perbincangan isu ini dilanjutkan dengan wawancara bersama bekas pemimpin PKR, yang menyindir agar "Anwar tidak perlu takut", sambil mempertikaikan "Kenapa mahu tangguh perbicaraan kalau tidak bersalah?" Kemudian bekas orang kanan tampil memohon maaf, "Kerana membela Anwar Ibrahim dalam kes liwat pertamanya". Sumpah-seranahnya bagaikan ludah ke langit, dan jatuh bagaikan hujan kebetulan ketika menjelang pilihan raya kecil...

Buktikan liwat tanpa tusukan?

Saya tidak nampak bahawa ulasan, kupasan, atau analisa yang terpampang di depan mata ketika kita menyelak akhbar ini memberi makna. Laporan pemeriksaan doktor telah menyatakan bahawa tiada kesan tusukan ditemui, namun perbicaraan tetap berjalan. Jadi, segala-gala ini seolah-olah cubaan untuk membuktikan kepada satu Malaysia, malah seluruh umat manusia di dunia ini bahawa air mani Anwar boleh sampai ke dalam dubur Saiful tanpa tusukan.

Persoalannya, jikapun dibuktikan keajaiban ini berlaku di tanahair yang tercinta ini, apakah kehebatan ini bakal mengundang pelabur asing untuk menyuntik dana ke Malaysia? Padahal, belumpun paip ekzos Saiful terbocor, seramai 304,358 orang bakat buatan Malaysia telah mengalir ke luar negeri, antara Mac 2008 hingga Ogos 2009, apatah lagi kemerosotan 81% dalam pelaburan asing langsung di Malaysia, dari US$7.32 bilion (RM23.47 bilion) pada tahun 2008, kepada US$1.38 bilion (RM4.43 bilion) pada tahun 2009?

Apakah makna yang tersirat di sebalik segala-gala ini? Ertinya, sementara kerajaan Malaysia bertungkus-lumus dalam usahanya untuk "menghilangkan keyakinan" rakyat terhadap Anwar Ibrahim, rakyat Malaysia yang terpaksa menanggung akibatnya - kehilangan keyakinan daripada pelabur asing dan anak watan yang berbakat.

Jelas, Anwar Ibrahim (gambar kiri) diletakkan pada kedudukan sedemikian bukan kerana beliau Ketua Umum PKR, atau kedudukannya sebagai pemimpin utama Pakatan Rakyat. Bahkan, adalah kurang tepat jikalau beliau sekadar Ketua Pembangkang dalam parlimen. Kita tidak perlu menjadi Profesor Sains Politik untuk memahami hakikat Anwar Ibrahim berpotensi menjadi Perdana Menteri, dan kita tidak perlu membaca Sun Tze untuk memahami percaturan politik yang berlangsung di depan mata.

Teorinya mudah - musnahnya Anwar, maka terselamatlah Barisan Nasional.

Politik menabur dendam

Untuk tidak dilihat naif dalam politik, saya menerima babak ini sebagai sebahagian daripada pergelutan kuasa antara pemerintah dengan pembangkang, atau dalam realitinya, antara Barisan Nasional dengan Pakatan Rakyat. Dalam konteks Malaysia, serangan politik yang menyentuh keperibadian kadang-kala tidak dapat dielakkan, meskipun pendekatan ini amat dipertikaikan. Kita masih jauh dari persaingan politik yang sihat - perdebatan politik yang diangkat martabatnya untuk membicarakan soal struktur dan sistem.

Berbalik kepada persoalan, apakah keperluannya untuk mengaibkan musuh politik dan keluarganya dengan cara sebegitu rupa? Untuk ramai warga Malaysia yang prihatin terhadap politik, babak perebutan kuasa yang paling dahsyat dalam sejarah Malaysia melabuh tirai pada 2 September 2004 - apabila Anwar Ibrahim dibebaskan dari penjara. Ianya bukan soal sama ada benar Anwar Ibrahim terlibat dalam kelakuan sodomi, tetapi pengaiban dan penghinaan secara terbuka yang melampaui batas.

Pengaiban secara terbuka terhadap Anwar dan keluarganya telah menyemai benih dendam di kalangan penyokongnya. Ia amat berbeza dengan persaingan politik "siapa lebih Islam atau siapa lebih Melayu", antara UMNO dengan PAS, atau Semangat 46 pada zaman 1990-an. Penghinaan secara terbuka untuk mengaibkan seorang isteri bernama Wan Azizah Ismail, tanpa mempertimbangkan perasaan anak-anaknya - dengan aksi-aksi lucah, gambar-gambar yang diubahsuai, kata-kata yang kasar lagi kesat seperti "kaki buntut" dan sebagainya ketika berkempen, terlalu biadap namanya.

Usaha Abdullah Ahmad Badawi untuk membubuh noktah kepada babak politik yang menabur dendam ini disia-siakan begitu sahaja apabila UMNO-BN semakin terdesak di ambang hilang kuasa. Kita tidak lupa bagaimana doktor Hospital Pusrawi, Mohamed Osman Abdul Hamid membuat akuan bersumpah untuk mempertahankan laporannya (berbunyi Saiful tidak diliwat) selepas memeriksa dubur Saiful, dan kemudian menghilangkan diri kerana tidak tahan dengan gangguan dan tekanan daripada pihak berkuasa.

Dan drama ini dipentaskan semula, selepas satu dekad. Anak-cucu yang melanggan Utusan Malaysia atau Berita Harian kerana sisipan DIDIK, SKOR dan sebagainya, pada masa yang sama ditayangkan adegan bagaimana kelakuan liwat boleh berlaku - dalam bentuk bertulis... Satu generasi membesar dalam suasana media yang sarat dengan istilah "liwat", "sodomi" - imaginasi masyarakat awam digarap dengan tilam yang naik turun di mahkamah pada akhir tahun 1990-an; kini kita pula menyaksikan satu generasi lagi yang membesar dalam suasana media yang tidak banyak berbeza, mungkin cuma tilam digantikan dengan KY jelly untuk mencungkil imaginasi...

Bebas dari politik dubur

Untuk hampir dua dekad sejak tahun 1981, satu Malaysia berfikir menggunakan otak Mahathir. Atau dengan kata lain, otak Mahathir yang menentukan Malaysia dalam jangka kira-kira dua puluh tahun ini. Dan ia hanya berubah mulai tahun 1998, apabila seluruh warga Malaysia diajak untuk berfikir menggunakan dubur.

Bukankah Sasterawan Negara tahun 1982, Shahnon Ahmad memberi gambaran yang paling tepat, melalui bukunya yang berjudul Shit @ PukiMak @ PM, apabila menyifatkan ahli politik yang rasuah, menyalahgunakan kuasa bagaikan najis yang saling menghimpit dalam usus besar?

Dan bukankah inilah senario yang sedang berulang dan berlaku, apabila politikus saling membaling najis, untuk membusukkan dan dibusukkan? Dan kita wajib tanya, sampai bilakah rakyat Malaysia perlu bergelut dalam najis, sebelum terkeluar dari politik dubur yang busuk lagi membusukkan?

Sebagai warga Malaysia muda yang mendahagakan perubahan, saya sedia akur seandainya kerajaan negeri Pakatan Rakyat (PR) tumbang kerana gagal mengota janjinya terhadap rakyat; bahkan saya sedia tunduk kepada realiti, jikalau terbukti PR kurang mantap dan belum bersedia untuk mengambil-alih kuasa pentadbiran daripada BN.

Malah, saya sedia akur jikalau PR terlepas peluang kerana gagal meyakinkan kaum Melayu yang termakan dengan propaganda UMNO-BN; saya sudi menunggu, sama ada satu penggal, satu dekad mahupun berdekad-dekad lagi untuk pertukaran kuasa kerajaan persekutuan, jikalau kita gagal melakukannya pada detik saat PRU ke-13 yang akan datang.

Namun demikian, saya tidak rela sama sekali jikalau perubahan digagalkan hanya dengan satu dubur milikan Saiful Bukhari Azlan. Saya tidak rela sama sekali untuk melihat bagaimana penceramah politik berbuih-buih meyakinkan pakcik-makcik FELDA bahawa Saiful boleh diliwat tanpa dubur terkoyak.

Saya tidak sampai hati melihat seorang wanita bernama Wan Azizah Ismail diperlakukan untuk tampil mempertahankan suaminya di depan khalayak ramai. Saya tidak sampai hati melihat anak-anak Anwar diperlakukan untuk hadir di mahkamah dan dibacakan tuduhan bagaimana ayahnya memasukkan zakar ke dalam dubur bekas pembantunya.

Sememangnya, politik adalah permainan jatuh-menjatuhkan politikus dari jawatan dan kedudukannya, tetapi bukan untuk memijak maruah musuh politik sebagai seorang manusia. Betapa terdesak sekalipun, garis ini haram dilangkaui - bukan sahaja sebagai kayu ukur demokrasi (bagaimana musuh politik dilayan), tetapi juga sebagai benteng ketamadunan.

Dan yang paling penting, sudah tiba masanya untuk rakyat Malaysia membebaskan diri daripada politik dubur. Rakyat Malaysia harus membebaskan diri - untuk berfikir menggunakan otak sendiri, dan bukannya otak Mahathir Mohamad mahupun dubur Saiful Bukhari Azlan. Malaysia wajib keluar dari dubur Saiful Bukhari Azlan. Saya doakan agar ia masih belum terlewat, sebelum satu Malaysia terhumban ke dalam jamban dan dijirus arus globalisasi.

Mungkin perlu pertimbang tangguh untuk dengar suara akar umbi

Pemilihan KEADILAN 2010 telah benar menarik perhatian dalam dan luar negara. Sepanjang pengalaman termasuk pembacaan belum lagi rasanya mendengar ada parti politik yang berani sejauh ini melebarkan sayap demokrasi dengan memperturunkan kuasa mengundi seperti KEADILAN. Semua ahli boleh memilih dari serendah jawatan sehingga Presiden parti.

Semua ahli boleh bertanding hanya dengan dua pencalonan dari individu di peringkat cabang dan dari dua cabang untuk peringkat pusat termasuk presiden. Dari maklumat pejabat setiausaha agung organisasi besar pemantau dan pelaksana pilihanraya di luar negara juga menunjukan minat untuk hadir meelihat sendiri penciptaan sejarah besar ini.

Dalam negara media regim bersungguh - sungguh mencari jalan bagaimana untuk menggagalkan penciptaan sejarah besar ini dengan perbagai laporan untuk membentuk persepsi negatif.

Sebagai sebuah parti yang 'sumbernya' agak terhad sudah tentu untuk menguruskan 222 kawasan parlimen yang hampir semua KEADILAN punya cabang yang perlu dirus pemilihanya maka terdapat sedikit sebanyak kekurangan. Kekurangan ini akan menjadi lebih parah apabila muncul beberapa elemen sabotaj dari luar. Namun kejayaan menguruskan dengan hanya kurang 10 cabang digantung dan dibuat pemilihan semula satu kejayaan baik. Umno yang telah juga 'terpaksa' meminda perlembagaan ekoran tekanan pindaan perlembagaan KEADILAN sehungguhnya walaupun sumber melimpah tetapi pasti tidak berani melakukan pembukaan demokrasi sedemikian rupa.

Proses ini telah sampai ke peringkat kedua iaitu selesai peringkat cabang dan memasuki pemilihan peringkat pusat. Namun setelah cheGuBard turun ke beberapa tempat menemui ramai pemimpin - pemimpin parti peringkat cabang dan ranting perbagai rungutan didengari. Maka apa salahnya kita selaku pemimpin tinggi parti yang diberi amanah oleh akar umbi berhenti sejenak dan berfikir dengan waras sambil mendengar suara - suara dari peringkat cabang dan ranting.

Apa kata kita beri sedikit masa untuk kita sama berusaha membantu JPP bagi menangani beberapa kelemahan 'kecil' bagi mengelakan gangguan 'kecil' yang boleh mengganggu penciptaan sejarah yang besar. Rumah besar dan indah siap tidak akan dilihat positif jika pahat masih berbunyi.

Pilihanraya Kecil Galas dan Batu Sapi juga harus diteliti. Rasanya hampir sahih Batu Sapi akan ditandingi oleh KEADILAN. Sabah dan Sarawak ini merupakan elemen penting dalam mencapai impian ke Putrajaya. PRU yang lalu membuktikan bahawa sejauh mana kita 'tapau' Semenanjung tanpa Sabah dan Sarawak pasti Bn akan terus mencengkam kuasa.

Di Sarawak kita telah membuktikan dengan DAP yang mewakili Pakatan Rakyat cemerlang di Sibu. Maka Batu Sapi ialah ujian bagi KEADILAN dalam membangkitkan rakyat Sabah. Kejayaan di Batu Sapi akan beri impak besar dalam lanskap politik Malaysia.

cheGuBard juga telah menemui ramai pimpinan parti termasuk terakhir semalam menemui Mustafa Kamil Ayub. Hampir semua menyatakan idea yang sama, maka dengan mengangkat suara anggota parti yang kebanyakan maka rasanya kita perlu berani menangguhkan sebentar pemilihan fasa kedua ini untuk menyelesaikan beberapa perkara berbangkit tertangguh.

KEADILAN parti hebat dan berani kerana membuka ruang demokrasi selebar ini namun kita akan lebih dihormati dan penciptaan sejarah akan lebih diraikan apabila kalau kita sedar ada sedikit kelemahan kita berhenti refleksi dan sama usaha perbetul keadaan sebelum kita teruskan dengan lebih bersedia dan lengkap.

Rasanya semua pemimpin pasti bersetuju lainlah kalau ada yang begitu tidak sabar hendak menjadi pimpinan kanan parti.

Sidang media umum bertanding


Semua dijemput ke sidang media memperkenalkan calon - calon AMK yang bersetuju dengan agenda 'Anak Muda Penerus Perjuangan Reformasi'

Tarikh : 13 Oktober 2010
Masa : 2.00 petang
Tempat : Dewan Perhimpunan China Kl & Selangor 1 Jalan Maharajalela, 50480 Kuala Lumpur

semua pihak media dijemput membuat liputan.

Kami juga amat menghargai kehadiran teman-teman yang akan datang dari perbagai latar belakang dan organisasi untuk menunjukkan tanda solidariti.

pertanyaan sila hubungi azizi, 0123696474

sekian dan terima kasih

che'GuBard & YB Lihkang dan teman - teman yang lain

p/s : tolong sebarkan

Monday, October 11, 2010

Serangan Keterlaluan Ke Atas Zaid Undang Simpati Akar Umbi Terhadapnya

Serangan bertubi-tubi calon Timbalan Presiden, Azmin Ali terhadap lawannya Datuk Zaid Ibrahim menyebabkan kalangan akar umbi kini merasa mual dengan tindakan kumpulan Azmin tersebut.

"Sekalipun didokongi oleh pimpinan tertinggi parti, tidak bererti mereka boleh menerima bulat-bulat apa yang dituduh," kata seorang pengulas politik kepada GB.

"Saya bersetuju dengan pandangan GB bahawa yang ada kini hanyalah lemparan fitnah Azmin terhadap Zaid. Malah pimpinan tertinggi pun terjebak sama. Dari atas sampai ke bawah, tak habis-habis menjaja fitnah," tambahnya lagi.

Zaid mengambil sikap bersahaja terhadap lemparan fitnah dan serangan agresif Azmin. Zaid berkata:

"Pelik sungguh tabiat dan tindakan mereka ini. Semasa saya diterima masuk setahun dahulu saya digelar wira, seorang orang yang berani dan berprinsip, pejuang politik yang tidak mementingkan jawatan dan kedudukan. Dua belas bulan kemudian saya sudah menjadi orang yang tidak setia, pengacau dan akan menjual parti kepada Umno. Tuduhan terhadap peribadi saya juga ditingkatkan. Teringat saya semasa di Hulu Selangor dulu, cuma masa itu Umno yang membelasah saya.

Jawapan saya begini: Saya masuk Keadilan kerana saya mahukan parti ini berganding dengan Pakatan untuk mengubah budaya dan kuasa politik di negara ini supaya rakyat Malaysia mempunyai Kerajaan yang berlaku lebih adil dan saksama kepada rakyat jelata. Dalam perjuangan ini, kesetiaan saya tidak berganjak seinci pun. Malah semangat saya lebih kuat. Sebab itu saya ingin menawarkan diri untuk bertanding; manalah tahu kalau ahli-ahli Keadilan terpanggil untuk melihat perubahan dalam parti ini dan menyokong gandingan Anwar Ibrahim-Zaid Ibrahim. Kita tidak boleh mengubah budaya politik dan meningkatkan tahap pentadbiran negara kalau parti kita sendiri tidak mempraktikkan prinsip-prinsip yang kita laungkan itu."

Dan beliau berkata lagi:

"DALAM parti kita perlu berbaik-baik dan tidak perlu berkelahi hanya kerana berbeza pendapat. Hendak kata saya tidak setia, jual parti, pengkhianat dan sebagainya tidak perlulah. Cakap dan pilih sahaja siapa yang lebih baik daripada saya, cukuplah."

Beberapa orang calon di dalam Pemilihan kali ini turut memperlihatkan bahawa tiada apa kesalahan yang dilakukan oleh Zaid.

Calon Timbalan Presiden yang lain, Mustaffa Kamil Ayub secara berterus terang mengulas apa yang disifatkan kelantangan Zaid :

'Kelantangan' Zaid?
Zaid punya prinsip sebab itu beliau sertai PKR. Saya tetap beri (beliau) gambaran positif. Bila beliau sertai PKR, maknanya beliau punya jiwa reformasi PKR, tak tunduk tekanan penguasa politik dan dominasi kuasa politik tertentu. Soal baru dalam PKR, terserah pada anggota untuk buat penilaian. Ada orang cepat belajar dan buat pengesuaian.

Kritikan Zaid pada parti?

Anggota PKR bijak menilai. Saya kurang pasti apa niat sebenar beliau. Saya percaya, anggota PKR bijaksana dalam konteks membuat pilihan kalau mereka rasa (itu) keterlaluan dan bukan pendekatan konstruktuif kepada parti... Berbeza dengan politik Umno, pemimpin mereka tidak boleh dikritik.


Itu pandangan Mustaffa. Jika kita meninjau calon Timbalan Presiden yang telah menarik diri tetapi hanya akab berebut kerusi Naib Presiden, Tian Chua, Tian Chua menyatakan:

Bekas menteri kabinet itu (Zaid) merupakan calon yang telah diberi mandat yang besar oleh cabang-cabang.

"Saya hormati apa sahaja tindakan Zaid dan saya rasa mandat yang telah diberikan kepada Zaid oleh cabang-cabang terlalu besar.


Di pihak Angkatan Muda Keadilan, calon-calon yang bertanding turut memperlihatkaan pandangan yang serupa. Che'guBard menyatakan:

PKR rugi jika menolak orang baru yang mempunyai kewibawaan mempimpin semata-mata kerana statusnya baru menyertai parti

Sebaliknya, kata beliau, belum tentu orang lama dalam parti mampu memainkan peranan dengan baik dalam parti.

"Setiap ahli parti, tidak mengira baru atau lama mempunyai hak untuk bertanding mana-mana jawatan selagi memenuhi syarat yang ditetapkan oleh perlembagaan parti.


Seorang lagi calon Ketua AMK, Rafizi Ramli dalam satu wawancaranya dengan tegas menyatakan sebarang sekatan untuk "ahli baru" bertanding a:dalah budaya lapok UMNO yang takut kepada bayang-bayang sendiri.

kalau ada sekelompok di dalam parti yang cuba menyekat golongan ini aktif di dalam parti, kerana budaya itu adalah budaya lapok UMNO yang takut dengan bayang-bayang sendiri. Perbezaan kita berbanding dengan UMNO adalah kerana kita meraikan semua pihak dan mengalu-alukan penyertaan golongan berpendidikan dan profesional, sebab itu kita nampak lebih menarik berbanding parti-parti BN di mata rakyat.

Lee Boon Chye yang cuba menyerang Zaid, tetapi Lee Boon Chye sendiri telah disergah oleh S Manikavasagam. Kata Manickavasagam:

"Saya gesa pemimpin kanan parti seperti Dr Lee Boon Chye kekal tidak memihak dan berhenti mengeluarkan kenyataan menghentam pesaing lain, termasuk Zaid Ibrahim.

"Dr Lee kena sedar, beliau turut bersaing untuk jawatan tertinggi parti dan beliau patut tidak dilihat cuba berkempen untuk menang dengan mengugat orang lain," kata Manikavasagam yang juga ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR.



Zaid: Siapa musuh parti dalam PKR?

Ahli majlis tertinggi PKR, Datuk Zaid Ibrahim menafikan beliau ditaja oleh ahli perniagaan Datuk Soh Chee Wen untuk menghancurkan parti itu.

Katanya, sejak isu pemilihan timbul, cara berkempen setakat ini adalah melabel mereka yang menawarkan diri tetapi tidak direstui sebagai 'musuh parti'.

“Adakah benar saya ditaja oleh ahli perniagaan Datuk Soh Chee Wen untuk menghancurkan parti? Itukah cara kempen setakat ini? Bahawa saya ini pengkhianat dan saya orang baru?

“Pada pendapat saya, isu kempen sebenarnya mudah sekali. Jika ahli-ahli PKR selesa dan berpuas hati dengan prestasi parti berteras reformasi ini, maka pilihlah calon-calon yang setia dan mereka dari Reformasi 1998. Jika ahli-ahli PKR percaya bahawa semua masalah dan kelemahan parti kita adalah ciptaan dan kerenah Umno, mereka patut memilih pemimpin yang sedia ada sebagai calon,” katanya dalam posting terbaru di blognya.

Menurut Zaid, beliau menawarkan diri sebagai calon hanya jika ahli PKR mahu alternatif dalam membuat perhitungan.

Tak masuk akal

Katanya lagi, beliau sebenarnya tidak mahu menjawab segala tohmahan tetapi tuduhan yang tidak masuk akal terpaksa dijawabnya.

“Soh Chee Wen (kiri), setahu saya, adalah rakan akrab dan setia Datuk Seri Anwar Ibrahim dan telah membantu PKR. Azmin Ali, Syed Shahir dan (Datuk) Chua Jui Meng tahu hal ini. Saya kenal Soh kerana dia dilantik oleh Anwar untuk menganggotai biro politik PKR sembilan bulan lalu.

“Amat tidak masuk akal untuk Soh digambarkan sebagai orang jahat dengan serta-merta bila berkawan dengan saya, tetapi bila berkawan dengan Anwar, dia orang yang baik. Ini aneh sekali,”
tulisnya.

Zaid sehubungan itu menafikan beliau dibiayai oleh Soh ataupun orang lain.

Nombor dua tak ada kuasa

“Lagipun jawatan timbalan presiden (PKR) itu sebenarnya tidak ada kuasa. Nombor dua dalam politik Malaysia ini hanya untuk glamour dan nama saja, tidak ada banyak kuasa sangat.

“Apa lagi dalam PKR, nombor satu pun tak ada kuasa seperti ketua umum, jawatan yang tidak boleh ditandingi. Jadi, saya tidak faham riuh-rendah pasal jawatan nombor dua ini,” tulisnya secara sinis.

Sunday, October 10, 2010

Lari di Kota Si Puteh terpaksa berdepan Galas dan Batu Sapi

KOTA KINABALU, 9 Okt: Pilihan raya kecil yang ke 13 akan diadakan di negara ini selepas 2008 apabila anggota Parlimen Batu Sapi, Datuk Edmund Chong Ket Wah, 54, meninggal dunia dalam kemalangan jalan raya.

Beliau meninggal apabila motosikal Kawasaki 750 yang beliau tunggangi berlanggar dengan sebuah kereta Mercedes di jalan Sembulan-Tanjung Aru dekat Kota Kinabalu jam 11.40 pagi tadi.

Chong mula memenangi kawasan itu dalam pilihan raya umum 2004 tanpa bertanding dan menang lagi dalam pilihan raya umum 2008 selepas mengalahkan calon bebas, Chung Kwong Wing.

Chong mendapat 9,479 undi berbanding dengan Chung yang mendapat 5,771 undi.

Chong lahir di Sandakan dan merupakan seorang jurutera mekanikal. Beliau meninggalkan isteri Linda Tsen Thau Lin dan empat anak.

Bn menggunakan semua jenteranya untuk lari dari berdepan PRK Kota Seputeh kerana perangai wakil rakyatnya yang kaki ponteng tapi takdir tuhan mereka terpaksa berdepan satu demi satu PRK.

Projek Terkencing Terberak BN PRK N45 Dun Galas

Nak terkencing terberak puak2 umno, mereka tidak dapat menahan ketentuan Allah. lari dari PRK Kota Siputeh terjerat di Galas, janji2 PRK M/Urai menghantui umno, berjanji bukan2, menabur berbagai janji dan mengugut pengundi untuk mengundi nya dengan berbagai helah.

Pengundi Galas mungkin tidak akan bernasib baik selepas ini, mengharap kan ada lagi PRK susah di ramal, janji2 PRK umno di galas kemungkinan tinggal janji dan tertipu seumur hidup.

Satu lagi umno telah melakukan kerja2 tanah di Kg.Manjor yang di janjikan umno dan BN masa PRK MU dulu, semalam 8/10/10 petang gerombolan pencacai umno mencacak satu lagi signboard, Pusat sukan yang di janjikan kunun nya.

DSC06675 dengan tergesa2 papan tanda ini di tulis pakai tangan dan cat masih basah lagi, janji pusat sukan tapi tulis padang bola, tipu ke tak tipu, RSA TERNOK JAYA ENT. tu kepunyaan orang yang berjawatan dalam umno bahagian Kuala Krai.

DSC06678 janji pusat sukan tapi padang bola, ooooo ! kerja2 berkaitan…..

Beli tapak hampir RM200 ribu, nak rata kan bukit ni memakan belanja hampir sama dengan harga tapak, mesen yang kerja sebuah bulldozer jah, berapa tahun mahu siap tapak, lesen kontrak kelas ape hah ?, tak termasuk bangunan dan gelanggang2 sukan yang lain2 lagi, aku rasa lepas undi di Galas projek ni KONG juga lah…………, kalau buat pun CINCAI2 JAH asal jadi sudah, maka melayu tertipu lagi, yang untung kroni umno yang ada lesen kontrak.

Apa2 projek pun dari KERAjaan Umno dan BN, yang untung hanya umno berjawatan dan mempunyai lesen2 kontrak jah, hampir separuh yang berjawatan dalam umno bahagian kuala krai mempunyai lesen2 kontrak, boleh check di pusat2 pendaftaran kontraktor2 di JPP dan dan lain2 jabatan, kadang2 sorang galas 4 5 6 lesen, maka melobi lah mereka2 ini. pperghhh !.

Tunggu gambar2 Jambatan Manik Urai yang gerombolan nak bina segera macam maggi mee.

Pelancaran Jentera Muda Dun Galas

7 Oktober lalu berada di Kemasik, Kemaman mewakili keADILAN untuk menyampaikan ucapan dalam malam pertama Program 3 hari 'fiesta' Sambutan Jubli Emas Pas Kemaman.

Selepas ceramah terus ke Besut dan sampai subuh. Sempat lelap sebentar selepas Subuh. Sarapan pagi sambil bersembang perbagai isu dengan penduduk setempat bersama Dr. Sazali, Ketua KEADILAN Cabang Besut. Kemudian terus menuju Machang.

10.45 pg tiba di Rumah YB Saifuddin Nasution di Machang. Rumah YB Saifuddin penuh dengan kenderaan, serambi rumah penuh hadir sama ialah YB Datuk Dr Mansor Othman selaku Timbalan Pengarah Pilihanraya keADILan Pusat. Sebaik sahaja mesyuarat biro politik Kelantan selesai maka pertemuan di isi dengan taklimat dan persedian PRK Galas. keADILan begitu serius dalam memastikan kemenangan rakyat kekal di Galas.

Solat Jumaat di Masjid Faris Petra, Kuala Krai bersama teman-teman AMK Kelantan, terus bergegas ke rumah sdr. Tarmizi, bekas Ketua AMK Kuala Krai untuk solat hajat dan doa selamat sebelum beliau bertolak mengerjakan ibadat haji 3 hari lagi.

Pulang semula ke Besut. Selepas Isya hadiri Majlis Hari Raya KEADILAN Besut dan Ceramah Umum. Selepas ceramah ada sesi taklimat tertutup libatkan 5 pimpinan Cabang sekitar.

9 Oktober 2010, sebelum meninggalkan Besut sempat makan tengahari bersama teman-teman anak muda di sana. Banyak perkara disembangkan. Bertolak ke Gua Musang.

3.00 ptg sampai ke Galas untuk menyertai Pelancaran Jentera Dun Galas selaku ahli Majlis Pimpinan Pusat. Seramai lebih 500 orang anak muda setempat hadir.

Terus bertolak pulang sebelum berhenti sebentar di Kuala Lumpur jam 11.00 mlm untuk berbincang mengenai program sempena pilihanraya dan konvoi anak muda.

Jam 2.45 pg sampai rumah. Tengahari ini perlu bertolak ke Utara, singgah Ipoh ambil YB Lih Kang. 5ptg dijadualkan bersama dalam prog Penutup Kejohanan Bolasepak AMK di Tasek Glugor. Kemudian bergegas untuk majlis tertutup bersama untuk bincang strategi AMK negeri bagi berdepan dengan serangan mutaakhir pemuda Umno di Pulau Pinang.

9.00 malam pula akan hadiri Ceramah Umum bersama Ust. Idris Ahmad di Nibong Tebal.

gambar-gambar dari Pelancaran Jentera di Galas





cheGuBard dapat RM400,000, Alhamdulillah !!!

Esok, 10 Oktober adalah hari penentuan untuk semua calon-calon menyatakan pendirian tentang jawatan mana yang hendak ditandingi. Semua jawatan dah penuh sesak untuk mereka yang hendak bertanding.

Setakat ni, jawatan Presiden masih lagi belum ditentukan siapa yang hendak bertanding. Tapi, kalau ikut pencalonan, ada tiga orang yang layak. Anwar, Wan Azizah dan Zaid. Kalau ikut nujum Pak Belalang aku, Wan Azizah akan berundur dan Anwar kan bertanding jawatan Presiden. Zaid macam mana? Yang ini masih suspense.

Nurul Izzah juga akan membuat keputusan esok sama ada hendak bertanding Timbalan Presiden atau Naib Presiden. Instinct aku mengatakan dia akan bertanding Naib Presiden. Dan dengan ini, ada beberapa orang lagi akan bertanding Timbalan Presiden. Tian Chua tidak akan bertanding Timbalan.

Kalau ikutkan hu-ha-hu-ha kempen, hanya tiga orang yang bertanding. Zaid, Azmin dan Mustafa Kamil. Instinct aku masih mengatakan Mus akan tarik diri. Tapi kalau dia meneruskan hajatnya, dia tak akan kemana. Dan real fight akan berlaku diantara Zaid dan Azmin. Tapi itu pun masih belum tentu juga.

Instinct aku mengatakan Khalid Ibrahim akan bertanding Timbalan Presiden juga. Dalam diam, Khalid sudah mengumpul bala tenteranya. Dan yang leboh menarik, ramai diantara jeneral-jeneral Khalid adalah orang yang menyokong Azmin pada mulanya.

Kedudukan Azmin makin rapuh, sekiranya Khalid masuk gelanggang. Kalau Zaid bagi laluan kepada Khalid, Azmin can say goodbye.

Dalam pemilihan Naib Presiden, keadaan sekarang macam Summerslam. Ramai sangat yang nak ajdi Naib Presiden, tapi dalam pandangan aku…hanya beberapa orang saja yang mempunyai kaliber untuk jadi Naib Presiden. Yang lainnya…saja nak menyemak. dan yang lebih leceh lagi, ada diantara Calon Naib Presiden ini syok sendiri.

Semalam, Dolah Sani buat perjumpaan dengan ahli PKR Kuala Kangsar dan Sg. Siput untuk berkempen supaya menyokongnya sebagai Calon Naib Presiden.

Cara dia berkempen pun sudah memualkan. Kalau macam inilah orang yang akan menjadi Naib Presiden PKR…buat malu saja.

Dolah Sani berkempen macam nak lawan Umno. Dan dia pun buat macam Umno. Kempennya bukan hendak menerangkan visi dan misinya, tapi memfitnah orang lain.

Dollah Sani kata, Cabang Ipoh Timor dan Ipoh Barat dapat lima ribu sorang dari Zaid. Betul atau tidak, aku tak tau…tapi kedua-dua Cabang ini mencalonkan Mustaffa Kamil.

Dalam perjumpaan itu juga, aku diberitau, Chegu Bard mendapat RM400,000 dari Zaid. Fuiyoo!! Kalau macam tu, pemilihan lagi sekali aku gerenti nak bertanding. Boleh buat duit ooo!!

Cerita orang tu bagi duit, orang ni bagi duit…semakin memualkan. Hari tu, Ketua Wanita Perak marah kat aku pasai aku bocorkan cerita dia dalam mesyuarat. Dia kata semua Cabang dapat lima ribu dari Zaid. Bila aku tulis dalam blog, dia kata dia cuma menyampaikan apa yang diceritakan oleh Zuraidah. Zuraidah pun dua kali lima macam Dolah Sani. Cerita la macam mana nak memberdayakan Wanita PKR. Ni dok cerita pasai orang tu bgai duit, orang ni bagi duit. Tapi nak kata apa…itulah standard Ketua Wanita PKR.

Semasa aku bercuti lima hari dari menulis, aku jenguk juga pejabat PKR kat Tropicana. Kat situ aku jumpa seorang Wanita PKR Pusat. Dia marah kat aku sebab aku promote Animah Ferrar untuk melawan Zuraidah sebagai Ketua Wanita. Astaghfirullahilazim!!! bila masa aku sebut Animah Ferrar??

Boleh check balik dalam semua posting yang aku buat…aku tak pernah sebut nama Animah Ferrar. Yang pernah aku sebut mungkin Team Ferrari.

Walaubagaimanapun, sapa nak lawan pun mampuih pi la. Tunggu malam esok atau hari Isnin. Lepas tu baru aku sambung Dream Team aku.

Aku bercuti selama lima hari sebab ada orang gila nak buat projek the Third Force. Dia minta aku tulis project paper dan menghuraikan apa yang dalam kepala aku. Secara dasarnya, aku bagi posting-posting yang pernah aku buat. Kerajaan Maya Rakyat, Kampung Direct Investment, Universiti Maya Rakyat. Semuanya idea gila…tapi siapa sangka…rupanya ada orang gila yang minat dengan idea gila.

petikan dari http://ureka.asia/2010/10/makin-lama-makin-lalok/

Saturday, October 09, 2010

Akuan sumpah: Peguam Anwar sangkal Rahimi, PKR dakwa ‘konspirasi Galas’


Rahimi Osman menunjukkan salinan laporan polis yang dibuat berhubung akuan bersumpah ditandatangani Jun 2008 pada sidang media di Klang hari ini. – Gambar oleh Choo Choy May
KLANG, 6 Okt — Peguam pasukan Datuk Seri Anwar Ibrahim, Sankara Nair dalam reaksi segera menafikan dakwaan Rahimi Osman bahawa bekas pembantu Ketua Umum Pakatan Rakyat itu telah dipaksa menandatangani dua akuan bersumpah berkaitan kes liwat akhir Jun 2008.

Sankara berkata, Rahimi menandatangani akuan bersumpah itu secara sukarela selepas mengadakan pertemuan dengan peguam-peguam Anwar di Quality Hotel dua tahun lalu.

“Saya hendak menegaskan di sini bahawa Rahimi tidak dipaksa menandatangani akuan bersumpah. Dia menyediakan akuan bersumpah secara sukarela yang memihak kepada Anwar,” katanya.

“Dia (Rahimi) dengan bebas memberi maklumat... saya hadir bersama dengan beberapa peguam semasa dia menerangkan apa yang sebenarnya telah berlaku,” kata beliau kepada The Malaysian Insider petang ini.

Sankara juga berkata Ketua Penerangan PKR Latheefa Koya, yang juga salah seorang peguam kes Anwar dalam kes liwat terbaru sekarang ditanggungjawabkan untuk mendapatkan tandatangan Rahimi pada akuan bersumpah yang dimaksudkan.

Petang tadi, Rahimi mendakwa beliau telah dipaksa mengaitkan Datuk Seri Najib Razak dan Datin Seri Rosmah dalam kes liwat kedua dihadapi Anwar dengan menandatangani dua akuan bersumpah.

Rahimi berkata beliau telah dipaksa menandatangani akuan bersumpah pada 28 Jun 2008, yang mendakwa Najib dan Rosmah mendalangi konspirasi terhadap Anwar dalam kes liwat melibatkan bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Saiful mendakwa dia diliwat Anwar beberapa hari sebelum itu dan kes itu sedang berlangsung.

Laporan polis dibuat Rahimi kira-kira 3.03 petang tadi.

Dalam laporan itu, Rahimi mendakwa beliau telah dipaksa menandatangani dua akuan bersumpah oleh Latheefa dan juga beberapa anggota parti di Quality Hotel akhir Jun 2008.

Dalam pada itu, anggota Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR Badrul Hisham Shaharin menyifatkan Rahimi melancarkan kempen pilihan raya kecil Galas bagi pihak Umno hari ini selepas parti dominan BN itu sudah panik dengan kemungkinan pertembungan di kawasan majoriti Melayu.

“Dalam keadaan mereka sedang melakukan perang saraf memaksa semua percaya bahawa Melayu sudah benci Pakatan Rakyat dan mencintai Umno melalui Perkasa yang mendapat hak francais pembakar suhu perkauman, sudah tentu pilihan raya kecil di kawasan Melayu ini mencemaskan mereka,” kata beliau dalam kenyataan dikeluarkan menerusi blognya.

“Galas sukar buat Pakatan Rakyat untuk mengekalkan kerusi tetapi akan cuba yang terbaik.

“BN cemas dan mengarut bermula dengan nak lantik pemimpin yang mereka pinggirkan selama ini, Ku Li sebagai pengarah, Umno panik kerana kalau tewas Galas, maka retorik konon mereka dipuja Melayu akan hancur,” katanya.

Bakal calon kerusi Angkatan Muda Keadilan ini berkata, faktor pengikat Pakatan Rakyat, Anwar kini berada di Itali dan tanpa perlu menantinya serangan dituju kepada ketua pembangkang itu.

“Kempen BN sempena Galas bermula hari ini dengan ‘kick offnya’ dimulakan oleh Rahimi, bekas kakitangan di pejabat Anwar Ibrahim.

“Rahimi ini kononya hari ini hadir di ibu pejabat Balai Polis Klang dengan menyatakan dia dipaksa membuat kenyataan bersumpah palsu,” katanya lagi.

Badrul yang turut dikenali sebagai “Chegubard” menambah, strategi menggunakan Rahimi sudah dihidu beberapa hari lepas, kononnya akan membuat aduan polis yang dia juga diliwat.

“Pelik juga sebab strategi itu mudah sangat dipatahkan kerana Rahimi ini pernah membuat akuan bersumpah dan rakaman audio visual menolak semua dakwaan Saiful, malah dia juga yang menimbulkan dan mengaitkan nama Ezam Mohd Nor sebagai orang yang terlibat dalam kes fitnah kedua ini.

Katanya, mungkin ‘perancang jahat’ juga sedar perkara ini, maka Rahimi sekadar mengaku dia dipaksa membuat akuan bersumpah palsu.

“Saya sendiri ada bersama beliau selepas Saiful membuat laporan polis dia diliwat. Rahimi oleh kerana kononnya takut, maka dia diletakkan di sebuah hotel dan beberapa teman saya diminta menjaga dan memenuhi keperluan Rahimi.

“Sepanjang dijaga selama kira-kira enam hari itu, dia bebas gunakan telefon, dia bebas ke sana ke mari termasuk ke Seri Pentas untuk menonton perlawanan bola sepak ketika itu.

“Malah ketika berbual dengan teman-teman yang menemani, beliau diberitahu betapa dia sedih kerana bagaimana Saiful boleh buat sedemikian rupa zalim terhadap Anwar,” katanya.

Badrul menyoal, “kalau dia kena paksa kenapa sekarang, kenapa dekat dengan Galas?”

petikan dari http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/akuan-sumpah-peguam-anwar-sangkal-rahimi-pkr-dakwa-konspirasi-galas/

Friday, October 08, 2010

Zaid : Jangan jadi seperti akuan bersumpah Bala

Zaid Ibrahim semalam dalam satu kenyataanya yang di siar dalam media internet telah mengingatkan kita Balasubramaniam, seorang yang mengaitkan Najib dan Rosmah dengan pembunuhan Altantuya yang juga telah menarik surat akuan bersumpahnya sehari selepas menggemparkan negara. klik sini

Kenyataan bersumpah Bala yang pertama dan kedua tidak disiasat secara serius dan sehingga kini menjadi misteri.

Dua hari lepas pula seorang bernama Rahimi muncul pula menarik akuan bersumpah yang turut mengaitkan Rosmah dan Najib dengan kes Fitnah Saiful dalam kes Fitnah 2. Kenyataan bersumpah Rahimi membolehkan Rosmah dan Najib diseret ke mahkamah untuk disoal.

Namun adakah dakwaan Rahimi ini juga akan ditinggalkan tidak ada siasatan serius dan terus menjadi misteri ? atau ia hanya dilakukan setelah mereta 'dibeli' untuk menyelamatkan Rosmah dan Najib dari hadir ke mahkamah ?

Dalam perkembangan lain pula cheGuBard dimaklumkan bahawa ketika Rahimi membuat kenyataan media duduk disebelah kiri beliau ialah teman lelaki kepada pegawai Khas seorang ahli parlimen KEADILAN yang telah melompat keluar parti. Adakah itu satu kebetulan atau menggambarkan siapa perancang disebalik penarikan akuan bersumpah yang kaitkan Rosmah, Najib dan Saiful ?

Thursday, October 07, 2010

Kecam tindakan ganggu sidang media Rahimi

Semalam ketika sidang media bekas kakitangan Pejabat Anwar Ibrahim yang menyatakan kononya dia dipaksa membuat kenyataan bersumpah telah diganggu oleh sekumpulan lelaki yang dikatakan penyokong Anwar Ibrahim.

Perkara ini amat mengecewakan dan tidak seharusnya berlaku. Mungkin ada antaranya ahli PKR tetapi itu tidak bermaksud ia adalah arahan terancang dari mana-mana pimpinan. Malah selaku ahli MPP saya melahirkan rasa cukup kesal dengan tindakan tersebut. Di bawah ini pula ialah kenyataan Timbalan Presiden mengenai perkembangan tersebut.

KEADILAN TIADA KAITAN DENGAN PERCUBAAN GAGALKAN SIDANG AKHBAR

Parti Keadilan Rakyat memandang berat atas percubaan beberapa orang, yang mengakui sebagai penyokong KEADILAN, untuk menggagalkan sebuah sidang akhbar di Kelang semalam.

Mereka dilaporkan sebagai bertindak kasar dan mengeluar kata-kata kesat pada masa itu. Hal ini tidak membantu kes fitnah kedua terhadap Anwar Ibrahim, bahkan menjejas imej Parti.

Saya ingin tegaskan bahawa KEADILAN tidak pernah merestui, apatah lagi mengarah tindakan kumpulan ini. Orang yang dikatakan memimpin kumpulan ini bukannya Naib Presiden Parti ataupun Pembantu Khas Anwar, seperti mana dilaporkan oleh sesetengah media.

Namun begitu kami berpendapat bahawa Rahimi Osman, bekas pembantu Anwar telah berbohong dalam laporan polisnya yang mendakwa beliau dipaksa membuat surat sumpah. Perkara ini akan dijelaskan oleh peguam dalam sidang akhbar tengahari ini.

Dr Syed Husin Ali
Timbalan Presiden
KEADILAN

7 Oktober 2010
Semalam cheGuBard telah menulis mengenai pengalaman dengan bekas kakitangan pejabat Anwar Ibrahim ini. sila klik sini dan kemudian SharpShooter telah menyambut sebagai saksi hidup yang 'menemani' dia.

Nantikan esok cheGuBard cuba update satu lagi mengenai perkara ini sebab cheGuBard masih berada dalam lingkungan GERAK ketika konspirasi Fitnah 2 dirancang.

Wednesday, October 06, 2010

Bekas kakitangan Pejabat Anwar lancar kempen PRK Galas bagi pihak Umno

Umno panik dengan pertembungan di kawasan majoriti Melayu di DUN Galas. Dalam keadaan mereka sedang melakukan perang saraf memaksa semua percaya bahawa Melayu sudah benci Pakatan Rakyat dan mencintai Umno melalui Perkasa yang mendapat hak francais peembakar suhu perkauman sudah tentu pilihanraya kecil di kawasan Melayu ini mencemaskan mereka.

Galas sukar buat Pakatan Rakyat untuk mengekalkan kerusi tetapi akan cuba yang terbaik. Bn cemas dan mengarut bermula dengan nak lantik pemimpin yang mereka pinggirkan selama ini 'KuLi' sebagai pengarah, Umno panik kerana kalau tewas Galas maka retorik konon mereka dipuja Melayu akan hancur.

Mereka tahu sesuatu perlu dilakukan segera. Pakatan Rakyat jika turun dengan jentera yang padu pasti Bn tumbang. Faktor pengikat Pakatan Rakyat, Anwar kini berada di Itali. Tanpa perlu menanti Anwar berada di luar negara serangan dituju kepada Anwar.

Kempen Bn sempena Galas bermula hari ini dengan 'kick off' nya dimulakan oleh Rahimi, bekas kakitangan di pejabat Anwar Ibrahim.

Rahimi ini kononya hari ini hadir di Ibu Pejabat Balai Polis Kelang dengan menyatakan dia dipaksa membuat kenyataan bersumpah palsu.

Strategi menggunakan Rahimi ini sudah dihidu beberapa hari lepas. Kononya Rahimi akan membuat aduan polis yang dia juga diliwat. Pelik juga sebab strategi itu mudah sangat dipatahkan kerana Rahimi ini pernah membuat akuan bersumpah dan rakaman audio visual menolak semua dakwaan Saiful, malah dia juga yang menimbulkan dan mengaitkan nama Ezam Mohd Nor sebagai orang yang terlibat dalam kes fitnah 2.

Mungkin 'perancang jahat' juga sedar perkara ini, maka Rahimi tidak jadi mengaku diliwat tetapi sekadar mengaku dia dipaksa membuat akuan bersumpah palsu. *banyak blog pro Umno termasuk twitter Lokman Adam semua telah umum mangsa liwat Anwar akan buat laporan sebelum pun Rahimi buat laporan polis ternyata semua mereka di update hanya dengan perancangan asal dan bukan plan B sila klik

Saya sendiri ada bersama beliau selepas Saiful membuat laporan polis dia diliwat. Rahimi oleh kerana kononya takut maka dia diletakkan di sebuah hotel dan beberapa teman saya diminta menjaga dan memenuhi keperluan Rahimi.

Sepanjang dijaga selama kira - kira 6 hari itu, dia bebas gunakan telefon, dia bebas ke sana ke mari termasuk ke Seri Pentas untuk menonton perlawanan bolasepak ketika itu.

Malah ketika berbual dengan teman-teman yang menemani beliau diberitahu betapa dia sedih kerana bagaimana Saiful boleh buat sedemikian rupa zalim terhadap Anwar.

Namun cheGuBard secara peribadi lansung tak percaya Rahimi ini, saya pernah sendiri ketika itu bercakap dengan Anwar Ibrahim sendiri mengenai keraguan yang timbul kerana beberapa perkara jelas yang terjadi tetapi Rahimi menipu dengan mengatakan sebaliknya. Rahimi ini cheGuBard tak suka sebab terlalu elit gayanya,sombong sangat pakai kereta mewah dengan pemandu, pakaian jenama hebat dan cakap besar sentiasa. Konon dialah orang yang banyak bantu Anwar itu dan ini termasuk susun pertemuan dan buat ucapan. Dia kata kalau nak anak muda ikut parti kena pakai banyak duit, itulah kata yang cukup menjadikan cheGuBard menyampah dengan dia, cuma dah tugasan ialah 'meneman bukan mendidik' maka teman dan dengar je lah.

Mungkin sharpshooter a.k.a Din Binjai dan Zulkifli Ibrahim (Nibong Tebal) boleh berkongsi lebih banyak cerita kerana dialah yang bersama Rahimi ke banyak tempat 'berfoya' ketika mereka menemani Rahimi.

Dipaksa ? Gila...... langsung tak wujud paksaan, malah dia sendiri yang cerita itu dan ini termasuk mengaitkan Ezam.

Lama dia hilang tak tahulah buat apa bagi che'GuBard tak nak campur itu urusan pejabat Anwar, che'GuBard tumpu perkasa parti, tak mahu campur urusan pejabat Anwar Ibrahim sebab nanti tak sesuai pula kerana kita tak secerdik mana.

Tiba - tiba beberapa bulan lepas ketika menghantar sepupu Isteri bernikah di Sg. Buloh kami sekeluarga singgah di Denai Alam. Sebab dengar tempat ini boleh tengok kuda maka cheGuBard bawa anak-anak untuk ambil gambar dengan kuda. che'GuBard jumpa Rahimi ini baru lepas naik kuda, biasalah dengan pakaian hebat, boot naik kuda dan cakap besarnya dia menyapa, salam siap nak cium tangan lagi. Kalau dia kena paksa kenapa sekarang ? Kenapa dekat dengan Galas ?

Cabaran Galas harus digalas oleh semua rakyat

Pada sidang media di Putrajaya, Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Wan Ahmad Wan Omar juga mengumumkan tarikh penamaan calon akan diadakan pada hari Selasa, 26 Oktober ini dan tarikh pengundian pada 4 November 2010.

Pilihanraya kecil ini diadakan oleh kerana kematian penyandangnya, Chek Hashim Sulaima, 48, akibat barah usus, 27 September lalu.

Pada Pilihan Raya Umum 2008, Chek Hashim mendapat 4,399 undi menewaskan penyandang dari Barisan Nasional (BN), Mohd Saufi Deraman (3,753 undi) dengan majoriti 646 undi.

Walaupun keputusan Pilihanraya Kecil DUN Galas ini mungkin boleh dilihat tidak penting kerana siapa pun memang tidak akan memberi banyak kesan, Kerajaan Negeri masih dikuasai PAS-Pakatan Rakyat dan Kerajaan Pusat masih dikuasai Bn. Hujah mengatakan DUN Galas bukan kubu kuat sesiapa kerana siapa pun menang atau kalah majoriti pasti rendah maka ia dihujahkan sebagai siapa pun menang dari aspek maruah politik tidak banyak terjejas.

Namun jauh dari persoalan itu rakyat perlu melihat cabaran Pilihanraya DUN Galas ini sebagai peluang untuk membuktikan penolakan rakyat terhadap beberapa tindakan kerajaan pusat yang jelas menjejaskan hidup rakyat. Kenaikan harga hasil penarikan subsidi contohnya perlu diadili di Dun ini.

Bn pasti akan datang dengan seribu satu janji manis tetapi pengundi Galas harus disedarkan dengan janji kosong yang masih tak tertunai dalam siri pilihanraya kecil sebelum ini. Tidak perlu melihat sejauh janji bandar tentera darat di Dun Bagan Pinang cukup dengan melihat siri - siri janji manis tak tertunai di Manek Urai yang lama sehingga banyak dilupa.

Kempen perkauman dan fitnah sudah tentu menjadi menu utama bahan kempen Bn kali ini.

Maka seluruh rakyat harus melihat Galas ialah lapang tempur seluruh rakyat. Kita telah bersetuju calon PAS akan mewakili Dun Galas dan kepercayaan yang tinggi terhadap PAS Pusat dan PAS Kelantan sudah tentu punya barisan calon yang berwibawa dan bagi che'GuBard selaku ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP) keADILan janji saya ialah akan turun membantu di Galas seperti calon keADILan sendiri yang bertanding.

Satu pasukan kempen sudah dibentuk dengan meneliti latar Galas itu sendiri. Satu makenisma kempen mendekati pengundi dengan memberikan penerangan mesra akan digunakan. Anak muda dari perbagai peringkat akan digerakkan bersama membentuk jentera rakyat di sana. che'GuBard insyaAllah akan berada di Galas pada 8 dan 9 Oktober ini.

Umno - Bn sudah memulakan kempen penuh ketidak keyakinan. Timbalan Presiden Umno sendiri gentar untuk menjadi pengarah pilihanraya sehingga menyerahkan tampuk tersebut kepada YBm Ku Li malangnya sehingga kini lantikan tersebut masih belum sah diterima.

Meletakkan tarikh pengundian hari Khamis juga menunjukkan Bn tidak yakin dan cuba menyukarkan pengundi pulang melaksanakan tanggungjawab. Tarikh 4 November sebagai tarikh mengundi pula merupakan sehari sebelum Hari Perayaan Deepavali juga dilihat sebagai regim ini tidak sensitif dengan perayaan besar sahabat-sahabat berketurunan India dan agama Hindu sudah tentu menyusahkan mereka yang bukan sahaja pengundi tetapi mungkin mereka yang terdiri dari petugas parti atau agensi Kerajaan.

Tuesday, October 05, 2010

Peringatan dari akar umbi : kita harus hormati ahli baru

PETALING JAYA: Seorang pemimpin peringkat cabang PKR di Sabah melahirkan rasa kecewa dengan sikap beberapa pemimpin tertinggi parti kerana memperkecil-kecilkan anggota-anggota baru.

"Saya kecewa dengan beberapa pemimpin PKR berulang kali memperkecilkan anggota-anggota baru dalam parti, sama ada melabel mereka sebagai tidak boleh dipercayai atau masih mentah dalam politik," kata Ketua Cabang Kota Belud, Saidil Simoi.

Beliau berkata, "hari ini, saya terbaca kenyataan akhbar Naib Presiden Azmin Ali, yang akan bertanding merebut jawatan Timbalan Presiden, meremehkan pesaingnya Datuk Zaid Ibrahim, hanya kerana beliau adalah anggota baru dalam PKR.


Ujar beliau, "nada suara para pemimpin ini bercanggah dengan aspirasi parti apabila inisiatif diambil untuk meminda perlembagaan. Pucuk pimpinan mengalu-alukan anggota-anggota baru dengan tangan terbuka selepas pilihan raya umum 2008.

"Parti sanggup memendekkan tempuh masa menjadi ahli kepada hanya setahun untuk membolehkan mereka menawarkan diri sebagai calon dalam pemilihan parti," katanya dalam kenyataan media hari ini.

"Namun kini, anggota-anggota baru dipandang dengan perasaan curiga dan seolah-olah tidak diperlukan. Adakah kita menyatakan mana-mana anggota baru yang ingin menawarkan diri untuk komited dengan perjuangan parti secara otomatik digantung kerana disyaki sebagai pengacau?

"Adakah mereka tidak diperlukan kerana mereka tidak condong kepada mana-mana kumpulan yang dipilih oleh beberapa pemimpin parti," soal beliau.

Beliau berkata, peristiwa ini mengingatkan kita kepada kes seorang yang dilantik sebagai Bendahari Agung selepas pemilihan parti tahun 2007 merupakan anggota baru dan hampir tidak dikenali dalam parti. Namun demikian, pelantikan itu dibuat tanpa sebarang bantahan.

"Jika inilah halnya, maka demokrasi tidak akan berkembang dalam parti, seperti mana yang dikehendaki oleh sistem mengundi secara terus. Demokrasi hendaklah berasaskan kepada kuasa anggota dan bukan ditentukan oleh segelintir," katanya.

Azmin kata Doktor Mahathir 'pemimpin tersungkur'

Banyak orang kutuk Dr. Mahathir tetapi tiba - tiba ketika rasmi Mesyuarat Agong Tahunan Cabang Gombak, YB Azmin Ali menggunakan perkataan 'permimpin tersungkur' sebagai sindiran kepada Tun Dr. Mahathir dan sindiran itu tiba - tiba menjadi gamat sehingga Timbalan Perdana Menteri sendiri turut memberikan komen.

Tak tahu mengapa adakah kerana ketika komen tersebut dilontar Dr. Mahathir sedang sakit di hospital luar negara atau kerana mereka begitu sensitif kerana komen tersebut datangnya dari seorang yang dulunya anak angkat keluarga Dr. Mahathir yang dijadikan setiausaha kepada Anwar Ibrahim.

Cuma kalau oleh kerana Dr. Mahathir di hospital dan sakit maka dia tak boleh 'dikomen' apa bezanya dengan ramai pemimpin yang sakit tetapi terus menerima serangan politik. Anwar Ibrahim sebelum ini keluar masuk hospital tetapi adakah ada pemimpin regim yang menyatakan simpati dengan mengistihar letak senjata sehingga Anwar sihat. Bukan setakat terus diserang malah ada ketika Anwar juga disekat dari menerima rawatan sewajarnya. Adakah Anwar langsung tiada jasa pada negara ?

Kedua jika kerana Azmin ialah anak angkat keluarga Tun Dr Mahathir sehingga menjadikan semua sensitif maka seharusnya ada juga yang sensitif apabila ada yang dalam politik dinaikkan malah diberikan tangga politik oleh Anwar tetapi digunakan oleh regim untuk menyerang Anwar semula.

Azmin bukan mengutuk dengan serangan kerana kejadian Tun masuk hospital tetapi dia menegaskan dalam ucapan dan selepas itu ketika bertemu wartawan dengan menyatakan kenyataan 'pemimpin tersungkur' tersebut beerti seorang yang pernah naik dengan imej (retorik) membina negara dan membina nilai perpaduan tetapi sebaliknya akhir-akhir ini Tun Mahathir sendiri bertindak sebaliknya dengan mendokong Perkasa yang jelas berusaha memecah belahkan rakyat negara dengan membakar api perkauman.

Bagi che'GuBard Azmin tidak perlu mohon maaf tetapi mencabar media arus perdana memberikan ruang supaya Azmin menjelaskan kenyataan beliau.

Doa kepada Tun Dr. Mahathir supaya terus sihat dan kuat untuk melihat sendiri kejatuhan regim Bn.

Monday, October 04, 2010

PKR must appreciate and respect new members

PRESS STATEMENT
4 October 2010

PKR must appreciate and respect new members


I am dismayed that PKR leaders are repeatedly belittling new members of the party, either branding them untrustworthy or novices.


Previously, a warning of “trojan horses” in the PKR was made by Datuk Seri Anwar Ibrahim in reference to new members, especially those who offer themselves as candidates in the party elections.


Now, I read in today’s newspapers that PKR Vice President Azmin Ali, who is vying for the Deputy President position, put down his opponent Datuk Zaid Ibrahim simply because he is new in PKR.


The tone taken by these leaders contradict the aspirations of the Party when initiatives were made to amend the constitution. The party’s leadership was welcoming new members with open arms after the 2008 general election and intentionally specified a short qualification period of one year membership to allow them to be candidates in party elections.


Now, however, new members are cast as suspicious characters and made to feel unwelcome. Are we saying that any new member who wishes to offer their commitment to the party’s struggle are now automatically suspected as “trojan horses” simply because they are not aligned to the faction preferred by some party leaders?


This seems to be case considering that the appointee to the senior position of Treasurer-General after the party election in 2007 was a new member and virtually unknown in the party. Yet, the appointment was made without any objection whatsoever.


If this is the case, then democracy will not be able to grow in the party, as originally intended when the system of direct election was introduced. Democracy must be based on the power of members and not be dictated by a select few.


I call on party leaders to appreciate and respect new members who contribute to the strength of the party and many of whom are keen to actively support the party’s struggle.


Saidil Simoi

Ketua Cabang Kota Belud

Parti Keadilan Rakyat

BTN ini agensi kerajaan atau alat politik

Timbalan Pengarah BTN hadir ke Balai Polis dengan diiringi Perkasa (operator Umno yang mendapat francais tugasan menaikkan suhu sentimen perkauman)....adakah ini cara pegawai kerajaan membuat laporan polis.

Biro Tata Negara merupakan agensi kerajaan yang diletakkan di bawah Jabatan Perdana Menteri. Kewujudan agensi ini kononya dengan hasrat memupuk nilai patriotisme dan nilai-nilai murni serta menjadikan rakyat setia negara.

Hasrat ini telah menghalalkan jutaan ringgit wang rakyat digunakan oleh agensi ini. Namun bukan sekali ini agensi ini digunakan secara salah oleh parti pemerintah untuk memperkukuhkan kekuasaan politik dan memanipulasi untuk tujuan memfitnah saingan politik mereka dalam majlis - majlis anjuran BTN. Malah ada laporan menyatakan dengan jelas bahawa dalam majlis anjuran BTN dimasukkan elemen anti kaum tertentu.

Terbaru Penolong Pengarah Biro Tata Negara (BTN) Hamim Husain dilaporkan oleh media internet The Malaysian Insider telah mengeluarkan kenyataan menghina kaum lain dalam Majlis yang dianjurkan oleh Puteri Umno.

Selepas berita tersebut disiarkan banyak pihak termasuk Puteri Umno sendiri mendesak agar Boo Su-Lyn iaitu wartawan yang menyusup masuk ke Majlis Puteri Umno itu dikenakan tindakan kerana menceroboh.

Namun tidak ada satupun penafian dari pihak Biro Tatanegara mengenai Penolong Pengarahnya yang hadir program Puteri Umno dan mengeluarkan kenyataan perkauman.

Selaku penjawat awam, Hamim Husain perlu bertanggungjawab mengenai kenyataanya dan BTN sendiri juga perlu dipertanggungjawabkan.

Namun hari ini (4 Oktober) Hamim Hisain hadir di balai Polis Sentul untuk membuat laporan polis bagi membela dirinya. Malangnya beliau yang hadir tidak seperti pegawai agensi kerajaan yang 'makan gaji' dengan wang rakyat. Beliau hadir dengan diiringi oleh Perkasa sebuah pertubuhan bukan kerajaan yang akhir - akhir ini begitu gigih membakar sentimen perkauman.

The Malaysian Insider dalam laporannya minggu lalu mendakwa Hamim menghina dan melabelkan rakyat Malaysia berbangsa Cina dan India sebagai 'si sepet mata' dan 'si kaki botol'.

Saturday, October 02, 2010

More reform leaders needed

PRESS STATEMENT

1 October 2010


More reform leaders needed


I urge all party leaders to stop their incessant attacks on deputy president contender Datuk Zaid Ibrahim.


I read PKR vice-president Dr Lee Boon Chye's statement yesterday and feel that the timing of the statement was unfortunate, especially with the crucial final round of cabang elections this weekend.


I have also read the various interviews which Zaid had given to the media. I find them to contain his aspirations for the party and nothing else. He has not been playing victim as suggested by Dr Lee.


I think all party leaders should welcome any concrete suggestions made by anyone to improve the party. Some of Zaid's suggestions can help us achieve our aims for the people.


The party needs more reform minded leaders. It also needs leaders who are open-minded so that the party can move forward.


JEFFREY KITINGAN

Vice President

Parti Keadilan Rakyat

Friday, October 01, 2010

Najib rancang huru hara

Barisan Nasional secara jelas sudah menyedari mengenai kemungkinan mengalami kekalahan yang lebih besar dari pilihanraya umum ke 12 dalam Pilihanraya Umum akan datang. Bn khususnya Najib mula bercakap bagi pihak mereka yang punya kepentingan yang tidak mungkin menerima hakikat kemungkinan ini cukup besar terjadi. Ini ada logiknya kerana jika difikir mana mungkin adik Najib mampu tinggalkan kerusi empuk dalam CIMB yang menghasilkan pendapatan berjuta setahun begitu sahaja.

Dalam menterjemahkan kegusaran ini semalam Najib dalam ucapannya pada majlis Malam Sejuta Harapan Ke-6 sempena ulangtahun Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) ke-20, di Kuala Lumpur malam semalam berkata bahawa kehilangan kuasa memerintah oleh kerajaan BN boleh mendatangkan kesan buruk terhadap pembangunan dan kebajikan rakyat. Najib membayangkan keadaan huru hara dan seumpamanya.

Kenyataan Najib ini tidak boleh diambil mudah.

Sememangnya banyak persediaan telah dilakukan oleh Bn untuk menghadapi kemungkinan berdepan dengan kekalahan yang lebih besar dari PRU ke 12 yang lalu.

Perkasa contohnya bukan sebuah organisasi biasa ia dicipta secara terancang dan merupakan pemegang 'francais' bagi umno untuk menjalankan operasi menaikkan suhu perkauman. Umno tidak melakukan operasi ini sendiri kerana selepas PRU 12, mereka sedar jika Umno mainkan sendiri membakar api kaum maka Umno akan lebih ditolak, tetapi mereka sudah tidak punya banyak pilihan. Api perkauman harus dibakar untuk mengepung majoriti tapak sokongan Melayu. Malah Perkasa juga merupakan agen yang bakal menimbulkan huru - hara ketika keadaan memerlukan mereka melakukan perkara tersebut berdasarkan keputusan PRU akan datang yang amat genting bagi regim pemerintah.

Walaupun Umno cuba kelihatan berbeza dengan Perkasa tetapi bagi orang yang celik politik pasti mengetahui hakikat sebenarnya. Bayangkan mana mungkin kumpulan tanpa lindungan khas boleh mengepung majlis orang lain dengan melakukan provokasi bakar dan seumpamanya malah selepas itu mengugut tetapi tanpa tindakan polis regim pemerintah. Mereka mendapat perlindungan istimewa demi melaksanakan misi penting bagi pihak regim.

Sehubungan dengan itu rakyat khususnya rangkaian anak muda progresif seperti dalam Pakatan Rakyat harus dipersiapkan dengan kemungkinan tersebut.

sejarah membuktikan setiap kali tapak sokongan rejim terancam mereka akan kembali kepada garis perkauman tebal dan mencipta huru - hara. Ingat ketika regim terlepas menguasai Pilihanraya Kerajaan Tempatan mereka cipta huru hara dan haramkan pilihanraya tersebut.