Friday, November 13, 2009

Raja Petra membuat pendedahan baru dalam isu Altantuya….

Semalam sekali lagi pemilik blog Malaysia Today membuat pendedahan besar. Beliau mendedahkan bagaimana P.I Balasubramaniam yang pernah membuat pengakuan bersumpah mengenai keterlibatan Perdana Menteri dan isterinya dalam kes pembunuhan Altantuya Shariibuu telah diugut, dibawa ke India dan dibayar RM 50,000 sebulan bagi memastikan kes tersebut ditutup. Klik disini untuk membaca pendedahan Raja Petra yang mesra dengan panggilan RPK.

RPK turut memuatkan salinan cek bagi menguatkan lagi pendedahannya.

Pendedahan ini sudah pasti akan menghidupkan kembali kes ini.

Sejauh manakah kebenarannya?

Selama mana isu ini akan terus hidup?

Kita tunggu dan lihat.

Thursday, November 12, 2009

penyokong Kelantan buat PAS yang salah ?

Pagi ini masih di Bandung. Sebelum bermula kuliah, membaca beberapa email lama yang belum sempat dibaca.

Ada teman yang mengirim email dengan menghantar petikan beberapa laman Umno yang komen mengenai perlawanan akhir Piala Malaysia.

Kononya salahkan PAS kerana penyokong Kelantan merusuh dan puji Umno kerana penyokong Negeri Sembilan disiplin malah NS telah menang.

Tahu tak kita pengurusan bolasepak Kelantan diterajui oleh Datuk Anuar Musa (orang Umno). Inilah sikap hipokrit kalau menang akan kata orang Umno bagus urus bola tapi kalau kalah salahkan kerajaan negeri.... ?

Sikap keterbukaan kerajaan PAS Negeri Kelantan harus dipuji kerana berjaya mengadaptasi konsep keadilan. Anuar Musa sememangnya antara yang baik untuk mengurus KAFA maka beliau didokong dalam menguruskan KAFA. Bayangkan kalau PBNS di ketuai oleh orang PAKATAN tentu sekali tidak mungkin. Bukan orang PAKATAN tetapi jika ia orang Umno bukan dari kem yang menguasai negeri juga sudah akan menyebabkan keadaan kelam kabut.

Tuduhan penyokong Kelantan bawa bendera PAS tidak boleh disangkal....tetapi ada juga penyokong NS bawa bendera Umno malah ditemui juga penyokong NS yang turut bawa bendera PAS dan KEADILAN.

Hakikat tahap disiplin penyokong yang mengecewakan tidak boleh disangkal, sesuatu harus dilakukan sama ada dalam aspek penguatkuasaan undang - undang atau kempen berterusan. PAS tidak memerintah England tetapi penyokong England tetap dikenali dengan sikap fanatik dan merusuh...maka ia bukan salah PAS.

Apa pun tahniah pasukan Negeri Sembilan....

Cuma nak komen sedikit malam tersebut polis bersikap cukup berlainan, hanya melihat kerusi dibakar dan mercun dibaling. Jika polis bertindak cepat menahan 2-3 orang yang memulakan provokasi tentu yang lain akan mula berfikir dua kali. Namun sehingga keluar stadium ada penyokong NS dipukul tetapi polis gagal bertindak dan seolah tidak cukup anggota...... ini berbeda dengan aksi polis mengawal protes rakyat sebelum ini.

Zul Nordin macam budak - budak

Dalam Konvensyen KEADILAN Pulau Pinang, DSAI telah menunjukkan ketegasan siapa yang pemimpin yang malas dan khususnya yang tak nak hormat dan ikut dasar parti sila keluar !!!

Tidak ada yang pelik ketegasan ini memang sudah disebut beberapa kali oleh DSAI dalam mesyuarat MPT. Namun kali ini mungkin sebagai signal keras ia disebut secara umum.

Kemudian Naib Presiden KEADILAN, YB Sivarasa Rasiah memperakui kenyataan tersebut dan 'mengkenenkan' kenyataan tersebut kepada YB Zul Nordin yang memang seringkali kontra dengan kenyataan parti. Dalam banyak hal dia secara sengaja mengeluarkan komen agar disiar media dengan komen yang bercanggah dan sering kali pula bersama dengan kenyataan pemimpin dan kelihatan seolah mendokong tindakan Bn.

Respon dari kenyataan tersebut beliau mencabar Sivarasa untuk letak jawatan sebagai Naib Presiden dan kemudian bertanding 1 lawan 1 dengan dia.... Kepada Zul Nordin ingatlah kenyataan pada media hendaklah difikirkan dulu bukan macam ayat ceramah. Perlembagaan parti tidak membenarkan perkara tersebut berlaku. sila klik sini

Menurutnya yang disiarkan Malaysiakini.com menyatakan kononya itu akan jadi cara beliau dapat buktikan bahawa ahli parti menyokong beliau.

Kepada Zul Nordin ingatlah kemenangan kamu di Kulim itu pun bukan kemenangan peribadi.... Ingat tak kamu yang kamu membawa manifesto parti, 5 janji Anwar dan malah DSAI sendiri turun ke Kulim untuk memastikan kemenangan kamu. Kamu menang dengan janji DSAI. Maka kalau DSAI pun kamu tak hormat dan kamu nak buat 'otak' sendiri.... maka kamu yang harus letak jawatan sebagai ahli parlimen!!!

Sudahlah tumpu buat kerja jangan asyik nak mengarut dengan kenyataan yang sengaja menyonsang kenyataan dalam parti, sebabnya orang bukan bosan dengan kamu sahaja nanti. Orang ramai akan tengok kamu ahli parlimen PAKATAN maka kalau asyik merapu orang akan salahkan PAKATAN.....

Johor terus digempur !!


Minggu lepas tanpa 'jeran' cheGuBard dan team SAMM turun lagi ke Johor.... nampaknya ada yang perlu ditegur secara serius dalam strategi dan keseriusan dalam gerakan.....

Namun yang menguatkan semangat ialah kesempatan bertemu puluhan anak muda di Penggerang.

Ikuti laporan seterusnya dengan klik sini

Perbelanjaan setahun Ketua Menteri Melaka!!!!

Ini faktanya...bayangkan kalau in i fakta di Selangor umno selenga pasti meronta - ronta macam orang meroyan....tapi ini kat Melaka....

PAS, KEADILAN dan DAP Melaka apa lagi buat risalah, banner sebar takkan itu pun nak tunggu ?

Pertanyaan YB Khoo Poay Tiong, ADUN Ayer Keroh kepada Ketua Menteri Melaka mengenai kos sewa dan kos penyengaraan rumah rasmi Ketua Menteri:

Soalan 1:
Nyatakan jumlah perbelanjaan sewa kos serta kos penyengaraan (maintenance) bulanan bagi rumah rasmi Ketua Menteri sejak Jan 2008 sehingga Jun 2009.

Soalan 2:
Nyatakan jumlah bil elektrik, bil air serta bil telekom rumah rasmi Ketua Menteri sejak Jan 2008 sehingga Jun 2009.

Soalan 3:
Nyatakan bilangan pembantu rumah yang terdapat di rumah rasmi Ketua Menteri dan tugas masing-masing.

Setelah ditanya dan inilah jawapan Ali Rustam kepada Yang Berhormat Datuk Speaker dan Ahli-ahli Yang Berhormat

Jawapan 1:
Kos penyengaraan RM595 098.40.

Jawapan 2:
Jumlah bil elektrik, bil air serta bil telekom sejak Januari 2008 sehingga Jun 2009 adalah:
Bil elektrik – RM301 025.00
Bil telefon – RM27 585.00
Bil air – RM39 099.00

Jawapan 3:
Bilangan pembantu rumah yang terdapat di rumah ini dan tugas masing-masing:
2 orang – Tukang Masak
2 orang – Tukang Kemas
3 orang – Pelayan
3 orang – Tukang Kebun

Jumlah keseluruhan yang dibelanjakan sejak Jan 2008 sehingga Jun 2009 adalah RM 962 807.40. Adakah pembaca rasakan ini relevan sehingga mencecah RM1 juta dalam masa setahun setengah sahaja kos penyengaraan mencecah angka yang begitu besar? Renung-renunglah kepada rakyat Melaka yang mengundi Ali Rustam dan pada masa sama menindas rakyat.

'Tuduhan Anwar sorok RM3b tidak berasas'

Bekas pengarah siasatan BPR, Abdul Razak Idrus memberitahu mahkamah tinggi hari ini bahawa siasatan terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim yang didakwa menyorok RM3 bilion dalam akaun asing dan mempunyai kaitan dengan kepentingan Barat, didapati tidak berasas.

Abdul Razak, 60, yang kini telah bersara tetapi menjadi pengarah dalam beberapa syarikat, berkata BPR telah menyiasat perkara itu ekoran dakwaan yang dibuat dalam akuan bersumpah bekas penolong gabenor Bank Negara, Abdul Murad Khalid.

Katanya, sepasukan pengawai BPR telah ke Singapura dan United Kingdom untuk menyiasat dakwaan tersebut.

"Kami berjumpa dengan Murad dan beberapa saksi di Britain. Tetapi siasatan mendapat 'tiada kes' terhadap Anwar berhubung dakwaan dalam akuan bersumpah Murad," katanya.

Oleh itu, katanya, beliau membuat kesimpulan bahawa dakwaan dalam akuan bersumpah itu adalah tidak berasas dan mengarahkan supaya siasatan ditutup.

Murad menandatangani akuan bersumpah itu pada 20 Oktober 1999 - kira-kira sebulan selepas Anwar ditahan selepas dipecat sebagai timbalan perdana menteri pada awal bulan September tahun berkenaan.

Abdul Razak kemudiannya membuat akuan bersumpahnya mengenai perkara itu dan mengemukakannya kepada mahkamah.

Bekas pegawai kanan BPR itu memberi keterangan dalam kes saman fitnah RM100 juta yang difailkan oleh Anwar terhadap News Straits Times Press (M) Bhd dan bekas ketua pengarang kumpulannya, Datuk Abdullah Ahmad.

Artikel yang didakwa berunsur fitnah itu, disiarkan pada 2 Mac 2002.

Takziah : Isteri Datuk Kamarudin meninggal dunia

KELANA JAYA, 11 Nov: Isteri Datuk Kamarudin Jaffar, Datin Kamariah Kamarudin meninggal dunia jam 6 pagi ini selepas sekian lama melawan kanser.

Datin Kamariah meninggal di rumahnya di No 2, Jalan SS 7/4, Kelana Jaya, di hadapan anak-anaknya kerana suami beliau, Datuk Kamarudin, anggota Parlimen Tumpat yang juga AJK PAS Pusat masih dalam perjalanan pulang dari Qatar.

(Gambar: Anak bongsu Datuk Kamarudin tiba dari asrama disambut abang dan kakaknya)

Beliau bergegas pulang ke Malaysia selepas mengetahui isterinya tidak sihat malam tadi. Kamarudin, bekas Setiausaha Agung PAS, dijangka akan sampai ke KLIA tengahari ini.

Allahyarhamah Datin Kamariah, 50-an, telah sekian lama menghidap kanser usus dan sedang menerima rawatan di Subang Jaya Medical Centre (SJMC) termasuk kimoterapi.

Suami beliaulah, walaupun dalam keadaan sibuk, sentiasa berada di sisinya termasuk berada bersama beliau setiap kali mendapatkan rawatan kimoterapi di SJMC.

Menjelang Mutamar PAS Jun lalu, Kamarudin telah memberitahu pucuk pimpinan PAS agar tidak lagi melantik beliau menjadi setiausaha agung. Alasan yang diberikan adalah untuk membolehkan beliau mempunyai lebih banyak masa dengan isterinya itu.

Datuk Kamarudin juga adalah Pengarah Urusan Harakah sehingga kini. Beliau mempunyai empat anak, dua lelaki dan dua perempuan, sepanjang perkongsian hidupnya dengan Allahyarhamah.

Sementara itu, Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang mengucapkan takziah kepada Datuk Kamarudin Jaffar di atas pemergian isterinya, Datin Kamariah Kamarudin pagi tadi.

"Bagi pihak Parti Islam Se-Malaysia (PAS), saya ingin merakamkan ucapan takziah kepada YB Datuk Kamarudin Jaafar di atas pemergian isteri beliau, Datin Kamariah Kamarudin, ke rahmatullah pagi ini 11 November 2009.

(Gambar: Presiden PAS dan timbalannya antara yang memberikan penghormatan terakhir)

"Sudah tentu pemergiaan isteri beliau ini bukan sahaja dirasai oleh Datuk Kamarudin Jaafar, tetapi juga seluruh anggota keluarga yang senantiasa bersabar dengan ujian dari Allah ini.

"Semoga Datuk Kamarudin Jaafar bersabar dengan ketentuan Allah ini. Kita juga mendoakan agar roh isteri beliau itu berada dalam rahmat dan keampunan Allah SWT," katanya dalam satu kenyataan.

Jenazah Allahyarhamah Datin Kamariah akan disembahyangkan di Masjid Nurul Yakin, SS7 Kelana Jaya dan akan dikebumikan di Bukit Kiara selepas solat Asar.

Seluruh warga PAS, kakitangan Harakah dan Harakahdaily serta anak-anak syarikat mengucapkan takziah kepada Datuk Kamarudin dan keluarga. Semoga roh Allahyarhamah ditempatkan bersama orang-orang yang soleh dan solehah.

Sehingga jam tiga petang, kelihatan pemimpin pelbagai peringkat mula berhimpun di perkarangan rumah Kamaruddin.

Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang datang bersama timbalannya, Nasharudin Mat Isa serta beberapa wakil rakyat lagi

Turut hadir kemudian adalah Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid, Ahli Parlimen Gombak Mohd Azmin Ali, Ahli Parlimen Kubang Kerian Salahuddin Ayub, Ahli Parlimen Pokok Sena Datuk Mahfuz Omar, Ahli Parlimen Bukit Gantang Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin, Adun Seri Setia Nik Nazmi Nik Ahmad dan Adun Batu Caves, Amirudin Shaari.

Sekitar jam 3.30 petang, Kamaruddin sampai ke kediamananya dari Qatar dan disambut dengan ucapan takziah oleh banyak pihak.

Beliau memeluk anak-anaknya dan terus melihat buat kali terakhir jenazah isterinya.

Selepas menatap wajah Almarhumah Kamariah, jenazah dibawa ke masjid sebelum dikebumikan selepas solat Asar petang tadi.

Alfatihah

Tuesday, November 10, 2009

Pertemuan Anak Muda di Bandung


Hari ini bertolak ke Bandung. Bertemu dengan YB Tian Chua di LCCT yang juga destinasinya ke Bandung untuk menyertai program yang sama.

Dari 10 - 13 Nov akan berada di Bandung bersama berkumpul dengan aktivis anak muda yang menjadi barisan depan menggerakan massa dalam kebangkitan rakyat REFORMASI 1997.

Dijangka ratusan aktivis (penggerak massa) akan berkumpul dari seluruh pelusuk Indonesia dan turut serta aktivis progresif dari beberapa negara seperti German, Malaysia dan banyak lagi.

Pertemuan 'kecil' ini akan menjadi medan lontaran idea mencari titik temu gerakan dan penilaian dan pemikran semula gerakan reformasi dengan menjadikan gerakan di Indonesia sebagai 'basis'nya.

Teringat kalam, Nurkholis (teman sekelas ketika di SungKongHoe University)..... anak muda yang didepan jatuhkan regim Suharto...malangnya anak muda tidak siap...tidak berani mengambil alih kuasa..hanya berani meruntuhkan kuasa...malangnya si tua yang menggantikan si tua.....

Salam dari Bandung

Saturday, November 07, 2009

Selamat berjuang !!!

Selamat berjuang !! Jumpa di stadium.......

Lawan dalam semangat kesukanan....jangan gaduh-gaduh.....


JADI KEBANGGAAN... Skuad Negeri Sembilan yang berjaya menjuarai Piala HMS Malaya pada tahun 1948

PADA 1948, Negeri Sembilan telah mengukir sejarah dalam sukan bola sepak tanah air apabila berjaya menjuarai Piala HMS Malaya (kini dikenali Piala Malaysia).

Bagaimanapun, generasi muda di Negeri Sembilan tidak berkesempatan mengenali wira-wira mereka yang berjaya menjulang piala berprestij itu.

Mujur, Persatuan India Negeri Sembilan menyimpan khazanah gambar bersejarah skuad Negeri Sembilan ketika itu untuk menyingkap kembali sejarah kegemilangan bola sepak negeri ini.

Naib Presidennya, Satwant Singh berkata, beliau berbangga kerana gambar kenangan pasukan Negeri Sembilan tahun 1948 masih tersimpan baik untuk dijadikan tatapan gene- rasi muda.

"Setiausaha Kehormat Persatuan Bola Sepak Negeri Sembilan (PBNS) pada waktu itu, M. Muthucumaru adalah individu yang bertanggungjawab menyimpan gambar tersebut sebagai simpanan persatuan ini.

"Memang sukar untuk mencari semula gambar ini dan detik bersejarah yang dirakam pada tahun 1948 perlu dikongsi bersama khususnya generasi muda kerana mereka tidak mengenali legenda bola sepak terdahulu," kata Satwant.

Beliau berharap gambar tersebut bukan sahaja dapat mengimbau nostalgia lalu tetapi meniup semangat skuad dan penyokong Negeri Sembilan menjelang pertemuan akhir menen- tang Kelantan esok.

"Saya yakin penantian selama 61 tahun untuk menjulang semula piala berprestij itu dapat direalisasikan sekiranya pemain dapat menunjukkan semangat juang yang tinggi," jelasnya. - Kosmo


Sejarah bakal berulang apabila Negeri Sembilan hampir pasti menjulang Piala Malaysia edisi ke-84. HOBEN JANG HOBEN

Thursday, November 05, 2009

DOA DAN SOKONGAN PAKATAN RAKYAT REMBAU MENGIRINGI PERJUANGAN PASUKAN BOLASEPAK NS


oleh FAIZ ABDULLAH (harakah)

PAROI, 5 Nov: Gabungan Pakatan Rakyat Rembau yang terdiri daripada PAS dan KeADILAn akan memberi sokongan padu kepada pasukan bolasepak Negeri Sembilan yang akan berjuang untuk membawa pulang Piala Malaysia setelah kemarau Piala Malaysia selama 61 tahun.

Ahli Dewan Undangan Negeri Paroi, Mohd Taufek Abdul Ghani dan Setiausaha KeADILan Cabang Rembau, Norazizi Aziz dalam sidang akhbar di perkarangan Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi; telah mengumumkan komitmen PAS dan KeADILan Rembau dalam usaha memberi sokongan padu kepada pasukan Negeri Sembilan dengan mengerahkan seramai mungkin ahlinya untuk hadir di Stadium Nasional, Bukit Jalil pada sabtu ini.

Perlawanan Akhir Piala Malaysia, Kelantan akan bertemu Negeri Sembilan di Stadium Nasional, Bukit jalil pada Sabtu, 07 November dan perlawanan akan bermula pada pukul 8.50 malam.

Kali terakhir Negeri Sembilan menjuarai Piala Malaysia adalah pada tahun 1948.Ketika itu ianya dikenali sebagai Piala Malaya.

Sehubungan itu Mohd Taufek dalam sidang akhbar sebentar tadi meminta seluruh rakyat Negeri Sembilan termasuk penyokong Pakatan Rakyat dapat hadir ramai-ramai ke Stadium Nasional, Bukit Jalil sabtu ini untuk memberi sokongan.

" Saya difahamkan setakat tengahari ini (Khamis), hanya 13 ribu tiket sahaja yang dapat dijual di Seremban, berbanding di Kota Bahru hampir kesemua 30 ribu tiket yang diperuntukkan kepada Kelantan telah habis dijual.Malah saya juga terserempak tadi dengan puluhan penyokong Kelantan yang menetap di Kuala Lumpur datang ke Seremban untuk mendapatkan tiket kerana bimbang tiket akan habis di Stadium Nasional, Bukit Jalil Sabtu ini.

" Justeru itu saya meminta lebih ramai penyokong bolasepak Negeri Sembilan akan membeli tiket untuk menyemarakkan lagi perjuangan negeri beradat ini", kata Mohd Taufek.

Mohd Taufek juga memohon agar Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) menyediakan khemah di kawasan tempat letak kereta di perkarangan Stadium Nasional, Bukit Jalil untuk memudahkan penyokong beragama Islam sama ada dari Negeri Sembilan mahu pun dari Kelantan dapat menunaikan solat.

" Dalam keghairahan kita menyokong dan menonton aksi pasukan kesayangan kita, kita tidak harus lupa pada kewajipan bersolat.

" Memandangkan surau di Stadium Nasional, Bukit Jalil agak kecil sudah tentu ia tidak dapat menampung lebih 85 ribu penonton yang akan membanjiri stadium tersebut pada malam sabtu ini" ujar Mohd Taufek lagi.

Mohd Taufek turut mengumumkan bahawa PAS dan KeADILan Rembau menyediakan perkhidmatan bas percuma ke Stadium Nasional, Bukit Jalil untuk penyokongnya, dimana setakat ini sebuah bas sudah penuh dan pihaknya akan menambah bilangan bas percuma kepada tiga bas bergantung pada sambutan penyokong setempat.

Sementara itu Norazizi pula mengingatkan agar penyokong Negeri Sembilan dan Kelantan dapat mengawal emosi ketika perlawanan berlangsung dan juga selepas perlawanan berakhir.

" Menang atau kalah, penyokong kedua-kedua pasukan harus mengawal emosi daripada bertindak ganas seperti mana yang berlaku ketika Negeri Sembilan bertemu Kelantan di Kota Bahru dalam saingan Separuh Akhir Piala FA sebelum ini.

" Insiden membaling mercun pada penyokong juga berlaku di Terengganu dan Kangar ketika saingan Separuh Akhir Piala Malaysia minggu lepas.Saya berharap insiden sedemikian tidak berulang kerana ia akan membahayakan penonton terutama golongan kanak-kanak dan wanita", ulas Norazizi.

Norazizi juga berharap pertemuan perlawanan akhir Piala Malaysia diantara Kelantan dan Negeri Sembilan dijadikan sebagai satu simbol kesatuan dan menyatupadu dua pihak penyokong dan rakyat dari negeri yang berlainan.

Mohd Taufek dan Norazizi bagi pihak penyokong Pakatan Rakyat Rembau mendoakan agar Negeri Sembilan akan menjuarai Piala Malaysia pada tahun ini.Mohd Taufek meramalkan keputusan akan berpihak kepada Negeri Sembilan dengan jaringan 2-1, sementara Norazizi meramalkan Negeri Sembilan akan menundukkan Kelantan dengan jaringan 2-0.

Mohd Taufek juga mengucapkan tahniah kepada seluruh pemain Negeri Sembilan termasuk jurulatih dan pegawai pasukan diatas kejayaan membawa skuad Negeri Sembilan ke perlawanan akhir Piala Malaysia.

Tindakan tegas harus diambil kepada 'kepala' JAIS

Bukan satu yang rahsia 'Majlis Keselamatan Negara' di Selangor yang dianggotai SPR, SPRM, Polis dan beberapa agensi kerajaan lagi terlibat membincangkan bagaimana menjatuhkan Kerajaan PAKATAN di Selangor. Ia telah didedahkan tetapi tiada penafian yang konkrit dari pihak terbabit. Bn Selangor yang dipimpin oleh Najib sendiri setelah menyedari kelemahan dan ketamakan Khir Toyo tidak langsung berselindung dalam usaha menjatuhkan Kerajaan Selangor.

Terbaru ialah tindakan Jabatan Agama Islam Selangor yang melakukan tindakan yang bercanggah dengan polisi dan dasar Kerajaan Selangor. Tangkapan terhadap Dr. Asri, bekas Mufti Perlis secara jelas mengikut telunjuk politik, malah penguat kuasa JAIS yang terlibat dalam operasi tangkapan tersebut juga panik. Berdasarkan kenyataan media YB Zuraidah yang berada di tempat kejadian secara jelas pegawai JAIS terlibat tidak dapat menjelaskan tindakan mereka sebaliknya asyik menelefon 'pihak tertentu' untuk mendapat arahan lanjut.

Sebaik sahaja tangkapan dibuat blog - blog pro Umno (baca: upahan Umno) telah bersungguh - sungguh melakukan 'spin' dengan menyalahkan Kerajaan Negeri kerana tangkapan tersebut, sedangkan kita sendiri tahu sememangnya negeri Pakatan Rakyat berdepan masalah dengan agensi kerajaan seperti jabatan agama yang lebih mengikut telunjuk kerajaan pusat.

Namun bagi cheGuBard, Tan Sri Khalid Ibrahim harus melihat perkembangan ini dengan serius. 'Kepala' JAIS harus dipanggil dan diminta memberikan penjelasan wajar. Jika gagal tindakan serius harus diambil termasuk memecat. Atas mandat rakyat Menteri Besar harus mempersembahkan secara terbuka kepada DYMM Sultan Selangor mengenai perkara ini.

Agen - agen Umno yang berlegar dalam agensi penting kerajaan harus dibuang segera. Menteri Besar dan barisan Exconya seharusnya bertindak tegas dan berani. Mereka harus menggunakan peluang ini untuk keluar dari imej 'lambat' yang sering di label oleh pihak tertentu.

Contoh lain Menteri Besar seharusnya melihat juga agensi seperti Yayasan Selangor yang menjadi tempat berkubang 'agen-agen' Umno..... Malah dilaporkan kakitangan pro Kerajaan Negeri telah 'dianak tiri' di beberapa agensi seperti ini.

Dalam perkembangan lain, Exco Kerajaan Negeri, Dato' Dr. Hassan Ali seharusnya bertanggung jawab dengan tampil ke depan menjelaskan pendedahan beberapa blog (pro Pakatan Rakyat dan pro Umno) yang mendedahkan hubungan beliau dengan Umno.

Blog Umno-Reform.com secara jelas menyebut beliau terlibat mempergunakan GERAK (ngo anti rasuah yang ditubuhkan Ezam) untuk menyerang Menteri Besar. Blog PerisikRakyat.com secara jelas menyebut beliau dan beberapa pemimpin PAS lagi terlibat berjumpa dengan pemimpin Umno dan blogger Umno dengan mendedahkan perkara yang sepatutnya dirahsiakan. Jika tidak mampu memberikan penjelasan, maka tidak perlu diambil tindakan seharusnya dengan maruah Dr. Hassan Ali sewajarnya meletakkan jawatan apabila tindakan menjadi duri dalam daging terdedah.

Menteri Besar juga seharusnya dengan berani mengakui kesilapan - kesilapan kecil sebelum ini dan bersama dengan kerangka besar KEADILAN serta PAKATAN untuk memacu Selangor. Isu seperti pengurusan pasir harus diakui kelemahan dan perlu diperbetul segera untuk mengelakkan ia menjadi barah. Tidak dinafikan jika dibezakan dengan kerajaan lalu dibawah Bn, Kerajaan Selangor di bawah PAKATAN ini lebih baik namun sedarilah hakikatnya harapan rakyat adalah lebih dari itu.

Selaku pemimpin parti komponen PAKATAN, selaku aktivis gerakan reformasi sejak 1998 dan selaku rakyat amat besar harapan untuk melihat kejayaan kerajaan Selangor di bawah PAKATAN.

Selangor sewajarnya membawa agenda besar demokrasi memperkasa kuasa rakyat. Contohnya dalam perkara mengembalikan undi ke tiga rakyat, Pilihanraya Kerajaan Tempatan. Selangor seharusnya bergerak kepada perkembangan yang lebih konstruktif ke arah itu. Pembayar cukai seharusnya berhak memilih siapa ahli majlis yang layak menguruskan cukai mereka. Namun 'kita' kelihatan mula seronok memilih orang 'kita' untuk menduduki tanpa melalui proses kembali kepada rakyat. Jangan nanti kita dilihat melawan sementara kita masih belum ada kuasa dan bila ada kuasa kita seronok dengan kuasa yang ada. Mengenbalikan semula kepada rakyat akan secara tidak lansung menyelesaikan isu pertelagahan dalam pemilihan ahli majlis.

Ayuh lihat semula manifesto yang memenangkan kita adakah kita menjanjikan merampas barang jualan dalam pilihanraya lepas atau memperkasakan hak rakyat. Lihat kembali deklarasi yang ditandatangani seperti deklarasi Barisan Rakyat yang berjaya mengembeling banyak NGO dan NGI teralibat memenangkan kita.

Jangan kuatir bertindak tegas dan hilang satu dua kerusi, sampah yang tidak mahu bekerja dan menjadi agen Umno atau ingin kaya cepat melalui jawatan harus dieksport terus ke dalam Bn. Biarlah Bn mengutip semua wakil rakyat yang rasuah, bermasalah dan malas membuat kerja ia adalah satu proses positif yang akan dinilai rakyat.

oleh chegubard, ahli MPP KEADILAN

Wednesday, November 04, 2009

Makan Malam kutipan dana dan kebajikan KEADILAN Rembau

31 Oktober lalu, telah berlansung Majlis Makan Malam bagi mengutip dana bagi pengurusan parti dan kebajikan di Rembau.

Alhamdunillah kira kira 300 orang telah hadir memenuhi ruang restoran Teratai Seremban 2, yang dimana awalnya cuma 250 sahaja dijangka hadir.

Malam itu ramai pimpinan yang hadir, namun penganjur mohon ampun maaf kepada yang terpaksa makan di luar restoran di meja tambahan.

Malam itu dari kutipan derma dan jualan meja dan setelah ditolak kos kira - kira RM4000 telah berjaya dikumpulkan. Bagi kumpulan kecil yang tidak punya pengalaman menganjurkan makan malam bagi cheGuBard ia sudah berbaloi.

Terima kasih kepada semua penyumbang.

Meja tambahan terpaksa diletakkan di luar restoran bagi menempatkan kehadiran yang ramai dari yang dijangka

Meja di dalam restoran semuanya penuh dengan kehadiran penyokong
YB Elizebeth Wong, YB Ronie Liu, YB Sivarasa dan YB Taufek di meja utama
gambar candid semasa semua sedang keluar balik.... dari tepi dah kenal siapa...hahahaha



Linie dan Iena sedang ber 'possing' bersama che Nur
Antara teman aktivis masyaralat India yang hadir
Ucapan cheGuBard malam itu ringkas sahaja untuk beri ruang pemimpin lain yang hadir. Ucapan ringkas mengungkap sejarah KEADILAN Rembau, gerak kerja semasa dan rakaman penghargaan kepada semua
Marvin (cabang Rasah) dan Along (cabang Tampin)
Datuk Fauzi Abd Rahman (bekas timbalan Menteri Penerangan yang kini menjadi Pengerusi Perhubungan KEADILAN Pahang) turut hadir dan menyumbang
YB Taufek selaku AJK PAS Pusat dan YDP PAS Rembau menyampaikan ucapan penuh bersemangat
Dato' Zaid Ibrahim minta berucap awal kerana ada program lain, ucapanya bernas dan penuh masej.
Dalam Restoran yang penuh
Terima kasih ! Geng PAS yang banyak membantu selama ini
Antara aktivis dari masyarakat cina turut hadir
semua penceramah malam itu dihadiahkan hamper buah - buahan sumbangan sdr. Lan (penyokong kuat di Paroi)
Saufi yang garang ...nampak comel bila berpossing dengan che'Nur
Ucapan YB Tian Chua bersemangat dan mendapat tepukan gemuruh
YB Ronie Liu berucap 'last' dengan menerangkan beberapa isu semasa dengan baik

Monday, November 02, 2009

Kempen keadilan untuk Tian



klik imej untuk lebih jelas. cetak dan edarkan !

Harga Proton di Arab lebih murah ?


Gambar di atas ialah salinan akhbar di Arab yang dihantar oleh pembaca blog ini. Mungkin dia berada di Tanah Suci mengerja ibadah Haji......

Tujuan menghantar perkara tersebut ialah mendedahkan kezaliman syarikat kebanggaan negara.... Bila Proton rugi rakyat tanggung dengan bailout wang rakyat...tetapi Kenapa Proton tak jual harga macam kat Arab Saudi kepada rakyat ????

Apa istimewanya orang/bangsa Arab?

Kata ”Rakyat didahulukan”…..

Kenapa orang Arab lebih diutamakan?

Haaaa…..Jawapannya ialah…..Pemilik Proton di Malaysia semuanya dah kena tipu …..Hahaha

Harga Persona kat Saudi
= SR 36,100 | Harga Gen2 kat Saudi = SR 33,600

Harga Waja kat Saudi
= SR 37,950 | 1 Saudi Riyal = RM 0..94

Maknanya harga Persona kat Saudi = RM 33,934 aje

Maknanya harga Proton Gen2 kat Saudi = RM 32,256 aje

Maknanya harga Waja kat Saudi = RM 35,673 aje…

Tu dah siap masuk tambang kapal pulak tu…

Haaaa….Ini baru harga Proton….Kalau aku tunjuk harga kereta bukan Proton,ada yang sakit jantung nanti….

Haaaaaaa fikir-fikirkan lah

Antara altantuya dan Mahsuri

Ada beberapa sudut pandang jika kita ingin meneliti kisah Mahsuri. Sosok Mahsuri memang wujud. Keturunannya masih ada. Yang dipertikai orang adalah, beberapa kisah aneh mengenainya, iaitu saat-saat menjelang kelahirannya dan kematiannya.

Apakah benar, beliau berdarah putih? Apakah benar, Makndak mengandungkan Mahsuri setelah makan kerak nasi yang sebenarnya maya padi?

Apakah benar, 7 hari selepas makan kerak nasi, seekor ular cinta mani (sejenis ular sakti, berkepala itik) berlegar-legar sekeliling rumah dan ular itu tidur di bawah rumah?

Apakah benar, Mahsuri cuma mati jikalau ditikam dengan sebilah keris khas yang dibalut dengan kain kuning? Inilah yang dipersembahkan dalam teater bangsawan Mahsuri yang dipentaskan di Panggung Bandaraya Kuala Lumpur bermula 9 - 11 Oktober lalu.

Kisah Mahsuri, isunya bukan darah putih, ular cinta mani atau keris keramat. Hal itu, tak diketahui tentang letak duduk kebenarannya. Ia boleh disebutkan sebagai dongeng.

Hal dongeng jika didebatkan, tidak pergi ke mana-mana. Hal yang tidak bersifat dongeng itulah yang terlebih baik untuk kita bahaskan bersama.

Dalam kisah Mahsuri, ada hal yang nyata, tidak bersifat khayalan. Hal yang nyata dan tak boleh ditolak itu adalah sifat dengki, iri hati, rasa cemburu, dendam serta sakit hati yang akhirnya membawa kepada kematian Mahsuri.

Kematian Mahsuri lambang kezaliman pemerintah

Watak-watak Mahura, Deraman dan lain-lain watak yang berkonspirasi untuk membunuh Mahsuri masih wujud sehingga ke hari ini, tetapi ia dilakonkan watak yang lain pula.

Mereka berkomplot dan oleh kerana komplot ini berlaku dalam kalangan pembesar, maka Mahsuri tidak mendapat sebarang pembelaan.

Keadaan mungkin berbeza jika kes Mahsuri melibatkan pertikaian orang-orang bawahan, dan pihak penguasa tidak terlibat dalam pertikaian tersebut.

Oleh kerana kes purba ini berprofil tinggi, maka kepada siapa lagi keluarga Mahsuri ingin mengadu segala permasalahan ketika penguasa yang diharap dapat memberikan keadilan, telah berbuat kezaliman, tidak menghukum manusia secara adil dan tidak membicarakan dakwaan ke atas Mahsuri dengan telus.

Kita pun tertanya-tanya, apakah wujud golongan ulamak, pendeta dan manusia bijaksana yang menegur perbuatan kejam dan zalim itu?

Mahsuri dibunuh ketika suaminya berperang demi mempertahan negeri Kedah daripada serangan Thai. Ini bermaksud, memang ada perancangan yang tersusun dan mereka yang berniat jahat itu memang menunggu waktu yang sesuai untuk membunuh Mahsuri.

Jika suami Mahsuri masih ada di sisi, maka tuduhan tohmahan terhadap Mahsuri tentulah terbatal. Ini kerana, tuduhan itu ialah � Mahsuri berlaku serong dengan lelaki lain, wanita itu menduakan suaminya ketika suaminya pergi berperang.

Bentuk hukuman ke atas Mahsuri secara tergesa-gesa ini menunjukkan bahawa penguasa pulau lagenda itu telah mengambil keputusan untuk segera membunuh Mahsuri sebelum suami Mahsuri, Wan Derus kembali ke Langkawi.

Kalau benar Mahsuri berlaku curang dengan lelaki lain, maka hukumannya bukan bunuh, tetapi ia mestilah disesuaikan dengan hukum syarak seperti direjam dengan batu.

Antara Altantuya dan Mahsuri, siapa lebih dizalimi?

Tidak boleh diukur kekejaman itu dengan keris yang menikam Mahsuri. Tidak boleh juga kita menyukat kezaliman dengan membandingkan bisanya keris dengan kuatnya ledakan bunyi dentuman bom C4 yang digunakan untuk meletupkan tubuh Altantuya.

Akal logik tidak boleh membuat hukuman bahawa oleh sebab dentuman C4 itu lebih kuat hingga menghancurkan tubuh Altantuya, maka kes Altantuya dibunuh itu lebih zalim dan kejam berbanding pembunuhan Mahsuri, kerana tubuh Mansuri tidak hancur.

Tidak betul cara berfikir begitu. Kita mesti ukur kezaliman serta menyukat kekejaman itu bersandarkan cara kes itu dikendalikan dan bukanlah disebabkan faktor keris dan bom C4 tersebut. Akal kita mesti lebih hadhari ketika membuat kesimpulan dalam kes ini.

Altantuya tidak dihakimi, tidak dibicarakan. Maka adalah satu jenayah untuk membunuh beliau. Sebaliknya, kes Mahsuri itu telah dibicarakan dengan berat sebelah. Dia difitnah, dia diburuk-burukkan, diaibkan oleh sekian banyak tuduhan yang tidak berasas.

Barangkali, Altantuya lebih dizalimi kerana sosok yang jelita lagi menawan putera Bugis ini dilayani sebagai haiwan, boleh dibunuh sesuka hati tanpa perkiraan dosa, pahala.

Mungkin ada orang yang mahu menyanggah pendapat ini. Hal itu, bolehlah kita debatkan kemudian jikalau ada pihak yang beranggapan bahawa Mahsuri dibunuh lebih kejam lagi berbanding kes Altantuya. Wallahu alam.

Bagaimanapun, pendapat bahawa Mahsuri dibunuh lebih zalim berbanding Altantuya itu bukanlah bermaksud bahawa Najib Razak lebih baik berbanding Mahura dan pihak-pihak yang membunuh Mahsuri. Ini kerana, zalim tetaplah zalim.

Bukan ada neraca yang menetapkan bahawa berat kezaliman ke atas Altantuya itu seberat 1 kg, sementara kezaliman ke atas Mahsuri cuma seberat segantang cuma. Kejam tetaplah kejam. Keadaan mungkin berubah jika watak Mahura disamakan dengan Rosmah.

Sentimen-sentimen seperti menyamakan Mahura dan Rosmah mungkin mengundang satu pendapat lain pula yang melihat kes pembunuhan Altantuya itu lebih kurang setara kejam dan zalimnya dengan kes pembunuhan Mahsuri. Wallahu alam.

Oleh kerana perbincangan seperti ini boleh menelan waktu yang panjang, maka ada lebih baik kita khatam dulu bicara di sini.

Terima kasih kepada pelakon teater Mahmud Jelani yang maklumkan mengenai hal teater percuma baru-baru ini. Juga kepada Kumpulan Bangsawan Sri Kedah yang bergiat cergas mementaskan teater purba, bangsawan yang makin kurang dipentaskan sekarang.

Semoga kita tidak lagi memandang kes Mahsuri dengan darah putihnya dan keris keramat yang digunakan untuk membunuhnya, tetapi ia dinilai sebagai satu peristiwa gelap dalam lipatan sejarah yang patut dielakkan pada masa depan.

Hendaknya, kisah purba sebagai pengajaran kepada masyarakat ini janganlah dikapankan dalam ingatan kita, sebaliknya sentiasa dibahas daripada sudut lain pula.

Persembahan teater Mahsuri sebenarnya menarik. Semoga pemilihan dialognya itu lebih mencapah, menyentuh perihal ketidakadilan penguasa dalam menjatuhkan hukuman. Ini kerana, roh dan semangat asal kisah ini memperihalkan kezaliman penguasa.

Mungkin, persembahan teater yang memberikan pengajaran ini perlu menggunakan suatu pendekatan seperti teater Menunggu Kata Dari Tuhan, karya Dinsman di mana akhir dari pementasan itu, penonton diajak berdialog, bertukar fikiran dan bertanyakan soalan.

Mahsuri wanita suci?

Di sana masih kedengaran pendapat yang menyatakan bahawa ada kemungkinan Mahsuri adalah wanita yang tidak menjaga kehormatannya. Pandangan demikian berangkat daripada persoalan, bagaimanakah Mahsuri boleh tinggal serumah dengan lelaki asing ketika ketiadaan suaminya?

. Kalau pun Mahsuri itu tidak melakukan perbuatan terkutuk, bagaimana pula dengan sikap isteri orang yang dilihat berdua-duaan dengan lelaki asing sambil bermain bunyi-bunyian di luar rumahnya sehingga menjolok mata masyarakat setempat?

Jawapan ke atas soalan seperti ini tetap ada. Seperti biasa, kita akan melakukan kesilapan. Tetapi, adakah hukuman ke atas kita itu setimpal?

Kenapa kita harus meneropong ke atas kesilapan Mahsuri saja tetapi seperti terlupa untuk membahaskan kekejaman penguasa dan hasutan Mahura?

Sebesar-besar dosa Mahsuri sekali pun dan kalau darahnya tidak putih bagi menunjukkan bahawa dia wanita suci tetapi kita tak boleh menolak kebenaran bahawa dia telah melafaz sumpah bahawa Langkawi akan dilanda musibah 7 keturunan.

Maka, lafaz sumpah itu adalah doa daripada seorang wanita yang telah dizalimi. Mungkin juga dia berdosa, tapi peruntukan Allah ke atas Mahsuri tetap ada. Iaitu peruntukan untuk berdoa agar dilimpahkan kecelakaan ke atas pihak-pihak yang telah menzaliminya.

Mungkin, azab yang menimpa Langkawi itu, bukan disebabkan oleh kedudukan Mahsuri sebagai wanita keramat seperti yang difahami orang. Lagi pun, bukankah doa orang yang dizalimi itu akan dimakbulkan Tuhan tanpa sebarang hijab?

Mahsuri itu mungkin berdosa, tapi peruntukan Allah untuk membela orang yang dizalimi itu tidak diperhitungkan melalui dosa Mahsuri sebelum ini. Sabda rasul, takuti doa orang yang dizalimi, kerana doa antara mereka dengan Tuhan tiada hijab.

Tidak disebut kedudukan orang dizalimi di sini sama ada mereka sendiri pernah berdosa atau tidak. Bermaksud, jika seseorang itu berdosa kepada Tuhan, tetapi dalam masa yang sama, mereka dizalimi pemerintah, maka dosa mereka itu bukan hijab untuk Tuhan kabul doa mereka yang meminta dilimpahkan keburukan ke atas pemerintah yang zalim itu.

Penduduk Kg Berembang mungkin juga berdosa. Tapi, ketika mereka dizalimi Khir Toyo yang menumbangkan surau, rumah mereka, Allah kabulkan doa, sumpah seranah mereka dengan menjatuhkan Khir Toyo dalam pilihan raya umum ke-12. Alhamdulillah!

Tuhan tak membuat perkiraan seperti ini � oleh kerana mereka yang dizalimi itu pun ada dosa, maka Dia pun tidak akan mengabulkan doa mereka ke atas pihak yang menzalimi mereka itu. Tuhan tidak berat sebelah. Penzalim lebih awla mendapat hukumanNya.

Apabila mempertimbang semua ini dengan teliti dan sehalus-halusnya. Hanya ada suatu hal sahaja yang menendang-nendang akal fikir kita. Pertanyaan demi pertanyaan, soalan demi soalan sedang berlari-lari, menari-nari dan melantun-lantun dalam kepala.

Jika Mahsuri bersumpah yang buruk-buruk ke atas Langkawi sebelum kematiannya, kita ingin bertanya soalan saja, apakah Altantuya pernah bersumpah bahawa Malaysia akan menjadi padang jarak padang tekukur sebelum tubuhnya diletupkan C4?

oleh H Fansuri

5:26 a.m, 12 Oktober
Sekolah Pemikiran Kg Baru

Begitu marah sekali Dato Seri Mohamad Hassan pendedahan blog-blog pro pakatan rakyat mengenai Laporan Audit Negara (Rujuk Sinar Harian 29 Okt 09). MB NS kata Blog PAS N.Sembilan berniat jahat, sedangkan Blog PAS N.Sembilan hanya mengetengahkan kelemahan kerajaan N.Sembilan yang disiarkan oleh Jabatan Audit.

Antara isu yang terdapat dalam Laporan Audit ialah pengurusan KAFA (Kelas Al Quran dan Fardu Ain).

Mukasurat 87 Laporan Audit menyatakan pada tahun 2008 (sumber : JHEAINS) ada 1,303 Kelas KAFA (KAP), 143 Kelas KAFA (SAR), 234 Kelas KAFA (Tulen) di seluruh Negeri Sembilan.

Tapi MB N.Sembilan kata dibawah pula :
“SEBENARNYA KAFA TIDA ADA KENA MENGENA DENGAN KERAJAAN NEGERI KERANA IA DI BAWAH JABATAN KEMAJUAN ISLAM. LAGIPUN, KAFA DI NEGERI INI SUDAH TINGGAL SATU DUA SAJA kerana kita telah ubah kepada Kelas Agama Petang (KAP). (Sinar Harian 29 Okt 09 , mukasurat MNS2)

FUNGSI PEJABAT AGAMA ISLAM DAERAH
Menyelia kelas Al-Quran dan Fardu Ain (KAFA), Sekolah Agama Negeri dan Sekolah Agama Rakyat.
http://www.ns.gov.my/Jabatan/jheains/index.php?option=content&task=view&id=110

JANGAN SEKAT MURID IKUTI KELAS AGAMA PETANG
SEREMBAN 15 Jan. - Jabatan Pelajaran Negeri Sembilan (JPNS) memberi jaminan Kelas Agama Petang (KAP) akan diteruskan di semua sekolah rendah di negeri ini dan mengarahkan pihak sekolah supaya tidak mengehadkan jumlah muridnya walaupun berdepan masalah kekurangan guru.

Pengarahnya, Datuk Abdullah Muhammad berkata, sebaliknya masalah kekurangan guru itu akan diatasi segera oleh pihak Jabatan Agama Islam Negeri Sembilan (JAINS) selaku pengelola KAP.

KAP merupakan pembelajaran agama anjuran Kerajaan Negeri Sembilan tetapi diadakan di bangunan sekolah rendah di seluruh negeri menerusi memorandum persefahaman (MoU) dengan Kementerian Pelajaran pada 2006.

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0116&pub=Utusan_Malaysia&sec=Selatan&pg=ws_04.htm

Untuk pengetahuan MB NS.... isu laporan audit ini akan KEADILAN Rembau cetak dalam risalah dengan memasukkan sekali laporan audit yang lepas yang mengisahkan bagaimana MB menyeleweng wang untuk rakyat miskin.

Taman permainan rosak, penuh najis

PEDAS - Keadaan taman permainan kanak-kanak di kawasan perumahan Taman Pedas Indah amat menyedihkan apabila buaian dan gelongsor hanya tinggal rangka sahaja ditambah pula lambakan najis haiwan ternakan seperti lembu dan kerbau di kawasan itu.

Penduduk, Neti Agus, 32, ketika ditemui berkata, keadaan itu bukannya baru lagi tetapi sudah lama namun, tiada sebarang perubahan dibuat untuk memperbaiki taman permainan itu sehingga ke hari ini.

Menurutnya, jika dahulu kanak-kanak dapat mengisi masa lapang bermain di taman itu namun, semua itu sudah tidak berlaku lagi.

“Tengoklah buaian dan gelongsor sudah rosak. Macam mana kanak-kanak di sini hendak bermain dengan selesa. Najis lembu pun merata-rata. Keadaan ini mencacatkan lagi pemandangan di kawasan tersebut,” katanya.

Bn tangungjawab tangkapan Dr. Asri.

Awal pagi ini , bekas Mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainul Abidin telah ditahan oleh sekumpulan Pegawai Jabatan Agama Islam Negeri Selangor dan anggota Polis yang menyerbu kediaman tempat beliau menyampaikan ceramah semalam.

Ini kononya kerana beliau tidak punya kebenaran untuk memberikan ceramah tetapi masih memberikan ceramah agamanya. Malan sebelum itu beliau telah memberikan ceramah agama di sebuah rumah di Taman Sri Ukay, Hulu Kelang.Ceramah itu dihadiri kira-kira 100 orang termasuk Anggota Parlimen Ampang (KeADILan), Zuraida Kamaruddin dan Anggota Dewan Undangan Negeri Hulu Klang (PAS), Saari Sungib.

Mengulas lanjut penahanan itu, Zuraida kesal dengan sikap pihak JAIS yang bertindak seperti polis dan FRU, tanpa mahu bertolak ansur dan agak kasar terhadap bekas mufti itu.

"Saya kecewa pegawai JAIS seperti orang tak punya ilmu agama. Tiada budi bicara langsung," katanya di sidang media jam 2.00 pagi tadi di rumah yang sama.

Beliau turut menjelaskan kenyataan pihak JAIS yang mendakwa Dr Asri berfahaman 'Wahabi' yang dianggap menyimpang, sedangkan di Parlimen, Menteri di Jabatan Perdana Menteri ketika itu, Datuk Zahid Hamidi telah mengesahkan bahawa fahaman itu tidak sesat.

Kata Zuraida, hairan sikap jabatan agama dan kerajaan, apabila Asri diizinkan berceramah di Perlis tetapi tidak di Selangor.

Dalam sidang yang sama, Saari juga menganggap kegagalan enakmen syariah telah menyebabkan tindakan pihak berkuasa agama bertindak secara terpilih dan bersifat poltik.

Dr Asri selepas dibebaskan sejam kemudian meminta Jabatan Agama membuat semakan dan menilai semula tindakan yang dilakukan ke atas dirinya.

"Cuba beritahu apa kriteria yang dia mahu... nak beri tauliah pada orang?

"Saya bekas Mufti. Ada PHD daripada UIA. Siapa yang buat keputusan untuk beri tauliah ini?

"Jika demikian, mereka telah menghalang orang untuk sampaikan ilmu," katanya dalam sidang media tergempar yang dihadiri oleh pihak media dan para jemaah yang mengikuti kuliahnya.

Katanya, masih ramai pensyarah di bawah seliaan beliau dan IPTA lain yang tidak diberi tauliah, walaupun layak untuk menerimanya sehingga menyebabkan sekatan ke atas mereka untuk menyampaikan ilmu dan kuliah kepada masyarakat.

Dr Asri juga merakamkan penghargaan kepada kedua-dua wakil rakyat PAS dan KeADILan itu, yang mempertahankan dan membela beliau ketika penahanannya tengah malam tadi.

"Ini tidak bermakna saya sertai politik. Mereka telah membantu saya...terima kasih.

"Terima kasih kepada yang menyokong dan pihak media yang membuat liputan," katanya dan sekaligus bersalaman dengan hadirin semua.

Suasana menjadi agak emosi seketika,apabila ada antaranya berpelukan dengan Dr Asri dan menangisi insiden yang tidak sepatutnya berlaku ke atas seorang tokoh agama.

Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Ampang, ACP Abdul Jalil Hassan dilaporkan berkata polis hanya membantu JAIS dalam operasi itu dan beliau tidak mempunyai maklumat lanjut berhubung penahanan bekas mufti Perlis itu.

Dalam beberapa blog pro Umno pula turut menyiarkan berita penangkapan Dr. Asri sebaliknya dengan memutar belitkan fakta sebenar kononya Negeri Selangor di bawah Pakatan Rakyat menginaya ulama dengan menahan Dr. Asri. Untuk pengetahuan umum JAIS tidak berada di bawah kawalan kerajaan Negeri sepenuhnya....sebaliknya lebih mengikut telunjuk pusat.

Di negeri yang diperintah Pakatan Rakyat seperti Selangor dan Pulau Pinang sememangnya wujud kesukaran apabila nak menukar ketua jabatan di Jabatan Agama pun kerajaan negeri ditentang.

Saturday, October 31, 2009

Jangan lupa malam ini ! Malam Kutipan dana dan kebajikan Rembau

Jangan lupa ramai - ramai ke

JAMUAN MAKAN MALAM KUTIPAN DANA DAN KEBAJIKAN
anjuran KEADILAN Rembau
31 Oktober, 2009
8.00 pm
Rest. Teratai, Seremban 2, Seremban (depan Jusco Seremban 2)

VIP guest :
Dato Zaid Ibrahim, ahli MPP KEADILAN (bekas Menteri Di JPM)
YB Tian Chua, ahli Parlimen Batu dan Pengarah Strategik KEADILAN
YB Sivarasa Rasiah, ahli Parlimen Subang dan Naib Presiden KEADILAN
Dato Fauzi Abd Rahman, bekas Timbalan Menteri Penerangan
YB Taufek Abd Ghani, ADUN Paroi dan Jawatankuasa PAS Pusat
YB Elizebeth Wong, Exco Kerajaan Negeri Selangor (KEADILAN)
YB Ronnie Liu, Exco Kerajaan Negeri Selangor (DAP)
YB Chai Tong Chai, ADUN Chua
cheGuBard, ahli MPP KEADILAN dan Ketua Cabang Rembau

dapatkan RM 35 / RM 50 tiket dari 0123696474 (Azizi) atau dipintu masuk restoran.

harap bantu kami untuk terus membantu rakyat !

bagi yang tak beli tiket boleh datang dengar ucapan....... sama - sama doa agar tak hujan maka tempat dengar ceramah besar !

che'GuBard bukan Badrul ADUN Perlabuhan Kelang

Dua hari lepas Badrul Hisham Abdullah, ADUN Perlabuhan Kelang, Selangor telah mengumumkan keluar parti dan menjadi wakil rakyat bebas (menyokong Bn).

Pengumuman ini telah dijangk lama cuma ramai yang mengetahui apa yang berlaku sebenarnya menanti bilakah pengumuman keluar parti ini akan dilakukan. Pengumuman dua hari lepas cukup melegakan bagi yang ternanti - nanti pengumuman tersebut.

Apa yang berlaku ialah sejak dari memenangi kerusi DUN Perlabuhan Kelang, Badrul sudah menunjukkan sikap tidak seriusnya.Dia tidak hadiri beberapa mensyuarat penting tanpa alasan munasabah. Dia juga tidak menjalankan khidmat selaku wakil rakyat dengan baik. Terlalu banyak rungutan wujud ditempatnya.

Sudah beberapa kali dia diberikan amaran namun seolah tidak dihiraukan.

Umno walaupun secara luaran menyerang prestasi ADUN tersebut namun secara senyap membuat hubungan untuk 'membelinya' kerana sedar sikapnya yang tidak serius menjadi wakil rakyat dan mungkin mudah dibeli.

Akhirnya beliau didesak oleh parti untuk meletakkan jawatan, mengosongkan kerusi DUN Perlabuhan Kelang bagi membolehkan seorang wakil rakyat yang lebih efisen dipilih kerana prestasinya yang tidak baik.

Akhirnya beliau mengistiharkan keluar parti dengan perbagai alasan. Serentak dengan pengumuman beliau pemimpin Bn pun ramai yang mengeluarkan kenyataan kononya sedia bekerjasama membantu dia melaksanakan tugas.

Ini semua sebagai bukti PAKATAN (KEADILAN) serius dana bab prestasi wakil rakyat. Tidak kira kamu wakil rakyat biasa atau Timbalan Ketua Menteri jika prestasi tidak baik maka kamu harus meletakkan jawatan.

Ini juga sebagai amaran kepada wakil rakyat sama ada ADUN atau Ahli Parlimen lain, jangan main - main perlu serius kalau tidak nasib kamu juga sama.

Biarlah seorang ADUN lari ke Bn asalkan KEADILAN membuktikan prinsip bukan semata kuasa politik tetapi janji kepada rakyat harus dikota.

Bn sememangnya sentiasa bersedia memancing semua wakil rakyat bermasalah dari PAKATAN. Di Perak contohnya wakil rakyat yang didakwa rasuah dipancing Bn di culik di tempat Najib sebelum istihar keluar parti. Sama juga di Selangor wakil rakyat bermasalah dipancing juga oleh Bn.
Cuma dalam perkembangan ini che'GuBard pula rasa kurang selesa apabila menerima banyak email, sms dan panggilan telefon. Perkara yang sama juga melanda teman - teman rapat cheGuBard.... semuanya kerana mengatakan Badrul (ADUN Perlabuhan Kelang) itu cheGuBard.

Malah akhbar berbahasa cina Kwong Wah Yit Poh 'tanpa segan silu' menyiarkan berita Badrul keluar parti dan meletakkan gambar cheGuBard dalam siaran berita muka depannya.

cheGuBard telah menghantar email kepada akhbar berkenaan memohon penjelasan.

Harap posting ini menjelaskan kekeliruan tersebut.

ikuti juga komen cheGuBard mengenai perkara ini dalam Selangor TV dengan klik sini